Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, May 31, 2013

NIKMAT HARTA...atau NIKMAT ILMU...

Kebanyakan manusia biasa sanggup buat apa saja untuk merasai nikmat keduniaan...Berkejar-kejar dan berlumba-lumba bagi mencapai impian-impian materialistik...Itu memang perkara biasa, dah namanya manusia..dah namanya manusia biasa...Walau jadi ustaz atau ustazah, teringin jugak berkereta mewah..teringin jugak tinggal di rumah yang cantik..Mesti mereka tak salahkan saya kata macam tu sebab semua pun tahu..mereka kan manusia biasa...Tapi, bagaimana pula dengan manusia luar biasa?

Manusia biasa pasti inginkan rumah yang besar, yang cantik..kereta mewah, motor besar dan berkuasa tinggi...Handbag mewah berpuluh ribu ringgit..Tapi, tahu tak..sebenarnya nikmat mendapat kesemua itu hanya sementara saja sifatnya...Terutamanya kalau kekayaan yang Allah bagi itu kita gunakan untuk kita saja..untuk anak-anak dan keluarga kita saja..Kita tak salurkan pun ke luar...Kita tak CUCI KOLAM...Maka...perasan atau tidak, lama-kelamaan Allah akan menarik balik nikmat itu...dan Allah akan uji dengan nikmat hawa nafsu, yang tak pernah puas..tak pernah cukup...Masyaallah, jauhilah kami semua dari ujian ini Ya Allah...

Nikmatnya bila mendapat apa yang kita impikan..Tapi nikmat keduniaan yang kita miliki sekarang ini akan pudar sekejap saja, kalau kita tidak bersyukur...Kalau kita tidak berkongsi...Itulah nikmat harta...Nikmat yang tidak berkekalan lama...Nikmat sebenar-benarnya hanya terletak pada proses untuk mendapatkannya..
Cabaran dan rintangan untuk mendapatkannya...Proses yang perlu dilalui untuk mendapatkannya..Ilmu yang di cari untuk mendapatkannya...Itu yang lebih nikmat sebenarnya...

Jadi....

Tak perlu kita takut menghadapi segala rintangan..tak perlu kita risau dengan segala ujian..Itulah nikmat sebenar-benarnya...Rasailah kenikmatan segala ujian yang diturunkan Allah..Rasailah nikmatnya kesusahan dan keperitan kita dalam proses mendapatkan impian kita...Itu nikmat yang tak ternilai harganya..Yang penting yakin bahawa segala keperitan itu hanya untuk menguji skala kesabaran dan kekuatan kita..Kalau kita mampu handle, kalau kita mampu control minda kita..kalau kita uruskan minda kita dengan tenang..Insyaallah.....u will reach there!..

Tapi...jangan mudah leka..jangan mudah lalai...Kesenangan itu adalah untuk dikongsi bersama..Kemewahan itu adalah bukan semuanya untuk kita...Jangan sampai kita kumpul..kumpul harta setinggi gunung, tapi ibu bapa kita..saudara kita...jiran-jiran kita...semuanya terbiar...

Sebenarnya....

Nikmat apa yang lebih berkekalan?...Bagi saya,apa lagi kalau bukan NIKMAT ILMU..nikmat mencari ilmu dan memahami ilmu...Pelaburan wang ringgit dan harta..kalau berniat untuk mencari ilmu..Insyaallah, sangat besar nilainya.Terlalu besar nilainya, sehinggakan ada yang sanggup menjual kereta dan barang kemasnya untuk mencari ilmu...Itulah namanya manusia LUAR BIASA...Hanya dengan ilmu saja hidup kita boleh berubah..hanya dengan ilmu saja hidup kita akan jadi luar biasa..Hanya dengan ilmu saja kita tahu nikmat kesyukuran..nikmat perkongsian..nikmat kasih sayang Allah Maha Pencipta...

