Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, August 27, 2014

KAMI PUN TAKUT

[ KAMI PUN TAKUT...]

 Orang kita TAKUT GAGAL?..Kami pun dulunya takuttt..

Itulah ketakutan paling besar dalam diri kita..Jangankan kata orang lain, kami sendiri pun dulunya orang yang seperti sebahagian besar macam kat luar sana..Bertahun-tahun buat kek di rumah.Dari rumah kecik, seorang pekerja (Kak Deti) berpindah ke rumah yang besar sikit..sebab rumah lama tu dah tak muat nak letak orang dan nak letak barang. Kesian pulak kat pembantu dan anak-anak terpaksa bersempit-sempit tak selesa berkongsi tempat dengan si chocolate cake pulak..

Bila dah tak muat rumah yang kecik tu, pindah pulak ke rumah yang besar sikit..pekerja pun dah bertambah menjadi 2 orang, cari yang ada kitchen besar sikit..boleh letak steamer kat belakang rumah..nasib baik jiran semua bekerja siang hari,so diorang tak dengar bunyi steamer kami macam bunyi hon keretapi tu.Masa tu dah berada di comfort zone..teragak-agak nak bergerak..nak bertindak..sungguh tak ada kekuatan masa tu..Takutttt...

Tapi dalam diam-diam,aku dan suami berpusing-pusing jugak ke kawasan yang berhampiran dengan rumah untuk mencari kedai.Setahun jugaklah kami berlegar-legar kat Shah Alam cari kedai..bila tanya berapa sewa sebulan?Rm 4K,Rm 5K..yang best kat Glenmarie sampai Rm 7K.Semangat yang menggunung longlai lagi..tak mampu rasanya nak bayar sewa sebanyak tu..jadi kami bertahan lagi dalam comfort zone kami...Takuttt dengar sewa sebanyak tu..terus down lagi..

Takut betul nak bergerak (atau nak cari kedai) masa tu,nak kata takut kek tak laku..masa tu dah 4 tahun buat kek..sale increasing every month n every year..Tapi masih tak BERANI lagi nak keluar dari rumah..senang buat kat rumah,selesa..maid/pekerja yang buatkan kek pun senang,tak payah nak gerak2 ke mana2..pastu boleh sambil2 tengok-tengokkan anak-anak sekali..waaa best,senang hidup macam ni..risiko paling rendah...Lagipun masa tu takut, dapatkah kami bayar duit sewa kedai tu nanti?dapatkah bayar duit gaji pekerja?dapatkah bayar duit bil air dan elektrik?
takutttnyaaa...Tapi yang paling takut adalah KAMI TAKUT GAGAL..Akibatnya, kami terperangkap dalam comfort zone lagi..

Turning point yang pertama untuk kami keluar dari comfort zone ialah bila mendapat semangat dari sepupu suami iaitu Abang Lan dan Kak Iza..Ingat lagi Abang Lan cakap,tak boleh dah buat kat rumah tu..kena expand..cari kedai..Suami masih takut-takut lagi..Lepas tu kami ke beberapa kursus nak buat pinjaman nak bukak kedai..nak dapatkan idea camana sebenarnya orang dok buat pinjaman ni..tapi disebabkan masih TAKUT lagi..kami pun sengaja melupakan impian kami..impian anak-anak kami..

Tapi...turning point yang paling utama ialah bila saya dapat memujuk suami menemani untuk ke Seminar Dr Azizan..masa tu SKPD..pada April 2010.Sebenarnya boleh je saya ajak kawan-kawan ke seminar tersebut,tapi masa tu dah pandai sikit..saya fikir,saya ni jenis yang senang belajar,sure saya akan dapat sesuatu/semangat dalam seminar tersebut (perasan!). Tapi apa gunanya kalau saya bersemangat sorang-sorang?Kalau saya sorang,nanti balik rumah suami bukan nak faham apa yang kita ceritakan..nanti dia condemn lagi..last-last bila kita sakit hati,kita pun diam je lah kannn..Jadi,macamana pun saya kena cari jalan supaya suami ikut sama dalam kelas tersebut.

Alhamdulillah..suami pun diberi Nur untuk menemani saya..Ingat lagi,kami duduk di depan sekali..Awal-awal lagi saya dah bersemangat dan boleh ngam dengan cara penyampaian Dr Azizan..Tapi bila tengok suami kat sebelah..Nampak sangat dia tak boleh terima cara Dr Azizan..bila disuruh tepuk tangan,dia tak tepuk..disuruh bangun,dia macam nak marah..(Sekarang kalau suami tengok student Dr Azizan dlm seminar2nya yg buat endah tak endah dengan arahan Dr Azizan..marah pulak dia..hehe..)

Tapi....selepas sejam,dua jam..saya perhatikan suami dah releks..dah boleh tersenyum kalau Dr Azizan buat lawak..dah boleh ikut tepuk tangan..dah boleh bangun melompat!..Alhamdulillah..sayalah manusia paling happy masa tu..Rupanya bila dah balik rumah, suami cerita..memang betul lah dia EGO pada mulanya..sebab katanya dia pun di bidang HR kan ada training..Selalunya dia kata training di ofis ni adalah perkara yang paling membosankan..mengantuk sebab trainer kadang2 baca apa yang tulis kat manual atau slide saja..dan semuanya teori semata-mata..

Yang ini lain..kata suami..dia kagum melihat Dr Azizan dapat control seramai 2000 orang di Wisma MCA.Mereka ini semua terpaku dan tak bergerak-gerak dari tempat duduk selama berjam-jam..nak ke toilet pun rasa rugi takut ada point yang terlepas..

Dan semenjak itulah kami menjadi orang yang BERANI!..

Lepas balik saja dari kelas Dr Azizan...kami mula cari kedai..rumah pun dah tak macam rumah..bayangkanlah,meja makan kami seperti pulau yang dikelilingi telur,gula,tepung dan kotak-kotak..Memang sudah sampai masanya kami perlu bertindak!

Bila diri dah di kelilingi aura-aura positif..kita akan menjadi magnet kejayaan dan kekayaan..ia akan terjadi bagi orang-orang yang mempercayainya sahaja..Kedai yang sebelum ni kami tak dapat cari,tiba-tiba menjadi banyak sangat pilihannya masa tu.Kami pilih kedai yang paling belakang kerana itulah kedai yang paling murah pada masa tu (Mei 2010) dan rancangan asal kami nak buat production kek sahaja.

Dari situlah kami dah mula jadi BERANI..BERANI DAN BERANI!...Dari takut nak bukak 1 kedai (Mei 2010), selepas setahun kami bukak kedai ke 2 (Oktober 2011) untuk production tart nenas kami..pada June 2012 kami buka kedai untuk production kek yang ke 3..Alhamdulillah..ini semua terhasil dari keBERANIan dan keyakinan kami yang tinggi kepada Allah SWT.Juga jutaan terima kasih kami kepada Dr Azizan Osman kerana andalah kami menjadi seBERANI begini...Semoga Dr Azizan Osman dan keluarga serta keturunannya diberi rezeki yang melimpah-limpah dan di bawah lindungan Allah SWT

Tuesday, August 26, 2014

Short quotes (August 2013)

Orang bisnes kena pandai buat keputusan yg firm dan tidak berbelah bagi.Jadilah orang yang konfiden dengan keputusan yang dibuat.

Belajarlah untuk melepaskan sesuatu yang ada sentimental value jika keputusan itu yang terbaik walaupun perasaan itu sangat susah untuk dihandle.

Insyaallah..lama-kelamaan kita akan terbiasa dan suka dengan perubahan yang diambil..dan yang paling best, kita akan pikir...

Kenapa tak buat keputusan ini dari dulu lagi??...
 
****************************************************************************
 

Life never meant to be a struggle!

Boleh tak kita start fikir, life ni bukannya susssaaaahhhh sangattt...

Mudahkan, tenangkan dan lapangkanlah fikiran kita dengan perkara-perkara yang indah-indah dan menyeronokkan yang sedang dan akan terjadi dalam hidup kita.

Orang yang lebih connected dengan Allah Maha Pencipta akan rasa lebih aman dan mendamaikan..

♥Life is so beautiful♥
 
**************************************************************************

Adalah fitrah manusia tak suka dikatakan sebagai bodoh.

Tapi percayalah, orang yang boleh mengakui kebodohannya adalah orang yang kuat,orang yang rendah egonya, orang yang sangat terbuka untuk belajar bagi memperbaiki dirinya.

Orang yang terasa dirinya pandai, susah untuk menerima pandangan orang, maka akan menjadi orang yang tertutup mindanya...huhu..sorii...sakit untuk ditelan, tapi itulah kenyataan..

U choose which one u like to be..♥
 
****************************************************************************

Ramai rupanya tengah berkira-kira nak resign dan nak mulakan bisnes..

Bagus tu...

Tapi..kalau hubungan suami isteri tak harmoni, hubungan dengan keluarga tak lancar, tak guna sebenarnya u all start bisnes.Nanti ada saja halangan..kalau bisnes ok pun, ada banyak sangat kebocoran pulak..

Senang citer, setelkan pasal tu dulu kay pastu bila buat bisnes insyaallah pasti meletopp letopp,.cepat je bisnes naik macam naik lif!!!....

♥ Salam persaudaraan♥
 
***********************************************************************

Ada yang berpendapat, buat bisnes makan ni memang sangat ok dengan syarat makanannya SEDAP dan MURAH..

Yang sedap, saya setuju..tapi yang murah rasanya tak semestinya kot..

Kalau mahal tapi bahan yang digunakan bahan yang fresh..yang berkualiti..servisnya terbaik..tempatnya selesa..

Pendek kata, kalau pelanggan puas hati konfem dia sanggup bayar lah..Lagipun pelanggan sekarang dah boleh menilai NILAI dalam produk..bukan harganya.

♥Salam ukhuwah♥
 
***********************************************************************
 
Orang yang ditimpa kesusahan dan halangan, sama ada isteri tiba - tiba suka melawan cakap suami, suami pulak tiba-tiba panas baran, sale tiba-tiba drop,maid tiba-tiba lari,pekerja tiba-tiba mencuri...

