Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, January 30, 2013

Attitude dealer

Dealer dan Attitude..

Salam untuk dealer-dealer tersayang walau di mana anda berada,



Tahniah wahai dealer kerana anda memang SUPERB dari segi jualan!..Jualan anda sangat tinggi..Memang hebat jualan anda!..Ada yang dapat menjual 2000 kek seminggu, ada yang dapat menjual 1000 kek seminggu, ada juga yang dapat menjual 400 kek sehari..Macam-macam cerita..semuanya menggembirakan!..Semuanya membahagiakan..Kami tumpang gembira adik-adik..Diharap bisnes kek ini dapat memberi kenangan manis dalam kehidupan anda..

Tapi adik-adik dealer,


Tapi,jualan yang tinggi tidak akan memberi makna bagi kami jika jualan itu tidak selari dengan ATTITUDE adik-adik..Kami sangat mementingkan attitude..adik-adik..Kita tak perlu terlalu tamak untuk mengejar sale..Kita jangan pentingkan diri semata-mata untuk menghambat kekayaan dan tidak mengambil kira attitude kita dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain..Jika ini berlaku,bermakna..kita tidak yakin dengan rezeki Allah..Kita rasa nak kaya,kita perlu lupakan hubungan kita sesama kita..kita dah tak peduli hati kecil orang lain..yang penting, aku puas!..Aku dapat bolot kesemua sale ini..Aku perlu berebut-rebut dengan mereka..Aku perlu menindas mereka..Akhirnya hujung bulan..aku dapat lihat duit aku yang banyak di dalam bank aku..Hebatkah jika kita begini?



Adik-adik dealer,

Sebab itulah kami dah tetapkan sebagai syarat utama kami..untuk menjadi dealer,u all kena hadirkan diri ke Seminar Dr Azizan Osman..Kami dah nampak..Bisnes ni kalau tak kuat, kamu akan kalah adik-adik...Bisnes ni adalah berkaitan dengan manusia..perhubungan antara sesama manusia..Bila kita berhubungan sesama manusia,sudah pasti kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia..Kita perlu bersedia,tak boleh lari adik-adik..


Adik-adik dealer, itulah sebabnya kami mewajibkan kepada semua dealer kami untuk menghadiri Seminar Dr Azizan Osman..Bukan apa, kami nak share bagaimana sebenarnya attitude sepatutnya seiring dengan jualan kita..Semakin tinggi nilai attitude kita, semakin tinggi nilai jualan kita..Barulah sampai ke tahap yang boleh dibanggakan kerana kami tak nak ada yang sale tinggi, tapi attitude berterabur!..

Kami nak adik-adik faham konsep bisnes ini sebenarnya..Bisnes kita ini bukan sekadar menjawab telefon mengambil order,bank-in duit,buka bill dan menghantar barang, jual, dan beli..bukan setakat transaction..tapi..lebih dari itu.Bukankah kita sangat pentingkan silaturrahim sesama kita? Yang.kami nak anda semua faham melalui IMKK ini, kita akan sama-sama faham maksud bisnes ini bukan setakat menjual kek..Ia melebihi menjual kek..ia berkenaan dengan perhubungan dengan Maha Pencipta..perhubungan antara sesama manusia..perhubungan di antara kita sebagai penjual dengan pembeli.And, it's all about LOVE...sharing.and caring...

Alhamdulillah ada yang boleh hadir, tahniah kepada mereka yang akan hadir..Pasti ada mutiara yang sedang menunggu anda..Bagi yang tak dapat hadir dan yang cancel,tak apa lah..tunggulah next IMKK mungkin pada tahun 2014 nanti..kerana IMKK dijalankan setahun sekali..Tetapi, terus terang kami akan  perhatikan.dan juga observe kaitannya dengan mereka yang berILMU..Dan dengan mereka yang kekurangan ILMU..Bagaimana ILMU boleh meningkatkan nilai attitude seseorang seterusnya memBOOMkan jualannya!..

Jagalah attitude adik-adik..Biarlah attitude kita seiringan dengan jualan kita..Semakin tinggi attitude kita,semakin tinggi juga nilai jualan kita...Ingatlah adik-adik, attitude anda mencerminkan attitude kami dan bisnes kita..

Salam KEJAYAAN untuk semua!..





Untuk dealer-dealer tersayang di mana juga anda berada,

Tahniah kerana anda semua memang superb dari segi jualan..memang hebat jualan anda! Ada yang menjual paling tinggi 2000 kek seminggu..ada yang 1000 seminggu..ada yang 200 sehari..ada juga yang menjual 50 kek seminggu..

Tapi, jualan yang tinggi tak akan memberi makna jika kita tak menjaga attitude kita.Kita tamak mengejar sale kita..Kita tak pedulikan perasaan sesama rakan seperjuangan kita.Kita pentingkan diri kita demi mengejar kekayaan..Hebatkah jika kita begini?

