Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, March 30, 2013

The Law of Expectation

THE LAW OF EXPECTATION

Seronok nak bercerita tentang Law of Expectation ni...Macam-macam yang kita boleh berkongsi cerita tentang hukum ini jika kita memahaminya..Sebagai orang yang dah mempelajari tentang pelbagai HUKUM dan PRINSIP ini, kita perlu alert juga jika hukum ini terjadi ke atas diri kita.Kerana, jika kita sedar tentang kewujudan segala hukum ini, kita akan semakin faham bahawa sama ada kita suka atau tidak,sama ada kita percaya atau tidak..hukum tetap hukum,prinsip dan kejayaan ini tetap akan berlaku tak kira kita percaya atau tidak.Cuma, bila kita tak alert atau sedar, lama-lama kita tak nampak pun hukum dan prinsip semua ini betul-betul penting..dan dia akan berlalu begitu saja..

Law of Expectation ini sebenarnya sangat powerful bagi mereka yang memahami dan pernah mengalaminya kerana ia menarik apa yang kita fikir ke arah dan menghampiri kita.Law ini mengajar kita lebih memahami tentang bagaimana cara untuk menggunakan minda kita sebaik-baiknya. Kerana melalui law ini, kita kena expect atau jangka kita akan mendapat sesuatu yang selalu kita fikirkan..Jangan jangka sesuatu yang kita tak nak.Ini menunjukkan yang minda kita ni sangat powerful.Hukum jangkaan ini akan terjadi kepada mereka yang terlalu memikirkan tentang sesuatu yang benar-benar dia nak..setakat fikir gitu-gitu saja, tak boleh jadi...Maksudnya,dia akan dapat perkara yang dia selalu fikirkan dengan keinginan yang sangat tinggi.Inilah yang bermaksud,Allah mengikut sangkaan hambanya...betul tak? Expectation kan maksudnya sangkaan?..

Tapi masalahnya sekarang, kita nak buat bisnes..dah bertahun-tahun nak bisnes....nak,,nak..nak saja, tapi kita tak buat sesuatu yang kita expectkan terjadi pada kita..Kita tak start dengan sesuatu..sesuatu itu kadang kala bukan yang akan mengkayakan kita pun..tetapi bila kita dah start bertindak, bermaksud kita dah expect untuk mendapat atau dilorongkan dengan bisnes yang kita idam-idamkan..Mungkin kita suka bisnes catering, tapi memang susah nak terus buat catering ni.Start dulu dengan sesuatu, buat lah jual nasi lemak dulu..buat yang paling sedapp giler punya,jual bawah pokok.Sebab itulah dia law of expectation..kan ramai yang kita dengar usahawan yang berjaya tu, mereka start kecil-kecilan dulu.Macam Zeflin Ceruk Kampung, start dengan gerai biasa saja,sekarang dah ada bisnes catering yang besar..dah ada wisma pun.. Perasan tak, ada law of expectation kat situ?Tapi kalau expectation di atas katil lagi...memang mintak maaf la,kita expect kita akan  tidur..tidur..dan tidur selama-lamanya...Akhirnya terkubur begitu saja, dan anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu bapanya yang lemah longlai....

Baru-baru ni Stokis kami Shaharulnizam bercerita tentang law of expectation yang dia tengah alami sekarang ini..Dulu, kedai yang baru dibuka di Kelana Jaya lengang je..bila saya tanya, dia kata boleh la kak..kedai tu macam jadi tempat buat letak stok kuih kapitnya saja..Tapi sekarang saya pelik, kenapa Nizam ni sebelah pagi pun datang ambik kek..petang datang lagi..Dia kata, dulu saya ambik kek bila ada order masuk saja..sekarang dah tak boleh, pagi-pagi ada order ke tidak, kena datang ambik je...pastu buat visualisation sikit (teror Nizam ni..), visualize ada dealer yang akan call mintak kek..memang betul-betul akan terjadi..Dia dah betul-betul faham tentang Law of Expectation..ada order atau tidak, dia akan penuhkan saja chiller dia..bila penuh je, dia kata..sure ada dealer atau customer yang call nak..petang je, habis clear 1 chiller keciknya.Pagi-pagi selepas solat Dhuha dia akan terus bergerak dan penuhi fikiran dia yang dia akan busy sepanjang hari menghantar kek dan kuih kapitnya.Nizam, pesan kami berdua..law of expectation seterusnya, belilah chiller yang lebih besar pulak lepas ni..kita expect order yang lebih besar masuk nanti k..Alhamdulillah..banyak-banyak bersyukur...

WALLAHUL'ALAM...

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA..



Friday, March 29, 2013

BERSYUKURLAH dan BERTERIMA KASIHLAH PADA ALLAH

BERTERIMA KASIHLAH PADA ALLAH

Kita diajar oleh mentor dengan pelbagai Prinsip dan Law dalam kehidupan. Law of attraction,law of reciprocal, law of connection, law of gratitiude, Prinsip The More You Give,The More You Get, What You Give You Get Back More dan banyak lagi sebenarnya..Tapi, dalam banyak-banyak law dan prinsip ini..yang manakah yang paling asas dan paling perlu kita apply dalam kehidupan kita? Itu lah dia..The Law Of Gratitude..ataupun Hukum Kesyukuran.

