ILMU INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI (NOV 2012)
Semalam kami ke Seminar Jutawan Industri di Wisma MCA. Dr.Azizan meminta kami kongsikan apa yang kami dapat selepas menghadiri IJI November 2012. Sebenarnya banyak yang kami dapat dan kami faham,selain daripada yang tangible (figure kenaikan sales), insyaallah banyak lagi yang ingin saya kongsi dengan anda okay...
1. Memahami kepentingan 'branding' dan 'positioning'
Untuk menjadi industry leader, yang kami faham, kita perlu kuatkan branding kita. Yang saya faham tentang 'branding' ni adalah berkenaan dengan people's TRUST. Kita kena pastikan yang pelanggan kita trust dengan brand kita..Dari segi kualiti, dari segi nilai yang ada dalam produk kita..It's all about TRUST...
Bila semakin ramai pelanggan yang dah percayakan (trust) dengan produk kita, mereka sukakan produk kita, mereka akan sukakan bisnes kita. Dari situlah kita sebenarnya sedang membina POSITIONING bisnes kita.Bila kita dah berjaya position kan produk kita, bermakna kita akan dilihat sebagai JUTAWAN INDUSTRI.
Banyak yang kami dapat sebenarnya kalau kita berjaya membina positioning. Contohnya baru-baru ni kami membuat pinjaman perumahan dengan sebuah bank terkemuka. Yang best sekali, officer yang datang dah kenal dengan Anis Chocolate ini, dan paling penting katanya bank 'confident' dengan syarikat.Jadi insyaallah tak ada masalah nak buat loan lagi!.. Pentingkan branding dan positioning?..
2. Memahami medium untuk bina dan cipta POSIITIONING
Untuk kita positionkan bisnes kita atau menjadi industry leader, pertama sekali kita perlu tahu bagaimana kita nak mencapai tahap tersebut.
Jadi, buat masa sekarang ni..antara medium yang paling efektif untuk digunakan ialah melalui Facebook dan Facebook Page. Kami faham betapa kita perlu 'grab' sebanyak-banyak audience yang ada di kalangan 13juta orang penduduk Facebook yang sangat aktif di Malaysia.
Selain daripada Facebook, kita boleh juga gunakan beberapa medium lain seperti Blog,Twitter, Google Plus,Instagram Kalau nak tahu dengan lanjut boleh lah ke Seminar/Intensif Jutawan Industri :)
3.Ilmu tentang EMOSI
Dari kelas ini, kami sangat-sangat faham tentang kepentingan EMOSI dalam membina positioning bisnes kami. Semuanya bermula dengan pengisian tentang 'MY STORY' yang sangat ditekankan oleh Dr.Azizan ...Bermakna, dengan storytelling marketing ini, seseorang jutawan Industri itu dapat 'menangkap' emosi pelanggannya. Kami tak belajar 'content' facebook page itu secara direct, tapi dari kelas ini kami faham yang semuanya bermula dengan EMOSI.
4.Ilmu untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang
Apa yang saya faham di sini ialah, untuk menjadi Jutawan Industri kita perlu serve komuniti kita dengan menggunakan kepakaran, pengalaman, ilmu, kegagalan, kejayaan dan segala maklumat untuk tambah nilai hidup orang lain.
Ilmu ini sebenarnya telah berjaya menambah keyakinan diri kami untuk berkongsi pengalaman dengan komuniti kami. Dari kesedaran inilah, kami telah memulakan perkongsian pengalaman kami di Page Anis Choc Moist Cake. Bermula Mac 2013 kami serius dalam menulis perkongsian.Dan bila semua ilmu IJI ini kami 'blend', maka kami telah berjaya meningkatkan LIKES di Facebook Page Anis Choc Moist Cake dari 100 LIKES menjadi 15,000 LIKES (tanpa FB Ads) dalam masa 6 bulan.
Dan melalui LIKES ini, kami percaya ianya telah dan sedang membina branding dan positioning bisnes kami.Siapa yang tak ada Facebook Page lagi, rugilahh!..
