Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, April 26, 2010

Seminar Dr Azizan lagiii...

Salam..rindunyaa seminggu tak dpt menulis..streamyx kat rumah down..seksa betul nak tunggu diorang datang service.huhu...


Ahah..ni nak citer lagi pasal SEMINAR POTENSI DIRI DR.AZIZAN yg baru semalam aku hadiri di Wisma MCA,Jalan Ampang (25/4/2010).Sebetulnya utk seminar kali ini aku tak beli tiket awal2 sebab minggu depan 1 & 2 Mei aku dan suami akan berseminar lagi dgn Dr Azizan (IMKK).Tapi 2 minggu lepas aku dah belikan tiket utk Edib(adik),Abd Hai(adik ipar),Kakcik & Pakya (kawan tapi dah macam adik beradik),seorang kenalan yg baru dikenali (Ira) dan utk pasangan suami isteri yg sgt aktif dan positif iaitu agent Anis Choc Moist Cake di bahagian KL iaitu FIESHA CATERER (Fiza & Shahrul). Tapi utk aku dan suami? Kami decide utk tak beli pada mulanya memandangkan kesian nak tinggalkan anak2,hari ahad pulak ni...minggu depan nak tinggalkan lagi..lagi dasyat,sabtu & ahad pulak...kesiann depa..


Yg menyebabkan GETARAN utk menarik kami masuk juga ke situ bila pagi2 hari Ahad kemarin kami berdua terpaksa ke Wisma MCA juga utk hantar kek pada Kak Salmiah yg menjual makanan utk para peserta..(mendapat kebenaran utk menumpang meja Kak Salmiah di situ juga secara tak diduga..tiba2 dtg setelah frust pd mulanya tak dibenarkan masuk ke situ).Alhamdulillah, dpt menumpang meja pun rasa sgt bersyukur..bawak kek pun tak banyak,100 biji sahaja (yg mana habis dlm masa 2jam setengah sahaja dr pk 11am-1.30pm)..Kebetulankah?...Alhamdulillah..


Melihatkan begitu ramai manusia pada pagi2 Ahad bersemangat utk mencari ilmu..dan melihatkan seorang hamba Allah yg buta melintas memasuki bangunan Wisma MCA membuatkan aku terdetik utk masuk sekali lagi.Tapi ada lagi tak tiket ni? Perlahan2 aku ke meja crew Richworks dan bertanyakan pada Kak Nora..."Kak,ada tiket lagi tak? Nak beli la..Nak masuk ni..".Alhamdulillah,semuanya di permudahkanNya..



Rupanya walaupun dah pernah masuk seminar SKPD ini bulan lepas..memang perisiannya tetap sama...tapi di samping itu,byk jugak benda2 baru yg aku pelajari pada kali ke 2 ini...ishhh..nasib baik masuk..RECHARGE..RECHARGE..

Kebetulan lagi?...Awal2 lagi aku dan suami dikejutkan oleh Dr Azizan dgn kehadiran seorang tetamu undangan beliau..kali ni ada tetamu pulak tu..siapa ya?aku tertanya2.ingatkan Irfan Khairi..rupanya yg keluar adalah Afdlin Shauki...yg mengejutkan dan sgt kebetulan terutamanya utk suamiku,sebab selepas menghadiri seminar ini pada bulan lepas abang suka bercerita pada kawan2 tentang Dr Azizan yg pada pandangannya sangat sama dengan karakter Afdlin Shauki...baginya dah la fizikal pun nak sama..yg penting katanya karakter dan cara penyampaian yg bersahaja sgt bersamaan dgn Afdlin Shauki (macam la dia kenal sgt dgn Afdlin Shauki,hehe..)..Ini betul2 memberi impak kepada kami berdua..Kebetulankah??....

