Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, April 30, 2013

DAPAT RESEPI TAT NENAS MELALUI DOA SEMASA HUJAN LEBAT

DAPAT RESEPI TAT NENAS MELALUI DOA SEMASA HUJAN LEBAT

Asalnya tat nenas yang saya jual sekarang ni adalah berasal dari resepi seorang bonda..Saya adalah peminat tegar tat nenas dari zaman kanak-kanak dulu..Masa saya buat delivery kek sebelum ada kedai dan pekerja dulu...saya sentiasa terjumpa tat dengan tat ini..Nampak inti jemnya sangat menarik, tidak kering seperti jem yang  dibeli di kedai.Mesti jemnya buat sendiri fikir saya..

Kali pertama saya beli di Petronas Seksyen 13 dengan harga RM 15 pada tahun 2009..Mak oooiii mahalnya dalam hati saya...ada 24 keping saja sebalang..tapi disebabkan sedap sangat..saya TERPAKSA beli jugak..Tat tu sentiasa ada dalam kereta saya..kalau saja tak sempat sorokkan dari anak-anak..pasti depa habiskan..bukan tak nak bagi, tapi depa makan tak hengattt..boleh makan sampai habis sebalang..itu yang tak tahan..sebab MAHAL tuu....hehe...

Disebabkan tat ni sedap sangattt...Saya ingat lagi, saya sampai tak sangka ada orang boleh buat tat sesedap ini untuk dijual..maksud saya ikhlasnyaaa orang yang buat tat ni..dia tak menipu bagi saya..dia buat betul-betul nak bagi peminatnya puas hati..Bila dapat tahu dari Lili staf Petronas Seksyen 13 Shah Alam ni bahawa yang menjual tat ni adalah pakcik dan makcik yang dah berumur..lagi lah  rasa syahdunyaaa tak tau nak cakap macamana...

Tat yang dimakan hampir beberapa kali seminggu..membuatkan saya rasa ada connection dengan pembuatnya..Sentiasa teringat kat bonda dan ayahanda ni, walaupun belum pernah berjumpa ..Sehinggakan membawa ke dalam solat dan sentiasa berdoa kepada mereka berdua..Betul-betul terasa appreciate sangat dengan usaha mereka berdua..terasa keikhlasan...terasa sayu...kerana tidak berkira bahan dan rasa macam lengkap bagi saya...

Saya selalu mendoakan mereka berdua..Ingat lagi doa saya pada mereka, "Ya Allah..,Makcik dan Pakcik ini membuat tat sangat sedap Ya Allah..saya terasa keikhlasan mereka Ya Allah..Mereka tidak menipu..mereka  membuat dengan sepenuh hati..mereka seolah-olah memudahkan untuk kami peminat tat ini tak perlu buat sendiri lagi..terasa kasih sayang dalam tat ini Ya Allah...Ya Allah..Kau berilanlah kesihatan kepada pasangan makcik dan pakcik yang buat tat ini..Saya dengar mereka dah tua Ya Allah..Berikanlah rezeki yang melimpah ruah kepada mereka dan keluarga mereka Ya Allah..." Setiap kali berdoa..setiap kali menitis air mata saya kepada kedua orang tua ini...Masih terasa kesayuannya...

Masa tu tak ada terdetik langsung dan tak sangka yang bisnes tat Bonda ini akan menjadi seperti sekarang ini..betul langsung tak terdetik..Ceritanya bermula sebelum saya ke seminar Dr.Azizan Osman- IMKK (Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan), saya berjumpa dua orang rakan baik iaitu Siti Zura dan Nyak Norliza..dah lama tak jumpa Nyak ni..jadi..Tat ni lah yang menjadi penghubung kami...saya bawa tat nenas Bonda ni sebagai hadiah untuk depa dua...Dan kebetulannya semuanya gila tat nenas..Nyak yang tinggal di Kinrara sanggup ke Petronas Shah Alam nak beli 6 balang tat tu..Kan Nyak?..

Balik dari IMKK.....Seminggu lepas balik dari IMKK terus cari kedai...

Pastu, kawan-kawan 2 orang ni dah excited sangat nak menjual tat ni..Sedangkan saya belum cari Bonda dan Ayahanda ni..Bila tanya Lili staf Petronas,dia kata makcik tu dah pesan jangan bagi no fon dia pada sesiapa...dia tak nak terima order...dia tak larat nak buat banyak-banyak!!...Adoi macamana ni? Lili kata makcik ni garang sikit...Alamak, misi boleh berjaya tak ni?..

Disebabkan baru belajar dari IMKK- THE POWER OF 21 DAYS...Saya pun start berdoa selama 21 hari berturut-turut tanpa miss supaya saya dapat no fon makcik ni..Betul-betul saya buat..dan dengan yakinnya saya serah pada Allah..

Malam yang ke 22, tak sabar ni nak contact Lili..masa tu ingat lagi jam 11 malam..dah tak boleh tahan dah nii..sepanjang hari teringat..Pui kanan..pui kiri..hihhii...bila call Lili, macam senangnyaaaa Lili bagi fon no Bonda Meah..Sebelum ni punya la susah tak nak bagi...Macam miracle pun ada..Tapi Lili pesan jangan bagitau Bonda Meah siapa yang bagi no fon ni..Lili takut kena marah...

Satu part dah setel..

Dua tiga hari selepas tu...nak call makcik ni tapi belum ada kekuatan..Tiba-tiba pagi Jumaat tu hujan lebattt sangat...Saya macam terus dapat kekuatan, teringat mentor ajar doa paling mustajab adalah masa hujan lebat..jadi saya pun doa doa...terus call dia..suara macam manisss ja..terus tanya, nak jumpa makcik boleh tak? Dia cakap datang la rumah makcik.....ho ho hoooo...

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..memang dipermudahkan Allah..Dan saya boleh ngam dengan Bonda Meah ni..sembang-sembang nak mintak dia buat tart, dan saya tolong marketkan tart dia..dia kata dia boleh buat paling banyak 20 balang saja..Alamak, 20 balang tak syiokkk la nak bisnes macamana...

Jadi, masa tu baru beberapa minggu bukak kedai, saya masih ada ruang yang sangat besar..saya offer Bonda Meah untuk buat tat di kedai saya..saya carikan pekerja, dia macam sewa tempat saya lah..pastu saya beli lah tartnya..Esok harinya,dia terus datang ke kedai saya..tak tau lah apa yang dia rasa....Dia terus peluk saya..Dia kata, jadilah anak angkat makcik..makcik akan ajar buat tat..Berpelukan kami berdua..touching sangat bila ada orang yang nak kita jadi anak angkatnya..kerana mereka berdua tak ada anak rupanya!..

Masyaallahh...ALLAHU AKBAR!!..Betapa hebatnya kuasa Allah...Segalanya berjalan lancar sehingga sekarang..Bonda Meah dan Pak Engku terus menjadi ibu ayah angkat kami yang kami tak akan lupakan jasa mereka berdua...Setiap bulan mereka akan mendapat bahagian mereka.kerana kami dah janji pada mereka, mereka dah tak perlu susah susah lagi..tak perlu buat apa-apa lagi..hanya tumpukan pada ibadah..Insyaallah kami akan sentiasa bersama mereka berdua sehingga hujung nyawa....

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MENGABULKAN (AL-MUJIB)
Jika seseorang membaca Ya Mujib sebanyak 55 kali setelah mengerjakan solat sunat,terutama ketika matahari terbit, maka keperluannya akan dipenuhi.




Monday, April 29, 2013

PASANGAN SUKA MENGKRITIK?

PASANGAN SUKA MENGKRITIK?

Suami kritik isteri..isteri kritik suami..Kenapa la ramai yang suka kritik pasangan? Kita nampak kesalahannya saja..Dia pun nampak kesalahan kitaaa saja..Memang betul, sebagai manusia biasa,adalah lumrah kalau kita tak sependapat..Masing-masing ada sebabnya..Tipulah kalau orang ingat kami ni tak pernah bergaduh,bertelagah..Kami pun sama,ada ketika tak sependapat..mulalahh..masing-masing diamm..tak bercakap..paling lama seharian tak bercakap..ego..Biasalah kan?..

Perasan tak? Nak cari salah orang memang senang..Mudah sangat, sebab kena ingat..kita ni manusia..kita dah maklum manusia ni sememangnya tak perfect..mesti la ada salah sana sini..First of all, kalau suami isteri yang bertengkar sebab tak sependapat dan tidak terima idea suami contohnya, please faham dulu kenapa dia buat macam tu..Selalu fikirkan, takkan dia sengaja nak buat macam tu sebab nak rosakkan bisnes anda berdua?

Paling penting, kalau pasangan buat sesuatu yang disukai atau boleh dibanggakan..adalah anda pernah appreciate mereka?Atau..adakah anda pernah memuji tindakan mereka?Bukan setakat keluar celebrate sama-sama tapi tak ada PERSONAL TOUCH? Eh..jangan salah faham pulak..maksud personal touch tu..bila pasangan kita buat sesuatu yang boleh dipuji, adakah anda pernah expresskan dengan kata-kata anda yang anda benar-benar kagum dengan kebolehannya?Contoh kalau isteri berjaya bukak kedai atau berjaya dalam bisnes MLMnya..pernah tak anda bisikkan padanya, I kagum dengan u..Tahniah untuk isteri Abang yang tercinta...Geli ke nak kata macam tu?Memang mula-mula geli..hehe..tapi biasa-biasakanlah..Betul tau..Itu adalah RAHSIA sangat powerful dalam hubungan rumahtangga yang membuatkan suamai -isteri sentiasa melekat..

Dulu kami pun sama...Mana ada nak appreciate atau praise each other..Tak biasa sebut macam tu..Kita dah terbiasa dalam budaya orang melayu..tidak diajar appreciate atau EXPRESS OUR LOVE..Dulu memang masing-masing dah faham...ibu bapa kita memang jarang sebut I LOVE U untuk anak-anak..Tapi kita tau..mak ayah memang sayang kita..sama ada dia sebut atau tidak..Kadang-kadang bila ada masalah anak lari dari rumah contohnya..barulah nak timbul perkataan tu..Mama bukan tak sayang..Mama sayang anak mama...bla..bla..bla..Anak dah lari baru nak sebut..Kalau jumpa anak tu balik ok la..Kalau dah tak jumpa? Macamana?

Seriously, kami pun baru belajar sebut I LOVE YOU pada anak-anak..Sebelum ke sekolah, kan ada aktiviti salam-salam..masa tu lah ambik peluang..Kita selalu provide makanan yang sedap, yang sihat untuk anak-anak..tapi pernah tak bagi makanan untuk mindanya?..Selalulah feed minda mereka dengan kata-kata appreciation dan love..yang akan menyanyi-nyanyi di telinga mereka sepanjang hari..Anak-anak pun mulanya malu nak sebut I LOVE U PAPA...I LOVE U MAMA...tapi lama-lama dah biasa..

Jadi..Perasan tak? Sama saja The Power of Appreciation ni..sama ada dengan anak-anak atau dengan pasangan..Jangan kita ambik mudah atau ambik kesempatan dengan perasaan pasangan kita..Kita ingat dia mesti tahu apa yang kita rasa..tapi dia sebenarnya tak tahu pun..Dia tak tahu betapa kita menghargainya..menyayanginya..

Jangan biasakan di mulut ni nak kritik orang je..(What u give, u will get back..).Biasakan di mulut untuk memuji orang...Satu lagi contoh, kalau kita ke kedai makan...selalu kita akan berhubungan dengan tukang masak bila masakan yang kita order tu ada masalah..contohnya..jumpa rambut dalam makanan kita..Marah betul tu..suruh pelayan panggil tukang masak keluar..marah-marah dia..Perasan tak?..Dia sengaja ke buat macam tu? Adakah dia saja-saja letakkan rambut dalam makanan tu? Dia tak terfikir ke perkara macam tu boleh menjejaskan perniagaan atau pekerjaan beliau?

Tapii..kalau makanan yang kita order tu sedap tahap dewa..walllaaa...pernah tak kita panggil tukang masak untuk memuji dia?..Baru-baru ni saya ke Kemaman, singgah makan di R&R..nescaffe yang dibuat oleh adik kedai minuman tu sedap sangat..sebelum ni saya jarang order nescaffe..sebab ingat yang dibuat sendiri saja yang sedap..selalunya yang dijual tak sedap..hehe..buruk sangka la tu...Tapi, bila dapat minuman yang sedap ni..Sebelum balik, saya terus ke kiosk tersebut, jumpa adik tu..cakapkan padanya..sedap la air yang adik buat..macam tu lah..buat sampai customer datang puji..Mula-mula adik tu heran dan takut kenapa saya cari dia..tapi bila dapat pujian, merah menyala muka dia..dia jadi sangat-sangat happy..Saya percaya lepas tu pasti dia sentiasa buat yang terbaik untuk customernya...Nampak tak The Power of Pujian?


Mengikut kajian, punca pasangan yang berpisah adalah disebabkan oleh lack of appreciation...Kerana adalah lumrah sebagai manusia biasa..manusia mencari-cari untuk rasa dihargai..Jom kita sama-sama belajar untuk start memuji anak-anak atau suami isteri atau pekerja..Cari satu sebab untuk kita memuji mereka setiap hari..Tak perlu kita cari kesalahan mereka..kerana percayalah, dengan memuji mereka setiap hari akan membuatkan kita terlupa dan lama-kelamaan akan menutup keburukan mereka..nampak yang indah-indah saja...nampak yang baik-baik saja..Percaya lah..dengan memuji mereka,lihatlah..hidup mereka akan lebih bahagia..Bila mereka bahagia, kita akan seribu kali bahagia...What u give,u will get back more kan?Sama jugak bak kata Professor Muhaya, Bahagia dan Membahagiakan...

Friday, April 26, 2013

MENTALITY CUT COST

Apa dia tu mentality cut cost?..Siapa yang suka sangat cut cost? 

Cut cost tu bermakna, kita akan potong budget perbelanjaan kita semaksimum yang mungkin dan berlaku terutamanya kepada orang yang tengah menghadapi masalah kewangan yang kritikal..Perkara ni biasa berlaku kan?..

Bila tight sikit income kita..mula lah cari idea camana nak kurangkan budget..Makan pun dah kena budget, bagus juga tu sebenarnya..baju tudung semua memang tak boleh beli la masa tengah suffer ni..pakai je apa yang ada..handbag?..maaflah..tak bertukar zaman berzaman..tak pe, boleh bertahan lagi...nak sedapkan hati, elok lagi apa..sedangkan tali dah putus dan disambung berkali-kali? Siapa punya handbag jadi macam tu?..hehehe...siapa lagi kalau bukan experience penulis ni sendiri...

Itulah zaman cut cost..mentality semuanya nak budget..nampak memang sesuatu yang bagus..Tapi, realitinya...ikat la perut macamana pun, the first thing memang tak akan jadi kaya...Kalau tindakannya sama, pemikirannya pun sama..Hari-hari buat perkara yang sama..lepas tu cut cost?..Bermakna, semakin perit lah kehidupan...semakin susah lah jadinya..