Tapi, yang tak sanggup berkorban wang, harta, masa, tenaga dan berkorban EGO untuk mendapat ilmu? Hiduplah biasa-biasa saja...meneruskan sejarah keluarga..meneruskan generasi yang lemah longlai....

WALLAHU'ALAM...

Wednesday, May 29, 2013

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA

Kenapa kita nak buat bisnes? Masing-masing ada sebabnya kan?..Ada yang nak kaya..Ada yang nak survive je..Ada yang nak tolong suami..Ada yang minat sangat-sangat..Macam-macam sebab kan?..Tapi, baru-baru ni saya dengar ada yang nak buat bisnes sebab intentionnya, kalau bisnes yang dia baru nak buat tu untung, dia kata dapat beli handbag idamannya bernilai berbelas ribu ringgit tu pun jadilah...

Mungkin ramai jugak yang meletakkan target macam tu...U all rasa boleh dapat tak apa yang u all nak? Mesti boleh!!...Kalau itulah sebabnya u all nak buat bisnes..Allah pasti beri, kerana Allah mengikut sangkaan hambanya...

Tapi....

U all nak tau tak? Kalau u all berniat nak buat bisnes sebab nak beli handbag tu saja....Itu saja niatnya, u all akan dapat handbag tu..tapi insyaallah setakat tu sajalahh...Handbag tu sajalah yang u all dapat!..Bisnes akan naik, naik, naik...lepas tu bila dah dapat handbag tu, insyaallah bisnes u akan merudum jatuh..Sebab apa? sebab yang u target dah dapat..Ingat, Allah mengikut sangkaan hambanya..

Ada sorang adik ni pun sama..dah jual insurans baru jual pada 5 orang rasanya...dengan duit komisyennya, dia dapat beli semua keinginannya..Dia beli PS3, dah lama teringin katanya..Bila dah dapat PS3, syok sangat main game..siang malam main game..terus comfort zone balik..dah stop cari client..Lepas tu salahkan industry..kononnya industri insuran dah slow sekarang ni...Tapi tengok orang lain ok je...makin buat duit lagi..Sebab apa jadi macam tu? Sebab dia buat insuran untuk dapat PS3. Lepas dapat, rasa ok lahhh sangattt...selesalah sangattt..Allah pun bagi setakat yang u mintak sajalah..Kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya...

Jadi, Nampak tak? Bisnes ni kalau u all rasa nak buat untuk short term, dia akan jadi short term..Kalau kita aim long term, dia akan jadi long term...Lagipun kan, kalau pemikiran saya lah..yang buat bisnes untuk beli handbag tu..., boleh tak fikir untuk contribute kepada anak bangsa u dulu? Boleh tak fikir buat bisnes ni untuk membantu orang lain dulu..mesti ada ahli keluarga yang susah kan? Atau atleast buka peluang pekerjaan untuk remaja yang melepak, merempit...Tahu lah..yang aim macam tu sebab bisnes suami dah lebih dari cukup..bak kata orang sekarang ni, untung keras...atau masyukk...Tapi itu suami, dia ada contributionnya..

Isteri yang housewife ni? Anak-anak pun dah besar, nak buat apa? Takkan nak melepak je..takkan nak duduk rumah tengok sinetron je? Selama hidup 55 tahun ni...berapa sinetron dah u all tengok? Apa effectnya kepada kehidupan u all? Dah jadi kaya macam diorang dalam tv tu? Dah dapat tolong berapa buah rumah anak yatim?

Apa kata bila dapat untung 16 ribu untuk beli handbag idaman tu...reserve sekejap, gunalah duit tu untuk membantu anak yatim dulu..atau tolong ahli keluarga yang susah dulu..nanti dapat lagi 16 ribu barulah beli handbag tu...Sebab,kalau kami lahh..kami jenis tak sampai hati nak guna duit tu untuk diri sendiri, sebab dah tau..nanti kita akan dapat lagi..dapat lagi..