Tindakan apa yang orang berjaya lakukan untuk menghadapinya?..

Orang yang berjaya akan nampak sebenarnya semuanya berpunca dari diri kita sendiri sebenarnya.Manakala orang yang gagal akan menuduh semua orang kecuali dirinya!

Dan org yg berjaya akan beristighfar dan bersalawat sebanyak yang mungkin.Kerana mereka tahu, itulah penawar segala keresahan dan pembuka segala rezeki.

♥ Salam kemaafan♥
 
**************************************************************************

Di kalangan kita ada yang tiada semangat, ada yang dah putus harapan..hopeless..

Kita yang menjadi orang terdekat mereka patut selalu memberi semangat pada mereka. Jangan biarkan mereka keseorangan, tanpa dorongan..

Fahamilah, manusia memang perlukan seseorang untuk 'push' mereka..Untuk mengingatkan mereka bahawa,

It's not the end of the world!!...
Di kalangan kita ada yang tiada semangat, ada yang dah putus harapan..hopeless..

Kita yang menjadi orang terdekat mereka patut selalu memberi semangat pada mereka. Jangan biarkan mereka keseorangan, tanpa dorongan..

Fahamilah, manusia memang perlukan seseorang untuk 'push' mereka..Untuk mengingatkan mereka bahawa,

It's not the end of the world!!...

And...

It's never too late!!..
*****************************************************************

 Kalau kita tengah menghadapi situasi atau ditimpa masalah pada masa ini..Fokuskan masalah itu hanya terjadi pada masa ini sahaja.Pada hari ini sahaja.

Jangan bawak masalah ini ke masa depan.Atau menganggap apa yang terjadi sekarang akan berlaku lagi pada masa hadapan.Ingat, masalah hari ni untuk hari ni je.Esok tak akan berlaku dah!!..

Contohnya, jika staff kita ada yang pecah amanah...jgn sampai kita ingat semua orang sama..Dan kita dah takut nak ambik staff baru..Kalau ambik pun, kita terlalu berjaga-jaga sampaikan kita menjadi tidak adil kepada orang baru..

Sebab, kalau kita assume situasi yang tak best tu akan berlaku lagi,insyaallah ia akan berlaku lagi!!..

Nak ke?..

**********************************************************************


Don't talk about what we don't want...
Only talk about what we want!!..

Boleh tak?
******************************************************************* 
99 % manusia hidup hasil daripada pemikiran orang lain.
 
********************************************************************

Apa yang harus dibuat kalau kita dah cuba dan berusaha untuk berbaik-baik tapi masih tak diterima?..

Pandangan:
Cuba..
Dan cuba...
Dan cuba lagi...!
+ ...
Niat yang suci

Tips:
Buang E.G.O..(ini adalah bisikan Syaitan, bukan biawak lagi dah..)

♥ Spread our love♥
 
***********************************************************************
 

Ada orang kata dia nak jadi money magnet, tapi dia selalu sebut duit tak cukup...Sentiasa di mulut 'tak ada duit'...

Sampai bila pun tak jadi money magnet lah kalau macam tuuu...

♥ Salam Money Magnet♥

************************************************************************
 
Orang berjaya ubah cara dia berfikir dan cara bekerja kalau dia gagal , bukan tukar pekerjaan/bisnes!..
 
***************************************************************************
Hari ini kita set minda kita untuk spread our love kepada seberapa ramai orang yang kita jumpa...

Lebih banyak kasih sayang yang kita beri...lebih banyak kasih sayang dalam hidup kita..

Kami doakan anda semua dilimpahi kasih sayang Allah dan juga kasih sayang sesama manusia. .

♥ Spread our love♥
 
****************************************************************************
Minda Money Magnet = Minda Sedekah
 
*************************************************************************
 
Orang yang putar alam akan berkawan, akan didatangi dan akan terjumpa dengan orang yang putar alam juga. 
***************************************************************************

Peraduan Duit Raya Anis Choc Moist Cake :)

Jom-jom pakat join :)

Klik pada gambar dan ikut arahan yang diberikan ya? :)
(Jangan komen di bawah ni pula yer. Hehe)
...
Thanks :)
Lots Of Love ♥ ♥ ♥ ♥
-Tim Anis Chocolate :)
 
***********************************************************************

Walaupun ada minat berbisnes dan tak minat bekerja...Tapi jangan salah persepsi atau memburukkan orang yang makan gaji.

Kalau kita bersangka tak baik dengan orang yang makan gaji, patutlah pekerja kita sendiri asyik tak lekat !..
 
*************************************************************************

Kalau ada pendapat orang yang membuatkan u rasa 'down', cepat-cepat say NO!!...

Kuatkan diri, yakin bahawa kita dah buat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan orang tersayang. Katakan dalam hati, walau apa pun orang kata...Saya nak buat jugak..Saya yakin..saya pasti berjaya!
 
*************************************************************************

Orang yang selalu invest masanya dan duitnya untuk diri sendiri adalah lebih berjaya daripada yang tak pernah invest apa-apa untuk dirinya.

At least investlah masa untuk membaca..

♥ Selamat membaca:)♥
 
************************************************************************

Untuk adik-adik bakal usahawan yang masih tercari-cari idea nak pilih bisnes apa nak venture..

Apa kata pilih saja yang paling u all suka, yang paling senang..tak kisahlah sekecik mana sekalipun..bisnes burger ke...jual chicken wings ke..apa-apa lah..

Yang penting u just pick up something..U never know your passion unless u pick something n go for it!
 
*****************************************************************************

UBAH HABIT JE

Tahu tak adik-adik..kalau u all nak hidup u all berubah..kalau u nak berjaya, perkara paling pertama yang kita kena buat ialah ubah habit kita dulu..

Habit yang kecik je pun macam start tidur lebih awal supaya dapat bangun tidur lebih awal, atau elak dari main game, atau daripada suka dengar music, start sikit-sikit dengar selawat nabi...atau start cakap pasal nak kaya dan berjaya ...dengan kawan-kawan atau parents..banyak lagi lah contoh yang simple-simple ni...just name it..

Ketahuilah, perubahan yang kecik yang kita buat hari ni...akan memberi kesan yang sangat besar dalam jangka masa yang panjang..

Dan, semakin cepat kita berubah, semakin cepat kita akan dapat rewardnya!..

♥ Berjaya mudamuda lagi best!♥
 
*************************************************************************

JANGAN KUTUK CUSTOMER

Masyaallah...wahai orang bisnes, janganlah biasakan diri kita ni mengutuk, menyumpah seranah pelanggan kita walau terdetik dalam hati sekalipun..dan walau dia salah sekalipun..

Betul..kita pun bukan malaikat, dan customer pun bukanlah selalunya betul..Kecik hati sikit dengan customer tu perkara biasa..inilah bisnes, tapi jangan sampai ingat nak penampaq dan sepak terajang pulak...uishhh sedih dikk...

Jadilah usahawan yang berattitude dan beretika kalau kita nak lama dan berkekalan dalam bidang perniagaan ni kay..

♥Tegur-tegur manja...♥

 
****************************************************************************
 
Dunia ni dipenuhi dengan orang-orang yang baik saja..

Jangan sempitkan fikiran ingat dunia ni penuh dengan orang jahat.Nanti orang- orang jahat je yang muncul dalam hidup kita..

♥ Salam Sayang ♥
 
**********************************************************************


Kalau kita ingin mendapat pandangan orang lain..atau nak berguru, jangan kita bersifat defensive sangat...

Sebab itu akan membuatkan dia rasa dah malas nak bagi idea-idea kreatifnya..

Huhu..siapa yang rugi?..

 
******************************************************************************
Siapa yang ingin berjaya, dia perlu ada kekuatan dalaman yang sangat tinggi! Bukan hanya kuat bila di tolak!..Bukan hanya bersemangat bila membaca kata-kata motivasi je..

Tapi macamana nak kuat?..

Betul, tak semua orang terus kuat, atau dilahirkan terus kuat..Kekuatan itu boleh dibentuk..Tapi dia perlu melalui beberapa proses untuk kuat..

1.Pengalaman sendiri (merasa jatuh bangun bisnes )...
2.Cari ilmu untuk kuat (pegi kelas)
3.Baca buku
4.Berkawan dengan orang yang positif.

Tips tambahan untuk yang belum kahwin:

5.Cari pasangan yang positif (senang sikit kann...tak payah susah-susah nak pujuk ajak masuk kelas..hehe ;) )

♥ Salam kekuatan♥
 
********************************************************************************

Untuk adik-adik yang nak start buat sistem dealer dalam bisnes anda, anda kena konfiden dengan diri anda dan produk anda dulu.

Kalau anda tak konfiden dengan diri anda dan produk anda..,macamana dealer atau agent anda nak konfiden dengan anda?.dengan produk anda?..
 
**********************************************************************

Orang yang SUPER SUKSES bukanlah orang yang tak pernah gagal!..

Tapi, mereka ini tahu walaupun mereka tak berjaya dalam bisnes mereka,..mereka dapat pengalaman yang sangat berguna melalui kegagalan itu.
 
**********************************************************************

Tak sangka ya..kadang kala kita nampak bisnes orang macam dah stable, nama pun gah..international lagi..Kalau dikira nama, sangat besar..pasti semua orang tahu..

Tapi..ada yang tak dapat rasa lagi hasil dari pelaburan mereka..Yang sedih, mereka menanggung hutang demi hutang..untung langsung tak nampak..Nama besar, bisnes nampak macam besar, tapi kais pagi makan pagi rupanya..

Bila hutang semakin... banyak, fikiran buntu, hidup dalam stress..Suami isteri hidup tanpa kasih sayang..Hilang nikmat syurga dunia..

Jadi, kita yang ada bisnes walau sekecik mana pun,bersyukurlah..banyak-banyak bersyukur..Walau jual goreng pisang, jual nasik lemak..tapi anda tak berhutang..Nikmat rasanya tanpa hutang ni..Alhamdulillah..

Untuk yang sedang berhadapan dengan dugaan hidup, banyakkan beristighfar dan berselawat supaya kita diberi jalan keluar dari segala belenggu..

♥Love you♥
 
*****************************************************************************
Potong line?..

Tak payah lah risau sangat kalau ada orang nak 'potong line'...tengoklah, tak akan kemana punya..

Perasan atau tak, kalau attitude orang berniaga yang asyik nak jalan mudah saja...yang asyik nak potong potong orang jer...Tak lama lagi sayonara lah jawabnya, tukar bisnes lain pulak ler jawabnya.

Kita pun tak payah nak lawan-lawan sangat dengan orang macam tu.Rileks...dan cool je.....Sabar je dik...insyaallah, rezeki ni kadang-kadang magik..dia akan datang balik pada orang yang betul..orang yang di jalan yang benar..hehe

Kita jangan buat macam tu ye dekkk...

♥ Have fun!!.. ♥
 
***************************************************************************
 
 
 

BILA DAH ADA DUIT.....

BILA DAH ADA DUIT....

Ada yang bertanya, kenapa ya dulu, waktu tak ada duit..mereka menanam hasrat untuk membeli itu..membeli ini..Teringin nak buat itu, nak buat ini..Semua benda dalam dunia ni mereka nak..Tapi, bila dah dapat beli..dah dapat rasa..Perasaan gembira atau puas mendapat sesuatu itu semakin hilang..Kenapa ya?..

Susah nak jawab jugak sebenarnya..Tapi saya agak saya tahu kenapa..Ini... semua adalah kerana, sebenarnya perasaan gembira dan puas kerana mendapat sesuatu yang kita nak tu adalah satu perasaan yang sementara saja..Maksudnya, kegembiraan itu bukanlah sesuatu perasaan yang berpanjangan atau berkekalan...Sekejap saja rasa seronoknya..sekejap saja rasa bahagianya..Lama-lama dah rasa biasa je..Dah rasa BMW pun macam tak ada bezanya?..Terkejut jugak bila seorang kawan cakap macam tu pada saya..Maafkan saya, takkan BMW sama macam kereta lain?

Saya katakan pada suami, pelik jugak kalau ada orang yang boleh fikir dan rasa macam tu..Sedangkan kami ni Ya Allah tak tau nak cakap...Setiap kali kami tengok, setiap kali rasa, setiap kali sentuh, setiap kali memandunya...Terasa sangat berbeza apa yang kami ada sekarang dengan apa yang kami ada dulu..Apa yang kami pandu sekarang dengan apa yang kami pandu dulu..

Tapi, itulah dia...mungkinkah kerana jika kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada..dengan apa yang kita dapat..Atau kita hanya bersyukur waktu mula-mula dapat sajakah?..Cukupkah sekadar macam tu?..Lepas tu kita dah mula terlupa pada Dia Yang Memberi..Ye lah, sebab dah dapat..Terlupa pulak, dulu...masa sebelum dapat, berdoa siang malam mintak pada Allah..merayu-rayu meminta..Bangun solat hajat bagai..Sekarang dah dapat, dah tak bersyukur?..Dah lupa? Dah dapat bangun pagi solat syukur tak?..

Sebab apa dah tak bersyukur ya?..Mungkin kerana dah rasa tak best..sebab dah nampak yang lain pulak lagi best..Macam tu ke?..

Tapi, nampak tak betapa mudahnya perasaan itu hilang?..Segalanya bergantung kepada kita juga..Kalau duit dan kemewahan yang kita ada itu digunakan hanya untuk mendapatkan keduniaan semata-mata..Sekejap saja hilanglah ia.. bukannya berkekalan pun perasaan gembira itu..

Tapi, kalau rezeki yang kita dapat itu digunakan untuk jalan yang diredhai Allah, jalan yang dirahmati Allah, lebih kepada untuk menjaga hubungan sesama manusia...tidak kedekut dengan ibu bapa..insyaallah...kita tak akan hilang rasa 'nikmat' itu...Malah, kita terus mencari-cari nikmat itu, kerana ingin mendapat lebih lagi kasih sayang Allah...

WALLAHUA'ALAM...

[ SOALAN : MENGHADAPI ORANG YANG SUSAH BAYAR HUTANG ]

Salam abg junaidy/ kak anis..

Saya nak mintak pendapat akak.. mcmana saya nak menghadapi penghutang yg susah nak bayar duit kita.. saya ni wedding planner.. dah JV ngan catering ni almost 2 years.. 1st year tu payment ok.. tp lately ni asyik sangkut jerk.. kita dah buat keje kita.. customer puas ati tp payment x dpt.. pending payment byk gak kak.. almost rm50k.. kita dah pakai duit kita utk baya...r gaji budak2.. bayar lori lg.. kedai lagi.. lama2 duit dlm acct makin lama makin surut.. owner catering memula senyap tp bila kami keep tanya2 pd accountance dia bila bole selasaikan pending hutang, br laa dia call mintak kami paham situasi dia skrang (tgh ada problem kewangan) tp kami juga memerlukan duit utk rolling business.. dia pon kena paham situasi kami yg memerlukan duit tu utk survive..

Pd pendapat abg n akak patut ke saya teruskan JV ngan dia or tarik diri? Lately ni pon customer byk complain ckp nasi x sedap.. service catering slow.. nasi x cukup.. makanan kul 3 dah abis.. saya dlm dilema laa kak.. harap bole tolong bg sedikit pendapat..

Tq

Pandangan:
Kalau kami di tempat anda, dah tentu kami akan pilih orang yang berattitude untuk jv dengan kami sepertimana kami memilih Stokis-stokis kami.

Kalau yang tak ada attitude tu minta maaflah....it's time to say GOOD BYE....;)

Good night..Sweet Dream..:)

Kalau terima komplen

Pesanan untuk pengedar Anis Chocolate dan semua yang ada sistem dealer, kalau dapat komplen dari customer tu...cepat-cepat lah respond kay...

Sebenarnya mungkin kita tak tahu macamana nak solve atau selesaikan komplen tu..tapi..yang penting call je dia untuk sedapkan hati dia..

Sebab sebenarnya dia bukan nak komplen sangat..dia cuma nak communicate dengan kita..nak sampaikan apa yang dia tak puas hati tu..Tapi kalau kita lari-lari, nak mengelak..lagi la dia panasss...

Dan kalau kita mengaku sikit je, mengaku je salah kita..insyaallah lepas tu dia pun akan okay punya lahh...

He he..learn from mistake..Semalam dah terkena, huhu...

TREND BISNES LEPAS RAYA (2013)

TREND BISNES LEPAS RAYA

Bisnes yang paling laju selepas raya ialah bisnes katering, khemah, kambing panggang dan yang seumpamanya..

Bisnes yang selain daripada tu, semuanya agak so-so...agak suam-suam..kan kan?..

Biasanya macam tu lah trend lepas raya ni...Tapi tak apa, jangan risau...bagilah customer masa..give them a break! Takkan diorang asyik nak membeli je kan..Kita pun kenalah faham cust...omer, ni kan baru lepas raya...semua orang termasuk kita dan customer kita dah banyak pakai duit...

Fahamlah sama kan...Bagi diorang bernafas kejap...Semua orang tengah sibuk nak ber open house lah..bila lagi kan, setahun hanya sekali...dan masa nil lah diorang spend time dengan family, kawan-kawan..

Mungkin inilah masanya untuk kita semua 'give back' pulak...Banyakkan memberi memberi memberi..waktu ni, sebab sebelum ni dan selepas ni dah dapat dan nak dapat banyak lagi...Jadi sesuailah dengan musim-musim raya ni..Banyakkan bersedeqah...

Ok, jadi jangan risau sangat..just have fun and enjoy your journey :)

♥ Life is sweet and beautiful♥

KAD RAYA DARI NAZA TTDI - 2013

Tadi ada surprise..Staff terlupa nak tunjuk hari tu..Naza TTDI bagi kad raya!..Wahh touching tuu...

Dan lagi best sangat bila dapat kad raya ditulis macam ni..,

"We often buy your yummy tarts to serve our customers/partners for meetings!

Excellent with coffee!"...

Terima kasih Corporate Comm & CRM Naza TTDI, Seksyen 13 Shah Alam.!!..

Semoga NazaI terus maju dan membanggakan kami semua!


Anis Choc Moist Cake's photo.Anis Choc Moist Cake's photo.
 


 

DAPAT

Tadi ada surprise..Staff terlupa nak tunjuk hari tu..Naza TTDI bagi kad raya!..Wahh touching tuu...

Dan lagi best sangat bila dapat kad raya ditulis macam ni..,

"We often buy your yummy tarts to serve our customers/partners for meetings!

Excellent with coffee!"...

Terima kasih Corporate Comm & CRM Naza TTDI, Seksyen 13 Shah Alam.!!..

Semoga Naza TTDI terus maju dan membanggakan kami semua!
 
Anis Choc Moist Cake's photo.Anis Choc Moist Cake's photo.
 

DAHSYATNYA ETSI (SISTEM SMS)!!...

DAHSYATNYA ETSI (SISTEM SMS)!!...

Kalau ada yang perasan, Sabtu ni 31hb Ogos ni kami akan adakan Majlis Jamuan Raya 2013. Seperti biasa, kami gunakan sistem sms blast ETSI untuk menjemput pelanggan kami selain daripada guna facebook, banner dan kad jemputan.

Sejak 2010 kami adalah pengguna ETSI ni.Jadi dah banyak database yang kami simpan.

Tadi..., kami blast SMS ke semua database kami untuk me...njemput semua dealer-dealer..termasuk lah dealer-dealer lama.

Salah seorang dealer kami ni namanya Pn Siti Hawa dari Putrajaya contact tadi.

Ingatkan apa...suara macam nak nangis, sebaknya dengar..dengan nada yang terharu sangat.., dia kata, saya tak sangka lah Anis Chocolate ni akan contact saya balik..sebab dah lama betul saya tak ambik kek..dah lebih setahun saya tak ambik kek..dulu saya dealer you..Tak sangka u nak jemput saya..huhuu...

Nampak tak betapa powerfulnya Sistem ETSI?..Betul-betul main emosi customer, sampai syahdu-syahdan customer tu dibuatnya..

