JANGAN MEMILIH ORANG UNTUK SENYUM
Ada orang senyum hanya pada
orang yang di kenali.Ada orang senyum hanya pada kawan-kawannya.Ada
orang hanya boleh senyum kepada ahli keluarganya.Ada orang hanya senyum
kepada pelanggannya sahaja.Ada orang hanya senyum pada bossnya
sahaja.Ada orang hanya senyum dengan orang yang dikatakan setaraf
dengannya sahaja.Mereka memilih orang untuk senyum.Mereka tidak senyum
kepada orang yang tidak dikenali.Mereka tidak senyum kepada semua
orang.Mereka tidak senyum kepada dunia..
Bagi mereka yang susah
nak senyum, dan memilih orang untuk memberikan senyuman..Anda tahu tak
sebenarnya hidup anda tidak allign dengan impian anda. Impian anda
contohnya ingin membeli rumah banglo..sepatutnya anda nampak rumah
banglo di fikiran anda..sepatutnya bila kita nampak apa yang kita
impikan,kita akan dapat senyum dengan lebar kan.
Ini
bermaksud,orang yang tidak senyum ini tidak nampak impian-impiannya
dalam fikirannya.Yang dia nampak hanyalah masalah yang sedang dia
hadapi..kebocoran yang dia alami..mestilah dia tak boleh nak
senyum..Tapi, ada juga orang yang walaupun ada masalah,tapi tetap boleh
senyum?Hebat orang macam tu kan?..
Betul ke ada yang hanya boleh
senyum pada pelanggannya sahaja? Pelik kan manusia macam ni..Kononnya
percaya yang kita perlu senyum dengan pelanggan untuk menarik
pelanggan,tapi..di luar kita tidak senyum.Macam tak ikhlas kan? Macam
senyuman palsu kan? Manalah tahu bila kat luar tu,memang pelanggan kita
tapi kita tak pernah jumpa atau mereka itu semua bakal menjadi pelanggan
kita?Takkan kot bila kita dah tahu dia pelanggan kita barulah kita nak
senyum..Macam tak best je kalau kita senyum hanya kerana orang itu
membeli barang kita atau menjadi klien kita?Yang tak beli tak payah
senyum?
Kalau terus memilih orang untuk senyum, tengok sajalah bagaimana
bisnes mereka nanti..Semakin digemari atau customer semakin lari? Untuk
orang yang tak senyum ni, lebih teruk lagi bagi yang berbisnes tapi
berat sungguh nak senyum,anda tahu tak pelanggan takut dengan anda..bagi
pelanggan,anda sombong..anda tak mesra..pasti kita menggeleng kepala
kalau tengok orang yang masam macam ni kerana kita tahu, dia tengah
mengalami masalah kebocoran wang yang teruk sangat..
Nakkah orang
nampak kita sebagai orang yang tengah mengalami kebocoran wang? Yang
paling tak bestnya bila kita berhadapan dengan orang tak senyum macam
ni, dalam hati berkata,macam mana lah orang macam ni pun boleh buat
bisnes ye? Kita yang reti senyum ni kalau buat bisnes mestilah lebih
hebat kan?..
Senyumlah...Kerana inilah RAHSIA terhebat untuk
bisnes dan kehidupan kita sebenarnya..Tak perlu nak susah-susah buat
R&D,buat marketing dan sebagainya, tapi kalau dengan SENYUM
saja,hidup dan bisnes anda akan berubah!..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit,
Bila semua orang senyum,
Dunia tiada penyakit...
(Kalau engkau tak senyum,Lama-lama nanti engkau yang dapat penyakit..hehe...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment