Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, December 12, 2014

USAHAWAN DAHAGAKAN 'CREDIT'

Untuk kekal dan terus berjaya dalam berbisnes, kita perlu tanam satu perkara. Iaitu jangan pedulikan tentang 'credit' . Atau kata lain, Jangan tercari-cari pujian orang. 

Kenapa kita buat bisnes?

Kalau betul untuk menambah nilai hidup orang lain, kita tak sepatutnya frust kalau kita tak dipuji orang. Asalkan kita tahu apa yang kita buat sedikit sebanyak ada manfaatnya kepada orang lain.

Jadi, tak perlu sedih atau kecewa bila tidak dipuji. Sebagai usahawan, bukan itu aim kita.

Bagi saya, lebih baik tidak dipuji atau dikenali, tetapi sebenarnya tak menang tangan dibuatnya. Daripada orang puji melangit tapi sebenarnya tak ada apa.

Ada satu cerita. Kawan kami ni berjumpa dengan seorang CEO. Dia ingin berkenalan. Tapi CEO tersebut tak kenal dengannya. Terguris jugak katanya, sebab CEO tersebut kata, maaf tak pernah dengar nama company u.

Sedangkan kawan kami ni sangat hebat. Dia ada kontrak bisnes dengan TV3, ASTRO dan banyak lagi.

Suami saya katakan, u mungkin tak dapat apa-apa kredit dan penghargaan, tapi u ada kontrak ( yang besar-besar )!..

Apa pun yang kita lakukan, janganlah terlalu fokus untuk dapat pujian dan penghargaan manusia. Orang yang terlalu harapkan pujian selalunya orang yang EGO. Dia rasa dia layak untuk dipuji. Bila tak dipuji, dia akan buat satu keputusan berdasarkan EGOnya.

Ditakuti bila melibatkan EGO, dia tak dapat berfikir dengan baik lagi. Dia lebih kepada nak puaskan EGOnya, dan tersasar daripada matlamatnya untuk bantu lebih ramai orang lagi.

Jangan fokuskan pujian ya jutawan, kerana pujian boleh membuatkan kita alpa. Pujian boleh membuatkan kita rasa diri kita yang hebat dan pandai. Sedangkan segala kebaikan itu datang dari Allah jua.

WALLAHU'ALAM..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah...

Doa Hari Jumaat


Ya Allah...Ya Waliy...Ya Waliy..Ya Waliyy....

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatanMu Ya Allah, sesungguhnya Ya Allah Yang Maha Melindungi, kami ingin memohon Ya Allah, lindungilah ibu bapa kami, guru-guru kami, suami atau isteri kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami, ahli keluarga kami, pekerja kami, sahabat handai kami, rakan perniagaan kami, perniagaan atau kerjaya kami serta semua orang yang kami kenali atau tidak kenali ini Ya Allah...

Kami mohon Ya Waliyy, lindungilah hidup kami, lindungilah perbuatan kami Ya Allah, lindungilah percakapan kami Ya Robbi, lindungilah pemikiran kami Ya Tuhan, lindungilah kami, bantulah kami dalam mengenal segala kebaikan dan keburukan Ya Allah...

Kami mohon Ya Allah, semoga saudara kami semua ini berada dalam kalangan orang yang dilindungiMu Ya Allah...

Assalamualaikum & selamat pagi saudaraku sekelian!..Semoga bisnes kita ini atau kerjaya kita semua dilindungi Allah selamanya..Aminnn..Ya Robbal'alamin...

Terima kasih Ya Allah....

Thursday, December 11, 2014

TIPS PERTAMA UNTUK APPROACH OUTLET - ZARUL



Oleh : Zarul Shazidee Dan Ibrahim 

Assalam... ok seperti yg dijanjikan... sharing untuk "Bagaimana Nak jadi salah seorang Pembekal / Supplier untuk Produk IKS ( Industri Kecil Sederhana ) ok... sebelum go through pasal product.... sebelum barcode bagai.. sebelum halal certificate ke ape ke... sebelum semua2 tu... yang paling penting....

1) Sediakan Diri kita Dahulu..


Ok sebelum saya huraikan.. saya selalu tanya pada agent2 saya sebelum ni yang mana mereka pon selalu tanya pada Zarul... macam mana nak closed outlet..Zarul akan tanya... first sekali...

