Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, January 30, 2015

KE KILANG ANIS FOOD oleh SYAHRUL NIZAM BIN TALIB

Semalam kami mendapat kunjungan dari dealer KL kami. Kedua suami isteri Ustaz dan Ustazah Syima ini buat bisnes kek ini di samping pusat al-Baghdadinya.
Terima kasih Ustaz dan Ustazah. Semoga rezeki melimpah ruah hendaknya...Amiin.
All the best


#‎anischocmoistcake‬

#‎aniscmc‬

#‎anisdealerkl‬

#‎albaghdadi‬
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















[ KE KILANG ANIS FOOD ]

Siang tadi punyer cerita..
Selepas berprogram di Kolej Vokasional Shah Alam singgah ke kilang kek coklat di U8. Bertemu mata dengan usawahanita Puan Anis. Hebat orangnya. Syukur dapat berkenalan dengan beliau. CEO nya Abg Junaidy takde. Sempatla meninjau kawasan kilang yang menghasilkan kek coklat yang menjadi kegilaan ramai ni. Saya dulu tak suka makan kek coklat. Tapi bila rasa kek Anis ni memang terus jadi minat. Kami doakan semoga bisnes beliau terus berkembang maju dan berjaya dipasarkan di seluruh dunia. Ekonomi Islam, Ekonomi Ummah..

Aktiviti team kami di PENANG hari ini

Aktiviti team kami di PENANG hari ini:

1. Stokis Penang tersayang kami buka booth anjuran HALAL EXPO @ PISA. Berlangsung sampai esok hari. Jom turun ramai-ramai....
2. ATcupcakes pula berada di AEON QUEENSBAY MALL PENANG. Tq Atcupcakes tolong jual tart Bonda Meah kamiii...
 

(Jom tengok gambaq di bahagian komen di bawah).
Cek sayangggg oghang Penanggg...


Berita Anis Chocolate SABAH

Berita Anis Chocolate SABAH:

Pn Munie & Tn Sapri partner kami menerima lawatan dari 50 orang pelajar dan pensyarah POLITEKNIK KOTA KINABALU hari ini. Semoga urusan partner kami di KK (Alamesra) berjalan lancar ya.
Dan terima kasih warga POLITEKNIK KK. Semoga perkongsian kami bermanfaat untuk adik-adik semua.
All the best!..


#‎anischocmoistcake‬

#‎aniscmc‬

#‎anisborneo‬

#‎muniemuniroh‬

BERSYUKUR WALAUPUN KECIK..

BERSYUKUR WALAUPUN KECIK..

Tak sangka ya..kadang kala kita nampak bisnes orang macam dah stable, nama pun gah..international lagi..Kalau dikira nama, sangat besar..pasti semua orang tahu..
Tapi..ada yang tak dapat rasa lagi hasil dari pelaburan mereka..Yang sedih, mereka menanggung hutang demi hutang..untung langsung tak nampak..Nama besar, bisnes nampak macam besar, tapi kais pagi makan pagi rupanya..

Bila hutang semakin... banyak, fikiran buntu, hidup dalam stress..Suami isteri hidup tanpa kasih sayang..Hilang nikmat syurga dunia..
Jadi, kita yang ada bisnes walau sekecik mana pun,bersyukurlah..banyak-banyak bersyukur..Walau jual goreng pisang, jual nasik lemak..tapi anda tak berhutang..Nikmat rasanya tanpa hutang ni..Alhamdulillah..

Untuk yang sedang berhadapan dengan dugaan hidup, banyakkan beristighfar dan berselawat supaya kita diberi jalan keluar dari segala belenggu..

Love you

Ya Allah Ya Malik Ya Quddus Ya Salam,

Ya Allah Ya Malik Ya Quddus Ya Salam,

Kami mohon padaMu Ya Allah, semoga bisnes dan kerjaya yang kami lakukan ini adalah yang terbaik untuk kami dan sahabat kami disini Ya Allah..Bisnes yang bukan sekadar kerana wang ringgit, tetapi bisnes yang dapat kukuhkan persahabatan antara kami dan juga dengan semua yang berurusan dengan kami Ya Allah...