Terima kasih ETSI, kami sangat-sangat happy..Semoga hubungan kami dengan pelanggan bertambah rapat dan berkekalan hendaknya dengan adanya ETSI.

♥ TERIMA KASIH ETSI♥

Flexible untuk berjaya

FLEKSIBEL UNTUK BERJAYA

Orang berjaya lebih flexible untuk berjaya..

Apa maksudnya?

Maksudnya...,...
Kalau plan A yang dipilihnya tidak berjaya, dia cepat-cepat beralih ke plan B. Pastu kalau tak betul jugak dia tukar Plan C pulak...sampai lah D, E, F atau sampai jumpa..

Tapi yang pastinya...dia terus buat, buat, buat, buat je...sampai akhirnya dia berjaya!..

Dan orang yang berjaya ni, diorang takde masa nak menyesal dengan Plan A lah..nak komplen tentang Plan B lah..nak menyalahkan Plan C lah...

Yang dia tahu dia hanya perlu teruskan saja..move on dan perbaiki Plan mana yang tak betul! Tak kisahlah walau Plan Z nanti baru dia akan berjaya!

♥Salam kejayaan♥

PESAN MENTOR BESAQ

Teringat hari tu mentor besaq call, dia pesan bla..bla..bla..hehe...(sama la macam mak semua orang pesan..).

Tapi yang paling POWER, mak pesan..untuk hidup rasa lebih berkat, lebih tenang dan lebih lapang..selalulah tolong orang!.. Kalau nak tolong orang...start dengan setiap hari set nak tolong sorang!...Tak kisah lah kawan ke siapa ke..

Thank you Mak!..Lebiuuuuu lahh..

♥Saya suka share pasal bisnes♥

p/s: gambar-gambar mentor besaq kami..
 
Anis Choc Moist Cake's photo.Anis Choc Moist Cake's photo.Anis Choc Moist Cake's photo.

Ada produk baru

ADA PRODUK BARU

Ada orang dia ada idea baru..dia ada produk baru nak dipasarkan..Tak ada orang lain buat lagi ni..Mesti boleh boom punya kan, dia tanya?

Bagus...kreatif....

Memang boleh buat sebab u sendiri yang kata boleh buat..mestilah boleh!..Allah mengikut sangkaan hambaNya kan?.....

Tapi marketing kena all out lah.Kena buat gila-gila..Duit pun banyak kena keluar untuk marketing...Sebab produk baru, orang tak kenal lagi..orang tak pernah rasa lagi..What do you expect?..

Kalau boleh tahan kewangan..sebab kena bagi BANYAKSSSS sample..boleh kuat..tahan dengan rejection..boleh sabar dengan pelbagai proses...

Than everything will be yours!..Your dream will come true!!

♥Salam sayang ♥

BAGAIMANA KALAU STAFF MENCURI?..

BAGAIMANA KALAU STAFF MENCURI?..

Assalamualaikum...Sy ada satu permasalahan.. Seorg staff sy yg telah mengaku mengambil duit jualan harian di kedai sy... Semalam sy telah menggantung dia dari bekerja selama 1 minggu.. Walaupun amaun yg diambil tidak banyak tetapi pihak kami berpendapat dia ambil duit tu setiap hari... Bukti2 resit dan sbgnya telah dia lupuskan. Kami terpaksa meminta kerjasama cus...tomer utk buktikan hal berkenaan. Blh ke sy nak mintak pndpt akak dan suami, apa tindkan yg paling wajar sy perlu buat utk tangani maslah ni. Utk makluman staff sy ni sbnrnya dah diberi peluang kedua.. Dulu dia pernah sembunyikan hasil jualan sbyk 1k lebih . Sehingga dpt dikesan baru dia mengaku terambil... Staff sy ni wanita yg berkeluarga ada anak2 org. Umur lingkungan 29thn. Terima kasih atas keprihatinan akak n abg ye...

Pandangan kami:
Perkara ni adalah perkara yang biasa berlaku untuk orang bisnes. Semua ini adalah satu proses yang kita kena lalui jugak bila kita berbisnes..

Mula-mula bila kita dapat staff yg 'tak best' kita rasa down sangat..Sebenarnya bila perkara yang tak best berlaku di sekeliling kita..semuanya adalah kerana SALAH KITA SENDIRI!!..Sedarlah..ingatlah balik apa yang kita pernah buat dulu..Jangan buat-buat lupa!..

Semuanya yang terjadi,adalah kerana diri kita sendiri yg negatif, dan sebab tu lah kita sedang menarik perkara yang negatif berlaku dalam hidup kita..

For things to change we must change first!!...

Mungkin dulu u tak pernah langsung mencuri duit orang..atau duit boss u..Tapi, kalau dulu u pernah bekerja..pernah tak sekali je u MC tapi sebenarnya u tak sakit?..Atau pernah sekali curi-curi surf internet masa dalam ofis tak?.

Walaupun sebenarnya sekali je...sampai hampir tak ingat..tapi, What u give, u get back MORE!!...itu kalau sekali je curi time office, kalau hari-hari?..U will get back MORE AND MORE AND MORE!!Tak takut lagi?..

Tak kisahlah apapun..yang penting kita berubah dulu..EPF staff, gaji staff, duit zakat perniagaan, semuanya jangan buat mudah..Semua tu hak mereka..Jangan kedekut dan berkira dengan staff, berkongsi rezeki bersama mereka.

Jangan boss je asyik tukar kereta..hidup mewah.. tapi staff semua hidup melarat, staff semua dah 3 tahun gaji dok 800 ringgit situ, tak naik-naik!..

Kami pun pernah menghadapi masalah staff mencuri jugak sebenarnya. .Ada yang mengaku, ada yang tak mengaku..Yang mengaku dan berjanji tak buat lagi kami beri peluang lagi..Alhamdulillah nampaknya dia dah ok..

Tapi, yang pentingnya..kita tak perlu risau lah...Doa saya satu ja dari dulu sampai sekarang..Ya Allah jika mereka ini yang terbaik untukku Ya Allah..Kau kekalkanlah mereka denganku..Jika sebaliknya Ya Allah..Kau keluarkanlah mereka dengan sendirinya Ya Allah...

Alhamdulillah bila kita kembali padaNya,benar-benar yakin padaNya..Dia permudahkan segalanya...Banyakkan beristighfar, berselawat dan bersedekah lah!!..Itulah jalan yang paling mudah dan paling cepat untuk kita mengatasinya..:)

WALLAHU'ALAM. ..

QUOTES RAYA 2013

PESAN ARWAH TOK

Teringat arwah tok pernah pesan, raya-raya ni..carilah peluang yang ada untuk eratkan silaturrahim, rapatkan balik yang mana dah lama hilang, yang merajuk-merajuk tu carilah balik...

Tok kata, cincai-cincailah..lupa-lupakanlah yang pernah marah-marah tu, cer fikir..abang kita tu..kakak kita tu..boleh diganti tak?.Tak boleh kan...itulah satu-satunya abang kita..kakak kita...makcik kita..yang muka macam tu, tak ada yang lain dahh...

Nanti diorang dah tak ada, siapa nak ganti diorang?..Nanti rindu pulak..teringat pulak kebaikan diorang.....

♥ Pesanan Semua Tok ♥
 
*****************************************************************************
Raya adalah hari untuk menggembirakan ibu ayah kita..anak-anak kita..

Ikut je mak ayah nak ajak beraya di mana..Walaupun kita tak suka, kita nak beraya dengan kawan-kawan tapi bersabarlah..

Percayalah, kalau kita kesiankan mak ayah kita, Allah pasti akan kasihankan kita..Dan, pasti ada habuannya yang lebih best mananti...

♥ Salam Kemaafan♥
 
*************************
Suami yang terlebih-lebih beratkan sebelah keluarga isteri, sampai membiarkan ibu bapanya sendiri tertunggu-tunggu kepulangannya...adalah suami yang tidak ada ilmu!..

Sepatutnya Isteri perlu tahu bahawa keramat hidup suaminya adalah ibu dan ayah suaminya?..

Suami jangan ingat dah dapat isteri yang cantik, bijak, berpangkat, kaya...terpaksa pulak terikut-ikut kata-kata isteri.Beraya hanya di rumah isterinya..Boleh ke macam tu?..Nampak suami yang macam tu seolah-olah dicucuk hidung isteri sebenarnya..(Maaf ya)

Jangan tak tahu, kalau u all berlaku tak adil, nanti anak-anak dah besar....dia pun buat perkara yang sama?..Dia hanya pentingkan keluarga isterinya?..

Macamana?..
***************************************************
Hari raya adalah hari penghubung kasih sayang, hari pengerat silaturrahim..hari pengikat hubungan..

Carilah sebanyak-banyaknya saudara dan rakan taulan untuk bermesra, untuk bertanya khabar..

Tapi...janganlah sembang isu sensitif pulak..Elakkanlah isu politik dan isu harta pusaka...Harta pusaka tu bagi je lah kat anak yatim ke...kita pakat-pakat cari harta sendiri kay.

Apa kata raya-raya ni semua sanak saudara yang berjumpa, sembang hal-hal bisnes yang boleh bagi semangat dan inspirasi kepada ahli keluarga lain yang ingin berubah..yang ingin berjaya..

Jangan kedekut ilmu, the more u share, the more u will get!..
 
************************************************************************
Encik suami kata,nak beraya tu..kalau nak pegi semua rumah saudara mara memang tak sempat..Lebih elok kita ziarah saudara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa...Sambung balik yang mana dah terputus..

Dan,lebih baik lagi kita ziarah lah keluarga yang susah...

Yang selalu jumpa tu kita k.i.v dulu lah ye..;)

♥ Salam kesyukuran♥
 
**************************************************************************

Alhamdulillah...sangat seronok bila dengar raya tahun ni ramai yang dapat rezeki lebih...yang boleh beraya sakan..

Sujud syukur ya adik-adik, kawan-kawan..beringatlah...yang kita dapat tu sebahagiannya bukan hak kita pun..

Banyakkan bersedekah, bagilah banyak-banyak duit raya pada yang memerlukan ok..Allah nak menguji kita dengan rezeki yang melimpah ruah..