" Awak pakai macam mana masa datang approach outlet ?"

Simple kan... nampak remeh je soalan tu... jawapan rata2 Zarul terima ...

 "saya pakai biasalah... T-Shirt ..Jeans..Selipar" 

Dikk... kalau nak hasil yang luar biasa... pertama sekali... kita kena lah pkai "Luar Biasa" baru orang nampak kita "Tak Seperti Org Biasa"... tak bermaksud nak kena pakai neck tie... bowtie bagai... baju tightly in bagai... xperlu... cukup kita nampak outstanding... (*xmau pkai lip la lip lap kayy) outfit saya dan adik? Adik n Saya akan pkai T-Shirt je... tapi kami sarung Coat / Blazer.. Jeans dan Berkasut....!! 1 contoh terbaik... macam seorang dealer hebat Anis Cmc .... Abg Mhd Zaki ..kalau jumpa dia..tak pernah nampak dia berselipar... mesti berkasut... see??

Bila kita pakai smart..orang akan nampak nilai
"wow" dalam diri... kita persiapkan diri... senyum jangan lepas uols... kalau tak caya... try la masuk petrol station nak approach .... pakai macam ni... selain kita akan lebih yakin sebab smart... orang pandang kita melangkah masuk penuh yakin..

Percayalah... cuba buat tips pertama ni... confirm ..!! Kalau kita tak dapat masuk produk kita sekalipun di outlet tu... paling tidak orang akan pandang kita dengan nilai
"wow" ... ok tu tips basic yang pertama... wait next tips yang kedua..

UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH UNTUK TEAM ACMC BORNEO

Terima kasih atas sokongan Kementerian Pembangunan & Usahawan Negeri SABAH. 

Dan TAHNIAH team Anis Chocolate BORNEO dibawah Pn Munie Muniroh & Tn Sapri Abdullah. Semoga kita lebih mantap lagi!..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh : Munie Muniroh
Alhamdulillah . .sesi salam kenal dan tunjuk ajar dari pegawai Kementerian Pembangunan dan Usahawan untuk mantapkan produk #anischocmoistcake dan #tartmanja.
  • Banyak peluang dan dana untuk usahawan yang boleh dimanfaatkan..
  • Salah satu strategi marketing yang di ajar oleh mentor ialah kenali agensi - agensi yang berada sekitar kita untuk luaskan pasaran.
  • Tak perlu jauh - jauh dulu takluk wilayah sendiri dulu.
Jaya Parakkasi Sapri Abdullah Anis Cmc Junaidy Abu Bakar


QUOTES OF THE DAY - SHORT QUOTE

Kata motivasi orang lain tu memang best nak dibaca. 

Tapi percayalah...kalau kita kuat hanya kerana kata-kata orang...pasti kita tak akan bertahan. 

Seorang usahawan, kekuatan itu perlu datang dari dalam diri sendiri. Bukan dari kata-kata sesiapa.

- 4.13 PM

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang yang berjaya adalah orang yang bekerja lebih kuat daripada orang lain. 

Pada fasa pertama, tak ada istilah bercuti walaupun pada hari cuti...

8 tahun dulu, hari Sabtu Ahad, Raya Haji pun kami hantar kek dekkk....

 Jangan buang masa wahai usahawan...

- 12 .20 PM

ORANG PAHANG DATANG BELI TART NENAS?



Orang Pahang datang beli tart nenas?..

Wahhh jauhnya datang beli tart. Terima kasih sangat ye Pn Nurzillah dan Ameera. 
Citer Pn Nurzillah, memang selalu kalau turun Shah Alam rumah anaknya, dia mesti datang kedai kami @Sek 13 Shah Alam ni. 
Dia kata dia sukaaaaa sangat tart Bonda Meah ni :)
Tengkiuuuuu...Kalau nak tolong jual di Pahang pun boleh sangat ye Puan. 
Btw harini Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. 
Tapi kedai kami bukak seperti biasa ye. Maklumlah, dealer nak datang ambik stok kek, kenalah bukak kannn...
Kami tunggu anda datang ramai-ramai kayyy...

