Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, November 30, 2014

Program WE COACH U bagi tahun 2014 berakhir di PENANG





Program WE COACH U bagi tahun 2014 berakhir di PENANG semalam.

Tahniah anda yang hadir semalam!. 

Nak tanya sikit boleh? Adakah perkongsian kami sedikit sebanyak membantu anda?.


Kami doakan anda semua kaya berjaya dunia akhirat dan bisnes anda dikenali di seluruh Malaysia dan di persada dunia. Ameeen Ya Robbal'alamiiin. 

P/s: Jom kita tengok gambaq semalam di bahagian komen 

Cerita Semalam - We Coach U Penang








Cerita Semalam..

Syukur alhamdulilah semalam berakhirnya program kami We Coach U di Hotel Sunway Seberang Jaya..Tahniah kpd org utara yg seharian bersama kami dan sesungguhnya energi anda mmg superb!!!

Yang best juga semalam saya juga berada di majlis ilmu MMM Dr Azizan Osman di SACC Mall sebelah malamnya..ramai yg bertanya juga abg tak letih ke? Soalan cepumas tu...sebenarnya saya suka dgn aktiviti yg saya lakukan dan tambahan bilamana dapat panggilan dari seorang guru ygmana saya sukar menolaknya kerana ilmu yg diberikannya sgt tidak ternilai berbanding dgn apa yg saya ada sekarang..mudah-mudahan sessi sharing hotseat semalam memberi satu momentum kpd peserta utk mereka berubah kearah lebih cemerlang lagi..terima kasih juga kpd sahabat saya Dato Roslan Hassan & Abg Afdlin Shauki yg memeriahkan majlis smlm dgn telatah dan petah mereka yg menghiburkan dan memotivasikan...

Kepada para peserta We Coach U & program MMM - percayah walaupun sehebat mana kita, jgn berhenti mencari ilmu dan teruslah berada dimajlis ilmu..

Saturday, November 29, 2014

Doa Harian - Peserta We Coach U Penang


Ya Allah Ya Tuhan kami, pada pagi yang sangat indah dan mendamaikan ini, kami mohon padaMu Ya Robbi...kami ingin meminta izin padaMu Ya Allah untuk memulakan hari ini dengan majlis perkongsian bersama usahawan hebat di Pulau Pinang ini Ya Allah..

Ya Allah, lancarkanlah majlis kami ini Ya Allah, semoga majlis ini memberi kebaikan dan manafaat kepada peserta kami semua untuk dunia dan akhirat Ya Allah..

Ya Allah, berkatilah pertemuan kami ini Ya Allah...Jika rezeki kami semua ini masih di atas langit, Kau turunkanlah...Dan jika ada di dalam bumi, Kau keluarkanlah...Jika sukar, Kau mudahkanlah..Jika haram Kau sucikanlah...Jika masih jauh, kau dekatkanlah Ya Allah....

Makbulkanlah permintaan kami ini Ya Allah...Puji-pujian hanya untukMu...

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua. Semoga hari ini adalah hari yang paling paling paling penting dan bermakna untuk anda semua.

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah... 

Wednesday, November 26, 2014

Satu team. Satu Family. Satu Nilai

- Oleh : Aliza Irza

" Berniaga bukan semata kerana duit. Ia lebih dari itu. Ia memerlukan masa, membentuk disiplin, membina ketabahan dan rasa percaya. Menambah nilai hidup kepada orang lain.

Paling utama kebergantungan tinggi pada yang Esa. Allahuakbar. "


Anis Choc Moist Kek - Kluang JOHOR
WALID BREAD
 

THE POWER OF OUR VALUE

Seseorang itu merasa gembira dan bahagia kerana tindakan mereka konsisten dengan nilai diri mereka.

Bila kita cuba kompromi tindakan tersebut, iaitu lari dari nilai diri kita sendiri, kita akan rasa seperti ada sesuatu yang tak kena jauh di sudut hati yang sangat dalam. 

Pernah rasa?...  

