ANDA TAHU TAK APA YANG ANDA NAK?
Selama ni, saya tak perasan pulak ramai yang tak tahu sebenarnya apa yang dia nak dalam hidup dia...Dia hanya mengikut arus sahaja..Lepas SPM, semua orang akan bertanya soalan yang sama..nak sambung belajar kat mana? Jadi, mentaliti kita..lepas SPM,sambung belajar..ambik degree contohnya. Lepas grad, semua orang akan tanya, kerja di mana? Mentaliti kita, lepas grad kena kerja...lagi best, mak ayah paksa kerja di Putrajaya..Lepas tu tunggu lah turn untuk naik pangkat...Dan seterusnya macam tu lah...hidup ikut flow saja..bukan ikut apa yang kita nak.
Sebenarnya dalam hati teringin jugak jadi macam orang lain..berbisnes...jadi kaya..banyak duit..suka hati nak melancong sana sini, dapat tolong mak ayah di kampung, dapat bawak family pergi umrah..Tapi, kita? Ikut saja flownya...tak berani nak buat dan nak hidup seperti yang kita nak..tak berani nak tukar mentaliti kita..tak berani nak jadi diri kita..kita hidup seperti apa yang ibu bapa kita nak..kita jalani kehidupan ikut sama seperti orang di sekeliling kita..sama seperti kawan-kawan kita semua..
Kalau ada kawan yang berjaya sikit, bukan nak dekati, tapi lebih menghindari..sebab dalam hati berkata, malu lah..dia dah berjaya, aku belum...dia dah kaya..aku sederhana...dia memang pandai berniaga..aku kena bekerja...Tapi adakah anda tahu, dia juga seperti anda? dulu dia juga tak berjaya..dulu dia juga sederhana..dulu dia juga bekerja..sama kan? Tapi apa yang menyebabkan dia berjaya? Kenalah dekati dia..kenalah berkenalan dengan dia, kenalah berusaha memahami apa yang dia tahu? Mungkin ada rahsia-rahsia tertentu yang dia tahu tapi kita tak tahu?
Sebenarnya sangat sedih dan terkejut jugak kalau impian dan matlamat atau keinginan kita sendiri pun kita tak tahu.Bila saya faham tentang ini, baru saya tahu..ohhh rupanya, bila kita tak tahu matlamat hidup kita, kita tak ada senarai apa yang kita nak, atau apa yang kita nak buat dalam hidup..., macamana Allah nak tahu apa yang kita nak, kan? Bermaksud, kita tak bersedia untuk menerima...Kita tak tahu The Power of Receiving....bukan The Power of Giving saja yang penting.., receiving pun penting jugak..Bila kita at state of receiving, maksudnya..kita bersedia untuk menerima, Insyaallah kita akan DIBERI...DIBERI..DIBERI..
Semalam, kami menerima rakan lama yang menghasilkan serunding. Perniagaan ni dah lama dari ibu ayah makcik pakcik semua memang pandai buat serunding ni..Memang melalui bisnes ni lah, ibunya membesarkan anak-anak seramai 12 orang.Sangat inspired kan? Couple ni datang kerana nak tanya pasal macamana nak marketkan..Ok..fine..Tapi sebelum tu, kami belek-belek bekas serunding dia memang dah cantik sangat dah..packaging superb..Tapi, saya agak tak berapa ok dengan nama produknya..yang seolah-olah nama ala-ala English sikit.Ok lah tu...bila suami tanya, kenapa nama macam tu? Katanya...nama tu lecturernya yang bagi pendapat kena nama lebih global..senang nak masuk market antarabangsa nanti..senang untuk eksport dan sebagainya..Katanya,lecturer dia kata...kalau u letak nama islamic atau nama kemelayuan, nanti u tak boleh target bangsa-bangsa lain...Nanti diorang tak beli..Hmmm..sama macam kes Dr Azizan tanya lecturernya lah ni..hehe..suami tanya lecturer tu memang buat bisnes ke? Hehe..Tak terjawab kawan kami tu..sori la banyak-banyak...just nak bagi nampak dan fahammm..kan?