Semua law dan prinsip ini sebenarnya kita kena apply setiap hari dalam kehidupan kita, dalam bisnes kita untuk kita mendapat kejayaan, kekayaan & keberkatan dalam hidup..Kalau salah satu pun kita belajar tapi kita tak apply, memang minta maaf lah..tak ke mana juga lah kita..Tapi, sebenarnya kalau kita baru nak cuba-cuba apply kesemua prinsip ni, mulalah dengan The Law of Gratitude ataupun banyak-banyak bersyukurlah pada Allah atau dimudahkan, berterima kasihlah pada Allah..

Memang sebenarnya dari dulu lagi kita dah di ajar dari generasi ke generasi tentang konsep  kesyukuran ini..Mak ayah semua dah sebut..apa yang kita ada masa tu kena bersyukur..Tapi dulu tak faham..ingatkan bersyukur setakat apa yang kita ada saja..lepas tu ingat Allah dah tak bagi lebih dari yang kita dapat..Kefahaman pasal bersyukur sangat sempit..terutamanya bila kita dah bersyukur apa yang kita ada, kita dah tak nak mintak lebih lagi dari Allah..Kita terlupa Allah kan Maha Kaya..kita dah tak nak berusaha kerana ingat itu saja yang Allah nak bagi...sebab itulah walaupun dulu bersyukur, tapi kita tak ke mana juga.Selalu mak ayah kita kata, syukurlah..kehidupan kita sederhana macam ni.Ada orang lain lebih teruk lagi dari kita..Betul, memang betul..tapi ingatkan dah tak boleh dapat lebih lagi, ingatkan setakat itu saja rezeki kita sekeluarga.

Rupanya salah cara berfiikir macam tu..Salah kefahaman kita tentang konsep kesyukuran itu..Rupanya selepas kita bersyukur, kita boleh mintak lebih lagi dari Allah.Allah cuma nak tahu sama ada kita hargai tak segala pemberianNya itu..Bersyukur sebenarnya kita perlu berterima kasih pada Allah..Sama juga macam seorang suami yang akan tolong lagi isterinya kalau dia dapat merasa pertolongannya itu di hargai..Dia akan bersemangat nak tolong lagi..Ini bermakna, bila kita menghargai dan berterima kasih pada Allah, ia menarik segala energy supaya apa yang kita minta itu dapat ditunaikan Allah..

Apa lagi yang kita boleh buat untuk mula mengubah kehidupan kita kalau bukan dengan kita mula dengan bersyukur, bersyukur, bersyukur lah...Berterima kasihlah pada Allah.Dari sekecil-kecilnya pemberian dan nikmat Allah..sehingga sebesar-besarnya kurniaan Allah, kita perlu bersyukur. Belajarlah untuk bersyukur dengan setiap perkara yang Allah bagi, seperti terima kasih Ya Allah saya dapat tidur lena dan nyenyak sepanjang malam semalam..terima kasih Ya Allah kerana membangunkan saya pada jam 3 pagi ini membuatkan saya boleh bertahajjud pada Mu Ya Allah.Terima kasih Ya Allah kerana memberi air kepada kita, dengan adanya air kita boleh mandi dan menyegarkan badan kita..

Adalah sesuatu yang impossible sebenarnya untuk kita menarik segala kejayaan dan kekayaan jika kita tidak ada perasaan berterima kasih terhadap apa yang telah diberikan kepada kita..Kerana, jika kita tak merasa gembira dan berterima kasih, itu adalah perasaan sedih atau emosi negatif..Sama ada kita rasa cemburu, atau rasa tidak puas hati atau ada rasa 'tidak cukup',emosi-emosi negatif ini tidak akan menarik apa yang kita nak..Dia akan lebih menarik apa yang kita tak nak..Segala emosi negatif itu akan block atau menutup segala kebaikan yang menghampiri kita..Contohnya jika kita nak beli kereta baru tetapi kita tak bersyukur dengan kereta kita sekarang ini, itu merupakan satu penolakan untuk kita dapat kereta baru itu..Kita tak berterima kasih di atas jasa kereta kita itu..


Bermulalah dengan bersyukur di atas apa yang kita dah ada dan kita dah dapat sekarang dan sebelum ini.Praktiskan setiap hari dan setiap masa.Bila kita mula berterima kasih di atas segala yang telah kita dapat selama ini, jangan terkejut jika semakin banyak datang kepada kita perkara-perkara yang kita nak syukurkan.Bermaksud,semakin banyak kita DIBERI NIKMAT oleh ALLAH...Bila kita mula berterima kasih kepada Allah di atas setiap pemberian kecilNya, Dia tahu bahawa kita sangat menghargai segala nikmat yang diberikanNya.Jadi, Dia akan beri yang lebih besar lagi..kita bersyukur lagi..Dia beri lagi.Percayalah, dengan HANYA BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH PADA ALLAH, kita akan dapat mencapai apa yang kita impikan..