Jadikanlah kami orang yang suka berkasih sayang sesama kami, orang yang suka berkongsi rezeki bersama-sama, orang yang tiada hasad dengki, orang yang menganggap semuanya adalah saudara, orang yang sanggup melepaskan keuntungan hanya kerana ingin membantu saudaranya...orang yang yang sanggup hilang wang ringgit demi melihat saudaranya bahagia...Ya Allah....Amin...amin...Ya 
Robbal'alamin...

Semoga anda semua diberi Allah rezeki melimpah ruah...

Terima kasih Ya Allah...

GEMPAR : RESIPI ANIS CHOC MOIST CAKE TERBONGKAR

GEMPAR : RESIPI ANIS CHOC MOIST CAKE TERBONGKAR

Wahh.. Satu-satu rahsia Kak Anis dibongkarkan. Pagi tadi doa, petang ni resipi pula. Kalau tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan nak tahu, resipi ni kalau nak, kena mendaki tujuh gunung dulu baru boleh dapat ok?
Gurau-gurau saja

Sebenarnya, resipi ni telah dikongsikan sejak tahun 2010 lagi di blog Kak Anis. Dikongsi semula hari ni buat santapan mata semua (maaf kalau terliur. Sabar ye? 6 jam saja lagi nak berbuka )
Kepada yang belum pernah mencoba lagi, sila-sila kan lah bereksperimen. Ramai dah yang mencuba dan menjadi.

Kalau nak buat meniaga pun boleh. Abang Junaidy dan Kak Anis izinkan
Dan... Sebenarnya, terlupa nak masukkan lagi satu bahan rahsia.
Secret Ingredient of Anis Choc Moist Cake.
Nak tahu? Angkat tangan \(^^)/

Bahan Istimewa tersebut ialah :
KASIH SAYANG

Selamat Mencuba
Lots Of Love
-Tim Anis Chocolate-

ps : Dipersilakan share gambar ni di wall anda kalau teringin nak buat. Senang nak buat rujukan nanti
‪#‎anischocmoistcake‬
‪#‎aniscmc‬
‪#‎inspirasianiscmc‬
‪#‎anismydin‬
‪#‎anispetronas‬
‪#‎acmc711‬
‪#‎anistesco‬

#‎studentmmumelaka‬

Kami menerima lawatan PERTAMA ke kilang kami dari 40 orang pelajar & 4 orang pensyarah MMU Melaka pagi tadi.
Terima kasih ya sudi melawat. Semoga sesi perkongsian oleh Hussein & Yana tadi memberi manfaat kepada anda semua.

All the best!!..

Thursday, January 29, 2015

Majalah Keluarga Harmoni - 01hb-15hb Feb 2015...

Majalah Keluarga Harmoni - 01hb-15hb Feb 2015...

Permulaan tahun 2015 yg awesome. Alhamdulilah sekali lagi mendapat liputan dari team wartawan Kumpulan Utusan untuk berkongsi kejayaan & pengalaman dengan usahawan lain. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua dan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga Anis Food Sdn Bhd meliputi staff/stokis/dealer/agen dan pelanggan tersayang yg terus menyokong produk Anis Choc Moist Cake.

Jom dapatkan majalah Keluarga Harmoni yg kini telah berada dipasaran & lebih teruja apabila liputan dimajalah ini selepas liputan kejayaan mentor kami Dr Azizan Osman pada keluaran Harmoni 15hb Jan 2015..

KEMAAFAN....DENDAM YANG TERINDAH...

[ KEMAAFAN....DENDAM YANG TERINDAH...]

Kalau kita buat survey lah..Rasanya semua orang sama..Pasti ada yang menyimpan marah pada seseorang..Kadang-kadang benda tu kecik je, tapi still tak dapat nak maafkan...Tambah lah yang besar kan.., macamana lah agaknya nak memaafkan?..

Selalu orang akan kata, memang betul kita boleh suruh orang untuk memaafkan, sebab kau tak rasa, kau tak kena macam aku...Tapi, tak kesah lah, asalkan....memang kita kena sentiasa beringat sekarang, kena set mind kita sekarang supaya kita kena jadi orang yang pemaaf...Untuk sekadar memaafkan memang sukar, bukan senang nak buat..

