Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Showing posts with label Petronas. Show all posts
Showing posts with label Petronas. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

BERLAKON JADI CUSTOMER



Pagi tadi kan akak pi Petronas Bayan Baru (Penang) dekat rumah mak akak.

Pertama sekali masuk Kedai Mesra mestilah kena pegi sentuh dan belai kesayanganku dulu. 

Pastu Pakcik staff situ start citer pasai kek. Kek ni cucu pakcik suka sangat! Mak dia beli kek kat mana tah, dia kata nak kek yang Wan beli jugak. Kadang-kadang cucu pakcik call sendiri suruh pakcik beli bawak balik. 

Pakcik staff ni yang sebut diri dia 'Abah' ni pandainya promote!!..Bestnya!!..Saya sampai tak terkata apa. Ternganga, tak dak chance nak mencelah!..Patutlah sales di sini laju keras. 

Last-last bila depa tau siapa saya, depa lagi suka. Habis semua staff keluaq nak jumpa. Ya Allah, terima kasih sangat..huhuu terharu...

Tak tau macamana nak balas jasa staff-staff outlet yang macam ni. Apa yang saya boleh buat, saya beli air dalam Kedai Mesra, saya belanja depa. Itupun tak cukup dan tak puas rasanya.

Apapun, TERIMA KASIH kepada semua staff PETRONAS BAYAN BARU PULAU PINANG yang sangat-sangat sporting dan AWESOME!!..

 TERIMA KASIH PETRONAS 

Thursday, September 4, 2014

TIPS UNTUK MASUK PETRONAS - Part 2

Part 2 

KUALITI

Perkara seterusnya selepas SERVIS, atau mempunyai channel distribution yang terbaik, sesebuah syarikat korporat mencari produk yang berkualiti. 

Tapi sebelum itu, saya nak ucapkan setinggi penghargaan kepada team stokis, dealer dan ejen kami. Kerana orang-orang hebat inilah channel distribution kami menjadi mudah. Dan kerana servis mereka jugalah, kek jantung hati kami tersebar ke seluruh alam sehingga sampai ke tahap ini!..U ALL ARE THE BEST!! 

Okay, next. Point pasal kualiti ini sebenarnya diberitahu sendiri oleh sebuah syarikat kedai serbaneka KK- MART kepada Stokis Negeri Sembilan kami Tn Tajul. 2 sebab mereka sukakan produk kami. Iaitu mempunyai channel distribution yang bagus dan produk yang berkualiti.

Berkualiti di sini maksudnya:

1. Dari segi rasa

Saya akui, produk kami bukan paling dan tersedap di dunia atau di Malaysia. Banyak lagi pengusaha-pengusaha lain yang buat lebih sedap. 

Sebab itu saya tak rasa point SEDAP itu point no 1 yang dilihat oleh syarikat korporat. Bagaimanapun of course kena sedap jugak, barulah pelanggan nak beli. Barulah ada permintaan yang tinggi. Kan? 

Wednesday, September 3, 2014

TIPS UNTUK MASUK PETRONAS - Part 1


Part 1 


Sebenarnya bukan saja untuk Petronas, tapi tips ni penting untuk anda yang berminat bagi memasuki pasaran korporat. 



Tips ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian kami selama ini. Bukan mereka yang menetapkan syarat ini. 



Yang paling penting ialah: 

SERVIS

Sektor korporat mencari atau sukakan syarikat yang dapat memberi servis yang terbaik. Kerana servis yang terbaik ini penting untuk customer's TRUST, IMEJ dan juga BRANDING kepada syarikat mereka. 

Servis terbaik di sini maksudnya kita dapat membekalkan produk kita kepada mereka dengan efisyen. 

Sektor korporat seperti Petronas ini tidak kisah bagaimana cara distribution kita. Ada lori atau tak, mungkin hantar dengan kereta macam Hafiz dealer kami untuk pasaran Mydin. Tapi yang lebih penting ialah: 

Tuesday, September 2, 2014

MACAMANA NAK LISTING DENGAN PETRONAS?

Semua anda dah maklum bahawa mulai 1 September 2014 semalam, produk kami Anis Chocolate Moist Cake dah di terima masuk di ke semua rangkaian Kedai Mesra Petronas di seluruh negara. 

Persoalannya, ramai yang nak tahu bagaimana cara nak masuk, betul tak? Saya faham, kalau saya pun mesti teringin sangat nak tahu. Malu nak tanya lah tu? Hihii..

Sebenarnya kami mula supply kek kami ke Petronas (sepatutnya Kedai Mesra, tapi suka sebut Petronas) pada awal-awal sejarah buat bisnes kek pada Disember 2006. 

Di kesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan saya Faezah dan suaminya Tarmizi dari Damirah Cake yang mula sekali ajar saya bagaimana nak supply ke Kedai Mesra. Mereka adalah antara perintis yang mula-mula supply produk ke Petronas. 

Jadi bagaimana?