Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 23, 2014

Doa Harian~

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah.. Kami mohon padamu ya Allah, berikanlah kami sebanyak-banyaknya ilmu yang berguna dan kami fahami maknanya sepanjang hari ini dan hari seterusnya Ya Allah..
Semoga ilmu yang kami dapati dan pelajari hari ini adalah ilmu untuk kami menjadi hambaMu yang bermanafaat, yang dapat memberi nilai kepada hidup ramai orang disekeliling kami Ya Allah...Dan semoga ilmu-ilmu ini untuk menjadikan kami lebih kaya dan berjaya dunia akhirat....
Dan kami mohon pada mu Ya Allah Yang Maha memakbulkan, semoga segala impian kami dimakbulkan olehMu Ya Allah Ya Rahim...Ya Razzaq...
Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah...

Wednesday, October 22, 2014

[ KENAPA NAK BERHENTI KERJA? ]

Salam, saya nak minta pendapat dan pandangan, insya allah... Saya mmg aim nak berhenti kerja, mungkin 3 tahun lagi. Dalam pada ni saya cuba2 juga buat bisnes sambil2, jual baju muslimah, dropship cadar, jual pemanggang, jual supplement. Disebabkan kekangan masa, saya akur kenapa biz saya tak ke mana, maklumlah part time biz saja.

Alih2 dapat notis akan diberhentikan kerja sebab syarikat buat staff... retrenchment. Saya kira mungkin petunjuk dari Allah utk berhenti awal, fulltime buat biz, jaga anak2 yg membesar. 

Tapi suami lebih suka saya bekerja, mungkin tak yakin dgn macam2 biz saya ni. Dan bertalu2 kawan suruh hantar resume dan datang interview kerja.

Jadinya saya konpius...perlukah saya terus dgn cita2 biz saya...atau sambung kerja makan gaji...

Fikir2 mmg malas nk kerja..nak work from home saja..tapi entahlah..mungkin abang/akak boleh bagi sedikit pandangan..

P/s: love ur cake very much!

Jawapan:
Apa niat u nak resign & bisnes?
Kalau setakat malas nak kerja dah...reason tu sangat tak kuat.Kalau reason macam ni, bila dah resign nanti, , insyaallah malas pulak nak bertindak!..

U kena ada your STRONG WHY!..Kenapa u kena resign dan buat bisnes dari rumah..Selagi tak ada why factor, nanti bila resign u tak akan ke mana jugak..lama2 dah perit tak ada income, terpaksa cari kerja balik...buang masa je macam tu..

Lebih baik, sekarang sebelum resign, u set dulu niat u betul - betul kenapa u kena resign!..Kenapa u kena buat bisnes dari rumah.

♥ TIPS: Tahajjud Cinta♥ 

BUKAN SEKELIP MATA

[ BUKAN SEKELIP MATA ]

-Apa itu positioning-

Assalamualaikum....hai jutawan semua...morninggg...


Hari ni nak sambung bab branding and positioning. Banyak lagi nak citer pasal branding ni. Best -best tau citer dia. Tapi sebab ramai yang dah tak sabar nak dengar pasal positioning, so saya citer pasal positioning dulu lah ye....

Apa yang saya faham, positioning ialah bagaimana seseorang usahawan 'meletakkan' dirinya atau bisnesnya di mata pelanggan dan orang ramai.

Positioning juga adalah imej atau nilai yang dibawa oleh usahawan tersebut untuk 'potray' kan bisnesnya kepada pelanggannya. Sama ada dia seorang pakar dalam bidangnya atau seorang 'pioneer' dalam bidangnya. 

Contoh yang positionkan bisnesnya adalah pioneer dalam bidangnya ialah Coca-Cola. Coca-Cola adalah syarikat minuman ringan yang pertama di dunia. Dan dia gunakan tag line dia 'The Real Thing' untuk tujuan positioning. Tag line dia menunjukkan seperti minuman lain macam tiruan. Dia jer yang real atau asli...kan?. Itulah position.

Positioning adalah salah satu cabang marketing. Tapi perlu ingat, ianya tak create sales dalam masa yang pendek.

Sebab itulah, lebih baik kita buat sales dan marketing dulu. Bila produk atau brand kita dah dikenali, barulah kita buat positioning. Ataupun automatically branding yang kita bina akan bertukar menjadi positioning.

Contohnya buat billboard. Billboard sebenarnya untuk sales atau positioning? Tentulah bukan sales. Sales akan datang, tapi ambik masa.

Kalau stage awal bisnes lagi u dah buat billboard contohnya..of course u tak akan dapat rasa sales.

Ada orang mengadu walaupun dia dah ada billboard tapi salesnya masih tak seberapa.Kenapa? 

Ye lah, baru setahun jagung dah buat billboard.Billboard untuk branding dan positioning dear..bukan untuk sales. Cikgu mana lah yang ajar buat camtu.Yang mentor ajar buat banner, bunting semua tak buat lagi.

Sepatutnya, untuk stage awal, bukan buat billboard dulu. Tapi buat marketing untuk sales dulu. Contohnya banner, bunting atau blast SMS untuk local awareness. Ni wilayah u pun tak tahu u jual apa lagi, tak kenal u lagi.. dah nak terkejar buat positioning. Kesian, tak paham kot...

Lagi satu, masuk majalah atau surat khabar juga bukan untuk sales sangat sebenarnya (ikut content).Kalau buat cover story, then boleh jadi sales. Tapi kalau buat iklan newspaper, adalah untuk positioning. 

Kalau masuk suratkhabar/ majalah sekali saja, sorry lah nak dapat phone calls. Tapi..medium ni terbaik untuk positioning bisnes kita.Kerana kebanyakan orang akan 'respek' atau kagum bila tengok brand kita ada dalam surat khabar atau majalah atau dalam tv. Itulah positioning.

Macam guru kami Dr.Azizan Osman pulak.Macamana dia buat positioning? Dia dah start dari tahun 2008 lagi masuk Harian Metro setiap minggu.Muka dia selalu terpampang dalam paper. 

Masa awal dulu, dia create branding Dr.Azizan Osman. Tapi lepas 5-6 tahun, branding Dr.Azizan Osman dah dikenali. Dan daripada situlah dia mempositionkan brand Dr.Azizan Osman sebagai Pakar Pemasaran No 1 di Asia Tenggara. 

Kan mentor?..

Ada satu lagi contoh menarik.Ini salah sorang student Dr.Azizan jugak.Sapa tak kenal EMCC (Extra Moist Chocolate Cake) kan?..

EMCC ni adalah satu contoh yang baik dalam positioning. Mereka colaborate dengan artis terkenal Tuan Afdlin Shauki. Kalau u perasan, dalam rancangan Afdlin macam Maharaja Lawak mesti ada kek ' Boboi EMCC'. Itulah cara mereka mem'position'kan diri supaya nama EMCC lebih dikenali. (Maaf, kalau salah tolong betulkan.. ).

Faham ke faham?..

Ok ye, panjang bebenor dah ni..Kalau tak faham tanya lah ye..Ok, till see you again...Semoga anda semua kaya, berjaya dunia dan akhirat...

Take care n love youuuu....

 Indahnya beristighfar, berselawat dan bersyukur