Nak tau tak?..Bukan u all je macam tu..Niii..saya pun sama..suatu ketika dulu....Ingat lagi, tahun 2000-2001, lepas kahwin dan berpindah ke Subang Jaya, hidup kami macam tu lah...cut cost sana sini...
Saya memang terasa macam BIAWAK jugak bila ingat-ingat masa tu..Suami ni, nak ke ofisnya di Banting..perjalanan dari Subang Jaya ke Banting ambik masa lebih kurang sejam..Jauh kan?..ye lah jauh..plus terpaksa naik motor..patut lah sejam kan?..

Saya lah punya angkara tu..Konon nak cut cost...Punya lah tak kreatif masa tu..yang tau cuma cu..cut..cut..Sampai hampir berbulan juga lah suami berulang setiap hari dengan moto..cuma kalau hujan je dia akan pakai kereta..Kereta ada je..simpan dalam rumah..Sayangggg keta WIRA BIRU...

Yang membuatkan saya timbul keinsafan masa tu bila mertua datang....Tahu sajalah naluri keibuan dan kebapakann...depa ni kesian kot tengok anak depa naik moto jauh-jauh travel hari-hari..Depa kata naik kereta je lah..tak sayang badan ke? Nanti kalau sakit..sapa yang susah?..Tiba-tiba saya rasa tersentap juga dengan kata-kata mertua yang awesome ni...

Betul, baru terfikir...aku ni tak kesian ke kat suami?..Punya lah pentingkan diri...tak pikir kesihatan suami ke? Bukan apa, masa tu saya pun dari Subang Jaya, saya naik bas dan LRT untuk ke ofis di KL. Sanggup nii...dengan pregnant nya...berebut-rebut dengan orang...Itu yang buat saya rasa tak fair..Saya boleh susah-susah..tapi takkan suami nak bersenang-senang?...Itulah dia dah la jadi tulang belakang..jadi BIAWAK lak tu..huhuhuuu..Apa daaa fikir macam tu...

Saya rasa tu bukan apa..mentality suka bagi justification..bagi alasaaaan memanjang..itu tak boleh..ini tak boleh..Nak jadi mentality orang yang cut cost ni senang je..Bila hujung minggu bergolek-golek je dalam rumah...sebab nak keluar bawak anak-anak sayang duit nak beli minyak kereta..Salahkan kerajaan naikkan harga minyak..jadi, tak boleh lah nak ke mana..tak boleh nak happykan anak-anak..Teruslah bergolek-goleklah dalam rumah anak beranak makan maggi...

Lepas tu, bila dah naik kereta ke ofis, suami saya jadi lebih happy....walaupun budget berkurang, tapi..kami menjadi lebih kreatif..Masa tu baru terfikir..kita tak boleh macam ni..asyik cut cost..cut cost..cut cost...Sepatutnya be creative..Cari idea..buat sesuatu untuk menambah income...Bukan duduk dan berserah saja..Keluar cari ilmu..Bila start cari ilmu tu lahh...nampak jalan keluar..rupanya baru sedar kita ni jadi macam tu bukan disebabkan takdir..Kita boleh design hidup kita..

Semuanya bermula bila mula membaca autobiografi orang-orang yang telah berjaya..Rupanya mereka bukan datang dari keluarga yang kaya..mereka start from zero..from nothing..Tapi kenapa mereka boleh?..Apa beza dengan kita? Saya pernah terbaca, owner HAJABA..Pn Mona Din..datang dari keluarga miskin tegar..rumah beratapkan zink..tak ada air tak ada elektrik..Sekarang, bisnes tak yah cakap lah...meletop-letopp..Pakai kereta Hummer lagi tu..Macamana saya tau dia pakai Hummer? Sebab dia customer kek dan tart saya..Awesome orangnya...So?

Jadi.., untuk yang tengah nak cut cost tu, sampai cakap kat anak-anak tak boleh beli KFC tu, akak rasa sepatutnya..duit yang tinggal tu, adakan portion untuk gembirakan anak-anak..kesian diorang, jangan pentingkan diri macam akak dulu...sepatutnya cari jalan keluar, all out buat bisnes..be creative..Bukannya susah pun, mintak je dengan Allah..Dia kan ada..mintak Allah tunjuk jalan keluar..bagi reason yang kuat untuk Allah terima proposal kita..Yakin seyakin-yakinnya Allah pasti akan membantu kita...

Tapiii...satu yang paling HEBAT...Dalam keadaan yang susah ni...lebih banyakkanlah  BERSEDEKAH...siapa yang boleh bersedekah waktu dia sedang kekeringan, sedang kritikal, waktu dia tengah tak ada apa-apa....lihatlah bagaimana Allah tunjukkan KEKUASAANNYA!!!...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA PEMBERI ( Ya Wahhab)
Abd Al-Wahhab adalah orang yang melalui dirinya Allah memberikan apa saja yang dikehendakiNya..Orang seperti ini memberikan apapun dengan ikhlas, tanpa balasan, tanpa tujuan tertentu, kepada orang-orang yang memerlukan dan pantas.Jika dia melaksanakan solat malam dua rakaat selama 3 atau 7 malam berturut-turut,dengan memanjatkan tangannya dan membaca ya Wahhab sebanyak 100 kali sebelum dia memohonkan keperluannya,nescaya Allah akan mengabulkan doanya.






Thursday, April 25, 2013

NAK TIRU ORANG KAYA LAH...

NAK TIRU ORANG KAYA LAH...

Kenapa perlu tiru orang kaya? Penting sangat ke? Tiru apa sebenarnya? Tiru gaya hidup dia ke? Kalau nak tiru gaya hidup dia...dia pakai Ferrari, Lamborghini, camana kita nak tiru? hehe...

Mentor kata kita kena tiru je apa yang orang kaya buat..lebih-lebih lagi jika orang kaya tu menjadi MENTOR kita..tengok je apa yang dia buat..kalau dia selalu ke mesjid..ikut...kita pun kena selalu ke mesjid..dia selalu bersedekah tak kira pada siapa..kita ikut je..kita pun bersedekah..Sampai ke tahap kita tahu apa favorite food mentor kita..Mentor saya suka makan asam pedas & siakap bakar..Mentor anda?

Bila dah kenal dan berkawan dengan orang-orang kaya ni, barulah kita akan faham...ye lah, cara mereka berfikir pun lain rupanya..Segalanya berbeza, tentang kehidupan, wang, kemewahan, mengenai diri mereka,mengenai orang lain, segala-galanya lain dari pemikiran orang-orang biasa..

Orang kaya ni...diorang percaya bahawa hidup mereka boleh di 'design'..Bukan DAH TAKDIR bak kata ramai orang kita...Mereka percaya, kejayaan yang mereka capai itu adalah daripada apa yang mereka designkan..apa yang sering mereka fikirkan, apa yang sering mereka katakan, apa yang sering mereka rasakan..dan apa yang sering mereka lakukan!..Segala-galanya terletak di MINDA...Minda yang menjadi kekuatan mereka sebenarnya..Itu saja asset mereka..Mereka ni, ada juga yang jatuh..tapi tak lama lagi..tengoklah..mesti naik balik..Kenapa? Bukan sebab modal..tapi sebab minda ja..Dia tau macamana nak main games minda ni untuk design hidup mereka..

Macam-macam cara mereka buat untuk design hidup mereka...Mereka bermula design dengan mendekati Allah..Bila dah dekat dan jatuh cinta dengan Allah, dia mintak..dia doa..semuanya Allah beri..Allah sangat dekat di hati mereka..Mereka juga angan-angan..tapi mereka tak angan-angan MAT JENIN seperti orang biasa buat..Angan-angan mereka, mereka tuliskan di atas kertas...Banyak mana pun tak kisahh..lagi banyak lagi bagus, kerana Allah sangat suka hambaNya yang meminta-meminta..merayu-rayu...ALLAH MAHA BERKUASA...pasti DIA nak tunjuk kekuasaanNya..

Orang biasa?

Orang biasa dia kata...dah takdir yang, kita macam ni...Si polan si polan tu takpe lah..mak bapak dia kaya..kita ni mak bapak kita siapa? Dah start dahhhh....dah salahkan mak bapak pulak..bukan ke kita ada otak sendiri? Cer tengok kat luar tu..orang yang berjaya, berapa ramai datang dari ibu bapa yang tiada apa-apa? Ada yang lebih teruk lagi pemikiran orang biasa ni...Habis kalau semua orang buat bisnes, sapa yang nak kerja?Konfem hidup dia biasa-biasa kalau dia masih berfikiran macam ni...

Dulu kami pun tak faham..Tak berani nak sebut JUTAWAN pun..tak biasa, rendah diri..Dulu target sales ribu-ribu je..pastu dah berani target puluh ribu..bila selalu sebut, ratus-ratus ribu pun dah jadi biasa..Sekarang macam tak percaya, dah pandai mintak pada Allah juta juta? Allah nak bagi ke?..Mesti lah Dia nak bagi..Baik sangka lah dengan Allah..ALLAH kan MAHA KAYA? Tentu Dia nak beri pada hambaNya yang dekat denganNya? Yang MencintaiNya?

Bukankah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita lakukan...itu semua adalah DOA?....

WALLAHU'ALAM..

ALLAH MAHA KAYA (al-WAJID)
Seorang beriman yang membiasakan diri membaca nama ya Wajid ini sekerap mungkin akan diberi kekuatan hati yang dapat membantunya menemukan apa yang ingin dia temukan dan menjaga apa yang telah ditemukannya.


Wednesday, April 24, 2013

TIPS RAHSIA UNTUK DEALER & STOKIS ANIS CHOCOLATE:

JANGAN MENIPU
Untuk u all dealer-dealer kami ni..Jangan start menipu k..be transparent dalam apa jua keadaan..Kalau orang tanya ni kek siapa?..Terus terang je, tak perlu nak kata buat sendiri lah..Bukan apa, nanti u all yg susah..kalau orang dah tau bukan u all yg buat..nanti customer dah tak TRUST!..

Pesanan ni bukan saja untuk digunakan masa jual kek Anis Choc Moist Cake ni..tapi please guna dalam life u all juga...Kerana kami dah nampak, ramai yang menipu..tak kira apa saja sebabnya, reasonnya...akhirnya imej dia tercalar, customer makin lama makin kurang..hati dia juga tak tenang, tapi dia tak tahu puncanya tak tenang..dan dia tak tau kenapa bisnes nya tak menjadi...

~Salam Sayang dari Anis CMC~


WARM-WARM CHICKEN SHIT

WARM-WARM CHICKEN SHIT

Bila pegi ke kelas atau seminar..kita melompat-lompat, excited ni..rasa balik nanti nak terus buat bisnes...Kalau boleh nak terus bukak kedai..Rasa ILMU penuh di dada..Rasa dah cukup kuat...

Hari pertama..sampai seminggu jugaklah..Tak boleh tidur dibuatnya..hari-hari kepala hotak ni busy memikirkan nak buat bisnes apa....nak buat bisnes apa...Ramai yang dah buat list,panjang bebenor list bisnes dia....macam-macam idea, mencurah-curah idea tu...bagus bagus...

Tapiiii.....

Lepas 2 minggu, apa pun tak start lagi....Dok tengok list tu tiap-tiap hari..Tak tau macamana nak start..Pastu makin lama makin hilang semangat..Boleh lah nyanyi lagu XPDC.."Semangat yang hilang...Kita cari pulang...".Apa yang dah jadi? Momentum tak konsisten..Sekejap naik sekejap turun..Energy pun tak strong!..Lepas kelas jadi kuat...lama-lama lemah balik...warm warm chicken shit...

Semua dah get back to normal..Tak ada kekuatan, tak ada keinginan yang membara-bara untuk kaya dan berjaya!..Nak teruskan hidup biasa-biasa..Orang lain dah pegi jalan dah pusing dunia..kita nak bawak anak setahun sekali pi Langkawi pun berkira-kira...

Uhuhuuu..itulah pemikiran kami dulu..ingatkan memang dah tak ada harapan nak kaya..ingatkan macam tu lah nasib kita...teruskan sama macam kawan-kawan sekeliling kita...Pegi kerja, balik kerja..Tunggu naik pangkat, tak naik-naik..gaji lagi la..setahun paling banyak boleh naik 200 ringgit..tu paling banyak la..macamana nak bawak anak-anak makan angin di negara orang putih?..

Cakap kat anak, belajar rajin-rajin ye, nanti besar kerja doktor boleh bawak mak pi jalan ke London kay...tu diaa...boleh tahan ke nak tunggu berapa tahun lagi? masa anak nak bawak kita jalan nanti...kita pun dah pakai tongkat apa..dah tak boleh nak enjoy...Buat apa macam tu? Buat la sesuatu untuk anak-anak..bukan tunggu anak-anak buatkan untuk kita..

Nak tau tak kenapa kita selalu warm warm chicken shit? atau hangat-hangat tahi ayam?..Kenapa ada orang yang cepat hilang semangat? Demotivated?

Kenapa ada pulak yang MIDAS TOUCH..buat apa pun menjadi...kadang-kadang dia jatuh juga...tapi lepas tu naik balik..ada yang jatuh lagi berkali-kali..tapi naik lagi..Ada orang pulak, sepanjang hidup kena struggle? Dengan kerjanya..dengan part timenya..dengan bisnes lagi..meniaga larut malam lagi...Keluar pukul
7 pagi, balik jam 3 pagi..punyalah kuat bekerja..Tapi tak kaya-kaya jugak?..Jadi, pikir-pikir balik..kerja kuat macam mana pun tak menjaminkan boleh jadi kaya..ye tak?Habis macamamana?

Simple je jawapannya sebenarnya..Paling asas sekali ialah...MINDA anda TIDAK SET atau TIDAK DIPROGRAMKAN untuk berjaya!..Jadi, belajarlah apa pun..pegi lah ke kelas Mentor dari planet mana pun..apa yang dibuat tidak akan memberi makna..tak boleh nak menjadi...

Macamana nak tahu minda anda dah diprogramkan atau belum? Kalau umur dah 30 tahun ke atas...confirm dah program..Diprogramkan oleh ibu bapa kita, keluarga kita, kawan-kawan kita, cikgu-cikgu kita..Software apa yang mereka dah masukkan dalam minda kita? Software mengenai kekayaan dan kejayaan..mengenai duit..Apakah persepsi anda tentang orang kaya contohnya? Dia baik ke..dia jahat ke..Apa persepsi anda tentang kekayaan? Boleh membawa ke arah yang positif atau negatif?..Tanya pada diri sendiri, program apa yang dah masuk?..

Kalau salah program, kena set lain...Reprogram dulu...Kena suka dulu dengan orang kaya..hehe..kena suka dulu dengan duit...Pastu, tengoklah apa saja yang anda sentuh akan menjadi EMAS!!..Lepas dah reprogram, anda akan sedar..sebenarnya, senangnyaaa nak kaya..apa saja yang kita fikir..apa saja yang kita buat..semua menjadi..Kadang-kadang tak payah penat-penat pun..ada saja peluang..ada saja jalan..Masyaallah...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA...