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA KAYA

Monday, March 25, 2013

BERANI BERNIAGA 2013

HIMPUNAN QUOTES MENARIK DR AZIZAN OSMAN DI SEMINAR BERANI BERNIAGA - KL 24/3/2013

1.Orang yang bersyukur tidak akan komplen, orang yang komplen tidak akan bersyukur
2.Tahun ini merupakan Klinik Usahawan tahun ke 3, telah dihadiri oleh lebih 300ribu orang
3.Tahun lepas (2012), 32 orang jadi jutawan melalui Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman.(Tahniah!!!)
4.Dr.Azizan nak tolong orang yang makan gaji untuk memulakan sesuatu bisnes sampingan, sebab..kalau        makan gaji,Dr Azizan dah tolong kirakan, dengan duit gaji...kena simpan tanpa digunakan selama 43 tahun 1/2 baru boleh dapat jadi jutawan..
5.U suka atau tidak,berapa banyak pun simpan duit di bank..duit akan susut nilai..
6.Dr Azizan touch 1 million semasa berumur 32 tahun (Woww!!)
7.Nak buat apa pun kena ada ilmu..nak buat kek pun kena ada ilmu..buat apa sajalah kena ada ilmu..Nak dunia,nak akhirat semua ada ilmu...
8.Apa yang kita fikir,kita rasa,kita cakap,kita buat semuanya adalah doa...Alang-alang nak cakap, cakap yang best-best..
9.Kita yang tak menguasai budak kecik tu..jangan salahkan dia..(adusss..)
10.Orang yang enjoy life dia,lebih banyak perkara baik yang datang dalam hidup dia..
11.Kebanyakan multimillionaire datang dari keluarga yang susah/miskin
12.Macamana nak buat hilang biawak (kebiawakan)? Doakan orang lain..
13.Bisnes tu berjaya atau tidak berjaya bergantung kepada orang yang melakukannya..
14.Kita kena tahu sikap orang yang menjalankan,orang yang menguruskan sesuatu bisnes..
15.Orang yang berjaya, terus belajar...orang yang gagal, stop belajar..
16.Bagi yang tak pernah bisnes, jangan bisnes kalau anda tak tahu apa yang saya tahu..(mmm power ayat ni)
17.Nak bisnes, buat benda yang kita faham. (Senang je kan..)
18.Kunci bisnes adalah MARKETING, ramai yang buat kedai besar-besar,tapi tak buat marketing, bila orang tak datang mula nak cari TOK MOH...(banyak macam ni..ada yg terkena?..hehe..)
19.Sejak 2008-2013, Dr Azizan Osman telah membantu mereka yang MUFLIS menjadi JUTAWAN (Tabik spring!..toinkk toinkkk..)
20.Kalau kita tak percaya kita boleh kaya, macamana kita nak berjaya
21.Graduate suka tunggu kerja...apa kata BUILD BUSINESS...sediakan pekerjaan untuk orang lain! (Hebat kalau boleh jadi macam ni!..)
22.Belajar...belajar..belajar...tapi tak start start...
23.Dah takdir saya jadi miskin...Bila kita tengok apa yang ditulis di loh mahfuz? (betul jugak kann...)
24.Anak akan tengok bapak....Bapak bisnes, baru anak bisnes
25.BAHASA menyebabkan hidup berubah!.. (Strongly agree..)
26.Macamana manusia rasa selesa...sama seperti buat kajian ke atas katak..(orang yang pegi kelas je faham..hehe...)
27.Orang yang berumur 39 tahun dan 62 tahun tidak ada beza, sebab tak tahu berapa balance umur yang ada...
28.Syarat mencari MENTOR, Jangan cari mentor TONG KOSONG...orang yang tak pernah buat, yang tak ada bukti kejayaan..
29.SISTEM-Mc D berjaya ada 26,000 outlet
30.Hidup ini senang, fokus perbaiki diri...
31.Orang yang berjaya...adalah orang yang guna knowledge untuk..................(untuk apa yer, very good point tapi tak sempat nak kejar, SPEED betul Dr Azizan nii...adusss...)
32.Fahami diri sendiri,faham sikap,emosi diri sendiri dan orang lain.
33.Short term pain..long term gain!..
34.Kabel dengan Tuhan lebih bagus..tak boleh lawan dengan kabel-kabel lain!..(Setujuuu sangat..)
35.Ada tak orang yang nak belajar swimming,tapi tanya kat coach nak belajar free? Coach tu akan kata,lebih baik belajar dengan KATAK!..(hahahahahaha....)
36.Dr Azizan senaraikan bisnes-bisnes yang bagus untuk diceburi...Nak tahu, pegi kelas yer...(suspennnn...)
37.If u know how to market a product......u will success in any business (yg second half ayat sendiri..)
38.Kadang-kadang pelanggan tak payah cari..ianya datang melalui referral..(betul..betul..)
39.DATABASE is a KING!..(mmmm....memang sangat best kalau ada database ni..boleh SMS ucapan, macam2 lagi boleh buat untuk customer...i agree boss!..)

YANG PALING SENTAP:

40.SAMPAI BILA? dan....

41.Kalau ada duit....hari hari boleh cuti, hari hari boleh raya (Boleh balik raya sampai puasss)....Kalau tak ada duit, HARI RAYA TAK BOLEH RAYA...(heheheeee....pernah mengalaminyaa....)

Terima kasih tak terhingga kepada Dr Azizan Osman & Richworks di atas ilmu yang sangat membuka minda...Thank you! Thank you! Thank you so much!!..