Kalau kita berkongsi rezeki ini kepada lebih ramai orang-orang di sekeliling kita, insyaallah Allah akan beri banyak lagi di aidilfitri yang seterusnya..

Aminn..
 
************************************************************************
Semalam ada seseorang yang berkongsi, tahun ini sangat istimewa kerana inilah pertama kalinya dia mencium dahi ayahnya dan memohon kemaafan..

Walau ego macam mana pun seorang ayah, selama ini susah untuk memaafkan anaknya..tapi, kalau kita simpan niat yang betul, kita sayangkan silaturrahim dengan keramat hidup kita, insyaallah mereka akan luluh hati melihat kita datang memeluk..mencium mereka...

...kerana bukan senang seseorang itu membuang ego dan datang memohon kemaafan..Hanya orang yang berjiwa besar saja boleh melakukannya. .

♥Salam keinsafan♥
 
************************************************************************
Hari raya adalah hari untuk berbakti kepada kedua keramat hidup kita..

Dengan siapa lagi mereka nak bermanja..nak diajak beraya..Memang pun kadang-kadang kita tak kenal pun saudara mak ayah kita..Tapi bersabarlah, gembirakanlah mereka..bila lagi kita nak berjasa pada mereka?..

Satu hari nanti bila mereka dah tiada...barulah terasa sunyi bila beraya..terasa menyesal tak gembirakan mereka semasa mereka masih bernafas..

Masa itu, semuanya dah terlambat...Hanya boleh menanggung rinduuuuu....
 
*************************************************************************
 
TAHNIAH TUDUNG FAREEDA!!..

Saya perasan raya tahun ni ramaiii sangat jelitawan-jelitawan pakai tudung bertingkat-tingkat. :)

Tahniah kepada Tudung FAREEDA kerana idea yang genius dan menjadi pelopor tudung bertingkat.Tapi pasti ramai jugak yang menumpang idea FAREEDA ini juga dilimpahi rezeki yang melimpah-limpah..

Takpekan FAREEDA, sekurang-kurangnya idea anda memberi ruang dan peluang kepada ...lebih ramai orang kita untuk mencari rezeki yang halal..

Syukur Ya Allah di atas pemberian idea mereka-mereka yang hebat ini!

Tahniah FAREEDA!!...Anda Nyata Jelita..:)
 
************************************************************************

Kepada kita yang mempunyai pasangan yang sangat bertimbang rasa..yang sangat adil dalam semua perkara..yang menghargai keluarga pasangan..Alhamdulillah..bersyukurlah banyak-banyak..

Kerana ramai yang sedang sayu dan pilu menahan perasaan..menanggung kerinduan kepada ahli keluarga...

Sabarlah ya...Berdoalah dan merayulah pada Allah semoga pasangan anda akhirnya terbuka hati untuk menerima keluarga anda..

Dan percayalah, selagi anda bersabar dan menghormati keramat hidup anda... insyaallah Allah pasti mengasihani anda..
 
*******************************************************************
 
Ramai rupanya tengah berkira-kira nak resign dan nak mulakan bisnes..

Bagus tu...

Tapi..kalau hubungan suami isteri tak harmoni, hubungan dengan keluarga tak lancar, tak guna sebenarnya u all start bisnes.Nanti ada saja halangan..kalau bisnes ok pun, ada banyak sangat kebocoran pulak..

Senang citer, setelkan pasal tu dulu kay pastu bila buat bisnes insyaallah pasti meletopp letopp,.cepat je bisnes naik macam naik lif!!!....

♥ Salam persaudaraan♥
 
*******************************************************************
TAHNIAH ABANG LONG &
KAK LONG!!

Peranan anak sulong sangat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Perasan tak, dan try observe tengok, kalau keluarga yang sentiasa harmoni, hubungan adik beradik yang erat,kebanyakannya saudara sulong yang banyak memainkan peranan.
...
Kalau keluarga yang kacau bilau, tengoklah sifat anak sulong dalam keluarga..Tidak ambil peduli tentang keluarga..Ada yang tak tahu nak menyatukan kembali hubungan yang retak malah lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Tapi of course bukan semua...

Jangan marah anak-anak sulong yang hebat!!...Yang sentiasa suka menghubungkan silaturrahim.Yang tak suka tengok saudara mara berpecah belah..Anda memang lain dari yang lain, pasti anda akan berjaya dalam hidup anda kerana anda cintakan keharmonian dan keamanan, kebahagiaan dan anda memang penuh dengan kasih sayang!!...

♥ Tahniah semua abang long-abang long dan semua kak long-kak long kami :) ♥
*****************************************************************************
 

Ada yang berpendapat, buat bisnes makan ni memang sangat ok dengan syarat makanannya SEDAP dan MURAH..

Yang sedap, saya setuju..tapi yang murah rasanya tak semestinya kot..

Kalau mahal tapi bahan yang digunakan bahan yang fresh..yang berkualiti..servisnya terbaik..tempatnya selesa..

Pendek kata, kalau pelanggan puas hati konfem dia sanggup bayar lah..Lagipun pelanggan sekarang dah boleh menilai NILAI dalam produk..bukan harganya.

♥Salam ukhuwah♥
 
************************************************************************
Orang yang ditimpa kesusahan dan halangan, sama ada isteri tiba - tiba suka melawan cakap suami, suami pulak tiba-tiba panas baran, sale tiba-tiba drop,maid tiba-tiba lari,pekerja tiba-tiba mencuri...

Tindakan apa yang orang berjaya lakukan untuk menghadapinya?..

Orang yang berjaya akan nampak sebenarnya semuanya berpunca dari diri kita sendiri sebenarnya.Manakala orang yang gagal akan menuduh semua orang kecuali dirinya!

Dan org yg berjaya akan beristighfar dan bersalawat sebanyak yang mungkin.Kerana mereka tahu, itulah penawar segala keresahan dan pembuka segala rezeki.

♥ Salam kemaafan♥
 
****************************************************************
 

As salam Kak/Abang...baru tadi singgah kedai akak. ..memborong la. gak termasuk choc cake n jajan jijan hehehe...part paling best..ada pakcik ni peramah sgt..ms borak2 dia bgtau dia dulu keje kat tmn pertanian. .dia bg sy free kek...bestnyaaaa...hihihi...xpenah dpt camni kalau pi kedai lain....terima kasih kak anis n sume team yg slalu tersenyum walau dh malam. ...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

♥Thank you Abang Malik and adik-adik staff yang happy melayan customer tengah-tengah malam ni....lebiuuuuu lahh...:))♥
 
**************************************************************************

Kalau kita betul-betul sayangkan persaudaraan dan persahabatan kita..sayang jika lama-lama hubungan semakin rapuh dan menjauh...tak payah lah tunggu open house baru nak melawat...

Kalau niat kita betul..bersih dan suci..mereka kan menerima kita dengan hati yang terbuka..

♥ Express our love♥

*********************************************************************************
 

 
 
 
 
 
 
 
 

TAHNIAH TAT NASI AYAM!!...

TAHNIAH TAT NASI AYAM!!...

Sepanjang beraya ni dan sepanjang berada di Kedah..kami terperasan dengan bisnes yang sedang meletop-letopp di Kedah!..

Dah 12 tahun berulang -alik ke kampung, cuma dalam masa setahun lebih ni terperasan kemunculan TAT NASI AYAM.

Banyak betul cawangan dia sekarang ni sampai ke TTDI Jaya Shah Alam pun dah ada.....

Saya pasti mesti nasinya sedap, dan semestinya SISTEM dia pasti mantap!..Kalau tak, mana mungkin boleh berkembang cepat macam ni..

Dan, kami dengar citer, ownernya sangat baik hati dan humble orangnya..emmm teringin nak jumpa dan sharing bisnes dengan orang hebat macam ni, boleh lah nak menimba ilmu perniagaan..:)

Apapun, TAHNIAH banyak-banyak kepada TAT NASI AYAM. Semoga sistem anda dapat menambah nilai lebih ramai orang..dan lebih kaya dan berjaya dunia dan akhirat!..Amin...

♥ Tumpang bangga :)♥

FIKIR, BACA, TENGOK & CAKAP YANG BEST-BEST JER..

FIKIR YANG BEST-BEST JER..

Jika ada berita-berita yang negatif, kita tak perlu panjang-panjangkan,tak perlu di share-share kan atau tak perlu dicerita-ceritakan..

Kerana, lebih ramai orang yang mendengar berita itu..Semakin ramai orang yang mendominasikan pemikiran mereka tentang berita yang negatif ini.Mereka terlalu fikir dan takut tentang perkara tersebut.

Bila minda kita dipenuhi dengan per...asaan takut itu,ia akan menjadi Law of Attraction atau kita menarik perkara-perkara yg negatif itu benar-benar berlaku dalam hidup kita..Inilah kuasa tarikan dan The power of mind!..

Minda kita cuma absorb saja..dia tak tahu membezakan yg negatif atau positif..Dia akan absorb perkara yang menjadi dominant thoughts kita.Yang selalu kita fikirkan.

Ditakuti jika semakin ramai yang fikirkan pasal cerita orang tu kena bunuh..orang ni ditembak..Ia menarik semakin banyak kes yang sama berlaku lagi dan lagi...

Jadi, sebab itulah saya tak berminat nak baca suratkhabar sejak kes Nurin lagi..Bukan semua muka surat, tapi elakkanlah membaca helaian-helaian yang terawal kerana semua hanyalah berita-berita yang negatif sahaja.

Kalau nak baca pun..bacalah sebelah petang..Kalau awal-awal pagi dah ditanamkan dengan berita-berita negatif,sampai ke malam ia akan mengganggu mood kita.

Bila saya dah mula faham tentang semua ini, sejak itulah saya dapat rasa perubahan pada pemikiran saya..Kalau dulu setiap hari baca surat khabar, saya sering rasa takut..risau dengan apa yang sedang berlaku tu akan terjadi pada saya..Tapi lepas tu, tidak lagi..Saya rasa lebih free..Lebih lapang, aman dan damai..