TIPS MEMBINA KEYAKINAN DIRI


  1. Jangan buat perbandingan diri anda dengan diri orang lain. Atau bisnes anda dengan bisnes orang lain. 
    Orang yang suka compare dengan bisnes orang lain berkemungkinan akan terlupa tentang kelebihan diri sendiri. Dan terlepas pandang kejayaan-kejayaan yang besar yang berlaku dalam hidup dia.

  2.  Set target yang senang & mampu dicapai.
    Kalau anda set matlamat t
    erlalu tinggi, anda sebenarnya set matlamat untuk gagal. 
    Betul, anda teringin mendapat jualan 20 ribu sebulan. Tapi, 2 ribu pun belum capai. Macamana nak sampai 20 ribu? Set 2 ribu dulu. Kemudian naik 5 ribu. 3 bulan lagi set 8 ribu. Lepas tu 10 ribu. Sampailah 20 ribu. Yang penting, sentiasa upgrade matlamat. Bukan stick dengan 20 ribu dari starting point. Nanti ada yang main biola pulak.
     
    Yang penting, aim to beat your personal best, not others.

  3. Buat perkara yang kita takut.
    Macam rancangan Fear Factor tu. Kalau takut tikus, duduk dalam kotak dengan tikus. Kalau takut ketinggian, buat bungy jumping. Hihi berani?
     
    Memang sangat benar sebenarnya. Saya pernah alami sesuatu. Masa tu pegi Ranau Kota Kinabalu. Ada satu sungai penuh dengan ikan yang akan datang hurung dan gigit kaki kita. Mula memang takut nak masuk kaki. Eeeee geliii tauuu...

    Tapi saya tengok semua dah cuba, saya terpaksa masuk dalam sungai tu jugak. Mula-mula memang menjerit. Tapi lepas tu, beberapa kali saya bawak team stokis lain pulak pegi lagi, saya dapati saya dah tak takut. Saya dah faham apa rasanya. Jadi saya rilek.
     
    Dari situ, baaru saya benar-benar faham tentang face the fear. Kalau takut orang reject produk kita, carilah lebih banyak rejection. Insyaallah lepas tu kita akan rasa cool ja, siap boleh senyum tak marah pun bila orang reject kita.
     
    Jangan biarkan ketakutan conquer hidup kita. Tetapi, hadapinya, confront it ok guys
      !..
  4. Buat declaration atau affirmation setiap hari.
    Cakap pada diri anda yang elok-elok, yang positif tentang diri anda. Ingat tak yang dulu saya pernah share pasal declaration ni?

    Penting tau internal dialog ni. Seolah-olah seperti proses meng install program ke dalam diri anda.
     
    Sebab itulah jangan sabotaj diri dengan sentiasa cakap aku tak pandai buat..aku tak macam si polan, dia boleh la...aku tak pandai bercakap, aku tak pandai menulis..

    Itu semua kita tak boleh install dalam diri kita. Terutamanya jangan bercakap atau ingatkan diri tentang perkara yang kita tak suka pada diri kita sendiri. Contoh, aku ni gemuk la. Jangan!..

    Kerana lama-lama kita akan percaya dengan apa yang selalu kita cakap. Dan kita jadi tak konfiden. Kerana perbuatan kita sebenarnya dipengaruhi oleh sistem kepercayaan kita tentang diri kita.
     
    Kalau percaya boleh berjaya, insyaallah pasti boleh berjaya!..

Ok jutawan. Untuk berjaya, anda perlu ada keyakinan diri okay. Selamat membina keyakinan diri semua 

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

Doa Hari Ini


Ya Allah...Ya Waliy...Ya Waliy..Ya Waliyy....

Sesungguhnya Ya Allah Yang Maha Melindungi, kami ingin memohon Ya Allah, lindungilah ibu bapa kami, guru-guru kami, suami atau isteri kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami, ahli keluarga kami, pekerja kami, sahabat handai kami, rakan perniagaan kami, perniagaan atau kerjaya kami serta semua orang yang kami kenali atau tidak kenali ini Ya Allah...

Kami mohon Ya Waliyy, lindungilah hidup kami, lindungilah perbuatan kami Ya Allah, lindungilah percakapan kami Ya Robbi, lindungilah pemikiran kami Ya Tuhan, lindungilah kami, bantulah kami dalam mengenal segala kebaikan dan keburukan Ya Allah...

Kami mohon Ya Allah, semoga saudara kami semua ini berada dalam kalangan orang yang dilindungiMu Ya Allah...

Assalamualaikum good morning to my lovely JUTAWAN!..Semoga bisnes kita ini atau kerjaya kita semua dibawah lindungan Allah selamanya..Aminnn..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dam bersedekah... 

Tuesday, November 25, 2014

PERSONAL COACHING BERSAMA PN ROZANA & EN HAFIZ (WE COACH U - SHAH ALAM 18 OKT 2014)







Personal coaching harini bersama 2 peserta daripada Program WE COACH U Shah Alam 18 Oktober.

Kami doakan semoga bisnes Pn Rozana & suami Tn Syukur serta Hafiz dalam lindungan Allah Ta'ala selamanya & berjaya sehingga ke akhirnya!..Amiiin. 

Terima kasih ya 

MEMORI WE COACH U 23 NOV 2014 DI DEPALMA HOTEL SHAH ALAM








RASHIDA ABDUL RAHMAN: Cik puan linda memberi penerangan mengenai 7e sgt berguna.

UMI KALTHUM MUHARAM : kami peserta we coach u johor...sangat magic lepas balik program ini rezeki datang bertalu2..Terima Kasih Banyak team ACMC

CREDIT : RASHIDAH ABDUL RAHMAN

MIRA AZIZ : Alhamdulillah, syukur sgt dipertemukan dgn team yg hebat.. melalui pnkongsian n juga ilmu trbuka pintu hti utk mncri outlet sbanyak mungkin.. rezeki Allah, maha luas.. terima kasih kpd kak Anis Choc Moist Cake, tuan junaidy srta team2 ACMC.. p/s: jgn lupa try sambal pecal siti juminah.. "tmbah air mineral pun blh, xprlu air panas"..

FAZEELA L. MUSHRIF : Alhamdulillah, termakhbul one of my wishlist. Banyak sangat yg saya belajar dan perlu kpd pelan tindakan segera antaranya dlm ilmu yakin, gift 1st n sistem pemasaran. Jazakillah Kak Anis n Tn Junaidi. Teringat kata2 Dato Roslan,katanya " mahu belajar terbang tinggi, tanyalah pada helang". Yes! saya bertanya pada orang yg tepat. P/S Semalam stok baru masuk, hari ini kena restock lagi...

RASHIDAH ABDUL RAHMAN : Stokist amc memberi penerangan

RASHIDAH ABD RAHMAN : Cikgu yg sgt comel

AZLINA MAT ALI : Terima kasih atas tunjuk ajar...semoga bisnes western frozen saya berjaya seperti ACMC....Amin..

Yess!..Dah dapat gambar peserta WE COACH U Shah Alam Ahad baru ni. 


Boleh tak citer sikit perkembangan anda lepas program WE COACH U. Teringin nak dengar ni....Kalau ada gambar, upload kat bahagian komen ye 

Make Your Message More Powerful.

Semalam saya baca satu artikel bertajuk, Make Your Message More Powerful. 

Katanya, orang yang selalu mendapat kata motivasi atau mesej positif, perkembangan dirinya akan meningkat 300 % berbanding orang yang tidak mendengar atau membaca kata-kata positif. 

 Uols suka tak baca kata positif? Saya sukaaaaa!..

POWER OF SELF CONFIDENCE

 The Power of Self Confidence

Tak perlu risau bila ada yang berkata sangsi ...
Tak perlu sedih bila ada yang tidak memahami...
Tak perlu kusut bila ada yang mengeji...

Kerana orang berjaya tidak hiraukan kata kejian. Dia tahu apa yang dia lakukan itu adalah yang terbaik. Bukan sahaja untuk dirinya, tetapi untuk ramai orang disekelilingnya.

PILIH UNTUK KELUAR DARI NEGATIVITI


Kata-kata kita sebenarnya melambangkan kejayaan kita. Apa yang selalu kita suka perkatakan? Apa yang selalu kita suka ceritakan? Apa yang selalu kita suka sebarkan kepada kawan kita? 

Apa yang saya faham, hidup anda adalah apa yang sering anda cakapkan. Siapa diri anda adalah apa yang anda cakapkan dan fikirkan. 

Dari pagi sampai ke malam, ingatkan balik apa yang sering anda bualkan? Apa yang sering anda fikirkan? Kisah kejayaan orang? Kisah kejayaan anda? 

Atau cerita negatif pasal orang lain? Atau anda gemar highlight perkara yang menaikkan kemarahan orang sahaja? 

Dari situ kita boleh nampak, kalau kita banyak fikir dan cakap yang negatif saja, yang tak best saja, siapa kita sebenarnya? Orang yang negatif atau orang yang positif? 

Kita mungkin tak perasan yang sebenarnya kita adalah orang yang negatif. Susah nak mengaku. Tetapi hanya kita yang tahu. 

Tengok pilihan apa yang anda katakan. Tengok cara kita kawal minda kita. Kalau orang yang negatif, dia bercakap negatif, bermaksud dia tidak boleh kawal minda dia. 

Doa Hari Ini


Ya Allah...Ya Shahid...Ya Shahid..Ya Shahid...


Ya Allah Yang Maha Menyaksikan, kami ingin memohon padaMu Ya Allah, Kau perbetulkanlah niat kami jika kami terpesong dari niat asal kami Ya Allah...



Apa sahaja yang kami lakukan ini Ya Allah..segala tugas kami ini Ya Allah...segala perbuatan kami ini Ya Allah, adalah untuk mendapat kasih sayangMu Ya Allah.. bukan untuk mendapat kasih sayang manusia semata-mata Ya Allah..juga bukan untuk mendapat penghargaan dan pujian manusia Ya Allah...tetapi bagi mendapat penghargaanMu Ya Allah..

Kuatkanlah hati kami Ya Allah, tetapkanlah hati kami Ya Allah..teguhkanlah iman kami Ya Allah...segala perhatian, pujian dan kasih sayangMu itu lebih mengatasi segala kasih sayang manusia Ya Allah...Semoga Kau merahmati dan meredhoi apa saja yang ibu bapa kami, keluarga kami, saudara kami, sahabat kami serta pekerja kami lakukan ini Ya Allah...perbetulkanlah niat kami ini Ya Allah...semoga semuanya untukMu Ya Allah...

Ya Syahid..Ya Shahid....Saksikanlah, makbulkanlah doa kami ini Ya Syahid...

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawanku sayang...Semoga hari ini merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup anda semua..Ameeen 

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

Monday, November 24, 2014

MY IDOL





Inilah idola kesayangan ahkak...
4 hari 3 malam admitted hospital.
Semalam, dia larikan diri dari hospital sebab ada WE COACH U. 
Hari ni dah discharge. Terus masuk ofis!..

Wow! I admire your energy my love 😙😙😙

WE COACH U - Di Penang Sunway Hotel Seberang Jaya

video


We Coach U 

29 Nov 2014 - Sunway Hotel Seberang Jaya

Last Call !!!! Usahawan Penang/Kedah/Perak

Peluang anda mempelajari pelbagai teknik/strategi perniagaan & pengurusan sistem stokis/dealer/agen Anis Food Sdn Bhd yg terbukti berjaya... 

Inginkan produk anda menembusi rangkaian korporat seperti Kedai Mesra Petronas, Rangkaian Pasaraya Mydin/MydinMart/KR1M & Rangkaian Kedai 7 Eleven..Insyallah semua ini akan dikongsikan bersama mereka yg benar-benar ingin kembangkan bisnes mereka ketahap yg lebih tinggi lagi...

Hubungi & Daftar segera ditalian 011 3510 0966 ( Alang/Yana )...

