Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, October 24, 2014

HARI INI DALAM DOA - 29 ZULHIJJAH 1435H

Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam...


Pada hari yang penuh keberkatan ini..penghulu segala hari Ya Allah...Kami ingin mohon padaMu Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Kau bersihkanlah hati kami Ya Allah...Kau keluarkanlah segala kotoran dalam jiwa kami Ya Allah...Kau hapuskanlah segala negativiti kami Ya Allah...dan Kau gantilah dengan hati dan jiwa yang putih bersih kepadakami Ya Allah...

Kerana dengan hati yang bersih, kami ingin menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kami Ya Allah...Dan dengan hati yang suci bersih, semoga segala amalan dan usaha kami diberkatiMu Ya Allah..Sesungguhnya segalaNya bermula dari hati Ya Allah....

Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah...

Assalamualaikum dan moningggg jutawanku sayang...Jom kita banyak bersedekah hari ini...Sedekah yg lebih biasa dari yang biasa!..Dan rezeki pun akan masuk LUAR BIASA!!...Terima kasih Ya Allah....

YOU ARE A GENEROUS GIVER!!

Thursday, October 23, 2014

ACTION!!...

ACTION!!....

Semua orang ada life story. Selepas dilahirkan sampailah sekarang umur dah 26 tahun atau 38 tahun atau 65 tahun, semuanya ada story atau jalan cerita masing-masing yang berbeza - beza..tetapi endingnya tetap sama, iaitu MASUK KUBUR...he he he betul kan?..

Tapi, sebelum masuk kubur, takkan kita nak sia - siakan hidup macam tu saja? Bangun pagi pegi kerja @ bisnes, bla bla bla...minum kopi... dan sebagainya, mengata orang ni,mengutuk orang tu..balik petang, solat, makan, tengok tv, tidur...Itu sajakah yang kita boleh buat?. Kualiti kah kehidupan macam tu?..Bergunakah kita sebagai manusia macam tu? Berguna jugaklah kalau dah bekerja atau berbisnes, tapi itupun kalau jadi pekerja yang bertanggungjawab kalau jadi pekerja yang mengular?..Kerja nya kat ofis asyik bukak you tube je..Rasa - rasa berkat tak duit gaji tu?..


Come on!!..Dari sekarang kita masih bernafas ni, kita kena create ending kita..macamana kita nak ending kita nanti..mati kita dalam keadaan macam mana? Mentor saya pernah cerita, ayahanda kepada Pak Habib Syech Assegaf meninggal dunia semasa tengah sujud. dan nak tau tak, sebenarnya dia dah buat programming minda dia..dia dah create awal-awal lagi bahawa memang itu yang dia nak..itu yang dia mintak..Meninggal dunia dalam keadaan sujud!..Masyaallah!!..

Nak mati pun boleh create? Inikan pula nak hidup? Cuba fikirkan, macamana kita nak kehiduapan kita sekarang? Atau kita lihat lebih jauh lagi..Bila kita dah berusia senja nanti. Apa kita nak buat? Apa yang kita ada nanti? Ada kebebasan kewangan dan masa tak? Untuk diri sendiri, untuk beribadat, untuk anak bangsa kita?..

Atauu...

End up jaga cucu je.. ye lah duit tak ada, terpaksa mengharapkan duit anak..Kalau tak jaga cucu, anak tak bagi duit pulak..Aikk, mak dah bertukar jadi bibik ke?..Ada ke orang buat mak dia macam tu?..Tolongggglahhh...janganlah buat macam tu...bagi lah duit kat mak seikhlasnya..jangan harapkan balasan mak..bagilah masa untuk dia buat apa saja yang dia suka sementara umur dia masih ada ni..bukan buat apa yang kita suka...

Tapi, sebelum ending macam tu, apa action yang kita kena buat sekarang? Baca buku? Pegi seminar?..Yes, itu memang action pertama yang kita boleh ambik..iaitu mencari ilmu!..Dulu, manusia berjaya disebabkan kuasa fisiologi....Yang kuat saja yang menang..yang ada modal saja boleh berjaya...Tapi sekarang dah berubah!..Siapa ada ilmu, dia yang akan menang!..

