Ahah..ni nak citer lagi pasal SEMINAR POTENSI DIRI DR.AZIZAN yg baru semalam aku hadiri di Wisma MCA,Jalan Ampang (25/4/2010).Sebetulnya utk seminar kali ini aku tak beli tiket awal2 sebab minggu depan 1 & 2 Mei aku dan suami akan berseminar lagi dgn Dr Azizan (IMKK).Tapi 2 minggu lepas aku dah belikan tiket utk Edib(adik),Abd Hai(adik ipar),Kakcik & Pakya (kawan tapi dah macam adik beradik),seorang kenalan yg baru dikenali (Ira) dan utk pasangan suami isteri yg sgt aktif dan positif iaitu agent Anis Choc Moist Cake di bahagian KL iaitu FIESHA CATERER (Fiza & Shahrul). Tapi utk aku dan suami? Kami decide utk tak beli pada mulanya memandangkan kesian nak tinggalkan anak2,hari ahad pulak ni...minggu depan nak tinggalkan lagi..lagi dasyat,sabtu & ahad pulak...kesiann depa..
Yg menyebabkan GETARAN utk menarik kami masuk juga ke situ bila pagi2 hari Ahad kemarin kami berdua terpaksa ke Wisma MCA juga utk hantar kek pada Kak Salmiah yg menjual makanan utk para peserta..(mendapat kebenaran utk menumpang meja Kak Salmiah di situ juga secara tak diduga..tiba2 dtg setelah frust pd mulanya tak dibenarkan masuk ke situ).Alhamdulillah, dpt menumpang meja pun rasa sgt bersyukur..bawak kek pun tak banyak,100 biji sahaja (yg mana habis dlm masa 2jam setengah sahaja dr pk 11am-1.30pm)..Kebetulankah?...Alhamdulillah..
Melihatkan begitu ramai manusia pada pagi2 Ahad bersemangat utk mencari ilmu..dan melihatkan seorang hamba Allah yg buta melintas memasuki bangunan Wisma MCA membuatkan aku terdetik utk masuk sekali lagi.Tapi ada lagi tak tiket ni? Perlahan2 aku ke meja crew Richworks dan bertanyakan pada Kak Nora..."Kak,ada tiket lagi tak? Nak beli la..Nak masuk ni..".Alhamdulillah,semuanya di permudahkanNya..
Rupanya walaupun dah pernah masuk seminar SKPD ini bulan lepas..memang perisiannya tetap sama...tapi di samping itu,byk jugak benda2 baru yg aku pelajari pada kali ke 2 ini...ishhh..nasib baik masuk..RECHARGE..RECHARGE..
Kebetulan lagi?...Awal2 lagi aku dan suami dikejutkan oleh Dr Azizan dgn kehadiran seorang tetamu undangan beliau..kali ni ada tetamu pulak tu..siapa ya?aku tertanya2.ingatkan Irfan Khairi..rupanya yg keluar adalah Afdlin Shauki...yg mengejutkan dan sgt kebetulan terutamanya utk suamiku,sebab selepas menghadiri seminar ini pada bulan lepas abang suka bercerita pada kawan2 tentang Dr Azizan yg pada pandangannya sangat sama dengan karakter Afdlin Shauki...baginya dah la fizikal pun nak sama..yg penting katanya karakter dan cara penyampaian yg bersahaja sgt bersamaan dgn Afdlin Shauki (macam la dia kenal sgt dgn Afdlin Shauki,hehe..)..Ini betul2 memberi impak kepada kami berdua..Kebetulankah??....
