Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, March 1, 2015

REZEKI ADA DI MANA SAHAJA

Ya Allah Ya Malik Ya Quddus Ya Salam,
Kami mohon padaMu Ya Allah, semoga bisnes dan kerjaya yang kami lakukan ini adalah yang terbaik untuk kami dan sahabat kami disini Ya Allah..Bisnes yang bukan sekadar kerana wang ringgit, tetapi bisnes yang dapat kukuhkan persahabatan antara kami dan juga dengan semua yang berurusan dengan kami Ya Allah...
Jadikanlah kami orang yang suka berkasih sayang sesama kami, orang yang suka berkongsi rezeki bersama-sama, orang yang tiada hasad dengki, orang yang menganggap semuanya adalah saudara, orang yang sanggup melepaskan keuntungan hanya kerana ingin membantu saudaranya...orang yang yang sanggup hilang wang ringgit demi melihat saudaranya bahagia...Ya Allah....Amin...amin...Ya Robbal'alamin...
Semoga anda semua diberi Allah rezeki melimpah ruah...
Terima kasih Ya Allah...

LOVE YOU ALL EJEN ACMC

Sangat bahagia bila mendapat mesej seperti ini...
Bagi yang mempunyai bisnes menggunakan sistem ejen pasti memahami perasaan saya...
Salam sayang untuk semua pengedar kami seluruh negara <3<3<3



Saturday, February 28, 2015

PROGRAM MMM

Alhamdulilah sekali lagi diberi peluang oleh mentor kami Dr. Azizan Osman utk berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang kami bergelar usahawan di pentas Program MMM di Setia City Convention Centre Setia Alam...terima kasih Dr Azizan Osman, tuan Jerry Rizal & warga Richworks semua..
Kenangan lebih manis apabila dapat bertemu dan bersama sahabat kami yg luar biasa hebat iaitu Abg Afdlin Shauki, Fizo Omar & Fiona Tahir..
Semoga perkongsian kami dan sahabat lain memberi inspirasi kepada semua peserta MMM agar anda semua terus berjaya dan menjadi lebih luar biasa hebat...