Tuesday, April 23, 2013

TULANG BELAKANG YANG TIADA ILMU

TULANG BELAKANG YANG TIADA ILMU

Menjadi orang kuat di belakang seseorang sangatlah penting.Bermaksud orang yang menjadi tulang belakang ni, perlulah cukup kalsiumnya,ironnya..kerana kalau tulang ni rapuh,habislah...seluruh anggota badan menjadi lemah....boleh jatuh beb..

Jadi, wahai si tulang belakang semua..anda sebenarnya adalah PUNCA KEJAYAAN suami atau isteri anda!..Anda juga boleh jadi PUNCA KEJATUHAN suami/isteri anda..Jadi, anda juga perlu BERILMU!..Bukan suami anda je pegi cari ilmu,si tulang belakang pun kena cari ilmu!..Anda perlu ada kekuatan yang luar biasa!Anda perlu tahu ROAD BLOCK dalam diri anda..Anda juga perlu tahu bagaimana nak CUCI KOLAM..

Ada satu kisah benar..Mereka suami isteri sama-sama menjalankan bisnes..Tapi bisnes ni sebenarnya bermula dari ayah mereka..stage sekarang diorang dah senang..hanya meneruskan bisnes yang dah bertapak..Mungkin yang menjadi tulang belakang ni dah biasa comfort, ye lah..kawin dengan anak orang kaya, yang memang dah ada bisnes..Tapi itulah dia kalau tahu kawiiiinn je, tapi tak nak cari ilmu..Empire bisnes yang kuat lama-lama boleh runtuh juga..

Suami yang bagus dalam bisnes makin lama makin merosot..Bisnes yang dah puluhan tahun bertahan semakin tinggal bayang-bayang..Suami bertungkus lumus berpenat lelah berperah otak cuba bangun semula, semakin rebah...semakin lemah...

Kenapa? Kerana salah satu yang sangat penting adalah PERANAN TULANG BELAKANG!!...Bila bersama kami, dia jadi kuat..dia jadi bersemangat..dia terima pendapat..dia nampak jalan..Tapiiiii...bila pulang berjumpa si tulang belakangnya, dia lemah semula..dia longlai...dia lesu....

Sepatutnya, sebagai tulang belakang,kita perlu kuatkan pasangan kita bila mereka down..Kena pandai berperanan,..Jangan pula anda yang sepatutnya menjadi tulang belakang tetapi andalah sebenarnya BIAWAK dalam rumah sendiri!!...Suami pun sepatutnya kena cepat sedar jika si tulang belakang dah jadi BIAWAK, bermaksud dia kurang ILMU..hantar dia mencari ilmu..jangan simpan dia...dia perlu tahu sebab takut nanti jadi BIAWAK kepada anak-anak pula..Fuuhhh TAKUUTTTT!!!...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MELINDUNGI ( AL-WALI)
Jika seorang beriman membaca ya Wali sebanyak 700 kali pada malam jumaat,maka semua rintangan material akan hilang.Dalam perkahwinan yang salah satu pasangannya memiliki sifat suka bertengkar,jika pasangan lain mengingat nama ini ketika mereka sedang bertengkar nescaya pertengkaran itu tidak akan berubah menjadi pergaduhan..

Monday, April 22, 2013

ASYIK NAK SALAHKAN ORANG JE..

ASYIK NAK SALAHKAN ORANG JE....

Cuba kita sama-sama cermin, tengok muka kita..Atau perkataan lainnya bunyi agak kasar ialah cermin diri..Duduk depan cermin tu, cer belek muka kita..cantik sangat ke? Handsome sangat ke? Perfect sangat ke? Mesti lah tak, kan?..Yang putih gebu, dia kata hidung dia penyek lah, ada jeragat lah..Macam-macam..ada je yang tak kena..

Jadi, kalau ada yang kena dalam kehidupan seharian kita, ada problem atau dugaan dalam bisnes pun..tak payah lah nak salahkan orang...Memang susah nak buat kalau tak biasa, tapi biasa-biasakanlah..Memang itu tak boleh dielak..itu je caranya..Jangan nak salahkan orang je..Dulu kami pun sama, kalau ada yang tak kena, semua orang salah..kita betuuulll je...

Tapi.....bila kita tukar mind set, bila setiap kali ada cabaran, relate balik dengan diri kita,apa yang pernah kita buat sebelum dan selama ni, kadang-kadang bila dikenang-kenangkan...rupanya betul lah..WHAT U GIVE, U GET BACK!!...Sometimes U GET BACK MORE!!...

Contohnya, dulu masa zaman bekerja, saya kadang-kadang lalai juga..tak sungguh-sungguh buat kerja..lebih buang masa dengan buat bisnes di ofis, saya tahu semua tu salah..tapi buat-buat tak tahu..saya gunakan masa yang dibayar pada saya untuk buat bisnes,jadi gaji yang dapat tu TAK BERKAT!..Duit sentiasa BOCOR...Masuk sikit..keluar sikit..masuk banyak, keluar pun lagi la banyak.. Dengan duit gaji, dengan duit bisnes..tapi sentiasa tak cukuuppp je..

Sekarang, nah!!...Kau rasakan!..Saya pernah dapat balasan..Saya pernah rasa What u give, u get back..Masa awal-awal bukak kedai 3 tahun lalu..kerenah pekerja banyak bagi dugaan..Suruh itu tak nak..suruh ini sakit perut..sakit kepala...(Dulu la...sekarang semua thumbs up!!Syukurr....)

Tapi masa tu saya terus terdetik, padan muka aku! Dulu masa kerja kau buang masa di ofis, guna telefon ofis buat sales, call prospect..guna internet kat ofis untuk service downline..Sekarang, pekerja buat macam ni, jangan nak disalahkanlah!!...Hehehe betul-betul sentap bila dapat bisikan macam tu...

Insyaallah..kami semakin memahami..kalau kita ditimpa cabaran dan dugaan, banyak-banyak SOLAT TAUBAT atas apa yang telah kita lakukan dulu..ALLAH MAHA PENGAMPUN..Yakin yang Dia SANGAT PENYAYANG, kita akan semakin mengenali diri, kita akan semakin memahami betapa perlunya kita MENDEKATI dan MENCINTAI DIA!!...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PENGAMPUN (AL-GHAFUR)
(Jika seseorang memiliki hati yang bersifat penyayang terhadap kekurangan orang yang ada disekelilingnya dab dia membaca ya Ghafur sebanyak 100 kali setelah solat Jumaat nescaya Allah akan mengampuni segala dosanya pada minggu sebelumnya.Ketika marah menyala di dalam hati seseorang, kemudian orang itu ingat dan membaca ya Ghafur, maka marah itu akan reda)




Sunday, April 21, 2013

The Magic of Love is Lost...

The Magic of Love is Lost...

Hilang sudah kasih sayang...
Siapa faham?..Siapa pernah mengalaminya?..Siapa tahu kenapa semakin lama kasih sayang semakin pudar?..Dari hari ke hari, terasa semakin jauh...dari hari ke hari terasa semakin sepi..Rasa-rasanya kenapa semua ini terjadi?..Betull....Semuanya adalah disebabkan komunikasi..Bila semakin kurang berkomunikasi, semakin pudar kasih sayang..Bila tiada komunikasi, maka terus hilanglah kasih sayang...

Tentang siapakah saya tengah bercakap ni?..Adakah tentang suami?tentang isteri?mak dan ayah?keluarga?anak-anak?kawan-kawan? pekerja? boss?...

Semua pun boleh..siapa pun boleh..semuanya berkait rapat dengan diri kita, tapi yang paling rapat dengan diri kita selain dari diri kita ialah...dengan Allah!! Allah Yang Maha Esa!!..

Siapa pernah rasa kita semakin jauh dariNya?..Saya pernah rasa..Masa tu saya tengah morning sickness anak ke 4 Aleya Sophia 2 tahun lalu..hidup menjadi huru hara, baru sebulan bukak kedai dah tak boleh ke kedai..tak tau kenapa tak boleh, tak rasa apa-apa...fikiran kosong, apa saja yang saya suka buat sebelum tu, semuanya jadi terbalik...semua tak suka..Sampaikan orang tua semua dah risau..depa kata dah ada orang buat ni, mesti ada orang dengki..sebab semakin maju, dah bukak kedai katakan..huhuhuu...tau tau ja lahh..orang tuaaaa... :)

Masa tu saya lost!...
Semuanya suami yang uruskan...dah lah dia kerja, terpaksa fikir urusan bisnes lagi..Tapi, katanya itu memang turning point untuk dia..Sebab memang dah TERPAKSA!..Kalau dia tak buat, siapa yang nak buat?..Baru sebulan, takkan nak biar? takkan nak give up?..Masa ni dia kata, baru dia tau dia boleh uruskan bisnes sebenarnya...(Sedangkan saya dah confident lama dah dengan dia..dia je yang tak confident.. )

Tapiii...lepas dah melalui 2 bulan kehilangan diri sendiri....tiba-tiba segalanya balik seperti asal, dah macam sedia kala balik..dah boleh ke kedai, dah boleh uruskan bisnes..Yang paling best,dah ingat pada Dia!..dah kembali pada Dia!..dah start berkomunikasi semula dengan Dia!..Alhamdulillahhh..terasa semula kasih sayang...The LOVE comes back!!..

Dannn..bila saya mula memberi Love pada DIA...dan mendapat balasan Love dari DIA..hidup semakin mudah...bisnes semakin baguss..baru saya perasan, 2 bulan masa saya lost tu, jarang ada phone calls atau order masuk..tapi lepas fasa lost tu, tiba-tiba banyak pulak order masuk..dapat banyak sangat phone calls dari customer...masa tu lah saya nampak..saya betul-betul faham...bila kita jauh dariNYa, Dia pun akan melupakan kita..tapi bila kita dekat denganNya, Dia memberi segalanya yang kita minta....ALLAH MAHA PENYAYANG...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA PENYAYANG..(AL-RAHIM)
(Barangsiapa yang membaca ya Rahim sebanyak 100 kali setelah solat subuh, nescaya dia akan mendapat kasih sayang dari semua makhluk)







BULETIN ANIS CHOCOLATE: PARIPARI DARI KAYANGAN MEMUJI SERVIS STOKIS ANIS CMC?

BULETIN ANIS CHOCOLATE:  PARIPARI DARI KAYANGAN MEMUJI SERVIS STOKIS
ANIS CMC?

20 April 2013   Shah Alam

Paripari dari kayangan memuji servis Stokis Anis CMC? Ini suatu berita yang sangat mengejutkan!!...Kami teruja untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana sehingga pari pari pun boleh sukakan kek coklat mereka dan sukakan servis Stokis mereka? Apa yang sangat istimewa tentang Anis Choc Moist Cake ini?

Setelah disiasat, rupanya pari pari tersebut bukan dari kayangan sebenarnya tapi dari Perlis Indera Kayangan..Encik Khairudi dari Perlis ini adalah pengusaha coklat di FB mereka Coklat Homemade.
Kata Encik Khairudi, "Saya telah membeli kek Anis CMC dari pengedar Perlis dan SERVISNYA AMAT BAIK!!..."

Tahniah kami ucapkan untuk Stokis Perlis Pn Norina Eyna (012-4165304) dengan ucapan dari Tuan Ceo Junaidy Abu Bakar, macam tu lah jaga customer...sampai customer puji servis kita!..Untuk dealer-dealer dan Stokis Anis CMC, boleh tiru cara Pn Norina ni, dia sangat pandai build relationship dengan pelanggannya...sangat mudah didekati orangnya...mudah mesra,senang berbincang, tak berkira, suka senyum, suka gurau-gurau..murah hati...Issshhh, kalau macam ni attitude semua Stokis dan Dealer kita, pasti semua akan jadi usahawan yang kaya dan berjaya!...

Tahniah Ina!..

~Wartawan Bebas~

Friday, April 19, 2013

BULETIN ANIS CHOCOLATE: STOKIS MEREKA SEMAKIN TERGUGAT?

BULETIN ANIS CHOCOLATE: STOKIS MEREKA SEMAKIN TERGUGAT?

Shah Alam    19 April 2013

Kami mendapat maklumat rahsia mengatakan para Stokis Anis CMC sekarang berada dalam keadaan gusar kerana mereka mendapat maklumat bahawa pihak syarikat ditekan daripada pihak luar untuk menjadi Stokis.

Untuk mendapat penjelasan, kami berkejar meminta Tuan CEO Junaidy Abu Bakar yang baru keluar dari mesyuarat khas syarikatnya.Walaupun terkejut pada mulanya, tapi Tuan CEO dengan tenang menjelaskan bahawa buat masa ini pihak syarikat sangat berpuas hati dengan pencapaian kesemua Stokis mereka di seluruh Malaysia.Jualan mereka sangat memberangsangkan, dan kedudukan mereka masih kuat dan tidak tergugat.

Oleh itu, Tuan Junaidy menegaskan bahawa Stokisnya tidak perlu risau lagi kerana pihak syarikat tidak berhasrat untuk menambah bilangan Stokis kecuali jika ada isu berbangkit dan jika Stokis tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Berikut adalah senarai Stokis seluruh Malaysia:

1. JOHOR - En Abdul Latif (019-7132323)
2. MELAKA - En Taufik (012-7867521)
3.NEGERI 9 - Pn Siti Zura (019-3345998)
4.KL - Pn Suzana (017-7019942)
5.KL - Cheras/Seri Kembangan/Serdang - En Abd Basit (013-4429844)
6.SELANGOR - Subang/Damansara - Pn Shariza (016-9264020)
7.SUBANG JAYA/KELANA JAYA/PETALING JAYA - En Nizam (012-2606299)
8.KLANG - En Hasnul (013-3583333)
9.RAWANG - Pn Som (012-2919066)
10.BENTONG/KARAK - Pn Suhaini (013-3703151)
11.KUANTAN PAHANG - Pn Zaliza (012-4767394)
12.TERENGGANU - En Muttaqin (019-9922523)
13.KELANTAN - En Kamal (013-9591636)
14.KELANTAN - En Razif (013-9292654)
15.IPOH PERAK - En Syahran (012-5718900)
16.PERAK UTARA - Cik Moon (012-5719847)
17.KULIM KEDAH - En Helmi (013-5100055)
18.ALOR SETAR - En Fauzi (019-7296627)
19.PENANG - En Mohd Edib (012-4834426)
20.PERLIS - Pn Norina (012-4165304)

~Wartawan Bebas~

AKIBAT SEBIJI MARIE CHEESE LAYER...

AKIBAT SEBIJI MARIE CHEESE LAYER....

Ada orang sangat memilih orang untuk memberi, terutamanya memberi wang atau bersedekah..Fikiran dah terlalu disempitkan.. bila memberi tu hanya pada orang miskin atau orang kurang upaya atau ibu tunggal atau anak yatim.Bila fikiran kita sempit dan kepercayaan kita bersedekah hanya pada orang-orang yang disebut tadi, bermakna bila orang-orang yang kita sebut tadi tu tak muncul depan kita, kita tak nak bersedekah...kita tak nak memberi..

