Eh mana boleh biarkan anak-anak meminta? Nanti diorang ni naik lemak pulak..mintak je pandai,senang sangat dapat yang dihajati,nanti tak tau pulak macamana nak cari sendiri,kan?
Tapi..ini dari perspektif yang sangat berbeza...
Dulu aku pun tak suka anak-anak meminta-minta itu dan ini..kerana takut diorang akan senang dapat apa yang dihajati tanpa bersusah payah..tapi, bila difikir-fikirkan balik,ada baiknya sebagai ibu dan bapa,kita layan saja imaginasi mereka..layan saja permintaan mereka..(bila dikata layan,bukan bermaksud beri saja apa yang mereka minta..tapi bermaksud kita layan saja perbualan atau permintaan mereka itu..memberinya bukan serta merta,tetapi mengambil masa..bukan mintak dan terus dapat).
Kerana,lihat kembali sejarah kita masa kecik-kecik dulu..
Aku,datang dari sebuah keluarga yang biasa-biasa saja..ayah seorang Kapten Feri (Feri Pulau Pinang), ibu pula seorang kerani..jadi kehidupan aku seperti juga kawan-kawan lain,tiada yang lebih..hidup secara sederhana..tapi, di antara kawan-kawan,ada yang datang dari keluarga berada.Melihatkan kemewahan mereka..aku pun teringin juga..Bila cuti sekolah,kawan-kawan ini bercuti ke sana sini..ada yang lebih kaya,mereka ke luar negara..
Bukan tak teringin,tetapi sangat tak sampai hati untuk meminta-minta dengan mak dan abah..Sebenarnya bukan tak sampai hati,tapi memang dah tahu kalau mintak pun mereka memang tak mampu..Dan kita tidak diajar meminta-minta kerana kita kesihankan melihat keadaan ibu bapa kita..Kita faham tentang situasi kewangan mereka...
Tapi zaman berubah...sekarang aku dah faham, kenapa anak-anak perlu meminta atau memberitahu kami keinginan mereka..Sebenarnya,dari permintaan-permintaan inilah yang akan membuatkan adrenalin kita melonjak naik..Aku dan suami sependapat,kami perlu tahu keinginan anak-anak,kami tak tolak mentah-mentah permintaan mereka..Dari sinilah turning point bagi kami sebagai ibu bapa sama ada memilih untuk menjadi ibu bapa yang MALAS atau yang terpaksa BERTINDAK bagi merealisasikan impian anak-anak kami..
Sebenarnya, budaya nenek moyang yang kita ikut dari zaman ke zaman iaitu supaya kita tidak meminta-minta itu adalah sebenarnya datang dari KEMALASAN...kemalasan mereka untuk BERTINDAK ataupun,mereka cuba mengelak dari berfikir bagaimana mereka perlu bertindak untuk merealisasikan impian anak-anak mereka?
Sejak itu aku faham kenapa kita perlu membuatkan anak-anak kita memasang impian...dan kita perlu tahu dan diberitahu impian mereka..Secara sedar tak sedar,jika kita tahu apa keinginan anak-anak kita, sebenarnya subconcious mind kita akan menggerakkan kita BERTINDAK ke arah melaksanakan keinginan mereka ini...
Sama ada kita nak atau tak nak,kita terpaksa melakukan sesuatu supaya hajat anak-anak kita tercapai..Kita boleh pilih untuk buat-buat tak tahu kalau kita MALAS BERTINDAK...Dan satu lagi pilihan ialah kita perlu
TERUS BERTINDAK..jika tak,pasti impian anak-anak akan menjadi angan-angan mat jenin sahaja..KESIAN anak-anak kita..Kita yang MALAS BERTINDAK...mereka yang terpaksa melalui keperitan dan kesusahan hidup..Mereka terpaksa hidup dalam rumah yang sempit..mereka terpaksa menaiki kereta yang tua dan busuk..mereka terpaksa hidup dengan segala kekurangan...mereka terpaksa mempercayai kata-kata ibubapa mereka.."Kita tak mampu nak,kita bukan orang kaya..ibu dan ayah gaji tak banyak.."
Tapi sebenarnya ibu bapa ini MALAS BERTINDAK dan TIDAK MENCARI JALAN KELUAR..tapi terus hidup dalam COMFORT ZONE..
Monday, December 31, 2012
Antara kisah BERANI 2013 - MAK ABAH kami yang AWESOME!

Alhamdulillah..banyak betul yang nak share pasal BERANI 2013 yang kami hadiri tadi di Wisma MCA,KL (30.12.12).
Tapi sebelum nak share yang lain-lain..satu perkara ni yang teringat-ingat sangat dari tadi..Meh nak citer sikit...
Tadi semasa kami melangkah keluar dari dewan,kami didatangi oleh 2 orang peserta yang ingin share pengalaman,share kekuatan,share kelemahan,share kesedihan dan banyak lagi lah..dan memang sangat best lah sharing tadi..Dari air muka yang sangat rendah diri,tak mempunyai keyakinan diri,saya dapat rasakan semakin bercahaya wajah mereka,semakin yakin dengan diri mereka...Mereka ni menjalankan bisnes pakaian dan ice-blended..
