Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, December 31, 2012

Biarkan anak-anak meminta..

Eh mana boleh biarkan anak-anak meminta? Nanti diorang ni naik lemak pulak..mintak je pandai,senang sangat dapat yang dihajati,nanti tak tau pulak macamana nak cari sendiri,kan?

Tapi..ini dari perspektif yang sangat berbeza...

Dulu aku pun tak suka anak-anak meminta-minta itu dan ini..kerana takut diorang akan senang dapat apa yang dihajati tanpa bersusah payah..tapi, bila difikir-fikirkan balik,ada baiknya sebagai ibu dan bapa,kita layan saja imaginasi mereka..layan saja permintaan mereka..(bila dikata layan,bukan bermaksud beri saja apa yang mereka minta..tapi bermaksud kita layan saja perbualan atau permintaan mereka itu..memberinya bukan serta merta,tetapi mengambil masa..bukan mintak dan terus dapat).

Kerana,lihat kembali sejarah kita masa kecik-kecik dulu..

Aku,datang dari sebuah keluarga yang biasa-biasa saja..ayah seorang Kapten Feri (Feri Pulau Pinang), ibu pula seorang kerani..jadi kehidupan aku seperti juga kawan-kawan lain,tiada yang lebih..hidup secara sederhana..tapi, di antara kawan-kawan,ada yang datang dari keluarga berada.Melihatkan kemewahan mereka..aku pun teringin juga..Bila cuti sekolah,kawan-kawan ini bercuti ke sana sini..ada yang lebih kaya,mereka ke luar negara..

Bukan tak teringin,tetapi sangat tak sampai hati untuk meminta-minta dengan mak dan abah..Sebenarnya bukan tak sampai hati,tapi memang dah tahu kalau mintak pun mereka memang tak mampu..Dan kita tidak diajar meminta-minta kerana kita kesihankan melihat keadaan ibu bapa kita..Kita faham tentang situasi kewangan mereka...

Tapi zaman berubah...sekarang aku dah faham, kenapa anak-anak perlu meminta atau memberitahu kami keinginan mereka..Sebenarnya,dari permintaan-permintaan inilah yang akan membuatkan adrenalin kita melonjak naik..Aku dan suami sependapat,kami perlu tahu keinginan anak-anak,kami tak tolak mentah-mentah permintaan mereka..Dari sinilah turning point bagi kami sebagai ibu bapa sama ada memilih untuk menjadi ibu bapa yang MALAS atau yang terpaksa BERTINDAK bagi merealisasikan impian anak-anak kami..

Sebenarnya, budaya nenek moyang yang kita ikut dari zaman ke zaman iaitu supaya kita tidak meminta-minta itu adalah sebenarnya datang dari KEMALASAN...kemalasan mereka untuk BERTINDAK ataupun,mereka cuba mengelak dari berfikir bagaimana mereka perlu bertindak untuk merealisasikan impian anak-anak mereka?

Sejak itu aku faham kenapa kita perlu membuatkan anak-anak kita memasang impian...dan kita perlu tahu dan diberitahu impian mereka..Secara sedar tak sedar,jika kita tahu apa keinginan anak-anak kita, sebenarnya subconcious mind kita akan menggerakkan kita BERTINDAK ke arah melaksanakan keinginan mereka ini...

Sama ada kita nak  atau tak nak,kita terpaksa melakukan sesuatu supaya hajat anak-anak kita tercapai..Kita boleh pilih untuk buat-buat tak tahu kalau kita MALAS BERTINDAK...Dan satu lagi pilihan ialah kita perlu
TERUS BERTINDAK..jika tak,pasti impian anak-anak akan menjadi angan-angan mat jenin sahaja..KESIAN anak-anak kita..Kita yang MALAS BERTINDAK...mereka yang terpaksa melalui keperitan dan kesusahan hidup..Mereka terpaksa hidup dalam rumah yang sempit..mereka terpaksa menaiki kereta yang tua dan busuk..mereka terpaksa hidup dengan segala kekurangan...mereka terpaksa mempercayai kata-kata ibubapa mereka.."Kita tak mampu nak,kita bukan orang kaya..ibu dan ayah gaji tak banyak.."