Adik-adik dealer,
Sebab itulah kami dah tetapkan sebagai syarat utama kami..untuk menjadi dealer,u all kena hadirkan diri ke Seminar Dr Azizan Osman..Kami dah nampak..Bisnes ni kalau tak kuat, kamu akan kalah adik-adik...Bisnes ni adalah berkaitan dengan manusia..perhubungan antara sesama manusia..Bila kita berhubungan sesama manusia,sudah pasti kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia..Kita perlu bersedia,tak boleh lari adik-adik..

Bisnes kita ni..bukan sekadar buat bill, bank in duit...jual, dan beli..bukan setakat transaction..tapi...lebih dari itu..Bukankah kita sangat pentingkan silaturrahim sesama kita? We care and share everything with u guys...Itu yang kami nak share dengan adik-adik di IMKK hujung minggu ni..Alhamdulillah ada yang boleh hadir, tahniah kepada mereka yang akan hadir..Pasti ada mutiara yang sedang menunggu anda..

Pada yang tidak dapat bersama-sama team kita hujung minggu ini,dan yang cancel juga..tak apa lah...tunggulah next IMKK mungkin tahun 2014 nanti..Setahun lagi..Terus terang,kami akan perhatikan dan sememangnya kami suka mengkaji bagaimana attitude mereka yang selama ini boleh bersama-sama kami dalam bisnes ini selama 6 tahun..dan bagaimana pula attitude mereka yang tewas di pertengahan jalan..

Jagalah attitude adik-adik..Biarlah attitude kita seiringan dengan jualan kita..Semakin tinggi jualan kita,semakin tinggi juga nilai attitude kita...Ingatlah adik-adik, attitude anda mencerminkan attitude kami dan bisnes kita..



Tuesday, January 29, 2013

QUOTES- MIDAS TOUCH

Many people fail to do well as entrepreneurs simply because their life's primary focus is on SECURITY and SAFETY.Many A students focus on achieving good grades simply because they want job security.Most employees want the certainty of set hours, set pay, set benefits, weekends off, and guaranteed retirement. The world of security brings out the best in them.The world of uncertainty brings out the best in others.

I have not met many graduates of MBA programs who have become great entrepreneurs.I've found that most graduates focus on job security,so most find jobs in big corporate organizations with a focus on becoming a CEO or CFO. If that is their focus of choice,getting an MBA was probably a good move.You may already know that most of our great entrepreneurs do not hold MBA's,and many did not even graduate from college.A few greats are Bill Gates,founder of Microsoft,Steve Jobs,founder of Apple,Thomas Edison founder of General Electric,Richard Branson founder of Virgin, and Walt Disney founder of Disney Studios and Disneyland. (From the book MIDAS TOUCH )


Sunday, January 27, 2013

Tersepit..antara pekerja dan pelanggan..

Tersepit...antara pekerja dan pelanggan..

Pasti ramai majikan pernah melalui situasi seperti mana kami hadapi semalam. Cuti Maulidur-Rasul dah declare dengan staff..Tiba-tiba masuk order yang penting dari Kuantan.Kalau dekat-dekat tu boleh lah nak kow tim..ini Kuantan pulak..

Sebagai majikan, kami memang memahami situasi pekerja.Bila dah dapat cuti,pasti semua dah rancang ke sana ke sini..Bila diminta bekerja,masing-masing ada hal...Nak disalahkan diorang pun tak boleh jugak...maklumlah sebagai pekerja,memang hari cuti lah yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga..Memang sangat faham kerana dulu kami pernah menjadi pekerja..

Sebagai pengeluar atau manufacturer pula, kami juga sangat-sangat memahami situasi dealer kami.Pasti dia ada order yang perlu dihantar secepat mungkin..mungkin ada yang order untuk function ke..Oleh kerana pelanggannya nak cepat,Kak Iza push kami pulak..hehe..dia kata yang ordernya 2000 kek tu kemudian tak apa, hantar 400 dulu,itu yang penting.Kata Kak Iza, waktu cuti macam ni lah dealer-dealer Kak Iza nak keluar menjual.Betul jugak tu..

Tersepit..Kami tersepit di antara kebajikan pekerja dan kepuasan pelanggan...

Tapi alhamdulillah..setelah berbincang,akhirnya 2 orang staff iaitu Mohd Noor dan Omar setuju untuk terus hantar ke Kuantan malam itu juga..dan mereka sampai pulang ke Shah Alam jam 1.30 pagi. 

Sebenarnya adik-adik 2 orang ini dan juga semua yang masih bekerja dengan majikan anda, kami sangat terharu dengan pengorbanan anda. Bila mendapat update dari mereka semalam jam 11 malam mereka dah sampai ke Kuantan..terasa sangat terharu..kesian sebenarnya, siang tadi mereka dah penat bekerja,malam terpaksa bekerja lagi setelah mendapat arahan..Bila mendapat update sekali lagi mereka dah selamat sampai jam 1.30 pagi,rasa sangat bersyukur mereka selamat sampai..Tak sampai hati sebenarnya..

