Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, April 26, 2010

Seminar Dr Azizan lagiii...

Salam..rindunyaa seminggu tak dpt menulis..streamyx kat rumah down..seksa betul nak tunggu diorang datang service.huhu...


Ahah..ni nak citer lagi pasal SEMINAR POTENSI DIRI DR.AZIZAN yg baru semalam aku hadiri di Wisma MCA,Jalan Ampang (25/4/2010).Sebetulnya utk seminar kali ini aku tak beli tiket awal2 sebab minggu depan 1 & 2 Mei aku dan suami akan berseminar lagi dgn Dr Azizan (IMKK).Tapi 2 minggu lepas aku dah belikan tiket utk Edib(adik),Abd Hai(adik ipar),Kakcik & Pakya (kawan tapi dah macam adik beradik),seorang kenalan yg baru dikenali (Ira) dan utk pasangan suami isteri yg sgt aktif dan positif iaitu agent Anis Choc Moist Cake di bahagian KL iaitu FIESHA CATERER (Fiza & Shahrul). Tapi utk aku dan suami? Kami decide utk tak beli pada mulanya memandangkan kesian nak tinggalkan anak2,hari ahad pulak ni...minggu depan nak tinggalkan lagi..lagi dasyat,sabtu & ahad pulak...kesiann depa..


Yg menyebabkan GETARAN utk menarik kami masuk juga ke situ bila pagi2 hari Ahad kemarin kami berdua terpaksa ke Wisma MCA juga utk hantar kek pada Kak Salmiah yg menjual makanan utk para peserta..(mendapat kebenaran utk menumpang meja Kak Salmiah di situ juga secara tak diduga..tiba2 dtg setelah frust pd mulanya tak dibenarkan masuk ke situ).Alhamdulillah, dpt menumpang meja pun rasa sgt bersyukur..bawak kek pun tak banyak,100 biji sahaja (yg mana habis dlm masa 2jam setengah sahaja dr pk 11am-1.30pm)..Kebetulankah?...Alhamdulillah..


Melihatkan begitu ramai manusia pada pagi2 Ahad bersemangat utk mencari ilmu..dan melihatkan seorang hamba Allah yg buta melintas memasuki bangunan Wisma MCA membuatkan aku terdetik utk masuk sekali lagi.Tapi ada lagi tak tiket ni? Perlahan2 aku ke meja crew Richworks dan bertanyakan pada Kak Nora..."Kak,ada tiket lagi tak? Nak beli la..Nak masuk ni..".Alhamdulillah,semuanya di permudahkanNya..



Rupanya walaupun dah pernah masuk seminar SKPD ini bulan lepas..memang perisiannya tetap sama...tapi di samping itu,byk jugak benda2 baru yg aku pelajari pada kali ke 2 ini...ishhh..nasib baik masuk..RECHARGE..RECHARGE..

Kebetulan lagi?...Awal2 lagi aku dan suami dikejutkan oleh Dr Azizan dgn kehadiran seorang tetamu undangan beliau..kali ni ada tetamu pulak tu..siapa ya?aku tertanya2.ingatkan Irfan Khairi..rupanya yg keluar adalah Afdlin Shauki...yg mengejutkan dan sgt kebetulan terutamanya utk suamiku,sebab selepas menghadiri seminar ini pada bulan lepas abang suka bercerita pada kawan2 tentang Dr Azizan yg pada pandangannya sangat sama dengan karakter Afdlin Shauki...baginya dah la fizikal pun nak sama..yg penting katanya karakter dan cara penyampaian yg bersahaja sgt bersamaan dgn Afdlin Shauki (macam la dia kenal sgt dgn Afdlin Shauki,hehe..)..Ini betul2 memberi impak kepada kami berdua..Kebetulankah??....

Kat sini nak share sikit apa yg diceritakan oleh Afdlin.Beliau yg kini sudah berjaya dan mempunyai production house sendiri..dan agaknya dah lama pun jadi JUTAWAN..Mungkin ramai yg sepertiku..ingatkan Afdlin ni datang dari keluarga yg kaya raya...(ye lah,last 10 yrs pernah terjumpa dia di Wangsa Maju,dia pakai kereta apatah..tapi sport car la..yg pintunya tolak ke atas tu..)..Tapi rupanya katanya dia datang dr keluarga MISKIN?...Mempunyai 5 org adik beradik,dan tinggal di FLAT SRI SABAH (pernah dgr dan pernah nampak rasanya flat ni..betul2 tgh2 KL rasanya)..tidur pun share dgn 5 org adik beradiknya sebilik.ye lah rumah 2 bilik saja...Katanya dia boleh nak join kaki2 lepak main gitar kat bawah flatnya..tapi dia sendiri memilih utk berjaya..dari satu audition ke satu audition..kena reject,kena gelak..semua dah jadi kebiasaan katanya...betul jugak, dia kata pada mulanya dia mempunyai inferiority complex...dah la tak hensem..gemuk pulak tu..kalau hensem boleh la jugak jadi model?..hehe...tapi itulah dia...SGT YAKIN PADA DIRINYA SENDIRI...dan baginya mungkin dia juga pegang pd prinsip IT'S NOW OR NEVER!!....

Selain itu,ada beberapa point tambahan yg aku dpt dlm seminar kemarin yg aku tak dpt masa seminar Bulan Mac lalu..Antaranya:

1.Kali ni banyak sangat Dr sebut pasal GETARAN..GETARAN..GETARAN..sangat MENGGETARKAN jiwa..

2.Kali ni first time in life jugak aku dengar pasal GETARAN WARNA ataupun COLOR VIBRATION THERAPY.Bagaimana GETARAN warna dapat mempengaruhi kerjaya dan kejayaan?(Lebih detail dalam program mentor kekayaan dan kejayaan yg akan dihadiri minggu depan).

3.GETARAN WANG toksah cakap lah..byk kali sangat disebut..Belajar teknik bagaimana memudahkan wang masuk dan tidak keluar malah makin bertambah?(Belum diajar dgn detail)

4.Dr juga sebut tentang ALPHA PROGRAMMING..detail sikit dr seminar yg lalu...menurut Dr,terdapat 4 jenis getaran dalam MINDA iaitu BETA,ALPHA,TETA & DELTA.

5.Last month's program Dr tak sebut pasal HARI CERMIN..(hari yg elok utk buat investment?)

6.TEKNIK ALPHA- walaupun dia dah ajar pd program yg lepas, kali ni beliau agak detail menyebut tentang cara pernafasan yg betul utk berdoa..katanya bernafas boleh synchronise kedua2 belah otak kanan dan otak kiri.Dr kata dia akan ajar dgn lebih detail kaitan antara cara bernafas dgn teknik berdoa dgn lebih berkesan dlm program mentor minggu hadapan.

7.Bagaimana nak reprogram minda diri sendiri & orang sekeliling..uihh,ni advance ni..tapi belum di ajar di kelas tadika semalam..(Dr kata kelas semalam hanyalah kelas tadika...)

8.Yg paling best dan TERKESAN di hati bila Dr menyebut siapa yg mempunyai no 3* (nombor aku 6-3-3*)..orangnya memang patut jadi USAHAWAN...dan yg paling best,Dr kata kebanyakan nombor seperti ini ada pada JUTAWAN2...dia tambah lagi..sekurang2nya income bagi yg ada pd no ini ialah sebanyak rm50K sebulan! Seminar bulan lepas Dr tak sebut pulak pasal ini..atleast boleh lah bagi aku semangat..ini tak..Dr byk sebut yg no 3 * ini ke-poh/kecoh(ada ka aku ni dia kata kepoh?..ishhh ishh..)..itu yg aku tak setuju tu..itu yg rasa tak bestnya nombor2 ni,macam tak betul je..hehe...tapi kali ni rasa best la pulak..mentang2 Dr kata sepatutnya income pemegang no ni adalah sebulan rm50K ,dan dan rasa macam betulll jeee..hehe...manusia, manusia....

9.Oh ya..yg paling sweet Dr selitkan jugak cara menjaga keharmonian rumah tangga yg agak kebetulan juga pagi Ahad sebelum kami melangkah keluar,aku sarungkan stokin ke kaki suamiku...konon2 dah lama nak start,setelah 10 tahun baru dpt start..alhamdulillah...tak sangka pulak Dr nak sebut tentang sarungkan stokin ke kaki suami sebagai langkah menjaga keharmonian rumah tangga...Yg paling menusuk bila Dr kata "Kalau anda tak buat...nanti macam mana kalau ada orang lain yg buatkan?"..uhh uhh...

10. Yg last yg aku ingat, Dr ada sebut pasal bagi orang yg cepat naik tapi cepat pula turun kejayaannya...ada beberapa cara boleh di buat.PERTAMA: pergi bercuti setiap 3 bulan...Dr sarankan pergi bercuti ke pulau peranginan..atau paling tidak pun ke pantai..PD pun takpe..KEDUA: kena bersedekah secara konsisten..contohnya jika selalu bersedekah rm100 pada setiap hari Jumaat..maka teruskan setiap minggu dgn amaun yg sama..bukan bersedekah bila teringat sahaja...

Macam dirancang saja,10 point je yg aku ingat dan lain daripada point2 pada bulan yg lepas..kalau macam ni patut la ramai yg selalu berulang2 kali pegi seminar ni..baru ku faham..



Dalam perjalanan balik,aku dan suami rancak membincangkan tentang seminar tadi..yg paling best kami asyik membincangkan tentang GETARAN dan juga GELOMBANG!!..Sedikit sebanyak kami semakin memahami kaitan kajian metafizik dgn tingkah laku manusia serta kejayaan manusia..sekarang baru faham kenapa sebelum ke Mekah dulu ramai yg bagi nasihat jagalah mulut..jgn bercakap yg bukan2..sebab takut masin mulut nanti..kan kata2 itu satu doa..tapi apa kaitannya di Mekah?rupanya baru kami faham,bila kita berdoa di Mekah ataupun di hadapan Kaabah,doa senang dimakbulkan?kerana getaran atau gelombang alpha itu sampai dgn lebih cepat,itukan rumah Allah..pasti Allah sgt dekat dgn hambaNya yg berada di rumahNya!.patut lah ramai yg mengirim bermacam pesanan dan doa bagi org yg menunaikan umrah atau haji di Mekah..dulu,aku tahu Allah pasti tunaikan doa hambaNya yg meminta semasa di Mekah..tapi sekarang aku lebih faham bagaimana doa itu lebih cepat dan tepat sampai padaNya.Allahu Akbar...rindu utk kembali ke sana lagi!



Kesimpulannya..kata Dr.Azizan, semua teknik2 di atas ini bukan rahsia lagi di kalangan para JUTAWAN..di kalangan ORANG2 KAYA... semua ini bukan MAGIC..semua ini dipelajari oleh org2 kaya dan berjaya..cuma kita saja yg tak tahu caranya..cuma kita saja yg tak mencarinya..cuma kita saja yg tak mahu mempelajarinya walaupun semuanya kini sudah berada di depan mata!..Ayuh umat Muhammad SAW,kita sama2 rapat kan SAF!!..



Ingin meningkatkan taraf kesihatan anda?..Boleh cuba trial pack Shaklee pd
harga sgt berpatutan (min RM80 utk penggunaan sebulan) spt promosi di
sebelah..

Monday, April 12, 2010

TUMOR LENYAP MENERUSI AYAT AL-QURAN

Oleh Raflis Sabirin

Keluaran lalu kita telah membentangkan secara sederhana cara mengubati sendiri penyakit kanser payu dara dan penyakit seumpamanya dgn mengamalkan surah-surah tertentu di dalam al-Quran.

Kali ini,penulis bentangkan pula ayat2 Allah di dlm al-Quran yg sesuai dijadikan amalan khas utk melenyapkan penyakit ketumbuhan 25 tahun pengalaman pemulis di dalam bidang ini.

Ibarat kata pujangga,'tak ada pancung sekali putus'.Maksudnya ayat2 Allah bukan setakat yg telah kita bentangkan di bulan2 lalu utk kita amalkan bagi mengubati penyakit, akan tetapi masih banyak lagi Allah yg dpt kita manfaatkan utk dijadikan pelenyap sgl penyakit.