Dan berbanyak tahniah kepada testimonial-testimonial terbaru Dr Azizan Osman yang sangat hebat..seperti Tuan Mohd Zaki dari Extra Moist Chocolate Cake -EMCC ( sale chocolate cake sahaja RM1 juta sebulan..Tahniah!..sangat hebat!!)..Pn Ayi Almond Cookies (RM 1000 sehari, bisnes cookies je..),Pn Zelda ( bisnes bunga),Syarifah (Cili Bangi),Tuan Rashidi Latif (engineer,part time jual baju..RM25K sebulan),Siti Hajar, Aida Rich (Restoran di Melaka),Chuchuk Chuchuk (lawyer..resign),Tuan Rosdiadi Ramlee (Nurul's Ice cream),Mr Gearbox (bisnes gear box kereta, masih bekerja sebagai pilot),Pn Sharina Shahar (Boboiboy),Ananas Pineaple Tart (bisnes tart nenas sahaja),dan banyak lagi sebenarnya....Tahniah kepada anda semua jutawan-jutawan atau produk-produk terbaru Dr Azizan Osman dan tahniah kepada Dr Azizan Osman & Richworks yang dapat melahirkan lebih ramai jutawan dari masa ke semasa.(Maafkan kami kalau ada tersalah fakta atau ejaan dan sebagainya, minta tolong perbetulkan di bahagian COMMENT di bawah, terima kasih..)


SEMINAR BERANI BERNIAGA AKAN DATANG:

29 MAC 2013 - KELANTAN
30 MAC 2013 - KUANTAN
31 MAC 2013 - SHAH ALAM

05 APR 2013 - ALOR SETAR
06 APR 2013 - PENANG
07 APR 2013 - IPOH
14 APR 2013 - JB

www.BeraniBerniaga.com

Saturday, March 23, 2013

NAK LAWAN SECRET RECIPE

NAK LAWAN SECRET RECIPE

Kami sering kali mendengar kata-kata seperti ini...Dulu,diorang kata kek kami ni sedap..boleh lawan SR? Paling terbaru, ada yang baru nak start bisnes, dah sediakan konsepnya yang menarik dan sebagainya, katanya nak lawan SR...Tapi, apa kata saya? Kalau niat nak buat bisnes ni untuk lawan orang, baik u simpan je konsep u,idea u tu...tak kira menarik macamana pun,insyaAllah tak berjaya..It's not a good idea at all...

Sebenarnya, bila orang kata kek ni lebih sedap dari Secret Recipe pun rasa macam bukannya bangga sangat tau..cuma rasa ishh, takkan macam tu kot, kami nak buat sesuatu yang berbeza,ada kelebihan kami sendiri..mula-mula buat bisnes pun tak pernah sebut dan ada niat nak lawan SR..langsung tak ada..bukan sebab rasa rendah diri, tapi rasa konsep pun dah berbeza..apa lagi bisnesnya...Memang kami pun teringin nak jadi setinggi dan sehebat SR, tapi bukan untuk melawan SR..

Jadi, bila ada yang katanya nak buat bisnes baking ni sebab nak lawan SR, saya rasa sangat pelik..Kalau yang nak meniru, itu bagi saya normal...bisnes memang seperti tiru meniru..copycat yang dah berjaya, insyaAllah kita akan berjaya...tapi bukan melawan..kalau melawan, niat pun dah jahat tu.. Sebab,kalau dah niat  nak melawan dengan orang, orang yang memang status SIFU...macam kita ada niat nak 'membunuh' atau menjatuhkan bisnes dia pulak kan?..Macam ada perasaan bangga kalau kita dapat menjatuhkan dia? Boleh ke ada perasaan macam tu? Rasa-rasanya Allah suka ke Allah redho ke hambaNya yang ada niat macam tu? Niat yang busuk macam tu?

Kalau Allah tak redho dengan niat kita, rasa-rasanya bisnes boleh maju ke? Awal-awal lagi...baru niat je, Allah dah tak suka..Jangan ingat kita niat semua tu kerana agama, kerana bangsa...Sepatutnya, kita cuma highlight kan kelebihan kita, apa bagusnya produk kita, betul kita nak buat produk HALAL untuk kaum bangsa kita..Kalau itu niat kita, memang murni..memang diredhoi Allah..itu lain, itu bukan nak melawan pun, kan.Itu lebih kepada nak memberi nilai kepada produk kita, nak menyelesaikan masalah ramai orang yang ingin mendapatkan produk HALAL yang diperbuat oleh pengusaha orang Islam.Itu bagus, itu insyaallah akan  berjaya..

Sebenarnya, tak payah la nak melawan sesiapa, buat saja bisnes kita, fikirkan macamana nak memberi lebih nilai kepada ramai orang..tak perlu nak sibuk-sibuk melawan orang, sedangkan bisnes kita tak seberapa pun..Sebab bila kita terlalu ghairah nak melawan..nanti kita tersasar matlamat asal kita,matlamatnya nak add value to other people's life, bukan nak menjatuhkan bisnes orang lain..Seeloknya, kita sama-sama berdoa kepada pengusaha-pengusaha bisnes lain semoga sama-sama maju dan diberkati Allah..tak kiralah orang tu bangsa apa, agama apa..Allah ada sebut ke kita kena doakan bangsa kita saja? Bila ada perasaan macam ni lah, makin lama kita akan bias..kita akan memilih orang untuk memberi kasih sayang...kita akan memilih orang untuk memberi senyuman..beri LOVE hanya pada bangsa kita? beri senyuman hanya pada bangsa kita?Pelik rasanya perasaan macam tu.Semuanya makhluk Allah.Mereka juga makhluk Allah.Mereka juga dicipta oleh Allah...