Rupanya, baru saya perasan..dia sendiri tak tahu target dia siapa..dia tak tahu dia buat serunding tu untuk siapa.Kenapa kita sibuk-sibuk nak dapat market bangsa lain sedangkan bangsa lain cuba memasuki market orang kita? Bangsa lain boleh nampak lubuk di Malaysia ni sebenarnya adalah orang kita..sebab kita yang paling ramai..kuasa membeli adalah pada orang kita..nama produk diorang atau company pun nama islamic macam mesjid, nama berkat, nama cahaya iman, nama surah itu surah ini..Kita ingat produk orang kita, tapi sebenarnya tidak..Kita pulak nak buat makanan halal..tapi nak bagi kat bangsa asing? Nak eksport? Makanan halal di negara sendiri siapa yang nak tolong buatkan? Bukan kata salah nak eksport, bagusss...tapi untuk market antarabangsan nanti kita re brand lah..betul tak?
Kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup kita....Untuk yang berbisnes, target market kita kena jelas..Nak jual untuk siapa?..Macam semalam baru belajar dari Seminar Berani Berniaga, mentor kata kena ada matlamat yang jelas..Kita kena tahu ke mana kita nak pegi. Kalau kita tak ada matlamat pagi ni nak ke tempat kerja kita, atau ke ofis kita...sudah tentu kita masih bergolek-golek di atas katil..sampai bila-bila pun akan bergolek-golek lah di atas katil..Orang lain dah berkali tukar tilam yang mahal dan untuk kesihatan..kita masih pakai tilam dari zaman mak ayah kita dulu..dah banyak hama tapi kita yang tak nampak....Macam mana saya tahu? Sebab dulu pun saya macam tu....
WALAHU'ALAM....
ALLAH MAHA PEMBUKA JALAN...
Tuesday, April 2, 2013
Monday, April 1, 2013
NAK????
NAK????
TUNGGU PENGUMUMAN KHAS TAWARAN BISNES KIOSK MAMPU MILIK & KOTAK PROMOSI AWESOME PADA HARI ISNIN @ 28 OCT 2013
- INSYALLAH TUNGGU PELANCARAN RASMINYA AHAD INI BERSAMA STOKIS-STOKIS KAMI DISELURUH NEGARA @ DE PALMA HOTEL...NAK!!!!
TUNGGU PENGUMUMAN KHAS TAWARAN BISNES KIOSK MAMPU MILIK & KOTAK PROMOSI AWESOME PADA HARI ISNIN @ 28 OCT 2013
- INSYALLAH TUNGGU PELANCARAN RASMINYA AHAD INI BERSAMA STOKIS-STOKIS KAMI DISELURUH NEGARA @ DE PALMA HOTEL...NAK!!!!
ANTARA ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR BERANI BERNIAGA 2013 - SACC MALL (31/3/2013)
1.Prinsip pertama dalam hidup adalah bersyukur.
2.Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, Aku akan tambah lagi...
3.Dulu Dr.Azizan citer, dia selalu komplen....salahkan mak lah...sebab tu dulu dia gagal..
4.Peter Lau kata, " Kau perlu berterima kasih dengan Tuhan"
5.Orang yang banyak komplen tidak ada masa nak bersyukur, Orang yang bersyukur tidak ada masa nak komplen.
6.TINDAKAN adalah penting, tapi paling penting lagi adalah MATLAMAT.
7.Asyik pikir pikir pikir.......dah 48 tahun tak start-start.
8.Yang paling penting adalah KEINGINAN yang TINGGI..
9.Selalunya keinginan dia lemau, suam-suam kuku..wam warm chicken shit..
10.Perkara baru yang Dr.Azizan belajar dari Richard Branson ialah, 1) Nampak matlamat dengan jelas, kau nak pegi mana? 2)SENYUM - enjoy the journey...ramai orang yang tak enjoy...
11. Kalu tokey restoran ikan paten meleleh...muka hawau,jangan harap lah rezeki nak masuk...
12.Antara bisnes Dr.Azizan dari Department yang kecik, bisnes untuk TM bernilai RM2.8 billion.
