Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, February 28, 2013

Jadilah Penerima Yang Baik..

Jadilah Penerima Yang Baik..

Dulu..saya malu untuk menerima terutamanya menerima pujian..Saya tak faham betapa pentingnya untuk menjadi penerima yang baik.Sekarang dah faham,rupanya sebelum kita dapat apa yang kita minta kita akan di 'test' dengan ujian-ujian kecil,nak menilai sama ada kita ni orang yang bersyukur atau tidak bila di beri..

Bila orang puji "Cantiknya baju yang awak pakai ni.." Sepatutnya,kita perlu berterima kasih dengan rasa happy sangat-sangat..hati rasa berbunga-bunga..Dulu, saya takut orang tu puji tak ikhlas..Tapi bila belajar baik sangka dengan orang, barulah dapat merasa segala yang indah-indah..Terima saja apa yang dipuji,fikir orang tu ikhlah..insyaallah ikhlas lah tu..

Lagipun, kalau difikirkan,kita kan diberi Allah 2 tangan..Satu untuk memberi dan satu untuk menerima..Ini menunjukkan ada connection antara apa yang kita 'willing to receive' dan apa yang kita akan dapat..Jika perkara-perkara kecil dan simple pun kita tak boleh terima,tapi at the same time kita 'expect something big'?..Macam tak kena je kan?.Sebenarnya macam memberi signal yang kita belum ready untuk menerima..

Saya mula-mula terfikir tentang 'be a good receiver' ini semasa mula-mula buat bisnes kek dulu..Saya ni excited nak bagi kawan-kawan makan kek saya..Ingatkan semua orang suka makan kek kita ni..Sebab kat luar kan laku, tapi kawan-kawan menolak..(beberapa kerat je la..).Tak boleh lupa ada sorang kawan yang kata,"Tak payah lah kek u ni..anak-anak i buat main jer..bukannya diorang makan pun..".Ter kecik jugak lah hati bila dengar tu..rasa hinaaa sangat,,takpe lah,sebenarnya faham,dia tak nak membazir kot..tapi apa lah salahnya kita terima dan tunjuk yang kita sangat suka dengan pemberian orang,kalau tak nak makan pun,bagilah pada anak-anak jiran ke,anak kawan-kawan ke,maid ke..anak-anak kucing ke..(huuhu..).

Sejak itulah kami belajar untuk sentiasa berterima kasih dengan segala pujian atau segala hadiah yang diberi..Lagi banyak kita berterima kasih dan bersyukur..Lagi diberi..diberi..diberi...!!

Tuesday, February 26, 2013

Isteri tak yakin dengan suami..

Isteri tak yakin dengan suami...

Seorang kawan bercerita,rupanya ramai suami yang nak berbisnes, tapi isteri yang tak yakin dengan suaminya tu..Kenapa isteri tak yakin? Ye lah..betul jugak kata suami saya..Si suami ni selalu tunjukkan peribadi dan sikap yang lemah ..Tak bersemangat..Yang tahu main game, tengok TV 24 jam..tidur siang malam..macamana isteri ni nak confident?..

Duit gaji selalu tak cukup..Cukup bulan mintak dengan isteri..Ketua keluarga yang hebat ke macam ni? Ada yang lebih lemau, tak nak kerja, bisnes pun tak nak..Duduk rumah jadi penjaga rumah,anak-anak pun hantar baby sitter..Isteri balik kerja atau dari bisnes sebelah malam..isteri juga kena buat kerja rumah..Mestilah isteri tak yakin..

Suami-suami ni patutnya jadilah sebenar-benarnya KETUA!..Tunjukkan ciri-ciri kelelakian anda!..dan bukannya menjadi TULANG BELAKANG isteri anda..dah terbalik namanya tu,,...Suamilah yang patut kuat mencari rezeki..Biar sampai isteri kesiankan suami yang keletihan..barulah isteri terasa nak sayang melimpah-limpah..barulah isteri terasa nak picit-picit kaki suami..barulah terasa isteri nak balas jasa suami...kan? kan? kan?...

Kalau suami-suami yang agak lemau ni (maafkan saya) nak berbisnes,isteri mestilah tak yakin..Bab duit pulak, sentiasa hulurkan pada isteri..jangan sekali-kali mintak pada isteri..Itulah punca sebenar-benarnya isteri tak confident dengan anda..Anda perlu BERI, bukan MINTAK!..


Monday, February 25, 2013

Perkembangan Stokis/Dealer Negeri Kedah

Perkembangan Stokis/Dealer Negeri Kedah

Kami mempunyai 2 orang stokis di Kedah iaitu Encik Helmi di bahagian Kulim dan kawasan sekitarnya, dan juga Encik Fauzi di Kedah Utara..

Daripada report Helmi,permintaan Anis Choc Moist Cake di Kulim dan kawasan sekitarnya memang menggalakkan..Sale di Kedai Mesra  Petronas sangat memberangsangkan!!..Alhamdulillah,semoga  Helmi mendapat lebih ramai dealer,lebih ramai pelanggan..!!..

Tapi..saya sedih jugak la..di tempat kelahiran saya iatiu di Alor Setar,permintaan agak perlahan..Mungkin ramai yang belum tahu lagi kata Fauzi..Tak apa, kami akan cuba fikirkan kaedah yang terbaik untuk kami bantu stokis & dealer di sana kay..Don't worry dealers at Alor Setar, kami yakin satu hari nanti bisnes anda ni akan jadi huru-hara!..

Bagaimanapun, kata Fauzi,sale di Kedai2 Mesra Petronas Sungai Petani memang SANGAT BEST!!..Fauzi cerita, letak habis..letak habis...bila top up kek je,mesti kena tambah kuantiti..Alhamdulillah, TQ ORANG SUNGAI PETANI!!!..(Ramai saudara mara sebelah isteri saya tinggal di SP ni..terima kasih kerana tolong promote ye mak-mak dan bapak-bapak menakan di SP!..).

TERIMA KASIH dan TAHNIAH untuk anda STOKIS dan DEALER Anis CMC.Kami doakan supaya kita sama-sama dapat berkongsi rezeki ini dan semuanya dapat merasa HURU-HARA!!..Semoga Allah memberkati usaha kita!..Aminn..