Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, July 31, 2013

THE POWER OF KAHWIN...

THE POWER OF KAHWIN...

Salah seorang rakan seperjuangan dari University of Life bertanyakan satu soalan yang mencabar.Tapi saya suka soalan yang mencabar macam ni..Soalan ni muncul selepas saya buat satu pesanan di facebook page untuk adik Rahman Basri dan adik Syed Faiz supaya mereka cepat-cepat kahwin..Sebab kata suami saya,orang yang berkahwin ni rezekinya akan bertambah-tambah..bisnes pun akan meletup-letuppp...

Jadi, adik Faiz yang berumur 27 tahun ni bertanya, bolehkah dia berkahwin sekarang sedangkan financialnya belum stabil?

Okey, macam ni..tapi, kita ketepikan sekejap pasal financial.Itu kemudian nanti kita cerita kay..Point pertama ialah pasal kahwin. Perasaan nak kahwin itu adalah satu perasaan yang normal..atau fitrah manusia.Selagi namanya manusia pasti perasaan nak kahwin tu ada..Teringat pulak, pernah anak sulung kami semasa dia umur 7 tahun dulu berterus terang pada saya yang dia nak kahwin dengan anak jiran.Bermakna, perasaan nak kahwin itu sesuatu yang normal, budak 7 tahun pun dah ada rasa nak kahwin!..

Saya pasti adik Faiz ni pasti ada perasaan nak kahwin..Tapi menurut katanya lagi, "Saya avoid jodoh kerana saya takut status kewangan saya. Saya ada kawan perempuan, tapi saya jauhkan diri kalau mereka nak rapat kerana saya tak konfiden dengan financial saya". Perkataan avoid tu lah yang menarik perhatian saya sebenarnya.Sebenarnya dik, adik tahu tak, Allah menggalakkan kita mendirikan masjid? Kalau dah itu perintah Allah..pasti ada sebabnya kan?..

Macamana pulak jika kita berkahwin, rezeki kita akan bertambah? Bukankah secara logiknya, bila kita berkahwin..tanggungan dan perbelanjaan kita akan bertambah? Inilah dia misteri perkahwinan..atau The Power of Kahwin...

Sebenarnya kan..diskusi ni agak berat dan sangat dewasa..Secara saintifiknya,bila kita berkahwin, kita akan mencapai tahap EMOSI yang paling tinggi atau yang paling indah dalam semua emosi manusia. It is the finest of all human emotion!..Perhubungan dalam perkahwinan ini akan memberi emosi yang paling POWERFUL..Ia boleh menggetarkan minda (vibration of mind) dan menyebabkan minda kita boleh berfungsi pada tahap yang paling GENIUS!..

Jadi, apa lagi, untuk yang dah berumah tangga..berilah love sebanyak-banyaknya kepada pasangan...sedalam-dalamnya..sampai pasangan terasa betul-betul bahagia..insyaallah, masing-masing akan mendapat idea yang genius, yang lebih best untuk boost bisnes dan juga boost kerjaya!..

Sebab itulah orang yang berkahwin itu rezekinya akan bertambah..Dan kalau u all nak tahu...All so called 'magnetic' people adalah orang yang bahagia di alam perkahwinan mereka..Bahagia secara dalaman dan juga luaran..

Dan satu lagi, bisnes atau kerjaya orang yang bahagia di alam perkahwinan ini adalah kerana adanya THE MOTIVE OF LOVE..Untuk adik Faiz, u akan lebih berjaya disebabkan oleh kasih sayang terhadap seorang isteri...Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai the motive of love ini..

Memang betul ada juga orang bujang yang muda-muda lagi dah berjaya.
Tapi, sebenarnya jika diselami hatinya..pasti ada kekurangan dalam hidupnya..Duit, harta kekayaan semuanya dia ada..Tapi hatinya kosong..kosong...kosong..Dia tidak berjaya sepenuhnya sepertimana orang yang dah berkahwin..Tapi bila hatinya dah diisi, dan dia dah berkahwin..pasti kejayaan akan lebih luar biasa hebat lagi untuknya!..

Ini baru pasal kahwin...belum sentuh pasal financial lagi..Pointnya sekarang, adik Faiz dah tak payah avoid jodoh dah..dah boleh cari-cari dahh...Apa? tak konfiden lagi?..Duit tak cukup?..Esok kita sambung pasal financial status kay...Da daaaa...;))

WALLAHU'ALAM...

Tuesday, July 30, 2013

LUPA DIRI

LUPA DIRI

Beberapa hari lepas seorang kawan kami datang berjumpa. Ada masalah yang membebankan jiwa katanya..Ingat berkenaan dirinya, rupanya dia ingin mengadu tentang perangai abangnya yang menjadi-jadi sekarang ni. Kami pun memang kenal dengan abang dia..Dulu ok je, jenis yang soft spoken, humble dan hormat orang..kategori baik lah abang dia ni...

Apa dah jadi pulak sekarang ni?..Rupanya bisnes abang dia semakin menjadi-jadi setahun dua ni...Alhamdulillah..bagus lah tu..Memang bagus kata kawan kami ni..Tapi, yang tak bagusnya perangai abang dia dah banyak berubah!..Dari seorang yang baik hati, humble dan sebagainya..Dah bertukar watak pulak..Sekarang ni dia rasa abang dia dah sombong, malah bongkak katanya!..Dah LUPA DIRI!!....

Kawan kami ni kadang kala turun padang juga bantu abangnya.Bila dia bersama staff, banyak lah cerita yang dia tak sangka-sangka perangai abangnya dah sebegitu teruk.  Katanya, ada sekali tu abang dia dan staff keluar untuk appointment dengan klien, bila tiba makan tengahari, staff ingat nak makan sekali dengan boss, tiba-tiba boss diorang ni cakap, tak pe u all makan lah kat sini ye..Saya makan kat tempat lain.Rupanya bila diskodeng, staff nampak dia makan di hotel!..Sedangkan staff ditinggalkan di warung saja...Huhu...sedih staff dibuatnya..Sedangkan kalau dulu, mereka susah sama-sama..Dulu makan di warung sama-sama..Tapi, sekarang.......

Katanya lagi, dengan ahli keluarga pun dia dah tak semesra dulu..Kadang-kadang macam ada sembunyikan sesuatu..Macam takut orang nak mintak duit dia kot..Pandang pun macam tak nak pandang...keluarga pun dah terasa macam dihina pulak..Maklumlah, dia dah kaya...

Bahaya sebenarnya orang macam ni...Dia tak sedar sebenarnya Allah tengah menguji dia..Menguji dia dengan wang dan kekayaan. Sebenarnya Allah nak tengok dia boleh handle tak akhlak dia bila dah diberi wang sebegitu banyak..Sebab saya dah pernah tengok kes macam ni...Dulu dialah paling kaya, bisnesnya sangat besar...dia dapat AP untuk jual kereta import.Masa tu dalam tahun 80-an..

Bayangkanlah, zaman tu bukan ramai lagi orang melayu yang berjaya..Tapi, kalau dah attitude tak jaga, ditimpa penyakit LUPA DIRI pulak...habislah...Staff di maki-maki..Staff zaman dulu boleh lah buat macam tu..Kalau ada yang tak kena, tak kira siapa..pegawai kerajaan dan sebagainya, dijerit dan dimaki hamun pegawai tersebut di depan staff yang lain..Pendek kata perangainya memang suka memalukan orang...Itulah dia di zaman kejayaannya....

Tapi...lama-kelamaan bisnes hancur!..Dari seorang yang sangat kaya dan sangat hebat, sekarang seperti tinggal sehelai sepinggang...Dah berumur dan sepatutnya dah berehat..tapi terpaksa lagi bekerja untuk menyelesaikan hutang piutang yang keliling pinggang...Kesiaannn...

Semua ni bukan apa..saya rasa sebenarnya mereka ni tak bersyukur!..Rezeki yang melimpah ruah Allah dah beri...dirasakan tak cukup....bila ada rasa tak cukup, mesti takut nak bersedekah!!...Takut duit habis!..Jadi, akhirnya, bila tak bersyukur dan tak bersedekah...Allah akan tarik balik, kerana bagi Allah, orang macam ni tak boleh handle banyak duit ni..Orang macam ni tak boleh share kekayaannya dengan ramai orang..Jadi buat apa Dia nak bagi banyak-banyak? Nampak tak?..Tak takut ke jadi macam tu?..

Dan,bila dia tak appreciate manusia dan staff dilayan macam pecacai!..Macam kuli batak!..Hubungan dia dengan sesama manusia sangat rapuh!..Maka, bukankah Allah dah kata kita kena jaga hablumminallah hablumminannas?...Kalau tak ada kedua-duanya ini, maka Allah akan tarik balik segala kesenangan hambaNya...dan Allah akan memberi kekayaan kepada orang yang boleh handle dan boleh mengagih-agihkan kekayaannya kepada yang memerlukan.

Ujian wang dan kekayaan ini sangat mencabar sebenarnya...Dan semoga Allah mempercayai kita sebagai hambaNya yang mampu memegang amanah ini..Memegang kekayaan yang diberi ini untuk dikongsi dan sama-sama dirasai oleh setiap orang yang memerlukan. Dan supaya kita tergolong dalam orang-orang yang bersyukur dan bersedekah...Aminn....

WALLAHU'ALAM....



Monday, July 29, 2013

ACTION!!....

ACTION!!....

Semua orang ada life story. Selepas dilahirkan sampailah sekarang umur dah 26tahun atau 38 tahun atau 65 tahun, semuanya ada story atau jalan cerita masing-masing yang berbeza-beza..tetapi endingnya tetap sama, iaitu MASUK KUBUR...he he he betul kan?..

Tapi, sebelum masuk kubur, takkan kita nak sia-siakan hidup macam tu saja? Bangun pagi pegi kerja @ bisnes, bla bla bla...minum kopi dan sebagainya, mengata orang ni,mengutuk orang tu..balik petang, solat, makan, tengok tv, tidur...Itu sajakah yang kita boleh buat?..Kualiti kah kehidupan macam tu?..Bergunakah kita sebagai manusia macam tu?..Berguna jugaklah kalau dah bekerja atau berbisnes, tapi itupun kalau jadi pekerja yang bertanggungjawab..kalau jadi pekerja yang mengular?..Kerja nya kat ofis asyik bukak you tube je..Rasa-rasa berkat tak duit gaji tu?..

Come on!!..Dari sekarang kita masih bernafas ni, kita kena create ending kita..macamana kita nak ending kita nanti..mati kita dalam keadaan macam mana? Mentor saya pernah cerita, ayahanda kepada Pak Habib Syech Assegaf meninggal dunia semasa tengah sujud..dan nak tau tak, sebenarnya dia dah buat programming minda dia..dia dah create awal-awal lagi bahawa memang itu yang dia nak..itu yang dia mintak..Meninggal dunia dalam keadaan sujud!..Masyaallah!!..

Nak mati pun boleh create? Inikan pula nak hidup?...Cuba fikirkan, macamana kita nak kehiduapan kita sekarang? Atau kita lihat lebih jauh lagi..Bila kita dah berusia senja nanti. Apa kita nak buat? Apa yang kita ada nanti?.Ada kebebasan kewangan dan masa tak? Untuk diri sendiri, untuk beribadat, untuk anak bangsa kita?..

Atauu...

End up jaga cucu je..ye lah duit tak ada, terpaksa mengharapkan duit anak..Kalau tak jaga cucu, anak tak bagi duit pulak..Aikk, mak dah bertukar jadi bibik ke?..Ada ke orang buat mak dia macam tu?..Tolongggglahhh...janganlah buat macam tu...bagi lah duit kat mak seikhlasnya..jangan harapkan balasan mak..bagilah masa untuk dia buat apa saja yang dia suka sementara umur dia masih ada ni..bukan buat apa yang kita suka...

Tapi, sebelum ending macam tu, apa action yang kita kena buat sekarang? Baca buku? Pegi seminar?..Yes, itu memang action pertama yang kita boleh ambik..iaitu mencari ilmu!..Dulu, manusia berjaya disebabkan kuasa fisiologi....Yang kuat saja yang menang..yang ada modal saja boleh berjaya...Tapi sekarang dah berubah!..Siapa ada ilmu, dia yang akan menang!..

Tapi, ada ilmu saja tak cukup kuat!..Kerana ilmu itu hanya berguna bila ia sampai kepada orang yang faham, dan orang yang mempunyai kebolehan untuk bertindak!...Dia boleh take action!!...Action atau tindakan yang efektif! Ilmu itu tak ada gunanya kalau diberi kepada orang yang tiada kuasa tindakan!..Yang tak sayangkan dirinya..Yang tak sayangkan keluarganya..Yang tak kisah apa nak jadi dalam hidup dia....go with the flow...

Bukan dia tak tahu kalau dia tak buat sesuatu, dia akan ketinggalan!..Kawan-kawan lain dah berubah!..Kawan-kawan lain semuanya dah berjaya..Tapi, dia saja buat-buat tak tahu..malas nak fikir katanya..Bukan dia tak tahu, dah banyak kes kita dengar sekarang ni duit pencen bukannya cukup..itu sekarang!..Nanti 10 tahun lagi, 20 tahun lagi...Lagi la tak cukup!..Pastu?..nak harapkan duit anak saja ke?..Best ke macam tu?..Best ke tak ada kebebasan kewangan?..

Ramai yang ingat, orang yang berjaya ni ada special gift yang tak ada pada dirinya..Salah tu!!..Sebenarnya special gift yang membezakan orang berjaya dan gagal ialah kebolehan dia untuk mempunyai kuasa bertindak!..Itu saja..Dan special gift ini boleh dibentuk oleh semua orang...Kerana semuanya mempunyai ilmu yang sama..tak ada beza pun..Yang membezakan hanya KUASA TINDAKAN!...Terpulang pada u sekarang, bila tua nanti nak jaga cucu atau nak beribadah dan melancong sepanjang waktu?..

WALLAHU'ALAM....

Thursday, July 25, 2013

UJIAN YANG HEBAT ADALAH UNTUK ORANG YANG HEBAT!!

