Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, May 25, 2015

MENJUAL KEK ANIS BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN PUSAT TAHFIZ

Allahu akbar!..

Memang ini antara BIG WHY keluarga besar Anis Food. Kami ingin bantu seberapa banyak orang yang ingin mencari pendapatan melalui bisnes kek coklat ini. Kerana bisnes ini sangat mudah jika mengikut sistemnya dengan betul.

Dan alhamdulillah, kami mendapat berita gembira dan mengharukan, ada Ustaz Ali dari Seksyen 7 ini memilih kek ANIS untuk dijadikan satu bisnes bagi menampung perbelanjaan pusat tahfiznya yang terdiri daripada 19 anak yatim.

Projek membantu Ustaz ini kami pertanggung jawabkan kepada Stokis kami Ustaz Al-Fattah. Selamat berkongsi pengalaman ya Fattah. Semoga Allah buka rezeki lebih luas untuk mereka ini. Aminn...

"NIKMAT APAKAH YANG HENDAK KITA DUSTAKAN? "



BERKONGSI RESEPI, BERKONGSI REZEKI


2 minggu lepas sebelum kami balik ke kampung berjumpa ayah bonda kami..Kami ke Tanjung Malim dulu untuk bertemu buat kali ke 2 dengan Kak Ton iaitu hamba Allah yang sangat baik hati dan pemurah orangnya.Beliaulah yang memberi memberi resepi kek coklat kepada saya pada tahun 2010 dulu..

Ingat lagi semasa di kelas baking di Bagus Shah Alam pada Mac 2010,Kak Ton bagi semua participants ni rasa kek yang dibawanya..Sebenarnya Kak Ton nak bagi Chef yang rasa dan komen..Chef tu komen simple jer..tapi bila saya yang rasa.....Walllaaaa...ini la dia kek yang betul2 moist yang selama ni dicari..Sedapnyaaa!!....

Nak tanya resepi tak berapa berani jugak sebenarnya sebab melalui pengalaman2 pahit sebelum ni..sangatlahhh susah bebenor nak dapat resepi dari kawan-kawan..ishhh nak bawak ke mana la resepi tu agaknya? ke kubur ke? Awatlah nak kedekut sangat diorang ni nak bagi resepi kan..betul2 old thinking lah..Kalau lah dengan resepi tu kawan kita dapat membesarkan anak-anak,sepatutnya kita kena banyak-banyak bersyukur kerana dapat membantu salah seorang Hamba Allah..lagipun, THE MORE U GIVE, THE MORE U GET lah bebeh..

Last-last memberanikan diri jugak bertanya..Boleh bagi resepi tak kak? Kak Ton kata, bagi email..nanti Kak Ton email..Esoknya, Kak Ton betul2 emailkan resepinya!..Macam tak percaya kan....?
Resepi seperti di bawah:

Resepi Anis Choc Moist Cake:

Bahan A,

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:

Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..

Cubalah ya,dah ramai buat dan menjadi...Semoga perkongsian rezeki ini diberkati Allah..
Sekali lagi,thank you Kak Ton for this marvellous recipe!!!....Semoga Allah membalas segala jasa baik Kak Ton yang sangat baik hati dan pemurah sangat orangnya..Kami doakan Kak Ton sekeluarga dan keturunan Kak Ton diberi Allah rezeki yang melimpah ruah seperti hujan yang lebat turun tiada hentinya...
*Repost

💖Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...💖

DOA HARI INI (ISNIN - 25 MEI 2015)

Ya Allah Ya Malik Ya Quddus Ya Salam,

Kami mohon padaMu Ya Allah, semoga bisnes yang kami lakukan ini adalah bisnes yang terbaik untuk kami Ya Allah, bisnes yang bukan sekadar kerana wang ringgit, tetapi bisnes yang dapat kukuhkan persahabatan antara kami dan juga dengan semua yang berurusan dengan kami Ya Allah...

Jadikanlah kami orang yang suka berkasih sayang sesama kami, orang yang suka berkongsi rezeki bersama-sama, orang yang tiada hasad dengki, orang yang menganggap semuanya adalah saudara, orang yang sanggup melepaskan keuntungan hanya kerana ingin membantu saudaranya...orang yang yang sanggup hilang wang ringgit demi melihat saudaranya bahagia...
Ya Allah....Amin...amin...Ya Robbal'alamin...

Assalamualaikum, good morning JUTAWANku sayang, semoga hari ini hari yang luar biasa hebat untuk hidup dan kerjaya anda!..
Terima kasih Ya Allah..

💖Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah ðŸ’–