Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 1, 2014

KUMPULAN KATA - KATA PERANGSANG

Success Will Be Never Ending.


Kalau you pernah gagal sebelum ini, bukan bermakna you akan gagal selama-lamanya..


Dan kalau you sukses, sukses tak akan berhenti. You akan sukses sampai bila-bila.. Success will be never ending..

Ingat itu jer, tapi kata-kata ini akan berhasil bagi orang yang tak takut berimpian!...

♥Jom mimpi-mimpi yang best-best malam ni kay deariesss... ♥

-----------------------------------------------------------------------------------------
 The Choice is Yours
Sebenarnya kita ada kuasa untuk memilih sama ada nak jadi kaya dan berjaya atau gagal. Kita juga boleh pilih kita nak hidup gembira atau bersedih.

Pilihan di tangan kita sebenarnya. Kita yang pilih jalan hidup kita. Kalau ada yang masih di takuk lama, itu adalah apa yang anda pilih 5 tahun yang lalu.

Yang dah berjaya sekarang pulak, itu disebabkan mereka pilih untuk berjaya 5 tahun yang lalu.

Tapi belum terlambat. Pilih sekarang untuk jalan hidup 5 tahun lagi, nak berjaya atau gagal? Nak kaya atau miskin? Nak hidup gembira atau bersedih?

♥ The choice is yours!!!....♥

------------------------------------------------------------------------------------------
Kata - Kata itu Adalah DOA.


Kata-kata itu adalah satu DOA itu adalah sangat-sangat BENAR!!..


Jangan ingat itu semua ayat-ayat pemanis atau kata-kata motivasi yang tiada maknanya.


Mempercayainya telah membawa kepada perubahan hidup yang besar kepada ramai orang....

Dan orang-orang ini sangat menjaga kata-katanya.Bercakap negatif adalah bukan kesukaannya, tetapi mereka GIAN untuk bercakap POSITIF sepanjang masa kerana tahu apa yang mereka ucapkan adalah satu DOA!..

Dan ia akan terbukti kepada yang mempercayainya sahaja!.
♥ Paham ke paham?..♥

------------------------------------------------------------------------------------------
2 % Jerrr

Lawak jugak kata-kata J.Martin Kohe dalam buku Your Greatest Power ni.

Katanya, terlalu ramai orang yang discouraged atau tak bersemangat nak hidup dan nak berjaya sampaikan mereka yang lebih sikit je semangat dia, mereka yang lebih sikit je keinginan dia..mereka yang lebih sikit je idea dia..mereka yang 2% je speed dia lebih dari orang lain..mereka dengan mudahnya dapat memasuki pasaran dan menakluk pasaran.

...doesn't have to battle so hard, katanya.... :)

♥ Macam sentap je kannn... :)♥
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan Sekelip Mata

Untuk menjadi usahawan berjaya, bukan setakat ada produk yang hebat, ada duit, ada pendidikan yang tinggi dan bisnes plan yang bagus.

Yang paling penting ialah kita perlu ada Emotional Intelligence (EI).


Maksudnya, lagi banyak cabaran bisnes yang kita mampu hadapi dalam perniagaan, emotional intelligence kita akan menjadi bertambah kuat....

Lebih tinggi tahap emotional intelligence, kita akan menjadi usahawan yang lebih hebat.

Itulah sebabnya kenapa menjadi usahawan itu bukan satu proses yang singkat, tapi merupakan proses "life-time".

♥ Salam sayang... :)♥


JANGAN MENYENDIRI

JANGAN MENYENDIRI

Bagi orang yang dah positif, saat menyendiri tu sesuatu yang diimpikan. Sebab masa tu macam-macam yang boleh dibuat. Boleh berkomunikasi dengan Allah, boleh mengadu pada Allah..boleh mencari idea..boleh buat visualization, berzikir, berselawat dan sebagainya.

Tapi bagi yang belum dapat wave ini, jangan banyak menyendiri.. You belum kebal. Bukan apa, takut ada ruang-ruang bocor yang... boleh menembusi..Takut tak dapat menepis ancaman - ancaman luar yang menghinggap ni.

Caranya ialah, keluar cari seseorang untuk mendapat kekuatan.Cari kawan-kawan yang positif. Amaran keras, jangan duduk sorang-sorang dalm rumah..lebih teruk, dalam bilik..lebih teruk lagi dalam bilik yang gelap.

♥Jangan menyendiri kayy...♥
 

MACAM MANA NAK ROLLING?

MACAMANA NAK ROLLING?

Bisnes baru je nak start tak sampai setahun tapi dah ada banyak produk.

Bukan tak boleh, tapi fokus dulu dengan killer product. Dah banyak income nanti barulah pikir diversity.

Patutlah akaun tunggang langgang. Sebab tak fokus. Untung produk A cover produk B. Untung produk C cover Produk D. Macam tu ke u all bisnes?.. Macamana nak rolling?.. Memang berguling-guling la macam tu.....

Kalau macam tu, sampai bila pun tak boleh rasa untung..Hutang sana sini..credit card pun dah pakai maksimum. Best ke bisnes macam tu?..

♥Apa yang u kejar sebenarnya? Nama?..Pujian? Duit?...♥