# yuran hanya RM250 p/peserta utk kos dewan, makan & pengurusan sahaja...

Doa Harian ~


Ya Allah, Ya Majid..Ya Majid...Ya Majid...

Ya Allah Yang Maha Mulia, pada hari yang indah dan mulia ini Ya Allah, kami ingin mendoakan kepada semua pelanggan kami Ya Allah..tak kira di mana saja mereka berada Ya Allah..

Ya Allah Ya Majid, Kau bahagiakanlah hidup pelanggan kami Ya Allah..Kau berikanlah kegembiraan dan ketenangan hidup kepada pelanggan kami Ya Allah..

Sesungguhnya Ya Allah, kami tak tahu bagaimana untuk membalas jasa pelanggan kami Ya Allah..kami begitu menghargai mereka Ya Allah..Kau bantulah mereka Ya Allah...

Ya Allah, semoga pada hari yang penuh indah ini, semoga semua pelanggan kami diberi kesejahteraan hidup, keberkatan hidup dan diberi kekayaan dan kejayaan yang berkekalan selama-lamanya dunia dan akhirat Ya Allah...

Terima kasih Ya Allah...Makbulkanlah doa kami ini Ya Allah..

Al fatihah untuk semua pelanggan kita....

Sunday, November 23, 2014

Kami Komited ! ^^




We Coach U

Tiada yg mustahil dan kami komited dgn apa yg kami lakukan..

Terima kasih kepada semua para peserta yg hadir hari ini..anda usahawan hebat!!!

DOA PROGRAM WE COACH U



Ya Allah Ya Tuhan kami, pada pagi Ahad yang sangat indah dan mendamaikan ini, kami mohon padaMu Ya Robbi...kami ingin meminta izin padaMu Ya Allah untuk memulakan hari ini dengan majlis perkongsian We Coach U bersama usahawan hebat di Shah Alam ini Ya Allah..

Ya Allah, lancarkanlah majlis kami ini Ya Allah, semoga majlis ini memberi kebaikan dan manafaat kepada kami semua untuk dunia dan akhirat Ya Allah..

Ya Allah, berkatilah pertemuan kami ini Ya Allah...Jika rezeki kami semua ini masih di atas langit, Kau turunkanlah...Dan jika ada di dalam bumi, Kau keluarkanlah...Jika sukar, Kau mudahkanlah..Jika haram Kau sucikanlah...Jika masih jauh, kau dekatkanlah Ya Allah....

Makbulkanlah permintaan kami ini Ya Allah...Puji-pujian hanya untukMu...

Assalamualaikum, selamat pagi jutawan, kita jumpa sekejap lagi ya... 

Saturday, November 22, 2014

Hari Ini Dalam Doa


Ya Allah...Ya Alim...Ya Qabidh...Ya Basith...

Kaulah Ya Allah Yang Maha Mengetahui, Kau Yang Maha Menyempitkan dan Kau jualah Yang Maha Melapangkan Ya Allah...

Sesungguhnya Ya Allah..kami mohon padaMu Ya Allah, harmonikanlah rumahtangga kami Ya Allah..tambahkanlah keserian dalam rumah tangga kami Ya Allah..bahagiakanlah rumahtangga kami Ya Allah..

Ya Allah...Yang Mengetahui, berikanlah idea kepada kami bagi menambahkan kasih dan sayang kami kepada ahli keluarga kami Ya Allah...bagi menggembirakan ibu bapa, isteri serta suami dan anak-anak kami Ya Allah...

Sesungguhnya kami bersedia untuk menerima segala kebahagiaan ini Ya Allah Ya Allah Ya Allah.....

Aminnnn Ya Robbal'alaminn..

Puji-pujian hanya untukMu Ya Allah...

Indahnya hati bila beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah....

Friday, November 21, 2014

DOSA SEORANG SPEAKER

Ada 4 dosa seorang speaker:

1. Tak bersedia
2. Tak komited
3. Tak menarik
4. Tak selesa

Kata Pakcik saya, John C. Maxwell  

Ingat tu Sophiahanis & Junaidy