Menurut al-quran dan hadis Nabi SAW panyakit kanser,tumor atau ketumbuhan -namanya saja berbeza,pd hakikatnya sama saja iaitu suatu penyakit berbahaya.Tumor atau ketumbuhan adalah gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yg tumbuh dan membengkak di dalam bdn manusia.

Peraturan mengamalkannya utk mengubati penyakit pun hampir sama dgn yg telah kita bentangkan pd bulan2 yg lalu,cuma ayat Allah yg digunakan saja berlainan krn setiap ayat al-Quran tidak sama fadilatnya.

Di bawah ini adalah ayat Allah utk digunakan.Firman Allah SWT bermaksud
:"Dan kalau ada mana2 kitab bacaan yg dengannya gunung-ganang (benjolan kanser atau tumor)menjadi lenyap,atau dengannya bumi menjadi pecah-belah (hancur),atau dengannya org mati dpt berkata2,(maka al-Quranlah dia).Bahkan segala2 itu adalah atas perintah Allah.Maka tidakkah org2 yg beriman mengetahui bahawa kalau Allah menghendaki,tentulah Ia memberi petunjuk kpd umat manusia seluruhnya."

"Dan org2 yg kafir itu (diumpamakan penyakit2 kanser itu)sentiasa ditimpa bala bencana ke atas diri atau harta-benda mereka,kalau tidak pun,bala bencana turun menimpa tempat2 yg berhampiran dgn tempat tinggal mereka,sehinggalah dtg janji Allah,sesungguhnya Allah tidak mungkir janji." (Surah ar-Ra'ad,ayat 31).

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang (diumpamakan benjolan kanser),maka jawablah,"Tuhanku akan menghancurkannya dgn sehancur-hancurnya."(Surah Thaha,ayat 105).

"Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung (seumpama benjolan kanser),nescaya engkau akan lihat gunung itu hancur luluh kerana takut kpd Allah.(Ingatlah!) misal perbandingan ini kami kemukakan kpd umat manusia spy mereka berfikir."

"Dialah Allah,,yg tidak ada Tuhan melainkan Dia,yg mengetahui perkara yg ghaib dan yg nyata,Dialah yg amat pemurah lagi amat mengasihani.Dialah Allah,yg tidak ada Tuhan melainkan Dia,Yang Menguasai (sekalian alam),Yang Maha Suci (dari kelemahan),Yang Maha Selamat Sejahtera (dari sekalian kekurangan),Yang Melimpahkan Keamanan,Yang Maha Pengawal serta Pengawas,Yang Maha Kuasa,Yang Maha Kuat,Yang melengkapi segala kebesaran-Nya,maha Suci Allah dari segala yg mereka sekutukan.

"Dialah Allah,yg menciptakan sekalian makhluk, Yang mewujudkan (dari tidak ada kepada ada),yg membentuk rupa (makhluk menurut yg dikehendaki-Nya).Bagi-Nya nama yg baik-baik (mulia).Bertasbih kepadaNya segala yg ada di langit dan di bumi.Dan Dialah yg tidak ada tolok bandingannya,lagi amat bijaksana."(
Surah al-Hasyir,ayat 21-24).

Dengan keterangan ayat2 Allah di atas itu dapatlah kita faham dan yakin bahawa tidak ada suatu penyakit pun yg dpt melawan firman Allah sekiranya benar2 kita letakkan pd tempatnya dan kita amalkan menurut aturannya.'Laa tukhliful mi'ad',yakni Allah sekali-kali tidak menyalahi janji-Nya.

Cara Mengamalkan ayat Allah untuk mengubati penyaki kanser,ketumbuhan atau tumor

Langkah pertama:
Setiap selepas solat fardu lima waktu,ataupun selepas solat tahajud tgh malam,hendaklah membaca tawasul kpd Nabi SAW,para sahabatnya,tabiit tabiin,sekalian guru dan sekalian muslimin dan muslimat yg hidup dan yg telah mati dgn membaca surah al-Fatihah (sekali).Surah al-Ikhlas (3 kali).

Selepas membaca tawasul itu,maka ulangi kembali baca Surah al-Fatihah (sekali),Surah al-Falaq (sekali).Surah an-Nas (sekali),ayat Kursyi(sekali)dan terus membaca ayat2 Allah yg tersebut sehingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.Dan setiap kali baca,maka hendaklah hembuskan pada kedua-dua telapak tangan lalu kedua2 telapak tangan itu disapukan atau diusapkan pd penyakit.Dan ulangi membaca ayat2 yg telah diertikan dia atas itu hingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.

Sekiranya penyakit tersebut sudah tertanam di dalam tubuh badan spt kanser atau ketumbuhan dn lainnya,maka setelah membaca tawasul itu,tarik nafas perlahan2 seakan2 kita memasukkan amalan ayat2 Allah yg kita baca itu dgn niat spy Allah lenyapkan penyakit yg diderita itu menjadi peluh,hanyut menerusi saluran najis dan kencing.

Langkah Kedua

Sebelum kita menunaikan solat fardu lima waktu,maka sediakan terlebih dahulu segelas air suam di sisi sejadah,setelah selesai solat bacakan kpd air itu ayat2 Allah di atas dan tetap mengguna pakai aturan-aturannya spt yg disebutkan.

Maka hendaklah dibaisakan mengamalkan amalan di atas itu setiap selepas solat fardu lima waktu utk mengubati atau mencegah penyakit yg kita takuti bahayanya.

Dalam ajaran Islam,kita tidak cukup hanya percaya begitu sahaja kpd Allah dan Rukun Iman yg enam perkara,akan tetapi hendaklah kita cari dan kita gali al-Quran dan hadis utk kita praktikkan dlm segala kehidupan hingga terbit keyakinan kita yg tidak ragu2 tentang kekuasaan Allah mewujud dan mentiadakan sesuatu di alam ini,terutamanya dlm melenyakpkan penyakit.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi penulis menerusi talian 019-2531793

(Dr majalah MILLENIA Muslim,April 2010,m/s 70).

Friday, April 9, 2010

Always safe,always works,always green...

Keistimewaan Shaklee

Always Safe.Sentiasa Selamat.Para saintis Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian terhadap ramuan botanikal baru bagi pencemaran logam berat,racun serangga dan lain-lain.
Lebih daripada 83,000 ujian kawalan dijalankan pada setiap tahun.
Tidak mengandungi perasa tiruan,pemanis atau bahan pengawet.
Tdak menjalankan ujian terhadap haiwan.


Always Works.Sentiasa Berkesan.

Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian,pembangunan produk dan ujikaji.
Terdapat 100 penerbitan saintifik.
54 pingat emas dimenangi oleh para atlit diperkasakan dgn pemakanan Shaklee.
Shaklee memperkasa tujuh daripada Pengembara Handal di dalam buku Time Life "25 Greatest Adventure of All Time".
Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yg lebih baik berbanding mereka yg mengambil multivitamin jenama lain mahupun mereka yg tidak mengambil sebarang suplemen langsung.

Always Green.Sentiasa Mesra Alam.

Bungkusan yg bebas dari bisphenol-A,phthalates dan toksik dari dakwat.
Bungkusan yg boleh dikitar semula.

Pulau Redang..Satu Anugerah!



Satu anugerah!..

Untuk memanggil semula 'mood' berblog yg agaknya tertinggal di Pulau Redang..cerita tentang satu anugerah inilah yg paling terkesan buat masa ini..semoga selepas aku melepaskan segala kerinduan..segala kedamaian..segala keindahan..segala keistimewaan tentang pulau ini aku dpt menjalani kehidupanku semula dengan lebih bahagia bertemankan kenangan yg terindah..

Tiada lagi bunyi deruan ombak,tiada lagi keindahan airnya yg jernih yg kebanyakan masa membiaskan warna firus...tiada lagi tiupan angin yg mendamaikan...tiada lagi kehalusan dan keputihan pasir2 dipantainya...Subhanallah, aku terpegun dengan keindahan ini..aku tersedar dengan kebesaran Mu Ya Allah...

Wah,pandai jugak aku berbunga2..tapi itu memang betul2 dari yg tersimpan di dalam hati..After 10 yrs, aku dan hubby kembali ke Pulau Redang pada 1 April 2010 sempena anniversary yg ke 10..Terasa amat rugi mengambil masa yg sgt panjang utk kembali..Lepas ni aku harap jgn la sampai 10 tahun baru ke sini..Sebaik menjejak kaki di bumi Redang,aku cepat2 berjalan utk menyentuh dan merasai kegebuan pasir2 pantai yg memutih yg sekian lama aku rindui..ahhh halusnya pasir2 di sini...

Tiada perkataan yg lebih indah selain Pulau Redang adalah SATU ANUGERAH!!..Bayangkanlah 2 hari selepas majlis kahwin kami iaitu pada 6 Feb 2000,kami sampai ke PR..aku mandi dan bermain air sepuas2nya..dan disebabkan PR lah maka selama 10 tahun aku tak teruja utk mandi di pantai2 lain..jika ke pantai sekalipun aku hanya menemani anak2 dan suami..tapi jiwaku tertinggal di pulau yg satu ini..

Selepas 10 tahun,sekali lagi aku mandi dan bermain air sepuas-puasnya..aku menghayati satu persatu detik semasa bermain air di pantai sambil ditemani suami..abang begitu sporting,walaupun tak begitu gemar membasahi diri di tepian pantai..tapi katanya di sini lain,mandi laut tapi macam mandi sungai..airnya terlalu jernih dan tidak melekit...tapi sayang tak dpt berkongsi keriangan dgn anak2 tersayang..kita akan ke sini lagi ya abang,adik dan aisya..namun aku bahagia dapat menghabiskan masa secara eksklusifnya bersama suami tercinta..seakan tidak puas bermain pantai dengan mu..

Kelakar jugak sebenarnya berbunga2 macam ni..tapi memang hati ini berbunga2 kalau ingatkan PR..selain dari pasirnya yg memutih..halus bagaikan tepung..terasa macam nak bawak balik pasir2,letak dlm botol boleh tak?..Aku,abang dan kebanyakan pengunjung ke situ hanya berkaki ayam sambil bercanda di pesisiran pantai tak kira siang dan malam..alangkah nikmatnya rasa berjalan sepanjang masa tanpa berkasut..di sini tiada kaca yg perlu dirisaukan..tiada kotoran..tiada anjing (tak seperti Bali)segalanya bersih...tapi masih ada pengunjung yg tidak mempunyai sivik dan tidak menghargai anugerah Allah ini dgn membuang botol2 air ke pantai..memang ada pekerja yg membersihkan tapi hairan golongan ini langsung tidak mahu sama2 menjaga pulau ini daripada pencemaran..kasihan anak2 cucu kita nanti tak dpt menikmati keindahan alam ini lagi kalau golongan ini terus tidak sedar.

Satu lagi keajaiban yg aku rasa sangat teruja adalah ketika siang hendak menyingkap tirainya..Hari kedua dan ketiga,aku bangun seawalnya menyembah yg Esa dengan perasaan yg sukar diungkap..aman,damai dan syahdu sekali dihening ini..selepas itu,terus aku keluar dr bilik utk menghadap pantai menunggu keajaiban yg selama 10 tahun aku rindukan..dari segelap-gelapnya sehinggalah sang nur menjenguk perlahan-lahan..indahnya waktu ini..indah lagi sewaktu suami dtg berkongsi detik yg bukan lagi rahsia ini..kami sama2 terpegun dan merakamkan saat yg diidamkan...(asyik teringat lagu amy search ja ni..).Ya Allah, terimalah doaku ketika ini..aku bersyukur diberi nikmat melihat kebesaranMU Ya Allah..