Kesimpulannya,kita penuhi saja fikiran kita dengan perkara-perkara yang best-best saja...Baca pun yang best-best saja..Jadikan ia dominant thoughts kita, insyaallah kita akan menarik perkara-perkara yang indah saja berlaku dalam hidup kita..
Best kan?..

WALLAHU'ALAM. ..

THE POWER OF SEDEKAH - Part 2

THE POWER OF SEDEKAH - Part 2

1.Sale paling tinggi lepas bersedekah -Stokis KL (Najib)

Satu hari jiran minta saya tolon bawa dia dan berubat tulang belakang anaknya bengkok di kampung saya.Sebenarnya saya tak bersedia.Tapi pasang niat nak tolong saya bawa juga. Dalam poket cuma ada kunci saja sebenarnya.

Dalam perjalanan tergerak hati nak bagi mak duit. Memang nakkk sgt bagi. Tak tau kenapa ...ada rasa macam tu.

Sampai Pontian saya minta kawan bawa ke bank dan saya keluarkan duit yang ada. Di rumah mak, saya terus hulur semua yang ada. Baki rm20 dlm poket.

Saya tak fikir hal kedai.Berubat sampai jam 11 malam saya call Sue isteri saya dan Sue cakap sale rm5187.80 24 Disember 2013 baru-baru ini.

Tak sangka sale banyak tu sebab memng tahu tak ada order dari sesiapa pun pada tarikh tersebut.

Allah tunai apa yang dia janji.

2. Kita jumpa di Mahkamah Allah - Stokis KL (Najib)

Sedang minum sorang-sorang ada sorang pakcik datang bawak fail derma buat masjid kat thailand. Dia mintak derma pada saya..

Saya tanya banyak lagi ke tak siap masjid tu.Pakcik tu jawab banyak lagi nak beli simen dan batu tiles.

Saya pun seluk poket dan terus beri kat pakcik tu (besar pada saya jumlahnya). Lepas tu pakcik simpan duit, dia hulur salam sambil berkata "Kita jumpa nanti di mahkamah Allah".......meremang bulu roma saya masa tu bila dengar mahkamah.Macam buat salah pulak.

Pendek cerita malam tu saya closing dapat jualan tertinggi RM4k. Saya yakin sedekah itu adalah kunci rezeki. Terima kasih kepada yang mengajar saya tentang The power of Sedekah!!...

3. Sepatutnya 10 tahun lagi...
Stokis Pahang (Abang Lan)

Baru-baru ni Pahang kan dilanda banjir..Kebetulan sehari sebelum banjir Kak Iza dan Abang Lan order 4000 kek.

Lepas selamat adik staff kami Omar hantar je malam tu,esoknya hujan terus sampailah banjir.Jadi K.iza dan Abang Lan tak dapat la nak keluarkan kek ni. 4000 kek masih penuh dalam chiller.Nak keluar hantar outlet pun tak boleh, dealer nak datang ambik pun tak boleh.

Bila ditanya macamana kek tu Kak Iza, kalau tak boleh keluar, boleh je suruh staff ambikkan balik.Kami masih boleh jual kek tu di Shah Alam.

Tapi Kak Iza kata takper...Esoknya,disebabkan aktiviti bisnes terputus,Kak Iza dengan Abang Lan pun pegi ke penempatan orang banjir.Mereka sedekahkan 200 kek kepada budak-budak kat situ..Dorang citer, muka budak-budak tu terus berseri-seri kegembiraan.

Esoknya lagi, Abang Lan dan Kak Iza masuk kampung yang dilanda banjir untuk tolong cucikan rumah mereka yang penuh selut.Sedih bila dia cerita keadaan mereka yang ditimpa masalah banjir tersebut.

Dipendekkan cerita,selepas beberapa hari tak sampai 5 hari pun, kek 4000 tadi tiba-tiba habis.Dan dorang kena masuk order balik.

Dan tiba-tiba jugak dorang dapat surat dari Tabung Haji mengatakan mereka dipilih untuk menjadi tetamu Allah
untuk menunaikan Haji pada 2014 ini sedangkan kalau ikut list, dorang kena tunggu 10 tahun lagi!...

4.Disebabkan RM5 -
Stokis Melaka (Taufiq)

Suatu hari tu,berlaku di bandar Muar.Parking depan bank sebab nak tunggu dealer datang ambik kek.
Parking memang penuh..Yang perasan tu depan belakang dan sebelah saya semua kereta yg gah...

Tak sampai 5 minit parking ada seorang berbangsa Cina minta tolong..dia kata, nak balik tak ada duit..Lepas tu minta tunjuk jalan pulak..Dia minta rm4.Yang peliknya dia tak pulak minta kat kereta yang mewah-mewah tu..Kereta ferrari merah lambang proton ni jugaklah...dia ketuk cermin minta tolong.

Jalan memang tengah jem dan tak de parking so tak boleh nak keluar kereta..seluk poket terus bagi Rm5. Tengok cina tu punya gaya terima kasih..penuh penghargaan dan mulut banyak sudah ucap tq...

Balik muar tak dan sampai kedai tup tup masuk order 500pcs kek...nampak tak?

Kita kena muhasabah kenapa banyak-banyak pilihan,kita yang dipilih...Fikirkan ye...

Ok, sori ye panjang sangat tapi best kan? Tahniah untuk
semua yang share ye...Tq for sharing dear....Jom kita banyakkan bersedekah ye uolsss....

♡Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari.. :)♡
See More

Sunday, August 24, 2014

PENTINGNYA MENDAPAT 'SUPPORT' IBU BAPA

Dulu.....
Masa mula-mula buat bisnes kek coklat ni, guna resepi roommate di USM, Izzi namanya. ( Tqqqq Izzi. Sekarang Izzi lecturer di UITM Shah Alam).

Masa tu 1st year, harga jual kek Rm 15. Buat yang bodo-bodo je, without topping tu. Itupun kawan-kawan kata sedappp..Hikhikk...Best giler rasa masa ni!..

Paling banyak dapat order musim raya gini lah, masa tu dapat ode 15 biji kek rasa macam WOWW!!!!....Dah terror sangat dah..
Dah kaya sangat dah..huhu..

Yang order, kawan-kawan terdekat, dan keluarga terdekat macam maksu, makcik, mak ndak, mak-mak menakan je yang order punn... (Thank you for your lovely support..kalau mak mak menakan ni tak support mesti tak sampai macam ni..huhu).

Dan yang paling awesome sekali ialah mak abah!..Sebab depalah yang beli bahan kek. Pastu mak abah kata tak payah bayar balik lah duit beli bahan tu..Yabedabedooo!!..Mak nak bagi semangat kot kan?..Malas nak tanya banyak kat mak, diam je lah..tapi hati berbunga-bunga...

Bestnyaaaa!!...Yeayyyy!!...

Tak payah bayar balik duit modal!!..Ini baru betul namanya bisnes tanpa modal!! Dan ini bermaksud, untung 100% tu...!! 
Fuyooo....Patut la rasa best gila buat bisnes ni..Manyak untong wooo....

Thank you mak..abah..kalau mak abah suh bayaq balik duit bahan kek tu mesti tak rasa best sangat bisnes ni..hihii....I love u mak..abah..:))

Moral of d story, sebagai parents, kalau kita support anak-anak buat apa yang dia suka..tak payah lah dok pikir yang bukan-bukan..asal dia buat kerja yang halal, dia enjoy..biaq pi lah dia ada degree ke..dia ada master ka..At the end of the day ..dia yang nak hidup, pandai-pandai lah dia...

Kalau dia nak buat bisnes jual tudung ke..jual maruku ke..bagi je...Doakan je satu hari nanti dia akan jadi macam Fareeda ke..Ariani ke..tak ke gempak? (Sekadar sebut beberapa nama, branding power tu, itu je yang teringat ni..hihi)...Makcik Pakcik jugak boleh berbangga kan kan kannnn?. 

~Salam hari minggu yang membahagiakan jutawan semua..  ~

Saturday, August 23, 2014

STOP!!...

STOP!!!...

Perasan tak, positif macamanapun kita, kadang-kadang datang jugak si biawak tu..atau negative thoughts dalam minda kita..dia suka nak bolak-balikkan pendirian kita...

Untuk beginners yang nak positif...(cehhhh...)..Macamana nak tepis tu?..

Ada beberapa cara sebenarnya, antaranya ialah kita kena alert bila biawak tu datang atau negative thinking tu datang.Kita kena tahu apa yang serin...g menjadi monolog kita..atau self talk kita..

Kalau kita suka sabotaj diri kita..buat tu tak boleh..buat ni tak nak..bermakna kita jenis negative thinkers!

Perasan tak ramai yang panjang umurnya..disebabkan mereka ni positive thinker.Bermakna, yang negative thinker ni cepat innalillah kot...:)

Ok sambung balik..

Bila kita dah alert dengan small little voice kita yang negatif ni, say STOP!!...Kalau boleh kata kuat-kuat...Insyaallah lama-lama dia lari!!...

Cer try!!

DARI NEGATIF MENJADI POSITIF!!...

DARI NEGATIF MENJADI POSITIF!!..

Pernah tak anda sebut pada diri anda Saya tak pandai berbisnes?..Setiap kali bila ada kawan nak perkenalkan sesuatu bisnes pada anda..Itulah jawapannya..Saya tak minat atau takut berbisnes?..

Mungkin anda tak perasan..kata-kata ini sebenarnya adalah satu pembunuh semangat atau kata-kata yang mensabotaj diri anda sendiri.

Kata-kata ini menghadkan pemikiran kita untuk fikir lebih kreatif. Dan perasan tak, bila kita mengeluarkan kata-kata itu, sebenarnya ada rasa stress di dalam hati kita. Kalau ada mesin untuk test, mungkin bergetar-getar bentuk grafnya..Ye lah..sebab kita terpaksa meletakkan ego di sebelah, dan terpaksa mengaku yang kita tidak pandai..Susah nak buat tu...

Lagipun perasan tak?. bila kita mengucapkan kata-kata itu, kita seolah-olah arahkan minda kita untuk stop mencari solution.Kita jadi tak kreatif untuk bertindak.

Sepatutnya kita positifkan kata-kata itu, tukarkan menjadi..

Macamana ya nak pandai berbisnes dan nak pupuk minat berbisnes?