Contohnya, kalau kita teringin nak beli kereta baru, make sure mak bapak kita tak pakai kereta lama...Sebab rasa pelik pulak kalau kita ada duit nak beli kereta baru contohnya..tapi mak ayah kat kampung naik moto atau kereta buruk je?..Kalau kita duduk rumah macam mahligai..macam istana..mak ayah kat kampung macam duduk di setinggan?..Lagi satu, ada orang ni dapat je duit bisnes..plan nak melancong satu dunia.Boleh, bukan tak boleh...tapi mak bapak u all dah pegi umrah ke? Dah sampai ke Mekah ke?..Asyik pikir untuk diri sendiri je..Patut lah bisnes kejap je naik, pastu down balik...

Come on lah...buat bisnes sebenarnya kalau u all buat untuk diri u sendiri saja...U tak akan rasa tenang, u tak akan rasa nilainya...U akan rasa tak cukup..tak pernah cukup..tak puas-puas..walaupun dapat berjuta-juta...tapi masih tak cukup..masih takut, takut kalau-kalau bisnes u down nanti?..Perlu ke takut macam tu? Untuk orang yang buat bisnes dan contribute kepada anak yatim, atau orang miskin dan sebagainya, lihatlah...diorang ni dah tak rasa takut..Sebab dia tau, kalau bisnes dia down macamana pun, sure anak-anak yatim ni akan mendoakan mereka..Kalau dah anak yatim yang mendoakan, siapa boleh menidakkan?..

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MENGHIDUPKAN (AL-MUHYI)
Jika orang membaca nama ini sebanyak 68 kali setiap hari maka Allah akan menghiasi hati mereka dengan cahaya iman dan ilmu dan akan memberikan kepada mereka kemahuan untuk menolong orang lain yang sedang memerlukan pertolongan.

Tuesday, May 28, 2013

BULETIN ANIS CHOCOLATE: STOKIS ANIS CHOCOLATE PAKAI ILMU PENDINDING?

BULETIN ANIS CHOCOLATE: STOKIS ANIS CHOCOLATE PAKAI ILMU PELARIS?

Shah Alam  27 Mei 2013

Disebabkan jualan para Stokis Anis CMC yang sangat luar biasa, kami cuba menyiasat sama ada benar atau tidak khabar angin mengatakan kesemua Stokis dan dealer mereka ini ada memakai ilmu tertentu seperti yang digembar-gemburkan.

Kami cuba menghubungi Stokis Johor Baharu (019-7132323) untuk mengesahkan kenyataan ini kerana tiba-tiba jualan mereka menjadi sangat tinggi iaitu 2500- 3000 seminggu. Menurut En Abdul Latif, memang sah dia memakai ilmu pelaris katanya. Beliau mengamalkan Solat Dhuha setiap hari diselang seli dengan selawat ke atas nabi sebanyak 1000 kali dan beristighfar sebanyak 100 kali sehari. Itulah ilmu pendinding beliau.

Kami masih tidak percaya dengan kenyaataan beliau, jadi kami mencari Stokis Kuantan iaitu Pn Zaliza  (012-4767394) yang mencapai jualan hampir 5000-6000 ribu kek seminggu ini untuk mendapat penjelasan.Kami sangat terkejut kerana beliau juga mengaku bahawa beliau memang selalu mengamalkan ilmu pendinding ini.Caranya ialah beliau sering membaca surah al-Waqiah, sebolehnya sehari sekali diamalkan.Di samping itu, beliau juga bersolat dhuha setiap hari serta sering berzikir Ar-Razzaq (ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI) sebanyak 10 kali setiap hari di keempat sudut rumahnya.

SUBHANALLAH!!..Rupanya kami tersalah anggap kepada mereka..Kami insaf dan ingin meminta maaf kepada pihak Stokis dan syarikat Anis Food kerana buruk sangka kepada mereka.Maafkan kami.

~Wartawan Insaf~