Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, September 26, 2014

TERSALAH 'AYAT' NAK MINTA PADA ALLAH??

DOA PUN SALAH...

Dalam sesi perkongsian dengan para pengedar semalam, ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, yang saya lihat ramai yang sangat terkesan dengan kata-kata Tuan CEO kami merangkap suami saya. Uols ni nak dengar ke?...

Saya tak sangka jugak sebenarnya ramai yang tak berapa nak faham lagi pasal ni.. Itu lah dia, pergi seminar sana sini...tambah-tambah pergi yang half day je dah ingat pandai.. dah tak tambah ilmu lagi...

Rupanya banyak yang belum faham lagi bab ni.. Sebab tu lah ramai yang masih nak sebut lagi kata-kata negatif, yang masih tak kisah lagi nak cakap apa, yang masih tak rasa apa-apa tentang:

"
Kata - kata itu adalah satu doa".


Suami saya ada sentuh tentang minda. Dia sebut lebih kurang macam ni, dia kata : 

"minda kita ni sangat powerful sebenarnya, subconcious mind ni sifatnya, dia absorb je segala patah perkataan yang kita katakan.Dia tak tahu betul atau tidak, positif atau negatif, kerja dia absorb je.."

Sebab tu, suami saya kata jangan salah doa.

Contohnya macam ni, ramai yang doa: 

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari kemiskinan...Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari sebarang penyakit...".

Agak-agak betul ke kata-kata macam ni?..

Kalau anda selalu doa macam ni, patutlah hidup anda tak kaya-kaya lagi. Patutlah sekejap-sekejap migrain, sekejap-sekejap nak demam. Sekejap-sekejap sakit pinggang. Ye lah, dah hari - hari doa. Subconcious mind pulak tangkap perkataan "miskin" dan "penyakit" tu...Sebab apa?..

Sebab....itu adalah sifat subconcious mind. Minda kita ni dia tak nampak perkataan. Yang dia nampak hanya objek. Jadi, bila kita sebut jauhi kemiskinan, apa yang kita terbayangkan di minda?..
Terbayang orang miskin, kan?..Kalau doa pulak, jauhi dari penyakit...Apa yang kita nampak di minda?..Nampak orang sakit kan?.

Salah sorang stokis kami Nizam pun share pengalaman dia pasal ni. Kata Nizam, isteri dia bekerja di international company. Tahu sajalah kerja dengan mat saleh ni.. Kalau nak marah, dia tak simpan-simpan lagi dah. Jadi isteri Nizam ni pun hari-hari berdoa, 

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak nak cuai hari ni..aku tak nak kena marah hari ni"

Tapi hari - hari dia tetap kena marah.. Jadi Nizam pun cakap pada isteri dia:
"apa kata tukar doa tu kepada nak kerja dengan lebih baik, nak menggembirakan bos dan faham dengan apa yang boss arahkan..."

 Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Tapi yang bestnya kata Nizam, lepas tu alhamdulillah...isteri dia dah tak ada masalah kena marah dengan boss lagi!..

Nampak tak?...Faham tak?...
Berbuih Dr.Azizan ajar.."kata-kata itu adalah satu doa".. Tapi masih nak sebut yang tak elok.. Masih suka cakap yang negatif.. Tu la, pegi seminar pun sekali je rasa dah pandai..
Balik rumah, tak cari kawan positif...pastu buat aktiviti macam biasa balik, tengok tv..baca paper....hihihii...patut la masih sebut yang negatif.

Cer balik, tambah lagi ilmu..Baca buku, ni balik baca novel. Citer pulak frust cinta sana sini.. Citer pasal suami main kayu tiga. Masih tak faham lah tu, benda tu dok tanam dalam minda.. Nanti lama-lama risau suami ni asyik dok balik lambat je...
Entah-entah....???
Tup tup bayangan yang kita baca dalam novel tu pun akan muncul satu demi satu...Kalau sekali takpa..tapi kalau dah tiap-tiap malam dan dah bertahun terbayang suami main kayu tiga..akhirnya?????....Nak?...