Tapiiii......

Apa yang boleh kita buat ialah...Pertama sekali kita kena sedar yang kita tengah marahkan seseorang..Dan, tak ada masalah untuk u luahkan pada seseorang yang terdekat dengan u tentang kemarahan itu. Cara itu sangat efektif untuk membuatkan kita rasa lega...Kebanyakan orang lelaki suka simpann..Tak apalah, terpulang...ok kalau boleh handle, tapi kalau boleh ceritakanlah pada seseorang supaya hotak u tak terbeban sangat...Cuma, janganlah cerita kat ramai orang, kat sorang je cukup lah..Kalau ramai-ramai dah mengaibkan orang namanya kay...

 Bila dah sedar yang kita tengah marahkan seseorang...,kita perlu mintak pada Allah supaya dilembutkan hati dan dapat memaafkannya...Berkomunikasilah dengan Allah...Katakan pada Allah, memang sekarang hati saya tengah PANASSSS.....dan KERASSSS..Rasa macam tak nak maafkan sampai bila-bila..

Tapi, saya faham Kau Lebih Berkuasa diatas segala-galanya..Saya faham juga, kalau saya tak maafkan, pasti hidup saya yang tak akan tenteram sampai bila-bila..Seperti ada block dalam diri saya..Bisnes dan kerjaya pun pasti akan kucar-kacir....Saya tahu itu semua adalah HUKUM kehidupan..Sama ada saya suka atau tidak, selagi saya tak maafkan, pasti kejayaan susah nak dicapai..

Ada yang kata, itu pun nak mintak pada Allah ke? Ye la...ada benda yang kita tak boleh mintak ke? Mintak rezeki saja? Mintak sale saja? Ishhh ishhhh..jangan lah sempit sangatt....Bukak sikit minda..Bukankah Allah Paling Berkuasa? Bukankah apa saja Dia boleh lakukan macam tu saja? Kun Fa Ya Kun saja..maka jadilah ia...

Dan, paling penting..perlu ada dalam diri kita ialah....cuba faham keadaan diri orang yang kita marahkan itu..Cuba faham situasi mereka..Key wordnya ialah.."FAHAMILAH.."..kenapa dia buat macam tu? Contohnya kalau marah sangat dengan ayah atau suami yang garang..Perkara ini diajar oleh ibu saya..saya seorang yang agak garang dulunya..Tapi sekarang MasyaAllah lembut dan penyanyang...

Ingat lagi masa mak nak tenangkan saya, mak kata..kita kena faham kenapa abah macam tu..Dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu..Ibunya meninggal masa dia kecik lagi..Abah dibesarkan oleh neneknya..Tokwan ada keluarga baru..Jadi mak kata...sekarang faham tak kenapa abah garang? Betul jugak ye?..Dan sekarang dia berubah jadi lembut dan penyayang...macamana pulak boleh jadi macam tu? Senang je...sebab sekarang mungkin dia dikelilingi dan dilimpahi dengan kasih sayang....dia dapat banyak LOVE sekarang....

Jangan ingat kita pun baguss sangat....sampai kutuk dan keji orang sampai macam tu..Kita pun mesti pernah buat salah, bukan? Kita pun mesti pernah menyakitkan hati orang..kan?..Kadang-kadang kita tak perasan kita pernah menyakitkan hati orang..Sebab tu sekarang ada orang menyakitkan hati kita...Biasalah tu....What u give, u get back MORE...

Lagi bagus kalau kita dapat jumpa dan minta maaf di atas segala yang telah kita lakukan..sama ada dia nak maafkan atau tidak..itu terpulang..Tapi, part kita dah selesai...Hidup kita akan menjadi lebih mudah selepas itu...Allah pun Maha Pemaaf....memaafkan umatnya..tapi kita?..

Dulu..saya pun pernah marahkan seseorang..Tapi, saya fikir orang yang kita marahkan tu satu-satunya dalam hidup kita..Tak ada orang lain yang boleh ganti dia...Orang lain tak sama...Selepas memaafkan terasa mudahnya hidup...mudahnya hidup..terasa banyaknya kasih sayang Allah pada kita sebenarnya..terasa keberkatan segala rezeki kita...Syukur sangat...