Adik-adik, mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah orang,dah kerja namanya bukan? Tapi..bagi kami yang baru setahun jagung handle pekerja..terasa pengorbanan ini sangat bermakna..Sebenarnya adik-adik,kami masih tak percaya yang kami ada 30 orang pekerja..mungkin kerana masih baru,kami tak menganggap adik-adik semua sebagai pekerja..kami betul-betul menganggap anda semua seperti menolong kami,tolong selesaikan masalah permintaan yang tinggi dari customer kita..

Bila situasi macam semalam berlaku,kami harap adik-adik dapat faham bahawa bisnes kita ini adalah mengikut permintaan customer..Macam apa yang kita hadapi sekarang,terutamanya seminggu dua ini..permintaan sangat tinggi..kita perlu meet customer's demand..kita tak boleh berkata tidak..Kita tak boleh menghampakan mereka..Mereka tengah excited untuk berbisnes..Mereka tengah seronok menjual..Mereka seronok kerana mendapat sambutan..Kalau kita berada di tempat mereka macam mana? Jadi, walau macamana pun kita perlu uruskan penghantaran.Kepuasan pelanggan dan servis yang tip-top adalah perkara yang paling kita utamakan.

Bukan bermaksud,bila akak dan abang minta adik-adik tolong uruskan penghantaran,kami tak memahami u all..Sedangkan,seperti semalam..akak sangat risau adik-adik drive malam-malam..Akak faham,adik-adik juga ada mak ayah..ada isteri dan anak..pasti diorang risau keselamatan adik-adik..Dan sesungguhnya, kami bukan mengejar sale adik-adik.. kerana apalah sangat dengan 400 kek sampaikan terpaksa hantar ke Kuantan?Dan kalau culcalate balik,sale tu rm1000 je..Dengan upah u all lagi,dengan duit minyak kereta dan sebagainya, berapa je tinggal?
 Demi keselesaan adik-adik jugak,kami decide suruh adik-adik hantar kek dengan kereta saja..Sebab kami fikir,dengan kereta boleh bawak laju sikit tak macam van..Kalau letih pun,sorang boleh baring selesa sikit..tapi kalau guna van,tak dapatlah..Macam-macam yang kami fikirkan sebenarnya.

Tapi ini memang bukan sebab sale adik-adik..Kesian bila teringat mana tau,dengan duit sale kek ni lah customer kita tu dapat beli susu atau pampers anak? Mungkin juga mereka baru dapat 1st order,tapi  kalau kita tak dapat hantar,pasti dia kehilangan salenya.Faham sajalah,kalau baru start bisnes macam kita jugak lah dulu..excited..nak cepat dapat stok dan dan jugak..Sebenarnya kan..adik-adik ni bukan setakat hantar customer's order,tapi indirectly adik-adik lah yang add value hidup diorang.Nak tahu apa yang u all akan dapat in return kalau u add value hidup orang? U all akan dapat more..more n more..dalam hidup u all..Apa yang more? Kekayaan,keberkatan, kesihatan,kebahagiaan...Percayalah..itu janji Allah..

Tapi adik-adik,kami pernah bekerja dulu..sebagai pekerja,susah nak cerita..takut dikatakan naik bakul pulak..tapi sebagai pekerja,macam abang ady..pukul 2-3 pagi pun pernah dia keluar untuk selesaikan masalah bossnya (orang Jepun) yang terlibat dalam kemalangan (yg minor je).Akak teringat lagi,bila dapat call dari bossnya jam 2 @ 3 pagi,terus dia bersiap dan langsung tak merungut pun..malah dia kesiankan bossnya..(Kebetulan boss dia baru sampai dari Jepun,dan mintak tolong abang ady uruskan dengan balai polis dan sebagainya).Bila bekerja,dia sangat komited.Akak rasa dia beri  more than 101% semasa bekerja dulu..Dan pernah juga,dia tak dapat cuti masa wedding adik akak di Penang.Boleh ke dia bagi alasan kat Boss dia tak boleh datang kerja sebab wedding adik ipar? Dia boleh je ambik MC ke..EL ke..tapi dia tak buat..dia terbang balik jugak ke ofis di Shah Alam.

Terima kasih ye Mat Nor dan Omar kerana memahami..Terpaksa berkorban masa dan tenaga..Happy dan bersyukur sangat mendapat pekerja seperti adik-adik ni..Kami sangat menghargai anda..Semoga kita semakin hari semakin memahami antara satu sama lain..Kami sentiasa cuba memahami kalian,dan diharap kalian juga cubalah memahami kami..WHAT U GIVE, U'LL GET BACK!!...Itu janji ALLAH!..

Salam PENGHARGAAN untuk semua pekerja di luar sana dari majikan anda.