Tapi sebenarnya ibu bapa ini MALAS BERTINDAK dan TIDAK MENCARI JALAN KELUAR..tapi terus hidup dalam COMFORT ZONE..

Antara kisah BERANI 2013 - MAK ABAH kami yang AWESOME!

Antara kisah BERANI 2013 - MAK ABAH kami yang AWESOME!

Alhamdulillah..banyak betul yang nak share pasal BERANI 2013 yang kami hadiri tadi di Wisma MCA,KL (30.12.12).

Tapi sebelum nak share yang lain-lain..satu perkara ni yang teringat-ingat sangat dari tadi..Meh nak citer sikit...

Tadi semasa kami melangkah keluar dari dewan,kami didatangi oleh 2 orang peserta yang ingin share pengalaman,share kekuatan,share kelemahan,share kesedihan dan banyak lagi lah..dan memang sangat best lah sharing tadi..Dari air muka yang sangat rendah diri,tak mempunyai keyakinan diri,saya dapat rasakan semakin bercahaya wajah mereka,semakin yakin dengan diri mereka...Mereka ni menjalankan bisnes pakaian dan ice-blended..

Tetapi dalam banyak isu yang kami share,saya teringat cerita mereka ni mengenai cabaran yang terpaksa mereka lalui bila berhadapan dengan orang-orang yang negatif. Memang sangat ramai orang menghadapi cabaran yang macam ni..tapi yang lebih menyukarkan mereka ialah orang yang negatif ni adalah orang yang mereka sayangi,orang yang paling dekat dengan mereka...orang itu ialah ibu mereka sendiri....

Kata salah seorang dari student ni, lagi tak best katanya..ibunya sendiri tidak menggalakkan dia pergi ke kelas2 Dr Azizan ni..katanya, "ko tak payah lah pegi kelas2 tu lagi..yang kayanya dia (DAO)...bukannya kau yang kaya..."

Saya tak nak komen tentang kata-kata ibunya tadi..tapi sebenarnya saya termenung seketika..saya sangat-sangat bersyukur,saya dan suami tak pernah mengalami situasi yang macam tu..jadi saya tak pernah terfikir ada jugak ibu yang macam tu..yang tak menggalakkan anaknya mencari ilmu..yang tak menggalakkan anaknya mencari jalan keluar daripada kesusahan dan keperitan hidup..

Ingin sekali kami mengabdikan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana kami mempunyai ibu dan bapa yang sangat AWESOME!!...

TERIMA KASIH dan SEGUNUNG TAHNIAH kepada kedua-dua ibu dan bapa kami iaitu Abah Abu Bakar dan Abah Md Hanipah serta Mak Kalsom dan Mak Salmah kerana kedua2 abah dan mak ini begitu positif,sangat memberi support kepada kami walaupun mereka sendiri dulunya makan gaji dan surirumah sahaja...Kami sangat menghargainya kerana rupa-rupanya susah nak mencari mak2 dan abah2 yang SPORTING dan yakin dengan kemampuan dan kebolehan kami seperti MAK DAN ABAH...

Alhamdulillah,semoga kami akan menjadi macam MAK dan ABAH yang sentiasa POSITIF tentang anak-anak,tidak takut kalau-kalau anak2 akan gagal...MAK dan ABAH sentiasa memberi peluang kepada kami untuk mencari jalan kami sendiri,tidak risau yang melampau tentang kami,sangat yakin kami akan berjaya dengan pilihan hidup kami ini..dan sesungguhnya ianya telah memudahkan proses kejayaan kami..MAK dan ABAH memang BERANI!...

Kami sangat-sangat BERSYUKUR mempunyai mak seperti MAK dan ABAH...Impian kami kepada MAK dan ABAH..semoga tahun 2013 ini dan seterusnya, kami dapat lebih banyak berbakti kepada MAK dan ABAH,lebih banyak masa,wang ringgit dan tenaga dapat diluangkan untuk MAK dan ABAH dan semoga MAK dan ABAH sihat dan bahagia sepanjang hayat..Doakan kami MAK ABAH..Kami sangat sayangkan MAK dan ABAH.

Amin..amin..amin..Ya Rabbal'Alamin....

Saturday, December 29, 2012

KAMI PUN TAKUT...