UJIAN YANG HEBAT ADALAH UNTUK ORANG YANG HEBAT!!

Seorang usahawan muda yang saya kenali menghubungi saya baru-baru ini. Ni mesti ada sesuatu ni..dah tahu dah diorang ni kalau ada masalah baru nak hubungi saya..Kalau smooth je..bisnes bagus je semua hilang..Bila ada masalah baru nak contact, hehe..takpe takpe..fahammmm..u all semua busy kan..;)

Usahawan ni citer,rupanya bisnes yang dijalankan sebelum ni sangat mendapat sambutan.Sedangkan dia hanya menjadi agent kepada pengusaha chocolate chip saja..Dia repack, dan brandingkan..Brand dia pun dah agak terkenal dan dipercayai walaupun baru start 5 bulan.

Order dah menimbun banyaknya...Tapi, masalah timbul di saat-saat getir ni..Pengusaha chocolate chip tersebut bagitau dia, production ada masalah..Staff dia ramai yang resign tiba-tiba..Dan kemungkinan dia tak akan dapat supply stok cookies tu pada adik ni..

Usahawan muda ni pun apa lagi..risau lah..macamana nak menghadapi agent-agentnya? Nama dan brandingnya pun dah dipercayai? Untung pun dah nampak memang best, masyuuukkk...

Tapi, adik ni dah ada solutionnya..Dia kata, dia nak gajikan staff yang resign tu dan bekerja dengan dia..Dia rancang,staff tu akan buat cookies tersebut mengikut resepi bekas majikannya. Dia tanya adakah keputusannya itu betul? Dia terpaksa buat macam tu sebab dia tak nak frustkan hati agent-agentnya..Huhu...

SANGAT TAK BERETIKA!!...

U tak boleh buat macam tu kerana perbuatan tu adalah perbuatan yang tak beretika!..Tapi, dia kata bukan dia curi staff tu..staff tu resign sendiri. Dan dia cuma nak belajar cara buat cookies tu..

Tak boleh!!!....Walaupun dia dah resign sendiri...kita tak curi, tapi ia akan menimbulkan fitnah!..Lama-kelamaan pengusaha yang merupakan bekas majikannya akan tahu jugak..Benda-benda macam ni janganlah main-main..Lama-lama mesti pecah!..Apa yang bekas majikan dia akan rasa?..Terguris hatinya tau!..Best ke kita buat sesuatu untuk kesenangan kita, untuk keuntungan kita..tapi dalam masa yang sama ada satu hati yang terluka?..Tak bestttt!!!...U jangan lah try, nanti perasaan bersalah menghantui diri sampai ke LIANG KUBUR! Sampai ke MATI!!!..Nak macam tu?..

Lagipun kan, perkara macam ni adalah normal dalam bisnes makanan. Bila u ambil keputusan nak buat bisnes makanan dan menjadi supplier, semua kemungkinan patutnya dah tahu awal-awal. Semuanya salah sendiri jugak..

Masa pilih pengusaha dulu...kriteria apa yang kita tengok?..Hanya kerana dia pandai buat cookies tu? Sedap sangat?..Macamana dengan kapasiti pengeluaran produknya?..Boleh menampung permintaan kita tak?..Macamana attitude pengusaha tersebut? Pengusaha tersebut jenis yang buat bisnes untuk untung dia saja..atau dia memang nak add value hidup orang lain?..

Perkara-perkara macam ni patut kena consider...Kalau dia fikir untung dia saja..of course dia tak ambik berat hal staff dia resign. Order dia dah banyak, untung dah lebih dari mencukupi...Buat apa dia nak bersusah payah cari staff lain..Tapi, kalau pengusaha yang betul-betul nak tolong orang lain..nak add value other people's life..Pasti dia pun tak senang duduk kalau production ada masalah.Macamana pun dia akan cari staff lain..supaya agent-agentnya boleh cari duit raya sebanyak-banyaknya...Dan dia akan faham betapa frust agentnya kalau dia tak bagi stok yang mencukupi...

Nampak tak, bukan pilih agent saja penting, malah pilih pengusaha jugak sama penting!..

Pastu, mulanya adik ni berkeras jugak nak ambil bekas pekerja tersebut..Sebab katanya kalau tak..lebih la mengguris hati lebih ramai orang..maksudnya agent dia akan frust sebab tak dapat stok. Betul, memang diorang akan frust...Tapi, u kena faham..itu adalah perkara biasa yang u kena hadapi dalam bisnes..Kalau attitude u dari awal dah betul..dan kalau dari awal u dah transparent dengan agent u, diorang pun tahu bukan u yang buat sendiri..u pun ambik dengan orang..then shud be ok...Nak tak nak, diorang akan faham jugak nanti...Lain lah kalau u menipu kata semua tu u buat sendiri!...Kat sini baru lah akan timbul masalah lain pulak...Kalau diorang tahu u menipu, they wont trust u anymore!!....

So sekarang, kalau u nak buat sendiri cookies ni pun memang tak ada masalah. Tapi, kena cari orang lain untuk ajar u..Masuk macam-macam kelas ada kat luar tu..Kat internet pun belambak resepi...click saja nak yang mana...Tak sedapp? Tak sama dengan yang dibuat owner cookies tadi?..Hehe...Tak try lagi dah judge...Try buat dulu..bila dah pandai buat yang basic, nanti pandailah kita nak mengadjust..alter-alter la ikut citarasa sendiri..Bolehhh...percayalah!!..Kitorang dah buat semua tu...Berani dengan tak berani je...

Apapun dik, sebenarnya Allah nak bagi turning point kat u saja..Dalam masa yang sangat mencabar ni, diberinya ujian yang maha hebat!...Allah nak naikkan darjat u dik..sama ada u boleh sabar dan menghadapi ujian ni sebaiknya atau u akan ikut kata-kata biawak dalam diri u..yang lebih nampak keuntungan..yang dah semakin tamak dengan wang ringgit!..Atau kalau u memilih untuk menjaga hati orang lain, insyaAllah hati u akan Allah pelihara selama-lamanya! Kalau u boleh menghadapi dugaan hebat ini, insyaallah u boleh naik ke level yang lebih baik dalam hidup u!..Kerana, ujian yang hebat, adalah untuk orang-orang yang hebat!!...Aminn...Semoga berjaya!..

WALLAHU'ALAM....

Wednesday, July 24, 2013

AURA ORANG KAYA

AURA ORANG KAYA

Baru-baru ini salah seorang kenalan saya yang ingin berhijrah dari Utara nak tinggal di Selangor, bertanyakan kepada kami tempat yang kami rekemen. Saya suka kalau dia tinggal berhampiran dengan saya, dalam kawasan perumahan yang sama. Disebabkan faktor kewangan dan juga dah terbiasa tinggal di kawasan sibuk membuatkan dia rasa dia lebih suka tinggal di Puchong.Maaf orang Puchong, bukan semua tempat di Puchong sibuk..ada kawasan elit jugak..saya faham..

Saya dah tengok rumah yang dia nak sewa tu..Rumah itu mengingatkan saya dengan rumah lama kami di USJ 1. Sama saja, dengan bentuknya yang lebih kurang..dengan sesaknya kawasan tu..Memang sama lahh...Saya katakan pada kenalan saya ni tak payahlah tinggal di sini, tapi susah nak explain sebab dia tak faham lagi..Yang dia fikir, hanyalah faktor kewangan....

Nak tahu tak kenapalah saya nak bercerita pasal rumah sangat?..

Sebab....Penghijrahan kami keluar dari kawasan perumahan kami yang lama itulah yang menjadi punca kepada perubahan besar kami!..

Semuanya terjadi selepas rumah kami di USJ tu dilelong..Jadi, kami terpaksa cari rumah sewa...Biasalah, masih mencari-cari di tempat yang sama sebab dah terbiasa dengan persekitarannya..Comfort Zone sebenarnya..Tapi, alhamdulillah, mana lah kita tahu apa yang Allah nak beri pada kita kan...Kami ternampak iklan rumah di Bukit Jelutong Shah Alam. Kawasan ini memang saya dah aim lama dah..Dulu, masa saya buat delivery cake ke Bukit Jelutong, selalu saya bercakap pada diri saya, best nyaaa kalau dapat beli rumah kat kawasan ni...Bila nak ke Petronas, saja je saya masuk ke dalam perumahan ni...syok tengok rumah besar-besar..dulu panggil kawasan rumah orang kaya lah ni...

Jadi, disebabkan harga yang berpatutan, dan lebih kurang je harga yang kami tengok di USJ, kami pun decide untuk menyewa di Bukit Jelutong..Masa tu suami kata, alang-alang nak sewa..kita cari tempat best sikit lah..

Tak pernah seumur hidup saya, saya tinggal di kawasan perumahan yang sunyi macam ni...macam tak nampak kereta pun..sedangkan tengok sebuah rumah ada lebih dari sebijik kereta...Maklumlah, sepanjang membesar,kami tinggal di kawasan rumah teres yang sangat sibuk..sama saja, saya dan suami pun dibesarkan di tempat yang agak sibuk..dan kami bercampur dengan orang-orang yang berpemikiran biasa-biasa...(Maaf ye...tapi itulah hakikatnya..)

Bila berpindah ke kawasan orang kaya ni...Aura orang kaya ni semua macam menarik-narik kita untuk bersama-sama mereka..Bayangkan sajalah, sebelum sampai ke rumah saya, saya terpaksa melalui rumah-rumah banglo yang sangat cantik dan macam tak masuk dek akal macamana mereka dapat membelinya..Harga banglo tersebut dalam lingkungan RM4-5juta..Fuuhhh....

Hari-hari saya terpaksa melalui banglo, Semi-D dan sebagainya..Dan, nak tau tak?..Dalam Bukit Jelutong ni, kereta sayalah yang paling antik saya rasa...paling kesiannn sekali...kereta Proton Saga batch 1996!..Suami pakai Naza Citra..Tapi, jiran saya pakai apa? Toleh kiri BMW 3 series..tak lama kemudian dia pakai 5 series pulak..Toleh kanan kejap Lexus, kejap BMW...Kami? Proton saga...hahaha...sungguh tak sesuai dengan rumah kan?...

Tapi, tak apalah...saya tak malu pun sebenarnya..Cuma, saya kesiannn saja...Kesian kat siapa? Bukan kesian kat kami tau...Kami ok je masa tu, saga pun saga lahhh...Tapi, kesian kat residen situ...Saya selalu bercakap-cakap dengan diri saya, sabar ye wahai penduduk di sini...U all terpaksa sakit mata kejap tengok kereta saya ni ke sana ke mari...Saya tahu, u all mesti tension ja tengok kereta saya ni..Ye lah,macam mencemarkan imej diorang lah kan..Dah lah baru masuk kawasan ni...bawak kereta buruk pulak...Saya cakap kat diri saya...sabar ye...tak lama lagi saya akan beli kereta macam u all jugak!!..Jangan risau, sabar je...

Nak tahu tak, betapa auranya sangat luar biasa bila kita berada di sekeliling orang kaya? Selepas 2 tahun, Saga saya pun dah buat hal..dah tua katakan...dan terpaksa dijual, harga seribu je..hehe..Dan kami dah TERPAKSA UPGRADE!....Alhamdulillah, kereta pun dah lebih kurang sama je dengan penduduk kat Bukit Jelutong ni...Dan, daripada kami menyewa rumah...kami TERPAKSA UPGRADE rumah kami pulak..TERPAKSA beli rumah dalam Bukit Jelutong ni..dari sebuah rumah...menjadi 3 buah rumah dalam masa hanya 3 tahun!..Dan sekarang, kami teringin pulak nak intai-intai rumah dalam Kelab Golf...Orang  kaya kan suka tinggal di Kelab Golf?..He he he..Tapi, suami kata tak payah lah Kelab Golf, mentor kita kan tinggal kat situ..kita tak boleh lawan tokey tau!..Hehe...

Maaf ye, saya hanya nak u all nampak betapa pentingnya kita terpaksa keluar dari COMFORT ZONE kita..Berhijrah lah...Keluarlah dari persekitaran biasa-biasa ke persekitaran yang lebih baik..yang dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya..Sudah tentu pemikiran mereka lain daripada jiran-jiran kita yang ada sekarang ni...Dan perkara ini betul-betul jadi ke batang hidung kami sendiri...Sebab itulah kami sangat-sangat faham tentang Aura Orang Kaya!...

WALLAHU'ALAM...

Monday, July 22, 2013

THE POWER OF ALLIGNMENT

THE POWER OF ALLIGNMENT

Mengkaji tingkah laku pelanggan sangat menyeronokkan!..Bila berbincang dengan staff, mereka pun dah mula terasa perbezaan tingkah laku peminat tart nenas dan juga tingkah laku peminat kek coklat. Balik dari kampung semalam, tak putus-putus staff Fiqa cerita tentang pelanggan tart yang sangat mencabar emosi dia di bulan yang mulia ini. Maklumlah dia baru bekerja berapa bulan, tak ada pengalaman lagi..:)

Cerita Fiqa, ada seorang pelanggan ni marah-marah sebab tak dapat tart nenas..Sebenarnya bukan tak dapat langsung, cuma dia nak 10, diorang tak bagi 10..diorang bagi 5 dulu...sebab takut 'shot' yang orang order awal-awal tu..Tapi, memang salah kami pun sebenarnya..Kata kedai tart, tapi yang dijual bukannya tart nenas, cookies lain yang penuh..Mestilah hangin satu badan akak tu..Nak nak memang dah kepingin sangat!..

Fiqa kata, ada pulak yang kata nak belikan untuk wife yang mengandung..Yang ibu-ibu mengandung ni memang lah banyak datang menagih simpati..Ada yang kata mak kat kampung pesan..Pandai diorang ni nak tarik simpati kami..Bila staff kesian, diorang pun kasi...pastu mulalah semua menggelabah takut yang customer order tak boleh siap...Macam ni pun ada ka...

Bila mengkaji tingkah laku antara pelanggan tart nenas dan pelanggan kek coklat, memang ada perbezaannya. Memang betul lah..peminat tart lebih agresif, berani dan garang sikit..(sikit je..). Sampaikan ada staff takut nak keluar layan customer, huhu..