Kat sini nak share sikit apa yg diceritakan oleh Afdlin.Beliau yg kini sudah berjaya dan mempunyai production house sendiri..dan agaknya dah lama pun jadi JUTAWAN..Mungkin ramai yg sepertiku..ingatkan Afdlin ni datang dari keluarga yg kaya raya...(ye lah,last 10 yrs pernah terjumpa dia di Wangsa Maju,dia pakai kereta apatah..tapi sport car la..yg pintunya tolak ke atas tu..)..Tapi rupanya katanya dia datang dr keluarga MISKIN?...Mempunyai 5 org adik beradik,dan tinggal di FLAT SRI SABAH (pernah dgr dan pernah nampak rasanya flat ni..betul2 tgh2 KL rasanya)..tidur pun share dgn 5 org adik beradiknya sebilik.ye lah rumah 2 bilik saja...Katanya dia boleh nak join kaki2 lepak main gitar kat bawah flatnya..tapi dia sendiri memilih utk berjaya..dari satu audition ke satu audition..kena reject,kena gelak..semua dah jadi kebiasaan katanya...betul jugak, dia kata pada mulanya dia mempunyai inferiority complex...dah la tak hensem..gemuk pulak tu..kalau hensem boleh la jugak jadi model?..hehe...tapi itulah dia...SGT YAKIN PADA DIRINYA SENDIRI...dan baginya mungkin dia juga pegang pd prinsip IT'S NOW OR NEVER!!....
Selain itu,ada beberapa point tambahan yg aku dpt dlm seminar kemarin yg aku tak dpt masa seminar Bulan Mac lalu..Antaranya:
1.Kali ni banyak sangat Dr sebut pasal GETARAN..GETARAN..GETARAN..sangat MENGGETARKAN jiwa..
2.Kali ni first time in life jugak aku dengar pasal GETARAN WARNA ataupun COLOR VIBRATION THERAPY.Bagaimana GETARAN warna dapat mempengaruhi kerjaya dan kejayaan?(Lebih detail dalam program mentor kekayaan dan kejayaan yg akan dihadiri minggu depan).
3.GETARAN WANG toksah cakap lah..byk kali sangat disebut..Belajar teknik bagaimana memudahkan wang masuk dan tidak keluar malah makin bertambah?(Belum diajar dgn detail)
4.Dr juga sebut tentang ALPHA PROGRAMMING..detail sikit dr seminar yg lalu...menurut Dr,terdapat 4 jenis getaran dalam MINDA iaitu BETA,ALPHA,TETA & DELTA.
5.Last month's program Dr tak sebut pasal HARI CERMIN..(hari yg elok utk buat investment?)
6.TEKNIK ALPHA- walaupun dia dah ajar pd program yg lepas, kali ni beliau agak detail menyebut tentang cara pernafasan yg betul utk berdoa..katanya bernafas boleh synchronise kedua2 belah otak kanan dan otak kiri.Dr kata dia akan ajar dgn lebih detail kaitan antara cara bernafas dgn teknik berdoa dgn lebih berkesan dlm program mentor minggu hadapan.
7.Bagaimana nak reprogram minda diri sendiri & orang sekeliling..uihh,ni advance ni..tapi belum di ajar di kelas tadika semalam..(Dr kata kelas semalam hanyalah kelas tadika...)
8.Yg paling best dan TERKESAN di hati bila Dr menyebut siapa yg mempunyai no 3* (nombor aku 6-3-3*)..orangnya memang patut jadi USAHAWAN...dan yg paling best,Dr kata kebanyakan nombor seperti ini ada pada JUTAWAN2...dia tambah lagi..sekurang2nya income bagi yg ada pd no ini ialah sebanyak rm50K sebulan! Seminar bulan lepas Dr tak sebut pulak pasal ini..atleast boleh lah bagi aku semangat..ini tak..Dr byk sebut yg no 3 * ini ke-poh/kecoh(ada ka aku ni dia kata kepoh?..ishhh ishh..)..itu yg aku tak setuju tu..itu yg rasa tak bestnya nombor2 ni,macam tak betul je..hehe...tapi kali ni rasa best la pulak..mentang2 Dr kata sepatutnya income pemegang no ni adalah sebulan rm50K ,dan dan rasa macam betulll jeee..hehe...manusia, manusia....
9.Oh ya..yg paling sweet Dr selitkan jugak cara menjaga keharmonian rumah tangga yg agak kebetulan juga pagi Ahad sebelum kami melangkah keluar,aku sarungkan stokin ke kaki suamiku...konon2 dah lama nak start,setelah 10 tahun baru dpt start..alhamdulillah...tak sangka pulak Dr nak sebut tentang sarungkan stokin ke kaki suami sebagai langkah menjaga keharmonian rumah tangga...Yg paling menusuk bila Dr kata "Kalau anda tak buat...nanti macam mana kalau ada orang lain yg buatkan?"..uhh uhh...
