Salam..post ini mama tujukan untuk anak2 mama dan papa...Adam Haqimy,Arissa Sophia dan Aisya Sophia..
Masa abang dan adik dan aisya baca posting mama ni,mungkin mama dan papa dlm perjalanan ke KT, ataupun mungkin mama dan papa dah sampai ke P.Redang..Mama dan papa nak mintak maaf sebab tak bawak semua anak2 mama dan papa bersama ke P.Redang..macam abang dan adik selalu tanya "kenapa mama dan papa nak ke PR,kenapa tak boleh ikut?".Tak boleh sayang, pulau tu sangat jauh..tak macam Pulau Sapi yg kita pi baru2 ni..botnya kecik..yg penting budak2 bawah umur 12 tahun tak dibenarkan ke sana..takpa, nanti bila dah umuq 13 tahun kita pi pulak kay..
Last 10 years mama dan papa dah ke Pulau Redang,masa tu baru kawin..jadi kali ni mama dan papa ke sana lagi nak celebrate anniversary..Walaupun mama sgt2 berbelah bahagi hati mama nak tinggalkan ketiga2 anak kesayangan mama, tapi mama dan papa terpaksa berkorban..lagipun bukan lama,3 hari ja..jgn risau kay,bukan sebulan..2 bulan..sat je,pejam celik pejam celik,nanti mama dan papa balik lah..cuba abg dan adik fikir,pengorbanan kak warti dan kak nikhla lagi dasyat,boleh tinggalkan anak2 bertahun2 disebabkan nak mencari uwang (duit) utk anak2 depa..kan?
Dulu kalau nak kemana2 berdua dgn papa,mama dan papa selalu tulis surat pesanan utk abg dan adik...kali ni mama dan papa nak abadikan dlm BLOG ni..sure abg,adik dan aisya happy..
Jangan sedih ya,mama dan papa perlukan masa berdua..dah lama tak sembang lama2 berdua,nak makan suap2 ke..hehehe...mama dan papa terpaksa berkorban tinggalkan anak2 kesayangan utk menjadikan kita keluarga yg lebih bahagia kay..
Masa mama dan papa tak dak ni,abg adik dan aisya kena dengaq cakap Wan,Mak Tok,Kak Warti dan Kak Nikhla tau...jgn sekali2 melawan cakap depa.Tq to mak tok dan wan sebab mai temankan abg adik dan aisya..Tq jugak utk mummy dan pakcaq kalau tolong bawak abg dan adik ke kumon..juga tq utk mama nisya(aunty syakilla) tolong hantar dan amik adik dan abang ke sekolah.Jangan bangun lambat kay,nanti mama nisya tinggai abg dan adik..
Paling penting, masa mama dan papa takdak ni..jgn lupa SOLAT! Mama tak dak utk nak ingatkan abg dan adik..nanti mama pesan pada Mak tok,wan,kak nikhla dan kak warti..bila depa suh solat terus solat kay..No watching tv masa maghrib..utk abang, tak leh main PS2 ye khamis n jumaat ni..bagi chance mak tok dan wan nak tgk tv..lagipun nanti mama takut abg tidoq lambat..bangun awai pleasee...adik mama tak risau,adik pandai buat jadual sendiri..cuma balik sekolah kena makan nasik kay..kalau tak mau banyak, sikit pun tak pa,nanti masuk angin..apa yg wan dan maktok masak kena makan..jgn pilih2 makan kay..bersyukur kita ada makanan..ingat cerita org Palestin?
Utk aisya pulak..mesti aisya nangis malam2 ingatkan mama..3 malam mama tak dapat susukan aisya..mama sangat sedih..tapi mama kuatkan hati,mama tau aisya pun baby yg sgt kuat semangat macam mama jugak kan..takpa, mama tinggalkan baju mama yg tak basuh lagi utk aisya hehe..aisya jgn menyusahkan semua org kay sya..3 hari saja..dulu mama pernah hantaq abang balik ke penang tok dan ummi jaga seminggu..masa tu abg baby lagi..aisya 3 hari saja..berkali2 mama dah cerita kat aisya tentang ni esp masa aisya nak tidoq, selalunya aisya akan kata "tak nak..." tapi mama tau aisya tak akan marah mama kalau aisya faham mama dan papa buat ni utk kebaikan semua..mama dan papa perlu RECHARGE!..kalau tak faham recharge tu apa,nanti mama balik mama cerita kay..