Orang kita TAKUT GAGAL?..Kami pun dulunya takuttt..8

Itulah ketakutan paling besar dalam diri kita..Jangankan kata orang lain, kami sendiri pun dulunya orang yang seperti sebahagian besar macam kat luar sana..Bertahun-tahun buat kek di rumah.Dari rumah kecik,seorang pekerja (Kak Wati) berpindah ke rumah yang besar sikit..sebab rumah lama tu dah tak muat nak letak orang dan nak letak barang.Kesian pulak kat pembantu dan anak-anak terpaksa bersempit-sempit tak selesa berkongsi tempat dengan si chocolate cake pulak..

Bila dah tak muat rumah yang kecik tu,pindah pulak ke rumah yang besar sikit..pekerja pun dah bertambah menjadi 2 orang, cari yang ada kitchen besar sikit..boleh letak steamer kat belakang rumah..nasib baik jiran semua bekerja siang hari,so diorang tak dengar bunyi steamer kami macam bunyi hon keretapi tu.Masa tu dah berada di comfort zone..teragak-agak nak bergerak..nak bertindak..sungguh tak ada kekuatan masa tu..Takutttt...

Tapi dalam diam-diam,aku dan suami berpusing-pusing jugak ke kawasan yang berhampiran dengan rumah untuk mencari kedai.Setahun jugaklah kami berlegar-legar kat Shah Alam cari kedai..bila tanya berapa sewa sebulan?Rm 4K,Rm 5K..yang best kat Glenmarie sampai Rm 7K.Semangat yang menggunung longlai lagi..tak mampu rasanya nak bayar sewa sebanyak tu..jadi kami bertahan lagi dalam comfort zone kami...Takuttt dengar sewa sebanyak tu..terus down lagi..

Takut betul nak bergerak (atau nak cari kedai) masa tu,nak kata takut kek tak laku..masa tu dah 4 tahun buat kek..sale increasing every month n every year..Tapi masih tak BERANI lagi nak keluar dari rumah..senang buat kat rumah,selesa..maid/pekerja yang buatkan kek pun senang,tak payah nak gerak2 ke mana2..pastu boleh sambil2 tengok-tengokkan anak-anak sekali..waaa best,senang hidup macam ni..risiko paling rendah...Lagipun masa tu takut, dapatkah kami bayar duit sewa kedai tu nanti?dapatkah bayar duit gaji pekerja?dapatkah bayar duit bil air dan elektrik?
takutttnyaaa...Tapi yang paling takut adalah KAMI TAKUT GAGAL..Akibatnya, kami terperangkap dalam comfort zone lagi..

Turning point yang pertama untuk kami keluar dari comfort zone ialah bila mendapat semangat dari sepupu suami iaitu Abang Lan dan Kak Iza..Ingat lagi Abang Lan cakap,tak boleh dah buat kat rumah tu..kena expand..cari kedai..Suami masih takut-takut lagi..Lepas tu kami ke beberapa kursus nak buat pinjaman nak bukak kedai..nak dapatkan idea camana sebenarnya orang dok buat pinjaman ni..tapi disebabkan masih TAKUT lagi..kami pun sengaja melupakan impian kami..impian anak-anak kami..

Tapi...turning point yang paling utama ialah bila saya dapat memujuk suami menemani untuk ke Seminar Dr Azizan..masa tu SKPD..pada April 2010.Sebenarnya boleh je saya ajak kawan-kawan ke seminar tersebut,tapi masa tu dah pandai sikit..saya fikir,saya ni jenis yang senang belajar,sure saya akan dapat sesuatu/semangat dalam seminar tersebut (perasan!). Tapi apa gunanya kalau saya bersemangat sorang-sorang?Kalau saya sorang,nanti balik rumah suami bukan nak faham apa yang kita ceritakan..nanti dia condemn lagi..last-last bila kita sakit hati,kita pun diam je lah kannn..Jadi,macamana pun saya kena cari jalan supaya suami ikut sama dalam kelas tersebut.

Alhamdulillah..suami pun diberi Nur untuk menemani saya..Ingat lagi,kami duduk di depan sekali..Awal-awal lagi saya dah bersemangat dan boleh ngam dengan cara penyampaian Dr Azizan..Tapi bila tengok suami kat sebelah..Nampak sangat dia tak boleh terima cara Dr Azizan..bila disuruh tepuk tangan,dia tak tepuk..disuruh bangun,dia macam nak marah..(Sekarang kalau suami tengok student Dr Azizan dlm seminar2nya yg buat endah tak endah dengan arahan Dr Azizan..marah pulak dia..hehe..)