Habis kalau tak nak..baca lah lagi novel macam tu.. Kalau suka sangat nak baca novel, baca novel yang positif sikit..yang buat suami boleh rasa nak balik awal jer...ishhh takkan nak citer kat sini kan, nak suh baca novel apa?..hehehe...paham-paham je lah kay..
Tak tau lah uols faham ke faham... Sangat penting perkara ni.. Jaga kata-kata, jaga doa kayy... Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat 

 Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari  

Thursday, September 25, 2014

ILMU HADAPI REJECTION

ILMU HADAPI REJECTION

Ilmu yang saya nak ceritakan ni kan, baik anda dengar betul-betul..Sebab memang anda tak akan dapat belajar kat mana-mana...Anthony Robbins ke, T.Harv Eker ke..Tapi diajar di satu universiti ni je..iaitu University of Life..nak tau kat mana, tanya pakcik google ye..
:)

Ilmunya ialah tentang Hikmah Redha. Atau nak bagi mudah faham ialah The power of Redha.Kalau sepanjang 7 tahun kami berbisnes ni, banyak kali kami berjumpa dengan kes melibatkan redha ni.

Tapi kali ni nak citer dari pengalaman Stokis kami yang masih panas lagi. Kejadian ni baru berlaku 3 hari yang lalu.

Semalam Stokis Terengganu Natrah contact saya. Dia tunjuk gambar kedai yang mereka suami isteri nak bukak 4 Januari 2014 (hari ni).

Balik dari IMKK (satu program Dr.Azizan Osman), terus diorang bayar duit deposit. Mintak kunci nak buat kerja, tapi owner kedai tak bagi kunci.Takpelah, diorang pun mula beroperasi mengecat, buat wiring, mencuci dan sebagainya.

Habis je kerja-kerja tu semua, mintak kunci...pun masih tak nak bagi. Tuan rumah dah mula buat hal. Dia tak nak sewakan pulak!!...Huwaaa...... Macamana ni, duit deposit dah bayar... kedai dah buat elok dah...

Bermacam-macam alasan tuan kedai kasi sebab dia tak jadi nak sewakan kedai.. Dah lah cat pakai yang mahal tu... Cat nippon tauuu...Huhu...

Akhirnya Stokis kami ni mintak lah deposit balik. Takpelah kalau dah bukan rezeki, diorang terima dugaan ni dengan hati yang rendah dan terbuka.

Tapi.....dia buat liat nak bagi balik duit deposit tu.. Adoi..., manusia macam ni pun ada ke?.. Lepas dah bincang elok-elok, akhirnya dia bagi balik deposit... dengan syarat kena cat semula kedai dia. Tak nak cat yang murah pulak..nak cat yang mahal, plug semua dia suruh tanggalkan. Huhuu.. sampai macam tu sekali owner kedai tu sanggup buat kan?..Ishhh...ishh..

Saya cakap takpe Natrah, Taqin..ni semua turning point ni. Allah nak bagi yang lebih best ni..Yang penting jangan give up.

Natrah dan Taqin cakap. Lepas tak jadi sewa kedai dengan makcik tu...diorang ni langsung tak give up!..Natrah kata, walau apa pun, diorang tetap nak bukak kedai jugak Januari 2014 ni.

Jeng jeng jeng....

Yang bestnya, lepas diorang memaafkan makcik tu, dan redha dengan ujian yang Allah bagi pada diorang ni..

Tak lama....esok jer...Dah dapat kedai lain!.. Memang betul-betul Allah nak bagi yang lebih baik, kedai baru ni lebih dekat dengan bandar Kuala Terengganu, kedai pun lebih besar...dan yang bestnya, owner kedai tu jenis yang tak cerewet langsung!!...

Wahhhhh!! ...Kan dah kata, ujian yang hebat adalah untuk orang-orang yang hebat!!... Nampak tak, pengajaran apa yang Allah nak tunjukkan?..

Buat apa pun jangan give up!. Kalau dapat ujian, pasti sebab Allah nak menguji tahap kesabaran kita sebab Dia nak naikkan darjat kita ke tahap yang lebih tinggi!

Kalau dapat rejection lepas berjumpa dengan prospek lepas ni, tak kira lah bisnes apa sekalipun...bawak bersabar dan redha!!..Jangan pulak ada rasa dendam dan marah kalau dah kena reject.

Banyakkan beristighfar... serahkan saja pada Allah.. insyaallah, dengan kuasa dan magik yang ada pada Allah... tengoklah, sooner or sooner, tak lama lagi dia akan panggil balik..Yang penting, kena ada sifat redha dan memaafkan..

