Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Showing posts with label Deklarasi. Show all posts
Showing posts with label Deklarasi. Show all posts

Friday, February 6, 2015

VENDOR ANIS CMC FACEBOOK PAGE

Alhamdulillah, kami dah create Page untuk Vendor kami. Semoga sedikit sebanyak membantu jualan kita bersama okay 
smile emoticon
Objektif Page Vendor Anis adalah:
1. Meningkatkan jualan vendor kami
2. Memperkenalkan konsep bisnes berjemaah bersama vendor kami
3. Memperkenalkan produk usahawan vendor kami.
4. Memperkuatkan ukhuwah dengan vendor kami.
5. Meningkatkan jualan kami juga. (Kami cuma menumpang kepakaran mereka)

TERIMA KASIH VENDOR ANIS FOOD SDN BHD!..

INI ADALAH FACEBOOK PAGE UNTUK VENDOR ANIS CMC

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, ini adalah status pertama untuk page Vendor Anis.
1 page untuk family vendor Anis Choc Moist Cake yang sama - sama berkongsi berniaga secara jemaah. 


Terdapat lebih daripada 80 produk termasuk kek dan biskut yang sedap & superbbb serta di yakini.. InsyaAllah, will update more soon 


Tuesday, September 9, 2014

ALLAH BERI JALAN UNTUK SAYA SELESAIKAN HUTANG KELUARGA SAYA

- Declaration of the day 

Ramai yang dibelenggu hutang. Macam tak nampak jalan keluar.

Tapi percayalah!..Bila kita yakin seyakin-yakinnya bahawa jalannya memang ada. ALLAH pasti beri jalan pada kita!..

Kerja kita hanya YAKIN, MINTA dan SERAH pada ALLAH. 

Kerana, kalau kita fikir sampai bila kita tak boleh keluar dari hutang piutang, selama-lamanya kemiskinan akan mendominasi minda kita.

Kerana kita percaya, kuasa minda jutawan adalah minda yang BEBAS dari hutang!..

Syukur, terima kasih Ya Allah kerana tunjukkan jalan untuk saya selesaikan hutang saya...

Monday, September 8, 2014

I LOVE TO ENCOURAGE MYSELF

- Declaration of the day

Sekarang saya makin faham. Setiap orang perlu galakkan atau dorongan. Kerana saya lihat, orang yang selalu mendapat galakkan lebih berjaya dari yang lain. 

Tapi...sebelum mendapat galakkan, kita perlu beri galakkan dahulu. 

Mula dengan beri galakkan pada diri sendiri dahulu, barulah kepada orang lain. 

So...let us start to encourage ourself!!..How? By saying something good to ourself!..

Syukur, terima kasih Ya Allah kerana dengan bantuanMu, saya mampu menggalakkan diri saya sendiri untuk berjaya!..

Friday, September 5, 2014

SAYA PERCAYA ALLAH SEDANG MENAIKKAN TARAF HIDUP SAYA

- Declaration of the day -

Dulu saya pun rasa kurang yakin dengan apa yang Allah boleh buat untuk kita. 

Sebab, dulu tak bersyukur! Makinlah Allah tak beri. 

Bila bersyukur rupanya baru kita akan nampak betapa banyaknya nikmat yang Allah beri. Nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat diberi masa dan ketenangan dan sebagainya.

Insyaallah, jadi jom sama-sama kita yakin bahawa Allah akan naikkan taraf hidup kita semua!

Kerana...Allah Mendengar Sangkaan HambaNya!..

Syukur, terima kasih Ya Allah kerana naikkan taraf hidup kami ini Ya Allah... 

Thursday, September 4, 2014

I AM DISCIPLINE - Deklarasi

- Declaration of the day -

Seorang yang berjaya adalah orang yang disiplin dalam kerjanya. 

Tak kiralah kita berbisnes atau bekerja, atau juga tidak bekerja. 

Jadi, saya pilih untuk update sistem dalam kehidupan personal dan professional saya kerana saya nak jadi seorang yang disiplin!..

Syukur...terima kasih Ya Allah, menjadikan kami orang yang disiplin... 

Wednesday, September 3, 2014

MY EDUCATION IS MY RESPONSIBILITY - Deklarasi

- Declaration of the day -

Pendidikan saya atau ilmu yang saya belajar adalah tanggungjawab saya. 

Dulu, kita diajar untuk ikut saja apa yang dah disetkan untuk belajar. 

Tapi sekarang, kita boleh pilih apa yang kita nak belajar. Kita juga boleh pilih nak invest masa dan wang untuk mencari ilmu yang kita nak pelajari. 

Orang berjaya, dia suka cari cari dan cari ilmu!!...

Syukur...terima kasih Ya Allah kerana segala ilmu yang Kau turunkan ini 

Tuesday, September 2, 2014

REZEKIKU MAKIN DEKAT MENGHAMPIRI!.. - Deklarasi


- Declaration of the day -

Dah dekat!...
Dah nampak!...
Rezeki kita yang dulunya jauh, sekarang dah dekat!..
Sikit je lagi, nak sampai dah!..
Dah nampak tu!...

Syukur, terima kasih Ya Allah...berkat waktu dhuha, kami yakin rezeki kami makin hampir!...