Sebenarnya, kalau kita suka memberi....kita tak akan memilih orang untuk memberi..Beri, beri beri...kita tak akan ambil tahu pun backgroundnya kalau kita betul-betul ikhlas nak memberi..Macam pelik pulak bunyinya kalau kita tahu dia sebenarnya anak orang kaya contohnya...kita tak nak memberi pada dia..Sebenarnya, anak orang kaya atau tidak, tapiiii...perasaan mereka yang menerima pemberian kita itu yang akan membuatkan ada satu perasaan indah dalam jiwa kita..

Dan, perasan tak Allah pun memberi pada semua yang meminta...Dia tak kira pun orang tu dah kaya atau miskin? Asal yang meminta dan bersyukur?

Beberapa hari lepas ada sepasang suami isteri yang dah berumur datang ke kedai bertanyakan tentang kek untuk door gift perkahwinan anaknya..Melalui perbualan, saya tahu, diorang ni pasti orang berada..Diorang membawa cucu bersama..Cucu mereka ni sangat menarik perhatian saya, ye lah..muka mix..campuran arab ke mat salleh ke tak tahulah. Diorang datang just untuk survey, belum order lagi..Jadi, sebelum balik..saya pun bagilah pada cucunya sebiji kek Marie Cheese Layer, sebab nak bagi chocolate cake atuknya kata dia tak boleh makan coklat sebab dia ada asma..Cucu orang kaya ni sangatttttt lah happy....tapi itu biasa, memang lah budak-budak ni mudah happy kalau kita bagi hadiah kann..

TAPI...., yang lebih menyentuh hati ialah pasangan aunty dan uncle ni lah...mula-mula diorang macam pelik kenapa saya boleh bagi free cake pada cucunya sedangkan dia tak confirm order pun..Dia sebut, malulah nak terima...saya belum confirm order lagi..Saya cuma kata, tak apa...tak kira confirm order atau tidak, memang saya nak bagi kek tu pada cucunya...Saya suka melihat keseronokan pada muka budak-budak ni kalau dapat hadiah...Yang bestnya..aunty dan uncle ni macam sangat teruja, dia tak sangka agaknya...Terus masa bersalaman, aunty tu kata...Aunty doakan bisnes u berjaya,bisnes u akan lebih maju lagi....Hampir mengalir air mata saya..dan nampak ada air di bibir mata aunty tu juga...Betapa indahnya saat itu...

Pengalaman itu sangat bermakna, baru saya sekarang benar-benar faham...kalau ikutkan pada mulanya hati saya sangat skeptikal...Saya tahu mereka orang kaya, ada terdetik sekejap si budak kecik tu kata..tak payah bagi...atuk nenek dia kaya, kalau cucu dia nak..pasti diorang akan belikan..tapi..tiba-tiba saya dapat fight budak kecik tu..saya kata saya tetap nak bagi jugak..dia kan kanak-kanak, best tau kalau bagi pada budak-budak..budak-budak ni sure appreciate dan pandai express happiness kalau dapat hadiah...dan saya nak bagi jugak, tak kira dia cucu orang kaya atau tidak..

Kalau saya tak bagi kek Marie Cheese Layer tu, pasti saya tak dapat DOA itu kan?..

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA MENGETAHUI....

Thursday, April 18, 2013

BILA TENGOK ORANG NAIK MOTOR...

BILA TENGOK ORANG NAIK MOTOR..

Bila tadi terserempak dengan seorang ayah yang hantar anaknya ke sekolah, teringat zaman sekolah dulu-dulu..Teringat kat Abah yang hantar keempat-empat anaknya ni ke sekolah dengan motor..(sekarang dah jadi 8 orang anak..hehe..)

Teringat betapa kuatnya pelukan bila duduk di belakang Abah..takut jatuh dan selalu ditegur Abah kerana cepat tersengguk-sengguk dan tertidur di atas motor.Teringat juga bila nak ke asrama, Abah ikut jalan kampung, kami terpaksa mengelak dari serangga-serangga yang berterbangan, sering abah tak dapat mengelak, plupp pluppp..terkena di pipi atau di muka abah...Saya tak kena sebab selalu menyorok di belakang Abah..Bila ditanya, sakit juga kata Abah...Kesiannnn Abah...

Jadi...bila melihat pakcik-pakcik atau abang-abang yang naik motor terutamanya motor kapcai atau EX5 ini, saya selalu mendoakan mereka..Semoga mereka ini dilorongkan oleh Allah untuk membuat sesuatu yang lebih baik dalam hidup mereka, supaya mereka nampak banyak peluang sebenarnya untuk berjaya dan mereka nampak jalan untuk menambah rezeki mereka..

Saya doakan supaya mereka dapat ubah minda mereka kerana bagi yang dah faham dan tahu bagaimana caranya, adalah mudah sebenarnya untuk keluar dari kemiskinan!!...Sedih melihat masih ramai lagi yang naik motor..sedangkan kalau mereka tahu bukan susah sangat nak jadi kaya kalau kita ada ILMU!.. Carilah ILMU, carilah ILMU, carilah ILMU...Jangan berserah pada takdir....kerana kata mentor kami, tiada siapa pun pernah tengok 'BUKU TAKDIR' dia..Bagaimana kita boleh kata semuanya adalah takdir? Percayalah, Allah akan memberi kepada yang meminta dan YAKIN pada kekuasaanNya...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA....


TIPS UNTUK ORANG YANG BARU RESIGN

TIPS UNTUK ORANG YANG BARU RESIGN (BHG 1)

Semalam kami semua ahli warga STOKIS dan DEALER Anis Chocolate Moist Cake teruja mendengar berita bahawa salah seorang Stokis kami dari Perak Utara iaitu Cik Munirah (Moon) telah meletakkan jawatan semalam. Kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke dunia sebenar perniagaan yang sangat indah ini, selamat BERHIJRAH & kami doakan untuk semua yang baru resign ini bergembira di alam yang lebih membahagiakan ini, SEMOGA ANDA SEMUA KAYA DAN BERJAYA!!..

Di bawah ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tips untuk semua anda yang baru meletakkan jawatan kerana kami memahami segala kegusaran anda, kami memahami betapa excitednya anda...kerana kami berdua pernah melalui saat-saat indah ini beberapa tahun lalu..

1.CARI ILMU
Untuk mereka yang baru resign terutamanya untuk mereka yang resign kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada bisnesnya , perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah CARI ILMU. Memang ini adalah perkara yang tidak dititik-beratkan oleh ramai orang.Ada yang dah rasa bagus sangat, pandai sangat..(macam kami dulu lah..), ye lah income sebelum resign pun bagus lah tu sebab tu berani resign kann..tapiiiii...income tu boleh jadi susut, boleh jadi semakin menipis kalau kita tak cukup ilmu..

ILMU apa ye? Paling penting, kenalah cari ilmu untuk mendapat kekuatan dalaman..Sebab orang yang bisnes perlu double dan triple kuat dari orang yang bekerja makan gaji.. kerana orang yang resign akan bertemu banyak dugaan sepanjang perjalanan..Hanya orang yang KUAT DALAMANnya akan terus berada dalam alam perniagaan..yang tak kuat, akhirnya CARI KERJA BALIK!..

2.BERGANTUNG PADA ALLAH
Bagi kami berdua yang dah melalui zaman makan gaji dan berbisnes, kami boleh merasakan betapa kuatnya kebergantungan kita pada Allah SWT semasa zaman berbisnes ini..Dulu masa kita bekerja, kalau kita perform atau tidak perform, macamana pun gaji tetap ada..TAPI bila dah resign, baru sedar kita tiada siapa-siapa kecuali ALLAH YANG MAHA ESA!!..

Itulah dia..kita tiada BOSS untuk bergantung harap..ALLAH lah boss kita,ceo kita..padaNYA lah kita meminta idea, kita mengadu, kita minta kekuatan, kita minta perlindungan, kita minta lebih banyak kekayaan...kita minta rezeki yang berganda-ganda dariNYA, lebih banyak dari dulu..Percayalah, semakin kita bergantung harap dan YAKIN padaNYA, ALLAH akan memberi lebih banyak pada kita...

Jadi kita perlu MENCARI ILMU bagaimana kita boleh menambahkan keyakinan kita pada Nya..cari ilmu untuk merasa lebih MENCINTAINYA..cari ilmu bagaimana untuk LEBIH RAPAT denganNYa..Perlahan-lahan kita akan melalui satu fasa yang sangat indah..,tiba-tiba kita jadi SANGAT YAKIN, kita jadi SANGAT BERGANTUNG, kerana disitulah THE GREATEST LOVE OF ALL...Find THE LOVE,give MORE LOVE,  U'LL BE LOVED FOREVER!!...After all, itu yang kita cari sebenarnya...bukan DUIT, bukan kemewahan, tetapi LOVE!!..

3.FOKUS
Untuk fasa awal berhenti kerja ni, anda perlu FOKUS dengan bidang bisnes yang anda lakukan dulu..Habiskan apa yang dah anda start!..Jangan cepat melatah, dah nak lari fokus...Jangan ingat income sekarang ni dah kuat sangat..Fokus dulu, sampai boleh leverage, sampai boleh gajikan seorang pekerja untuk uruskan current bisnes kita...2 atau 3 bulan, make sure bisnes run very smooth di bawah pengurusan seorang pengurus, then baru boleh beralih arah..Itu pun kalau perlu..kalau dah tepu market bisnes anda...dah sampai ke Kutub Utara bisnes anda, sampai semua orang, semua makhluk di bumi ni dah kenal bisnes anda...hehehe..barulah kita go to the next one...Bisnes kita bukan setakat orang kampung kita je tahu ye dikk..kalau boleh biar sampai makhluk kat Planet lain pun tahu...baru gempak!..

4.BACA BUKU/BLOG/FORUM
Untuk orang yang baru resign ni, mereka masih belum betul-betul kuat..takut sekerat jalan biawak lalu je depan rumah, daaahhhh takut nak bukak pintu rumah..biawak tu lalu je, tak masuk rumah pun...dah takut nak keluar rumah..

Jadi, nak tanam kekuatan dalam diri sendiri, kena banyak banyak banyak membaca...Ada orang suka membaca buku, ada orang tak suka baca buku..Yang tak suka baca buku boleh baca di facebook atau di blog..Bagaimana mereka yang dah melalui pengalaman berhenti kerja ini membina kekuatan dalaman? Apa yang perlu ada untuk menjadi JUTAWAN? Apa attitude yang perlu ada sebagai usahawan yang berjaya? Boleh tak menjadi seperti lalang kalau nak berjaya? Kejap bisnes tu, kejap bisnes ni..kejap produk tu..kejap produk ni..Lama-lama dalam kereta kita penuh macam kedai runcit..segala mak nenek produk semua ada..Ada ke orang yang macam ni jadi JUTAWAN? Sama-sama kita observe kay..

Paling penting, kalau tak suka membaca..sama ada baca buku atau baca bahan bacaan ilmiah di internet, percayalah..tak lama lagi pasti anda terpaksa CARI KERJA SEMULA!..

5.CARI KAWAN BARU
Orang yang baru resign ni akan mengalami kepupusan kawan-kawan..Dulu masa bekerja memang kita dikelilingi oleh ramai kawan-kawan..Nanti tak lama lagi untuk yang resign ni, anda akan rasa sunyiii sangat...anda akan perasan anda dah tak punya ramai kawan..Kawan yang macam dulu kita boleh keluar lunch sama-sama, ramai-ramai...borak-borak..gossip gossipp..hihihiiii

Sekarang bila dah resign..cepat-cepat cari kawan-kawan baru..Ini peluang anda! Kali ni tapis betul-betul...Cari yang sealiran pemikiran dengan kita, jangan salah orang! Jangan yang membawa kita ke arah yang lebih teruk..lebih melalaikan..yang tidak ada vision..yang tak ada matlamat hidup..yang suka tidur sepanjang hari..yang suka bangun lewat.. yang suka buang masa..yang suka tengok tv saja..yang suka borak-borak kosong..yang suka gossiiiipppp saja..yang pandai komplennnn memanjang..semua salah, dia saja yang betul..yang suka mengutuk dan mengata orang...Jauhilah orang-orang macam ni..Kerana, kalau nak tahu kita boleh berjaya atau tidak, orang-orang sekeliling kita..Kalau kita kawan dengan PEROMPAK, insyaallah kita akan jadi PEROMPAK...tapiii..kalau kita berkawan dengan JUTAWAN, insyaallah lama kelamaan kita TERPAKSA jadi JUTAWAN!!..

Sebenarnya bukan senang jugak nak dapat kawan-kawan yang positif..tapi insyaallah dia akan muncul tak lama lagi..Berkenalan dengan orang yang dah resign dan dah berjaya dalam bisnesnya.Dekati mereka..tanya bagaimana mereka melalui saat-saat yang menarik ini? Takutkah mereka? Risaukah mereka? Anda akan dapati, semuanya SAMA SEPERTI ANDA...Takut seperti anda, sama ada boleh melaluinya atau tidak..Tapi, untuk orang yang dah berjaya melalui saat ini, mereka pasti katakan, kalau saya tahu betapa indah dan mudahnya untuk menjadi kaya...dah lama saya berhenti kerja!

Tapiiii...Kawan lama kena maintain..jangan sampai kita putuskan Silaturrahimmm, kita tidak diajar sebegitu dalam agama kita, bukan? Kalau boleh rapatkan lagi silaturrahim dengan kawan-kawan lama ni..Baik sangka dengan mereka, mereka inginkan kekuatan seperti kita juga sebenarnya, mereka juga ada impian sebenarnya.Cuma mereka tak ada guidance..fahami mereka, jangan buang mereka..dekati mereka..Kerana Allah sangat sayangkan umatnya yang berkasih sayang sesama makhluknya...

Opppssss, leteran pagi dah terpaksa dihentikan..Ada beberapa tips lagi yang tak sempat nak ditulis mengenangkan waktu Subuh dah menjelma....mari kita bersolat dulu, berselawat dan salam ke atas junjungan...Esok kita sambung tips ni kayy...Love Love Love!!..

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA BERKUASA....


TIPS UNTUK ORANG YANG BARU RESIGN ( BHG 2)

6. KERJA DOUBLE KUAT
Untuk orang yang baru resign ni, mereka tengah excited!..dan mereka memang nampak sebesar-besarnya peluang yang ada di bumi Allah yang Maha Luas ini, sebab tu lah mereka resign kankan?...Jadi, kalau dah nampak peluang, apa lagi..terus kerja dengan lebih kuat!..Untuk fasa awal memang kena kerja sangat kuat!..Tak tidur pun takpe,let say customer order barang dan kita terpaksa ke Shah Alam untuk ambik stok pun takpe..Demi kepercayaan pelanggan kita..

Kita dah tak boleh bekerja sama seperti zaman kita makan gaji lagi..Dulu masa bekerja, kita banyak cuti dan MC yang tak menentu hari, tapi bila dah bisnes sendiri, jangan harap dalam first phase ni nak bercuti dan ber MC..Kami dulu masa awal-awal berbisnes, waktu tidur pun dah tak cukup..tidur pukul 2 atau 3 pagi setiap hari..Ye lah, banyak benda nak buat, malam-malamlah kena buat akaun..Mencabar jugak, tapi..kalau dah minat semuanya rasa mudah saja...