Tapi pelanggan kek coklat pulak agak berbeza..Mereka lebih bersifat tenang,penyayang, sopan, lemah lembut..Kadang-kadang diorang pun pernah frust sebab tak dapat jadi dealer atau stokis atau tak boleh beli kek LOVE direct di kedai kami..tapi bila kitorang explain betul-betul, diorang mudah faham..

Dan bila semua ini terjadi, macam terfikir sesuatu pulak!!..Ini berkenaan dengan The Power of Allignment. Adakah finding ni berlaku boleh dikaitkan dengan berjaya atau tidak berjaya seseorang dalam bisnes coklat berkait rapat dengan tingkah laku pembuatnya?..Kerana sifat dirinya tak allign dengan sifat coklat?..Maksudnya, adakah ini menunjukkan orang yang bersifat garang, agresif dan pemarah sukar berjaya dalam bisnes yang berkaitan dengan coklat?

Dan mungkinkah orang yang penyabar, penyayang dan tak suka marah-marah ni sahaja yang boleh berjaya dalam bisnes yang berkaitan dengan coklat? Kerana seperti yang semua orang tahu, sifat coklat kan boleh memberi ketenangan? Siapa tak kenal pakar coklat terkenal di Malaysia ni..Chef Amir?..Tengoklah macamana sifat beliau?..Seorang yang soft spoken,baik hati, sopan dan penyabar..

Yang pemarah tu tak ada masalah pun sebenarnya...cuma untuk nak berjaya dalam bisnes yang berasaskan coklat ini mereka perlu berubah dari bersikap pemarah, baran dan seumpamanya menjadi seorang yang lebih penyayang,penyabar dan tak suka marah-marah?..

Kalaulah betul semua niii....

Bestnyaaa...Jomlah ramai-ramai buat bisnes coklat ni...Jadi, lebih amanlah dunia, tak adalah permusuhan dalam persaingan, boleh kurangkan orang yang stress dan sebagainya kerana masing-masing bersifat penyayang...Hehehe...

Ada yang terasa ke? Maaf ya, tak sengaja..tiba-tiba terkeluar idea..Tapi, mungkinkah sesuatu yang boleh difikirkan? Kerana The Power of Alignment mengatakan, apa yang kita rasa, apa yang kita fikir dan apa yang kita buat perlu selari, barulah boleh berjaya..emmm....anda terfikir sesuatu?..

Whatever it is...Tak kisahlah anda peminat apa pun, kami tetap saaayaaaaaang  anda semua..Dan saya sendiri pun sebenarnya ada ciri kedua-duanya kerana saya ni peminat tegar kek coklat, dan juga peminat tegar tart nenas..Jadi tak kesahh lah kan, kita sama je...Suami pulak lebih suka kek coklat, tart nenas dia kurang minat..Adakah ini menunjukkan dia sebenarnya seorang yang cooool dan tidak pemarah?..:)

Tapiiiii, bisnes tart tetap menjadi pojaan hatiku sebab saya happy dapat menggembirakan peminat tart yang sememangnya sangat cerewet dalam memilih tart yang sangat sedap!..Dan satu lagi, Bonda Meah kata, bisnes tart ni adalah bisnes yang akan berkekalan sampai bila-bila selagi ada manusia di muka bumi ini..kerana peminat tart sangaaaatlah ramai dalam dunia ni...I like!!....

~Salam Sayang~

Sunday, July 21, 2013

RAMADHAN YANG KU IMPIKAN...

RAMADHAN YANG KU IMPIKAN...

Ramadhan ini sangat-sangat beerti buat seseorang...Semalam, seorang sahabat baik saya ni menceritakan betapa dia sangat terharu dengan apa yang berlaku dalam hidupnya ketika ini...Tak pernah disangka hidupnya akan jadi sebegini indah, sebegini tenang dan melapangkan..Terutamanya pada Ramadhan kali ini dia terasa sungguh keberkatannya..

Segala-galanya bermula setelah ada ilmu...Ilmu lah yang membuatkan hidupnya berubah seperti ini..Tak pernah dia merasa sepanjang 16 tahun merantau keluar dari negeri kelahirannya Kedah dan sekarang bermastautin di Nilai, Negeri Sembilan, inilah kali pertama dia dapat merasa keindahan pulang ke kampung berpuasa dan bersahur bersama ibu dan ayahnya...

Masyaallah!!....

Acap kali bila tibanya Ramadhan, dia akan hubungi ayahnya memberitahu yang dia sekeluarga cuma akan balik sehari sebelum raya..16 tahun begitulah rutinnya..Bila ayahnya tanya, tak balik berpuasa di kampung ke?..Alasannya, suami tak dapat cuti..memang betul pun, dulu suaminya bekerja di bidang construction, susah nak dapat cuti...Tapi, sebenarnya kan....bukannya sebab suami tak dapat cuti sangat...Kadang-kadang tak apply pun cuti, sebab memang tak pernah termimpi nak balik kampung tengah-tengah bulan macam ni..Sebenar-benarnya ialah kerana..dia tak cukup duit nak balik...Bukanlah tak ada duit sangat, cuma ye lah, dah lah nak beli baju anak bagai..nanti belanja balik raya lagi....Itu yang difikirkan sangat..

Ramadhan ini....

Bila Zura hubungi ayahnya nak bagitahu yang dia nak balik hujung minggu ni...Terkejut ayahnya, soalan pertama yang ditanya, tak apa ka?..Nanti nak balik raya nanti ada duit ka?..Ya Allah....terharunya!..Selama ini mungkin itu saja yang difikirkan..takut anaknya tak ada duit...Tapi,hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya dapat tahu anaknya nak balik kampung berpuasa dengannya....Selama ni mereka berbuka dan bersahur berdua saja.Alangkah gembiranya dapat berbuka dan bersahur dengan anak cucu..Mesti lebih meriah dan membahagiakan....

Mereka suami isteri rasa sangat indah sekali...Tak kisah pasal duit sangat..Tak berkira sangat untung berapa,gaji tinggal berapa.. yang penting dapat balik kampung dan berpuasa bersahur bersama ibu dan ayah tercinta....Yang penting dapat menggembirakan ayah bonda yang dah dimamah usia.....Kata Zura, bila dapat balik menggembirakan hati kedua orang tuanya dan mertuanya, terasa macam Ya Allah...rahmat menyimbah-nyimbah, terasa keberkatan di bulan mulia ini berlipat kali ganda yang tak pernah dirasai selama 16 tahun ini...

Memang betul ilmu lah punca segala-galanya..Ilmu lah yang memberi sinar harapan..Dulu, teringat lagi, Zura kata mesti susah nak tinggal bisnesnya kalau nak balik kampung..Tapi, saya terkejut bila adik staff kami Matnor bagitahu, hari Jumaat ni Kak Zura order kek..Aikk, bukankah Zura kata nak balik kampung minggu ni?..Memang saya betul-betul heran bin ajaib..Macamana ni, order kek..tapi dalam masa yang sama nak balik kampung?..Isyyy...takkan depa dua ni dah berani sampai macam ni?..Takkan depa dah berani tinggal kedai dengan staff depa?..

Tapi..rupanya betullah!!...Depa ni dah berani tinggalkan kedai dengan staff..Bermaksud, sistem dah berjalan!..Saya ucapkan banyak-banyak tahniah pada mereka berduaa, kerana bukan semua orang boleh sampai ke tahap macam tu..Bukan semua orang boleh percaya staff sampai ke tahap macam mereka berdua ni..Sebenarnya, mereka berdua pun dulunya takut-takut jugak..Takut staff tak amanah lah..Entah apa yang ditakutnya dulu..Rasanya takut staff curi duit kot!..Hehheeh...jangan marah na..Tapi, bagi saya dan suami, kami pun terinspired dengan mereka berdua ni...Tak lama lagi tengoklah jenama Zuraliciouz akan jadi terkenal ke seluruh Malaysia!..Aminnn...

Salam Ramadhan....LOVE!...


Saturday, July 20, 2013

WHAT U GIVE, U GET BACK MORE!!....

Ini adalah satu hukum!...Hukum kehidupan yang sangat menakutkan sebenarnya!..Dia bayar cash cepat betul kalau u all perasan...Cuba perhatikan dalam hidup kita..keluarga kita, kawan-kawan kita...Semuanya berlaku adalah disebabkan perbuatan kita di masa lampau..Mintaklah dengan Allah supaya diterangkan hati kita supaya kita boleh nampak segala maksud yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita ini..Supaya kita boleh mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku.

Salah seorang kenalan kami ni seorang peniaga steamboat..Konsepnya ialah dia yang tolong sediakan bahan-bahan steambot yang halal untuk pengedarnya.Yang menariknya, dia ada ramai kenalan sebidang dengannya..Kawan kami ni dapat idea macam ni lepas join kelas Dr.Azizan lah jugak..Lepas balik dari kelas, bisnesnya sangat maju...Alhamdulillah..

Nak jadi cerita, antara pengusaha steambot lain macam pelik kenapa dia cepat sangat naik..Salah seorang 'kawan baiknya'..diulang suara...'kawan baiknya' sendiri datang nak berguru...Sedangkan sebelum ni dia dah bagi idea pada kawannya untuk buat sistem sepertinya..Tapi 'kawan baiknya' ni tak boleh terima!..Dia lah yang nak buat semua..tak nak share dengan orang lain..

Bila kawan baiknya ni datang, dia dapat rasa macam ada yang tak kena..Kawan baiknya ni bukan nak berborak dengan dia sangat..Mata dia sangat liar memandang sana sini..Sangat suspicious kata kawan kami ni..Then, tak pe lah..Rupanya, bila dia balik tempatnya, dia pun dah start buat sama konsep macam kawan kami ni..sistem pun sama..dia dah pakai sistem pengedar...Tapi, dia buat diam-diam tak nak mengaku kat kawan kami ni..Tapi, kawan kami ni pun tak kisah sebenarnya...

Satu hari, dia call kawan kami ni...Dia tanya hang kenal tak si polan si polan ni..Kenal, kawan kami jawab...si polan tu adalah pengusaha steambot jugak...kawan-kawan jugaklah...Katanya, si polan ni apahal, datang parking depan kedai aku berjam-jam..duduk je dalam kereta, sambil terjenguk-jenguk dalam kedai aku..Pastu si polan ni bawak geng lak tu...Dia bawak geng dia round kedai aku depan belakang....Cara


Friday, July 19, 2013

MAGIKNYA ALLAH!!...

MAGIKNYA ALLAH!!...

Ramai yang masih pening-pening, tak tahu nak buat bisnes apa? Ada yang dah panjang list potential bisnesnya..Tapi tak tau nak pilih yang mana..Ada yang dah nekad nak pilih yang paling suka. tapi macamana nak start? Macam-macam persoalan yang bermain di minda...

Semalam ada seorang yang datang berjumpa..Walaupun dia tanya banyak perkara,tapi saya dapat rasa yang paling utama niat awalnya, dia datang sebab nak tanya pasal packagingnya. Dia buat bisnes kek jugak..

Macam ni lah ye, sebenarnya walau apa sekalipun persoalan kita, tanda tanya kita..Pertama sekali rujuklah pada Allah SWT, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui. Mungkin ada yang terlupa kerana ye lah...inikan berkaitan dengan packaging, ianya buatan manusia..Ye betul, tapi siapa yang bagi akal dan idea kepada manusia?..

Bila ditanya pasal packaging pada saya, senang saja...saya jawab saya bukan pakar dalam bidang ini.Kami pun masih banyak lagi nak improve dalam packaging kami..Kami pun tengah merujuk pada yang pakar dalam bidang ini iaitu sekali lagi, Allah Maha Pemberi Idea...

Cerita saya pada dia, kami dulu pun 'stuck' kat bahagian packaging ni.Tak tau siapa yang boleh buat, boleh bagi idea..Tapi selepas mengadu dan mintak jalan dengan Allah Taala, cara Dia tunjukkan lorong sangat tidak disangka-sangka..

Satu petang di tahun lepas 2012, salah seorang photographer untuk video testimoni Richworks sampai untuk ambik video corporate bisnes kami.Sambil bersembang santai, tanpa ada sebab...saya suarakan pada Abang Latif yang kami tengah mencari orang yang boleh buat mould plastik untuk packaging kami.Kami nak buat bekas sendiri yang berbentuk 'LOVE'.

Betul-betul tak sangka, Abang Latif kata, sebenarnya itulah kepakaran saya!..Dah berpuluh tahun saya dalam bidang plastik & mould.  Fotografi adalah passion saya sebenarnya..Ya Allah!!...masa tu saya cuma ingat dalam hati...Nasib baik saya tanya..nasib baik saya bukak cerita pasal ni...Betul-betul tak sangka dengan jalan keluar yang Allah nak beri..How miracle!..Sejak detik itu sampailah sekarang, Abang Latif & team dah deliver kepada kami 1.2 juta bekas kek hanya dalam masa beberapa bulan sahaja!..Terima kasih Abang Latif & The Brilliant Team!..

Segala-galanya hanyalah dengan kembali pada Allah..There's no other way!..Hanya Dialah yang Maha Pemberi Rezeki..Dialah Penunjuk Jalan...

Dulu kami pun ortodox jugak..tak sedar semua ni..Yang diminta semuanya besar-besar belaka..Mintak untung besar,mintak sales tinggi, mintak naik gaji,naik pangkat..mintak jadi kaya..Semuanya tak specific!..Macamana nak dapat?..

Bila dah belajar, MasyaAllah!!....Semuanya Allah nak beri rupanya..Asalkan kita tidak sombong dengan Nya.Kita tak nak mintak kerana kita rasa macam siapalah kita..rasa macam Dia tak nak beri..

Itulah dia, kalau dengan Allah pun bersangka buruk!..Sebenarnya kan, kalau u all nak tahu..Kalau saya sakit kepala ke..atau anak-anak demam atau suami sakit tangan terseliuh..InsyaAllah..hanya dengan doa dan meminta-minta pada Allah supaya semuanya sembuh...InsyaAllah sembuhlah dia..Allah kan Maha Penyembuh segala penyakit?..