Tiada siapa yg boleh menidakkan kehebatanMu Ya Allah..KeagunganMU Ya Allah...tambah2 lagi apabila menikmati keindahan kehidupan di dalam air..walaupun pada mulanya aku agak panik bersnokelling,(walaupun dah beberapa kali bersnokelling,setiap kali nak start mesti panik..) dan takut nak melepaskan tangan suami yg setia menggenggam tapi akhirnya aku sendiri yg memboloskan diri dan akhirnya kami masing2 meneroka rahsia kehidupan di dalam air ini bersendirian..ada satu ketika disebabkan ramai org di taman air ini,aku tak tahu yg mana satu suamiku...

Subhanallah!!..Allahuakbar!!..itulah yg terpancul dr mulutku semasa di dalam air melihatkan pemandangan yg sangat indah,..bagaikan aku berada di alam lain..(memang alam lain pun..)..alam yg berwarna warni,seperti berada di depan kaca tv pulak rasanya..Selepas satu perkampungan 'coral' dan ikan2nya..aku meghanyutkan diri ke perkampungan yg lain..dari spesies coral yg lain di satu kawasan..aku bergerak ke perkampungan coral yg berbentuk lain..ada yg berbentuk seperti otak..ada yg macam bunga raya..ada yg berbentuk seperti jari2..itu tak termasuk kumpulan2 ikan yg aku temui dengan bentuk yg tidak pernah dilihat,dengan warna-warna yg memukau,ada yg dtg menyapa aku..ah..tak dapat nak menggambarkannya..sangat indah ciptaanmu Ya Allah..aku terasa dekat denganMu kerana sepanjang masa aku memujiMu Ya Allah..

Bila terlalu asyik memandang ke bawah,aku tak sedar aku dah jauh ke depan..ah nasib baik masih ada grup di depanku...semakin berani aku menjelajah anugerah ini..sampaikan terfikir jugak aku, kalau lah ditakdirkan Allah semasa aku terlalu asyik meneroka keindahan ini, tiba2 aku hanyut..tanpa disedari sesiapa,aku dibawa arus meninggalkan mereka di belakang..tapi dengan melihatkan kehidupan2 air ini..aku seperti berinteraksi dengan mereka..kata aku pada mereka..pasti kau akan menolong aku kan...

..Ya Allah..aku redha melepaskan kerinduan ini..tenteramkanlah hati ku kerana kegelisahan ini...gelisah kerana merindui keindahan ciptaanMU..

Ya Allah,aku bersyukur diberi nikmat yg sangat luarbiasa ini..Aku pinta padamu Ya Allah, jika diizinkan..aku ingin berkongsi anugerah ini bersama anak-anakku,(kedua ibubapa dan mertuaku)saudara2 ku,pembantu2 ku..dan teman2ku..Aminnn..


THE STAR- (FRONT PAGE)
Friday April 9, 2010

PULAU REDANG AIMS TO LURE THE RICH WITH ROOM RATES NO LESS THAN RM1,600By R.S.N. MURALI


newsdesk@thestar.com.my
KUALA TERENGGANU: Pulau Redang — rated as one of the world’s most beautiful islands — is set to be turned into a getaway exclusively for the rich and famous.

Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said said the state government would no longer approve the construction of chalet-type accommodation on the renowned island, which is much visited by the diving community.

“Only hotels rated five-star and above will be allowed to be built,” he said when met after the state assembly sitting here yesterday.

In future, only wealthy individuals would be able to afford holidays in Pulau Redang as hotel rooms will cost no less than US$500 (RM1,599) a night, Ahmad said.

He that said with the decision to turn the island into a high-end holiday destination, current chalets catering for backpackers would have to upgrade and raise their rates.

Asked if the move would draw criticism from non-governmental organisations, Ahmad said it was the only way to save the surrounding rich marine life and prevent environmental destruction due to pollution and indiscriminate littering.

“Some of the budget accommodation places on the island have no proper sewage system and waste is directed to the sea, and this destroys the corals,” he said.

Apart from that, Pulau Redang is a jewel for Terengganu and the 10th most beautiful island in the world, Ahmad said.

“Efforts must be made to save the island from deteriorating environmentally. Those on budget excursions can visit other islands like Pulau Kapas and Pulau Perhentian that are equally charming.”

Pulau Redang, a popular holiday destination for locals as well as foreigners, attracts about 100,000 visitors annually including many who flock there to visit the marine park.

Terengganu Tourist Association deputy president Alex Lee lauded the move, saying that it was time for Malaysia to create its own niche market.

“Redang has only one five-star hotel and others are mostly budget accomodations,” he said.

He believed the move by Ahmad was initiated out of concern for the environment as damage to the corals had been extensive.

The owner of an eight-room hotel in Redang, however, was worried that his livelihood would be affected if Pulau Redang became an exclusive holiday destination.

He said the move would affect many holidaymakers, both local and foreign, who would not be able to afford to stay in Pulau Redang if the state government went ahead with the niche market proposal.

“I hope the state government will meet budget hotel and chalet operators in Redang to get our views and include us in the planning,” said the man, who wanted to be known only as Dina,

He also said the state government should ensure there was proper drainage and sewage on the island for better waste disposal.

Another chalet operator, Nik Kamal Nik Husin, 43, said the move would only burden the villagers on the island as many were renting out rooms to budget travellers.

He also said only a handful of irresponsible chalet operators were directing the waste into the sea.

The state government, he said, should build a centralised sewage treatment to deal with the waste disposal problem.

Wednesday, March 31, 2010

Untuk anak2 mama & papa..Adamarisya...

Salam..post ini mama tujukan untuk anak2 mama dan papa...Adam Haqimy,Arissa Sophia dan Aisya Sophia..

Masa abang dan adik dan aisya baca posting mama ni,mungkin mama dan papa dlm perjalanan ke KT, ataupun mungkin mama dan papa dah sampai ke P.Redang..Mama dan papa nak mintak maaf sebab tak bawak semua anak2 mama dan papa bersama ke P.Redang..macam abang dan adik selalu tanya "kenapa mama dan papa nak ke PR,kenapa tak boleh ikut?".Tak boleh sayang, pulau tu sangat jauh..tak macam Pulau Sapi yg kita pi baru2 ni..botnya kecik..yg penting budak2 bawah umur 12 tahun tak dibenarkan ke sana..takpa, nanti bila dah umuq 13 tahun kita pi pulak kay..

Last 10 years mama dan papa dah ke Pulau Redang,masa tu baru kawin..jadi kali ni mama dan papa ke sana lagi nak celebrate anniversary..Walaupun mama sgt2 berbelah bahagi hati mama nak tinggalkan ketiga2 anak kesayangan mama, tapi mama dan papa terpaksa berkorban..lagipun bukan lama,3 hari ja..jgn risau kay,bukan sebulan..2 bulan..sat je,pejam celik pejam celik,nanti mama dan papa balik lah..cuba abg dan adik fikir,pengorbanan kak warti dan kak nikhla lagi dasyat,boleh tinggalkan anak2 bertahun2 disebabkan nak mencari uwang (duit) utk anak2 depa..kan?

Dulu kalau nak kemana2 berdua dgn papa,mama dan papa selalu tulis surat pesanan utk abg dan adik...kali ni mama dan papa nak abadikan dlm BLOG ni..sure abg,adik dan aisya happy..

Jangan sedih ya,mama dan papa perlukan masa berdua..dah lama tak sembang lama2 berdua,nak makan suap2 ke..hehehe...mama dan papa terpaksa berkorban tinggalkan anak2 kesayangan utk menjadikan kita keluarga yg lebih bahagia kay..

Masa mama dan papa tak dak ni,abg adik dan aisya kena dengaq cakap Wan,Mak Tok,Kak Warti dan Kak Nikhla tau...jgn sekali2 melawan cakap depa.Tq to mak tok dan wan sebab mai temankan abg adik dan aisya..Tq jugak utk mummy dan pakcaq kalau tolong bawak abg dan adik ke kumon..juga tq utk mama nisya(aunty syakilla) tolong hantar dan amik adik dan abang ke sekolah.Jangan bangun lambat kay,nanti mama nisya tinggai abg dan adik..

Paling penting, masa mama dan papa takdak ni..jgn lupa SOLAT! Mama tak dak utk nak ingatkan abg dan adik..nanti mama pesan pada Mak tok,wan,kak nikhla dan kak warti..bila depa suh solat terus solat kay..No watching tv masa maghrib..utk abang, tak leh main PS2 ye khamis n jumaat ni..bagi chance mak tok dan wan nak tgk tv..lagipun nanti mama takut abg tidoq lambat..bangun awai pleasee...adik mama tak risau,adik pandai buat jadual sendiri..cuma balik sekolah kena makan nasik kay..kalau tak mau banyak, sikit pun tak pa,nanti masuk angin..apa yg wan dan maktok masak kena makan..jgn pilih2 makan kay..bersyukur kita ada makanan..ingat cerita org Palestin?

Utk aisya pulak..mesti aisya nangis malam2 ingatkan mama..3 malam mama tak dapat susukan aisya..mama sangat sedih..tapi mama kuatkan hati,mama tau aisya pun baby yg sgt kuat semangat macam mama jugak kan..takpa, mama tinggalkan baju mama yg tak basuh lagi utk aisya hehe..aisya jgn menyusahkan semua org kay sya..3 hari saja..dulu mama pernah hantaq abang balik ke penang tok dan ummi jaga seminggu..masa tu abg baby lagi..aisya 3 hari saja..berkali2 mama dah cerita kat aisya tentang ni esp masa aisya nak tidoq, selalunya aisya akan kata "tak nak..." tapi mama tau aisya tak akan marah mama kalau aisya faham mama dan papa buat ni utk kebaikan semua..mama dan papa perlu RECHARGE!..kalau tak faham recharge tu apa,nanti mama balik mama cerita kay..

Okaylah,utk anak2 kesayangan mama dan papa..Abang,adik, dan aisya..enjoy yrself masa mama dan papa tak dak ni..hehe..nanti mama papa balik kita enjoy sama2 kay...

Pleaseee...abang dan adik jgn lupa solat 5 waktu dan baca yaasin khamis malam kay..

We love u so much!!!

Sunday, March 28, 2010

Konsert Suatu Masa.. Amy di Istana Budaya


First time aku dan suami ke Istana Budaya,lebih2 lagi utk tgk konsert.Tapi penangan Amy Search membuatkan kami terpaksa pergi jugak..rindu nak dengar lagu2 Amy dan Search semasa kami membesar dulu.

Simboliknya perjalanan konsert ini..atas arahan Fauziah Ahmad Daud, aku pasti semua terpukau menonton pengembaraan dan transformasi diri Amy.Bermula dari zaman rock 'kapak' ke irama rock sentimental dgn lagu2nya yg memuja nama2 wanita...kemudian ke arah lebih spiritual dan ketuhanan.Sangat tinggi mesej yg ingin disampaikan oleh Kak Ogy dan Amy.

Sambil berhibur dan menikmati suara Amy yg tiada tolok bandingnya,masih sama seperti 20 tahun yg lalu,tetapi mesej disebaliknya begitu menarik perhatian aku.

Entah betul atau tidak spt yg Kak Ogy dan Amy cuba sampaikan,tapi yg aku faham Amy cuba menceritakan tentang pada awal pembabitannya dengan 'rock kapak'nya,beliau hanyut dgn hasutan iblis dan syaitan.Beliau dan kumpulannya sangat ego dan bangga dengan muzik pilihan mereka..Masa berubah,permainan perasaan juga mengubah muzik mereka ke irama rock yg lebih sentimental dan memuja2 ramai wanita.Ini part yg paling aku tunggu2..enjoy betul aku masa ni menyanyi2 bersama suami dan audience..terutama bila Amy menyanyikan lagu Rozana dan Isabella atas katil lak tu,jiwang betoi..terkenang dulu2 aihhh...

Transformasi Amy bersama muziknya diteruskan seolah2 memberitahu mesej yg Amy tercari2 erti kehidupan yg sebenarnya mengikut jalan yg lebih diredhai...Banyak lagu2 ketuhanan yg disampaikan Amy membuatkan aku terfikir sejenak mengenai perjalanan hidup aku sendiri,aku yakin audience lain juga begitu..