Kerja double kuat ni untuk permulaan saja sebenarnya...Nanti bila dah belajar buat dengan bersistematik,semuanya akan berjalan lancar..dan anda dah ada kelapangan dan masa yang fleksibel..Bila dah melepasi fasa kerja double kuat ni, lepas tu anda dah boleh pergi BERCUTI untuk relax kan minda dan untuk refresh!..Bessstttttt!!..

7.BANGUN AWAL PAGI
Orang yang baru resign ni jangan ingat dah resign inilah masa nak bangun lewat sikit..ye lah dah bertahun-tahun bangun awal pagi, teringin nak bangun lewat?..Lepas solat subuh nak sambung tidur balik?.NO WAY!!..Kalau buat macam tu, lama-lama jadi kebiasaan...nanti mesti u jadi LEMAU!! Orang yang suka bangun lewat ni cer tengok, mesti rezeki dia tak lekat..Sebab,Allah agih-agihkan rezeki pada waktu awal pagi. Kalau anda bangun lewat, anda dah ter miss waktu macam ni, nanti anda tak termasuk dalam agihan rezeki yang Allah nak bagi tu..

Sepatutnya dah resign lagi la kena bangun lebih awal..Bangun awal pagi untuk tahajjud dan bersolat sunat yang lain.Bersolat subuh di awal waktu..Masa ni lah nak mendekati Allah Maha Pencipta..Indahnyaaa saat ini kerana kita dah tak perlu terkejar-kejar masa nak ke tempat kerja..kita pun dah tak takut kalau-kalau mengantuk nanti siang..Takpe, kalau ngantuk kita boleh take a nap jap..

Dulu masa bekerja kita terpaksa berbisnes malam hari..sebab tu terpaksa tidur lewat dan pagi susah nak bangun..Tapi sekarang, adjustkan masa anda..tidur lebih awal di malam hari supaya anda boleh bangun awal seawal-awalnya jam 4 pagi untuk anda dapat berdua-duaan dengan Allah Yang Maha Esa..jadikan itu satu habit, jadikan itu satu keseronokan..Insyaallah, tengoklah rezeki akan datang mencurah-curah!..

8.BERDHUHA
Solat dhuha ni bukanlah untuk orang yang resign saja..tapi semua orang pun sangat digalakkan untuk solat sunat dhuha, kan? Tapi...untuk yang baru resign ni, kalau sebelum ni tak sempat sebab bekerja dan tak perasan pun pasal solat sunat Dhuha ni....sekarang ni dah kena start perasan kepada perkara-perkara macam ni..

Kalau yang dah start buat, mereka tahu betapa indahnya kalau kita dapat bersolat dhuha ni..Rezeki datang tak putus-putuss...Kerana Allah dah janji kannn...dengan bersolat Dhuha ni sebenarnya kita dah boleh jadi MONEY MAGNET!..

9.BERSEDEKAH
Ni pun sama, bukan untuk orang yang resign saja bersedekah ni..tapi untuk semua lah kan? Tapii...orang yang baru resign ni sangat-sangat patut dan wajib untuk lebih banyak bersedekah..Sebab memang inilah punca utamanya kalau kita nak dapat lebih banyak rezeki...kita kena banyak BERKONGSI REZEKI dengan lebih ramai orang lagi..CUCI KOLAM anda setiap hari wahai resigners!..Start dengan seringgit sehari, secara konsisten!..Tengok nanti yang datang balik beratus-ratus kali ganda!..Fuuhhh, memang best betul bersedekah ni...

Oopssss, untuk ibu bapa jangan langsung ter miss...bagi lah kalau tak dapat banyak bagi sikit..sesikit RM5? Hehehe..teringat yang baca kisah hamba Allah tu start bagi 5 ringgit je pada ibunya..mula-mula ingat sebab dia memang tak berduit, itu yang dia tak bagi..tapi bila betul-betul faham konsep MEMBERI ni terutamanya pada mak ayah, walaupun boleh bagi start dengan 5 ringgit je, sekarang dah beribu ringgit dah dia dapat bagi pada parentsnya..Very Powerful!!..

10.JANGAN BACA PAPER
Untuk resigners dan juga bukan resigners pun sama..Pernah tak dengar idea ni? Jangan baca newspaper especially awal-awal pagi dan especially 5 muka surat terawal? Sebab kebanyakan cerita dalam newspaper tu adalah negatif!..Dan ditakuti berita tu akan di absorb oleh subconcsious mind kita secara automatik..kita tak sedar pun...

Bila terlampau banyak baca berita-berita negatif ni, lama-lama kita akan jadi NEGATIF! Dalam newspaper juga ada berita-berita yang menakutkan, walaupun kita rasa kita baca tanpa rasa apa-apa..tapi lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari diri anda..Anda akan diselubungi ketakutan, dari sinilah punca nanti kita tak percaya pada orang lain..buruk sangka pada orang lain dan sebagainya..Baca yang bahagian bisnes ke, bahagian sukan tak apa, yang perlu dielakkan ialah 5 muka surat terawal saja..

(Sebenarnya banyak yang nak dicerita pasal baca newspaper ni, tapi...takut sensitip pulak...nanti next time kalau diizinkan Allah, saya akan share pasal bagaimana dengan membaca suratkhabar akan membuatkan hidup kita sentiasa dalam KETAKUTAN!..)

Okay, diharap tips yang simple ni dapat membantu...Semoga semua resigners diberi Allah rezeki yang mencurah-curah seperti hujan lebat yang turun tanpa hentinya!..Aminnn...

WALAHU'ALAM..

ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI....

Monday, April 15, 2013

SAYA TAK NAK JADI SUPERWOMAN..

SAYA TAK NAK JADI SUPERWOMAN

Saya teringat mentor pernah berkata, orang yang nak cepat berehat, ataupun maksudnya cepat retire, kira retire young retire rich lah kan..kita kenalah pulon dari awal..Buat apa pun buat full swing, all out.Setahun dua, fokus betul-betul dengan bisnes kita, cari ilmu betul-betul...applykan dalam bisnes kita.Perkemaskan sistem dalam bisnes kita, bila dah ada sistem, bisnes kita dah mudah sikit..nak berehat atau nak bercuti sikit pun tak ada masalah..Kita ada ke tak ada ke, bisnes tetap berjalan..Itulah yang dinamakan bisnes,bukan bekerja sendiri...kita lah boss kitalah pekerja..Mana best maca tu, hehe..

Itulah yang saya fikirkan masa mula-mula nak bisnes..Saya memang tak nak jadi SUPERWOMAN bukan saja dari awal bisnes..dari awal-awal kawin lagi,dah nak ada pembantu rumah..Ni semua mak saya lah ni..idea dia lah ni..lepas kawin ok lagi, tapi lepas dapat anak pertama Adam Haqimy, dia dah suruh cari pembantu rumah. Dia kata jangan jadi macam dia dulu, penat bekerja..(lain la kalau tak bekerja, kannn...)balik nak buat kerja rumah lagi, Bila penat, anak-anak dan suami tak boleh dilayan sepenuhnya..Darah pun selalu naik, hehehe...Ye lah, semua benda nak pikir..So dia kata, senang citer cari ja bibik..baru boleh spend quality time dengan family...

Jadi, dari awal lagi saya dah tak nak jadi SUPERWOMAN,malu jugak dengan kawan-kawan sebab diorang sangat pandai bahagi masa itu ini..Kagum dengan diorang,dah lah bekerja, dari subuh-subuh lagi dah keluar, maghrib ataupun kadang-kadang isyak baru sampai rumah..balik settle kerja rumah,masak..basuh baju, sidai baju,lipat baju,iron baju..banyak tul masa nak di habiskan tang baju ni..anak?sempat ke nak temankan anak buat homework?suami? dah ditinggalkan kesepiann..heheehe..Pastu ada yang ada bisnes lagi, fuuhhh memang kagumlah..Dulu saya pun awal-awal sebelum ada maid, rasa macam tu lah..best sangat bila orang nampak kita macam SUPERWOMAN..rasa hebat sangat..sebab bukan semua orang dapat buat macam tu tauu...Memang tabik spring lah, toink toink!!..

Tapiii....perlukah nak jadi macam tu?

Itulah dia..semua benda kalau nak buat sendiri, di situlah punca bagi sesetengah orang yang tak percayakan orang lain.Di rumah,semuanya nak buat sendiri..Bila ada bisnes,rasa dirinya saja paling hebat dan cekap.Orang lain dalam dunia ni semua tak cekap..tak pandai..Orang lain semua buat karipap (contohnya) tak sedap, tak cantik lak tu..Jadi kenalah buat sendiri..Kalau macam tu, selama-lamanya lah buat karipap sendiri..tak ada sistem..Memang insyaallah susah lah nak jadi JUTAWAN..

Ini merupakan TURNING POINT saya juga sebenarnya..

Dari awal bisnes lagi,lepas saya train maid saya Kak Wati ni, rasa-rasanya seminggu lepas tu saya dah lepaskan dia buat kek.Saya dah nampak, dari mula lagi,kalau saya kedekut ilmu sangat,tak bagi atau tak percaya orang buat..mesti terduduk punya lah..Dah la nak beli barang pun kita,nak buat kek lagi,nak buat delivery lagi..suami?anak-anak?mak ayah?kawan-kawan?Memang tak ada life la kalau macam tu...

Ada jugak yang kata, berani u bagi maid u buat kek? Nanti dia pandai, dia buat sendiri..balik kampung buat bisnes kat sana macamana? Aikkk...apa salahnya?Nak buat lagi la bagus, dengan ilmu yang kita bagi, dia boleh sara kehidupan dia sekeluarga di kampung..Masya Allah,tak nampak kah kita boleh buat pahala kat situ?Kalau dia appreciate, dia akan doakan kita selalu, lagi best kan..kan..kan..Macam Kak Wati sekarang ni pun, tak tahulah majikan dia sekarang sedar atau tak, ilmu dan resepi yang Kak Wati gunakan untuk buat bisnesnya sekarang ni pun kalau digunakan untuk sara hidup keluarga majikannya, bukankah ada sesuatu yang luar biasa Allah nak tunjukkan?

Jadi, perasan tak? Pemikiran kita sama ada dalam kehidupan seharian atau dalam bisnes sebenarnya kena allign..kena sealiran..Kalau sebelum bisnes kita dah takut dan tak percaya kat orang, buruk sangka dengan orang, nanti bila buat bisnes..benda yang sama akan berlaku.Kita tak akan mudah percaya pada pekerja..dan, memang lah yang datang pun memang betul-betul ikut sangkaan kita..Semua yang datang tak cekap, tak boleh dipercayai, tak boleh diharap...Jaga-jaga!!..Jaga apa yang kita cakap, jaga apa yang kita rasa, jaga apa yang kita fikirkan!..Kerana itu semua adalah DOA!!..

Saturday, April 13, 2013

Memilih orang untuk senyum

JANGAN MEMILIH ORANG UNTUK SENYUM

Ada orang senyum hanya pada orang yang di kenali.Ada orang senyum hanya pada kawan-kawannya.Ada orang hanya boleh senyum kepada ahli keluarganya.Ada orang hanya senyum kepada pelanggannya sahaja.Ada orang hanya senyum pada bossnya sahaja.Ada orang hanya senyum dengan orang yang dikatakan setaraf dengannya sahaja.Mereka memilih orang untuk senyum.Mereka tidak senyum kepada orang yang tidak dikenali.Mereka tidak senyum kepada semua orang.Mereka tidak senyum kepada dunia..

Bagi mereka yang susah nak senyum, dan memilih orang untuk memberikan senyuman..Anda tahu tak sebenarnya hidup anda tidak allign dengan impian anda. Impian anda contohnya ingin membeli rumah banglo..sepatutnya anda nampak rumah banglo di fikiran anda..sepatutnya bila kita nampak apa yang kita impikan,kita akan dapat senyum dengan lebar kan.Ini bermaksud,orang yang tidak senyum ini tidak nampak impian-impiannya dalam fikirannya.Yang dia nampak hanyalah masalah yang sedang dia hadapi..kebocoran yang dia alami..mestilah dia tak boleh nak senyum..Tapi, ada juga orang yang walaupun ada masalah,tapi tetap boleh senyum?Hebat orang macam tu kan?..

Betul ke ada yang hanya boleh senyum pada pelanggannya sahaja? Pelik kan manusia macam ni..Kononnya percaya yang kita perlu senyum dengan pelanggan untuk menarik pelanggan,tapi..di luar kita tidak senyum.Macam tak ikhlas kan? Macam senyuman palsu kan? Manalah tahu bila kat luar tu,memang pelanggan kita tapi kita tak pernah jumpa atau mereka itu semua bakal menjadi pelanggan kita?Takkan kot bila kita dah tahu dia pelanggan kita barulah kita nak senyum..Macam tak best je kalau kita senyum hanya kerana orang itu membeli barang kita atau menjadi klien kita?Yang tak beli tak payah senyum?

Kalau terus memilih orang untuk senyum, tengok sajalah bagaimana bisnes mereka nanti..Semakin digemari atau customer semakin lari?Untuk orang yang tak senyum ni, lebih teruk lagi bagi yang berbisnes tapi berat sungguh nak senyum,anda tahu tak pelanggan takut dengan anda..bagi pelanggan,anda sombong..anda tak mesra..pasti kita menggeleng kepala kalau tengok orang yang masam macam ni kerana kita tahu, dia tengah mengalami masalah kebocoran wang yang teruk sangat..Nakkah orang nampak kita sebagai orang yang tengah mengalami kebocoran wang?Yang paling tak bestnya bila kita berhadapan dengan orang tak senyum macam ni, dalam hati berkata,macam mana lah orang macam ni pun boleh buat bisnes ye? Kita yang reti senyum ni kalau buat bisnes mestilah lebih hebat kan?..

Senyumlah...Kerana inilah RAHSIA terhebat untuk bisnes dan kehidupan kita sebenarnya..Tak perlu nak susah-susah buat R&D,buat marketing dan sebagainya, tapi kalau dengan SENYUM saja,hidup dan bisnes anda akan berubah!..

Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit,
Bila semua orang senyum, 
Dunia tiada penyakit...

(Kalau engkau tak senyum,
Lama-lama nanti engkau yang dapat penyakit..hehe...)


Friday, April 12, 2013

Testimoni - Pn Noraizah


TESTIMONI DARI PN NORAIZAH - Dealer Anis CMC

as salam
 nak mengucapkan terima kasih anis choc moist melt kerana berkongsi rezeki,eejak terlibat dlm menjual kek ni,saya mempunyai pendapatan saya sendiri w/pun pada mulanya hanya cuba2 tp alhamdulillah semakin hari semakin menggalakan.amat bersyukur pada ilahi krn bertemu dgn produk ini krn hati lebih tertarik dgn konsep berkongsi rezeki ni..mmg pada mulanye ingin mendpt keuntungan yg tinggi tp bile dh faham konsep yg di amalkn oleh anis,hati ini mula mengaku ttg kebenarannya..insyaAllah kami akan membeli chiller bg menyediakan stock yg lbh byk.terima kasih sekali lg.wpun tdk bertemu muka eecara live,tp amanat yg disampaikan diruang siber amat2 berguna..tahniah dr kami suami isteri kerana produk ini amat digemari ramai.wassalam.