Tapi bila nak melawan tu bermaksud, dah lah kita dapat idea sedikit sebanyak dari dia... Tiba - tiba ada perasaan nak melawan dia..Lebih tak best lagi, ada yang meniru sebijik-sebijik konsepnya. Dari A sampai Z ditirunya..Perasan tak mereka dah berhempas pulas menaikkan bisnes mereka, idea dan konsep merupakan harta intelek seseorang..senang-senang kita nak copycat? Bersusah payah bertahun-tahun mereka cipta idea mereka itu, membuat branding dan positioning bisnes mereka, tapi kita yang setahun jagung baru nak masuk ni...nak melawan mereka? Respect lah sikit orang kata..Dah lama mereka bina bisnes mereka, kebijaksanaan mereka memang dah terbukti...sedih rasanya ada yang tiba-tiba tak respect orang lain macam tu? Kita boleh tiru..memang business is about copycat..tapi,tambah kan beberapa nilai yang mereka tak ada..berikan kelainan kepada masyarakat kita..itu pun susah?

Paling penting, cuba kita pulak rasa bagaimana kalau bisnes kita nanti 20 tahun atau 30 tahun akan datang menjadi BOOM...dan akhirnya ada pulak yang nak melawan kita, nak menjatuhkan kita....bagaimana anak cucu cicit kita nanti?.. Fikir-fikirkanlah...WHAT U GIVE, U GET BACK MORE..bak kata mentor kami...kita melawan orang, orang akan melawan kita balik...jangan tak respect orang, jangan tak pedulikan orang, tak kisahkan orang..nanti kita akan diberi balasan lebih lagi dari ALLAH SWT.


WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA ADIL..

Friday, March 22, 2013

ROAD BLOCK DALAM DIRI

Kita ingat kita dah pandai, kerana kita dah ada bisnes...kita ingat kita dah bijak, kita dah ada produk sendiri..kita ingat kita dah cerdik, produk kita dikatakan terbaik,ada potensi..Tapi berguling-guling buat promosi dan marketing,masih tahap yang sama..masih tak ke mana..Kenapa ye?

Dulu, kami pun sama...orang lain kalau baru bekerja, takkan boleh hidup mewah seperti kami.Berkereta mewah, melancong ke sana sini...Bisnes bagus, jual Beautiful dari Hai-O Marketing...tapi tiba-tiba bisnes merudum...Kereta mewah sangat lah tu kena jual,dulu Honda Accord dah kita rasa mewah sangat lah tu..kena jual sebab dah tak mampu nak bayar..2nd car satria kena tarik depan rumah..malunya pada jiran-jiran...rumah kena lelong, hari-hari orang ambik gambar depan rumah...

Bermulanya bisnes kek coklat,dari bawah merangkak-rangkak..Dengan bantuan kereta proton saga 1st batch lagi..itulah kereta yang banyak berjasa dapat menjelajah dunia perniagaan ini. 4 tahun  menjelajah, memang agak lama..akhirnya kami temui apa yang membuatkan kami tersekat-sekat untuk lebih ke hadapan lagi..Cari..cari..cari..rupanya ada roadblock dalam diri...

Apa dia road block tu? Masing-masing ada road block masing-masing...Kami di ajar mentor untuk melepasi road block itu..Cuba selami betul-betul seperti ada sesuatu yang tersimpan dalam hati...Bila mentor kata mungkin kita dah buat segalanya terbaik...bisnes dah bagus, marketing pun dah hebat...people skill semua ada..tapi naik naik naik, jatuh balik...naik naik naik jatuh balik...mesti ada yang tak kena..

Bila kita cuba muhasabah diri, baru kita perasan yang bisnes ni sebenarnya bukan setakat ada produk untuk dijual,bukan setakat ada produk yang digilai ramai, bukan setakat marketing yang gila-gila, tetapi bisnes ni sebenarnya berkait rapat dengan HABLUMMINALLAH.....dan HABLUMMINANNAS.....

Ada orang yang dah berjaya, tetapi tiba-tiba jatuh...mungkin hubungan dengan Allah dah terbaik, dari segi solat,dari segi kehidupan yang mengikut sunnah, tapi bagaimana pula hubungan dengan sesama manusia? Ada yang menyimpan dendam kesuma, atas kesilapan silam, dah keturunan demi keturunan...tapi masih tak boleh nak memaafkan...masih dengan ego masing-masing...ibu bapa nenek moyang semua dah meninggal dunia, tapi saki baki generasi yang ada berdendam antara satu sama lain atas masalah-masalah keluarga seperti berebut harta, mungkin di sebabkan salah faham dan sebagainya...Itulah road block bagi sesetengah orang...Selagi ada road block itu, terutamanya jika keluarga yang terdekat yang terlibat..seperti ibu,bapa, abang,kakak dan sebagainya..selagi itulah kita buatlah bisnes apa pun...tapi jika kita tidak memaafkan dan memperbaiki hubungan antara manusia ini, pasti kita akan terus tersekat-sekat....bangun, jatuh semula...bangun, jatuh semula...Hidup tak akan tenang, tak akan aman..hati sentiasa tak tenteram...