Tiba2 fikiran aku melayang memikirkan jika Amy meninggalkan kita suatu hari nanti..dia akan dikenang,diberi penghormatan,sanjungan dan doa sudah pasti miliknya..Dia telah membina setinggi itu nilai dirinya dan menjalani kehidupannya dengan penuh bererti.

Tapi aku dan kebanyakan orang lain,kenapa tidak menjadikan ini suatu pengajaran yg bererti?Kenapa membiarkan perjalanan hidup kita tanpa warna warni,penuh kepudaran?Sungguh rendah nilai diri kita?Kenapa tidak kita bina nilai diri kita setinggi yg boleh?tak perlulah jadi penyanyi atau pelakon...cukuplah menjadi kita...tapi kita yg tinggi nilainya..kita yg hidup penuh dgn cabaran yg mewarnai kehidupan..alang-alang diberi peluang hidup oleh Allah,berlumba-lumbalah kita menjadi hamba Allah yg terbaik.

Sangat bertuah seorang Amy kerana akhirnya beliau bertemu dgn jalan yg dicari-carinya selama ini.(Benarlah janji Allah, siapa yg mencari,pasti Dia memberi).Bak kata Amy tadi,sudah menjadi lumrah manusia..manusia akan sentiasa tercari2..manusia tidak akan puas...Terfikir lagi aku..betul jugak kata Amy tu,jangan kita tertipu oleh permainan dunia ini..mencari kemewahan memang tiada batasnya..sentiasa tidak puas..lebih byk kita dapat..lebih banyak kita inginkan..sampai bila2 pun tak akan puas..Aku sangat2 ingin mengenaliMu dan mendekatiMu Ya Allah...pilih lah aku!..

TQ Amy dan Kak Ogy diatas mesej2 ini...Kami sangat2 bertuah malam ini!

**
Bersenam dgn tetap dan mengamalkan diet yg sihat dgn suplemen kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis,terutamanya di kalangan warga tua.Pengambilan kalsium yg mencukupi amatlah penting,namun pengambilan harian melebihi 2000mg tidak akan mendatangkan sebarang manfaat tambahan.

Saturday, March 27, 2010

SHAKLEE-Percubaan pertama


Setelah Zura mempromosikan supplement SHAKLEE dengan jayanya, aku pun terus menghubungi Norita atau nama panggilannya N.Very cheerful and helpful orangnya..rupanya N dah 10 tahun mengambil supplement SHAKLEE dan terus berkongsi rahsia SHAKLEE sehingga kini.Asalnya N mendapat tahu tentang shaklee melalui ibu mertuanya yg telah sekian lama menggunakan supplement ini.


Nak dijadikan cerita,selepas berpindah akhir tahun lalu,aku menggunakan jalan Glenmarie pergi dan balik utk menghantar dan mengambil anak-anakku dr sekolah.Bermakna,sehari 2 kali aku melalui HQ Shaklee.Jadi,utk mendapatkan supplement itu dgn lebih cepat dan mudah, aku terus menjadi ahli.


Vitamin pertama yg aku cuba ialah sudah tentu kalsium (Ostematrix),VIt B Complex dan Vit C.Setelah mencuba selama 2 minggu,aku cuba pula Protein dan Alfalfa.Inilah percubaan pertama aku menggunakan supplement Shaklee.


Dulu,aku tak berani nak mencuba supplement walaupun sebenarnya aku tahu yg aku pasti kekurangan vitamin.Mana taknya,aku sedar aku ni selalu berdiet,mesti aku kekurangan byk bahan mineral di dalam badan.Kononnya dulu tak nak supplement sebab aku tak yakin dgn produk2 yg di luar sana dan ingin mengambil secara 'direct'atau melalui sumber semulajadi.Mula2 larat la nak makan epal,oren dan sebagainya utk mendapat vitamin c dan sebagainya...begitu juga setiap hari paksa diri minum susu (tapi aku tak ada masalah nak minum susu) utk mendapatkan kalsium.tapi itulah kata orang,kita yakin dgn pendapat kita tetapi kita tak sedar yg kita sebenarnya kekurangan ilmu.

Contohnya susu..memang benar ada kalsium di dalam susu, tapi sebenarnya kadar transfat di dalam susu adalah melebihi kadar kalsium itu sendiri.Jadi adakah aku pasti mendapat kalsium atau aku mendapat transfat?

Begitu juga dgn buah epal,oren,kiwi dan sebagainya..nak kulit cantik kan kena makan semua buah-buahan ini? tapi sebenarnya larat ke nak makan 7 1/2 biji oren sehari utk mendapat 500mg vitamin c yg diperlukan oleh kulit utk membina kolagen?Bukankah lebih senang ambil 1 tablet Vitamin C (bersamaan 500mg) shaklee sehari?

Dan paling mengejutkan,harga supplement Shaklee ini sgt berpatutan.Contohnya utk Vita c-500mg ini, harga sebotol ialah RM92 utk 180 tablets.Setiap hari hanya diperlukan 1 tablet. Bermakna,1 tablet berharga RM 0.51 (bersamaan dgn 7 1/2 biji oren)! Dan Vita-C itu boleh consume selama 6 bulan!..Ini juga bermakna,kita hanya berbelanja Rm15.33 utk dapatkan Vita-C yg diperlukan oleh badan kita.(Walau bagaimanapun, sudah semestinya sumber semula jadi adalah yg terbaik).

Friday, March 26, 2010

Belajar anyam tikar dahulu!

Semasa mengemas bilik tadi aku terjumpa artikel ini yg bertarikh 24 Disember 2009..macam tulah aku,kalau ada bahan bacaan yg menarik mesti aku simpan utk dibaca lagi berkali2..Artikel ini tulisan MINDA BISTARI oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertajuk 'Belajar anyam tikar dahulu!'.Yang PALING melekat dlm hati aku melalui tulisan ini ialah perkataan JIHAD BISNES!!!

Kira-kira dua minggu lalu,melalui blog businessjihad.com,saya menerima maklum balas drp seorang wanita yg ingin mendapatkan pandangan dan mengharrapkan suntikan semangat utk menguatkan tekadnya menyertai perniagaan.

Beliau berusia 29tahun dan kini bekerja di syarikat makanan dgn pendapatan tahunan sekitar RM50,000 dan seharusnya selesa dgn kedudukan ini.Walaupun dlm keadaan selesa,beliau memberanikan diri menghantar surat perletakan jawatan dan nekad menyertai bidang perniagaan secara sepenuh masa bermula awal 2010.

Antara sebab beliau berbuat demikian kerana benar2 yakin bahawa hidup beliau akan lebih bermakna dan menjanjikan keupayaan untuk berdikari.Lebih penting baginya ialah kesedaran bahawa menerusi bisnes beliau yakin dapat mengisi kehidupan dengan erti perjuangan,andainya benar2 dpt menterjemahkan perniagaan beliau ke jalan jihad bisnes.

Bagaimanapun,sebagai seorang ibu kepada dua anak,beliau bimbang dengan langkah yg akan diambilnya,termasuk sama ada harus meneruskan langkah menceburi bidang keusahawanan itu atau terus kekal bekerja makan gaji di syarikat sekarang yg menjanjikan pendapatan tetap lebih daripada RM4,000 sebulan.

Apa yg dibimbangka adalah bagaimana utk menampung kos operasi perniagaan spt gaji pekerja,sewa kedai dan sebagainya,selain keperluan hidup keluarganya.Sebenarnya tujuan saya berkongsi cerita ini adalah untuk menjadikannya sebagai dorongan dan semangat kepada beliau dan individu lain yg berhasrat untuk menceburi bisnes.

Selepas membaca e-mel beliau,saya bersyukur kerana sebagai seorang Muslim,beliau mengambil keputusan nekad,berani dan komited dalam menjayakan bisnes.Tambahan dalam keadaannya sbg ibu yg mempunyai tanggungjawab besar kpd keluarga.Persoalan yg diajukannya adalah hal biasa dihadapi semua orang yg pertama kali melangkah ke dunia bisnes.

Saya pernah diajukan byk lagi soalan dlm sesi dialog mahupun melalui blog saya. Soalan spt;Haruskah saya berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa?Bisnes apakah yg boleh saya ceburi dan boleh menjamin masa depan?Bagaimana utnutk menjadi jutawan?dan sebagainya pernah ditanya kepada saya.

Saya percaya persoalan ini sentiasa bermain di dalam minda kita apabila bercita-cita untuk memulakan bisnes.Sebagai seorang Melayu,saya faham benar minda dan persepsi masyarakat Melayu terhadap bisnes masih lagi curiga kepada kemampuan dan kelebihan berniaga.Malah bisnes bukanlah sesuatu yg dibudayakan dalam masyarakat Melayu.
Jika hendak dibandingkan dgn pencapaian kaum lain dlm bidang ini,kita masih ketinggalan jauh.

Bekerja makan gaji tidak salah.Demi pembangunan negara,kita perlu dilengkapi modal insan yg terbabit dlm bidang profesional.Pegawai kerajaan,pensyarah,doktor dan jurutera kerajaan,guru,tentera,polis dan sebagainya,semuanya aset negara yg cukup penting.

Namun, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia tidak akan dpt menjanjikan pendapatan lebih lumayan seperti dinikmati warga negara maju yg lebih jauh ke depan, selagi penduduk majoriti khasnya Melayu dan Bumiputera,tidak membabitkan diri ke dalam arus utama ekonomi yg kini dipacu bisnes.Selagi Melayu dan Bumiputera terus bersikat bisnes-fobia (sekalipun dlm perniagaan kecil-kecilan dan sederhana) Malaysia akan terus ketinggalan berbanding negara maju lain dan selagi itu juga kita akan bergantu ng hidup kpd orang lain,tidak berdikari,tidak bebas dan merdeka sepenuhnya.

Kita tidak mempunyai pilihan selain daripada menggalakkan seramai mungkin warga negara,khasnya di kalangan remaja,untuk bersedia memberanikan diri menduga nasib di dunia perniagaan dan bisnes.Memang apa juga bisnes yg kita lakukan sudah pasti mempunyai risiko kegagalan.Lebih besar bisnes dijalankan,lebih besar risiko untung ruginya.

Pengalaman saya sendiri di JCorp membuktikan hakikat jatuh bgn dan hidup mati berniaga.Sejauhmana saya terpaksa menutup lebih 40 syarikat kerana kerugian dan gagal menambah nilai.Terdapat antaranya yg bermula dgn cukup meyakinkan,tetapi akhirnya rugi atas sebab cabaran sengit persaingan,perubahan mendadak dalam permintaan dan pasaran.Ketika krisis ekonomi 1997,JCorp terpaksa menutup kira2 30 syarikat dgn menghapus kira lebih drp RM 300 juta.

Semua ini menguatkan hujah yg kerap saya sampaikan bahawa semua yg berhasrat utk menjadi ahli perniagaan dan usahawan berjaya perlu melengkapkan hati,minda dan jiwa dgn kemungkinan kegagalan dan gulung tikar.Dlm bisnes kita perlu bersedia utk mengatasi kekecewaan,perasaan malu dan kecil jiwa andainya gagal serta bagaimana utk memanfaatkan kegagalan andainya ia berlaku.Sesungguhnya kita hilang segala-galanya andainya kita tidak belajar daripada kegagalan dan tidak memanfaatkan pengajaran daripadanya.Ringkasnya,utk bersedia dgn minda,hati dan jiwa yg gagah dan tabah dlm bisnes boleh diibaratkan sebagai ahli perniagaan baru perlu terlebih dahulu belajar 'menganyam tikar banyak-banyak' .

Seminar Potensi Diri oleh Dr Azizan

Lepas balik dari Seminar Dr Azizan last saturday (20/3/2010)terus jadi macamana tah..bukan blurr,tapi macam muhasabah diri sat utk mencari arah tujuan..Ramai yg nak tau apa ceritanya Seminar Dr Azizan ni, tapi aku tak tau la kat mana nak start.Yg penting, semenjak balik dr seminar ni macam ada sinar harapan.rasa bintang berkelip2..aura positif memenuhi setiap ruang angkasa..

