Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Family Anis

Thursday, October 1, 2015

SEMINAR WE COACH U



.
"Ketahui strategi mengembangkan bisnes anda secara sistematik dari pengasas Anis Choc Moist Cake, En. Junaidy dan Pn. Sophiahanis dalam seminar We Coach U!"
.
Dalam seminar ini, anda akan ketahui:
.
==
KONSEP
==
- Bagaimana mempunyai konsep yang betul dalam membina perniagaan jangka masa pendek dan jangka masa panjang
.
- Cara mengetahui konsep sebenar dalam diri sebelum membina bisnes yang bertahan lama
.
- Rahsia mengetahui kekuatan produk mahupun servis yang ditawarkan kepada pelanggan
.
- Bagaimana menggunakan konsep N.I.A.T dengan betul dalam bisnes
.
==
SISTEM
==
.
- Strategi membina rangkaian stokis dan agen seluruh Malaysia dengan menggunakan kaedah yang terbukti berjaya
.
- Sistem jualan produk yang digunapakai oleh Anis Moist Choc Cake
.
- Sistem terbaik yang WAJIB diterapkan kepada team bagi menguatkan sistem pada bisnes
.
- Strategi untuk bertahan dalam pasaran dan strategi menyerang dalam pemasaran dengan betul
.
==
LEADERSHIP
==
.
- Bagaimana menjadi pemimpin berpengaruh yang mampu memimpin team bisnes anda dengan berjaya
.
- Kenapa orang benci leader dan apa yang anda harus elakkan?
.
- Bagaimana melahirkan leader yang hebat yang dapat membantu mengembangkan bisnes anda?
.
dan banyak lagi!
.
Daftar sekarang di http://anisfood.com.my/wecoachu
.

P/S: Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 011-33332644 

Wednesday, June 3, 2015

THE POWER OF COMPOUNDING

Pernah dengar? Macam pernah dengar kan? 

Sebelum saya berkongsi tentang The Power of Compounding, saya ingin kongsikan berkenaan soalan ramai orang ini.
Ramai yang bertanya, macamana nak maintain positiviti. Macamana nak sustain energy.
Apa yang boleh saya kongsikan ialah :

1. Luangkan sejam sehari untuk membaca buku.
Atau baca apa-apa artikel yang akan buatkan anda bertambah semangat untuk mulakan hari. Atau artikel yang membuka minda anda. Atau artikel yang positif dan memberi idea kepada anda.
Please avoid baca bahan bacaan gossip artis, cerita hantu, atau bahan hiburan lain.
YOU ARE WHAT YOU READ!.
Sangat rugi ya bagi yang tak suka membaca. Kerana terlalu banyak ilmu berada dalam buku-buku. Dan saya perhatikan, orang berjaya sangat suka membaca.

2. Dengar program radio dalam kereta.
Kalau boleh dari cd. Dan yang terbaik dengar cd-cd ilmu.
Atau kalau nak dengar boleh dengar ikim.fm. Yang lain bukan tak boleh dengar. Kalau saya, saya risau dengar radio ni sebab banyak kata-kata yang akan absorb dalam subconscious mind kita.
Kata-kata orang yang kita tak perasan baik atau buruknya, positif atau negatifnya. Kita tak perasan, minda kita absorb je. Lama-lama akan menjadi kepercayaan kita.
Ingat tak Teori Bakul yang saya pernah share? Itulah yang saya cuba filter. Supaya bakul saya tak penuh dengan perkara yang tak perlu.

3. Selalu hadiri seminar atau kursus
Nampak tak perkataan selalu? Bukan setahun sekali ye. Atau dah bertahun-tahun tak masuk seminar dah. Itu bukan mentaliti orang berjaya.
Kerana orang berjaya sentiasa rasa tak cukup. Sentiasa dahagakan ilmu. Sentiasa fikir nak lagi dan lagi.
Anda cuba perhatikan diri anda. Kalau lama tak masuk kelas, bagaimana keadaan diri anda? Macam makin negatif kan? Produktiviti pun macam menurun.
Inilah maksudnya The Power of Compounding. Sangat amazing sebenarnya bagi orang yang pernah mengalami.
Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita boleh belajar lagi. Dan semakin banyak yang kita tak tahu.
Begitu juga dengan menulis. Ramai yang kata tak tahu menulis. Kerana dia tak mulakan. Cuba mulakan dengan sebaris ayat. Dan buatlah selalu. Anda akan perasan, idea akan bertambah-tambah. Amazing!..

Ada satu lagi contoh The Power of Compounding. Ada tepung sekilo. Linda buat jadikan karipap pusar. Jadilah 20 biji karipap contohnya. Beli tepung katakan rm3 sekilo. Boleh jadi 20 biji karipap kali 50sen sebiji. Jumlah yang dapat rm10. Dari RM 3 menjadi RM 10.
Inilah dia contoh The Power of Compounding. Rugi kalau kita tak apply The Power of Compounding untuk otak kita sebenarnya.

Ok jutawan, kalau anda selalu membaca, attend classes atau mendengar ilmu, insyaallah positiviti akan maintain dan produktiviti juga akan bertambah-tambah.

YOU ARE WHAT YOU READ.
YOU ARE WHAT YOU LISTEN TO.
YOU ARE WHAT YOU WATCH.

💖
 Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 
💖

Monday, May 25, 2015

MENJUAL KEK ANIS BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN PUSAT TAHFIZ

Allahu akbar!..

Memang ini antara BIG WHY keluarga besar Anis Food. Kami ingin bantu seberapa banyak orang yang ingin mencari pendapatan melalui bisnes kek coklat ini. Kerana bisnes ini sangat mudah jika mengikut sistemnya dengan betul.

Dan alhamdulillah, kami mendapat berita gembira dan mengharukan, ada Ustaz Ali dari Seksyen 7 ini memilih kek ANIS untuk dijadikan satu bisnes bagi menampung perbelanjaan pusat tahfiznya yang terdiri daripada 19 anak yatim.

Projek membantu Ustaz ini kami pertanggung jawabkan kepada Stokis kami Ustaz Al-Fattah. Selamat berkongsi pengalaman ya Fattah. Semoga Allah buka rezeki lebih luas untuk mereka ini. Aminn...

"NIKMAT APAKAH YANG HENDAK KITA DUSTAKAN? "