Inilah yang selalu saya katakan pada seorang sahabat, "If u dont believe the magic..The magic wont happen to u.." And for me...i believe The Magic, because.......i believe, Allah is The Magic, and The Magic is Allah"..

Allah lah magiknya!..Siapa lagi?...

WALLAHU'ALAM...

Thursday, July 18, 2013

BILA TIADA KOMUNIKASI.....

BILA TIADA KOMUNIKASI.....

Saya percaya komunikasi adalah kasih sayang...kasih sayang adalah komunikasi...Ia sangat bergantung antara satu sama lain.Kalau tiada komunikasi maka akan pudarlah kasih sayang..Tak kiralah komunikasi dengan pasangan, atau dengan pekerja, atau dengan adik beradik kita.Perasan tak, untuk yang bekerja..kita akan rasa lebih rapat dengan kawan sepejabat berbanding adik beradik kita sendiri..Sebab dari komunikasi inilah..banyak yang kita share dengan kawan-kawan, membuatkan kita semakin rapat..Kalau kawan yang dah lama kita tak contact, walaupun dulunya best friend kita, tapi dah tak boleh nak rapat sebab dah lama tak berkomunikasi...

Dulu, kami pernah mengalaminya..Selama hampir setahun suami terpaksa jadi weekend husband, kerana dihantar untuk projek di Johor Baharu. Setiap hujung minggu memang dia balik, terasa kuat je masa tu..Sebab saya ada maid masa tu..adik-adik pun tinggal sekali...Tapi, makin lama terasa makin pudar kasih sayang..

Sebab tu lah, masa kawan saya Zura menghadapi masalah yang sama 2 tahun yang lepas, saya betul-betul galakkan dia ikut je suami..Tak kisah lah masuk hutan Karak ke..asal mesti bersama-sama suami..Tapi alhamdulillah, mereka ambik keputusan yang lebih drastik,lebih mantap..lebih berani!.. Suaminya yang resign!..Ha ha lagi bagus! Good job Tajul..demi keluarga kan..Dan sekarang saya dapat rasa kehidupan mereka sangat baik, kasih sayang pun berbunga-bunga..:)

Teringat pulak cerita maid saya Kak Wati yang dicuri dealer saya setelah 11 tahun tinggal bersama saya. Mula-mula dulu memang semuanya kami salahkan sepenuhnya pada dealer tu...Salahkan Kak Wati jugak..Kak Wati tak bersyukur lah..Tapi sebenarnya...bila saya betul-betul fikir kembali, memang sebenarnya segalanya is about u..U create it, tapi u tak perasan.....

Ianya bermula bila saya dah jarang berkomunikasi dengan Kak Wati!..Mana taknya, 10 tahun dia tinggal dengan saya, kami dapat berkomunikasi dengan baik..Kasih sayang dia pada saya..dan saya pada dia sangat kuat..Tapi, setahun terakhir Kak Wati mintak tinggal di luar bersama suaminya.Mereka sewa rumah di luar.Jadi, dia dah tak balik ke rumah..dia hanya datang buat kek, dan balik ke rumah suaminya..Konon kami ni ingat, kesianlah pada suaminya..dah 11 tahun tak merasa hidup bersama isteri, pastu pulak..kami fikir, kalau dah bersama suami..hati akan lebih gumbira, lebih tenang..kerja mesti tip top punya...Itulah sebabnya kami benarkan dia tinggal bersama suaminya..

Rupanya....

Bila terpisah macam tu, kami cuma berjumpa di kedai...Dan, saya yang busy lah sangat masa tu..dah tak banyak berkomunikasi dengan Kak Wati..Segala urusan dalam kedai saya serahkan pada Kak Wati..ye lah masa tu baru setahun bukak kedai..dia masih boleh handle, dan dia pun memang cekap dan boleh dipercayai..Masing-masing dah buat hal masing-masing..Saya cuma datang hai hai..lepas tu busy dengan kerja-kerja luar...

Akhirnya....

Bulan Jun 2012, bila Kak Wati balik kampung, dia  tak muncul-muncul semula..Rupanya dia dah diangkut orang lain ke rumahnya..(bunyi macam marah lagi..hehe)...Saya dah faham puncanya dari mana..Bila dah kurang komunikasi, kasih sayang akan semakin pudar..masa tu bila ada yang 'cucuk', memang senanglah jarum nak masuk...Tapi, tak apalah..kami redho ada hikmah yang sangat besar kat situ..Dan, saya kembali rasa bersemangat bila saya dapat rasa, siapa yang pegi dari saya..dialah yang rugi..Kerana kami ada banyak sangat nak berkongsi dan nak diberi!..

Baru-baru ni timbul pulak masalah pekerja..Ada puak A dan puak B..semuanya orang Indonesia..mereka bercakaran sesama sendiri..Rupanya, bila dirungkai...masalah mereka berpunca sekali lagi tentang kasih sayang..Tentang lack of love..lack of attention..lack of communication..Puak A kata kat puak B..puak B kata kat puak A..

Nak tau apa puncanya?..

Sebabnya... salah sorang dari puak A kata,habislah kau..Kak Anis dah ada pekerja baru..dia lebih sayang dengan pekerja tu..dia dah tak sayangkan kau..Dan, bila diorang bercerita macam tu, saya terus tak jadi nak marah..Terus saya cakap pada suami, saya dah tau puncanya..Tak payah marahkan mereka..mereka rindukan saya..Mereka dahagakan kasih sayang saya sebenarnya..Sebab saya dah 'busylah sangat' semula..Terus saya peluk diorang..Saya katakan, saya sayang kamu semua...tak ada yang lebih, tak ada yang kurang...

Kalaulah mereka tahu, betapa saya sangat-sangat sayangkan mereka semua....

~Deep from the bottom of my heart~




Wednesday, July 17, 2013

FRUST CINTA TAPI BERJAYA DALAM HIDUP!...

FRUST CINTA TAPI BERJAYA DALAM HIDUP!...

Semua orang pasti pernah melalui situasi ini..Situasi putus cinta!..Masa tu frust menonggeng-nonggeng, air mata ni tak tau lah berapa baldi keluar..Berhari-hari menangis, ada yang hampir-hampir buta macam Kassim Selamat pun agaknya...Air mata sampai keluar darah!..Dasyatt..dasyatt...

Percaya tak?..Kejayaan kita sekarang bergantung juga kepada macamana kita handle perasaan kita,macamana kita handle emosi kita sewaktu berlaku putus cinta..ataupun sewaktu berlaku perceraian..Suami saya dulu katanya dia ambik masa berbulan-bulan untuk recover (lamanyaa..., sayang sangat lah tu..:)) Saya pulak menangis non-stop selama 3 hari berturut-turut, tapi ambik masa berbulan jugak nak recover..hehe..Mungkin ada yang sampai tak nak hidup dah..huhu..Tapi kalau orang yang hebat,mungkin ambik masa lebih cepat untuk recover.Saya rasa mentor kami  mungkin cepat recover masa putus cintanya tuuu, sebab tahap kejayaan dia luar biasa!..Sebab, dia boleh SWITCH dengan cepat!..Daripada nangis-nangis...tiba-tiba dah boleh melompat-lompat, menari-nari dah!..Power tu!!...

Inilah yang dinamakan Emotional Intelligence (EQ)!..Ini adalah faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kita..Kerana, orang yang boleh mengawal emosi dia..faham dan alert tentang emosi dia..Orang tu akan cepat berjaya dalam kehidupannya!..Dan, dia akan berjaya luar biasa hebat!..

Macamana nak tau kita ni dalam kategori tahap EQ yang tinggi atau tidak?

Selain daripada cara kita handle perasaan kita semasa frust bercinta tu, hanya kita tau macamana kita handle perasaan kita semasa kita marah?..Ada yang melalut-lalut marah berhari-hari, disebutnya berulang kali, kalau  buat salah..Ada jugak yang pecahkan pinggan mangkuk kalau bergaduh dengan pasangan?.Saya pernah tengok, ada yang bakar baju pasangannya kalau bergaduh!..Sampai macam tu!..

Itu semua contoh orang yang tak boleh kawal emosinya..Dan, kalau orang seperti ini tak boleh berubah, tengok sendirilah kehidupannya, pasti porak peranda..jangan kata nak kaya..Duit pun takut nak dekat dengan orang-orang yang aura negatif macam ni..Perasan tak, kalau kita tengok multi billionaire, contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, raut wajahnya penuh kelembutan, macam orang yang tak pernah marah-marah...kan?..

Orang yang tahap EQ yang tinggi sebenarnya cepat sedar tentang perubahan emosinya..Dia cepat sedar kalau dia sedang marah, dia cepat cool down..Dia cepat sedar jugak kalau dia dah tersasar, mungkin dah buat sesuatu yang salah..Jadi, dia cepat-cepat nak berubah..Dia juga cepat sedar kalau dia dalam ketagihan sesuatu..Bukan sekadar ketagih rokok atau dadah, tapi...macam saya dulu...Ketagih betul nak pegi kelas-kelas dekat fitness..Tak kira masa dah..bila saja ada kelas, mesti sampai..Kadang sampai sanggup berebut-rebut nak solat Maghrib, sebab nak kejar kelas-kelas tu....Lama-lama tersedar sendiri, ishhh...mana boleh macam ni, aku dah ketagih dah ni..ini bukannya untuk keluarkan peluh dah ni..Ini dah lain citer dah ni!..

Bermaksud, kalau ada yang rasa rendah diri, IQnya tak tinggi..belajar pun selalu dapat nombor last je..Tak semestinya u tak boleh berjaya!..Dan, tak semestinya orang yang IQnya tinggi..yang pandai dan berpendidikan tinggi, ada MBA, ada MASTER, ada PHD, hidupnya akan berjaya kalau dia tak ada EQ ni tadi!..Apa yang perlu kita buat?..Senang saja, cool dan tenang dalam handle permasalahan kita, fahami perasaan orang lain...cuba selalu fikir, kalau aku jadi dia..macamana?..Dan pandai-pandailah jaga relationship!..Orang yang pandai jaga relationship samaada dengan sesama manusia dan dengan Allah Maha Pencipta, orang ini pasti akan kaya dan berjaya!...

WALLAHU'ALAM....






Tuesday, July 16, 2013

JAGA ATTITUDE SEBELUM RESIGN!..

JAGA ATTITUDE SEBELUM RESIGN!..

Ramai yang masih bekerja, tapi dah berkira-kira nak resign..dah bersemangat nak start bisnes ni, ye kan?..Tapi..sebelum u all resign, banyak benda lagi u all kena belajar. Bukan setakat  u dah ada satu product yang paling dasyat dalam dunia ni..Orang lain tak tahu lagi kewujudan produk ni..So u ingat u dah boleh berjaya dalam bisnes?..Belum tentu sebenarnya....

Tengok dan muhasabah dulu diri u semasa di alam pekerjaan ini.Apa nilai diri u yang u bawa semasa bekerja? Apa sifat u, attitude u?..Orang boleh tengok secara luaran, tapi u sendiri tahu nilai dan diri u...Kerana, nilai u..diri u...itu yang akan dibawa ke alam perniagaan nanti..

Jadi, macamana kita dalam alam pekerjaan? Adakah kita jenis orang yang suka komplen pasal gaji? Atau pasal workload? Atau pasal boss? Apa lagi yang kita tak pernah komplen?..Cer cek diri sendiri..ada tak sifat ni pada kita?..Pernah tak u join dengan diorang yang tengah gossip dan komplen pasal bos? Kalau u jenis yang macam ni, insyaallah bila buat bisnes nanti..ha ha ha..Pekerja u akan komplen pasal u pulak!..Pastu, masa tu baru nak datang tanya, kenapa i tak dapat pekerja yang berkualiti?..Malas lah nak cakap, tapi sebenarnya...tengoklah diri u! What u give, u get back MORE....Nampak tak? Itu law, u cannot deny...

Selalunya, kalau jenis orang yang tak berkira kerja..buat lebih dari job description dia..Rasa sangat bertanggungjawab dengan tugas dia.Kalau tak habis buat di ofis, sambung buat lagi di rumah..Inilah sifat orang berjaya iaitu buat lebih daripada gaji yang dibayar!..Bukan saya kata sebenarnya, pakar-pakar motivasi semua dari tahun 1930-an lagi dah tahu tentang point ini!..

Macam sesetengah pekerja saya tengok, selalu komplen dah lah kerja banyak di ofis, pastu kena bawak balik lagi kerja...Daripada u komplen sebenanrnya, baik u resign je..Buat apa kalau komplen kat suami..atau isteri...atau kawan-kawan..Mereka semua ni bukannya boleh ubah sistem tersebut!..Buang masa je komplen dengan diorang..Buatlah kerja tu dengan ikhlas!..Kalau dah rasa tak boleh terima semua tu, resign sajalah!..Carilah tempat yang lebih baik lagi...Buat apa nak komplen..komplen..komplen...tapi dah 30 tahun masih kat situ lagi!..

Contohnya guru banyak hadapi situasi macam ni..Memang betul memenatkan, dah lah di sekolah lagi..sambung di rumah pulak..Tapi, kalau u tahu ganjarannya, bukan ganjaran gaji tau..ganjaran dari segi rezeki yang akan masuk melimpah ruah..U mesti tak kisah, mesti tak komplen dah..Tak percaya?..Observe sendiri mereka yang suka buat kerja lebih dari gajinya..lebih dari job description yang dibuat untuknya..Nampak tak rezeki mereka semakin melonjak-lonjak?..

Salah seorang pekerja kami itulah sifatnya...Saya tengok,Ina ni lain dari yang lain..Hampir 2 tahun yang lalu, masa dia mintak kerja sebagai asisstant saya..tapi dia terlambat, dah ada orang yang saya pilih masa tu..Tapi, dia kata tak apalah..bagi lah kerja apa pun tak apa..Okay..saya bagi buat tart..Masukkan jem je..Bila kami perlukan pekerja di bahagian kek pula, yang lain-lain ni asyik bertolak-tolak tak nak ke bahagian kek..Memilih kerja!..Tapi Ina yang volunteer..Dia sangat mudah nak mintak tolong..Ke sana boleh, ke sini pun boleh..Ikhlas betul budak ni bekerja, commitment memang tip top!..Attendance full!..