Kalau aku bagi notes2 Dr Azizan pun rasanya tak akan ada gunanya..mendengar dari perspektif orang lain dengan experience sendiri kan lain rasanya,lain penerimaannya.Dan aku pulak bukan jenis yg pandai nak menghurai nota2 kuliah tu..kalau lah aku pandai menghuraikan balik atau menterjemahkan atau mengajar semula segala ILMU yg diajar Dr Azizan yg mengambil masa 8 jam itu, bolehlah aku buat duit macam Dr Azizan jugak..tak lama boleh lah aku pakai Canyenne 66 macam Dr Azizan..Tapi sedikit sebanyak ILMU yg disampaikan Dr Azizan itu boleh lah kita sama2 berkongsi..

Belum cukup seminggu pun aku ke Seminar tersebut tapi aku dpt merasakan kelainan,nak kata keajaiban pun boleh jugak.Hari2 yg aku lalui penuh aura positif dan sangat 'magic'.Kebanyakan seminar2 motivasi yg aku hadiri sebelum ini,lama kelamaan semangatnya akan luntur.Tapi tidak kali ini,malahan aku makin bersemangat.ish pelik jugak kan..

Pd awalnya aku dah cancel pun pembelian tiket aku utk ke seminar ini kerana aku kurang yakin tentang iklan yg ditulis iaitu menurut pemahaman aku "Rahsia Tarikh Lahir" ini seolah2 macam 'horoscope'.Semenjak aku dapat tahu yg membaca horoskop ini pun dah haram, dah lama aku tak baca walaupun utk suka2 dan bukan nak percaya macam yg kebanyakan orang berkata..tapi iklan pd minggu lepas yg membuat kenyataan yg mana seminar ini tiada kaitan dgn horoskop dan sebagainya tetapi ianya kajian mengenai tingkah laku manusia secara sains metafizik (sama spt buku Napoleon Hill bertajuk Think and Grow Rich yg aku tgh baca tetapi agak saintifik sehingga agak payah nak faham..).Terus aku booking tiket which was last minute, tapi masih ada tempat,dan cara utk mendapatnya sangatlah mudah.Tak seperti kali pertama aku cuba booking, tiada yg menjawab panggilan dan tiada yg menjawab SMS ku..alhamdulillah kali ni macam dipermudahkanNya,sekali call ja dah dapat cakap dan terus janji utk berjumpa bagi mendapatkan tiket..terfikir sekejap,message apakah ini?

Seminar yg aku hadiri di Dewan MCA Jalan Ampang,penuh dgn peserta dr pelbagai negeri.Ada yg dtg dr Kuching,Kemaman,Alor Setar dan sebagainya semata2 utk ke sini.Yg aku pelik,pertama kali aku hadiri seminar,tak ada seorang pun (mungkin aku tak nampak) yg bangun meninggalkan kelas utk ke tandas semasa seminar dijalankan..seramai hampir 2000 org seperti terpaku mendengar kata2 Dr Azizan dgn penuh minat..mungkin mereka pun macam aku,sayang nak meninggalkan kelas takut termiss point2 penting ( dulu kat dewan kuliah pun tak macam ni)..

Betul juga kata Dr Azizan..nak berjaya mesti ada ILMU,MENTOR dan SISTEM.dulu masa sekolah kan ada semua ni..sebab tu kita boleh berjaya.Betul jugak ya kalau fikir2 balik..boleh kah kita berjaya tanpa ILMU? Boleh kah kita berjaya tanpa MENTOR dan boleh kah kita berjya tanpa SISTEM?Semuanya aku tak ada sejak berbisnes ni..dulu masa kerja ada jugak boss.Berbisnes mana boleh sorang2?..mesti ada ILMU,MENTOR dan SISTEM!..Ya lah, aku dah tersalah step nampaknya ni..ish,takpa masih belum terlambat harapnya..


Menurut Dr Azizan, ada 5 perkara untuk hidup dengan maksimum:
1.Hidup lebih BAHAGIA
2.Hidup lebih BERJAYA
3.Hidup lebih KAYA
4.Hidup lebih SIHAT
5.Hidup lebih BERKAT

Betul jugak ya, kalau dah hidup..buatlah apa pun dengan semaksimumnya..Rugi hidup kalau tak gunakan sementara Allah bagi kita PELUANG utk hidup..Kalau selagi kita hidup, kita kena mencari KEBAHAGIAAN sebanyak yg mungkin..Kebahagiaan utk diri kita sendiri dan juga MEMBAHAGIAKAN orang lain..tak semestinya dalam keluarga kita sahaja, tetapi juga bahagiakan jiran tetangga,kawan2..org yg baru dikenali pun boleh jugak..bahagiakan sesiapa sahaja..ya lah, aku berazam utk membahagiakan setiap org yg aku jumpa setiap hari,tak kiralah pakcik guard ke, tukang cuci ke..asalkan dapat membahagiakan orang...orang bahagia aku pun bahagia..WHAT U GIVE U'LL GET BACK!!

Berjaya dgn maksimum mesti menjadi sasaran selagi nyawa dikandung badan.Kita hanya ada 2 pilihan sama ada utk BERJAYA dgn maksimum semasa hidup,atau pun memilih utk menjadi 'biasa-biasa' aja...Selagi hidup hanya 2 pilihan ini sahaja yg kita ada..Memang tak banyak pilihan.tetapi alang2 hidup...pilihlah sesuatu yg boleh memberikan motivasi kepada anak cucu kita utk meneruskan kehidupan mereka nanti..semangat dan kejayaan mereka datang dari KITA sebenarnya!

IT'S NOW OR NEVER!!!..Itulah kata2 azimat yg merupakan pegangan Dr Azizan selama ini kata2 dari ayah Dr Azizan ini membuatkan aku terfikir mengenai seorang Pakcik dr Kelang yg duduk di sebelahku.Pakcik yg berumur 70tahun ini dengan bersemangat datang seorang diri demi utk mencari ILMU.Bila aku memuji, pakcik sedikit terkilan katanya semasa muda2 dulu tak ada program2 seumpama ini..tapi pakcik kata,sampai bila2 pun tak akan habis ILMU kalau dicari..mencari ILMU ni tak ada penghujungnya,kita kena sentiasa belajar..Tapi yg membuatkan aku terfikir,takkan aku nak jadi seperti pakcik ini?Maksud aku, takkan bila dah berumur seperti pakcik tu baru aku nak bergerak?Takkan aku nak terkilan seperti pakcik ini?Takkan aku nak rasa aku dah terlambat?IT'S NOW OR NEVER!!..

Banyak lagi yg aku dan suami pelajari daripada program tersebut, tetapi 3 perkara utama yg amat penting ditekankan oleh Dr Azizan ialah:

1)Bagaimana berdoa atau meminta makbul permintaan dengan kaedah kuasa minda.Menunjukkan betapa pentingnya kuasa DOA dalam setiap tindakan kita setiap masa.

2)Bagaimana kita boleh mengenal pasti PELUANG melalui kaedah tarikh lahir..

3)Bagaimana kita boleh mengenali ANCAMAN melalui kaedah tarikh lahir..

Sekalung tahniah utk Dr Azizan di atas segala ilmu yg dicurahkan..Semoga tahun ini dan seterusnya merupakan tahun yg sangat-sangat dan akan merubah hidup aku,keluargaku serta rakan2ku...Amin.

Warisan Inovasi
Bagi tempoh lebih 5 dekad yg lalu,para saintis Shaklee berusaha sedaya upaya utk menemui produk kesihatan semula jadi terulung di dunia.Shaklee telah menerajui industri makanan tambahan sejak penemuan multivitamin yg pertama pd tahun 1915 oleh Dr Shaklee.Cubalah rangkaian produk Shaklee yg hebat.Anda pasti dpt merasai perbezaannya.

Friday, March 19, 2010

Mak kata,"jangan berlengah melawat orang sakit.."

Tadi masa tgh drive,terdengar pulak suara Ustaz Azizi (ye ke nama dia,terlupa lak)kat siaran radio hot fm.ala..ustaz yg selalu kata,Dengar2 kan... Selamat Beramal..

Dia menceritakan tentang amalan melawat orang sakit...Katanya, banyak faedah melawat orang sakit ni.Sangat besar pahalanya orang yg sanggup mengorbankan masanya melawat orang sakit.

Orang yg melawat orang sakit ini akan diberi ganjaran utk berada di taman2 syurga..dan Allah juga mengarahkan seramai 70 ribu malaikat utk mendoakan kita yg melawat orang sakit..Amin.

Teringat pulak tentang pengalaman sendiri yg mengenali seseorang yg sangat suka menjaga orang sakit.bukan setakat saudara terdekat,malah saudara yg jauh yg aku tak kenal juga beliau jaga..Alhamdulillah, setakat ini beliau sihat utk berbakti kepada orang yg memerlukan setakat yg termampu.Beliau yg aku maksudkan ialah mak aku sendiri,Puan Salmah bt Ariffin..Semoga mak panjang umur dan sihat selalu. Paling aku ingat pesanan mak tentang orang sakit,

"..jangan berlengah melawat orang sakit..."

Terkilan & Resepi

Resepi perlu dikongsi..supaya ada yg tak terkilan nanti.Saya dah melalui pengalaman terkilan ini...

Pulang saja dari Umrah 2 tahun lalu,saya terkejut mendapat berita tentang kak normah..Ha? Kak Normah dan keluarganya accident di Putrajaya?Masa saya terima berita tu,seorang anak saudaranya masih koma..manakala ibu dan anak sulungnya Batrisya meninggal dunia semasa kejadian.Ya Allah,meruntunnya hati kerana saya agak rapat dgn kak normah,abg mahadir dan keluarga..malah dengan ibu dan anaknya juga..(Al-fatihah).

Tetapi saya sangat2 terkilan kerana ibu kak normah pernah merasa kek saya ni.Pernah kak normah minta resepi dari pasal ibunya suka sangat dgn kek saya  dan nak cuba resepi saya.Tapi lepas sembang2 hal lain cerita pasal kek tu hilang macam tu saja..

Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.

Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream


Campur semua buat double boil..

@

Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..

 
Cubalah ya,dah ramai buat dan menjadi...Semoga perkongsian rezeki ini diberkati Allah..

Special Thanks to Kak Ton for this marvellous recipe!!!....Semoga Allah membalas segala jasa baik Kak Ton yang sangat baik hati dan pemurah sangat orangnya..Kami doakan Kak Ton sekeluarga dan keturunan Kak Ton diberi Allah rezeki yang melimpah ruah seperti hujan yang lebat turun tiada hentinya...


Wednesday, March 17, 2010

Tulang bukan sekadar ketulan kalsium,ianya hidup?

Terpanggil pula aku utk berkongsi artikel bahagian KESIHATAN,MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 7 FEBRUARI 2010 yg aku baca tadi.Sangat menarik aku rasa iaitu mengenai penjagaan tulang..Ah,teringat pula aku belum menulis resepi seperti yg dijanjikan..hehe,takpa bikin saspen ya..

PENJAGAAN TULANG

Tulang bukan sekadar ketulan kalsium.Ia hidup-sentiasa terhapus dan terbina dgn sendiri.Seperti mana kita memerlukan makanan utk terus hidup,tulang juga perlu diberikan nutrien yg sepatutnya.

Nutrien yg paling penting utk tulang adalah kalsium.Mineral ini bukan saja diperlukan utk pembentukan tulang tetapi juga fungsi bdn yg lain spt penjagaan saraf dan otot.Disebabkan badan mengambil kalsium drp tulang maka kita perlu terus mengisi semula bekalan kalsium utk mengelakkan tulang kehilangan terlalu byk mineral tersebut.

Sumber terbaik kalsium adalah susu dan produk berasaskan susu yg lain seperti keju dan tairu.Bagaimanapun terdpt juga sumber kalsium yg lain sekiranya anda tidak suka minum susu.Anda boleh mendapat kalsium drp sayuran hijaudan berdaun spt kai lan dan pak choy Cina,produk berasaskan soya spt taufu dan taufu fah dan juga ikan bertulang lembut spt sardin dan bilis.