Ada yang hubungan dengan manusia ni sangat perfect, tak ada gaduh-gaduh, tak ada sifat berdengki, tak ada sifat sombong diri, dilihat sebagai manusia yang paling perfect, baik..berakhlak mulia..baik sangka dan hormat sesama manusia, ibu bapa di jaga di belai dengan baik, segalanya nampak perfect...tapi bagaimana pula hubungan dengan Allah?..Ada hubungan yang baik tak dengan Allah? Ada connection tak? Ada kasih sayang dengan Allah tak? Yakin tak dengan Allah? Bercinta tak dengan Allah? Bergantung tak dengan Allah?...Jawablah sendiri...cari dan galilah sendiri...

Itulah yang perlahan-lahan kami fahami tentang bisnes ini...perlu ada semua ini,HABLUMMINALLAH DAN HABLUMMINANNAS... insyaAllah jika ada perhubungan ini,segalanya akan berjalan lancar..Carilah road block masing-masing..cuba perbaiki, memang bukan mudah..tetapi itu adalah pasti, jalannya dah nampak...Cahaya akan lebih bersinar-sinar!...

WALLAHUALAM...

ALLAH MAHA MENGASIHANI


Thursday, March 21, 2013

KESILAPAN KAMI

KESILAPAN KAMI

JANGAN TIRU MACAM KAMI....Banyak kesilapan yang pernah kami lakukan sepanjang menjalankan bisnes ini dan ada kesilapan yang baru dilakukan, kesilapan-kesilapan yang TAK BOLEH ditiru jika anda semua nak cepat menuju puncak..

1. TAK CARI ILMU
Selama 4 tahun berniaga kek dari rumah (2006-2010),kami tidak keluar mencari ilmu. Ingat pandai la sangat..Ingat tak perlu ilmu-ilmu berniaga ni..dulu kan dah pernah buat bisnes MLM, ingat dah terror la tu..Betul-betul tak pernah rasa ilmu penting untuk memulakan perniagaan. Tambah lagi, bila dengar tentang Program-program Dr Azizan Osman, ingat motivasi biasa..dulu pernah juga ke seminar motivasi, dari zaman sekolah sampai ke zaman universiti, tapi..selalunya motivated sekejap, bila balik tu..kembali ke asal.,menjadi insan yang biasa, sama seperti orang lain..

2.TAKUT
Dulu,semua benda takut..takut nak keluar dari rumah..buat je bisnes kat rumah..Takut boleh ke bayar sewa kedai? bil elektrik?bayar gaji pekerja?..Takut tak dapat pekerja..Ada ke orang yang nak bekerja dengan kami?Takutt..takutt..takutt...Semua perkara nak takut..

Sekarang,bila dah ada ilmu...hilang ketakutan..Tapi ilmu apa yang dipakai? Bukan pakai-pakai..ilmu tu hanyalah ilmu untuk ubah cara pemikiran, ilmu untuk kuatkan mental..ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah Maha Pencipta..ilmu untuk berasa yakin seyakinnya Allah Maha Pemberi Rezeki...Belajar ilmu-ilmu tu dulu..insyaallah..hati akan rasa lebih tenang, lebih bahagia..hilang rasa takut, yang kita takut hanya pada Dia...itupun kalau kita buat salah, buat dosa..kalau tak buat salah, tak buat dosa..Dia akan menyayangi kita..Allah Maha Penyayang...

2.EGO-BURUK SANGKA
Dah la ego, rasa pandai la sangat..berbelas tahun terlibat atau bekerja dalam bidang Human Resource, terasa siapa pulak yang nak mengajar aku?..Selalu trainer yang buat training kepada staff di tempat kerja saya, ada slide..cerita berdasarkan slide itu...semuanya teori semata-mata...Jadi, ingatkan sama lah si Dr.Azizan Osman ni..Cakap je pandai...nanti mesti ada agenda dia nak ambik duit kita lagi...Ha ha..punya la biawak dolu-dolu..Buruk sangka teruk sangat, ingat kita je pandai dalam dunia ni, orang lain semua ada agenda jahat masing-masing...ish..ish..ish....Kalau dari dulu bersangka baik dengan orang, mesti dah lama kaya...

3.KEJAR DUIT
Dulu, sebab tak belajar kann....pastu dah la tak pernah ada ilmu dan pengalaman..bukannya datang dari  business family pun..Ingat sama lah, bila buat bisnes ni..cari untung lah..apa lagi? Takkan bisnes nak buat kebajikan pulak? 4 tahun dari satu kedai ke satu kedai...mencari market.Marketing tak pernah buat, tapi bila ingat-ingat dulu bukan ke grad dalam bidang Business? Dah belajar semua pasal marketing..nape tak apply? Laaa kan, tak perasan pulak pernah belajar marketing..4 tahun tu belajar..Bila keluar universiti, jadi sama jugak macam orang tak pernah masuk U..baik dari awal tak payah masuk U..hehe..

Sekarang,mentor ajar..kena sharing, add value to other people's life..Pelik jugak mula-mula pikir..cana lah bisnes kek ni nak add value?nak sharing?..heheh...tapi bila muhasabah diri...masuk dalam gua kejap..baru dapat idea, buat sistem dealer!..Cari dealer banyak-banyak, buat package yang kita boleh kongsi rezeki Allah ni dengan orang lain..Itu lah yang paling tak boleh lupa kata-kata cik Polis Khairil namanya..kata Khairil, abang akak...dengan duit bisnes kek ni lah saya dapat bayar duit kereta saya, duit rumah saya..gaji tak sentuh pun..Dulu dia datang ambik kek dengan motor, tak sanggup saya nak tengok,rasa hiba sangat..betul kah aku ni membantu mereka? Atau aku menyusahkan mereka? Terpaksa  bawa,isterinya peluk kuat-kuat kotak kek tu..takut jatuh..sedih tengok, sebab dulu-dulu pun kita suami isteri naik motor jugak..tapi semangat tak lah macam diorang ni...Sekarang, dah pakai kereta..datang pun berseri-seri..senyumm je..Alhamdulillah...