Kerana, sebenarnya jauh di sudut hati anda.. anda minat!.. Cuma anda tak ada ilmu..tak ada dorongan..Tapi salah anda juga kerana anda yang tidak mencari ilmu dan tidak mencari jalan keluar untuk mengatasi ketakutan itu!!...

WALLAHU'ALAM. ...

Tahniah Abang Long & Kak Long

TAHNIAH ABANG LONG &
KAK LONG!!

Peranan anak sulong sangat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Perasan tak, dan try observe tengok, kalau keluarga yang sentiasa harmoni, hubungan adik beradik yang erat,kebanyakannya saudara sulong yang banyak memainkan peranan.
...
Kalau keluarga yang kacau bilau, tengoklah sifat anak sulong dalam keluarga..Tidak ambil peduli tentang keluarga..Ada yang tak tahu nak menyatukan kembali hubungan yang retak malah lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Tapi of course bukan semua...

Jangan marah anak-anak sulong yang hebat!!...Yang sentiasa suka menghubungkan silaturrahim.Yang tak suka tengok saudara mara berpecah belah..Anda memang lain dari yang lain, pasti anda akan berjaya dalam hidup anda kerana anda cintakan keharmonian dan keamanan, kebahagiaan dan anda memang penuh dengan kasih sayang!!...

♥ Tahniah semua abang long-abang long dan semua kak long-kak long kami :) ♥

PANTUN RAYA

PANTUN RAYA
Oh My English!!!!

Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin....

Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari raya is time to mingle.

If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung time better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.

Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.

Two three cats run run,
Where got the same as the striped one;
That's all for me I gotta run,
Duit raya? Where got one?
See More

Fikiran terganggu kerana cerita buruk

Seorang usahawan coklat datang berjumpa tadi.Katanya, fikirannya terganggu kerana ramai orang di sekelilingnya memberitahu perkara yang tak elok tentang gurunya.

Jawapan suami, tak kisah lah citer buruk apa pun...

Yang penting apa yang diajar guru itu memberi manafaat atau tidak?..Ada bukti pernah mengubah hidup orang lain menjadi jutawan atau tak?Berapa orang?..Sorang?.2 orang? Atau 100 orang k...e 1000 orang?..

Kalau ilmunya memberi manafaat, berapa harga yang diletakkan untuk ke kelasnya itu melambangkan dirinya dan ilmunya.Ilmunya dan dirinya adalah NILAINYA!!!..

Senang cakap kalau ada duit , silakan..kalau tak ada duit, jangan paksa diri..

Tak perlu susah-susah fikir apa yang orang buat betul ke..tak betul ke.. serahkan saja pada Allah..itu bukan kerja kita nak judge orang..nak hentam orang, nak bagi pahala dosa kat orang.

Kita kena pandai FIKIR sendiri..Jangan jadi orang yang cepat terpengaruh dengan kata-kata orang.Nak berjaya, belajar guna otak sendiri..belajar berfikir dan buat keputusan sendiri...bukan terikut-ikut kata-kata orang..hokayyy...

♥ Salam Aidilfitri♥

 

Nak pilih bisnes mana ye?..

Ada orang mengalami situasi tak tahu nak pilih yang mana satu.

Satu - bisnes yang menguntungkan tapi kita tak enjoy, rasa tak sepenuh hati..macam rasa ada yang tak kena je..macam rasa tak berkat ke, macam rasa betul ke bisnes ni
nak tolong orang ke atau aku yang tamak?

Satu lagi bisnes yang untungnya tak banyak sangat tapi order memang konsisten..permintaan pun tinggi..Tapi yang pastinya kita ...enjoy sangat buat bisnes tu..best sangat! rasa puas hati sangat kalau dapat share kebaikan produk tu walaupun orang tak beli...

Kalau saya, dah tentu saya pilih yang paling saya enjoy nak buat.Kalau kita tidak tamak, berniat untuk add value hidup orang lain, sebenarnya yang nampak sikit tu akan mencukupi malah bila ia berkat, kita akan terasa kita ada banyak sangat sehingga mampu untuk kita berkongsi rezeki Allah ni dengan lebih ramai orang...

Itu lebih bestttt!!!...:)

Short quotes ( July 2013)

TIPS BISNES:

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita kena biasakan berfikir bagaimana cara untuk menguntungkan orang lain & bagaimana untuk tambah nilai hidup orang lain.

Bukan hanya sekadar berfikir untuk keuntungan sendiri &, kesenangan diri semata-mata.

♥ Salam Sayang ♥
 
****************************************************************************
 
 Kita mulakan hari ini dengan berdoa semoga kita bertemu dan kenal dengan orang-orang yang baik sahaja di sepanjang kehidupan kita...

Customer yang baik, staff yang baik, boss yang baik.. pengedar yang baik..kawan-kawan baru yang baik..bisnes partner yang baik..cikgu-cikgu yang baik untuk anak-anak.. (he he he tiba-tiba pulak..)...Amiinnn...

***************************************************************************
Success is not an accident!

Kejayaan bukanlah sesuatu yg berlaku secara tiba-tiba..
Atau terjadi dengan begitu sahaja.

Sebenarnya ia merupakan satu proses pemikiran dan tindakan yg konsisten.

♥Salam Sayang ♥
 
******************************************************************************
 

Nak jadi orang berjaya, perlu ada PASSION.

Passion memberi power untuk seseorang yang obsess nak berjaya!

Kalau dah passion, hilang rasa penat..sanggup tidur lewat dan bangun awal-awal pagi..Dan, kalau dah passion, tak de nak sebut letih..letih..di mulut..

♥ Salam Sayang ♥
 
*****************************************************************************
 
Start Small Finish Big

Pikirkanlah..nak buat bisnes apa ek yang start simple je..tapi end up bole jadi kaya raya..boleh bantu ramaiiii orang..

Start dengan sesuatu yang kita familiar atau kesukaan kita je...tak payah pikir projek besar-besar, projek juta-juta lagi..

Yang kecik pun kalau ada ilmu...insyaallah boleh jadi sangattt besarrr !!...

♥The power of visualisation♥
 
*****************************************************************************

Sebagai orang bisnes, kita kena tahu emosi pelanggan.Macamana nak dekat dengan hati pelanggan..Kena fahamlah apa yang pelanggan nak.

Nak senang, tengok apa yang pasangan nak?..Pasangan nak belaian, kasih sayang, komunikasi kan?..Itu fitrah manusia...

Tapi kalau perasaan orang terdekat pun tak faham..., macamana nak faham perasaan pelanggan kan kan?..

♥ Tips: Touch people's heart♥
 
********************************************************************************
Betul, jika kitalah yang buat..kitalah yang jual dan kitalah yang uruskan semuanya memang sangat menguntungkan..

Tetapi ia tak mungkin sama keberkatannya jika kita berkongsi rezeki itu bersama-sama dengan lebih ramai orang lagi..

♥The Power of  Sharing♥
 
*******************************************************************************
 
 
 
 

Tuesday, August 19, 2014

Quotes Adyanis ;)

Usahawan yang baru menceburi bidang keusahawanan ni perlu melalui proses mencari pekerja yang efisyen tanpa henti.Proses ini perlu sentiasa berjalan.Adalah menjadi kebiasaan untuk mendapat pekerja yang tidak bagus pada permulaan..tapi kita perlu melalui proses ini sampai bila-bila..kita tak boleh lari atau short cut dari proses ini.Laluinya sahaja..experience it..It's a law..Law nya mengatakan,kita harus meneruskan proses kegagalan ini dan akan sampai masanya nanti kita akan bertemu titik kejayaan.


Antara soalan yang paling catchy dan nakal dari student yang datang menebual kami untuk paperwork mereka ialah Best atau Tak Best berniaga bersama suami/isteri? Jawapan saya dan suami ialah best!!....Kami dapat meluangkan banyak masa bersama.Pagi,sama-sama menghantar anak ke sekolah,sama-sama bersarapan pagi,sama-sama melayan customer/dealer..sama-sama membuat business deal..Sama-sama berbincang berkaitan bisnes,sama-sama meletakkan matlamat perniagaan..
Tanya mereka lagi, tak bertelagah ke? Situasi macam tu pasti berlaku kerana masing-masing ada pendapat masing-masing..tapi di sinilah kami belajar erti kesabaran..kena pandai mengawal ego dan kemarahan,kena pandai mengawal keadaan..kena ada kerjasama,kena saling faham-memahami..Memang best sangat!!...Cubalah!!...


Untuk pasangan suami isteri yang menjalankan bisnes bersama-sama perlu ada keserasian dan memahami antara satu sama lain.Kita sebagai isteri perlu ada sifat mengalah dan si isteri perlu ingat bahawa suaminya adalah Ketua dan sentiasa perlu ingat bahawa suaminya sangat hebat,barulah dia akan menjadi orang yang hebat.Jangan memperkecilkan kebolehan suami walaupun sedikit kerana jika mereka terasa hati,mereka akan mengundur diri,pasti ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar.Pandai-pandailah membuatkan suami merasa dirinya penting,dirinya diperlukan,dirinya berkemampuan untuk menguruskan bisnes bersama.

Beri sokongan moral kepada suami walaupun pada mulanya dia tak minat.Caranya ialah dengan meminta tolong mereka sedikit demi sedikit,tak perlu menunjukkan kehebatan isteri yang sangat hebat sehingga suami merasa rendah diri,sehingga suami merasa dirinya tak pandai..Si isteri perlu banyak memuji tindakan dan keputusan yang dibuat oleh suami..memuji dan memuji suami..lama kelamaan suami akan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi..dan selepas itu pasti suami akan membawa bisnes anda ke puncak!



BUAT YANG MEMBANTU

Untuk semua pengedar Anis Chocolate,

Assalamualaikum semua jutawan.Terima kasih ya kepada semua yang terlibat di booth IMKK (INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEAJYAAN) selama 4 hari lepas.

Memang best sangat-sangat. Bukan setakat best menjual tapi The Power Of Relationship itu yg penting. Siapa yang datang menjenguk dan membantu boleh rasakan ikatan kekeluargaan.