Sebagai tambahan kpd kalsium, anda juga perlu memastikan mendapat vitamin D yg mencukupi stp hari.Vitamin ini membantu tulang anda menyerap lebih kalsium.Tambahan pula,bdn anda akan menghasilkannya sendiri dari pendedahan kpd cahaya matahari.Tetapi, bagi wanita yg sudah mencapai menopaus,penghasilan vitamin D dr pendedahan kpd chy matahari shj mungkin tidak mencukupi.Jadi,selain pengambilan tambahan kalsium,pengambilan tambahan vitamin D juga sgt penting.

Selain kalsium dan vitamin D, tulang kita juga memerlukan senaman.Ini kerana tulang adalah tisu hidup dan ia bertindak balas kpd aktiviti tekanan yg dikenakan menusia ke atasnya.Ia terbina dr kombinasi kolagen dan kristal mineral yg terdiri drp kalsium dan fosfat.Matrik kolagen inilah yg membenarkan tulang mengembang dan mengecut tanpa patah.

Tulang sihat sepanjang hayat adalah satu komitmen seumur hidup.Inilah sebab mengapa penjagaan tulang yg baik tidak seharusnya bermula ketika anda sudah tua atau disahkan menghidap osteoporosis.Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yg diperlukan secukupnya.Malah cara yg paling baik utk melindungi tulang kita adalah dgn menjaganya dr muda dan sepanjang hayat kita.

Bayi (0-6bulan) cadangan pengambilan
300mg(menyusu badan)
400mg(tdk menyusu badan)
(6-12bulan) 400mg

Kanak2(1-3thn) 500mg
(4-6thn) 600mg
(7-9thn) 700mg

Remaja(10-18thn) 1000mg
Lelaki(1 9-65thn) 800mg
>65 tahun 1000mg
Wanita(19-50thn) 800mg
>50tahun 1000mg
Wanita mengandung 1000mg
Wanita menyusukan 1000mg
anak
(SUMBER:Jawatankuasa Penyelarasan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan,Kementerian Kesihatan)

Pengalaman sadis menjual kek

PENGALAMAN SADIS MENJUAL KEK

Ramai yg teringin nak buat bisnes macam bisnes saya...betul, ramai dah yg call tanya2 camana saya start buat..Antaranya baru2 ni Kak Norwiyah,senior atau programmer kat Petronas dulu.Tak sangka jugak ada yg teringin nak buat bisnes yg tak seglamour mana ni..hehe,jgn marah Kak Nor..WATY,seorang stewardess MAS pun sama..dia ni customer kek saya,tapi dia pun nak join the club jugak..nak jual kek lapis Sarawak..boleh Waty,tapi u have to give 100% commitment,kalau tak susah nak berjaya.

Sekarang dah hampir 4 tahun mestilah nampak macam senang..tapi siapa tau masa awal2 kemunculan dulu?Terlalu banyak pengorbanan,perlukan tahap kesabaran yg sangat tinggi..Pada awalnya lebih kurang setengah tahun,untung sgt sedikit..ratusan ringgit sahaja.Terpaksa berkorban..nak beli baju pun tak mampu,sebaliknya saya invest utk beli mesin2..masa tu kalau ada lebih sikit pun aku guna utk bayar fees fitness centre.itu perkara yg aku tak dpt lari pada masa itu..dan bayangkanlah betapa susahnya pada masa itu,t-shirt kelas-kelas di fitness tu pun saya berkira-kira utk membeli.Hampir semua members dlm kelas tu pakai t-shirt tersebut, tapi saya sorang je tak beli..rasa membazir,dpt bayar fees pun dah cukup besar rahmatnya utk saya.

T-shirt yg berharga sehelai rm20 pun saya berkira2 nak beli tambah lagi nak beli kasut specialnya?Harga kasut tu dlm RM150...mak oii mahainya masa tu saya rasa..tapi bila tengok kawan2 menari dengan cantiknya guna kasut tu,saya teringin la jugak..simpan duit sikit2..2,3 bulan lepas tu dapat la jugak beli..Nak dijadikan cerita punyalah syok pakai sebulan rasanya,saya tertinggal kasut tu dalam locker di True Fitness.Next day datang gym baru perasan kasut tak ada dlm beg..huhuhu...Sedihnya,mahal kasut tu..macamana saya nak beli lagi kasut tu?

Saya paling rapat dengan Kak Rose dalam dance class ni..Dance shoes dia toksah cakap lah..pakai ikut theme n kaler baju.The next class bila saya masuk je TF,kak Rose tunjuk dari jauh sepasang dance shoes kaler pink.Katanya,"ambiklah..kak rose dah tak berapa pakai kasut ni, lagipun hubby kak rose suruh bagi kat Sofia (saya le tu),sebab katanya kak rose dah ada banyak kasut".

Sedih jugak kalau ingat waktu tu..banyak benda yang teringin nak beli tapi tak mampu..duit minyak keta pun asyik mintak kat hubby..pinjam kat dia,bila dah dapat payment bayaq balik..tapi nasib baik la hubby jenis yg understanding..sangat-sangat helpful..kalau tak dak dia memang susah jugak nak hidup masa tu..

Pengalaman paling ngeri dan paling sedih masa buat kek ni bila kek saya diberhentikan penjualan?Eeee..teruknyaaa!!!..

Ini terjadi di USJ 20,masa tu bulan ke 3 berbisnes.Masih merangkak2 lagi katakan..tiba-tiba masa saya ke sana,'dealer'nya kata tak perlu hantar lagi,dia nak pulangkan kek saya.Kenapaaa?....
Tersirap darah saya masa tu..lagipun, pada masa tu itulah tempat yg paling tinggi jualan untuk kek saya..Masa tu baru hantar ke 4-5 tempat.

Rupanya ada customer komplen..kek saya dah berkulat katanya..rupanya memang kek tu dah expired tapi masih ada di atas meja,budak2 staff situ lupa nak alihkan kek saya.So ada lah customer yg terbeli..dan semuanya SALAH SAYA sebab:

1.Saya nak jimat minyak,so saya tak pi jenguk-jenguk pun sedangkan tempat tu taklah jauh sgt dengan rumah..
2.Saya tak berhati-hati dan tak buat research betul-betul cara panjangkan jangka hayat kek.(Tapi itu resepi lama..sekarang dah resepi lain,kek pun dah tahan lama!)

Walaupun saya terima dengan hati terbuka,tapi menangis jugak saya malam tu..Saya ingat lagi saya betul-betul menangis depan hubby...teresak-esak nangis..Dialah yg memujuk saya..Thank u sayang..:)

Satu lagi kes yg paling tragis bila KEK AKU DIBUNGKUS?..."Kak, bos cakap akak boleh ambik balik kek akak..dia tak nak jual dah..KEK AKAK DAH SAYA BUNGKUS..".Wah..ini betul2 buat aku tergamam..puncanya bila bosnya dah tersalah tulis nama aku kat cek.itu pulak first payment,bila nak bank in aku tak perasan pulak.then bila bank return the cheque, aku pun ingat tak dak masalah lah mintak diorang reissue cheque.Itu memang tak dak masalah,tapi aku pun berani sangat pi mintak balik RM5 yg bank dah deduct dr akaun aku disebabkan salah bank in tadi..sebenarnya bukan sebab berani tapi aku rasa dah bukan salah aku,sure bos diorang ni pun tak marah macam dealer2 kat tempat lain...

Tapi rupanya dia dah naik hangin dgn aku..la la tu jugak dia suruh staff dia BUNGKUS kek aku...aku nak jumpa dia ingat nak minta maaf and nak pujuk dia pun dia tak nak dah..dengan egonya, aku tak ambik pun kek aku yg dibungkus tu.aku suruh budak2 kat situ makan ja..kalau tak nak, aku suruh diorang sedekah je kat sesapa...

Perit rasa masa tu..takut pun ada..takut jugak dealer tersebut yg dikatakan sangat berpengaruh bercerita pada dealer2 lain..memburukkan aku ke..akhirnya aku dpt terima kenyataan..aku berserah pada Allah..aku sedar hanya Dia yg memberi rezeki padaku dan semua umatnya..

Macam2 lagi pengalaman yg pahit2 sebenarnya..pernah dimarah dan diherdik disebabkan aku claim payment yg dah 6 bulan tak bayar? Katanya,ada org berhutang dgnnya sebanyak RM20,000 pun dia tak bising?Tak perlu aku berkata2..buatlah andaian masing2 mengenai kenyataan tersebut...

Jadi, best sangat ke bisnes ni?nampak macam best,tapi kena banyak bersabar..yg penting mesti ada PASSION..baru boleh bertahan,insyaAllah...

Takutkah aku dengan persaingan?

Di salah satu Kedai Mesra di USJ,ada 2 org supplier nasi lemak.Supplier pertama seorang kakak yg dah lama dalam bidang ni,rasanya lebih dr 10 tahun.saya kenal kakak ni,sangat baik dan lemah lembut bagi aku..soft spoken gitu..Seorang lagi supplier saya kurang kenal sebab masih baru..Kata Yati pada pagi itu, akak nak tau tak supplier nasi lemak yg baru tu hairan kenapa nasi lemak kakak tu lebih laku darinya?macam2 dia dah buat katanya..kakak tu naikkan harga pun org masih beli.Tapi yg menakutkan,katanya "Kalau cara macam tu tak jadi,aku guna cara halus".

Sungguh tak bertamadun betul lah..Apa kata balik dan tengok dulu kelemahan kita.Mesti ada yg tak betul tu..Saya rasa tak lama lah bisnes orang yg suka main cara halus ni..Lupakah dia,Allah yg memberi rezeki?

Saya pula selesa bertapak selama 2 tahun tanpa pesaing(yang ada cuma brownies ketika itu tetapi kami tak pernah menjual di tempat yg sama).Selepas mengharungi tahun pertama dengan pelbagai dugaan,saya semakin selesa.ini kira dah bahaya ni,dah di ambang COMFORT ZONE..itulah yg saya tak suka sebenarnya..

Tiba2 pada tahun ke 3 saya dah ada pesaing!!.Bermula dgn 1 pesaing,kemudian 2,3,dan sekarang makin banyak lagi..Risau jugak saya mula2..bolehkah saya bertahan? Sampaikan tak boleh tidur jugaklah mula-mulanya..macam2 strategi aku fikirkan,ye lah nak fight orang kata..

Tapi, makin lama saya semakin yakin yg kek saya dah ada peminatnya tersendiri..dan saya dah merasai nikmat dan hikmah dalam persaingan.Sejak saya start ada pesaing, baru saya rasakan otak saya lebih ligat berfikir,tak lah senang sangat kerja otak saya ni,hehe..Sejak itu juga, saya jaga kualiti dgn lebih baik,jaga packaging,pendek kata saya dah alert dr semua segi lah..

Untuk pesaing2 saya seperti Brownies,Balqis,Nor Azlin dll..apa kata kita bersaing dengan sihat,jauhkan dari hasat dengki dr dalam diri kita.Kita masih kecil,bila kita membesar nanti lebih banyak dugaan dan saingan di luar sana.Sama-sama kita berkongsi rezeki Allah yg maha luas ini.Selagi kita bekerja keras dan berdoa,Allah pasti memberinya.Yang penting biarlah rezeki kita ini BERKAT.Amin.

Tuesday, March 16, 2010

Anis Choc Moist Cake - My Story



Perniagaan kek coklat ini pada asalnya bermula pada Disember 2005 dengan seorang sahabat baik iaitu Arwah Zuridah Atan.Ianya bermula kerana saya sebenarnya yang suka sangat dengan choc cake ni..sana sini mencari yang dapat memenuhi citarasa.Akhirnya dapat jugak merasa daripada seorang rakan sekolah iaitu Faezah.Memang sedap choc cake Faezah ni..Sayangnya Faezah tak berminat untuk meneruskan perniagaan,Faezah lebih berminat untuk bekerja di sektor awam..Dan dari sinilah turning point pertama saya untuk menjalankan perniagaan choc cake kerana dari sinilah saya dapat rasakan yang choc cake ini mempunyai peminat yang sangat ramai dan permintaan yang sangat tinggi..Terima Kasih Faezah kerana menjadi turning point Kak Anis untuk start bisnes ni..TQ!