Thursday, April 11, 2013

TIPS UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERBISNES

TIPS UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERBISNES

1. FAHAM PASANGAN
Kita sepatutnya dah faham sangat tentang pasangan kita.Sebelum berbisnes bersama-sama lagi, kita dah tau apa yang suami atau isteri kita suka, apa yang dia tak suka.Mesti dari awal lagi kita dah tahu dia minat bisnes atau tak. Kalau kita sama-sama minat bisnes, itu senang cerita.Untuk mereka yang mempunyai pasangan yang tak minat bisnes, seharusnya mereka dah FAHAM. Kalau pasangan anda tak minat bisnes, anda JANGAN PAKSA.Apa yang anda boleh buat ialah cari cara bagaimana anda boleh konfidenkan mereka dengan bisnes yang anda lakukan.

Ramai yang tanyakan pada kami, macamana ye suami saya tak minat bisnes? Ye lah, kita kena faham sefaham-fahamnya kenapa dia tak minat..Backgroundnya macamana? Ibu bapanya atau familynya buat bisnes tak?..Kawan-kawannya semua bekerja makan gaji atau berbisnes? Kalau kita kaji, kita tahu kenapa dia tak minat bisnes..Jadi, kenalah FAHAM.Tak perlulah nak rasa pelik ke,nak blamekan pasangan kalau dia tak minat bisnes.Itu perkara biasa.

2. KONFIDENKAN PASANGAN
Lepas kita dah faham,kita kena tahu cara bagaimana nak tarik minat dia.Selalunya pasangan yang tak minat adalah kerana dia tak konfiden dengan bisnes anda.Dia rasa bisnes anda susah nak berjaya.Kalau anda menghadapi situasi macam ni, anda perlu tahu bagaimana nak konfidenkan pasangan anda.Apa yang saya buat dulu, saya selalu cerita pada suami cerita-cerita yang best tentang bisnes saya dulu. Masa buat MLM, cerita lah tentang sale orang tu, sale orang ni...Bila dalam bisnes kek pula, cerita lah tentang feedback customer, forwardkan mesej customer yang memuji kek kami contohnya...Paling extreme,saya memang tak pernah bagitau suami jika kek banyak return.Kalau dia tanya bisnes macamana? Saya jawab very gooood....Jangan pinjam duit pasangan kerana itu punca dia tahu bahawa bisnes anda tak ok sebenarnya. Bila bisnes dah ok, tunjuk statement bank anda atau ledger akaun anda..Masa tak ok, jangan tunjuk lagi..Hehe..Pengsan dia nanti, sure dia akan suruh u stop bisnes dan cari kerja.

Bukan apa, kita kena faham pasangan macam ni dia belum kuat, sekuat kita yang minat bisnes. Kalau kita nampakkan yang tak best, dia akan rasa down.Ada seorang kawan saya, isterinya tak minat bisnes. Suami yang baru memulakan bisnes mintak tolong isteri buatkan akaunnya. Of course la bisnes yang baru bermula 2-3 bulan mana nak cantik lagi cashflownya..Jadi, bila tengok akaun suami,isteri dah down..dia dah tak nak tengok akaun suaminya lagi..dan semenjak itu, dia dah tak minat dengan bisnes suami. Bila tak saling support, suami akhirnya stress dan tak dapat fokus dengan bisnes.

3.BUKTIKAN PADA PASANGAN
Sepanjang berbisnes tu, kalau tak dapat support pasangan, anda kena KUAT . Buat sampai boleh tunjukkan bukti pada pasangan. Biar pasangan nampak hasil dari apa yang kita buat selama ini.
Kalau yang buat MLM, bagi je untung runcit tu semua pada pasangan. Sure dia happy...Bila close sale je, belanja pasangan makan di hotel ke, beli hadiah untuk dia ke..Kena banyak memberi, baru lah lama-lama terbuka hati..Untuk yang conventional bisnes pun sama, kena bagi upah pada pasangan ni..Kalau dia tolong kita beli barang contohnya, kita tak boleh kedekut..tak boleh berkira sangat,jangan ingat untung belum dapat lah,bisnes baru nak bermula..Tak kira baru start atau dah lama, memang kita kena sentiasa jadi pemurah dengan pasangan kita supaya dia happy dan dia confident.

4.TACKLE PASANGAN
Bila kita dah faham pasangan, kita kena pandai TACKLE pasangan untuk sama-sama minat berbisnes dengan kita. Macam-macam cara kita boleh guna untuk tackle pasangan ni..Takkan tak pandai pulak kannn..dulu-dulu nak dapatkan pasangan pandai tackle...bila dah kahwin tiba-tiba tak pandai tackle pulak? ngeeee....
Nak tackle ni, kita kena merendahkan ego kita..rendah diri..Macam-macam cara nak tackle sebenarnya, termasuklah..cara kita mintak tolong pasangan, cara kita bercakap dengan pasangan pun banyak main peranan..kenalah cakap manja-manja ke..kena buat dengan cara yang sangat berhemah..

Tapi kita juga kena faham, bab tackle-mentackle ni...bukan tiba-tiba je pasangan akan berubah, atau minat bisnes..ini proses jangka panjang..kena sentiasa buat..kena sentiaaaasa tackle..jangan cepat frust,lama-lama insyaallah pasti dia boleh terima. Berapa lama proses ni? Semuanya terpulang pada anda..berapa banyak usaha yang anda lakukan selama ini?

5. TAHU POTENSI DAN KEKUATAN MASING-MASING
Ni untuk yang sama-sama berbisnes pulak..Kena tahu dan bahagi tugas masing-masing..Kalau dua-dua minat nak masak contohnya, takkan dua-dua nak ke dapur? Siapa yang nak manage bisnes? Ada satu kes ni,isterinya yang sepatutnya berpotensi untuk berurusan dengan customer kerana isteri ni lebih manis dan lembut percakapannya..Suara dan cara percakapan suaminya pula agak kasar dan mukanya garang..Tapi si isteri tak nak deal dengan customer, dia hanya nak tumpu pada production.Untuk mengambil hati, suami terpaksalah berurusan dengan customer. Si suami ni komplen pada saya, kenapa sale dia drop? Macamana tak drop kalau cara kita layan customer walaupun dalam fon saja customer dah rasa tak selesa? Sepatutnya si isterilah kena layan customer, si isteri kena faham dan tahu bahawa bisnes yang dia buat tu berkaitan dengan manusia. Jadi, kita kena pandai tackle manusia..

6.BERI SOKONGAN
Ni untuk pasangan yang tak minat bisnes..Walaupun anda tak minat bisnes, maklumlah dah selesa makan gaji..Tak apalah, nak buat macamana kalau anda tak nak jadi kaya, tak nak tengok anak-anak gembira dan tak nak anak-anak jadikan anda sebagai IDOLA...

Tapiii....tolonglah bagilah sokongan kepada isteri atau suami anda yang minat..Sokonglah dengan sepenuh hati..Janganlah biarkan dia terkapai-kapai keseorangan..Tak kesian ke pada pasangan anda?Dia hanya nak kekuatan, moral support..berikan kata-kata semangat..atau kalau susah sangat, sekali-sekali temankan lah dia ke tempat-tempat yang pasangan kita suka..macam ke seminar-seminar ke..Temankan saja..Susah ke nak temankan saja? Kesian tau kalau terpaksa pegi sorang-sorang? Ke kedai pun (untuk yang ada kedai) tak nak pegi..Bukankah itu isteri anda? Support lah dia..Sekurang-kurangnya kasihanilah dia..Dia sedang buat sesuatu untuk keluarga anda, kalau anda tak support, lama-kelamaan dia akan lemah, stress dan ditakuti dia tidak bahagia?

7.BERGOLEK
Ooopppsss jangan marah...Point ni suami saya yang suruh tulis..Dia kata, jangan biarkan pasangan anda bergolek-golek keseorangan...Maklumlah, bila busy masing-masing ke laut..Hati-hati!..Pilihan di tangan anda...


Wednesday, April 10, 2013

FOKUS

FOKUS

Ramai daripada kita ni yang ada bisnes tapi masih lagi bekerja.Kalau kita ada sistem yang lengkap, sistem yang bagus,saya rasa  tak salah kalau kita serampang dua mata. Orang seperti ini, mungkin dia minat sangat dengan kerjayanya..sampaikan dia bekerja bukan untuk menampung hidup pun, tapi kerana minat yang teramat dalam bidang kerjayanya.Saya mengenali pasangan suami isteri yang bekerja sebagai guru, tetapi mempunyai 2 cawangan restoran. Dia kata ok je..dia gajikan manager untuk manage bisnesnya.Nampak tak? Basicnya, percaya pada orang tu kenalah ada, kalau tak percaya pada orang, baik tak payah buat bisnes...

Yang kami nampak, fokus tu sangat-sangat penting. Dah terlampau banyak contoh kat luar..Kalau kita tak fokus, maksudnya kita masih bekerja dan dalam masa yang sama ada bisnes..pasti tak ke mana...Bukan bisnes je tak ke mana, careeer kita pun ke laut..Macam mana nak tumpu, di ofis orang lain sibuk bekerja, kita sibuk kira order..ataupun kita sibuk nak follow up dengan customer..Macam mana saya tau? Ingat saya tak pernah buat ke? Saya pun sama..dulu macam tu lah, TAK FOKUS...

Dulu saya fikir, bestnya dah la hujung bulan dapat gaji..bila buat bisnes part time dapat extra lagi..Double kaya dari orang lain....Hehehe..teruk betul pemikiran zaman-zaman ortodoks dulu..Tamak! Tapi dulu buat MLM memang tak lah terasa sangat hilang fokusnya..Kalau conventional bisnes, saya rasa memang boleh ke laut la...

Tapi, betul..kami perhatikan, ramai yang tak fokus...Kerja tak sanggup dilepaskan, bukan saja sebab sayangkan gajinya...tapi masih tak konfiden dengan bisnesnya sendiri yang dia nampak suam-suam kuku.Memanglah suam-suam kuku kalau bukak kedai, tapi marketing pun tak buat..dah balik kerja mestilah penat..bila nak dapat fokus dengan bisnes? Sepatutnya...pilih lah yang mana satu pilihan hati..Kalau sayang dengan kerjaya, teruskan bekerja...fokus dan buat yang terbaik dalam kerjaya anda..Ramai yang sangat berjaya dalam kerjaya mereka..Macamana mereka buat? Kena bergurulah kan?

Kalau sayang dengan bisnes pula...memang tiada pilihan lain..U have to QUIT!!.....Tapi kalau masih takut-takut...itu bermakna, anda belum ada KEKUATAN dan mempunyai SISTEM KEPERCAYAAN yang salah tentang bisnes. Macamana nak buat pulak? Kena carilah kekuatan tu...kena tahulah sistem kepercayaan otak kita ni allign tak dengan tindakan kita? Macamana nak tahu? Kenalah berguru...kenalah cari orang yang tahu...pergilah berjumpa, bukan setakat tanya di PM atau SMS saja...macamana nak berguru kalau tak nak jumpa? nak senangg je...pastu tak nak keluar duit pulak tu...SMS saja? Call lah..buat lah appointment....adussss....

Tapi, kalau sayang kerjaya, sayang bisnes....siapa kata tak boleh? Mesti ada sistem...Kadang, sistem pun dia tak tau apa kebendanya tu, hehe..Sistem tu maksudnya kena ada caranya lah dikk...Pegi belajar macam mana sistem orang yang berjaya dalam kedua-dua bidang bisnes dan kerjaya. Mesti diorang ada rahsianya..mesti diorang ada caranya...Yang pastinya,mesti ada pekerja, mesti percaya kat orang...Kadang-kadang pelik jugak dengan diorang ni..asyik-asyik tak percaya kat orang..asyik-asyik semua orang tak betul..asyik-asyik semua orang tak pandai...Itu buruk sangka lah tu...Perasan tak? Tapi try kaji, kaji diri kita sendiri.....kalau kita ni tak percayakan kat orang, sebab kita takut orang jadi macam kita kot? Sebab kita pun pernah buat yang tak betul pada majikan kita kot masa bekerja?Masa bekerja, kita pun sama..kita pun asyik ponteng,asyik MC..asyik mengular..patutlah kita jadi takut dan tak percayakan kat orang..Perasan tak? What U Give, U Get Back?.....

Semalam, Salina kawan saya dari Daina Bakehouse ceritakan pada saya salah seorang kawannya pun mengalami masalah yang sama. Isteri bekerja dan dalam masa yang sama ada bisnes bakery. Pun jenis yang tak percayakan orang..semua dibuatnya sendiri..Dapat bayangkan tak betapa sibuknya orang ni? Suami bekerja jarak jauh, balik rumah hujung minggu,kira weekend husband lah ni. Yang si isteri busy sangat melayan bisnesnya, ye lah pekerja tak ada..tak sempat lah melayan suami yang balik sekali sekala...Apa lagi? habis lah...hancurlah rumah tangga....sedih kan? Kesian, anak-anaklah yang menjadi mangsa....

WALLAHU'ALAM......

ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI...

Tuesday, April 9, 2013

MASTER CHEF KAMI DICURI ORANG

MASTER CHEF KAMI DICURI ORANG

Semalam saya terserempak dengan jiran saya yang datang membeli tart nenas saya..Banyak jugak dia beli..10 balang gitu..So saya pun bagilah dia beli dengan harga dealer.Dia sebenarnya jiran kedai tart saya..Buat bisnes jahit baju..Bila nampak je saya terus dia tanya, staff u semua ok ke? Alhamdulillah I jawab..Rupanya dia tengah sakit hati dengan ex-staff dia. Salah seorang staff dia yang dah pandai potong baju ni resign..Itu takpe la..Rupanya customer dia yang ambik staffnya tu dan bekerja dengan dia..Customer tu bukak bisnes yang sama pulak tu..Dan nak tambah perisa lagi, dia bukak kedai berhampiran dengan kedainya..Orang kata boleh nampak lah hari-hari..nak masuk kedai dia, kena melalui kedai customer ni dululah kiranya..Hmmmm..memang tak patut..tak patut...

Tapi, lepas saya dengar cerita dia..saya faham..sangat-sangat faham..Saya katakan pada dia, sekarang memang la u sakit hati sebab baru terjadi..tak lama lagi u lupa ok la tu..dan, ini sebenarnya turning point u..Tak percaya tengoklah nanti..lepas ni mesti BOOM gila bisnes u..Dia kata, u tak faham..u tak rasa sendiri..Hehehe...