Nak jadi rezeki dia..tak lama kemudian asisstant saya tak muncul-muncul!..So, apa lagi, kami offer la Ina..sebab nampak attitudenya yang bagus..Bila tanya, boleh ke buat semua ni? Dia jawab..insyaallah boleh!..Bagus, sangat konfiden!..Dan, dari hari ke hari...kalau orang lain muncung je suruh buat kerja yang bukan tugas dia..Tapi, Ina lain..dia sanggup buat apa saja..Kadang-kadang kesian jugak kat dia, nama Supervisor, tapi semua dia buat..beli sabun pun dia...

Tapi itulah dia..kalau dah attitude macam tu..nanti dia nak berbisnes pun saya nampak dia memang boleh berjaya!..Dia sangat pandai layan customer, cara dia jawab call sangat lembut, manja dan mesra..Dia boleh handle pekerja dengan kelembutan.Paling penting, dia tak berkira kerja..dia buat kerja lebih dari gajinya!...Patutlah rezeki dia macam bertambah-tambah..Kami pun terasa lembut hati.. bagi dia pakai kereta kami untuk senangkan dia berulang alik pergi balik kerja...

Dan dia paling tak sangka, baru-baru ni kami bawak staf termasuk Ina ke Pulau Redang dengan flight, Ina sangat-sangat bersyukur, kerana katanya itulah pertama kali dia dapat naik flight!..Tak pernah dia terfikir dia dapat naik flight!..Dan, apa yang saya nampak sebenarnya..tak lain dan tak bukan..semuanya kerana dirinya!..Dia sedang menarik benda-benda yang best dalam hidupnya..Bila ada attitude, hormat orang..akhirnya rezeki datang melimpah ruah!..

WALLAHU'ALAM....

Monday, July 15, 2013

KAPASITI MINDA KITA MENENTUKAN 'RM' KITA

KAPASITI MINDA KITA MENENTUKAN 'RM' KITA

Menurut mentor saya, untuk menjadi kaya dan berjaya,ia bergantung pada kapasiti otak seseorang.Bermaksud, setiap daripada otak kita ada kapasiti masing-masing..kapasiti yang berbeza.Contohnya, kapasiti minda mentor saya mampu menampung sehingga berbillion-billion ringgit.Tapi, kapasiti bagi seorang eksekutif biasa hanya boleh menampung RM5 ribu sahaja..Dan kapasiti seorang peniaga pula mungkin boleh menampung sehingga RM50 ribu pula?

Pernah tengok tak ada orang yang biasanya income atau untung bisnesnya RM15K. Tiba-tiba sekali tu dah naik ke RM20K sebulan. 2-3 bulan maintain RM20K. Tapi bulan ketiga, turun balik ke RM15K.Kadang-kadang naik menjadi RM30K, tapi tak lama kemudian, pasti turun semula ke RM15K.Kenapa macam tu?

Kerana, ia mengikut kapasiti otak kita.Dulu, kita dah set RM15K, tapi bila dah dapat capai target tu, kita lupa nak set sasaran baru.Jadi, jangan risau...sebenarnya kapasiti otak tu kita boleh set.Ia bukan naturally macam tu.Kapasiti tu hanya mengikut apa yang kita set di minda kita.

Contoh satu lagi, dulu saya tak pernah terfikir dengan bisnes kek coklat ni saja, kami boleh buat sales sampai berjuta-juta setahun..Masa tu kapasiti otak saya hanya RM20K sebulan.Betul tau, kadang-kadang sale naik ke 22ribu sebulan, tapi tak boleh nak maintain..dia akan balik semula menjadi 20ribu.Bila mentor explain pasal ni,baru saya teringat..Dulu masa saya bekerja, saya selalu meletakkan 20ribu adalah angka yang sangat tinggi yang mampu dicapai oleh akal manusia..eh eh silap, akal saya..huhu...Jadi, nak dapat lebih dari itu,saya tak nampak jalannya..Patutlah sale tak lari dari 20 ribu..Dan, dulu nak sebut juta-juta pun takut..malu-malu, kapasiti otak saya sangat kecik masa tu..

Tapi, tak perlu risau kan..perkara ini bukannya tak boleh ditukar.Sebenarnya kapasiti ini boleh di set.Set semula financial blueprint anda..Adakah anda million dollar person?Atau hanya thousands dollar person sahaja?..Atau ada yang billion dollar person? U set what u want!..Kapasiti minda u akan selama-lamanya sebesar itu, atau sekecik itu..sehinggalah u tukar atau re-set minda u sendiri!..Atau kata yang lebih mudah, set target yang baru.

Orang yang bekerja pun boleh tau...Inilah maksudnya don't limit your imagination..atau sky is the limit.Sky is the limit ni maksudnya...kehendak kita..impian kita...tidak terbatas!..Tak perlu membataskan atau menghadkan apa yang kita nak..apa yang kita impikan..Segala-galanya di muka bumi ini sampai ke langit pun kita boleh inginkan..Lebih kurang macam tu lah maksudnya...

Contohnya seorang kerani yang tak berani berimpian mempunyai income 10 ribu sebulan...Tak boleh macam tu!...Jangan kecikkan kapasiti minda kita..Biarlah apa orang nak kata..Lebih baik jangan bagitau orang yang kita mengimpikan 10 ribu ringgit sebulan.Kita saja yang tau!..Kita saja yang yakin!..Tengoklah nanti, u tak payah fikir macamana nak dapat..Kerja u set saja..Yang nak bagi jalannya hanyalah Allah!..Allah kan Maha Kaya, pasti Allah akan beri kita sesuatu, serpihan daripada kekayaanNya..Don't worry, yakin dan cintaiNya sahaja..

Tapi yang bestnya, walaupun u boleh set u nak thousands ke, million ke...Tapi apa niat u? Ia sangat bergantung pula pada niat seseorang.Kalau nak jadi millionaire untuk kaya sorang-sorang..untuk monopoli,untuk anak-anaknya saja, untuk family nya saja, insyaallah..set lah berapa pun, u akan hadapi banyak halangannya...Tapi, kalau u niat untuk tambah nilai hidup orang lain, insyaallah lebih mudah u akan jadi millionaire atau billioanaire!..Start to think big okay!....

Bukankah ini semua bermaksud Allah mengikut sangkaan hambaNya?...

WALLAHU'ALAM...

Sunday, July 14, 2013

THE POWER OF EXPECTATION - Kisah buang pekerja

THE POWER OF EXPECTATION

Sharing semalam sangat best dengan sepasang suami isteri bekerja sebagai guru tapi dalam masa yang sama mereka juga ada bisnes printing..Dah 6 tahun pun bisnes printing diorang ni.Kira dah otai dah ni..Dan mereka masih lagi bekerja..Pernah ada 3 cawangan tapi kemudian terpaksa ditutup..Menarik kes mereka ni, tapi yang paling saya suka ialah...The Power of Expectation...

Isteri dah semakin bersemangat nak mulakan bisnes kotaknya..Tapi, dalam masa yang sama masih bekerja..Suami saya kata okay, u boleh buat..tapi u akan susah nak hit kalau u yang buat sorang-sorang..U kena ada pekerja jugak..atleast start dengan sorang dulu..Bukan apa, bila balik kerja dah penat, nanti jadi macam isteri dia dulu (ehmm..hmm..tersedak pulak!)..Bila dah letih bekerja, mulalah nak naik angin..hehehe...Makin lama dah tak mesra..rumahtangga pun tunggang langgang..dah tak harmoni...Bukan apa, based on true experience kan..Kesian, kalau u all hadapi apa yang kami hadapi dulu...

Saya agak pelik kalau orang yang dah berbisnes 6 tahun tapi masih takut pasal pekerja ni..Patut dia dah ada experience kan..Patut diorang dah tau trend pekerja ni.Si isteri memang nak pekerja, dia dah tau mesti pening punya kalau segalanya dia yang uruskan..Mana mengajar lagi, balik rumah anak suami lagi..pastu bisnes lagi...Memang boleh upside down hidup..Tapi, suami saya kata kalau ada sistem yang bagus..mesti tak ada masalah..

Saya pun tanya si suaminya, kenapa tak nak ada pekerja? Rupanya, dia ada masalah tak percayakan pekerja ni...lagipun dia kata, buat je dulu..belum perlu nak ada pekerja lagi..Macam ni dik, first of all kita kena start dengan percaya dengan orang lain..atau baik sangka dengan orang lain..Selagi kita ada sifat buruk sangka dengan orang, rasa kita saja yang pandai buat..orang lain semua tak pandai..selagi tu kita tak akan ke mana..Lagipun, memberi kerja kat orang tu adalah salah satu unsur add value to other people's life..Perasan tak?..Dan, kalau u baik sangka dengan dia...u percaya dengan dia, sebenarnya tengoklah nanti, dia akan buat lebih baik dari u!..Lebih cantik lagi..lebih sedap lagi...Tak ada masalah kan?...Tak kan itu pun nak jeles?...Pelik betul kalau itu pun nak jeles..Lagi pula, bila dah ada pekerja..u akan tengok..dah lah u dah boleh focus on marketing, sale akan bertambah-tambah lagi..Itulah The Power of Expectation..

Tiba-tiba si suami ni tersedar..Ye lah, betul jugak tu..Dulu, di salah satu cawangan saya ada 6 orang pekerja dalam satu kedai..Bisnes masa tu sangat bagus....Dia ambik ramai pekerja sebab dia nak bagi layanan yang terbaik untuk semua customernya..Tut...tut....Adalah seorang kawan ni cucuk...Dia kata, ramainya pekerja u..perlu ke ramai-ramai? Buat rugi je ramai pekerja..Bisikan tu buat dia terfikir, ya tak ya jugak..buat apa aku simpan pekerja ramai-ramai..Last-last, dia berhentikan 3 orang, tinggal 3 orang pekerja saja...Bukan apa tu, dah start nak tamak lah tu..kan kannn...Susah nak dinafikan, betul tak?..hehe..

Dan, yang bestnya...dia dah nampak The Power of Expectation kat situ!...Betul lah kan, bila staf tinggal separuh, sales pun tinggal separuh!...Bisnes makin merosot..Ha ha ha..serius!..Memang sangat betul!...Itulah dia The Power of Expectation!..Tindakan yang kita buat kadang-kadang kita tak perasan ianya adalah jangkaan kita terhadap bisnes kita..Masa tu memang lah tak nampak,ingatkan orang bomohkan kita kan?..Hehe..

Tapi, rupanya apa yang berlaku adalah salah kita sendiri..Apa saja yang berlaku, sebenarnya, tengoklah diri kita balik..fahamilah diri kita..Jangan salahkan orang lain..Itu bukan sifat orang yang berjaya!..Orang yang berjaya adalah orang yang bertanggungjawab di atas setiap perkara yang berlaku dan setiap keputusan yang dibuat!...

WALLAHU'ALAM....

Saturday, July 13, 2013

JOM SET MINDA KITA!...

JOM SET MINDA KITA!...

Percaya tak, selama kita hidup ni siapa yang set minda kita?Mesti lah ibu bapa kita..atok nenek kita..kawan-kawan kita..Semua tu lah yang mempengaruhi minda kita hari ini..Positif atau negatifnya kita, kaya atau miskinnya kita..berjaya atau gagalnya kita..Itu lah penyebabnya!..He he..bunyi macam ganas sikit..Sebenarnya tak nak cakap macam tu..macam nak menyalahkan ibu bapak kita pulak..Tapi, memang tak boleh lari pun..Memang itulah puncanya!..

Tapi takpe, kita jangan salahkan mereka!...Kita patut bertanggungjawab dengan segala result yang kita dapat sekarang ini..Kita berhak untuk mencari ilmu untuk berubah, betul tak? Bila dah ada ilmu, apa lagi..kita tukarlah program kita..Kita reset minda kita..Yang negatif jadikan positf..minda orang miskin jadikan minda orang kaya..minda orang gagal tukarkan menjadi minda orang yang berjaya!..

Tak susah pun..yang penting kita kena alert!..Kita tahu yang kita perlu berubah!..Kita perlu tukar success blueprint kita..Kita perlu tukar money blueprint kita..Kerana inilah yang membentuk kepercayaan kita selama ini..Kepercayaan kita terhadap wang, kepercayaan kita terhadap kekayaan dan kejayaan...Semuanya perlu di ubah!..

Sebenarnya, kita semua memang dah ada success blueprint masing-masing dalam subconcious mind kita. Dan success blueprint inilah yang akan menentukan kejayaan kita.Jadi, apa success blueprint anda? Apa money/financial blueprint anda?

Ni saya nak tolong jawab...Success blueprint anda adalah...apa yang anda fikir (tentang wang),apa yang anda rasa (tentang wang),apa yang anda cakap (tentang wang), dan apa yang anda buat (tentang wang)...itulah success blueprint anda!!....Kerana, semuanya itu adalah DOA anda!...

Ini bermaksud,apa yang diprogramkan di minda kita dari zaman kanak-kanak dulu..ada yang tak betul!..Tapi, kita ingat ianya betul!..Contohnya, dulu mak selalu kata orang kaya semuanya riak, sombong..Tapi hakikatnya, lebih ramai lagi yang tak kaya, yang tak ada apa-apa lagi la riak..lagi la sombong..Bila saya reprogram, reset pasal orang kaya ni..Tiba-tiba saya jumpa dengan orang-orang kaya yang semuanya lebih humble, lebih baik, lebih pemurah lagi...

Ini menunjukkan, subconcsious mind kita ni, akan ikut je apa yang diprogramkan.Dia absorb je, dia tak tahu positif atau negatif. Pastu, perkara yang dia absorb tu akan menjadi sistem kepercayaan kita.Bila kita sangat-sangat percaya apa yang kita set tu, subconcious mind kita akan berusaha menunjukkan bukti demi bukti bahawa apa yang kita fikirkan itu betul.Dan kita akan semakin mempercayainya..