Bagaimanapun,sebenarnya saya ni memang dah buat chocolate cake sejak di USM lagi.Dulu saya menggunakan resepi yang saya belajar dari roommate di Blok H17Desa Permai, USM dulu (Izzi). Dan ini pun turning point jugak, kalau Izzi tak ajar resepi ni, mesti sampai sekarang saya tak pandai nak buat chocolate cake..Terima Kasih Izzi!..Anis appreciate sangat-sangat..Sayannng Izzi..

Jadi..berbekalkan ilmu Izzi tu,saya pun start bawak tester kat kawan-kawan..fuhh,depa suka!..Kawan-kawan pun dah start order masa ni..Thanks untuk kawan-kawan yang pernah order dulu,June..dan kawan-kawan lain..u all pun jadi turning point Anis jugak..kalau u all tak order atau tak suka kek Izzi tu, sure Anis dah tak bersemangat..mungkin Anis tak dapat merasai keseronokan berbisnes..kan kan?..

Order semakin hari semakin banyak..setiap hujung minggu saya kena balik ke rumah untuk siapkan order kawan-kawan.Sale paling tinggi dan paling meletop masa tu ialah order untuk hari raya haji tahun 1995 rasanya..masa tu 1st year..Ordernya sangat banyak iaitu 15 biji kek 1 kg yang berharga rm 15..Banyak la tu masa tu!..Masa tu buat yang without topping..sebab tak pandai buat topping kek lagi..Izzi tak ajar pun,hehhe..

Masa tu terasa sangat BESTNYAAA BISNESSS..BANYAKNYAAA UNTUNG....DUIT MASYUKKK.....HAPPY NYAAA!!....Tapi kan, mau tak happy, mau tak best..saya dapat 100% untung..duit modal beli raw material mak dan abah yang belikan..mulanya mintak tolong mak abah belikan,dengan niat nak bayar balik la lepas dapat payment dari customer..Tapi mak kata tak apa lah..tak payah bayaq balik lah..sebab mak  tengok buat kek dengan sangat PASSION..tak tidur malam nak siapkan order kek tu..habis 1 rumah bau coklat..bayangkan lah,mesin pun non-stop..sebenarnya mak kesian kot..mungkin mak rasa tak berbaloi kot kalau dia suruh bayar balik duit beli barang tu.huhu..

Apapun,Terima Kasih untuk Mak Salmah Ariffin dan Abah Md.Hanipah Md Dali kerana menjadi turning point Anis dalam meminati bidang perniagaan ini.Sebab ini adalah galakkan mak dan abah secara indirect dan mungkin mak abah pun tak sedar sehingga membuatkan Anis rasa seronoknya berbisnes...terasa bestnya dapat banyak untung..Yess! yes! yes!...Thank you mak abah...

Lepas tu cuti SEM Anis buat kek gula hangus pulak jual kat Abang kuih..mak ingat tak? Abang kuih yang bawak keta tolak (basikal tolak) setiap pagi di depan rumah kata boleh nak suruh dia jual kek gula hangus tu.Tapi dia cuma ada masa nak ambik kek tu pukul 6 pagi setiap hari..amacam?boleh..Passion..itu menyebabkan saya terus setuju..bermulalah jualan kek gula hangus setiap pagi..Tapi..sekarang, bila setiap kali balik kampung,saya masih merindui kuih-kuih abang kuih..dan dia masih sama..masih mengayuh basikal yang membawa kuih-kuih untuk dijual di kawasan rumah mak....sedih melihatkan dirinya yang dah di makan usia tapi dia masih ingat dia pernah tolong saya jualkan kek gula hangus saya...Terima Kasih Abang Kuih!..Abang Kuih pun jadi turning point jugak!!..Lebiuuu jugak..hehe..

Ehh..melalut pulak..kek coklat dah jadi kek gula hangus, hehe..

Ok lah..back to the story..

My journey starts..

Pada Disember 2005..dengan tahap keyakinan yang sangat tinggi,dengan sedikit research telah dibuat..saya sangat yakin dengan bisnes chocolate cake ini..saya yakin permintaannya sangat tinggi!..Melalui instinct,saya dapat rasakan saya akan berjaya!..Walaupun ada yang mengatakan mana mungkin hanya dengan 1 produk, iaitu choc cake sahaja saya akan berjaya?Tapi..saya rasa kali ni biar saya ikut instinct saya..jangan siapa mengganggu..Saya sudah sangat-sangat yakin!..

Jadi saya pun memulakan proses pertamanya iaitu membuat tester..habis jiran kiri kanan,depan belakang,yang sama lorong dengan rumah saya,juga jiran-jiran di lorong depan dan lorong belakang rumah juga menjadi responden..Kak Peah,Abang Malek,Kak Yana,Kak Milah,Kak Sabarina..semuanya menjadi tempat saya menghantar satu tester dengan satu tester setiap hari..hah, tolong la rasa kek saya ni ok ke tak untuk dibuat jual?Dengan jawapan yang ok-ok je..Ada yang merupakan mentor pun berasa sangat tak yakin dengan impian saya..Katanya,tak boleh Anis..kena buat varieties..chocolate cake saja tak cukup..tapi saya tetap yakin! Tak kisah lah..masa tu dalam hati kata,tengok lah nanti,saya pasti berjaya! Baik punya semangat..

So lepas dah ok proses testing..saya pun ingin mengorak langkah...Saya sudah bersedia memulakan perniagaan!..

Tapikan..saya sebelum ni aktif dalam perniagaan MLM (direct selling)..so bila nak start bisnes  kek  ni sorang-sorang.saya rasa kosong..kosong..kosong..(mode:ikut lagu najwa latif)..So aku fikir,saya nak cari business partner lah..baru best buat bisnes,macam MLM,banyak kawan..best!.lagipun kalau buat dengan kawan ni,boleh la sama-sama bagi semangat bila rasa down..

Kawan-kawan lain semuanya bekerja..takkan diorang nak kan?Jadi saya pun terfikir seorang kawan yang paling sesuai,yang paling senang berkawan,yang baik hati,iaitu Arwah Zuridah Atan.Masa tu dia masih bekerja di sekolah swasta..Saya pergi berjumpanya,buat presentation business plan saya.Dia langsung setuju kerana dia memang minat bisnes jugak.Rasanya the next day dia terus resign..(Seorang yang sangat berani!).

Bermulalah proses untuk kami berempat (saya,suami Junaidy Abu Bakar,Fauzi dan Arwah Zu) bermesyuarat..Mesyuarat pertama oleh 4 orang yang zero pengalaman!!...

Step 1: Kami berbincang tentang nama kek dan nama syarikat..Pening nak pilih,tapi seronok melalui proses ni..Akhirnya kami pilih nama kek dan nama syarikat Deli Bonda..rasa macam catchy masa tu..

Step 2:Ni paling best..aktiviti membeli belah..saya dan arwah Zu keluar untuk mencari mesin mixer,oven dan sebagainya (guna duit VSS yang tinggal tak seberapa ni)..dari sinilah kami berkenalan dengan serbuk koko,baking powder,soda bicarbonat dan banyak lagi..best best!..Kedai-kedai bahan kek seperti Bake With Yen di Puchong,Bagus di Seksyen 13 Shah Alam, De Manis di Seksyen 13 Shah Alam,2Ply di Kelang..semuanya dah menjadi rakan baik kami,berulang alik kami ke kedai-kedai tersebut setiap hari.

Step 3: Saya ajar Arwah membuat kek menggunakan resepi Izzi..bila Zu dah pandai,kami masing-masing buat kat rumah masing-masing.Seronok bila teringat masa ni..macam-macam daa..kek bantat,kek jadi bengkang,kek hangus..kek tak naik..proses yang sangat mendebarkan tetapi fun!!..

Step 4: Dalam masa yang sama kami keluar membuat marketing..Masa ni tak pergi Seminar Dr Azizan lagi,main hentam je lah marketing ni..So kami fokus pada kilang-kilang yang terdapat di Sungai Way..Ke sana ke sini membuat marketing..ada yang terima,ada yang reject,tak pe..tak mengalah!..So dapatlah dalam 10 kilang untuk kami buat jualan.Setiap hari kami atur 1 kilang untuk dibuka untuk jualan..Seperti biasa,ada sale yang ok,ada yang luarbiasa hebat,ada yang tak ok..Bestnyaaa ingat masa tu!..

Tapi bayangkan semuanya kami BUAT SENDIRI..dari proses membeli barang,membuat kek,membuat marketing,membuat sale,semuanya sendiri..Jadi setiap kali je balik dari bukak booth, letak-letak kepala..terus hanyut..tak dapat nak menggambarkan bagaimana letihnya..hubungan suami isteri dah tak happy..badan dah penat..anak2 tak sempat nak bermanja..boleh ke bertahan macam ni?

Jadi lama kelamaan..kami menjadi seperti orang-orang biasa yang lain..semangat semakin luntur..Sale kek ala-ala kadar..Badan penat yang teramat sangat..(sampai sekarang masih boleh terasa macamana penatnya badan masa tu.),jadi bila dibandingkan dengan untung dan kepenatan,rasa macam tak berbaloi pulak..

Jalan yang kami pilih lepas tu adalah kami buat kek masing-masing..kami mencari market kami separately..Dan akhirnya bila Arwah Zu dan suami (Fauzi) mengambil keputusan berpindah ke utara,tinggallah saya seorang bertemankan kek coklat..Saya berhenti bisnes selama beberapa bulan..mencari-cari formula..

August 2006

Saya kembali!..Bersemangat dan saya dapat bayangkan kejayaan saya!..Saya dah nampak kelemahan saya yang lalu:

1. Saya akan cepat demotivated kalau saya letih dan penat yang terlampau..Jadi, di sini saya mendapat formula untuk menggajikan seorang pembantu untuk menolong saya membuat kek..Orang itu ialah maid saya sendiri iaitu Kak Wati..(Terima Kasih Kak Wati menolong saya membuat kek selama 6 tahun.Jasamu sangat dikenang!).

2.Kelemahan saya tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan suami..Kira hubungan tak harmoni masa tu..Jadi,saya terfikir..bila saya tak keletihan,saya dapat menjaga hubungan suami isteri dengan lebih baik.Formulanya tetap sama,bahagian production kek perlu di outsource kepada Kak Wati..jadi saya akan lebih fokus kepada marketing dan suami serta anak-anak.Formula tersebut BERJAYA! Alhamdulillah....

Jadi selepas itu saya menjadi motivated semula!..Production kek di outsource kepada Kak Watie dan saya fokus kepada bahagian marketing..Macamana boleh ada idea nak pasarkan di Kedai Mesra Petronas? Sebabnya..dulu masa saya aktif buat bisnes Beautiful dan direct selling lain,saya sentiasa mengejar masa..nak makan pun tak sempat,so selalulah singgah di Petronas untuk membeli makanan..kan macam-macam ada di Petronas..nasi lemak,sandwich,kuih-muih..aku ni peminat kuih seri muka..so ada la satu kuih seri muka ni..namanya Seri Muka Intan..MasyaAllah sedapnya..susah nak dapat yang sedap sekarang ni..

One day..sambil saya makan serimuka kak intan..sambil baca labelnya..nampak handphone no..so terasa nak call lah..Alhamdulillah..saya dapat hubungi Kak Intan yang baik hati ni..dan dapat buat appointment dengan dia.Syukur saya dan suami dapat bertemu dengan Kak Intan yang menjadi pembakar semangat kami untuk memulakan perniagaan dengan supply kek di Kedai2 Mesra Petronas..Terima Kasih Kak Intan.Semoga Allah memberkati dan memberi rezeki yang melimpah ruah untuk Kak Intan sekeluarga.

Pada awalnya saya bermula hanya di 3 Kedai Mesra Petronas di sekitar USJ,Subang Jaya.Ingat lagi, masa nak buat second visit nak tgk kek laku ke tak, punya suspen..berdebar2..tapi sampai sekarang pun masih macam tu..Alhamdulillah,sekarang return masih ada tapi tak sebanyak dulu.Dulu saya menggunakan resepi kek kaedah bakar..kek ni sedap, tapi kurang moist..so tak banyak pelanggan yang minat..

