Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, October 5, 2013

Yesss!!...Another Wow Effect!!

Yesss!!...Another Wow Effect!!...Thank you my dear smile emoticon

Salam..nk kongsi skit..singgah petronas bangi nak cucuk duit..en.suami sy tgah rajin nk mkn kek choclate..die bli la satu..mkn dlm kete..ya allah xpnh ktorg jmpe kek sdap mcm ni..xckup plak..rase nk pusing blik nk pg bli lg kek bwk blik mak plak..duk teringat2 je..hehe..sy trus bg cdgan kat en.suami..jom bang kt jd dealer..skrg pun tgh jual kek..tp stakat ofis en.suami dgn sdare je..kan best kalo sy boleh kongsi kek anis ni dgn semua org yg x pnh cube lg..hehe..en.suami suruh tye..mcm mane ye nk jd agen or dealer..tq ♡

Friday, October 4, 2013

TIPS TENTANG FB PAGE MARKETING

TIPS TENTANG FB PAGE MARKETING

1.Jangan tulis macam buat karangan. Tulis macam ada 'conversation' dengan kawan-kawan. Kalau karangan, konfem boleh tertidoq..Kalau 'conversation', kita akan rasa ada 'engagement'.Itu yang kita nak, kannn...

2. Bercakap atau bercerita tentang perkara yang benar-benar terjadi. Jangan menipu di fb page kerana sebenarnya pembaca kita boleh 'rasa' sama ada cerita u tu benar-benar terjadi atau u menipu. Apa yang u cuba sampaikan nanti nampak palsu...

3.Be yourself. Jangan cuba berlakon dan jadi orang lain. Kalau ada kelemahan dan keburukan, tak perlu cover. Tunjukkan jer...Tak payah sorok-sorok..

4.Tulis dan bercerita dari hati. Katakan kalau u nak tulis tentang naik jatuhnya bisnes you, u tulis sampai tahap u menangis sendiri. Pernah saya tulis pasal macamana asalnya saya dapat resepi tat nenas..Saya bukan setakat menangis, saya meraung terus...sampai bengkak mata saya pagi tu...Dan, bila jadi macam ni..tengoklah nanti..LIKE punyalah tinggi...yang komen pun banyaknya...Barulah ada 'engagement".

5.Jangan hard sell. Contoh, u suka cakap pasal poduk u dan harga produk sahaja. Customer dah letih nak 'engage' kalau asyik tunjuk produk dan harga jer... Zaman dah berubah dikkk...

6.Jangan expect dari page ni kita boleh dapat direct sales. Sebenarnya apa yang kita buat ini adalah untuk tingkatkan jualan  tapi secara indirectly.Contohnya apa yang berlaku dengan pembaca Page Anis Choc Moist Cake, ramai yang bermula hanya dengan membaca posting kami, dan dia pulak suka sangat 'content'nya, akhirnya selepas beberapa kali baca posting kami, dia pasti terjebak sama ada teringin nak jadi pengedar atau teringin nak rasa keenakkannya.

7. Kena faham, bila u dah decide untuk focus on fb page ini, u kena konsisten. U kena selalu ada di page dan berkomunikasi di page. Once u dah start, u cannot stop.U kena terus aktif walaupun letih, contoh baru balik dari kelas ke...atau pegi melancong ke..ada kerja lain ke. Kalau u tak sempat nak buat hari tu, its okay..tapi make sure u ada pengganti atau orang lain tolong postkan. U boleh jugak schedule posting you untuk 10 hari kalau u keluar melancong contohnya..Apapun, u kena exist jugak dalam fb.Sebab kalau u tak konsisten, traffic akan drop 21% ...rugi tau....

8. Start tulis dengan bahasa yang mudah difahami dan yang mengikut bahasa audiens. Jangan gunakan bahasa bombastik dan bahasa berbunga-bunga. Ini membuatkan orang boleh tertidor.