Ada orang berselisih pendapat dengan kedua ibu bapanya...Ada yang saya dengar baru-baru ni..pasal politik dah bergaduh dengan ibu bapa sendiri..Tak payahh...faham saja yang mereka tak tahu apa yang kita tahu...Dan..dengan ibu bapa keramat kita ni..kalau kita tak setuju sekalipun dengan dia...cuba jangan melawan...dengar dan ikut je cakap dia..Insyaallah mudah nanti jadinya...

Maafkanlahh....tak perlu berdendam..tak perlu membalas-balas dendam...Sedangkan dalam agama pun kita diajar tentang Hari Pembalasan?...Allah akan judge kita pada hari tersebut kan? Allah pun tunggu sehingga Hari Pembalasan untuk buat judgement.Dia beri banyak peluang pada kita untuk bertaubat..kan? Tapi kita?...

Percayalah...selagi kita berdendam..selagi kita tak memaafkan....hidup kita, bisnes kita, kerjaya kita...Tak mungkin dapat rasa keindahannya..kebahagiaannya...Tak akan dapat rasa kelapangannya..ketenangannya...Sentiasa dihimpit dan didatangi kesukaran...kesusahan...sering berada dalam kesempitan!!...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PENGAMPUN ( AL-GHAFUR) Jika seseorang merasa berdosa dan oleh kerana itu ia merasa berat dalam hatinya, dengan membaca ya Ghafur sebanyak 100 kali setelah solat Jumaat penderitaannya akan hilang.Dan jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuni dosa itu. ‪

#‎inspirasianiscmc‬

Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam..

Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam..

Pada hari yang penuh keberkatan ini..penghulu segala hari Ya Allah...Kami ingin mohon padaMu Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Kau bersihkanlah hati kami Ya Allah...Kau keluarkanlah segala kotoran dalam jiwa kami Ya Allah...Kau hapuskanlah segala negativiti dalam diri kami Ya Allah...dan Kau gantilah dengan hati dan jiwa yang putih bersih kepada kami Ya Allah...
Kerana dengan hati yang bersih, kami ingin menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kami Ya Allah...
 

Assalamualaikum dan moningggg JUTAWAN semua..Jom kita banyakkan bersedekah hari ini...Sedekah yang lebih biasa dari yang biasa!..Dan rezeki pun akan masuk LUAR BIASA!!...

YOU ARE A GENEROUS GIVER!!
Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar!

Monday, January 26, 2015

THE POWER OF ALLIGNMENT - Kisah Mahatma Gandhi


Dalam buku 'American Scandal', ada menceritakan tentang bagaimana lantangnya Mahatma Gandhi bersuara semasa perhimpunan di Parlimen untuk kemerdekaan India. 

2 jam beliau berhujah dengan lantangnya sehingga akhirnya beliau diberi 'standing ovation'. 

Wartawan terus berlari menemui pembantu Gandhi. Dia bertanya, bagaimana seorang India kampung (maaf bahasa saya) saja tapi hebat bercakap dan berhujah tanpa ada nota. Selama hampir 2 jam?

Pembantunya menjawab, awak tak akan faham Gandhi. "You see, what he think is what he feels. What he feels is what he says. What he says is what he does".

Apa yang Ghandhi rasa,fikir, katakan, dan apa yang beliau buat adalah selari. Jadi Ghandhi tak perlu nota. 

Jadi bermaksud, apabila nilai kita, pemikiran kita, perasaan kita, dan tindakan kita selari, seseorang itu akan menjadi lebih fokus dan karakternya akan menjadi semakin kuat. 

Itulah yang akan membuatkan seseorang itu mampu untuk 'lead' dirinya sendiri sebelum 'lead' orang lain. 

Wallahu'alam.

Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah...


Doa Hari Isnin ~ 26 Januari 2015

Ya Allah...Ya Haqq...Ya Haqq..Ya Haq...

Ya Allah Yang Maha Membenarkan, kami yakin padaMu Ya Allah hanya Kau Maha Luar Biasa yang boleh memberi kepada kami di luar jangkaan kami Ya Allah..