Resepi yg pertama ni rasanya bertahan selama hampir setahun. Banyak dugaan pada 1st trimester ni.Kek cepat berkulat,customer komplen,selalu pinjam duit minyak keta kat suami sementara nak dpt payment..(alhamdulillah dikurniakan seorang suami yg sangat memahami dan byk memberi galakkan..)

Dalam masa tu saya mencuri masa ke kelas-kelas masakan.Alhamdulillah, berkat kesungguhan mencari ilmu, sungguh tak disangka terjumpa seorang kakak.Kak Ton ni datang dr Tanjung Malim semata-mata untuk ke kelas ini.Yang bestnya, saya bukan guna resepi dr Chef yg mengajar di kelas itu,tapi dari Kak Ton.mana taknya, dah dekat nak balik Kak Ton mintak Chef komen kek coklat yang dibuatnya di rumah..sambil dia memberi kami semua merasa..

Ya Allah!!...sedapnya kek Kak Ton ni..kek yg macam nilah yg aku cari-cari..sangat moist,tak manis sangat,terasa betul coklatnya..dalam masa yang sama terasa sangat kekurangan kek saya..teringin saya nak mintak resepi dengan Kak Fauziah,tapi dia nak kasi ke?

Saya pun baik sangka je dengan Kak Ton ni..Dengan beraninya tanya Kak Ton resepi keknya.Alhamdulillah,Kak Ton sangat sporting orangnya,keesokan hari saya mendapat email resepi dari Kak Ton.Saya rasa dia sangat-sangat percaya bahawa rezeki itu datang dr Allah.Amin, semoga doa Kak Ton didengari Allah dan mendapat limpahan rezeki dariNya..Terima kasih Kak Ton!..

Dari saat itu,prinsip yg sama juga saya pegang iaitu berkongsi resepi bagi sesiapa yang memerlukan..sama ada untuk makan sendiri atau untuk anak-anak,dan juga ada yg menggunakan resepi ini untuk mencari rezeki atau untuk membuat part time.Dunia Allah ini maha luasnya..rezeki ada di mana-mana dengan kehendakNya.Saya sangat berbesar hati jika kita sesama umat dapat berkongsi rezeki ini kerana ini hanyalah pinjaman semata-mata..Dia boleh memberi dan menarik balik rezeki yg dikurniakan ke atas hambanya bila-bila masa sahaja..

Teringat saya seorang pelanggan ni,Lin dr Serendah menelefon,rasanya ingin bertanyakan resepi tetapi tak direct lah..mula-mula dia puji dulu kek ni,katanya anak-anak dia suka sangat tapi kan susah nak dapat..dia kan jauh..saya faham maksudnya,saya terus berkata,"Kak Lin nak resepi saya boleh bagi.." dia agak malu pada mulanya..katanya,'"issh,jarang ada orang yang nak bagi resepi macam ni." Jawab saya,"ni bukan kira baik ke apa,tapi saya faham sangat-sangat sebab saya dulu pun macam ni..punya la susah nak dpt resepi walaupun dari kawan sendiri..apa la yang nak simpan sangat.saya faham akak pun anak ramai takkan asyik nak beli je..jenuh jugak kan?"Yang paling saya pentingkan adalah keberkatan kerana saya dah merasai pengalaman semasa bekerja yang saya rasakan wang gaji saya tidak berkat..akan saya ceritakan nanti pasal keberkatan ni di posting yg lain..okay...

Dari situlah bermulanya fenomena Anis Choc Moist Cake..dulunya hanya ACMC sahaja di mana2 Kedai Mesra PETRONAS (sekitar USJ,Subang Jaya,Shah Alam,Puchong,Kinrara)..Saya agak selesa kerana tiada saingan..tapi sekarang saya terpaksa bersaing dengan berbagai lagi chocolate moist cake..takutkah saya dengan persaingan? Nanti kita bercerita pasal persaingan dan turning point yang membuatkan kami suami isteri bangkit  dari ketakutan,kekecewaan,kekalahan,cemuhan...Nampak segala-galanya berjalan lancar..kelihatan seperti semuanya mudah..tapi..sebenarnya siapa yang tahu?..

Terima kasih kerana sudi membaca posting saya yang panjang ni...Love you!!...

"Ilmu akan bertambah dgn banyak menginfakkannya.Dan akan berkurang jika engkau mengeratkan genggaman telapak tanganmu(tidak mengajarkannya)."

Wednesday, March 10, 2010

Sedapnya kuih seri muka Kak Intan

Seminggu sekali mesti aku ke kedai Mesra Petronas beli kuih seri muka Kak Intan,dulu harganya RM3.80..kadang2 tak sempat nak balik ke rumah, aku makan dalam kereta.yummyy..

Disebabkan dah banyak bekas seri muka yg aku 'collect' kat rumah, one day terpanggil aku nak call tuan punya seri muka,iaitu Kak Intan..Masa tu aku dah mula sikit2 buat kek coklat nih.

Tanpa berlengah lagi hujung minggu aku ajak suami dan anak2 ke rumah Kak Intan..Impressnya aku..bukan calang2 kakak seri muka ni.Tak lokek ilmu rupanya,patutlah maju perniagaan Kak Intan ni.Yg paling terkesan di hati bila dia flashback last 6 years masa dia baru nak bermula.Katanya,1st day dia cuba jual di depan SHELL, bersama suaminya.Mungkin disebabkan minat yg teramat sangat dalam dunia bisnes ini,suaminya langsung tak malu berhadapan dgn pelanggan2 SHELL.Dihulurkannya 'tester' utk para pelanggan.Mana pulak Kak Intan ketika itu?Rupanya dia sangat sedih melihat suaminya,malu sangat katanya..meleleh air matanya melihat suaminya berdiri di hadapan pintu masuk kiosk SHELL sambil menghulurkan 'tester' kpd pelanggan.

Itu cerita Kak Intan yg dah 10 tahun menjalankan perniagaan tersebut.Beliau lah yg menjadi mentor,membimbing dan memberi galakkan.Tak ternilai jasa Kak Intan..Terima kasih Kak Intan.hanya Allah yg dapat membalas jasa Kak Intan.

Bermula dr perjumpaan itu, aku tak pandang belakang lagi,terus optimis dengan perniagaan ini,walaupun tak glamour..(mana nak glamournya,masuk kedai bawak bakul rotan penuh dgn kek?..ada ke yg sanggup buat macam aku ni?hehe..)tapi yg penting aku sangat enjoy..minatlah katakan..yg susah pun rasa ok jer..

Faezah penjual kek?

Faezah jual kek coklat?..Kawan aku sorang ni tak pernah dengar pun pandai buat kek,macamana dia boleh jual kek?aku yg ada experience jual kecil-kecilan masa di USM dulu pun tak fikir untuk kembangkan talent aku..but anyway, thanx to my roomate masa 1st year iaitu Izzy, skarang ni dah jadi lecturer kalau tak silap aku kat UIA.Dia yg bagi resepi kek coklat masa aku start jual kat kawan2..skarang dah resepi lain lak ye..

Rasa tercabar lak dgn Faezah ni..pandai jgk dia cari lobang..masa tu dia jual kat Cyberjaya,dia bukak booth..aku ingat lagi dia bawak anak dia jual kat sana..aku tengok boleh tahan bisnes dia ni..aku bagi semangat utk dia teruskan bisnes ni.sebab kek dia pun mmmm sedappp..(kalau tak salah aku nama keknya DAMIRAH) ..tapi dia jenis yg tak suka bisnes sendiri, dia lebih suka bekerja, aku ingat lagi katanya masa di booth tu.."best kan kalau kerja, boleh pakai cantik2.."..jawab aku,"faezah ni...kalau bisnes macam ni pun kan boleh pakai cantik2..lagi bebas tak terikat dgn pakaian pejabat je, lebih boleh bergaya.."

Berniaga kerana minat dan berniaga kerana terpaksa adalah dua perkara yg berbeza..itulah yg terjadi rasanya..lama2 aku perhatikan faezah dah makin slow.Lepas tu, dgn bimbingan Faezah jugak, aku cuba bertapak..aku dapat rasakan kek coklat ada peminatnya tersendiri,aku rasa begitu yakin dgn perniagaan ini... Macamana Anis Choc Moist Cake bermula?..

Nak buat bisnes apa ek??..

Minggu pertama lepas VSS...
Wahh..seronoknya rasa..tetap bangun awal pagi,tapi bangun dgn perasaan yg lain macam lah...tenang je rasa,tak payah kelam kabut nak ke ofis dah.cuma bz nak setelkan anak ke sekolah je..

Amboi seronoknya hidup masa ni.Tolak time hantar anak ke sekolah dengan masak,apa lagi kalau bukan membaca..Ya Allah, heavennya masa ni.dari bukak mata sampai tutup mata(tidur) itu ja lah kerjanya.sampaikan kalau dah habis buku, luangkan masa di library pulak..sambil tunggu anak habis sekolah apa lagi, akulah org pertama sampai kat library MPSJ tu..

Selepas Seminggu...

Ishh..tak boleh macam ni, sampai bila aku nak jadi macam ni..dah la tu rileks sikit2, dah sampai masa utk bz semula..aku mesti buat sesuatu.Itu kira lama lah tu seminggu tak buat apa2..sekarang nih kalau 2 hari je tak productive rasa macam serba tak kena je..

Lepas tu aku pun mula mencari2 peluang,ramai yg approach aku dgn dunia MLM sebab aku ada sedikit pengalaman dlm bidang tu..macam2 yg dah cuba..alhamdulillah and thanx to kawan2 yg memperkenalkan aku dgn bisnes2 ini..you coloured my life!!..banyak pengalaman jatuh,bangun,jatuh bangun yg aku rasakan...thanx frens, aku tak pernah menyesal!..

Selepas hampir setahun menghabiskan duit VSS aku dgn berbagai bisnes ini, tiba2 aku berminat nak mencuba konvensional bisnes..Kini bisnes ini dah aku jalankan selama hampir 4 tahun.Bermula dari 'zero'....kini aku mempunyai 3 orang pekerja tetap dan seorang part timer..

Bisnes apa ekk??...

Tuesday, March 9, 2010

Doa untuk berhenti kerja...



Setiap kali selepas solat..selalu aku berdoa supaya ada jalan yg memudahkan aku untuk berhenti kerja.Tak mungkin aku resign begitu saja di syarikat se 'gah' ini..semua pun tahu ramai yg mengidamkan syarikat ini..tapi aku berfikir utk resign?..mana mungkin..dapat aku bayangkan kalau aku bersuara utk berhenti kerja? apa kata abang?..abah?mak?adik2?..sedara mara?..kawan2?..

Meninggalkan si kecil awal2 pagi begitu menyeksakan...lewat petang baru dpt berjumpa? sangat perit kenangan itu..Namun aku gagahkan juga selama 5 tahun berulang alik ke Menara Petronas, tingkat 68..

Perasaan bercampur baur ketika mendapat tahu department kami (SAP Business Support) akan di 'outsource'..sedih?takut?marah?...macam-macam ada..bermakna kami perlu memilih utk VSS atau memilih ke syarikat iPerintis.Boleh dikatakan ramai yg merasa perasaan kacau bilau itu.

tapi aku? bersyukur?.mungkin itulah yg aku rasa..nak resign begitu saja nanti ada yg tak setuju..jadi mungkin inilah jalan yg Allah tunjukkan kepadaku..aku redha walaupun anak2,suami dan keluarga dah tak dapat berbangga lagi dgn kerjayaku di tempat yg se 'glamour' itu...tapi terdetik dlm hati ini, kalian semua akan berbangga dgn perniagaanku(walaupun pada masa itu aku belum punya perniagaan)..pada masa yg sama kalian juga boleh berbangga kerana mama dpt meluangkan banyak masa dgn kalian...

semenjak itu jugalah aku dapat merasakan the power of 'doa'...