9.Jangan cuba nak tunjuk pandai di fb page. Customer cuma nak info yang simple dan clear. Customer bukannya online sebab nak cari yang 'bijak'.Diorang nak yang simple.

10.Kadang-kadang cuba selesaikan atau beri pandangan pada pertanyaan orang.

11.Mesti ada personal connection. Tunjukkan kepada audience kita yang kita 'care about them'.

12.Jangan buat kerana nak dilihat 'amaze'.Kita cuma nak bagi sesuatu yang ada value, yang berguna untuk mereka. Seolah-olah kalau kita mintak bayaran pun mereka akan bayar.

13.Jadikan page kita page yang harmoni. Yang terbaik ialah berkongsi pengalaman dengan niat untuk tambah nilai hidup orang lain.

14.Buat sesuatu yang membuatkan orang gembira. Dari gembira, dia akan ada love factor, dengan ini ia akan connected dengan manusia.

15.Penceritaan mesti ada elemen enjoy (Jangan terlalu static).

Okay dear, ini antara few tips termasuk yang kami belajar semalam di MYB. Hope you enjoy it...Have a lovely day today!!!.....




Thursday, October 3, 2013

MARKETING DI FACEBOOK PAGE

MARKETING DI FACEBOOK PAGE

Kami mula menggunakan Facebook page sebagai medium marketing pada Oktober 2012. Tapi masih blur-blur katak tak tahu apa nak share dengan audience kami. Lepas ke Intensif Jutawan Industri November 2012, saya dah semakin nampak..dah semakin faham bahawa betapa pentingnya dan betapa bestnya buat marketing di Facebook Page ini.

Yang paling saya faham ialah, marketing di facebook page dengan menggunakan 'content marketing' yang bagus dan menarik ini adalah sangat-sangat powerful sebab ia VIRAL!..Sangat-sangat Viral!..Gila-gila Viral!!...

Alhamdulillah, kami mula aktif pada Mac 2013 dengan LIKE sebanyak 100-200 LIKE, sehingga Oktober 2013, LIKE page Anis Choc Moist Cake telah meningkat sehingga lebih 17, 000 LIKE tanpa buat sebarang iklan!..(Sebenarnya nak buat FB Ads, cuma Admin Manager saya dah sangat busy sekarang ni, huhuuu..).

Ok, saya cerita yang basic dulu kay.....

1. Faham Siapa Audience Anda
Siapa audience yang anda nak target? Jika anda membuat bisnes kecantikan, sudah tentu target anda adalah wanita. Bagi saya pula, audience saya adalah wanita. Target saya ialah peniaga dan juga wanita yang bekerja. Saya selesa dengan wanita berumur dalam lingkungan 30-45 tahun.Tapi, saya juga suka berkongsi pengalaman dengan usahawan-usahawan muda.

Best dengan adik-adik usahawan muda ni, diorang betul-betul tak tahu apa-apa..Bila orang buat bisnes, diorang pun nak buat bisnes..Nampak kat untung tu saja..Tapi, sebenarnya...banyak sangat yang perlu kita tahu dalam bisnes ni..Bukan setakat marketing, tapi...it's BIGGER THAN THAT!!...It's MORE THAN THAT!!...

2.Faham Apa Audience Kita Nak
Bila kita dah faham siapa audience kita, perkara pertama kita perlu fikir ialah apa yang audience kita nak. Bukan apa yang kita nak...Kalau ikut apa yang kita nak, semuanya kita nak tulis..Pasal anak lah, pasal pasangan lah...Kena gali, gali, gali...cari apa yang audience kita nak. Untuk point ini, saya nak berkongsilah dengan anda. Saya mula nampak apa yang audience saya nak ialah melalui seminar-seminar. Ada beberapa seminar yang saya attend, saya tengok betapa ramainya orang ke seminar..berduyun-duyun manusia dahagakan ilmu..Dalam hati saya bila saya tengok situasi ini..Kesiannnn sangat..Rupanya ramai orang yang nak Berjaya!..Ramai yang nak kaya..tapi tak tahu macamana?..Ramai yang ingat sangat susah nak kaya...Ramai yang tak nampak jalannya...Dari situlah sebenarnya saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan audience saya, apa saja yang saya ada..ilmu dan pengalaman saya untuk sama-sama dapat belajar dan at the same time melonjakkan bisnes dan kehidupan mereka.