Best kan ilmu ni?..Terima Kasih kepada Dr. Azizan Osman dan Richworks dan anda semua yang dikasihi Allah. Semoga kita semua dapat bertindak segera sebelum semuanya menjadi terlambat!..
Anda kaya dan berjaya!...
Sunday, September 8, 2013
Thursday, September 5, 2013
ZERO MODAL
ZERO MODAL
Ramai yang berkata, saya nak bisnes tapi saya tak ada MODAL. Bagi sesetengah orang, modal jugalah yang merupakan perkara paling utama yang diperlukan untuk memulakan bisnes.Penting sangatkah modal duit ni?Jutawan Datuk Maznah (wanita besi) pun pernah berkata MODAL bukan perkara paling penting yang kita perlu ada untuk memulakan bisnes..Ye ke? Macam tak percaya je?..
Rasa-rasanya kami suami isteri ni ada banyak duit sangat ke masa nak start bisnes dulu? Ada jugak yang ingat kami ni berduit masa nak mulakan bisnes dulu sebab diorang ingat dulu kerja saya dan suami bagus , tentu ada duit untuk buat modal permulaan..Sebenarnya, kami start dengan betul-betul ZERO!.Kami bermula bisnes kek ni sebenarnya masa tu dalam poket tinggal berapa ringgit je.Duit VSS yang saya dapat agak banyak jugak masa tu, dalam RM50 ribu habis langsai dalam masa beberapa bulan saja!..Yelah, setahun tu macam-macam bisnes saya try..masuk itu, masuk ini..hehe..tapi itu semua pengalaman yang sangat berguna pada kami.
Bukan setakat tak ada modal nak start bisnes, harta-harta lain semuanya pun dah hampir pupus...Kereta Honda Accord 'sangat lah' tu kena jual..Apa yang tinggal?Masa duit tinggal lebih kurang 3 ribu tu, saya dah tak senang duduk..tiba-tiba jadi kreatif gila kepala hotak ni..Allah buka jalan untuk nampakkan peluang bisnes ni..Terus approach seorang kawan baik Arwah Zuridah Atan untuk sama-sama join bisnes ni..Masa tu dah nampak dah, kalau buat sorang-sorang takut ke laut...tak seronok buat bisnes sorang-sorang ni..maklumlah anak kelahiran bisnes direct selling, nak buat bisnes mesti ada kawan-kawan baru rasa happy n fulfilled...
Jadi, dengan RM 3 ribu tu lah kami pegi bershopping beli oven dan mixer.Ngam-ngam je duit..mula-mula buat kek coklat yang bakar tu..sebab tu perlu oven..Lepas setahun, saya tukar buat kek yang stim..masa ni oven pun tak perlu, mixer pun tak perlu..Saya start dengan periuk kukus 2 tingkat je..Modal? RM 30 ringgit..Pukul atau kacau kek dengan senduk je..pi mai pi mai campur semua bahan mentah, modal ada lah lebih kurang RM100 ringgit kot..Jadi, sapa kata kena ada modal?
Sebab tu tahun pertama bisnes saya tak dapat rasa apa-apa..duit rolling rolling..rolling..nak beli t shirt pun pikir panjang..sebab masa tu banyak yang nak kena beli..dah tak larat nak pakai periuk kukus tu..maklumlah penat giler nak tambah air secara manual..betul-betul exercise Kak Wati masa tu..tapi bagus betul dia, langsung tak merungut..bila dia balik kampung, saya kena take over buat kek..baru tau mai oii penatnya nak tambah-tambah air tu..Jadi, saya belikan Kak Wati steamer yang lebih auto..Jadi, duit untung tu tak merasa sangat..ada je nak beli untuk memudahkan buat kek..
Lepas 4 tahun, dah dapat ilmu dan kekuatan dari mentor, cari kedai..Buat pinjaman ke? Mana ada..duit kek tu lah yang 4 tahun simpan sikit-sikit..plus duit bonus suami, plus duit simpanan suami sikit..ada la dalam RM 50 ribu, carilah kedai paling belakang sekali sebab masa tu nak sewa kedai yang paling murah..Yang penting kami rancang untuk buat production saja, tak perlu cari yang depan, hehe..takut lagi tu..Nak masuk kedai, langsung tak buat satu hapa renovation punnn....Pakai je apa yang ada...
