Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, December 5, 2014

Doa Harian




Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam...

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini Ya Allah..penghulu segala hari Ya Allah...Kami ingin mohon padaMu Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Kau bersihkanlah hati kami Ya Allah...Kau keluarkanlah segala kotoran dalam jiwa kami Ya Allah...Kau hapuskanlah segala negativiti dalam diri kami Ya Allah...dan Kau gantilah dengan hati dan jiwa yang putih bersih kepada kami Ya Allah...

Kerana dengan hati yang bersih, kami ingin menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kami Ya Allah...

Assalamualaikum dan selamat pagi saudaraku semua..Jom kita banyakkan bersedekah hari ini...Sedekah yang lebih biasa dari yang biasa!..Dan rezeki pun akan masuk LUAR BIASA!!...

YOU ARE A GENEROUS GIVER!!

 Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar! 

Thursday, December 4, 2014

Pesanan Buat Diri


Bukak buku ternampak ayat ni...Alhamdulillah...





Jika pada seseorang itu terdapat kelakuan yang buruk pasti padanya juga terdapat kelakuan-kelakuan yang baik. 


Siapakah yang langsung tidak mempunyai sebarang kebaikan? 



Oleh itu kita hendaklah memaafkan keburukan dan memandang hanya kebaikan. 
(Turjumanus Sunnah)




BERLAKON JADI CUSTOMER



Pagi tadi kan akak pi Petronas Bayan Baru (Penang) dekat rumah mak akak.

Pertama sekali masuk Kedai Mesra mestilah kena pegi sentuh dan belai kesayanganku dulu. 

Pastu Pakcik staff situ start citer pasai kek. Kek ni cucu pakcik suka sangat! Mak dia beli kek kat mana tah, dia kata nak kek yang Wan beli jugak. Kadang-kadang cucu pakcik call sendiri suruh pakcik beli bawak balik. 

Pakcik staff ni yang sebut diri dia 'Abah' ni pandainya promote!!..Bestnya!!..Saya sampai tak terkata apa. Ternganga, tak dak chance nak mencelah!..Patutlah sales di sini laju keras. 

Last-last bila depa tau siapa saya, depa lagi suka. Habis semua staff keluaq nak jumpa. Ya Allah, terima kasih sangat..huhuu terharu...

Tak tau macamana nak balas jasa staff-staff outlet yang macam ni. Apa yang saya boleh buat, saya beli air dalam Kedai Mesra, saya belanja depa. Itupun tak cukup dan tak puas rasanya.

Apapun, TERIMA KASIH kepada semua staff PETRONAS BAYAN BARU PULAU PINANG yang sangat-sangat sporting dan AWESOME!!..

 TERIMA KASIH PETRONAS