UBAH HABIT JE


Tahu tak adik-adik..kalau u all nak hidup u all berubah..kalau u nak berjaya, perkara paling pertama yang kita kena buat ialah ubah habit kita dulu..

Habit yang kecik je pun macam start tidur lebih awal supaya dapat bangun tidur lebih awal, atau elak dari main game, atau daripada suka dengar music, start sikit-sikit dengar selawat nabi...atau start cakap pasal nak kaya dan berjaya ...dengan kawan-kawan atau parents..banyak lagi lah contoh yang simple-simple ni...just name it..

Ketahuilah, perubahan yang kecik yang kita buat hari ni...akan memberi kesan yang sangat besar dalam jangka masa yang panjang..

Dan, semakin cepat kita berubah, semakin cepat kita akan dapat rewardnya!..

Berjaya muda muda lagi best!

Doa Hari Khamis

Ya Allah....Ya Mujib....Ya Wasi'...Ya Hakim...

Pada hari yang barokah ini Ya Allah..kami ingin memulakan hari yang indah kami ini dengan memohon..merayu padaMu Ya Allah..kerana Kaulah Yang Maha Mengabulkan, Yang Maha Luas...dan Yang Maha Bijaksana Ya Allah...

Semoga hari ini Ya Allah, rezeki yang Kau berikan pada kami ini Ya Allah, rezeki yang berlipat kali ganda barokahnya...rezeki yang melimpah-limpah keberkatannya...rezeki yang mencurah-curah manfaatnya...

Dan juga Ya Allah Yang Maha Bijaksana, jadikanlah kami orang yang suka bersedekah Ya Allah...Yang memahami bahawa segala rezekiMu itu, bukan semuanya untuk kami Ya Allah....ada hak dan bahagian orang lain di sebalik rezeki kami itu Ya Allah...

Aminnn Ya Allah...

Semoga hari ini merupakan hari paling barokah dalam hidup JUTAWAN semua!...

Terima kasih Ya Allah..

Wednesday, December 10, 2014

SAMBIL KERJA PUN DUIT MASYUKKK....




Bestnya dapat mesej dari Fizah si cantik jelita dari Kelantan ni!!..

Dia tulis macam ni. 

huhuuu best la...
jual kek akak kat ofis...
xdan 30min..
habis dijual...
esok nye siap ade tempahan order lg tu...

alhamdulillah..
pd mulanya bawak pi ofis utk mkn sendiri..
maklumla skrg musim ujan..kuat skit mkn

hihii bile hari2 mkn org mula tanya n fiza bg try...
hahahaaa lama2 semua pakat tersangkut dgn kek  tu....
"Sedap Sengoti-ngoti kek nih" kata diorg...
alhamdulillah..sambil keje pun duit masuk...
yg penting semua org suke...
mcm yg akak kata, dlm hidup ni perkara yg paling indah..bila kt buat org lain bahagia..



😙TERIMA KASIH FIZA😙

TIPS BISNES : Harus hormat menghormati sesama sendiri..


Ada yang first time deal bisnes?..
Tak kira anda anak siapa, isteri siapa atau pangkat setinggi mana pun, bila nak deal bisnes dengan orang lain...pastikan..

Anda mesti tunduk ke bumi!!..

Mesti respect prospect / klien yang kita jumpa..Antara tipsnya selain daripada SENYUM:

1.Lembutkan, maniskan dan lemakkan suara!...
(Kalau on the phone, pastikan guna suara dan bahasa yang menghormati orang, jangan berkasar dengan client/prospek kita! )

Ini pun dah cukup bagus..

Doa Hari Rabu

Ya Allah, Ya Ghafur..Ya Ghafur..Ya Ghafur..

Kaulah Yang Maha Pengampun Ya Allah..Kami mohon padaMu Ya Allah..Kau ampunilah segala dosa kami Ya Allah..Kami rasa berdosa Ya Allah..Kami mohon Ya Ghaffur, Kau bersihkanlah jiwa kami dari mengingati dosa kami Ya Allah..

Ya Allah, semoga kami tergolong dalam hambaMu yang diberi keampunan olehMu Ya Allah..Yang disucikan segala dosa kami Ya Allah..Yang lenyapkan ketakutan dan kerisauan kami kerana dibelenggu dosa semalam kami Ya Allah..