Sebenarnya, saya ceritakan pada dia..saya pun dah pernah alami peristiwa yang sama hampir setahun yang lalu..Orang yang kami harap-harapkan, orang yang kami percayai,Master Chef kami selama ni, iaitu maid kami, yang dah bekerja dengan kami hampir 11 tahun tup tup mintak balik kampung sebulan untuk menguruskan harta pusaka dia..tak nak balik ke sini..konon  nak bekerja di Jakarta..Pelik jugak, Kak Wati ni bukannya berani sangat dan tidak ada sesiapa di Jakarta...tak logik, tak logik..Pastu, di sini pulak..seorang dealer kami ni yang dah lama ambik kek dengan kami..seminggu hampir seribu jugaklah..dah lama tak ambik kek..Pelik kan? Takkanlah bisnes dah bagus,tiba-tiba nak stop pulak kan? Pernah pulak dealer ni bercerita pada pekerja saya Kak Nila, dia seronok sangat..dengan bisnes kek ni lah dia dapat merasa bawa anak-anak jalan-jalan melancong..kalau dulu katanya, dia tak dapat pun merasa..

Dipendekkan cerita, itu lah dia...Dealer saya sendiri yang mencuri maid saya!...Menangis saya depan rumah dealer saya dan saya dalam kereta masa tu sorang-sorang pegi siasat..dan saya nampak Kak Wati keluar sidai baju!..Terisak-isak saya terus call suami..Lepas tu call mak saya..Mak saya sangat sayangkan Kak Wati..Mak pun menangis sekali..tapi potong stim sekejap bila mak kata, cuba tanya Dr Azizan macam mana nak buat kalau masalah macam ni..Mak niii.......hehehe..

Seminggu saya macam orang frust bercinta..Tak boleh tidur malam, menangis tiap-tiap malam..Pernah sampai kejutkan suami tengah-tengah malam, jom la kita selamatkan Kak Wati..hehe..sebab saya susah hati sebab masa saya pergi berjumpa Kak Wati, dia nampak kurus dan kusut,dia kata hati dia dia tak tenang..Siapa tak kesian kerana selama ni kita punyalah tatang dia?..Tapi suami rilek je tidur...Dia kata jangan gelabah, nasib baiklah suami saya ni cool orangnya bila ditimpa masalah..Motonya, semua masalah ada jalan penyelesaiannya..

Maafkan saya bukan nak memalukan sesiapa, cuma nak share experience yang kami pun pernah melalui liku-liku penuh ranjau..wahhhh..tapi sebenarnya, kita kena ada sikap cool menghadapi masalah, baru senang kita nak fikir penyelesaian. Percaya atau tak, selepas Kak Wati diambil orang..kami tak pernah stop production..sekejap je dapat train Yusof, seminggu dah boleh lepaskan pada Yusof..dan ini memang betul-betul TURNING POINT kami..lepas tu bisnes semakin menjadi-jadi....Alhamdulillah...

Monday, April 8, 2013

TESTIMONIAL BERANI BERNIAGA 2013 - Roslan bin Md Desa

TESTIMONIAL DR AZIZAN OSMAN BERANI BERNIAGA 2013

Nama saya Roslan bin Md Desa,berasal daripada Sri Manjung,Perak.Pemilik syarikat Ina Seri Impian Enterprise.Kepakaran kami ialah dalam membantu ramai orang di luar sana mengurangkan kadar uric asid, kolestrol dan angin berlebihan dalam badan,agar hidup sihat berpanjangan menggunakan teknik rawatan Bekam kiSunnah.

Saya berniaga sejak tahun 2007,tetapi malangnya perniagaan saya seperti "Hidup Segan,Mati Tak Mahu".Kebanyakan penduduk di Seri Manjung belum tahu atau tidak tahu langsung akan kewujudan perkhidmatan kami,walaupun saya percaya perkhidmatan kami adalah antara yang terbaik di Ipoh.

Pelanggan kami ketika itu sangat sedikit dan ada hari-hari tertentu tiada langsung jualan atau pelanggan yang masuk ke kedai kami.Rata-rata pendapatan kami hanya dalam anggaran RM200-RM300 sehari sahaja.Bermacam yang saya fikirkan dan ikhtiar untuk meningkatkan jualan.Namun semuanya tidak mendatangkan hasil,macam ada yang tidak kena.

Pada tahun 2011,diatas desakan kewangan dan keinginan yang tinggi untuk memperbaiki perniagaan saya,saya mengambil langkah tekad untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman, anjuran Richworks. Percaya atau tidak,setelah belajar dari ilmu berniaga dan pemasaran dari Dr Azizan yang bukan hanya pakar di dalam transformasi minda tetapi transformasi perniagaan secara praktikal,jualan perniagaan  saya meningkat lebih 3 kali ganda dalam masa 3 bulan.

Semakin ramai pelanggan di kawasan Seri Manjung sudah mula tahu dan datang ke kedai kami untuk menerima rawatan.Kami juga menerima pelanggan  yang datang bukan hanya daripada kawasan persekitaran,malahan ada yang datang sejauh Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Sarawak.Jika sebelum ini yang datang untuk membuat rawatan cuma pelanggan daripada golongan orang kebanyakan, k/ada pelanggan terdiri dari mereka yang bergelar Datuk/Datin,golongan professional  seperti Doktor dan Pensyarah.

Kami terpaksa membuka satu lagi cawangan di kawasan  yang sama untuk menampung jumlah pelanggan yang kian meningkat.Hari ini,pendapatan syarikat kam juga telah meningkat lebih 1000% kepada RM 2000-RM3000 sehari.Kami mensasarkan pada pertengahan tahun 2013 ini, pendapatan harian syarikat kami akan meningkat sehingga RM5000 sehari dan di dalam perancangan untuk membuka  lagi satu cawangan di Kuala Lumpur.

Kenapa sebelum ini saya gagal?Pada pendapat saya,faktor utama kegagalan berkali-kali saya dan mungkin ramai usahawan lain di Malaysia adalah kerana mereka tidak mahu belajar dari mereka yang telah berjaya.Tidak ada mentor,ilmu,sistem,tindakan yang luar biasa serta impian yang besar.Mungkin juga mereka  tidak istiqomah melakukan sesuatu perkara dengan luar biasa seperti yang selalu dikongsi oleh Dr.Azizan Osman.

Bagi anda yang tercari-cari cara bagaimana untuk memulakan perniagaan atau ingin meningkatkan

Sunday, April 7, 2013

AURA PECAH!!...

AURA PECAH!!...

Dah lama, dah bertahun-tahun saya dengar mentor saya cakap, orang yang senyum dan happy dalam kelasnya akan lebih mudah meresap ilmu daripada orang yang mukanya masam, kelat, ketat...sebab orang yang mukanya kelat ketat masam semua ni, dia biasanya ada baaaaanyaaak masalah, dan dia bawak segala masalah dalam kepala hotak dia bersama-sama ke dalam kelas..Dan, selalunya..orang macam ni seolah-olah mempunyai dinding di hadapannya yang  memblock dirinya..Dia mungkin dipaksa masuk ke kelas..dia mungkin di ajak atau di pujuk isteri untuk masuk ke kelas..sedangkan dia TAK RELA sebenarnya...Hanya nak ambik hati isteri saja tu..Tapi dalam hati dia, menyumpah-nyumpah tak suka ditarik-tarik ke kelas-kelas macam tu...Aku dah pandai, aku dah hebat, tak payah belajar dengan mamat yang entah dari mana asal usulnya ni..aku tak pernah dengar pun pasal mamat ni...Kesiaaaaannnn kannn?..

Walaupun dah lama disebut-sebut disuruh-suruh senyum dan enjoy dalam kelas..supaya ilmu lebih senang absorbed, tapi saya dulu pun sama jugak tak berapa faham...ingatkan saja je mentor ni nak bagi diorang senyum, nak bagi diorang lebih excited dan respond..barulah mentor pun akan absorb energy daripada participants yang averagenya dan selalunya berjumlah 2000 orang ke atas.Tapiiii...minggu lepas saya belajar sesuatu..Setiap kali kelas mentor kami ni..kami akan membawa kenalan-kenalan dan dealer-dealer ke kelas-kelas Dr.Azizan dengan niat untuk membuka minda mereka dan supaya mereka belajar sesuatu..Kali ni, saya bawak K.Sara Patin Tempoyak Meletops,yang sebenarnya dia sendiri tak tahu pun tentang kehebatan mentor kami ni..Dia pernah dengar nama mentor, tapi dia tak sangka sehebat itu..

Dan sepanjang masa dalam kelas ini...dia sangat enjoy...kalau terkena atau ..tersentap dengan kata-kata sinis Dr.Azizan, dia gelak..gelak..gelak...gelakkan dirinya sendiri..hehe..Dia sangat positif dan bertenaga, jadi saya tengok dia senang absorb dan faham apa yang disampaikan oleh Dr.Azizan.Serius...saya tengok dia lebih faham dari orang-orang lain yang dah lama masuk ke kelas.Baru saya faham betul-betul KUASA SENYUM & HAPPY MINDED!!! 

Lepas kelas, kami berbincang di cafe dan kami dilayan dengan tak bestnya oleh pelayan di situ..Kak Sara kata, jangan marah-marah dikk...AURA PECAH nanti..Bagi saya, orang yang baru 1st time boleh cakap macam tu adalah orang yang betul-betul faham apa yang dia belajar tadi..sedangkan saya sendiri pun tak berapa master bab-bab aura ni...Jadi, disebabkan Kak Sara, sampai sekarang saya tak suka marah-marah dan tengok orang yang marah-marah sebab takut AURA PECAH!..Memang mentor selalu sebut, tapi kalau kita tak guna kat luar, kadang-kadang kita boleh terlupa. Jadi lepas kejadian tersebut, saya sentiasa teringat pesanan Kak Sara, jangan marah-marah..nanti AURA PECAH!!..

Dan..yang saya katakan dia cepat absorb ilmu tu ialah..balik saja dari kelas, malam itu juga dia dah bertindak!Dia belajar tentang FAST ACTION FAST RESULT dan SPEED!!..Saya sangat kagum,katanya dia tak tahu buat Facebook Page, dia suruh saya ajar..tapi belum ajar betul-betul lagi,malam tu dah create Pagenya sendiri..dia suruh saya tengokkan..saya tak sempat..esoknya, dah penuh dengan testimonial bagai dalam pagenya..siap video testimonial pun ada..kagum betul saya tengok!..Semalam, saya jumpa dengan Kak Sara, dia sangat excited bercerita..tiba-tiba ramainya peminat ikan paten tempoyak datang ke cafenya, sampaikan dia teringin nak bukak restoran!..Dan..yang lebih hebatnya, dia kata semenjak balik dari kelas, dia dah dapat collect beberapa page database customernya..Saya rasa insan yang TERPILIH saja yang boleh bertindak sampai ke tahap macam ni, betul tak?..

Sebenarnya, cerita panjang-panjang ni bukan nak promote Kak Sara ke..apa ke..betul, tak ada niat pun..tapi nak bagi faham sangat-sangat tentang betapa perlunya kita pergi belajar dalam keadaan POSITIF (positif tentang guru), SENYUM & GEMBIRA..Jadi, teringat jugak pada anak-anak kita yang ke sekolah..Sepatutnya mereka pun sama jugak..dari awal pagi, happykan diorang..cakap pekara-perkara yang menyeronokkan, topik yang diorang suka..biar sebelum sampai sekolah tu, buat sampai diorang gelak-gelak..tak payah takut-takutkan pasal cikgu ke, homework ke..Kalau terlupa buat homework, saya senang je...ajar diorang mintak tolong pada Allah, balik rumah diorang cerita, cikgu terlupa kot nak suruh hantar homework tu..

Yang bestnya, just to share, lepas kes Kak Sara tu..saya betul-betul nakkan anak-anak saya happy dalam perjalanan ke sekolah..tiba-tiba di radio lagu Jimmy Palikat, tajuk ANAK KAMPUNG ..melodinya sangat indah, sangat sedap dan catchy kan?..Tapi kami anak beranak tak tahan nak tergelak-gelak dengan liriknya yang sangat KESIAAANNNN....Sori wahai penulis lirik..mungkin ada sebabnya dia tulis macam tu, dia nak menarik perhatian kita agaknya..Tapi saya katakan pada Adam Haqimy dan Arissa Sophia, kesian betul la ANAK KAMPUNG ni....TOLONGGG lahh jangan la jadi macam dia..Sangat give up, sanggup lepaskan orang yang dia cintai dan cantik pulak tu sebab dia miskin..Saya kata pada mereka, kenapa tak buat bisnes ke..cari la jalan supaya tak miskin..Nanti besar, jangan suka pada lelaki macam ni kay adik..Abang pun jangan pulak jadi macam orang ni kay..Kesiaaaann..kesiaaannnn.. Sori sekali lagi penulis lirik, harap saya tak disaman..tapi saya salute kamu kerana lirik memang catchy, cuma maksudnya sangat tak memberi semangat kepada anak-anak kita..lebih kepada suruh mengaku kalah sebelum bertanding!..hehe...HAVE FUN!!

ANAK KAMPUNG (Jimmy Palikat)

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik..
Memang tidak padan & tidak sepadan...

Aku anak kampung
Tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja
Memang tidak padan
Cantik ba kau itu
Banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada 
Adapun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut
Hidup kau kan sengsara..
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain..

Engkau masih muda 
Cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya

Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal 
Tiada guna



Friday, April 5, 2013

CUCI KOLAM

SEDEKAH DAN CUCI KOLAM

Kami diajar untuk banyak bersedekah supaya dengan cara bersedekah ini dapat mencuci kolam kita..Apa dia cuci kolam tu? Cuci kolam tu maksudnya..jika kita ada duit tak kira banyak atau sedikit dalam simpanan kita, tapi kalau kita tak keluarkan sedikit untuk bersedekah..kolam kita akan berkeladak.Ye lah, kalau air masuk..masuk, masuk je ke dalam kolam..tapi tak ada saliran yang bagus untuk keluarkan air yang lama dan masukkan air yang baru..warna air pasti menjadi keruh kan? Penuh berkeladak kolam kita..sistem circulation air tu tak betul..Sama lah jugak dengan wang di dalam poket atau wallet kita..atau dalam bank kita..

Ada orang suka kumpul duit. Kumpul ataupun simpan, lebih kurang sama je maksudnya kan..Simpan..simpan..simpan..kumpul..kumpul kumpul...Seronok tengok duit makin bertambah-tambah dalam akaun..Setiap bulan diharamkan untuk ganggu duit tu semua..Dekat mak ayah pun tak bagi, sebab nak kumpul dulu duit banyak-banyak..nanti dah banyak baru nak bagi...Itu pun kalau sempat mak ayah merasa..

Pernah tak tengok orang macam ni? Akhirnya apa terjadi pada duit-duitnya?Selalunya, tak kemana pun duit-duit tu..Tiba-tiba ada emergency!..Kereta accident..atau enjin rosak kena ganti enjin baru..Rumah di serang anai-anai yang teruk,kena buat major service..kalau tak habis kitchen cabinet yang kita buat mahal-mahal tu dimakan anai-anai..Apa lagi? Kena lah keluarkan duit yang berjuta-juta sangat lah tu dalam akaun, dan akhirnya macam tu lah...sampai bila-bila pun duit-duit tu semua macam tak boleh nak lekat..ada je emergency..Lagi teruk kalau simpanan tu dinamakan simpanan kecemasan..Memang banyaklah akan terjadi kecemasan..hehe..Macam mana saya tau? Sebab orang yang disebut kat atas tu saya lah..hehe...