Nampak tak, perkara ini sangat-sangat penting!..U pegi seminar mana pun, carilah ilmu setinggi gunung pun, kalau success blueprint u tak set untuk sukses, u tak akan ke mana!..Jadi, sekarang...setkan minda kita dengan minda jutawan!..Tak ada siapa kata tak boleh,kerana Allah sendiri pun berkata, Allah mengikut sangkaan hambaNya!...

WALLAHUA'ALAM.....

Friday, July 12, 2013

MAK AYAH TAK PERNAH BAYAR ZAKAT?

MAK AYAH TAK PERNAH BAYAR ZAKAT?

Apa??..Terkejutnya!...Sentap betul!..Ada ke orang macam ni, yang tak bayar zakat pun seumur hidup?Tak pernah dengar lagi citer macam ni..Tak pernah sangka ada jugak yang macam ni..Tapi inilah keluhan seorang anak dan salah seorang peserta IMKK yang baru pulang, yang datang sharing dengan kami.Mungkin dia hanya nak melepaskan segalanya yang terbuku di dada...

Ceritanya, selama ni mereka 2 beradiklah yang setiap tahun tolong bayarkan zakat fitrah untuk ibu bapa mereka..Itu baru citer zakat fitrah yang tak seberapa nak kena bayar tu...Belum masuk bab zakat-zakat lain, dan nasib baik mereka bekerja..jadi tak perlulah bayar zakat perniagaan....Tersirap darah sekejap dengar citer adik ni!..

Katanya, memang dari dulu parents dia ni tak percaya tentang amalan bersedekah dan berzakat..Bagi mereka, itu semua bullshit!!....Mungkin mereka merasakan kalau bayar zakat pun, mereka yang bertanggungjawab tak akan mengagihkan dengan betul..Mungkin mereka buruk sangka dengan Pusat Zakat..

Tapi..., itulah dia..bila tak bersedekah,bila tak bayar zakat...hidup mak ayahnya sentiasa bocor..Duit tak pernah ada walaupun mereka ni bekerja agak hebat..Pernah sekali tu, kereta yang dibeli cash ayahnya dicuri orang!..Kereta yang ada jugak sering sangat rosak..Mereka dua beradik memang dah nampak kenapa jadi semua ni..Mereka tahu, ni lah dia akibat tak pernah berzakat dan bersedekah..Mereka pernah memberi pandangan kepada kedua ayah dan mak mereka, tapi....tak perlu diceritalah, kita dah boleh agak dah endingnya macam mana....

Cerita adik ni lagi,ni pun first time dengar, menarik jugak cerita ni.Abangnya nak kawin pun susah..umur dah 30 tahun..Kerjaya dah stabil..tapi mak tak nak lepas jugak...Ada syarat pulak nak terima menantu...Mak mereka ni tak nak menantu dari negeri Sembilan, Johor dan Terengganu!..Ha ha ha!!!...Macam ni pun ada...Untuk negeri Sembilan kerana dia ada kenangan pahit ibu mertuanya yang tak nak terima dia sebagai menantu sehingga melabelkan maknya ni MENANTU HANTU !..Untuk Terengganu pulak, kerana pernah tertipu pasal nak beli kereta..Untuk Johor pulak tak taulah pasal apa...Jangan pasal kalah dengan TRW baru-baru ni dah lahh!!...he he he...Macam-macam daaa...

Kalau dulu, kata adik ni, dia akan sound jugak mak ayah dia..Tapi, tak boleh macam tu dik..jangan marah-marah..Tak boleh secara emosional,jangan nasihatkan mereka..Bukan kerja kita menasihatkan ibu bapa kita..Itu kata suami saya..pada pandangan kami, for things to change, we must change first!..Balik dari IMKK ni kita dah jadi lain macam tenangnya kann..Belajar jadi orang yang tenang, fahami dulu kenapa pemikiran mereka macam tu..Cofirm mereka ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama pemikiran dengan mereka..Adik tu kata, memang salah dia jugak sebelum ni..tak banyak berkomunikasi dengan ibu bapanya..Balik dari IMKK ni, dia banyak bersembang dengan maknya,banyak menceritakan impiannya..sampai kehairanan jugaklah maknya :).

Insyaallah, kita sama-sama doakan semoga ibu bapa adik ni diberi hidayah, seringlah berdoa kepada Allah, mintak diberi petunjuk oleh Allah, doakan yang terbaik untuk ibu bapa kita..jangan membenci mereka, merekalah keramat hidup kita...Biar apa pun yang mereka lakukan, kita tetap kena hormat mereka, mereka tetap perlukan kasih sayang kita..Mudah-mudahan dengan kasih sayang kita yang tulus ikhlas, mereka akan berubah..Tiada satu pun mustahil bagi Allah...Kata Allah, Kun Fa Ya Kun...Maka jadilah ia....

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PENCIPTA YANG BARU (AL-BADI')
Membaca ya Badi' al samawat wa al-ardh (Wahai Pencipta Langit dan bumi) sebanyak 70 kali pada situasi yang  sulit akan memudahkan penyelesaiannya. Membaca yang sama sebanyak 1000 kali akan membantu meringankan depresi dan stres.


Thursday, July 11, 2013

DIPAKSA PASANGAN BERHENTI KERJA?

DIPAKSA PASANGAN BERHENTI KERJA?

Ini dah kali kedua katanya...Tahun lepas dia dah pujuk saya untuk resign..Tapi saya belum bersedia..Sekarang dia pujuk lagi..Bunyinya dah tak macam pujuk, dah macam kena paksa dah ni...Saya buntu la, saya tak tahu nak buat apa..Patutkah saya resign atau saya terus bekerja?..

Soalan di atas tu ditanya oleh seseorang kepada kami..Kami sangat-sangat memahami situasi pasangan ni. Bagi suaminya, memang dah lama dia termimpi-mimpi berbisnes bersama-sama isteri..Seronok kan,ke mana dia pergi, isteri berada di sisi..Alangkah bahagia katanya...Bila dia down, dia nak isteri yang menjadi tulang belakangnya berada di pangkuannya...Biar sama-sama bersedih..Biar sama-sama menangis...Bila dia gembira pula, isterilah orang pertama yang ingin dipeluknya..Alangkah indahnya saat yang diidamkan itu...

Tapiii....sampai sekarang dia belum dapat merasainya...Bukankah aku suami, maka aku berhak meminta isteriku berada disisiku? Bukankah tempat isteri adalah di sisi suami? Bukankah aku yang sepatutnya menanggung isteri?Mungkin si suami berdialog seorang diri..

Wahai si suami, betul..siapa tak nak isteri berada di sebelah setiap saat menemani...Suami saya kata, dia sangat faham..sebab kalau dia pun dalam situasi yang sama, mungkin dia pun buat perkara yang sama..Hari tu katanya,masa saya berkampung 4 hari ke Seminar IMKK, dia dah tak boleh duduk..Dia rasa tak complete hidupnya..Dia dapat rasa memang dia tak boleh kalau buat bisnes ni seorang diri tanpa isterinya ni di sisi...Jadi, dia faham situasi ini...

Tapi...suami yang nak pujuk isteri resign ni perlu betul-betul tanya diri u..U really have to go deeper and deeper...Tanya diri u betul-betul, kenapa u nak dia resign? Betul kah u dah ready financially? Betulkah u nak dia support u? U confident, kalau dia ada bersama u, bisnes u akan meletup-letup?Atau itu hanya EGO u? Atau u jealous dia suka bekerja dan menghabiskan banyak masa di ofisnya tanpa u disisi? Yang mana satu?...Kalau dia resign, u rasa u dah bersedia mentally dan physicallly? Mungkin pada awalnya nanti kewangan u all agak rapuh? Boleh?..Sanggup?...

Si isteri pun sama....tanya betul-betul pada diri tu...Kenapa nak resign?Minat nak berbisnes kah? Hanya nak temankan suami kah? Kesiankan suami kah? Atau..takut dengan suami kah?..Ada satu kes lain..suami dia bagi kata dua!..IT'S NOW OR NEVER!!!....Sebab isteri ni masih tak konfiden,isteri sayang nak tinggalkan kerjaya.. sedangkan bisnes dah huru-hara..Suami nak tolong je, tapi suami terpaksa terlibat dalam huru hara bisnes isteri...itu yang suami tak tahan..Jadi, isteri tu kata,dia TERPAKSA resign sebab suami dah sound macam tu..hehe..macam-macam kan?

Kes kami pun tak boleh disamakan..Sebab, saya yang resign dulu dari suami..Saya pulak sangat berminat nak bisnes, dan dengan bisnes lah saya nak bantu suami dan spend more time dengan anak-anak. Itu niat saya. Suami pulak, selama setahun ambil masa untuk buat keputusan..Dia set target, bila sale dah capai so and so..baru dia nak resign..Pastu kan, bila dah capai target, dia tanya saya...Rasa-rasa sekarang ke masanya abang resign? Saya kata terpulang pada abang...U decide yourself!..I dont want to involve in your decision making...

Bagi saya, biar dia ikhlas dan buat keputusan bila dia sendiri dah bersedia...Saya tak nak dia buat keputusan kerana saya..kerana kesiankan saya..kerana nak tolong saya..Saya nak dia resign kerana dia nampak hala tuju..kerana dia yang konfiden..dia yang nak jadikan bisnes ni sebagai bisnes dia..dia yang akan manage the business bersama-sama saya..At last, bila dia dah konfiden dengan diri dia...dia berhenti kerja dengan sendirinya..Tanpa paksaan, tapi dengan keyakinan yang sangat tinggi!..

Yang penting, saya rasa NAWAITU...dan keikhlasan...Kenapa kita nak resign?..Cari the WHY factor, kata Afdlin...Jangan buat keputusan kerana terpaksa, jangan buat keputusan kerana takut..Buat keputusan mengikut apa yang u rasa!..Hanya u tahu diri u!..Hanya u kenal diri u!..Kalau niat nak happykan suami..Insyaallah Allah akan happykan u..Beristikharah lah...bertahajjud lah..ber solat hajat lah...Mengadu pada Allah, minta Allah tunjukkan jalannya..lorong yang mana perlu dipilih..Tak ada cara lain lagi yang terbaik selain kembali padaNya..ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita..Kalau kita yakin seyakin-yakin padaNya, tak ada isu macam ni boleh timbul...U boleh tanya seribu orang pun, tapi...tak sama dengan bertanya pada YANG ESA!..Kembalilah pada Dia..Hanya Dia Yang Maha Menentukan Sesuatu....

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA PEMBERI PETUNJUK (AL-HADI)
Membaca Ya Hadi sebanyak 200 kali setiap hari akan membawa seseorang kepada kejayaan.Jika engkau tidak yakin akan tujuan engkau,membaca nama ini akan membimbingmu kepada pilihan yang tepat.




Wednesday, July 10, 2013

PENGALAMAN BISNES DI BULAN PUASA

PENGALAMAN BISNES DI BULAN PUASA

Perasaan menyambut Ramadhan kali ini sangat berbeza dari 3 tahun lepas. Kali ini terasa tenang dan mendamaikan. Kenapa ya? Tenang salah, tak tenang pun salah..he he he

Bulan puasa tahun 2010, masa tu baru 2 bulan bukak kedai..Tart pun baru start buat sebulan. Tapi kan, terkejut badak jugak tahun pertama buat bisnes tart nenas ni, sebab baru tersedar..ramainyaaa peminat tart nenas ni...Habis semua peminat tart nenas ni keluar dari celah mana pun tak taulah...

Tapiii......

Tak sangka!!!......

Peminat tart nenas ni sangat agresif!!.....Takut lah!...Selama 4 tahun dah buat bisnes kek masa tu, kami tak pernah tau kena marah dengan customer!..Tapi, bisnes tart ni betul-betul menguji kesabaran.Melalui pengalaman ni, saya buat satu kesimpulan. Peminat kek coklat sememangnya baik-baik...lembut-lembut..sopan-sopan....loving-loving..caring-caring...Tapi, peminat tart nenas semuanya agresif! aktif! enthusiasm!..has a burning desire!..ha ha ha..(alamaks, saya pun lah tu..sebab saya memang peminat tegar tart nenas..huhu..)Ye lah kan, kalau tak, takkan pasal tak dapat tart pun marahnya bukan main...Frustnya tok sah cakap lah...kalau tak dapat tart ni,boleh tangkap nanges beb!..

Sekali tu kan, ada sorang customer ni order tart untuk anaknya di Jepun.Dia nak post ke sana..Dia kata anaknya memang suka sangat tart ni. Jadi, dia buat special request, dia nak tart yang lebih masak sikit..yang brownish sikit kalernya..Dia tak nak yang putih-putih gebu...Dia kata nanti sampai Jepun tart tu still akan rasa a bit crunchy..

Bila dia datang ambik, tiba-tiba dia tak suka dengan tart tu..Dia kata tak seperti yang dia nak.Dia nak kalernya lebih brownish..Tak ikut spec dia lah kiranya..Nak tau apa dia buat?..Bukan setakat bercakap dengan nada yang kasar, tapi dia lempaq botol tart tu!!....Tegezut kami dibuatnya!!!...

Ya Allah, punyalah saya minta maaf bersungguh-sungguh...Bulan puasa pulak tu kan..jangan la macam tu kak ..Dah lah berjubah, berhijab....huhu...Kami dah buat ikut permintaan dia, cuma tahap brownish yang macamana tu yang tak tepat..uishhh, tak tau lah....Dan, paling best sebenarnya nak tau tak berapa balang yang dia order tu?..3 balang je...Tak berbaloi betul kena marah sampai macam tu....Tahun seterusnya,bila dia call nak order kan, huhuuu....saya sangat takut!..Kalau nak order macam orang lain then ok..tak ada masalah...Tapi, dia still nak yang macam spec dia tu lahhh...So, awal-awal lagi saya surrender!..Maaf kak, kami tak dapat buat macam tu..kadang-kadang dalam satu tray tu, walaupun masaknya sekali..tapi tak even jugak..itulah masalah problemnya...