10. Yg last yg aku ingat, Dr ada sebut pasal bagi orang yg cepat naik tapi cepat pula turun kejayaannya...ada beberapa cara boleh di buat.PERTAMA: pergi bercuti setiap 3 bulan...Dr sarankan pergi bercuti ke pulau peranginan..atau paling tidak pun ke pantai..PD pun takpe..KEDUA: kena bersedekah secara konsisten..contohnya jika selalu bersedekah rm100 pada setiap hari Jumaat..maka teruskan setiap minggu dgn amaun yg sama..bukan bersedekah bila teringat sahaja...
Macam dirancang saja,10 point je yg aku ingat dan lain daripada point2 pada bulan yg lepas..kalau macam ni patut la ramai yg selalu berulang2 kali pegi seminar ni..baru ku faham..
Dalam perjalanan balik,aku dan suami rancak membincangkan tentang seminar tadi..yg paling best kami asyik membincangkan tentang GETARAN dan juga GELOMBANG!!..Sedikit sebanyak kami semakin memahami kaitan kajian metafizik dgn tingkah laku manusia serta kejayaan manusia..sekarang baru faham kenapa sebelum ke Mekah dulu ramai yg bagi nasihat jagalah mulut..jgn bercakap yg bukan2..sebab takut masin mulut nanti..kan kata2 itu satu doa..tapi apa kaitannya di Mekah?rupanya baru kami faham,bila kita berdoa di Mekah ataupun di hadapan Kaabah,doa senang dimakbulkan?kerana getaran atau gelombang alpha itu sampai dgn lebih cepat,itukan rumah Allah..pasti Allah sgt dekat dgn hambaNya yg berada di rumahNya!.patut lah ramai yg mengirim bermacam pesanan dan doa bagi org yg menunaikan umrah atau haji di Mekah..dulu,aku tahu Allah pasti tunaikan doa hambaNya yg meminta semasa di Mekah..tapi sekarang aku lebih faham bagaimana doa itu lebih cepat dan tepat sampai padaNya.Allahu Akbar...rindu utk kembali ke sana lagi!
Kesimpulannya..kata Dr.Azizan, semua teknik2 di atas ini bukan rahsia lagi di kalangan para JUTAWAN..di kalangan ORANG2 KAYA... semua ini bukan MAGIC..semua ini dipelajari oleh org2 kaya dan berjaya..cuma kita saja yg tak tahu caranya..cuma kita saja yg tak mencarinya..cuma kita saja yg tak mahu mempelajarinya walaupun semuanya kini sudah berada di depan mata!..Ayuh umat Muhammad SAW,kita sama2 rapat kan SAF!!..
Ingin meningkatkan taraf kesihatan anda?..Boleh cuba trial pack Shaklee pd
harga sgt berpatutan (min RM80 utk penggunaan sebulan) spt promosi di
sebelah..
I bought Anis Choc Moist Cake from the Petrol Station today. It's so Great that I want to comment here and share with everyone! So Tasty... Nice job!
ReplyDeleteSungguh gembira hari ini kerana dapatlah saya membeli 2 Anis Choc Moist Cake daripada 4 yang tertinggal di atas meja kaunter. Ini adalah kali kedua saya beli Anis Choc Moist Cake dari station petrol yang dekat Leisure Mall. Kalaulah salutan coklat di atas boleh ditambahkan (walaupun cake dikurangkan sikit), nescaya Anis Choc Moist Cake akan bertambah sedapnya. Keep up with your good work! I love your cakes!
ReplyDeleteAnis Choc Moist Cake yang anda buat sungguh sedap! mujurlah harganya berpatutan, saya tak teragak-agak untuk membelinya di stesen minyak petronas seksyen 7 :)
ReplyDeleteFIRST TIME BELI YANG KECIK, TADI BELI YANG BESAR PUNYA, TINGGAL SATU AJE LAK TU... NASIB BAIK. KAMI TIGA BERANAK MEMANG CUKUPLAA....KALAU YANG ENAM BERANAK : MESTI BEREBUT.
ReplyDeleteTU HARI MASA CHINESE NEW YEAR, SAJA PUSING KAT PETRONAS SHAH ALAM TU, DAH HABIS.....
MEMANG SEDAP... TAHNIAH.