13.Man Jadda Wa Jadd, Siapa yang buat..dia yang dapat..
14.Bina ekonomi kita sendiri, kita tak akan risau dengan ekonomi dunia.
15.Strategi pemasaran- kena memahami EMOSI manusia..
16.Isunya kalau kita pandai buat karipap sedap macam mana sekalipun tapi kalau orang tak tahu, kita makanlah sendiri..
17.Kelemahan bangsa saya kata Dr. Azizan Osman ialah majlis ilmu tak nak pegi...baca pun tak nak...
18.Bermulalah di mana kita boleh bermula
19.Tanpa seringgit pun adan dah boleh start buat bisnes.
20.Masalah student Dr Azizan dari Johor, buat online bisnes, sale RM 130 K , tapi masalahnya..tak ada masa nak pi melancong ( masalah yang best )
21.Masalah student Dr Azizan di Kedah pula, sale dah RM 40K-50K sebulan, buat bisnes online jugak..maknya suruh cari kerja jugak sebab ingat anaknya malas asyik gentel facebook je.. dia suruh pegi kerja macam orang lain.
22. Kalau nak buat bisnes untuk jadi kaya, u tak akan kaya.
23.Tapi kalau u nak buat bisnes sebab nak tolong selesaikan masalah orang, sooner or later u akan kaya.
24.Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap dan apa yang saya buat, semuanya adalah doa..
25.Belajar tukar apa yang kita cakap.
26.Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang.
27.Tukar programming - Bila besar nanti nak buat bisnes, bukan nak kerja dengan kerajaan.
28.Rasulullah tak pernah makan gaji
29.Kalau esok mati, alhamdulillah...masalah selesai..what if tak mati-mati lagi?
30.Apa yang kita buat sekarang, untuk next generation.
31.Sepatutnya lagi banyak bisnes, lagi banyak duit, lagi banyak masa..
32.Kalau nak jadi pemain squash terbaik, boleh ke belajar dengan Misbun Sidek?
33.If u want to be successful, change your friend!..
34.For things to change, I must change first!..
35.Kalau tak ada keinginan yang tinggi, 2-3 ekor biawak lalu depan kedai pun..akhirnya tutup kedai...
36.Berapa banyak pun duit u nak..tapi mesti bersedekah..
Dr.Azizan sentuh pasal AURA
1. Kenapa nak Aura besar? Supaya mudah didekati, di sukai..
2.Gunalah apa-apa doa dan mandi garam.
Cara bersihkan AURA
1.Mandi garam 21 hari (the best sebelum tidur)
2.Beristighfar setiap hari (min 101 kali) selama 21 hari
3.Selawat 1000 kali selama 21 hari (boleh installment, asalkan complete dalam masa sehari)
4.Tak boleh marah-marah..kemarahan bocorkan aura..The moment dia marah, aura dia pecah..
Terima kasih di atas ilmu Aura kepada Dr.Azizan Osman dan Dr.Yusry yang dijemput menceritakan lebih lanjut tentang Aura...
Ilmu Dr.Yusry
1.Hidup jangan dihantui..(pengalaman-pengalaman pahit)
2.Bagi orang yang happy, dia mempunyai tenaga yang banyak
3.Kalau kita bahagia, tenaga lebih baik..
4.Yang paling penting, hidup biar SENYUM dan sentiasa dalam keadaan TENANG
Terlalu banyak ilmu aura Dr Yusry kalau nak share..untuk yang nak tahu lebih lanjut boleh REFORMAT bersama Dr Yusry 26/4/2013 & 27/4/2013 di Life Rich.
Terima kasih kepada Dr Azizan Osman & Richworks di atas ilmu yang sangat-sangat bernilai, Semoga Allah memberi segala kebaikan,keberkatan,kekayaan, kesihatan & kejayaan kepada Dr Azizan Osman sekeluarga serta Richworks..Thank you!
Subscribe to:
Posts (Atom)