Walau apa pun, it's a good experience...Terima kasih kerana memberi pengalaman indah dalam hidup kami..iaitu pengalaman di marah customer di bulan puasa!...Sangat menguji kesabaran...Tapi, alhamdulillah, kerana pengalaman itulah kami semakin kuat dan sabar melayan kerenah pelanggan..Walau macamanapun, kami sayaaaanggggg sangat-sangat pelanggan kami...Tak kiralah peminat kek yang loving atau peminat tart nenas yang daring!..hahaha...Love you so much deariesss ;)

P/S: Selamat menyambut hari pertama puasa hari ini untuk u all semua..Mari kita beristighfar 101 kali dan berselawat 1000 kali setiap hari tanpa miss pada bulan yang mulia dan penuh barokah ini..Insyaallah kita akan mendapat ketenangan yang lebih hakiki..Aminnn...Ya Robbal'alaminn...

Tuesday, July 9, 2013

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN (IMKK) - HARI KETIGA & KEEMPAT (oleh DR.AZIZAN OSMAN)

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN (IMKK) - HARI KETIGA & KEEMPAT
(oleh DR.AZIZAN OSMAN)

1.Kita nak jadi orang kaya yang beradab dan berhikmah.
2.Allah bagi ilmu pada sesiapa yang dia nak bagi ilmu
3.Bila u susahkan orang lain, Allah akan susahkan diri u. Kalau u senangkan orang lain, Allah akan senangkan diri u.
4.Cari jalan apa yang boleh diperbaiki, bukan cari salah orang.
5.Misi saya bukan untuk dunia, it's not for us anymore..kata Dr. Azizan.
6.Energi luar biasa adalah di saat orang lain lemah, u energetic.
7.Kita ada kuasa nak pilih apa kita nak baca, apa kita nak dengar, siapa kita nak kawan.
8.Your life will change tremendously if u calm and peaceful.
9.Ramai orang salah faham tentang duit, dulu ingat tak ada duit tak apa, asalkan bahagia.
10.Siapa kata bahagia tak boleh kaya? Sebenarnya u boleh pilih..u can be rich or u can be happy.
11.Mak cakap, dapat duit bayar hutang dulu. Tak boleh macam tu..kena adjust tu..seolah olah bila kita dapat duit, kita guna untuk hutang dulu...Bermaksud, kita appreciate hutang lebih dari diri kita..jadi, hutang akan datang lagi dan lagi dalam hidup kita..
12.Sepatutnya appreciate diri u dulu..
13.FINANCIAL FREEDOM bukan bermaksud u tak ada hutang......tapi TAK RISAU PASAL HUTANG!!
14.The law of universe akan start berlaku kalau u start fokus.
15.Setting the goals...achieve the goals!
16.Bila u dah upgrade your ecpectation, income u akan upgrade, semua benda akan upgrade.
17.The power of value creation.
18.Apa value yang u beri /add untuk orang....
19.Kalau ada any lose money, bila balik rumah campak je dalam tabung.
20.My lifestyle berubah and more great things start to happen bila i start to appreciate people, kata Dr. Azizan.
21.Top 20 billionaire in the world mesti invest dalam poperty.
22.U mesti suka, baru boleh jadi.
23.Kenapa dia layak jadi kaya? Kerana dia menambah nilai hidup orang lain.
24.Selagi u selesaikan masalah orang, u tak payah bothered apa yang orang cakap kat u.
25.How to be a generous giver? Beri dengan lebih.
26.How to be a good receiver? Orang bagi sesuatu, appreciate dengan baik.
27.If u keep on giving, u will keep on receiving.
28.Dari apa yang kita terima, bukan semua milik kita.
29.Emotional blocked akan menghalang u dari jadi kaya.
30.Kaya jiwa, kaya minda.
31.Sebagaimana kita mandi setiap hari,sebagaimana itulah kita kena cuci jiwa.
32.Macamana nak cuci jiwa? Sujud..selawat..
33.Proses cleansing: Soul detox, mind detox, physical detox
34.Breakthrough EGO!!!!
35.Bila u r not willing to let go...bermakna u ada EGO!!
36.Wealth is happiness + money.
37.Ramai yang crave for love, want more love and lack of love.
38.U tak akan rugi 1 sen pun kalau u give more love.
39.U need to learn to express your love.
40.Money magnet activation..Istighfar 101 kali setiap hari, selawat 1000 kali setiap hari.

Thank you Doc!...Semoga Dr.Azizan dan keluarga serta warga Richworks akan di kasihi Allah selama-lamanya...Selamat mengerjakan umrah dan menghayati ibadah umrah sepenuh jiwa...

Dan, untuk semua yang sudi membaca, terima kasih..Anda kaya dan berjaya serta diberkati dunia akhirat.Amiinnn....


Monday, July 8, 2013

SENARAIKAN 101 IMPIAN KITA...

SENARAIKAN 101 IMPIAN KITA...

Untuk membezakan orang berjaya dan orang gagal adalah, orang yang berjaya ada senarai impian atau WISH LIST!...Itulah antara pesanan Dr.Azizan Osmana masa dalam IMKK sesi kali ini. So, let us check..duduk diam-diam, lebih baik lepas Solat Dhuha pagi ni..kita terus senaraikan 101 impian kita..

Ini adalah perkara paling pertama kita kena buat. Masa nak tulis impian ni nanti, tak perlu risau tentang roadblock kita ke...tembok kita ke.. kolam ke...Itu semua nanti citer lain, yang penting kita hidup mesti ada impian!..Impian kita masing-masing tak sama, tapi pointnya sama je saya rasa..Nak rezeki yang banyak atau nak kaya, nak berjaya, nak bahagia, nak hidup sihat dan nak hidup yang di berkati. Tapi, jangan lupa, segala impian tu mestilah tulis dengan specific, ada ciri-cirinya.Tak nak tulis yang general ok..Contohnya kalau nak kaya mesti ada amountnya, RM 10 ribu ke, RM 100 ribu ke.Dan, set date untuk kita capai apa yang kita impikan itu.Maksudnya, kalau nak kereta BMW, bila kita nak? Tapi jangan la set yang tak logik..macam nak  bulan depan ke..Buat date yang logik lah ye....

Tulis sebanyak-banyaknya impian kita tu, seboleh-bolehnya 101 impian kata Dr. Azizan..jangan kurang, tapi kalau ada lebih lagi bagus..Ingat, Allah sangat suka kita meminta-minta padaNya.Allah sentiasa menunggu submission kita kerana Allah ingin menunjukkan kekuasaanNya!..Bukankah ALLAH MAHA BERKUASA?..Jadi, tak ada masalah kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!..Allah tak pernah kata, kita kena limitkan permintaan kita..Kalau yang kerja clerk tu, tak boleh mintak lebih-lebih..Tak!..Allah tak pernah kata macam tu. 

Ingat ye, kita jangan hadkan imaginasi kita!..Kita jangan ingat macamana Allah nak bagi...Itu semua kerja Allah, ALLAH MAHA KAYA...Allah hanya tunggu kita meminta dan merayu padaNya, kerana ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI!...

Malu?....

Nak mintak dengan Allah pun malu? Ada orang malu nak mintak sebab dia kata dia banyak buat dosa selama ni...Dia rasa Allah tak sayang dia, Allah pasti tak akan bagi apa yang dia mintak...Siapa yang ingat macam tu? Hihihiii...saya lah tu..dulu pikir macam tu, takkan aku yang banyak dosa ni Allah nak perkenankan doa kita? Kan?..

Salahhhhhh!!!.............

ALLAH MAHA PENYANYANG.....Allah memang nak bagi!!..Serius, percayalah...ALLAH bukan Maha Pendendam macam kita..Orang buat salah sikit, sampai bila-bila pun tak nak cakap dah..tak nak tengok muka dah..tak nak kawan dah..dah benci!..Dah niat tak akan dimaafkan sampai bila-bila...Itu sifat siapa?...Itu sifat manusia,manusia yang hina!!...Allah tak macam tu, ALLAH MAHA PENGAMPUN!..Siapa yang buat dosa, bertaubatlah...Solat taubat, dan merayu pada Allah supaya dosa kita diampunkan...Bersangka baiklah dengan Allah...ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..Ya Rahman, Ya Rahim.....

Rupanya bila saya mula bersangka baik dengan ALLAH, segalanya berubah!...Memang betul-betul Allah akan makbulkan apa saja yang kita mintak...Sama ada cepat atau lambat saja..Takpe, tapi memang dah tahu..dalam list kita tu nanti..kita akan potong satu persatu, menandakan kita dah dapat!...Best tauu....This is amazing experience!..Kami dah merasanya..Kami dah start menulis lepas keluar IMKK 2010. Alhamdulillah, terima kasih ye Doc..Ilmu ni sangat-sangat bermakna kepada kami...Kalau tak tulis memang tak tau macamana nikmatnya bila kita dapat nampak apa yang kita mintak tu Allah beri...beri..beri...satu per satu!..

Tapi, kenapa kena tulis?...Tak boleh ke kalau tak tulis?

Kalau kita doa macam dulu-dulu mak ayah, ustazah kita ajar saja tak cukup ke?..Boleh..tak ada masalah, cuma...tulis dulu, then lepas tu nanti kita doa lah macam biasa..tak ada masalah...Bukan apa, bila tulis tu macam submission untuk Allah tahu apa yang sebenarnya kita nak..Selagi tak tulis, selagi dalam bayangan kita saja..Itu macam angan-angan saja..Mentor saya cakap, angan-angan kalau tak ditulis, ia akan jadi angan-angan mat jenin...Tapi kalau angan-angan tu ditulis, ia menjadi IMPIAN...

Lagi satu, bila kita tulis tu...kita akan nampak segala permintaan kita akan Allah tunaikan..Jadi, kita akan mula bersyukur..kita akan sedar bahawa, wow banyaknya Allah dah beri pada kita..Kalau kita tak tulis, Allah perkenankan jugak doa..Cuma, kita tak boleh nampak dah apa yang Allah beri..lama-lama kita lupa..Bermaksud, takut kita semakin lupa tentang kekuasaan Allah..takut, kita semakin lupa tentang kasih sayang Allah pada kita..Bila tulis, kita boleh tengok balik..apa yang Allah dah bagi kita 3 tahun lepas..Kalau yang dah 5 tahun tulis, of course dah 1 buku wish list dia..Mesti dah banyak yang dia dah dapat..Dari situ, akan datangnya rasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah dah berikan kepada kita..Dari situ, kita akan nampak betapa banyaknya impian kita yang dah dikabulkan Allah...Dari situlah kita akan rasa bersyukur..bersyukur..bersyukur...

Ada limit tak permintaan kita?..

Syaratnya, tulis saja apa yang kita fikir kita nak..Tak payah limitkan permintaan kita..DON'T LIMIT YOUR IMAGINATION!..Jangan fikir, aku ni exec biasa je...takkan nak mintak income 20 ribu? Tak ada masalah, mintak saja..Tak payah pikir macamana Allah nak bagi..Itu semua kerja Allah!..ALLAH MAHA KAYA, Dia taulah nak buat macamana, Dia tau lah jalan mana yang dia nak bagi kat kita..Yang terbaik untuk kita..Mungkin 20 ribu tu bukan dalam bentuk gaji, tapi dia buka jalan untuk berbisnes ke?..

Whatever jalannya lah...kita tak payah pikir...ALLAH MAHA MENGETAHUI...Yakin padaNya...Dia MAHA PENCIPTA ALAM, takkan permintaaan kita yang sekecik itu pun Allah tak boleh bagi?..Jadi, tak ada masalah kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!.. Percayalah, yakinlah..Kerana, Allah hanya akan beri kepada  kita yang yakin pada kasih sayangNya, yakin dengan kekuasaanNya..yakin pada kewujudanNya..

WALLAHU'ALAM...

Sunday, July 7, 2013

AURA, HATI & REZEKI....

AURA, HATI & REZEKI....

Semua orang nak aura besar!...Kalau boleh nak sampai maksimum saiz aura tu, sampai keluar dari bulatan aura tu..Mungkin ada yang tak faham apa dia aura ni semua..Sebenarnya, semua kehidupan, semua makhluk Allah ada auranya...Bak kata Haji Asri, CEO Life Rich, kita semua ada Nur Cahaya di sekeliling kita..Nur itu lah Aura...Lebih besar Nur kita, bermaksud lebih besar rezeki kita...Jadi, kalau nak jadi money magnet atau nak rezeki mengejar kita, tambahlah atau besarkanlah saiz aura kita, cantikkanlah warna aura kita!..

Senang je nak besarkan aura ni.Setiap hari mandi garam.. insyaallah bulatan aura kita akan menjadi besar..Senang lah kalau macam tu kan?..Ada duit, beli banyak-banyak garam tu..hah, balik berendamlah dengan air garam tu...Tapi cukup tak sekadar mandi garam tapi tak jaga hati?..

Ramai yang tak perasan saya rasa...Semua berebut-rebut nak auranya besar, sebab semua kaitkan aura tu dengan rezeki...Itu okay, tak ada hal...Tapi, yang mereka tak perasan ialah tahu tak semuanya berkenaan dengan HATI?...It's all about LOVE...It's all about RELATIONSHIP...It's all about EMOTION...Perasan tak?..

Memang ada yang tak perasan...memang masih ramai lagi yang tak faham...Penat je sebenarnya kalau u all habiskan duit beribu-ribu ringgit untuk ke seminar-seminar untuk menjadi kaya dan berjaya, tapi u all tak jaga HATI u!..U all pandang ringan tentang hati..U all abaikan SOAL HATI!!...U all tak tahu...Sebenarnya di situlah sebenarnya punca rezeki u!..Di situlah sebenarnya punca kekayaan u!..Di situlah sebenarnya punca kejayaan dan keberkatan u!...

