Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, January 4, 2015

DOA HARIAN - AHAD 4 JAN 2015

Ya Allah Ya Malik Ya Quddus Ya Salam, 

Kami mohon padaMu Ya Allah, semoga bisnes dan kerjaya yang kami lakukan ini adalah yang terbaik untuk kami dan sahabat kami disini Ya Allah..Bisnes yang bukan sekadar kerana wang ringgit, tetapi bisnes yang dapat kukuhkan persahabatan antara kami dan juga dengan semua yang berurusan dengan kami Ya Allah...

Jadikanlah kami orang yang suka berkasih sayang sesama kami, orang yang suka berkongsi rezeki bersama-sama, orang yang tiada hasad dengki, orang yang menganggap semuanya adalah saudara, orang yang sanggup melepaskan keuntungan hanya kerana ingin membantu saudaranya...orang yang yang sanggup hilang wang ringgit demi melihat saudaranya bahagia...Ya Allah....Amin...amin...Ya Robbal'alamin...

Semoga anda semua diberi Allah rezeki melimpah ruah...

Terima kasih Ya Allah...

Saturday, January 3, 2015

Jalan - Jalan Cari Outlet di Bandung ^_^




TIPS JIKA MENDAPAT REJECTION

1.Anggap kebetulan waktu tersebut anginnya tak betul. Atau dia baru bertengkar dengan suaminya.  Atau dia baru marahkan pekerjanya. Atau baru kena marah dengan bos. 😕

2.Anggap saja kita ni macam kambing hitam. Tempat dia nak lepaskan geram saja. Sebenarnya dia marahkan orang lain.

3. Anggap kalau kita kenal dia, pasti kita tahu yang dia baik sebenarnya..

4. Dan jangan marah walaupun di reject. Kerana kita akan kembali lagi. Anggap anginnya akan lebih baik pada hari lain. 

Selamat menempuhi rejection dengan senyuman... :)