Kami ingin membina keyakinan Ya Allah..bantulah kami Ya Allah Ya Ghaffur untuk melupakan segala dosa yang telah kami lakukan Ya Allah..Hanya Kau Yang Maha Mengampuni dan Maha Melenyapkan...

Terima kasih Ya Allah...Terimalah doa hambaMu yang dhaif ini Ya Allah...

 Al fatihah untuk kedua ibu bapa dan guru kita...

Tuesday, December 9, 2014

MAKANAN MINDA KITA...


Cara kita berkomunikasi dengan diri kita akan mempengaruhi tindakan kita sepanjang hari serta mempengaruhi attitude kita.

Bagaimana kita bercakap dengan diri kita?

Adakah dengan rasa kecewa? Atau tergesa-gesa? Atau penuh ego? Atau sering menyalahkan? Atau sedih? Atau sering komplen? Atau marah-marah? Atau sering nervous? Atau perlahan-lahan? Atau tenang? Atau penuh kasih sayang?

Yang mana satu anda?

Perkataan yang selalu kita gunakan boleh menunjukkan kita seorang yang negatif atau yang positif. Tone yang selalu kita gunakan semasa berkomunikasi dengan diri kita juga boleh mempengaruhi seluruh tindakan kita sepanjang hari. Dan seterusnya sepanjang hidup kita. 

Maka, untuk menjadi positif..banyakkanlah berkata-kata positif..
Untuk mendapat ketenangan, perbanyakkanlah menggunakan perkataan yang menenangkan...

Dan..

Perasan tak? Untuk berjaya, maka perbanyakkanlah menggunakan perkataan tentang kejayaan..

Begitu juga untuk menjadi kaya..maka banyakkanlah berkomunikasi dengan diri tentang kekayaan..

Ramai yang tak perasan tentang ini..Ramai yang tak kisah apa yang nak dibaca. Seronok membaca kata cacian, seronok membaca kata makian...seronok membaca gossip yang sia-sia. Mungkin tak perasan bahawa emosi cacian dan makian tadi akan masuk dalam minda kita. Dan kalau itu menjadi habit, habislah kita...Kita pun akan jadi sama. Sama seperti apa yang kita baca, apa yang kita cakap. 

WE ARE WHAT WE READ.
WE ARE WHAT WE TALK.
WE ARE WHAT WE WATCH. 

Insyaallah..apa yang kita sering katakan pada diri kita..perkataan yang sering kita gunakan dalam berkomunikasi akan mempengaruhi kehidupan kita...

Maka berkatalah yang baik-baik..yang indah dan mendamaikan..serta kata-kata ke arah kejayaan..

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA...

Indahnya hidup dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..

Doa Hari Selasa

Ya Allah Ya Muhyi..Ya Muhyi..Ya Muhyi...

Ya Allah, Kaulah Maha Menghidupkan Ya Allah...Kaulah Yang Maha menyembuhkan Ya Allah...

Di subuh hari ciptaan Allah yang indah ini, kami mohon padaMu Ya Allah..Kau sembuhkanlah segala penyakit di kalangan kami ini yang sedang menderita kesakitan Ya Allah..

Bantulah mereka Ya Muhyi..Lenyapkanlah dosa mereka Ya Muhyi..Bangkitkanlah mereka dari kesakitan itu Ya Muhyi..Kasihanilah mereka, semoga mereka cepat sembuh dan sihat semula bagi meneruskan perjuangan yang masih panjang ini...

Terima kasih Ya Allah...Hanya Kau Maha Penyembuh...Insyaallah, bacalah Ya Muhyi 68 kali setelah solat fardhu, nescaya dia akan sembuh. (Terima kasih SynergiMedia).

Al fatihah untuk ibu bapa, guru-guru kita serta mereka yang sedang menderita kesakitan...

Monday, December 8, 2014

Selamat Malam.. Salam Sayang Semua - short quote

Kita juga takut...
Kita juga risau..
Kita juga kecewa..
Kita juga marah..
Kita juga sedih..

Tapi 
kita juga tahu..

Takut..risau..kecewa..marah.. sedih..
Tidak akan hilang jika dipanjang-panjangkan..jika di dalam-dalamkan...