Okaylah,utk anak2 kesayangan mama dan papa..Abang,adik, dan aisya..enjoy yrself masa mama dan papa tak dak ni..hehe..nanti mama papa balik kita enjoy sama2 kay...
Pleaseee...abang dan adik jgn lupa solat 5 waktu dan baca yaasin khamis malam kay..
We love u so much!!!
Wednesday, March 31, 2010
Sunday, March 28, 2010
Konsert Suatu Masa.. Amy di Istana Budaya

First time aku dan suami ke Istana Budaya,lebih2 lagi utk tgk konsert.Tapi penangan Amy Search membuatkan kami terpaksa pergi jugak..rindu nak dengar lagu2 Amy dan Search semasa kami membesar dulu.
Simboliknya perjalanan konsert ini..atas arahan Fauziah Ahmad Daud, aku pasti semua terpukau menonton pengembaraan dan transformasi diri Amy.Bermula dari zaman rock 'kapak' ke irama rock sentimental dgn lagu2nya yg memuja nama2 wanita...kemudian ke arah lebih spiritual dan ketuhanan.Sangat tinggi mesej yg ingin disampaikan oleh Kak Ogy dan Amy.
Sambil berhibur dan menikmati suara Amy yg tiada tolok bandingnya,masih sama seperti 20 tahun yg lalu,tetapi mesej disebaliknya begitu menarik perhatian aku.
Entah betul atau tidak spt yg Kak Ogy dan Amy cuba sampaikan,tapi yg aku faham Amy cuba menceritakan tentang pada awal pembabitannya dengan 'rock kapak'nya,beliau hanyut dgn hasutan iblis dan syaitan.Beliau dan kumpulannya sangat ego dan bangga dengan muzik pilihan mereka..Masa berubah,permainan perasaan juga mengubah muzik mereka ke irama rock yg lebih sentimental dan memuja2 ramai wanita.Ini part yg paling aku tunggu2..enjoy betul aku masa ni menyanyi2 bersama suami dan audience..terutama bila Amy menyanyikan lagu Rozana dan Isabella atas katil lak tu,jiwang betoi..terkenang dulu2 aihhh...
Transformasi Amy bersama muziknya diteruskan seolah2 memberitahu mesej yg Amy tercari2 erti kehidupan yg sebenarnya mengikut jalan yg lebih diredhai...Banyak lagu2 ketuhanan yg disampaikan Amy membuatkan aku terfikir sejenak mengenai perjalanan hidup aku sendiri,aku yakin audience lain juga begitu..
Tiba2 fikiran aku melayang memikirkan jika Amy meninggalkan kita suatu hari nanti..dia akan dikenang,diberi penghormatan,sanjungan dan doa sudah pasti miliknya..Dia telah membina setinggi itu nilai dirinya dan menjalani kehidupannya dengan penuh bererti.
Tapi aku dan kebanyakan orang lain,kenapa tidak menjadikan ini suatu pengajaran yg bererti?Kenapa membiarkan perjalanan hidup kita tanpa warna warni,penuh kepudaran?Sungguh rendah nilai diri kita?Kenapa tidak kita bina nilai diri kita setinggi yg boleh?tak perlulah jadi penyanyi atau pelakon...cukuplah menjadi kita...tapi kita yg tinggi nilainya..kita yg hidup penuh dgn cabaran yg mewarnai kehidupan..alang-alang diberi peluang hidup oleh Allah,berlumba-lumbalah kita menjadi hamba Allah yg terbaik.
Sangat bertuah seorang Amy kerana akhirnya beliau bertemu dgn jalan yg dicari-carinya selama ini.(Benarlah janji Allah, siapa yg mencari,pasti Dia memberi).Bak kata Amy tadi,sudah menjadi lumrah manusia..manusia akan sentiasa tercari2..manusia tidak akan puas...Terfikir lagi aku..betul jugak kata Amy tu,jangan kita tertipu oleh permainan dunia ini..mencari kemewahan memang tiada batasnya..sentiasa tidak puas..lebih byk kita dapat..lebih banyak kita inginkan..sampai bila2 pun tak akan puas..Aku sangat2 ingin mengenaliMu dan mendekatiMu Ya Allah...pilih lah aku!..