Tapi....selepas sejam,dua jam..saya perhatikan suami dah releks..dah boleh tersenyum kalau Dr Azizan buat lawak..dah boleh ikut tepuk tangan..dah boleh bangun melompat!..Alhamdulillah..sayalah manusia paling happy masa tu..Rupanya bila dah balik rumah, suami cerita..memang betul lah dia EGO pada mulanya..sebab katanya dia pun di bidang HR kan ada training..Selalunya dia kata training di ofis ni adalah perkara yang paling membosankan..mengantuk sebab trainer kadang2 baca apa yang tulis kat manual atau slide saja..dan semuanya teori semata-mata..

Yang ini lain..kata suami..dia kagum melihat Dr Azizan dapat control seramai 2000 orang di Wisma MCA.Mereka ini semua terpaku dan tak bergerak-gerak dari tempat duduk selama berjam-jam..nak ke toilet pun rasa rugi takut ada point yang terlepas..

Dan semenjak itulah kami menjadi orang yang BERANI!..

Lepas balik saja dari kelas Dr Azizan...kami mula cari kedai..rumah pun dah tak macam rumah..bayangkanlah,meja makan kami seperti pulau yang dikelilingi telur,gula,tepung dan kotak-kotak..Memang sudah sampai masanya kami perlu bertindak!

Bila diri dah di kelilingi aura-aura positif..kita akan menjadi magnet kejayaan dan kekayaan..ia akan terjadi bagi orang-orang yang mempercayainya sahaja..Kedai yang sebelum ni kami tak dapat cari,tiba-tiba menjadi banyak sangat pilihannya masa tu.Kami pilih kedai yang paling belakang kerana itulah kedai yang paling murah pada masa tu (Mei 2010) dan rancangan asal kami nak buat production kek sahaja.

Dari situlah kami dah mula jadi BERANI..BERANI DAN BERANI!...Dari takut nak bukak 1 kedai (Mei 2010), selepas setahun kami bukak kedai ke 2 (Oktober 2011) untuk production tart nenas kami..dan June 2012 kami buka kedai untuk production kek yang ke 3..Alhamdulillah..ini semua terhasil dari keBERANIan dan keyakinan kami yang tinggi kepada Allah SWT.Juga jutaan terima kasih kami kepada Dr Azizan Osman kerana andalah kami menjadi seBERANI begini...Semoga Dr Azizan Osman dan keluarga serta keturunannya diberi rezeki yang melimpah-limpah dan di bawah lindungan Allah SWT.

Thursday, December 20, 2012

Dr.Azizan kata,"Jangan tanya salah orang.."

Dr. Azizan kata, "Jangan tanya salah orang"..

Kalau nak start berbisnes,jangan tanya pada orang yang tak pernah berbisnes..

Kalau nak bisnes jual tayar,jangan tanya pada orang yang bukak spa...

Kalau nak berhenti kerja,jangan tanya pada orang yang masih bekerja..

Kalau nak bukak kedai,jangan tanya pada orang yang tak pernah bukak kedai..

Kalau nak beli Mini Cooper, jangan tanya pada orang yang pakai Kanc..

Kalau nak jadi orang kaya, tanya pada orang kaya..

Kalau nak masuk Seminar Dr Azizan..tanya pada student Dr.Azizan..

Kalau nak tahu Seminar Dr Azizan tu ok ke tak,best ke tak...tanya student Dr Azizan yang dah berjaya...

Kalau masih takut-takut nak masuk kelas Dr Azizan,tanya pada mereka yang BERANI masuk!..

Jom kita daftar BERANI 2013!..