Malah..akan lebih merebak, akan lebih membesar..akan lebih berjangkit...akan lebih berkembang...

Maka...

Cukuplah hanya kita dan Dia tahu..

Takut..risau..kecewa..marah..dan sedih kita...

Kerana hanya Dia yang mampu melenyapkannya...

 Selamat malam..salam sayang semua...

Design Hidup - short Quote

Daripada kita tunggu untuk belajar melalui pengalaman yang belum tentu berapa lama...

Kenapa tidak kita yang 'design' hidup kita 5 tahun lagi?

 Allah mengikut sangkaan hambaNya...

SATU PERKARA DALAM SATU MASA


Saya ada satu rahsia. 
Rahsia tentang minda kita. Tapi please ya, saya bukan pakar atau pandai. Saya pun dapat dari membaca. Mungkin tak betul, anda kajilah sendiri ok. 

Berbalik pada rahsia tadi. Kalau kita faham, insyaAllah kita tak akan rasa risau lagi...

Ok.
Ada satu law. Law ini mengatakan, minda kita tak boleh fikir 2 perkara pada satu masa yang sama. 

Jangan percaya. Tapi try buat macam ni. Pejamkan mata anda. Fikirkan dan bayangkan tentang anda mengerjakan Umrah dan fikirkan juga perkara yang anda nak buat esok. (Go ahead, try it).

Perasan tak? Kita hanya boleh fokus satu perkara dalam masa yang sama. Bila nak fikir yang lain, delete yang pertama, barulah masuk wayang yang kedua. Betul betul? 

Pointnya sekarang, bagaimana dengan sifat minda kita ini kita dapat kurangkan rasa kerisauan?

Ada satu cerita. Al kisahnya ada seorang ibu ini yang risaukan keselamatan anaknya. Anaknya menjadi tentera. Ibu ini sering teringatkan anaknya. Selamatkah dia? Dimanakah dia? Adakah sesuatu yang terjadi padanya? Atau dia dah terbunuh?

Tapi tak lama kemudian, dia dilihat kembali tenang dan gembira. Wahhh!..Macamana dia buat ye? 

Katanya, dia buatkan diri dia sibuk. Pertama, dia berhentikan pembantu rumah. Dia sibukkan diri mengemas, memasak, membasuh dan sebagainya...

Mulanya ok. Tapi..lama-kelamaan dia terfikir semula tentang anaknya terutama semasa dia basuh pinggan dan mengemas katil. 

Ohhhh??..

Ya lah kan...masa tu minda buat kerja dah auto pilot. Tak perlu guna minda lagi, tangan jalan je buat kerja. Jadi minda kosong masa tu. Mulalah terfikirkan tentang anak...

Tak boleh jadi ni katanya. 

Dia pun ambil keputusan untuk bekerja. Katanya, dia perlu buat sesuatu untuk sibukkan mental dan fizikal setiap waktu. 

Dia mula bekerja di bahagian jualan. Dan dia berjaya melupakan kerisauannya.

Ye lah, pelanggan sentiasa bertanya tentang harga, tentang saiz, tentang warna dan sebagainya sehingga dia tak sempat fokuskan minda dia kepada perkara yang lain. 

Bila malam pula, dia juga tak sempat fikir yang lain kerana terlalu cepat dirinya atau mindanya mencapai 'unconsciuos'. 

Maksudnya? 

Dengan badan dan kaki yang keletihan bekerja, dia cepat mengantuk. Jadi, tak berapa saat dah unconscious. Dah tak sedar. Dah tak sempat lagi nak risaukan apa-apa...
Makin lama emosi risau itu akan hilang...

Nampak sesuatu? 

Nampak tak powernya minda kita? Nampak tak bagaimana sifat minda kita itu kita dapat gunakan untuk mencapai kejayaan hidup kita? 

Ok ya jutawan. Semoga perkongsian saya hari ini dapat membantu anda semua dalam mencapai matlamat hidup anda. Salam kaya dan berjaya. 

Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah..

Doa Harian

Ya Allah...Ya Hakam..Ya Adl..Ya Latif...