Kat sini nak share sikit apa yg diceritakan oleh Afdlin.Beliau yg kini sudah berjaya dan mempunyai production house sendiri..dan agaknya dah lama pun jadi JUTAWAN..Mungkin ramai yg sepertiku..ingatkan Afdlin ni datang dari keluarga yg kaya raya...(ye lah,last 10 yrs pernah terjumpa dia di Wangsa Maju,dia pakai kereta apatah..tapi sport car la..yg pintunya tolak ke atas tu..)..Tapi rupanya katanya dia datang dr keluarga MISKIN?...Mempunyai 5 org adik beradik,dan tinggal di FLAT SRI SABAH (pernah dgr dan pernah nampak rasanya flat ni..betul2 tgh2 KL rasanya)..tidur pun share dgn 5 org adik beradiknya sebilik.ye lah rumah 2 bilik saja...Katanya dia boleh nak join kaki2 lepak main gitar kat bawah flatnya..tapi dia sendiri memilih utk berjaya..dari satu audition ke satu audition..kena reject,kena gelak..semua dah jadi kebiasaan katanya...betul jugak, dia kata pada mulanya dia mempunyai inferiority complex...dah la tak hensem..gemuk pulak tu..kalau hensem boleh la jugak jadi model?..hehe...tapi itulah dia...SGT YAKIN PADA DIRINYA SENDIRI...dan baginya mungkin dia juga pegang pd prinsip IT'S NOW OR NEVER!!....

Selain itu,ada beberapa point tambahan yg aku dpt dlm seminar kemarin yg aku tak dpt masa seminar Bulan Mac lalu..Antaranya:

1.Kali ni banyak sangat Dr sebut pasal GETARAN..GETARAN..GETARAN..sangat MENGGETARKAN jiwa..

2.Kali ni first time in life jugak aku dengar pasal GETARAN WARNA ataupun COLOR VIBRATION THERAPY.Bagaimana GETARAN warna dapat mempengaruhi kerjaya dan kejayaan?(Lebih detail dalam program mentor kekayaan dan kejayaan yg akan dihadiri minggu depan).

3.GETARAN WANG toksah cakap lah..byk kali sangat disebut..Belajar teknik bagaimana memudahkan wang masuk dan tidak keluar malah makin bertambah?(Belum diajar dgn detail)

4.Dr juga sebut tentang ALPHA PROGRAMMING..detail sikit dr seminar yg lalu...menurut Dr,terdapat 4 jenis getaran dalam MINDA iaitu BETA,ALPHA,TETA & DELTA.

5.Last month's program Dr tak sebut pasal HARI CERMIN..(hari yg elok utk buat investment?)

6.TEKNIK ALPHA- walaupun dia dah ajar pd program yg lepas, kali ni beliau agak detail menyebut tentang cara pernafasan yg betul utk berdoa..katanya bernafas boleh synchronise kedua2 belah otak kanan dan otak kiri.Dr kata dia akan ajar dgn lebih detail kaitan antara cara bernafas dgn teknik berdoa dgn lebih berkesan dlm program mentor minggu hadapan.

7.Bagaimana nak reprogram minda diri sendiri & orang sekeliling..uihh,ni advance ni..tapi belum di ajar di kelas tadika semalam..(Dr kata kelas semalam hanyalah kelas tadika...)

8.Yg paling best dan TERKESAN di hati bila Dr menyebut siapa yg mempunyai no 3* (nombor aku 6-3-3*)..orangnya memang patut jadi USAHAWAN...dan yg paling best,Dr kata kebanyakan nombor seperti ini ada pada JUTAWAN2...dia tambah lagi..sekurang2nya income bagi yg ada pd no ini ialah sebanyak rm50K sebulan! Seminar bulan lepas Dr tak sebut pulak pasal ini..atleast boleh lah bagi aku semangat..ini tak..Dr byk sebut yg no 3 * ini ke-poh/kecoh(ada ka aku ni dia kata kepoh?..ishhh ishh..)..itu yg aku tak setuju tu..itu yg rasa tak bestnya nombor2 ni,macam tak betul je..hehe...tapi kali ni rasa best la pulak..mentang2 Dr kata sepatutnya income pemegang no ni adalah sebulan rm50K ,dan dan rasa macam betulll jeee..hehe...manusia, manusia....

