Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 1, 2013

Bake with love - anjuran The Dessert Table 29 Sept 2013

Alhamdulillah selesai sudah sharing session "Bake with love" anjuran Pn Faridatul Azna @ The Dessert Table sebentar tadi.

Kalau nak tahu, kelas Pn Faridatul ni bukannya baking sangat..tapi dia start dengan PASSION dulu..kenali passion dulu.... Dan belajar tentang kekuatan..kena ada semua tu dulu, barulah buat apa pun jadi..

Kan Sis Faridatul Azna? ..

Apa pun tahniah di atas idea yang superb ini.Semoga The Dessert Table mencapai kegemilangan dengan menambah nilai hidup orang lain.

♥Bake with lots of love♥
 
DEALER ANIS CHOCOLATE BUKAK KEDAI?

Wahhhh!!!..
Tadi dapat good newsss!!!..

Ingat tak dulu saya pernah citer, ada sorang dealer adik polis ni datang ambik kek naik MOTO?. .Dia antara yang awal bersama kami sejak 3 tahun yang lalu.Dan diorang ni lah antara yang pertama menyentuh hati saya.

Ye lah mana tak tersentuh hati..time balik kerja je mesti dia sampai dengan wife dia ambik kek. Bila dioran...g nak balik kannn, mesti saya lari masuk dalam.Siapa pun tak perasan pasal ni termasuk suami saya..

Sebab, saya tak sanggup nak tengok wife dia terpaksa peluk kotak kek kuat-kuat..takut kek terjatuh. .Saya sedih la..kesian tengok sampai macam tu pun diorang sanggup buat..

Masa tu saya terdetik di hati saya...Ya Allah, betul kah apa yang kami lakukan ini Ya Allah? Betul kah kami membantu mereka ini Ya Allah?

Sekali tu bila kami tanyakan pada adik polis ni..Dia kata Ya Allah abang..akak. .jangan risau, dengan duit kek ni lah yang bantu kami bayar duit rumah, duit kereta kami. .

Alhamdulillah sangat...terus rasa nak tolong lebih ramaiii orang lagi insyaallah. .

Abis apa yang good newsnya?..

Ohhh yaa...tadi adik polis ni call.Dia bagitau, yang dia DAH SEWA KEDAI di TTDI JAYA, Shah Alam!..Dia nak fokus dengan production cookies dia.. Almond Caramel yang menjadi kegilaan ramai ni.

Sebenarnya 4 bulan lalu, kami offer dia buat satu produk untuk kami tolong pasarkan di premis kami. Mereka suami isteri ni bermula di rumah. Dan sekarang dah sewa kedai!!...Wow, alhamdulillah. ..

Syukur sangat...kami yang tumpang happy!!!..Kerana dengan bermula hanya menjual Anis Chocolate Moist Cake, kini dah ada produk dan dah ada kedai! .

MasyaAllah! !..kami doakan semakin ramai yang akan berjaya seperti mereka ini!..

♥Tahniah Khairi dan Azura!..
See More

BULETIN ANIS CHOCOLATE: SENARAI NAMA DEALER UNTUK LUCKY DRAW SEPTEMBER 2013

BULETIN ANIS CHOCOLATE: SENARAI NAMA DEALER UNTUK LUCKY DRAW SEPTEMBER 2013

Assalamualaikum wahai Stokis,

Jangan lupa tolong bagi nama pemenang dealer anda untuk Hadiah Misteri Bulanan untuk bulan September ini. Sekali lagi, dealer terbaik untuk setiap bulan perlu dinilai dari segi:

1.Kuantiti jualan kek- yang paling banyak terjual.
2.Bayaran dah dilunaskan. Yang masih ada hutang, adalah tak layak ye.
3.Attitude - mempunyai sikap yang menyenangkan, mudah berurusan dengan pihak stokis.
4.Senyum - dealer yang paling suka dan paling banyak senyum.
5.Sedekah - dealer yang paling suka bersedekah (macamana nak tahu?..pasang spy)
6.Gigih- Nampak kegigihan berbisnes. Bukan hangat-hangat tahi ayam.
7.Tahan dugaan -Bisnes atau tak bisnes pun memang banyak dugaan, pilih yang faham bahawa dugaan itu adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang boleh bawak mati. Contoh, kalau kek kena reject, try lagi..kalau setakat sekali atau dua kali dirject dah frust, tak payah pilih sebagai terbaik.
8.Tak suka komplen - yang suka komplen memanjang, komplen yang tak membina, tak payah pilih.
9.Positif - orang yang suka cakap negatif, tak payah pilih.
10. Suka hati anda nak pilih siapa...Hanya anda tahu siapa yang layak!..

p/s: Tulis nama dealer anda yang terpilih di kotak 'comment' di bawah ini. Sertakan berapa biji kek yang telah dibuat sepanjang bulan ini.

Terima kasih.
Tuan CEO,
Tuan Junaidy Abu Bakar.