Kami ingin menyembah dan memohon padMu Ya Allah Yang Maha Menetapkan Hukum, Yang Maha Adil, Yang Maha Halus.....Kau jadikanlah kami di kalangan mereka yang kuat semangat Ya Allah...yang mempunyai dalaman yang kuat, dalaman yang sihat dan suci Ya Allah..untuk kami dapat mengharungi dugaan dan ujianMu Ya Allah...

Kami yakin semoga apa yang Kau limpahkan..kekuatan yang Kau berikan ini boleh jadikan kami orang-orang yang berjaya demi keluarga dan orang-orang di sekeliling kami Ya Allah Ya Rabbi....

Terimalah doa kami ini Ya Allah..Ya Robbi...

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Wish you to have the very BEST day today in your life!!..Enjoy your work and your business today!..

Sunday, December 7, 2014

Risau - short quote

Kebanyakan daripada kita risau risau dan risau tentang nasib malang yang bakal berlaku pada kita satu hari nanti...

Kita habis banyak masa untuk risau. Kita habis banyak tenaga untuk risau...Tapi bila masa berlalu..sebenarnya tak ada apa pun yang berlaku...

Jangan buang masa risau itu dan ini. Hiduplah hari ini dengan penuh syukur dan gembira...dan lihatlah masa depan yang indah sedang menanti kita...

 Indahnya hidup dengan bersyukur....

Saturday, December 6, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...








Pasangan sehati sejiwa...

Dengan partner kami yang awesome Pn Munie & Tn Sapri 


Terharunya...gembiranya bila adik-adik staff seorang demi seorang melayari gerbang perkahwinan. Tahniah ya Razwin dan Zora dari KK Sabah.

Mereka berdua bertemu cinta di kilang kek cinta hati kesayangan kami semua..(@ Alamesra KK).

Lain betul perasaan ni. Rasa special sangat harini..Apa lagi berkongsi tarikh keramat hari ni kannn...

 Selamat pengantin baru Razwin & Zoraya. Selamat berbahagia hingga hujung nyawa...




Doa Harian

Ya Allah...Ya Ghaffur..Ya Syakur...Ya 'Aliyy.....

Sesungguhnya Ya Allah..Kaulah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mensyukuri, Kaulah Yang Maha Tinggi Ya Allah....

Kami mohon padaMu Ya Allah, Kau ampunilah semua dosa-dosa kami Ya Allah, dosa kedua ibu bapa kami, juga kedua ibu bapa mertua kami, guru-guru kami dari kecil hingga sekarang Ya Allah, kesemua ibu bapa saudara kami, kesemua ibu bapa angkat kami, pekerja kami, kesemua saudara mara kami, sahabat-sahabat kami, jiran-jiran serta rakan perniagaan kami ini Ya Allah, sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada Ya Allah...

Semoga Ya Allah...Kau tempatkanlah mereka di syurgaMu Ya Allah...

Aminnnn.. Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah.....

Assalamualaikum, hai saudaraku yang Awesome!..Semoga jualan anda adalah paling tinggi hari ini!!....

Alhamdulillah sujud syukur Ya Allah...

Friday, December 5, 2014

AL KISAH PEKERJAKU...







Sejak semalam saya teringat sesuatu. Iaitu berkenaan dengan pekerjaku..Cewah..


Anda perasan ke perasan bahawa saya tak kisah dan suka expose gambar pekerja saya? Walaupun pekerja saya Bangladeshi si hitam pekat? 



Pernah tak saya terfikir untuk sorokkan mereka ni? Ye lah nanti Orang Malaysia nampak macamana? 



Mungkin ada yang tak suka. Sebab saya tahu ramai yang tak suka dengan orang Bangladesh ni. Ada yang rasa jijik, saya tak pasti kenapa. Mungkin kerana kulitnya yang hitam legam, tak secantik dan seputih mereka.

Ada yang rasa marah pulak sebab seolah-olah mereka menutup peluang pekerjaan orang tempatan. 

Saya tahu semua tu. 

Tapi saya tetap expose. Saya tetap ambil gambar mereka dan upload di facebook. Saya buat perkara yang sama dengan pekerja Indonesia dan pekerja lokal saya. Saya tak akan sembunyikan sesiapa. 