9.Oh ya..yg paling sweet Dr selitkan jugak cara menjaga keharmonian rumah tangga yg agak kebetulan juga pagi Ahad sebelum kami melangkah keluar,aku sarungkan stokin ke kaki suamiku...konon2 dah lama nak start,setelah 10 tahun baru dpt start..alhamdulillah...tak sangka pulak Dr nak sebut tentang sarungkan stokin ke kaki suami sebagai langkah menjaga keharmonian rumah tangga...Yg paling menusuk bila Dr kata "Kalau anda tak buat...nanti macam mana kalau ada orang lain yg buatkan?"..uhh uhh...

10. Yg last yg aku ingat, Dr ada sebut pasal bagi orang yg cepat naik tapi cepat pula turun kejayaannya...ada beberapa cara boleh di buat.PERTAMA: pergi bercuti setiap 3 bulan...Dr sarankan pergi bercuti ke pulau peranginan..atau paling tidak pun ke pantai..PD pun takpe..KEDUA: kena bersedekah secara konsisten..contohnya jika selalu bersedekah rm100 pada setiap hari Jumaat..maka teruskan setiap minggu dgn amaun yg sama..bukan bersedekah bila teringat sahaja...

Macam dirancang saja,10 point je yg aku ingat dan lain daripada point2 pada bulan yg lepas..kalau macam ni patut la ramai yg selalu berulang2 kali pegi seminar ni..baru ku faham..



Dalam perjalanan balik,aku dan suami rancak membincangkan tentang seminar tadi..yg paling best kami asyik membincangkan tentang GETARAN dan juga GELOMBANG!!..Sedikit sebanyak kami semakin memahami kaitan kajian metafizik dgn tingkah laku manusia serta kejayaan manusia..sekarang baru faham kenapa sebelum ke Mekah dulu ramai yg bagi nasihat jagalah mulut..jgn bercakap yg bukan2..sebab takut masin mulut nanti..kan kata2 itu satu doa..tapi apa kaitannya di Mekah?rupanya baru kami faham,bila kita berdoa di Mekah ataupun di hadapan Kaabah,doa senang dimakbulkan?kerana getaran atau gelombang alpha itu sampai dgn lebih cepat,itukan rumah Allah..pasti Allah sgt dekat dgn hambaNya yg berada di rumahNya!.patut lah ramai yg mengirim bermacam pesanan dan doa bagi org yg menunaikan umrah atau haji di Mekah..dulu,aku tahu Allah pasti tunaikan doa hambaNya yg meminta semasa di Mekah..tapi sekarang aku lebih faham bagaimana doa itu lebih cepat dan tepat sampai padaNya.Allahu Akbar...rindu utk kembali ke sana lagi!



Kesimpulannya..kata Dr.Azizan, semua teknik2 di atas ini bukan rahsia lagi di kalangan para JUTAWAN..di kalangan ORANG2 KAYA... semua ini bukan MAGIC..semua ini dipelajari oleh org2 kaya dan berjaya..cuma kita saja yg tak tahu caranya..cuma kita saja yg tak mencarinya..cuma kita saja yg tak mahu mempelajarinya walaupun semuanya kini sudah berada di depan mata!..Ayuh umat Muhammad SAW,kita sama2 rapat kan SAF!!..



Ingin meningkatkan taraf kesihatan anda?..Boleh cuba trial pack Shaklee pd
harga sgt berpatutan (min RM80 utk penggunaan sebulan) spt promosi di
sebelah..

Monday, April 12, 2010

TUMOR LENYAP MENERUSI AYAT AL-QURAN

Oleh Raflis Sabirin

Keluaran lalu kita telah membentangkan secara sederhana cara mengubati sendiri penyakit kanser payu dara dan penyakit seumpamanya dgn mengamalkan surah-surah tertentu di dalam al-Quran.