Ya Allah Yang Maha Benar, kami mohon Ya Allah berikanlah berita gembira kepada saudaraku ini Ya Allah..yang tidak pernah disangkanya Ya Allah..Yang di luar kuasa dan dugaannya Ya Allah. Berita yang sangat hebat untuk kehidupannya, untuk bisnes atau kerjayanya, untuk jualannya, untuk keluarganya dan untuk apa saja Ya Allah...Hanya Kau Yang Mengetahuinya Ya Allah...kami sedia menerima berita gembira tersebut, kami sedia menyambut rezeki yang tidak disangka itu Ya Allah..kami sangat mengharap keajaibanMu Ya Allah...

Kerana Hanya Kau Maha Ajaib, Maha Besar, Maha Agung yang tidak dapat kami fikirkan ketentuanMu Ya Allah...

Assalamualaikum jutawanku sayang...Selamat menyambut berita gembira dan rezeki yang tidak dijangka-jangka dengan akal fikiran kita hari ini dan hari seterusnya..

Astaghfirullah....Lailahaillalah....Allahuakbar!..

Sunday, January 25, 2015

SETAHUN SUDAH BERLALU, JANUARI MUNCUL KEMBALI oleh Hafiz Hamzah


Bukan calang-calang orang dapat melepasi setahun dengan beribu halangan. 

Tahniah Hafiz Hamzah Projek Manager aka dealer kami. Inisiatif beliaulah kesayangan kami semua dapat masuk Mydin.

Terima kasih Hafiz. Tahniahhhh!!..You are awesome

Semoga rezeki melimpah ruah hendaknya. Amiiin.



---------------------------------------------------------------------------------------------


SETAHUN SUDAH BERLALU, JANUARI MUNCUL KEMBALI

Hari ini 23 Januari 2015. Tarikh yang banyak mengubah kehidupan saya. Pada hari ini genaplah sudah setahun produk Anis Choc Moist Cake berada di pasaran Mydin. Bila mengenangkan setahun yang lepas bagaikan satu pengembaraan yang sarat dengan ilmu dan pengalaman.

Memegang tanggungjawab sebagai Pengurus Projek Mydin di Anis Food bukanlah suatu perkara yang mudah. Beratnya tidak tertanggung kadangkala. Ini kerana kita berhubung dengan manusia. Ditambah pula tiada langsung ilmu dan pengalaman. Bagaimanalah nak uruskan. Saya beruntung kerana di samping mendapat sokongan isteri, Baidulsniah Sharif, saya juga mendapat tunjuk ajar dari CEO Tuan Junaidy Abu Bakar dan Puan Anis Cmc. Tidak ketinggalan General Manager Tuan Pie Mus yang banyak membantu dari segi sistem kewangan.

Dulu saya fikir bagaimana saya nak menguruskan semua outlet yang terdiri dari Mydin Hypermarket, Mydin Emporium, Mydin Bazaar, Mydin Mart, Mymart, Mymydin dan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Jumlah kesemuanya lebih kurang 200 lebih, seluruh Malaysia pula tu. Gerun saya melihat angka ini. Tapi Tuan Junaidy dan Puan Anis mengajar saya, "Buat saja dulu, sekiranya ada masalah barulah fikir bagaimana nak selesaikan. Itu cara nak jadi usahawan".

Nasihat itu saya pegang sehingga sekarang. Memang benar. Banyak masalah yang timbul. Maklumlah tiada ilmu. Tapi bila berjaya selesaikan, masalah masalah itu tiada lagi. Dan sekiranya ada, kita dah tahu cara nak selesaikan. Best kan dapat belajar macam ni. Kebanyakkan ilmu ilmu ini saya dapat semasa mengikuti kelas IMKK dan AMP anjuran Dr Azizan Osman, kelas WE COACH YOU, Rahsia 2% Menjadi Jutawan, Seminar Bisnes Berjemaah anjuran Anis Food dan juga kelas SOP anjuran Puan Roslina ShaikDawood.