Kita jangan letak duit No 1. Siapa yang letak duit No 1 dia tak akan ada masa. Berhubungan dengan manusia. Mungkin dengan Allah memang dia tak ada masalah, Tapi hubungan dengan manusia tidak dititikberatkan. Dia akan fikir jual jual jual...duit duit duit. Sampai tak ada masa nak menegur kawan-kawan..

Orang macam ni akan dapat segala kekayaan yang dia nak, tapi jiwa dia akan kosong.
Jadi, jom kita eratkan hubungan kekeluargaan kita di samping tingkatkan sales kita.
TQ ALL yg menyokong booth kita 4 hari lepas secara direct or indirect.

♥ Salam sayang untuk semua :)♥ 

REPEAT SALE -Short

REPEAT SALE

Buat bisnes ni biar sampai customer repeat sale.Dia nak lagi,dia cari lagi...Bukan sekali beli pastu hilang.Kalau macam tu tak cukup power tu...hihii :)

Nak dapat repeat order...:

♥service kena tip top!...
♥build relationship dengan customer, buat jadi kawan.Bukan setakat nak duit dia jer...
♥Buat sampai customer ada rasa LOVE pada bisnes kita.Kalau dia sayang bisnes kita, of course dia tak cari yang lain...dia akan jadi pelanggan yang setia :)

♥I love all my loyal customers:) ♥
See More

TIPS UNTUK POSITIF - Short

Kalau u tak kuat dan tak selalu charge positive, bila balik..u akan tumbang semula dan jadi negatif semula sebab sekeliling u ramai yang negatif.

Nak kuat dan positif selalu:
1.Berkawan dengan orang yang positif
2.Selalu masuk program-program yang positif tak kira ulang beribu kali pun.
3.Baca buku yang positif
4.Elak tengok tv ( drama akan beri kesan negatif secara tak sedar )...
5.Jangan baca surat khabar ( esp 5 muka surat pertama)

♥ Jangan jadi orang yang negatif kay...♥

BERCAKAP BELAKANG - Short

BERCAKAP BELAKANG

Ada yang mengadu tadi, sejak dia dah ada nama sikit ni...ramai yang bercakap-cakap di belakang dia. Ada yang bercakap positif, ada yang bercakap negatif...

Tak kisahlah cakap apa pun sebenarnya, positif ke negatif ke...Itu perkara biasa, itu petanda yang baik tu. Orang yang luar biasa sikit, yang lain sikit dari orang lain..yang lebih berjaya dari orang lain, memang itu adalah ...salah satu cabarannya. Ramai orang yang akan suka cakap-cakap di belakang.

Kalau orang cakap positif, tu kan..mungkin orang nak jadikan kita sumber inspirasi...tapi kalau orang cakap negatif, biar je lah..belajar senyum je..Itupun biasa..Kalau kita tengokkan, ramai orang yang berjaya akan menghadapi isu ini. Bukan apa, diorang tu jeles je tu..Jeles positif, takper...Anggap je dorang tu tak cukup ilmu. Sebab kalau orang yang berilmu, dia takkan cakap negatif pasal orang belakang-belakang... ;)

Jangan risau, layan jer...nanti lama-lama hilang lah tu. Nanti lama-lama orang faham lah tu kay.. :)
See More

HARI YANG PENUH MAGIK - Short

HARI YANG PENUH MAGIK

Pagi-pagi seperti ini, untuk pastikan hari kita dipenuhi dengan magik dan kejayaan sepanjang hari, cara paling mudah ialah dengan BERSYUKUR!..

Dari saat kita buka mata sampailah kita masuk dalam kereta untuk memulakan hari ini, katakan Terima Kasih Ya Allah dengan membayangkan setiap apa yang Allah berikan kepada kita sejak awal pagi tadi.

Mungkin kita dah sarapan pagi, m...aka sebutkanlah Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kita teh atau kopi atau jus buah-buahan dan sebagainya untuk sarapan pagi ini.Kesyukuran ini akan membuatkan hari kita lebih bersinar-sinar,gembira dan memberi energi untuk sepanjang hari kita.

Pastikan kita bersyukur sepanjang masa kerana kesyukuran itu boleh dilakukan dalam setiap tindakan kita.Katakan Terima Kasih Ya Allah, dan pastikan nama Allah sentiasa di bibir kita di setiap tindakan kita. Dan saya doakan hari ini, anda semua pasti akan dipenuhi dengan magik-magik dari Allah SWT. Amin... :)
See More

[ KEINGINAN YANG BERAPI-API!!...]

KEINGINAN YANG BERAPI-API!!...

Bila baca buku Napoleon Hill, Think and Grow Rich, baru faham kenapa mereka di Barat menjadi Negara maju sekian lama. Rupanya, ilmu yang kita baru nak belajar sekarang ni, semuanya mereka dah belajar dah lama.Buku Think and Grow Rich pun mula dicetak pada 1937. Maknanya, mereka dah lama mendalami ilmu kejayaan ini. Jadi, insyaallah..bermakna kita pun sama..Semakin r...amai yang belajar ilmu kejayaan ini, semakin mudah dan cepat proses kejayaan untuk diri,bangsa,agama dan Negara kita.

Apa yang paling penting perlu ada pada semua orang yang nak berjaya? Paling penting ialah...The burning desire for achievement atau maksudnya, keinginan yang meluap-luap atau nak bagi ummph lagi, keinginan yang berapi-api untuk mendapat sesuatu kejayaan atau sesuatu yang kita impikan. Kalau kita rasa atau kata, kalau dapat ok lah..rezeki...tapi kalau tak dapat pun tak apa..Itu bermakna, tak betul-betul nak. Jadi, insyaallah tak dapat..

Kita mesti rasa walau apa pun, kita mesti dapat jugak. Tak kira siapa kita sekarang ini, tak kira berapa gaji atau simpanan atau untung kita sekarang ini, tak kira pangkat apa kita sekarang ini, tak kira berapa umur kita sekarang ini,tak kira kita ada masalah kewangan ke tak sekarang ni, semua tu tak penting..Yang penting, apa yang menjadi impian kita, apa yang kita tulis kita nak tu...cepat atau lambat, satu hari nanti pasti dapat!

Perkataan DESIRE adalah paling tepat. Kita sebut sebagai keinginan yang berapi-api...betul kan mentor? Inilah dia starting point sebenarnya kepada semua kejayaan yang ada di muka bumi selama ini. Di dalam keinginan itu adanya rangsangan yang kuat yang akan membuatkan mereka yang berjaya ini bertindak sehingga mereka berjaya!

Desire atau sama dengan keinginan,tapi bukan harapan tau...Teringat pulak kata-kata seorang kenalan baru-baru ni bila saya tanya macamana progress bisnesnya?..Dia kata, progress paling baik ialah isterinya dah hantar tender untuk berhenti kerja, sebab dia dah huru-hara dah..Jadi, katanya dia HARAP semuanya akan berjaya.Saya katakan padanya, No No...ini bukan masanya nak hope hope lagi..fikir MESTI BOLEH!!...Barulah boleh..kalau harap, belum tentu boleh..kalau harap, mungkin berjaya mungkin gagal.Kalau harap...dia akan jadi harap je lahh..tak ada tindakan ke arah itu...

Lagipun umur dah berapa? Anak pun dah banyak, dah membesar.Bukannya remaja lagi yang baru nak start geli-geli...Ramai remaja sekarang ni pun dah pandai, dah faham,dah excited nak berjaya!..Ni kita yang umur 3 series, 4 series, apa lagi 5 series ke atas, nak hope hope lagi? Sorry la, dah tak ada masa Kak Gayah oooiii..Kita kena ada rasa walau apa sekalipun, impian kita pasti tercapai!..Keinginan kita tu selalu kita kena fikir-fikirkan..selalu kita angan-angankan..selalu kita sebut-sebutkan..Jangan malu sebut nak kaya dan berjaya, kalau malu, insyaallah tak dapat....

Tengoklah nanti Kak Gayah, pasti tindakan Kak Gayah akan ke arah impian itu..Allah akan lorongkan dengan mudah je nak dapat apa yang kita tuliskan tu...Selalunya, kita tak akan sangka pun cara kita nak dapat tu macam tu..haaa paham ke paham? (Sori, terikut-ikut gaya mentor...sedap pulak cakap macam tu.:))

Sebenarnya, tak ada alasan pun kita tak boleh dapat apa yang kita impikan. Kita kena pandai rangsangkan minda kita, sering katakan dan fikir yang kita nak kaya dan berjaya BADLY ENOUGH!!...Orang yang tahu macamana nak rangsang minda dia, atau tanam di kepala hotak dia tentang biji benih kejayaan ni, insyaallah cepat lah dia ke puncak! Dalam kepala hotak kita kena sentiasa didominasikan oleh apa yang kita nak tu..apa impian kita tu..Penuhkan kepala hotak kita dengan impian kita..Tengoklah nanti, nak tak nak..terpaksa kayo Kak Gayah....

Tapi kena ingat...mengharap (hoping) dan menginginkan (desiring) adalah tak sama ye!..Mengharap ni adalah version negatif sebenarnya berbanding keinginan. Bila ada keinginan yang meluap-luap, baru akan disusuli dengan tindakan!..Jarang ada orang yang betul-betul berjaya jika masih di tahap 'hope' lagi..Tak akan kemana baannnggg....Dari dulu dok 'hope' sampai sekarang...dah 48 tahun mengharap dan mengharap...

Buang 'hope' tu..kita yakin yang kita boleh dapat!..Ingat, Allah mengikut sangkaan hambaNya?...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PEMBERI PETUNJUK (AL-HADI)
Membaca nama ini sebanyak 200 kali setiap hari akan membawa seseorang kepada kejayaan.Jika engkau tidak yakin akan tujuan engkau, membaca nama ini akan membimbingmu kepada pilihan yang tepat.Jika seseorang menulis nama ini pada sebuah cawan,memasukkan air hujan ke dalamnya,membacakan ya Hadi kepadanya dan meminumkannya kepada anak yang mengalami kesukaran menghafal dan tidak patuh,nescaya hal itu akan memperbaiki keadannya.
See More