Tahniah Stokis Ganu kiter... :)

WALLAHU'ALAM...

♥Jom beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari :) ♥
 

MINDA ORANG KAYA

MINDA ORANG KAYA

Kenapa ya ada orang senang jadi kaya, macam ada MIDAS TOUCH atau sentuhan emas? Buat bisnes apa pun dia pasti berjaya.. Tetapi ada orang struggle untuk jadi kaya..bekerja siang malam pagi petang tapi tetap tak kaya-kaya atau lebih teruk jatuh miskin?

Analoginya..

Di dalam satu Seminar, contohnya Seminar DUNIA USAHAWAN, terdapat 2 orang yang duduk bersebelahan dalam dewan yang sangat besar di Wisma MCA. Mereka belajar dari guru yang sama, strategi yang sama,teknik yang sama, tetapi seorang yang menggunakan strategi tersebut berjaya dengan mudahnya tetapi kawan di sebelahnya tetap menggunakan strategi yang sama tetapi tidak berjaya. Lebih teruk lagi jika sama-sama dari bidang yang sama tetapi bukan kedua-duanya yang berjaya.

Ada juga kes orang yang kaya, jatuh dalam bisnes berkali-kali tetapi bangkit lagi dan berjaya lagi. Kenapa pula? Ini terjadi kerana mereka hanya kehilangan wang atau kekayaan tetapi mereka tidak hilang kuasa pemikiran yang mereka ada iaitu kuasa minda jutawan.Segala-galanya sebenarnya terletak di MINDA.

Kenapa semua ini berlaku? 
Kenapa kita tidak mempunyai kuasa minda jutawan?


  1. Mind set - pengaruh zaman kanak-kanak.
    Perkara pertama yang menjadikan kita tidak mempunyai kuasa minda jutawan ialah pengaruh pengalaman zaman kanak-kanak kita yang akhirnya menjadi MIND SET kita.

Kata-kata ini atau salah sangka ini kita pernah dengar semasa zaman kanak-kanak tentang wang,kekayaan, orang kaya dan lain-lain. Inilah yang mempengaruhi minda kita dari kita kecil sehingga kita dewasa. Jika kita tak reprogramkan semula salah sangka ini, sampai bila pun kita tidak akan mempunyai kuasa minda jutawan..atau kita tidak layak untuk jadi jutawan (atau sekurang-kurangnya untuk jadi kaya..).

  • Duitlah punca segala kejahatan, 
  • Orang kaya selalunya tamak.
  • Duit dan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan
  • Orang kaya semakin kaya,Orang miskin semakin miskin.
  • Cukuplah dengan apa yang ada..tak perlu tamak-tamak..
  • Kita tak mampu..
  • Ingat aku tanam pokok duit ke?
  • Ingat emak kau ni cop duit ke?
  • Dia kaya kerana menipu orang
  • Dia kaya kerana jual benda-benda yang haram
  • Dia kaya kerana baik dengan Menteri..
  • Orang kaya ini selalunya menekan orang miskin.
  • Cepat sangat kaya,nanti cepat jatuh
  • Kaya membuat orang lupa diri,jauh dari Allah..

Kata-kata yang kita dengar tentang duit dan kekayaan ini disogokkan kepada kita sejak kita kecil lagi.. Secara tak sedar,.inilah program yang di masukkan ke dalam subconscious mind kita sejak dari kecil. Disebabkan kita telah mendengar kata-kata ini berkali-kali, dan subconcsious mind kita pulak mempercayainya atau menerimanya, maka ia akan menjadi satu program ataupun MIND SET.

Contohnya, ada juga yang tidak ada masalah untuk kaya dan berjaya.. tetapi masalahnya ialah menyimpannya.. Maksudnya, dia dapat banyak projek juta-juta,senang untuk menjadi kaya.. tetapi dia tak pandai untuk menguruskan kekayaannya, end up dia akan buat berbagai pelaburan yang entah apa-apa.. Akhirnya,juta-juta itu hilang sekelip mata.. Pernah jumpa kan orang seperti itu?..