Cara menyelesaikan masalah ini adalah ilmu yang paling penting sebab ia membabitkan jualan kita. Saya masih ingat bulan pertama, Jualan sekitar 1,100pcs. Bulan kedua 750pcs. Bulan ketiga jatuh lagi ke 600pcs. Tapi bila ada ILMU DAN MENTOR, bulan keempat naik 2,190pcs dan terus menerus naik. Untuk rekod tahun lepas jualan Anis Choc Moist di seluruh Mydin adalah 47,630pcs dengan nilai jualan RM190, 520. 

Pencapaian membanggakan ini tidak akan tercapai tanpa ada team yang kuat. Sebab itu pentingnya Bisnes Berjemaah. Saya sangat sangat beruntung kerana diperkuatkan dengan barisan rakan rakan niaga yang hebat dan kakitangan HQ Anis Food yang banyak membantu. Mereka inilah tulang belakang saya dan tunjang kejayaan Anis Food di Mydin. Komitmen mereka tidak berbelah bagi, sanggup bersusah dan bersenang sama.

Hari ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Hq Anis Food terutama Afiqah Hakimah, Ina, Kirah, Miza, Alang, Liyana Ameera,Hana, Fazren, Sari, Linda dan Nurul. Tidak ketinggalan bahagian delivery, Hasim, Omar dan Yasli. Tak lupa juga rakan rakan Bangladesh dan Indonesia saya di bahagian Production, Razak, Riduan, Halim, Hiro, Hamid, Salam, Des, Yuli dan yang lain lain. Terima kasih kerana usaha anda banyak membantu dan amat saya hargai.

Kepada rakan rakan niaga yang saya sayangi dan hormati, stokis N9 Abg Tajul dan Kak Siti Zura Mardzuki dari Zuraliciouz-Stokis Anis Choc Moist Cake N.9Taufiq Nur stokis Melaka, Abg Abdul Latif stokis Johor bersama dealernya yang awesome Faizah Rosli dan suami En Ali, stokis Perak AbgShah Mk dan isteri Kak Rozi Rusli, dealer JU Richcakes PERAK, stokis Perak Utara Moon Lovely Bite dan Jue, stokis Penang Edie Sumbuddy, stokis Terenggganu yang terlajak selfie, Muttaqin Abdullah dan Natrah Yusof, stokis ACMC Anis Chocolate Moist - Kelantan saudara Razif dan Kamal, stokis Sharizayob Kak Chik dan suami Zairolfazril Pak Ya,stokisZalina Lynn,stokis Shaharulnizam AhmadSha ShalynnFatthullah Al-Fatah,Roziey-AryMilan GtItamMhd ZakiKhairul Khafizi , Zarul Dan IbrahimLinda Hamid, dan Mior Yusuf.

Tanpa komitmen anda semua, impian kita ini tak akan jadi realiti. Saya amat amat bangga dapat berganding bahu dengan anda semua. Kesabaran anda amat dihargai. Semangat anda amat saya kagumi. Insya Allah tahun 2015 ini kita sama sama sasarkan jualan naik satu kali ganda kepada RM400,000. Saya percaya dengan semangat yang tinggi, impian yang besar dan tindakan yang LUAR BIASA, kita pasti boleh lakukan.

#anischocmoistcake
#anismydin
#hafiz_acmc












ORANG YANG ADA VALUE ~ Short Quote

Orang yang ada 'value' adalah orang yang suka membantu orang lain dan menyenangkan serta memudahkan kerja orang lain. 

Dan dia membantu tanpa ada syarat....unconditionally...

 Salam penuh kebahagiaan untuk semua...

#inspirasianiscmc

Monday, January 19, 2015

SINAR HARIAN - 19 Jan 2015






Alhamdulilah dan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian yg sentiasa menyokong perjalanan bisnes Anis Food Sdn Bhd...semoga liputan hari ini akan terus mengukuhkan branding dan positioning utk digunakan oleh parastokis/dealer/agen dan bakal agen kami dalam melebarkan lagi pasaran kek love kita..

Kepada mereka yg ingin dan menyertai/menjadi ahli keluarga kami, ayuh hubungi segera stokis atau dealer Anis Food Sdn Bhd berhampiran dengan anda di seluruh negara atau pm ( lokasi anda ) kepada kami terus...terima kasih semua!!!

ORANG YANG TENANG SELALU MENANG

Bukan mudah untuk mencapai ketenangan hidup. 