Monday, December 17, 2012

Senarai Rangkaian Kedai Mesra Petronas Dan Outlet-Outlet Yang Terpilih di LEMBAH KELANG


SENARAI RANGKAIAN KEDAI MESRA

1.Subang Airport
2.Kg Melayu Subang
3.Bukit Subang
4.Bukit Jelutong (Residential Area)
5.Bukit Jelutong (Highway)
6.Batu 3, Shah Alam
7.Sek 6, Shah Alam
8.Sek 7, Shah Alam
9.Sek 13, Shah Alam
10.Sek. 18, Shah Alam
11.Sek 20, Shah Alam
12.Sek 22, Shah Alam
13.Sek 28, Shah Alam (Alam Megah)
14.Sek 26, Shah Alam
15.Federal Highway, Shah Alam (to Klang)
16.Federal Highway, Shah Alam (to Shah Alam)
17.Kesas Highway (to Proton)
18.Kesas Highway (Shah Alam to KL)
19.USJ 1
20.USJ 2
21.USJ 4
22.USJ 6
23.USJ 9
24.USJ – Puchong Highway
25.Putra Heights
26.Batu 14, Puchong
27.Puchong Gateway
28.Precint 9, Putrajaya
29.Precint 11, Putrajaya
30.Kinrara – Bukit Jalil Highway
31.Bandar Kinrara 5
32.Bandar Kinrara 6
33.Puncak Jalil
34.Desa Mentari, Sunway
35.Jalan Gasing, PJ
36.Jalan Selangor, PJ
37.Jalan 222, PJ
38.Jalan Maarof, Bangsar
39.Subang Bestari
40.Jalan Tun Razak
41.Jelatek
42.Ulu Klang 2 (Opposite Zoo)
43.Pandan Indah
44.Jalan Segambut
45.Danau Kota, KL
46.Jalan Kolam Ayer, KL
47.Taman Dagang, Ampang
48.Ulu Klang 1
49.SKVE Highway
50.NGV Bandar Tasik Selatan
51.Precint 18, Putrajaya
52.AU2, Keramat (Kopetro)
53.Wangsa Melawati
54.Ulu Klang 2
55.Jalan Kolam Air Lama
56.KESAS Kinrara
57.Taman Cempaka Sari, Kuala Lumpur
58.Jalan Ampang, Kuala Lumpur
59.NKVE Highway
60.Exit Tol Subang (Plus Highway)
61.Seksyen 15 (opposite toyota)
62.Mesra Bestari(Pekan Baru Subang)
63.Aikhalman(opposite JAKEL Shah Alam)
64.SMN(Wangsa Melawati)
65.Taman Melati(opposite Bomba station)
66.SJ Trade(Jalan Genting Kelang,Setapak)
67.Taman Setiawangsa
68.USJ 20
69.Persint 16
70.Alam Sutera
71.Taman Cempaka Sari
72.Rezeki Naim(LDP Puchong Gateway)


                  LAIN-LAIN LOKASI/OUTLET


73.Caltex ( Pasir Mas ),  Sunway
74.Caltex ( Nagasari ) , Subang Perdana
75.Caltex ( Biru Petroleum ), Kelana Jaya
76.Caltex, Setiawangsa
77.Caltex Bt.6, Jalan Cheras
78.Petron, Bkt Antarabangsa
79.Petron, Sri Rampai
80.BHP, Sri Petaling
81.BEE’s,  PKNS Shah Alam
82.BEE’s, Plaza Masalam
83.Pusat Bowling Ole-Ole Shah Alam
84.Pusat Bowling Monterez Subang Permai
85.Indah Berbunga Florist Shop, Subang Jaya Medical Center
86.Restoran Sajian Utara, Kelana Jaya
87.Petron Kesas ( Shah Alam to Subang )

Saturday, December 15, 2012

ORANG KITA MALU DAN TAKUT BERBISNES?

ORANG KITA MALU DAN TAKUT BERBISNES?

Orang kita..orang melayu, khususnya orang Islam masih malu..atau malu-malu nak berbisnes.Ada yang malu nak menjual.. Ada yang malu-malu nak mengaku berbisnes..katanya saja suka-suka? Ada ke bisnes suka-suka je? Buat apa suka-suka? Buang masa,tenaga dan wang ringgit je..Selalunya orang jenis buat suka-suka je ni..tak lama bertahan..nanti dia akan penat sendirinya..duit,untung pun tak nampak..Akhirnya,tukar bisnes lain pulak..Sebabnya,orang pun tak confident nak beli,baik beli dengan orang yang betul-betul berbisnes..orang macam ni lebih confident dengan product dia..yang suka-suka ni takut ada masalah pula bila berjual beli..