Jadi, saya sangat-sangat rasa MODAL duit tu bukan keperluan yang paling utama...Pelik bila saya dengar ada yang kata dia tak ada modal untuk berbisnes, dia nak terus bukak kilang ke? dia nak terus export produk dia ke?Payah sangat ke nak bisnes? Sampai nak modal besar-besar? Buat je lah bisnes karipap dulu, ke bisnes nasi lemak ke? Yang kat luar tu, bukannya sedap sangat..huhu jangan marah..Kita buat lah yang sedappp punya..Kalau betul-betul buat, boleh jadi JUTAWAN KARIPAP! JUTAWAN NASI LEMAK pun dah ada sekarang ni kan? ..Ishhh..takkan nak buat karipap atau nasi lemak pun perlu modal besar?..
Yang perlu sebenarnya adalah MODAL DIRI SENDIRI!!....Seriously, kalau kita ada modal duit sebanyak mana pun...tapi kita buat bisnes buta tuli, tak ke mana jugaa. Diri kita ni yang akan menentukan kita boleh berjaya dalam bisnes atau tidak..kalau kita betul-betul bersemangat ingin berjaya dalam bisnes, insyaallah kita akan nampak peluang dan modal duit ni akan datang dengan mudahnya..
Tapi macamana nak dapat MODAL DIRI SENDIRI yang berkualiti? Maksudnya, bagaimana nak mendapat pemikiran yang bagus macam jutawan-jutawan di luar sana? Perasan tak mereka mempunyai pemikiran yang luar biasa hebat dari dalam diri mereka? Perasan tak mereka ada SESUATU dalam diri mereka yang orang lain tak ada? DUIT.. semua orang boleh cari, IDEA BISNES...semua orang mampu fikir..mampu invent..Tapi mesti mereka ada SESUATU yang lebih dari orang lain? Macamana nak dapat semua ni? Semuanya sebenarnya datang dari ILMU!!..
WALLAHU'ALAM....
ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG....

Tuesday, September 3, 2013
SAYA TAK MINAT BISNES!..
SAYA TAK MINAT BISNES!...
Apa?....
Saya tak minat bisnes?..Siapa saya tu?..Saya tu bukan saya..Saya tu suami saya sebenarnya...:) Itulah dia kata suami saya Junaidy Abu Bakar 7 tahun lepas. Dia bukannya orang yang minat bisnes pun pada mulanya. Suami saya pun orang makan gaji macam saya jugak. 15 tahun bekerja dengan orang bukan senang dia nak buat keputusan untuk bertukar profession.
Dengan background keluarga sebelah suami yang dah biasa bekerja dengan orang, jadi suami ni pun sama juga..Dia pun langsung tak pernah terfikir pun untuk buat bisnes secara serius. Dan, dia juga sangat minat untuk membina kerjaya dia yang senang naik masa tu.
Tapi, kelebihan saya ialah..Suami saya ni sangat supportive! Inilah antara yang membuatkan saya kuat sebenarnya..Dia support apa saja yang saya buat. Bukan setakat dia bagi moral support, tapi juga dialah yang tolong saya beli tepung..beli minyak..Balik kerja, sebelah malam itulah yang suami tolong buat.Dia tak pernah merungut!..Dia pun tak pernah mintak gaji. Ye lah masa awal-awal dulu, saya pun tak mampu nak bagi gaji kat dia..Untuk saya sendiri pun tak ada gaji..Tapi dia sangat faham!..Itu yang kami pelik sekarang ni bila dengar suami isteri bergaduh sebab isteri tak bagi gaji kat suami lah...Suami berkiralah..Macamana nak maju kalau itu pun tak boleh nak give and take?..Bagi suami pulak, dia cuma nak tolong saya..Dia kesian tengok saya siang malam bekerja..siang dengan anak lagi..dengan kek lagi..Malam, nak hantar kek untuk customer pulak..