4.TAK BUAT MARKETING
Dulu langsung tak buat, jual la dari sorang ke sorang, dari kedai ke kedai..4 tahun buat benda yang sama,kejar duit..sampai berjanggut jugak lah..Kalau sekarang, mentor kata terhegeh-hegeh slow giler..3 tahun dah patut jadi JUTAWAN kata mentor. Dulu kata, merepek la..takkan cepat macam tu?..Kejar duit sampai penat termengah-mengah..setiap hari keletihan, keluarga terbengkalai..mana taknya, gila mengejar duit...mestilah penat...Sekarang, mentor ajar jangan kejar duit, biar duit mengejar kita..belajar menjadi money magnet, rasa melekat-lekat duit kat badan..Kalau tau dari dulu, alangkah bahagianyaaaa....

5.BURUK SANGKA LAGI...
Dulu mula-mula nak ambik pekerja, suka buruk sangka kat orang..pelik betul perangai dulu-dulu ni..Ada yang datang interview,alamakkk...panjangnya kuku dia..macamana nak buat tart ni? Masa tu nak ambik pekerja untuk tart..Tapi disebabkan aura negatif banyak sangat dulu tu...susah nak lekat dapat pekerja..buruk sangka banyak sangat..jadi yang kuku panjang tu ambik jugak lah..Tapi rupanya, bila diminta potong kuku, dia menurut...rupanya bila start buat kerja, mak oiii....lajunya buat tart, tak payah buat mesin kalau ada Ipat ni..(nama dia Ipat). Memang tak payah buat mesin, sebab dia memang jenis yang kurang bercakap, buat ja kerja...speed dia buat tart tu memang orang lain tak boleh lawan lah..hehe...Lepas tu, terus belajar pasal baik sangka..alhamdulillah, dah senang lekat dapat pekerja-pekerja idaman semua orang seperti mana yang ada sekarang ni...Alhamdulillah...

6.SEMUA BUAT SENDIRI
Dulu, semua kerja nak buat sendiri..kita lah buat marketing,kita lah beli barang, kita lah buat akaun..kitalah jaga pekerja..kita lah jaga customer..(Tapi tak lah sampai tahap kitalah kena jadi cashier,sebab tak percaya kat pekerja..kesian tengok sesetengah tokey yang kena jadi cashier sebab takut pekerja curi duit?...hehe...).

Tak reti nak leverage ni..rasa tak puas hati lah..rasa takut pekerja buat salah lah..Sama saja, kami pun sama seperti anda..Tapi, bila dapat elmu secara mendalam..fahami betul-betul...Minta pada Allah idea-idea untuk menguruskan semua ni..Insyaallah, everything settled!..Semuanya leverage je, barulah boleh jadi business owner..bukannya bekerja sendiri, semuanya sendiri buat..lagi
tak best, ada orang..production pun buat sendiri, ye lah..takut resepi orang lain tahu..nanti dia balik kampung dia buat bisnes pula? hehe...Allah ada tulis ke bisnes ni untuk yang bernama kita saja yang punya?..Ada ke Allah kata 1 bisnes untuk 1 makhluknya?Bukankah Dia sediakan bumi yang luas..sumber alam yang banyak...takkan nak monopoli sorang-sorang?..

7.START AS ENTERPRISE
Dulu, ingat bisnes kecik-kecik..tak kan terus nak register Sdn Bhd kot?..Malu lah, nanti orang kata wow besarnya bisnes sebab Sdn Bhd? Malu la...rasa macam perli pulak..So teruslah bertahun-tahun tak tukar ke Sdn Bhd..Dulu ingat banyak kerja sangat nak buat kalau nak register Sdn Bhd..rupanya bila dah ada ilmu, senangnya...upah la sorang akauntan untuk buat semua ni..bagi je kerja kat mereka yang pakar..mudah sangat..

Rupanya, bila belajar dengan Jerry di Richworks,oohh...penting sangat register as Sdn Bhd ni..Ini lebih kepada finance management.Senang kalau Sdn Bhd ni,mudah untuk buat loan dengan bank dan sebagainya...Banyak sangat keperluan dan kelebihannya..itu kena tanya pakar lah kan..

Banyak lagi kesilapan kami sebenarnya..tapi rasa-rasanya itu lah yang major..Diharap sama-sama boleh  belajar sesuatu dari mistakes yang kami lakukan.Paling penting cukupkan ilmu di dada..ubah cara pemikiran..insyaallah YOUR DREAMS WILL COME TRUE!..

Jangan Tiru Macam Kami!