It's all NOT ABOUT duit..duit..duit.....rezeki..rezeki..rezeki...Hati letak tepi?..Hati lantak pi?....NO!!!...Kalau u all tak jaga SOAL HATI ni..., u pegi lah kelas beribu ringgit pun, travel punya lah jauh nak cari ilmu nak kaya...Tapi, kalau tak jaga soal hati ni...U tengoklah, balik nanti u buat..buat..bisnes all out, full swing...Mula-mula mencanak-canak sale, meletup-letup produk u..Tapi...tak lama kemudian..dah jadi macam dulu balik...Korek lubang, gali lubang..korek lubang, gali lubang....Sampai bila?..

Minta maaf, bukan nak kata saya ni pandai sangat SOAL HATI ni...saya pun manusia biasa, ada jugak yang tak betul..Tapi, yang buat saya kesian kat u all ialah....U bayar duit nenek seminar beribu-ribu ringgit punnn....tapi TAK ADA The Power of LOVE...Habis lah!!...Kesian!!...U wont be anywhere, u are wasting your money and your time!..

Saya tengok semalam masa di Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan ramai lagi manusia yang tak memahami manusia lain...Yang dia tau nak kaya saja! Masa saya dan team saya ke kedai berdekatan nak makan, kat sinilah kita dapat lihat macam-macam ragam manusia..Kalau dah nampak orang lain berlegar-legar memegang pinggan nak makan dan mencari tempat...Yang duduk melepak, bersembang, merokok tu...patut beradab lah sikit..Kalau nak kaya, belajarlah kesian kat orang, belajarlah faham perasaan orang..Jangan pentingkan diri sendiri..Memang isu ni nampak macam simple, tapi...di situlah letaknya HATI!!!...

Yang dalam kelas pulak, kalau dah tak berminat dengan apa yang u nak belajar, u jangan mengganggu orang lain!..Ada yang datang entah fokus atau tidak..asyik nak introduce produk dia saja..asyik nak menjual saja!..Come on lah...Kat mana The Power of Contribution u all kalau u all langsung tak beri energi u all untuk orang lain? U tau tak, kalau u dingin membeku..tak responsif, u sedang membebaskan aura-aura negatif u all kepada orang sebelah u..kepada orang sekeliling u?..

Semua ni experience beberapa orang kawan saya..Kesian mereka, mau tak mau..walaupun mereka sememangnya positif, aura pun besar...Tapi, kalau orang sekeliling tak contribute energi mereka, mau tak mau melekat jugak yang negatif tu..Bukan apa, jadi tak fokus bila ada orang-orang yang tak best macam tu...

Tapi takpe, hari ni...u all set your mind..U akan duduk di kalangan orang-orang yang positif, orang-orang yang high energy!!..Yang penting, u must contribute first!..U must give your love first...Barulah u akan menarik orang-orang yang best dalam hidup u!.Barulah u akan rasa dan faham kemudian nanti...sebenarnya bukan susah sangat nak kaya dan berjaya, apalagi diberkati...asalkan u jaga HATI...u rawat hati u..It's all about berapa besar u bukak jiwa u kepada orang lain...

It's all about LOVE....

WALLAHU'ALAM....

Saturday, July 6, 2013

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN (IMKK) - HARI KEDUA (oleh DR.AZIZAN OSMAN)

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN (IMKK) - HARI KEDUA
(oleh DR.AZIZAN OSMAN)

HARI KEDUA : Matlamat lebih jelas, Direction lebih Mantap

1.Dalam diri kita ada outerworld dan innerworld. Yang menghalang kita berjaya adalah innerworld kita.
2.Kalau nak kaya di luar, kena kaya di dalam dulu.
3.Halangan terbesar dalam manusia adalah dalam diri.
4.Doc ajar kami "tapping method"..Thank you Doc!
5.Apa tu "tapping method"?  Ia adalah satu proses programming..(bukan tak nak share,tapi..susah nak tunjuk kerana melibatkan pergerakan badan).
6.The Power of Focus.Kalau kita fokus hutang, kita akan attract lebih banyak hutang.
7.Stop focusing on negatif, start focusing on positive.
8.Focus on what u want, the 'how' will ready!
9.When the children is ready, the teacher will appear.
10.Sebenarnya kan, EMOSI kita yang menentukan berapa pendapatan kita.
11.Income seseorang ada kena mengena dengan energi.
12.Mana datang bahagia kalau kita tak tahu apa yang kita nak.
13.Price/ yuran kesilapan yang telah dilakukan adalah sangat mahal.
14.It's not good to accept things for free.
15.Anything free u must give back!
16.If u accept things for free, its ok. But u must be willing to give back!
16.Seolah-olah macam ni..Dari lahir banyak yang Allah bagi free pada kita. (Udara, air..cahaya matahari etc).Dia beri, kita terima..Tapi ia akan jadi tak best  kalau kita terima saja..tanpa beli bailk...
17.Rahsia kaya dan berjaya = Giving!!
18.Seolah-olah kalau ada yang sponsor ke Seminar ni, dia kena jilat u!
19.A great receiver will get MORE!!
20.Untuk mencapai misi anda, u have to have your husband or mother to push you..or to critic you!
21.Demi mencapai misi, bila once kita nak dapatkan perubahan, Paaapppp!!! Dia bagi masalah.
22.Emosi = CORE!..
23.Bila u komplen, kolam u akan bocor.
24.The more u marah, all your rezeki akan bocor,
25.Kalau rumah kena rompak, check yourself !..
26.Tahajjud adalah shield yang paling besar ! (betul ke spelling?)
27.Shield ke 2 besar = Bersedeqah..
28.Elmu......Kenapa E, bukan I? Kerana kita tak                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  perlu intelligent sangat untuk berjaya. Emotion lebih penting untuk berjaya.
29.Emosi boleh diubah, boleh di adjust...Contoh, jika hari tu kita kerja penat sangat..pastu ada banyak masalah pulak tu..badan akan jadi lunyai...Tiba-tiba Dr.Azizan yang call, ajak dinner..mesti lah nak, kann?..Hilang rasa penat tu!..Itulah dia physiology change...dan kita boleh switch emotion kita sebenarnya.
30.Contoh; mula-mula bercinta...1st ttime cintanya di tolak kerana antara 2 darjat.Bertahun-tahun tak nak berkawan dengan orang lain.Tapi kalau dah biasa putus cinta,it's ok i terminate u! ( ehhm..hmm...tersedak pulak!)
31.Ada yang fail buat 1 bisnes 16 tahun dulu, jual pensil je pun..u dah give up nak bisnes!!
32.Orang yang boleh mengenal Allah, boleh menguasai potensi diri dia sendiri.
33.Lagi u marah dengan orang itu,sepatutnya lagi banyak u doa untuk orang itu.
34.Jangan salah program minda anak-anak kita sebagaimana kita dah disalah programkan dulu..
35. Ada 15 jenis FEAR!!..(Panjang gila kalau nak share..nanti lah ye, bila-bila kay dear...)

If  I can do it, you can do it  too!!...

TO BE CONTINUED.....

Terima kasih Dr. Azizan Osman yang disayangi Allah..semoga seluruh keluarga dan staff di Richworks dilindungi Allah selama-lamanya..

Amiinnnnn..Ya Rabbal' Alamiinn....



Friday, July 5, 2013

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN (IMKK) @ MENARA PGRM 4-7 JULAI 2013 (oleh DR.AZIZAN OSMAN)

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN (IMKK) @ MENARA PGRM 4-7 JULAI 2013
(oleh DR.AZIZAN OSMAN)

HARI PERTAMA : Hari sel-sel berperang / Hari blur-blur katak/ Hari penyerahan diri untuk dikerjakan

1.U instruct your mind, bukan mind u instruct u.
2.Ada 3 jenis perubahan penting dalam diri. Perubahan cara berfikir,perubahan kisah hidup u (emosi), perubahan fisiologi/badan/fizikal (action). Perubahan fisiologi adalah paling cepat boleh berlaku, FAST ACTION FAST RESULT.
3.Aura mengikut saiz emosi.
4.Kalau kolam jiwa u besar, bermaksud u boleh handle berapa banyak nikmat yang Allah bagi untuk disalurkan kepada orang lain.
5.Kolam besar belum tentu boleh masuk rezeki yang banyak kalau kolam penuh hampas.
6.4 hari di IMKK ni, nak tau apa kerja Dr.Azizan? Contractor kolam!
7.Kolam jiwa kalau tak clear, u buat apa pun akan tersangkut.
8.Energy kena sentiasa tinggi!
9.Energy yang kecil akan melihat roadblock sebagai cabaran yang besar.
10.Duit hanya akan datang kepada orang yang ready untuk handle.Bila u ready,u akan jadi The power of attraction = Allah mengikut sangkaan hambaNya.
11.Kenapa ramai yang tersangkut? Dari kecik,sel tidak diprogramkan atau diajar bagaimana nak kaya. Sel cuma diprogramkan bagaimana nak makan (cara suap, gigit...etc)
12.Thoughts become things!
13.Tak perlu tunggu sempurna baru nak buat..Sebab tak akan ada benda yang perfect.
14.Education requires energy! (Bila masuk kelas, bagi energy paling maksimum, baru guru kita excited untuk memberi ilmu dengan maksimum!)
15.Sel manusia akan replenish setiap saat,minit atau jam, sel lama akan menjadi baru.
16.Masa kita kecik kita dibesarkan oleh ibubapa yang tidak ada wealth education. Jadi, programnya adalah berbunyi begini; kita ni orang susah....bapak kau ni kerja kerajaan...
17.Kita disalah programkan, kita diprogramkan menjadi biasa-biasa. Persepsi masa itu, nak dapat duit adalah susah sangat.
18.Ini dinamakan accumulation of negative thoughts.
19.Dulu kita ingat, qualification membuatkan kita banyak duit.
20.Tak akan gerak 1 zarah pun tanpa izinNya.
21.Selagi u tak faham dan tak kenal apa silap u,selagi itulah Allah akan turunkan ujian untuk tunjukkan silap u sehinggalah u sedar.
22.Something is not right somewhere inside me.
23.Orang kaya tahu apa yang orang biasa tak tahu.
24.Manusia bukan hanya ada jasad/badan, tapi kita ada mind and soul.
25.Kita ada 120 billion sel yang akan bertukar setiap hari.
26.Sel ada magnatic wave, Allah mengikut saja apa sangkaan hambaNya.
27.Sel ada memori, the only way kita nak positifkan balik sel kita, kita kena repeat..repeat..repeat sampai sel tu bertukar.
28.Membersihkan kolam jiwa bukan kerja sehari, dua hari, tiga hari..IMKK ni cuma kursus persediaan..
29.Kalau kita ingat kaya itu $/RM, kita silap besar! Kaya sebenarnya, kaya jiwa, kaya ilmu, kaya senyuman, kaya memberi..
30.U tak akan jadi kaya kalau u tak berusaha memperbaiki kolam jiwa.
31.Duit tak payah kejar, lagi kejar lagi lari...
32. U kena let go negativity.
33.Sebaik-baik manusia, manusia yang memberi manafaat kepada orang lain.
34.Dalam apa pun yang kita buat, mesti ada formula ni.....HAVING FUN!!....baru banyak fund datang!
35.Tarikan kejayaan adalah bergantung kepada macamana u bangun pagi. 90% orang rasa bengang kerana terpaksa bangun pagi. (Rezeki pun bengang nak masuk..)
36.Life is too beautiful to let it go by sleeping!
37.Kalau anda mampu bangun pukul 3 pagi untuk solat tahajjud, solat syukur, etc anda akan berjaya!
38.Cara jalan orang berjaya tak sama macam cara berjalan orang yang gagal.
39.Position physiology orang berjaya, badannya tegak, bahu ke atas, tak jatuh...
40.When i believe what i believe, my believe comes true!!
41.Jangan harap anda nak berjaya..kerana harap hanya bermaksud mudah-mudahan berjaya..Tetapi kita kena expect untuk berjaya!
42.Language kita menentukan apa sikap kita!
43.I'm ready to blow!!
44.Seminar ini bukan seminar motivasi, ini adalah the science of success..Siapa ikut step, dia akan dapat!
45.Hanya orang buat sesuatu yang luar biasa baru orang ingat.
46.Bila u nak buat benda yang lain, ramai yang tak setuju (biawak)
47.I get rich by helping others!
48. Kenal pasti kenapa saya di sini hari ini? Jawapan saya, untuk mencari ilmu bagaimana nak jadikan para stokis dan pengedar saya menjadi jutawan!..
49.Kenal pasti kenapa mereka gagal? Kerana mereka tidak ada halatuju yang jelas, mereka tidak ada blueprint dan mereka tidak ada road map.
50.Erti kebahagiaan berbeza dari seorang ke seorang yang lain.
51.Dulu ingat tak ada duit pun boleh bahagia.
52.Tapi kalau tak ada duit, macamana nak beli susu anak?
53.Duit bukan matlamat hidup...tapi sebagai ALAT yang digunakan untuk mencapai kebahagiaan!
54.Duit boleh bantu orang sakit, anak yatim..
55.Bila u tahu u boleh beri manfaat kepada orang lain, u akan rasa bahagia.
56.Kalau u tak tahu kenapa u perlu ada banyak duit, duit tak akan sampai.
57.Duit hanya akan sampai kalau kita tahu kenapa kita perlukan duit yang banyak.Allah akan test kita sama ada kita boleh handle duit yang banyak ke tak, kalau tak boleh..Dia akan tarik balik..
58.If u dont know what u want, u will never get what u want!
59.Berapa jelas apa yang u nak, akan menentukan apa yang u akan dapat!
60.Sejak balik dari US, Dr. Azizan fikir...banyak orang yang nak perbaiki hidup dia tapi tak tau jalan..Jadi, dia katakan pada dirinya, I must give SUPER DUPER best information untuk tolong orang lain!..(Thank you very much Doc!!!!...)

TO BE CONTINUED...

Berbillion-billion terima kasih kepada Dr. Azizan yang dikasihi Allah...Semoga Allah memberi lebih kebahagiaan, ketenangan dan kesihatan yang terbaik untuk Doc dan keluarga dan warga Richworks serta krew yang banyak membantu!..