Kali ini,penulis bentangkan pula ayat2 Allah di dlm al-Quran yg sesuai dijadikan amalan khas utk melenyapkan penyakit ketumbuhan 25 tahun pengalaman pemulis di dalam bidang ini.

Ibarat kata pujangga,'tak ada pancung sekali putus'.Maksudnya ayat2 Allah bukan setakat yg telah kita bentangkan di bulan2 lalu utk kita amalkan bagi mengubati penyakit, akan tetapi masih banyak lagi Allah yg dpt kita manfaatkan utk dijadikan pelenyap sgl penyakit.

Menurut al-quran dan hadis Nabi SAW panyakit kanser,tumor atau ketumbuhan -namanya saja berbeza,pd hakikatnya sama saja iaitu suatu penyakit berbahaya.Tumor atau ketumbuhan adalah gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yg tumbuh dan membengkak di dalam bdn manusia.

Peraturan mengamalkannya utk mengubati penyakit pun hampir sama dgn yg telah kita bentangkan pd bulan2 yg lalu,cuma ayat Allah yg digunakan saja berlainan krn setiap ayat al-Quran tidak sama fadilatnya.

Di bawah ini adalah ayat Allah utk digunakan.Firman Allah SWT bermaksud
:"Dan kalau ada mana2 kitab bacaan yg dengannya gunung-ganang (benjolan kanser atau tumor)menjadi lenyap,atau dengannya bumi menjadi pecah-belah (hancur),atau dengannya org mati dpt berkata2,(maka al-Quranlah dia).Bahkan segala2 itu adalah atas perintah Allah.Maka tidakkah org2 yg beriman mengetahui bahawa kalau Allah menghendaki,tentulah Ia memberi petunjuk kpd umat manusia seluruhnya."

"Dan org2 yg kafir itu (diumpamakan penyakit2 kanser itu)sentiasa ditimpa bala bencana ke atas diri atau harta-benda mereka,kalau tidak pun,bala bencana turun menimpa tempat2 yg berhampiran dgn tempat tinggal mereka,sehinggalah dtg janji Allah,sesungguhnya Allah tidak mungkir janji." (Surah ar-Ra'ad,ayat 31).

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang (diumpamakan benjolan kanser),maka jawablah,"Tuhanku akan menghancurkannya dgn sehancur-hancurnya."(Surah Thaha,ayat 105).

"Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung (seumpama benjolan kanser),nescaya engkau akan lihat gunung itu hancur luluh kerana takut kpd Allah.(Ingatlah!) misal perbandingan ini kami kemukakan kpd umat manusia spy mereka berfikir."

"Dialah Allah,,yg tidak ada Tuhan melainkan Dia,yg mengetahui perkara yg ghaib dan yg nyata,Dialah yg amat pemurah lagi amat mengasihani.Dialah Allah,yg tidak ada Tuhan melainkan Dia,Yang Menguasai (sekalian alam),Yang Maha Suci (dari kelemahan),Yang Maha Selamat Sejahtera (dari sekalian kekurangan),Yang Melimpahkan Keamanan,Yang Maha Pengawal serta Pengawas,Yang Maha Kuasa,Yang Maha Kuat,Yang melengkapi segala kebesaran-Nya,maha Suci Allah dari segala yg mereka sekutukan.

"Dialah Allah,yg menciptakan sekalian makhluk, Yang mewujudkan (dari tidak ada kepada ada),yg membentuk rupa (makhluk menurut yg dikehendaki-Nya).Bagi-Nya nama yg baik-baik (mulia).Bertasbih kepadaNya segala yg ada di langit dan di bumi.Dan Dialah yg tidak ada tolok bandingannya,lagi amat bijaksana."(
Surah al-Hasyir,ayat 21-24).