Tetapi dalam banyak isu yang kami share,saya teringat cerita mereka ni mengenai cabaran yang terpaksa mereka lalui bila berhadapan dengan orang-orang yang negatif. Memang sangat ramai orang menghadapi cabaran yang macam ni..tapi yang lebih menyukarkan mereka ialah orang yang negatif ni adalah orang yang mereka sayangi,orang yang paling dekat dengan mereka...orang itu ialah ibu mereka sendiri....
Kata salah seorang dari student ni, lagi tak best katanya..ibunya sendiri tidak menggalakkan dia pergi ke kelas2 Dr Azizan ni..katanya, "ko tak payah lah pegi kelas2 tu lagi..yang kayanya dia (DAO)...bukannya kau yang kaya..."
Saya tak nak komen tentang kata-kata ibunya tadi..tapi sebenarnya saya termenung seketika..saya sangat-sangat bersyukur,saya dan suami tak pernah mengalami situasi yang macam tu..jadi saya tak pernah terfikir ada jugak ibu yang macam tu..yang tak menggalakkan anaknya mencari ilmu..yang tak menggalakkan anaknya mencari jalan keluar daripada kesusahan dan keperitan hidup..
Ingin sekali kami mengabdikan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana kami mempunyai ibu dan bapa yang sangat AWESOME!!...
TERIMA KASIH dan SEGUNUNG TAHNIAH kepada kedua-dua ibu dan bapa kami iaitu Abah Abu Bakar dan Abah Md Hanipah serta Mak Kalsom dan Mak Salmah kerana kedua2 abah dan mak ini begitu positif,sangat memberi support kepada kami walaupun mereka sendiri dulunya makan gaji dan surirumah sahaja...Kami sangat menghargainya kerana rupa-rupanya susah nak mencari mak2 dan abah2 yang SPORTING dan yakin dengan kemampuan dan kebolehan kami seperti MAK DAN ABAH...
Alhamdulillah,semoga kami akan menjadi macam MAK dan ABAH yang sentiasa POSITIF tentang anak-anak,tidak takut kalau-kalau anak2 akan gagal...MAK dan ABAH sentiasa memberi peluang kepada kami untuk mencari jalan kami sendiri,tidak risau yang melampau tentang kami,sangat yakin kami akan berjaya dengan pilihan hidup kami ini..dan sesungguhnya ianya telah memudahkan proses kejayaan kami..MAK dan ABAH memang BERANI!...
Kami sangat-sangat BERSYUKUR mempunyai mak seperti MAK dan ABAH...Impian kami kepada MAK dan ABAH..semoga tahun 2013 ini dan seterusnya, kami dapat lebih banyak berbakti kepada MAK dan ABAH,lebih banyak masa,wang ringgit dan tenaga dapat diluangkan untuk MAK dan ABAH dan semoga MAK dan ABAH sihat dan bahagia sepanjang hayat..Doakan kami MAK ABAH..Kami sangat sayangkan MAK dan ABAH.
Amin..amin..amin..Ya Rabbal'Alamin....

Saturday, December 29, 2012
KAMI PUN TAKUT...
Orang kita TAKUT GAGAL?..Kami pun dulunya takuttt..8
Itulah ketakutan paling besar dalam diri kita..Jangankan kata orang lain, kami sendiri pun dulunya orang yang seperti sebahagian besar macam kat luar sana..Bertahun-tahun buat kek di rumah.Dari rumah kecik,seorang pekerja (Kak Wati) berpindah ke rumah yang besar sikit..sebab rumah lama tu dah tak muat nak letak orang dan nak letak barang.Kesian pulak kat pembantu dan anak-anak terpaksa bersempit-sempit tak selesa berkongsi tempat dengan si chocolate cake pulak..
Bila dah tak muat rumah yang kecik tu,pindah pulak ke rumah yang besar sikit..pekerja pun dah bertambah menjadi 2 orang, cari yang ada kitchen besar sikit..boleh letak steamer kat belakang rumah..nasib baik jiran semua bekerja siang hari,so diorang tak dengar bunyi steamer kami macam bunyi hon keretapi tu.Masa tu dah berada di comfort zone..teragak-agak nak bergerak..nak bertindak..sungguh tak ada kekuatan masa tu..Takutttt...
Tapi dalam diam-diam,aku dan suami berpusing-pusing jugak ke kawasan yang berhampiran dengan rumah untuk mencari kedai.Setahun jugaklah kami berlegar-legar kat Shah Alam cari kedai..bila tanya berapa sewa sebulan?Rm 4K,Rm 5K..yang best kat Glenmarie sampai Rm 7K.Semangat yang menggunung longlai lagi..tak mampu rasanya nak bayar sewa sebanyak tu..jadi kami bertahan lagi dalam comfort zone kami...Takuttt dengar sewa sebanyak tu..terus down lagi..