Tapi, ada ilmu saja tak cukup kuat!..Kerana ilmu itu hanya berguna bila ia sampai kepada orang yang faham, dan orang yang mempunyai kebolehan untuk bertindak!...Dia boleh take action!!...Action atau tindakan yang efektif! Ilmu itu tak ada gunanya kalau diberi kepada orang yang tiada kuasa tindakan!..Yang tak sayangkan dirinya..Yang tak sayangkan keluarganya..Yang tak kisah apa nak jadi dalam hidup dia....go with the flow...

Bukan dia tak tahu kalau dia tak buat sesuatu, dia akan ketinggalan!..Kawan-kawan lain dah berubah!..Kawan-kawan lain semuanya dah berjaya..Tapi, dia saja buat-buat tak tahu..malas nak fikir katanya..Bukan dia tak tahu, dah banyak kes kita dengar sekarang ni duit pencen bukannya cukup..itu sekarang!..Nanti 10 tahun lagi, 20 tahun lagi...Lagi la tak cukup!..Pastu?..nak harapkan duit anak saja ke?..Best ke macam tu?..Best ke tak ada kebebasan kewangan?..

Ramai yang ingat, orang yang berjaya ni ada special gift yang tak ada pada dirinya..Salah tu!!..Sebenarnya special gift yang membezakan orang berjaya dan gagal ialah kebolehan dia untuk mempunyai kuasa bertindak!..Itu saja..Dan special gift ini boleh dibentuk oleh semua orang...Kerana semuanya mempunyai ilmu yang sama..tak ada beza pun..Yang membezakan hanya KUASA TINDAKAN!...Terpulang pada u sekarang, bila tua nanti nak jaga cucu atau nak beribadah dan melancong sepanjang waktu?



 WALLAHU'ALAM....

[ TIPS BAGI YANG MENGHADIRI MAJLIS ILMU ]

[ TIPS BAGI YANG MENGHADIRI MAJLIS ILMU ]
  1. Mulakan dengan betulkan niat kenapa ingin menghadiri majlis ilmu. Niat mungkin berlainan antara satu sama lain tetapi biarlah niat yang baik-baik sahaja.
  2. Berdoa semoga dapat memahami segala ilmu yang disampaikan. Dan semoga mendapat ilmu untuk dunia dan akhirat.
  3. Beli 'sweets' atau asam untuk diberi kepada orang sebelah. Setiap hari pastikan bawak sesuatu untuk memberi. (Konsep give first).
  4. Cari tempat paling hadapan untuk mendapat aura yang lebih best.
  5. Bawak dan minum air. Berdoa dan switch minda supaya tak terfikir nak ke toilet.
  6. Bawak snickers atau coklat untuk lapik perut. Untuk orang yang ada gastrik. Yang tak ada gastrik tak makan pun tak pe kot.
  7. Berkenalan dengan orang sekeliling. Jadilah orang yang memulakan perkenalan. Orang yang menghulurkan salam. Itu sangat best!..
  8. Beri energi orang di sebelah dengan beri semangat untuk tepuk tangan atau berdiri.
  9. Cuba pecah ego dengan berdiri atas kerusi tak kira berapa berat anda. Pengalaman yang sangat berharga!..
  10. Jangan lupa SENYUM kepada semua termasuk crew dan staff.
  11. Ucap terima kasih pada orang sebelah di akhir kelas kerana sudi berkongsi energi dan kasih sayang bersama anda.
  12. Jangan promote atau hard sell produk anda. Build relationship secara natural atau secara 'from heart' yang tidak memikirkan untuk keuntungan kita semata-mata.
  13. Boleh mulakan bertanya jenis perniagaan orang sebelah (jika ada) dan bagaimana kita boleh membantu. (Konsep give first).
  14. Gunakan masa rehat untuk rehatkan minda. Take a nap lebih baik dari berbual.
  15. Jangan berbual sangat dalam surau. Lebih baik berzikir dan mengingati Allah sebelum waktu solat. 

WALLAHU'ALAM.

Selamat menimba ilmu untuk semua yang menghadiri program IMKK hari ini. Terutama kepada team Anis Chocolate dari pelusok negara terutama Pn Idayyu Tamin & Pn Ani yang datang dari Kota Kinabalu Sabah serta Pn Diana & Ida dari Penang!... Bukan calang-calang orang dapat berkorban masa berpisah dari keluarga. Hebat!!..

Uols, tolong sambung ye tips ni...