Tetapi salah satu cara yang mungkin boleh dipraktis ialah melalui percakapan kita. 



Perhatikan perkataan dan tone yang kita gunakan. 
Jika kita suka menggunakan perkataan berunsur panik, kita akan jadi orang yang mudah 'nervous'. 



Tone jugak main peranan. Bayangkan seumur hidup kita suka gunakan tone yang tinggi bila bercakap. Itu akan menjadikan kita orang yang tidak tenang. 

Untuk tenang, gunakanlah perkataan yang menenangkan fikiran. Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang begitu bahagia dan saya lihat dia begitu tenang. Dan saya dapati, tone yang digunakan sangat rendah. 

Selain tone, untuk tenang selalulah membuat visualization. Waktu ini duduk bersendirian, jangan bercakap, jangan membaca atau menulis. Cuba untuk tidak berfikir apa-apa. Hanya ingat Allah dan komunikasi dengan Allah.

Bayangkan keindahan alam, atau bayangkan bunyi air sungai yang mengalir..atau bunyi kicauan burung...sambil bersyukur kepada Allah..

Dan satu lagi idea untuk tenang, sebelum tidur bacalah doa yang mendayu-dayu, yang meruntun jiwa..atau membaca artikel yang indah-indah dan menenangkan. Lebih baik lagi boleh dengar bacaan quran yang berlagu-lagu..dan terus membawa kita ke alam mimpi..

Orang yang tenang insyaallah akan dapat menjana idea lebih bagus dan dapat fokus dalam apa saja yang dilakukan. 

Orang yang tenang akan menang!..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Dan semoga anda semua mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang didambakan. 

Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

Sunday, January 18, 2015

HADIAH TERBAIK..

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan,
Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan,
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah
Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian
Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan
Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan
Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran
Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman
Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat

Hadiah istimewa dari saya untuk anda semua...

* Copy paste dari whattssapp. Tahniah dan terima kasih kepada tuan yang menulis.

Maafkan saya, selamat malam... 

Saturday, January 17, 2015

Friday, January 16, 2015

CERITA THE POWER OF DHUHA LAGI..


Subhanallah!!..Sesungguhnya pintu rezeki itu maha luas untuk kita...sekiranya kita memahaminya...

Semalam saya terbaca kisah Dealer kami Fattah yang bercerita berkenaan betapa bisnes dia semakin lancar, semakin meningkat dan sering mendapat berita gembira tentang bisnesnya kerana amalan Dhuha...MasyaAllah!!..

Kisah kedua juga oleh salah seorang dealer kami tentang Dhuha...Baca ye wahai jutawan...
smile emoticon
 
Assamualaikum...jutawAnis lama x sharing...Ni nk share mengenai solat dhuha...

Last week wife cerita... Masa solat dhuha dia ada berdoa berhajat dapatlah memberi sumbangan untuk anak2 tahfiz menggunakan duit tabung anak2...

Alhamdulilah...ditakdirkan Allah pada petang hari yg sama ada 2org kanak2 dtg dirumah. Dia org ckp dr sekolah tahfiz. Masa tu xsedar lg tentang doa pagi td.

Masuk bilik nk ambik duit.time tu cari duit xde.kt dlm dompet pun xde...dh rasa pelik.pastu teringat duit kt tabung anak.ada.trus jer bg dkat anak2 tahfiz td yg menunggu lama jugak la.

setelah dia org pergi wife try check balik kt dlm dompet... 

Subhanallah!!!..

Ada duit tadi berlipat elok jer. Lepas tu baru teringat pg td ada berdoa nk gunakan duit tabung untuk sumbangan anak tahfiz.

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...
wink emoticon
 

Thursday, January 15, 2015

SELAMAT MALAM QUOTE

Bagi yang kusut, 
terimalah kehendak Allah...

Bagi yang ganas atau garang, 
berjinaklah dengan Allah, 

Bagi yang sedih, 
berseronoklah mengenali Allah..

Bagi yang bimbang dan gelisah, 
bertemulah dengan Allah...

Bagi yang ada sesalan,
genggam kuat redho Allah..

Bagi yang ada hajat terpendam,
cintailah Allah...

Maafkan saya...selamat malam Malaysia..