Tapi,walaupun suami kata dia tak minat bisnes...Saya boleh nampak dan saya konfiden sangat yang dia boleh buat sebenarnya!..Sebab nampak sangat disiplin dia..Kalau hujung minggu dia yang tolong hantar kek..Dari awal pagi, lepas subuh lagi dia dah keluar.Paling saya respek suami saya ni, dia tak malu nak angkut bakul masuk keluar dari PETRONAS, atau kedai-kedai lain.Kalau terjumpa kawan pun dia ok je..Sebab masa tu dalam hati dia..dia cuma nak tolong saya...Kalau orang lain, malu beb!..Tak kellasss la bawak bakul...Kelas tak kelas, kannn..orang tengok bawak bakul je..Sale berbelas ribu dah masa tu..Hehe..
Sebenarnya, nampak tak?...Itulah ciri-ciri orang yang minat dan passion sebenarnya!.Dia tak nampak!..Tapi saya dari awal lagi dah nampak yang dalam diri dia dah ada jiwa bisnes..Kalau dia tak passion, tak mungkin dia boleh bawak bakul tu bang oiii...Malu laa..Jatuh lah saham...Macamana kalau aweks cun nampak, mana nak sorok bakul?.. ;)
Sebab tu lah pada Oktober 2010, saya pujukkkkkkk suami ajak pegi kelas Dr.Azizan Osman. Saya nak dia pun nampak hala tuju dalam bisnes kami ni. Saya nak dia nampak potential yang ada dalam dirinya..Betul lah bak kata Richworks..UNLOCK YOUR POTENTIAL..Memang tepat sekali!..Sebab saya nampak potensi suami..Cuma dia jer yang tak konfiden. Atlast, pujuk punya pujuk...merayu-rayu..goda goda sikit...hehe...akhirnya dia pun setuju nak ke kelas walaupun tak sepenuh hati...
Walaupun mula-mula dia sangat tak sukakan Dr.Azizan Osman tuuu...Dia kata siapalah mamat yang nak goreng aku ni!..Dia sangat skeptikal dengan trainer ni..Sebab dia kan dalam Human Resource..Dia pun konon boleh training..Dia kata bukan susah pun nak train orang..goreng jer..Sebab tu lah dia tak respek Dr. Azizan masa tu...
Tapi....lepas sejam..dua jam..dia tengok, wahhh...Mamat ni mesti ada 'something'!...Dengan crowd 2000 orang masa tu, dia boleh control audience dia..Semua diam je dengar dia nak cakap apa..Ada yang nak pegi toilet pun sanggup tahan sebab takut ter miss point yang penting..Seolah-olah apa saja butir perkataan yang keluar dari mulutnya amatlah berharga...Waahhh....sampai macam tu ke?..Entah lah, kalau nak tahu..kenalah experience sendiri...
Sebenarnya, itulah dia TURNING POINT yang paling besar dalam hidup kami sebenarnya!..Titik tolak yang keluarkan diri kami yang sebenarnya..Yang dah tak takut-takut lagi..Yang pada mulanya ingat bisnes ni untuk bantu-bantu suami saja..Untuk duit tambahan saja..Tiba-tiba melalui kelas Dr.Azizan, kami rasa konfiden, kami nampak bisnes Anis Chocolate ini boleh berkembang..Kami dah nampak jalannya!..
Ya Allah...masa tu kami hanya invest RM50 seorang saja..tapi, bila balik dari kelas..saya ingat lagi..Kami non stop bercakap pasal Dr.Azizan, bercakap pasal bisnes kami...Terima kasih Doc!..Dan ingat lagi, kami panggil anak-anak kami masa tu..Kami cakap, abang..adik..kita akan kaya lepas ni!..Mama dengan Papa nak build bisnes kita ni sampai semua orang kenal Anis Chocolate Moist Cake..Mama dengan Papa dapat rasa satu hari nanti, bisnes kita akan jadi macam Gardenia..pegi lah ceruk mana pun...Satu Malaysia orang akan kenal Anis Chocolate Moist Cake..dan orang sukakan kek kita!...
Itulah kata-kata dan impian kami pada Oktober 2010.
Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat memberikan bisnes ini kepada kami.
Love You.

Subscribe to:
Posts (Atom)