TQ Amy dan Kak Ogy diatas mesej2 ini...Kami sangat2 bertuah malam ini!
**
Bersenam dgn tetap dan mengamalkan diet yg sihat dgn suplemen kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis,terutamanya di kalangan warga tua.Pengambilan kalsium yg mencukupi amatlah penting,namun pengambilan harian melebihi 2000mg tidak akan mendatangkan sebarang manfaat tambahan.
Saturday, March 27, 2010
SHAKLEE-Percubaan pertama

Setelah Zura mempromosikan supplement SHAKLEE dengan jayanya, aku pun terus menghubungi Norita atau nama panggilannya N.Very cheerful and helpful orangnya..rupanya N dah 10 tahun mengambil supplement SHAKLEE dan terus berkongsi rahsia SHAKLEE sehingga kini.Asalnya N mendapat tahu tentang shaklee melalui ibu mertuanya yg telah sekian lama menggunakan supplement ini.
Nak dijadikan cerita,selepas berpindah akhir tahun lalu,aku menggunakan jalan Glenmarie pergi dan balik utk menghantar dan mengambil anak-anakku dr sekolah.Bermakna,sehari 2 kali aku melalui HQ Shaklee.Jadi,utk mendapatkan supplement itu dgn lebih cepat dan mudah, aku terus menjadi ahli.
Vitamin pertama yg aku cuba ialah sudah tentu kalsium (Ostematrix),VIt B Complex dan Vit C.Setelah mencuba selama 2 minggu,aku cuba pula Protein dan Alfalfa.Inilah percubaan pertama aku menggunakan supplement Shaklee.
Dulu,aku tak berani nak mencuba supplement walaupun sebenarnya aku tahu yg aku pasti kekurangan vitamin.Mana taknya,aku sedar aku ni selalu berdiet,mesti aku kekurangan byk bahan mineral di dalam badan.Kononnya dulu tak nak supplement sebab aku tak yakin dgn produk2 yg di luar sana dan ingin mengambil secara 'direct'atau melalui sumber semulajadi.Mula2 larat la nak makan epal,oren dan sebagainya utk mendapat vitamin c dan sebagainya...begitu juga setiap hari paksa diri minum susu (tapi aku tak ada masalah nak minum susu) utk mendapatkan kalsium.tapi itulah kata orang,kita yakin dgn pendapat kita tetapi kita tak sedar yg kita sebenarnya kekurangan ilmu.
Contohnya susu..memang benar ada kalsium di dalam susu, tapi sebenarnya kadar transfat di dalam susu adalah melebihi kadar kalsium itu sendiri.Jadi adakah aku pasti mendapat kalsium atau aku mendapat transfat?
Begitu juga dgn buah epal,oren,kiwi dan sebagainya..nak kulit cantik kan kena makan semua buah-buahan ini? tapi sebenarnya larat ke nak makan 7 1/2 biji oren sehari utk mendapat 500mg vitamin c yg diperlukan oleh kulit utk membina kolagen?Bukankah lebih senang ambil 1 tablet Vitamin C (bersamaan 500mg) shaklee sehari?
Dan paling mengejutkan,harga supplement Shaklee ini sgt berpatutan.Contohnya utk Vita c-500mg ini, harga sebotol ialah RM92 utk 180 tablets.Setiap hari hanya diperlukan 1 tablet. Bermakna,1 tablet berharga RM 0.51 (bersamaan dgn 7 1/2 biji oren)! Dan Vita-C itu boleh consume selama 6 bulan!..Ini juga bermakna,kita hanya berbelanja Rm15.33 utk dapatkan Vita-C yg diperlukan oleh badan kita.(Walau bagaimanapun, sudah semestinya sumber semula jadi adalah yg terbaik).
Subscribe to:
Posts (Atom)