Dengan keterangan ayat2 Allah di atas itu dapatlah kita faham dan yakin bahawa tidak ada suatu penyakit pun yg dpt melawan firman Allah sekiranya benar2 kita letakkan pd tempatnya dan kita amalkan menurut aturannya.'Laa tukhliful mi'ad',yakni Allah sekali-kali tidak menyalahi janji-Nya.

Cara Mengamalkan ayat Allah untuk mengubati penyaki kanser,ketumbuhan atau tumor

Langkah pertama:
Setiap selepas solat fardu lima waktu,ataupun selepas solat tahajud tgh malam,hendaklah membaca tawasul kpd Nabi SAW,para sahabatnya,tabiit tabiin,sekalian guru dan sekalian muslimin dan muslimat yg hidup dan yg telah mati dgn membaca surah al-Fatihah (sekali).Surah al-Ikhlas (3 kali).

Selepas membaca tawasul itu,maka ulangi kembali baca Surah al-Fatihah (sekali),Surah al-Falaq (sekali).Surah an-Nas (sekali),ayat Kursyi(sekali)dan terus membaca ayat2 Allah yg tersebut sehingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.Dan setiap kali baca,maka hendaklah hembuskan pada kedua-dua telapak tangan lalu kedua2 telapak tangan itu disapukan atau diusapkan pd penyakit.Dan ulangi membaca ayat2 yg telah diertikan dia atas itu hingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.

Sekiranya penyakit tersebut sudah tertanam di dalam tubuh badan spt kanser atau ketumbuhan dn lainnya,maka setelah membaca tawasul itu,tarik nafas perlahan2 seakan2 kita memasukkan amalan ayat2 Allah yg kita baca itu dgn niat spy Allah lenyapkan penyakit yg diderita itu menjadi peluh,hanyut menerusi saluran najis dan kencing.

Langkah Kedua

Sebelum kita menunaikan solat fardu lima waktu,maka sediakan terlebih dahulu segelas air suam di sisi sejadah,setelah selesai solat bacakan kpd air itu ayat2 Allah di atas dan tetap mengguna pakai aturan-aturannya spt yg disebutkan.

Maka hendaklah dibaisakan mengamalkan amalan di atas itu setiap selepas solat fardu lima waktu utk mengubati atau mencegah penyakit yg kita takuti bahayanya.

Dalam ajaran Islam,kita tidak cukup hanya percaya begitu sahaja kpd Allah dan Rukun Iman yg enam perkara,akan tetapi hendaklah kita cari dan kita gali al-Quran dan hadis utk kita praktikkan dlm segala kehidupan hingga terbit keyakinan kita yg tidak ragu2 tentang kekuasaan Allah mewujud dan mentiadakan sesuatu di alam ini,terutamanya dlm melenyakpkan penyakit.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi penulis menerusi talian 019-2531793

(Dr majalah MILLENIA Muslim,April 2010,m/s 70).

Friday, April 9, 2010

Always safe,always works,always green...

Keistimewaan Shaklee

Always Safe.Sentiasa Selamat.Para saintis Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian terhadap ramuan botanikal baru bagi pencemaran logam berat,racun serangga dan lain-lain.
Lebih daripada 83,000 ujian kawalan dijalankan pada setiap tahun.
Tidak mengandungi perasa tiruan,pemanis atau bahan pengawet.
Tdak menjalankan ujian terhadap haiwan.


Always Works.Sentiasa Berkesan.

Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian,pembangunan produk dan ujikaji.
Terdapat 100 penerbitan saintifik.
54 pingat emas dimenangi oleh para atlit diperkasakan dgn pemakanan Shaklee.
Shaklee memperkasa tujuh daripada Pengembara Handal di dalam buku Time Life "25 Greatest Adventure of All Time".
Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yg lebih baik berbanding mereka yg mengambil multivitamin jenama lain mahupun mereka yg tidak mengambil sebarang suplemen langsung.

Always Green.Sentiasa Mesra Alam.

Bungkusan yg bebas dari bisphenol-A,phthalates dan toksik dari dakwat.
Bungkusan yg boleh dikitar semula.