Takut betul nak bergerak (atau nak cari kedai) masa tu,nak kata takut kek tak laku..masa tu dah 4 tahun buat kek..sale increasing every month n every year..Tapi masih tak BERANI lagi nak keluar dari rumah..senang buat kat rumah,selesa..maid/pekerja yang buatkan kek pun senang,tak payah nak gerak2 ke mana2..pastu boleh sambil2 tengok-tengokkan anak-anak sekali..waaa best,senang hidup macam ni..risiko paling rendah...Lagipun masa tu takut, dapatkah kami bayar duit sewa kedai tu nanti?dapatkah bayar duit gaji pekerja?dapatkah bayar duit bil air dan elektrik?
takutttnyaaa...Tapi yang paling takut adalah KAMI TAKUT GAGAL..Akibatnya, kami terperangkap dalam comfort zone lagi..
Turning point yang pertama untuk kami keluar dari comfort zone ialah bila mendapat semangat dari sepupu suami iaitu Abang Lan dan Kak Iza..Ingat lagi Abang Lan cakap,tak boleh dah buat kat rumah tu..kena expand..cari kedai..Suami masih takut-takut lagi..Lepas tu kami ke beberapa kursus nak buat pinjaman nak bukak kedai..nak dapatkan idea camana sebenarnya orang dok buat pinjaman ni..tapi disebabkan masih TAKUT lagi..kami pun sengaja melupakan impian kami..impian anak-anak kami..
Tapi...turning point yang paling utama ialah bila saya dapat memujuk suami menemani untuk ke Seminar Dr Azizan..masa tu SKPD..pada April 2010.Sebenarnya boleh je saya ajak kawan-kawan ke seminar tersebut,tapi masa tu dah pandai sikit..saya fikir,saya ni jenis yang senang belajar,sure saya akan dapat sesuatu/semangat dalam seminar tersebut (perasan!). Tapi apa gunanya kalau saya bersemangat sorang-sorang?Kalau saya sorang,nanti balik rumah suami bukan nak faham apa yang kita ceritakan..nanti dia condemn lagi..last-last bila kita sakit hati,kita pun diam je lah kannn..Jadi,macamana pun saya kena cari jalan supaya suami ikut sama dalam kelas tersebut.
Alhamdulillah..suami pun diberi Nur untuk menemani saya..Ingat lagi,kami duduk di depan sekali..Awal-awal lagi saya dah bersemangat dan boleh ngam dengan cara penyampaian Dr Azizan..Tapi bila tengok suami kat sebelah..Nampak sangat dia tak boleh terima cara Dr Azizan..bila disuruh tepuk tangan,dia tak tepuk..disuruh bangun,dia macam nak marah..(Sekarang kalau suami tengok student Dr Azizan dlm seminar2nya yg buat endah tak endah dengan arahan Dr Azizan..marah pulak dia..hehe..)
Tapi....selepas sejam,dua jam..saya perhatikan suami dah releks..dah boleh tersenyum kalau Dr Azizan buat lawak..dah boleh ikut tepuk tangan..dah boleh bangun melompat!..Alhamdulillah..sayalah manusia paling happy masa tu..Rupanya bila dah balik rumah, suami cerita..memang betul lah dia EGO pada mulanya..sebab katanya dia pun di bidang HR kan ada training..Selalunya dia kata training di ofis ni adalah perkara yang paling membosankan..mengantuk sebab trainer kadang2 baca apa yang tulis kat manual atau slide saja..dan semuanya teori semata-mata..
Yang ini lain..kata suami..dia kagum melihat Dr Azizan dapat control seramai 2000 orang di Wisma MCA.Mereka ini semua terpaku dan tak bergerak-gerak dari tempat duduk selama berjam-jam..nak ke toilet pun rasa rugi takut ada point yang terlepas..
Dan semenjak itulah kami menjadi orang yang BERANI!..
Lepas balik saja dari kelas Dr Azizan...kami mula cari kedai..rumah pun dah tak macam rumah..bayangkanlah,meja makan kami seperti pulau yang dikelilingi telur,gula,tepung dan kotak-kotak..Memang sudah sampai masanya kami perlu bertindak!
Bila diri dah di kelilingi aura-aura positif..kita akan menjadi magnet kejayaan dan kekayaan..ia akan terjadi bagi orang-orang yang mempercayainya sahaja..Kedai yang sebelum ni kami tak dapat cari,tiba-tiba menjadi banyak sangat pilihannya masa tu.Kami pilih kedai yang paling belakang kerana itulah kedai yang paling murah pada masa tu (Mei 2010) dan rancangan asal kami nak buat production kek sahaja.
Dari situlah kami dah mula jadi BERANI..BERANI DAN BERANI!...Dari takut nak bukak 1 kedai (Mei 2010), selepas setahun kami bukak kedai ke 2 (Oktober 2011) untuk production tart nenas kami..dan June 2012 kami buka kedai untuk production kek yang ke 3..Alhamdulillah..ini semua terhasil dari keBERANIan dan keyakinan kami yang tinggi kepada Allah SWT.Juga jutaan terima kasih kami kepada Dr Azizan Osman kerana andalah kami menjadi seBERANI begini...Semoga Dr Azizan Osman dan keluarga serta keturunannya diberi rezeki yang melimpah-limpah dan di bawah lindungan Allah SWT.

Subscribe to:
Posts (Atom)