Tak pernah terdetik di hati saya, jangan tunjuk kami ada pekerja Bangladesh kepada rakyat Malaysia. Nanti rakyat Malaysia tak beli kek pulak. Hehe.. Ya lah ramai orang Malaysia kan tak suka Bangla. 

Sejak 4 tahun dulu. Sejak kami bukak kedai. Siapa yang sanggup tolong kami? Siapa yang sanggup buat kerja sampai tengah malam? Siapa yang selalu kata kakak..abang..macamana ni, kek slow (masa kek slow)? Kalau laju bagus!..Mereka selalu mendoakan kami.

Siapa yang seronok bila permintaan kek tinggi masa raya bulan lepas? Kami tak sampai hati nak suruh mereka OT masa bulan puasa. Tapi kerana dorang sendiri tengok order banyak sangat. Dorang sendiri buat shift sesama dorang. Ada yang tak tidur sampai ke pagi. 

Kata Razak dan Hero, tak apa abang..kakak...setahun 4 hari saja macam ni (hujung-hujung bulan puasa). Bukan selalu pun. Customer mintak, kita kena bagi. Sedangkan kami tak suruh..

Allahuakbar!..

Bagi saya, kenapa kita nak menidakkan mereka? Mereka juga manusia. Bukankah manusia perlukan kasih sayang? Adakah orang Bangladesh tak perlu semua tu? Mereka hanya layak untuk dikasari? Mereka hanya layak untuk di beri arahan semata-mata? Tak layakkah mereka mendapat kasih sayang? 

Adakah kerana mereka dianggap bodoh, tidak berpelajaran maka mereka terdampar di bumi Malaysia? Tapi kita pulak langsung tidak menghargai mereka? 

Anda tahu atau tidak, kalau kami pengusaha hanya menunggu pekerja lokal maka kami mungkin akan tutup kedai? Tahu atau tidak pekerja lokal kita tak mungkin akan bertahan lama jika mereka bekerja? 

Bukan tak ada pekerja lokal yang bagus. Kami ada 7 orang pekerja lokal yang dah bekerja lebih setahun. Tapi yang dah resign? Lebih ramai lagi..Yang ofis lainlah, memang semua lokal. Sedangkan pekerja Bangladesh dan Indonesia berapa orang? Hampir 40 orang!..Berapa nisbahnya? 

Nampak ke nampak? 

Bagi pengusaha seperti kami, tak ada pilihan. Kami tak boleh memilih pekerja. Nak yang lokal sahaja? Ini KL. Ini Lembah Kelang. Kalau di kampung mungkin mudah sikit. Ada orang yang masih nak kerja potong buah seperti Jeruk Madu Pak Ali. Kalau di KL? 

Maaf. Saya tak rasa salah kalau kami ambil pekerja Bangladesh dan Indonesia kalau hanya mereka ini yang nak bekerja. 

Bagi saya apa salahnya? Mereka juga manusia. Tambahan pula mereka juga beragama Islam. Solat pun tak tinggal. Mungkin lebih baik dari orang kita. Takkan Allah kata kasih sayang hanya perlu bagi kepada orang Malaysia SAHAJA? Orang Indonesia, Bangladesh jangan bagi kasih sayang? Mereka tak perlu kasih sayang? Mereka tu siapa? Bukankah manusia sama macam kita juga disisi Allah?

Mereka juga datang jauh-jauh berkorban nyawa naik tongkang, kena bayar lagi..kena tipu lagi..Mereka datang sini cuma nak mencari rezeki. Rezeki Allah kan Maha luasnya?.Ada di mana-mana..

Bumi ini, bumi itu, bumi di mana-mana saja bukan bumi kita. Bukan hak kita. Semuanya hak Allah Ta'ala. Dialah Maha Pencipta. Kita cuma pinjam sementara. Kenapa kita nak kedekut? Kenapa kita rasa mereka tak layak mencari rezeki di bumi Allah ini? 

Layanlah mereka..Berilah sedikit saja kasih sayang kita kepada mereka jika tak mampu beri banyak..Mereka tiada siapa-siapa di sini. Nereka jauh dari keluarga. Mereka hanya mengharap secubit kasih sayang yang datang dari senyuman kita. Yang hanya mengharap kata-kata yang lembut dari kita...

WALLAHU'ALAM...

 Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..