Tapi bila dah belajar tentang cuci kolam ni..memang MasyaAllah tak ternilai ilmu ni sebenarnya..Rupanya, bila ambik sedikit portion duit kita tu untuk bersedekah, ada RM100 dalam purse, kita sedekah 10 ringgit..kalau ada 10 ringgit dalam wallet, sedekah 5 ringgit atau seringgit..Kalau kita terbiasa nak cuci kolam atau cuci beg duit kita..nak atau tak nak..perasan tak duit tu sentiasa ada je...tak pernah terasa kekeringan duit..lama-kelamaan mentaliti kita akan bertukar..mentaliti kita orang miskin akan bertukar menjadi kita orang kaya, ye lah walaupun ada 20 ringgit je dalam wallet, tapi dapat jugak bersedekah 5 ringgit bagi peminta sedekah makan..Kan kita lebih kaya dari peminta sedekah tu..Kalau selalu buat macam tu,hati kita akan menjadi semakin bersih,hati kita akan menjadi semakin tenang..

Ada jugak yang bertanya, kalau dalam wallet ada 10 ringgit saja..tiba-tiba ada kawan yang nak pinjam cukup-cukup 10 ringgit..Jadi berapa banyak kita nak bagi? Sebenarnya terpulang pada anda..Lagi banyak lagi bagus rasanya..Kat situ pun kita boleh test tahap keyakinan kita pada Allah sebenarnya..kalau kita benar-benar yakin Allah akan membantu kita, kita bagi je kesemua duit yang ada dalam wallet kita..dan selebihnya kita berserah saja pada Allah..Angkat tangan berdoa pada Allah, supaya Allah membantu kita kerana kita dah ketiadaan wang contohnya kawan kita sangat memerlukan duit 10 ringgit tu..dan cuma itu saja yang kita ada..Tengoklah pasti ada miracle yang akan berlaku..Magic dari Allah SWT..

Adik saya pernah menceritakan yang duit dalam wallet dia tinggal beberapa ratus saja, memang dalam simpanan tak ada lah kot..hehe..tapi masa tu mak saya nak guna duit, dia pikir pikir..nak bagi berapa daripada apa yang dia ada? Kalau aku bagi semua..aku dah tak ada apa-apa dah..Oh ya, masa tu dia nak isi minyak kereta..dia pun decide dia guna duit untuk isi minyak je, selebihnya dia bagi pada mak..dia pun tak tau ada berapa..dia bagi kesemuanya..Katanya, memang betul-betul magic ke miracle ke..tak tau lah..tiba-tiba kawannya sms, dia dah masukkan duit payment kek..Dia kata Alhamdulillahhhh...terasa sangat bersyukurrr..Bukankah itu bukti-bukti kebesaran Allah? Bukti bahawa Allah Maha Berkuasa?..





Thursday, April 4, 2013

TERFIKIR NAK RESIGN?

Ada yang tengah befikir-fikir nak resign..Dah lama dah teringin nak resign tu, tapi tak berani..masih tercari-cari bisnes apa yang nak dibuat..Ada pulak yang memang dah ada bisnes pun..tapi masih bekerja,pun takut nak resign..Kalau masih tercari-cari tu logik lah jugak nak takut..tapi kalau dah ada on going business, macam pelik jugak, nak takut apa?

Saya tak akan kata macam tu kalau saya tak pernah alami..Suami pun pernah alami..Kami dulu bekerja jugak..Tapi, saya memang tak takut pun masa nak resign sebab memang dah lama impikan, dah lama inginkan. Betul, dulu masa zaman bekerja, saya tak exposed pun lagi pasal visualisation ni..Tapi dah lama exposed pasal berangan ni.hehe..Ingat lagi, lepas solat kat ofis..saya selalu membayangkan apa yang saya buat kalau saya dah berhenti kerja. Saya imagine saya hantar anak ke sekolah..Saya masak untuk mereka..Itu yang saya SANGAT nak!Selalu terbayang benda tu..Dan bila ingat-ingat balik..betul lah, yang dulu saya angan-angankan dah jadi kenyataan pun. Baru faham, kalau kita bayangkan dalam keadaan keinginan kita yang sangat tinggi, plus dengan rasa excited,membuak-buak..maka perkara tu memang boleh terjadi..Besstt dapat hantar dan ambik anak dari sekolah ni..Spend quality time dengan anak-anak dalam perjalanan, itulah anugerah yang tak terhingga yang Allah berikan.Terima kasih Ya Allah..

Suami pun sama jugak..dia pun dulunya bekerja dah hampir 15 tahun..ingat senang dia nak resign? Takut, risau..semuanya ada..tapi dia fikir sampai bila nak hidup kelam kabut? Life tak ada..siang bekerja, dalam masa kerja kalau ada masalah di kedai..terpaksa setelkan jugak..balik kerja sambung bisnes..Masa awal-awal bukak kedai tahun 2010 dulu, sebelah malam pun kami terpaksa keluar untuk hantar kek lagi..Bukan dekat,kadang sampai ke Nilai..Kesian anak-anak, siang busy, malam pun terpaksa tinggalkan diorang jugak..Badan letih,penat..macamana nak perform di ofis? Bukan senang nak bahagi masa macam tu...

Masa nak resign, bukan senang jugak suami nak mintak restu dengan parents..Suami bagi abah confident, katanya kalau apa-apa terjadi pada kami nanti,jangan risau..dia pasti boleh bekerja semula di mana saja..selama ni, abah pun tau..ex boss suami semua sayangkannya..Masa nak resign pun, diorang counter offer..drag berbulan-bulan sampai bagi time off untuk suami dapat pegi ke kedai buat urusan bisnes..Jadi, yang saya belajar kat sini, sangat penting kita kena perform yang terbaik di tempat kerja..bila nak resign, rasa tak takut pun..apa-apa hal boleh kerja balik kat mana pun, sebab kita ada skill dan experience..Tapi, kalau masa zaman bekerja pun lemau..malas nak pi ofis...kerap MC..kerap cuti...mak bapak kita tengok pun risau..kalau perangai macam tu, siapa tak risau? Mak bapak mana nak restu kalau nak resign?

Ada seorang adik yang jumpa kami baru ni..Dulu bekerja, sambil kerja sambil buat insurance..Pastu income dah ok sikit..dia resign. Itu fine..ingatkan dah resign sure lagi dasyat incomenya..tup tup baru berapa bulan, dah susah hati...dah nak kerja balik..Awat pulak ni? Dia kata bisnes dia agak slow...pastu mak dia pun dah bising-bising suruh kerja balik..Tapi, rupanya maunya mak dia tak bising..Dia dah comfort zone rupanya!..Konon dah cukup income insurance tu..tak cari client baru..Kejanya di rumah, tidur sampai tengahari..bangun tidur main game..Mak ayah mana yang tak susah hati? Kalau kita jadi parents macam ni kita pun suruh dia kerja apa saja..asalkan kerja, dan tak lah main game 24 jam..Jadi, jangan salahkan insurance..slow lah..itulah..dia yang tak keluar cari client, tak buat marketing..Pastu nak salahkan mak pasal tak bagi restu dia berniaga, ya lah kalau perangai macam tu sapa nak restu? Betul tak?...Tunjuklah performance kita kat ibu bapa kita bagi adik-adik yang bujang ni..Tunjuk semangat kita nak bisnes..Tunjuk kebolehan kita..

Seorang lagi yang saya kagum ialah adik saya sendiri Mohd Edib..sorry, bukan nak naik bakul..tapi dia pun sama...dulu nak resign jenuh nak explain kat abah..dia nak buat kek jugak..Tapi, hari-hari di psycho abah..cerita macam-macam masalah kat ofis dia..Sambil-sambil kerja, dia buat part time bisnes..jual kek yang abah buat..Dia tunjukkan kesungguhan dia..balik ofis, dia terpaksa hantar kek sampai ke tengah malam..So dia selalu bagitau abah, dia letih..kat tempat kerja dia tak boleh perform..Mak ok sporting gila...dia memang encourage kami berbisnes, tak nampak langsung dia risaukam kami yang nak buat bisnes..Sebab apa? Sebab mak ayah ni pasti tahu macamana cara kita bekerja? Kalau kita selalu berbual dengan mereka bab nak kaya contohnya..Diorang pasti tahu semangat kita..Keyakinan diorang datang dari apa yang kita tunjukkan kepada mereka..apa tindakan kita..Confidentkan diorang, tapi kalau asyik bergolek-golek tidur, main game saja...mak bapak mana yang nak restu?

WALLAHU'ALAM..

ALLAH MAHA BIJAKSANA



Wednesday, April 3, 2013

MACAMANA BOLEH SURVIVE?

Semalam, kami ditanya oleh salah seorang kenalan, macamana akak dan abang survive masa mula-mula dulu? Masa zaman pakai kereta Proton Saga Model tahun 1996 tu? Hehe..siap sebut model tahun berapa tu..Kereta yang sangat banyak jasanya..mula-mula nak dapatkan kereta tu pun sebenarnya tak ada duit..sebelum dapat kereta tu, kami cuma ada kereta Naza Citra..Dengan Citra tu lah saya hantar kek..dengan Citra tu lah saya terpaksa hantar suami ke ofisnya dulu, baru boleh saya pakai Citra untuk urusan seharian..

Buat delivery kek dengan kereta Citra adalah satu pengalaman yang perit..mau tak nya, bisnes pun baru bertapak, cash flow belum bagus...sangat sakit pakai Citra masa tu sebab makan minyak betul..Masa tu  nak bubuh minyak pun tak ada duit..duit kek tu lah buat rolling, kadang-kadang tak lepas jugak..TERPAKSA pinjam duit suami..Nasib baik suami sangat supportive dan memahami..mula-mula ok lah memahami kan..hehe, tapi lama-lama dia pun pelik jugak..kata bagus bisnes ni, tapi asyik dok pinjam duit dia..

Sebab terlalu banyak meminjam dari suami..dia rasa tak confident dengan bisnes ni. Dia suruh saya cari kerja..bila hari-hari disebut, saya pun terpaksalah cari kerja jugak..saja nak puaskan hati dia..Tapi, dapat beberapa interview, saya buat ala-ala kadar, langsung tak bersungguh-sungguh..saya dapat rasa, mesti tak dapat..hehe..memang saja je, strategi.....Jadi,suami terpaksa merelakan saya teruskan berbisnes..

Strategi ke 2. Kek banyak return pada mulanya...Dulu buat resepi yang bakar tu..Tak dapat nak meet customer's satisfaction..buat..buat buat.....return..return,return..buat lagi, return lagi..Tapi strategi nak bagi suami 'condifent', bagitau maid Kak Wati...cepat-cepat buang yang return tu, jangan bagi Abang Ady nampak..bila dia balik dari keja, dia tanya amacam bisnes? ohh..very good...heee...dia tak tahu pun sebenarnya dah buang 1 plastik sampah kek yang tak laku..kek yang return..

Semalam Nadrah tanya, akak tak nanges ke banyak return? Seriously to say...langsung tak nanges. susah hati memang ada, tapi tak nangis pun.Sebab dalam hati ni, sangatlah tingginya confident level yang bisnes ni boleh boom!..Dari dulu memang saya amalkan enjoy the journey, perasaan risau saya atau susah hati tu tak mengganggu langsung urusan-urusan lain...Just enjoy, dan jangan perasaan risau kita tu nanti berjangkit dan mengganggu emosi orang di sekeliling kita..Especially masa tu saya tak suka mengganggu emosi maid saya Kak Wati, sebab dia yang buat kek..takut nanti dia pun tak boleh nak fokus..

Disebabkan kereta Citra tu makan minyak..kami pun terpaksa beli kereta Proton Saga yang berjasa tu..beli cash harga 5 ribu..ingat ada sangat duit?..5 ribu tu pun pinjam duit abah di Penang.Itu kira last resort lah tu,janji dengan abah..kami bayar bulan-bulan..abah kata suka hati lah nak bayar berapa sebulan..huhu...terharu....2 tahun jugaklah baru habis hutang dengan abah..TQ abah!..

Masa tu Nadrah...akak ni nak beli t-shirt pun tak mampu..masa tu join fitness, diorang jual t-shirt untuk group kitorang ni, tapi akak sorang je yang tak order-order lagi..Dok mikir ni, nak beli..tak beli..20 ringgit tu...last last decide, tak payah beli lah...duit tu macam-macam boleh buat...Orang pakai kasut yang special untuk satu kelas di gym ni..akak je pakai sport shoe biasa je..harga masa tu seratus lebih kasut tu..mahainyaaa....tapi nasib baik ada Kak Rose..dia ada banyak kasut, orang kaya yang baik hati...dia sedekahkan kat akak..wink wink!!..Best giler dapat kasut yang mahal....TQ K.Rose!..

Setahun hingga masuk tahun kedua, kami tak dapat merasa apa-apa hasil dari bisnes kek ni..Akak ni, bukan setakat pinjam dengan abang, dengan maid pun pinjam..Seriously, punya la tak nak bagi abang tak confident, tukar strategi..Strategi ke 3..stop pinjaman dengan suami. Pinjamlah dengan maid...hehe..Kak Wati punyalah sporting..tapi bila dapat je payment terus bayar balik, tapi esok pinjam lagi..macam tu lah seterusnya..Sampai 11 tahun Kak Wati bersama kami....TQ Kak Wati yang banyak membantu..

Itulah antara yang kami lalui Nadrah n Din...bukan terus terus jadi macam sekarang..awal-awal kena ada kepahitan, sebab nak mengajar kita untuk jadi kuat..Kalau terus berjaya, kita susah nak appreciate pencapaian kita..Lalui saja proses-proses yang memeritkan..tapi kalau nak minimize kesusahan-kesusahan ini, kena lah cari ilmu..Itu yang kami lambat..selepas 4 tahun baru cari ilmu..Lepas ke kelas Dr.Azizan Osman, barulah kami semakin yakin...kami nampak jalan dan caranya..Kami dapat ilmu, belajar tentang sistem..belajar tentang prinsip-prinsip dan law yang perlu kita apply dalam kehidupan dan bisnes, baru tahu tentang The Power of Connection...Bila dah dapat semua tu, bisnes meningkat, meningkat sampai tak sempat nak merasa prosesnya..rasa macam cepat sangat berlaku..

Alhamdulillah, syukurr...Terima kasih Ya Allah kerana Allah memakbulkan doa kami untuk mendapat ilmu yang sebaik-baiknya,maka Allah melorongkan kami mendapat guru-guru yang hebat..Semoga Allah memberi segala yang terbaik,kesihatan,keberkatan,kekayaan,kejayaan untuk Dr Azizan Osman dan guru-guru kami yang lain seperti Dr.Azhar Sarip juga.Kami akan terus menggali ilmu dari guru-guru yang terbaik ini.