Mungkin selama ini kita yang mempunyai pengalaman seperti ini akan menyalahkan itulah, menyalahkan inilah.. tetapi sekarang, cubalah kaji tentang sepanjang hidup kita.. apakah kepercayaan kita terhadap kekayaan? Entah-entah ibu kita pernah menyebut kata yang tak elok tentang kekayaan.. seperti sorang kaya itu penipu..

Lama-kelamaan, kata-kata ini akan masuk ke subconscious mind, dan seterusnya menjadi satu kepercayaan(belief) kepada kita bahawa orang-orang kaya ni semuanya adalah penipu dan ini adalah sesuatu yang tak baik. Disebabkan dia tak nak jadi orang yang tak baik dalam kehidupannya, secara subconcsiously, dia tidak boleh menjadi KAYA kerana orang kaya itu penipu. Ini bermaksud, kepercayaannya tentang wang adalah tidak selari tentang apa yang difikirkan..

Satu lagi contoh yang lebih mudah ialah apabila kata-kata seperti "Cepat kaya,cepat jatuh..". Akhirnya,orang yang mempercayai kata-kata ini sejak sekian lama... bila berbisnes, dia akan cepat naik tetapi dia juga akan cepat jatuh. Kenapa? Kerana dia tak sedar itulah kepercayaan yang dipegang sepanjang hayatnya.. Jadi,bila dia dah percaya kata-kata ini, dia pun dengan sendirinya akan cepat menjadi kaya dan cepat juga jatuh!..

Dari pengalaman saya pula, apabila melihat rumah-rumah yang besar-besar dan kekayaan orang lain,selalu yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah... "Bisnes apa yang mereka buat ni sehingga dapat membeli rumah di kawasan perumahan elit ini? Tak mungkin mereka ni bekerja makan gaji sahaja, mesti mereka ada bisnes ni.."

Setiap kali ternampak rumah-rumah banglo ini, itulah yang saya fikirkan..Ini lah yang dikatakan MIND SET. Mind set yang tercipta untuk saya ketika itu ialah bisnes sahaja yang akan membuatkan seseorang itu kaya. Rupanya,bila semuanya telah diprogramkan, Allah akan membawa kita dengan automatiknya ke jalan yang kita ingin lalui..

Bila saya dah faham tentang sunconscious mind ini, patutlah kenapa saya sentiasa rasa nak resign dan membuat bisnes? Rupanya subconcsious mind saya dah bagitau saya rupanya, kau kena berhenti kerja dan membuat bisnes untuk menjadi kaya (maafkan saya,,).

NAK RESIGN?

Sebenarnya point pengaruh zaman kanak-kanak yang masuk dalam subconscious mind ini boleh dijadikan point untuk yang sedang dalam perkiraan untuk berhenti kerja..

Apa yang saya boleh bantu anda ialah... cuba kaji semula apakah kata-kata yang selalu dikeluarkan oleh anda mengenai pekerjaan dan juga mengenai bisnes. Yang mana satu yang mendominasikan pemikiran anda? Jika kata-kata anda bias untuk bekerja,ataupun anda mempunyai buruk sangka tentang bisnes,contohnya..ibu anda pernah mengatakan bisnes perlukan modal yang besar.. kalau tak ada modal yang besar,kau jangan mimpilah nak berjaya.

Maka anda tidak boleh berhenti kerja lagi sehingga anda benar-benar menukar pandangan anda terhadap bisnes. Contoh untuk kes ini, anda perlu mencari bukti bagi menunjukkan benar2 bisnes tidak perlukan modal yang besar,malah pasti berjumpa dengan orang yang mengatakan bisnes sebenarnya tidak perlukan modal. Bisnes perlukan MINDA.

Contohnya jika kita percaya bahawa bisnes adalah tidak secured incomenya.. tetapi bekerja lebih secured kerana dapat gaji setiap bulan.. Maka anda perlu tukar kepercayaan itu ataupun dinamakan REPROGRAMMING!!...Programkan semula minda anda barulah anda boleh resign dan berbisnes dengan tenang!.. Jika anda berhenti kerja tetapi tidak programkan minda anda,dan anda masih mempercayai mitos-mitos lama ini.. ditakuti apa saja yang anda buat selepas berhenti kerja sia-sia belaka.. duit simpanan anda akan habis, akhirnya kemungkinan besar anda akan mencari kerja semula!..

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100kali dan berselawat 1000 kali sehari..:)~