3.Faham Bahawa Orang Yang Sama Passion Suka Berkongsi Perkara Yang Sama
Cari satu perkara yang audience kita suka sangat dan yang boleh menarik perhatian mereka. Fitrahnya, orang yang sama passion ni akan sukakan perkara yang sama. Perasan tak?..Jadi, kita kena buat sampai mereka rasa "Kita sama".Berfikir pun benda yang sama macam mereka. Buat pun benda yang sama macam mereka buat.

Kita dan audience kita kena 'get connected'. Contoh di sini, audience saya dan saya bercakap "the same language". Kami sukakan isu berkenaan tentang bisnes. Tak kisah apa saja, asalkan pasal bisnes. Topik ini sangat sangat luas sebenarnya.Macam-macam yang kita boleh tulis tentang bisnes ini.

Bila saya dah faham audience saya, saya fokuskan bercerita tentang bagaimana bisnes saya bermula, bagaimana mencari pekerja, pengalaman buka kedai dan sebagainya. Kadang kala saya masukkan juga cerita tentang keluarga, atau pembantu rumah contohnya. Kenapa saya pilih isu-isu seperti itu? Sebab kebanyakan daripada audience saya terdiri daripada career woman yang ada bibik.

Bila audience kita dah 'engaged' dengan kita, dan 'connected' dengan kita, dah rasa pengalaman kita sama, sebab itulah lama-kelamaan mereka akan tertarik untuk berbisnes dengan kita. Itulah yang berlaku dalam Page Anis Choc Moist Cake. Kebanyakan daripada pengedar kami dan pelanggan kami adalah bermula dengan membaca Page ini sahaja.

3.Cara penyampaian
Sejak kecil lagi kita sangat sukakan 'story telling'. Itu adalah cara paling mudah untuk orang sukakan 'content' kita. Jadi, dalam page kita..kita boleh berkongsi macam-macam perkara dengan audience kita melalui 'story telling marketing'.

'Story telling marketing' adalah trend pemasaran terbaru. Yang membuatkan ia menarik adalah kerana kita boleh berkomunikasi dengan pelanggan atau prospek kita tanpa perlu membuat jualan. Tak perlu cerita sangat pasal bisnes kita, harga produk kita dan sebagainya. Itu lebih kepada nak menjual. Lain lah kalau kita buat sales. Macam bukak booth contohnya, itu memang kena terus menjual. Kena close deal terus.

Tapi ini lain. Ini social media. Jadi, kita kena lebih faham bahawa apa yang audience kita nak itu, perlu disampaikan dengan kaedah yang menarik. Yang penting, kita cuma nak mereka faham dengan apa yang kita maksudkan.Barulah information transferred. Kan?

Pelanggan sekarang ni dah tak nak terlalu didesak. Pelanggan lebih suka kalau kita pandai buat 'relationship'. Kerana bagi saya, bisnes adalah relationship. Bila kita ada satu perhubungan, kita suka nak berkongsi maklumat. Dan dengan relationship lah bisnes kita akan lebih berkembang. Terutamanya bila kita menggunakan medium facebook page contohnya, bila audience kita suka apa yang kita kongsikan, mereka akan berkongsi pulak cerita tersebut dengan kawan-kawan mereka. Lagilah viral..Nampak tak betapa bestnya penggunaan Facebook Page?

Okaylah deariesss...Itu sajalah setakat ini..Insyaallah, esok saya akan share dengan anda semua tips apa yang nak ditulis dalam Page anda..Suka ke suka?...

Jumpa esok ye..Semoga berbahagia hendaknya...:)

ASSALAMUALAIKUM.