Lagi satu, bila selalu sangat sebut suka-suka....betul-betul jadi suka-sukalah..dia tak jadi serius lah. Buang masa kan macam tu?..Orang macam ni lebih baik dia focus dengan kerjaya dia atau focus jadi surirumah yang terbaik..Lagi banyak manfaatnya..

Ada jugak yang MALU dan TAKUT dengan REJECTION..Duitnya,untungnya nak...tapi sebenarnya takut sangat REJECTION.Rasa malu kalau orang tak beli?Nak letak hidung kat mana agaknya kalau barang yang kita jual orang tak beli? Tambah-tambah lagi kalau ditolak mentah-mentah?..Ishh..itu la yang saya rasa semuanya dulu. Tapi sebenarnya,kalau kita menjual produk yang berkualiti,yang berguna..jadi kenapa kita nak takut dengan rejection?

 Just to share..dulu saya pun sama..saya pun takut dan malu kena reject jugak.. Masa buat bisnes BEAUTIFUL (HAI-O) dulu..apa yang saya buat untuk menutup rasa takut dan malu di reject, saya kan jual barang yang mahal tapi sangat berkualiti dan berkesan pada saya dulu? Jadi..kalau diorang reject, saya dah SET MIND saya ..diorang ni kalau ada duit,mesti diorang beli..jadi diorang tak ada duit lah tu,sebab tu tak beli ..hehe..so tak la rasa malu sangat..tak la rasa down sangat..hehe jangan marah…

Jadi..kenapa ye orang kita jadi macam ni? Malu untuk berbisnes ?Takut untuk berbisnes?..Sebab kita tak nampak dan tak diajar tentang kebaikan dan kecantikan bidang perniagaan..Ye lah,sebab ibu bapa kita,tok nenek kita pun tak berniaga..diorang ni pun tak diajar jugak, mak bapak kita pun makan gaji..Jadi macamana tu?

Macamana lagi?..Kita la kena explore sendiri..cari ilmu tentang kecantikan dan kelebihan alam perniagaan ini.. Bukannya terikut-ikut cara pemikiran yang old fashion..Maafkan saya,bukan nak salahkan sesiapa, diorang pun tak exposed dengan perkara macam nii..Kalau kita minat, kita yang cari sendiri..Banyak sangat kemudahan sekarang ni nak cari ilmu perniagaan.Nak atau tak je...

 Teringat pulak cerita adik ipar saya Abdul Hai masa dia berjumpa dengan seorang sahabat di majlis tablighnya..Sahabat tersebut berktanyakan Abdul Hai, “nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?”

 Yang pertama..Orang yang berniaga ni tidak ada boss kan?Dah tentu dialah boss untuk bisnesnya sendiri?..Jadi,orang yang berbisnes ni lebih DIRECT CONNECTIONnya dengan ALLAH..Dia tak ada boss..Dia minta DIRECT dengan Allah..CONNECTION dia sepatutnya sangat KUAT dengan ALLAH..Kerana dia tak ada gaji yang dah memang tetap masuk dalam bank setiap hujung bulan.Dia tak ada boss untuk merujuk jika ada masalah..yang ada hanyalah ALLAH..Dia sepatutnya sangat memerlukan ALLAH..sangat BERGANTUNG pada ALLAH..sangat MEMINTA-MINTA pada ALLAH..sangat BERSYUKUR di atas nikmat yang ALLAH berikan..Itulah antara kecantikan yang lebih mendalam tentang kelebihan orang yang berniaga..

Sebab kedua pula ialah..orang Islam perlu berbisnes kerana boleh menjadi seperti beliau..Yang dimaksudkan di sini ialah..Hanya orang yang berbisnes sahaja yang mempunyai kelapangan masa dan wang ringgit untuk menjalankan aktiviti melebarkan dakwah Islam..Dari segi wang ringgit dah semestinya mampu untuk digunakan untuk aktiviti berdakwah dan untuk menyara keluarga semasa ketiadaannya..Dan, orang yang berniaga juga mempunyai kelapangan masa atau masa lebih fleksibel, tidak perlu mengambil unpaid leave untuk ber cuti berdakwah..ALLAHU AKBAR!..

WALLAHU'ALAM....