ALLAH MAHA BERKUASA


Wednesday, March 20, 2013

BERSANGKA BAIK SESAMA MANUSIA

BERSANGKA BAIK SESAMA MANUSIA

Hablumminallah...hablumminannas....Menjaga hubungan yang baik dengan Allah,menjaga hubungan yang baik dengan manusia...Rupanya Allah tidak hanya menekankan supaya kita mempunyai hubungan yang baik dengan Dia sahaja..Allah juga menekankan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama kita juga makhluk Allah..Adalah tidak complete hidup kita jika kita hanya berbaik-baik dengan Allah sahaja...tetapi kita menyombong dengan sesama manusia.

Itulah yang selalu berlaku dalam kehidupan kita. Ada yang hanya mempunyai hubungan yang baik dengan Allah..segala-galanya mengikut perintah Allah..dari segi solatnya,dijaga sangat baik..dari segi berpakaiannya...kita tahu betapa rapatnya mereka ini dengan Allah..tetapi ada yang tidak menjaga hubungan sesama makhluknya..suka menilai apa yang dilihat secara kasar terhadap sesama manusia..Adakah ini contoh manusia yang disayangi Allah?Mereka hanya menjaga hubungan dengan Allah, bersangka baik dengan Allah..tetapi bersangka buruk terhadap makhluk Alllah..

 Bersangka baik atau think positive tentang semua orang itu adalah sesuatu yang setiap dari kita perlu ada..Memang bukan sesuatu yang senang, tetapi kita dah kena mula berbuat sesuatu tentang ini..Kita dah terlampau terikut-ikut cara nenek moyang kita yang dulunya tidak mempunyai ilmu ini..Contoh bersangka baik ialah..untuk yang pertama kali nak ambik bibik atau pembantu rumah, apa perasaan yang perlu ada dalam hatinya?Kebanyakannya yang saya lihat ialah,mereka dah judge awal-awal..kita perlu berhati-hati, siapkan list tugas yang perlu dilakukan..dari pukul 5 pagi sampai 9 malam..contohnya lah..segala-galanya dah bersedia dari awal..Ramai yang akan berfikir, memang itulah yang perlu dilakukan? Itu menunjukkan awal-awal lagi kita dah bersangka buruk dengan pembantu rumah baru kita yang belum sampai pun lagi ni?

Sepatutnya saya rasa,sebelum kita apply pembantu ni, kita dah mintak pada Allah dulu kriteria maid yang kita nak..Bila kita dapat, kita kena yakin yang kita dapat seperti kita minta..bila kita dah tahu kita akan dapat maid yang baik, kita perlu buat persediaan yang kita akan menerima seorang yang sangat baik..Buat satu kenduri untuk menyambut kedatangan maid ini..Pertama kali bersalam,serahkan hati padanya..serahkan LOVE padanya betul-betul dari hati ke hati..Tunjukkan padanya yang dia bakal menjadi a part of our family..Kalau dia mempunyai niat yang tak baik pun pada mulanya, mungkin dia akan berubah hati bila tengok dia dilayan dengan begitu baik sekali oleh semua ahli keluarga kita?Kalau awal-awal lagi kita dah letakkan barrier,dah melayan cerita-cerita negatif kawan-kawan mengenai maid ni..kita akan sentiasa buruk sangka tentang mereka..sedangkan mereka juga hamba Allah,mana tahu rupanya mereka adalah makhluk terbaik di sisi Allah?Maafkan saya, saya bukan sekadar bercakap..tetapi saya mengalaminya sendiri..Alhamdulillah,selama ini..saya saya dibantu oleh pembantu yang pertama yang bekerja sehingga 11 tahun..dan yang kedua ini sudah bekerja hampir 5 tahun..Dan saya katakan padanya,Kak Nila jangan risau...kalau ada jodoh kita, kalau diizinkan Allah,saya akan jaga Kak Nila sampai ke akhir hayat Kak Nila..kerana kami sangat menghargai kasih sayang yang maid kami berikan ini...terlampau bernilai pengorbanan beliau..Terima kasih Ya Allah..

Sama juga dengan pengambilan pekerja untuk yang berbisnes..Sangat ramai yang datang berjumpa kami bertanyakan tentang pengambilan pekerja ini..Bisnes mereka memang nampak potentialnya, tetapi susah nak grow..produk mereka hanya boleh buat 300 pcs sahaja sehari..contohnya..Mereka teringin nak meningkatkan kapasiti mereka,tetapi mereka bertanya bagaimana caranya? Bagaimana lagi kalau dengan mengambil pekerja? Mudah sangat..nak tambah kuantiti produk kita..tambah seorang pekerja..nak tambah lagi nanti..tambah lagi pekerja..Yang kelakarnya, ada yang tanya pada kami, habis macamana dengan resepi? Hah? Saya teringat lagi,apa yang pertama sekali keluar dari mulut saya ketika seorang adik ni bertanyakan pada saya..Ha ha ha!!...Akak nak gelak boleh?..Terkejut jugak dia..hehe..Saya jawab, awak ingat awak je dalam dunia ni boleh buat produk ni ke? Sorry to say,awak je yang boleh buat sesedap ni ke?Awak fikir macam tu ke?...Banyak lagi dik,orang yang boleh buat macam produk u ni kat luar..masuk internet,semudah satu sentuhan je, orang dah boleh dapat resepi produk u ni..mungkin mula-mula dia buat tak sedap..lama-lama dia dah boleh create resepinya untuk menyedapkan lagi..mungkin lebih sedap dari yang awak buat?..Inilah mentaliti nenek moyang kita yang masih ada dalam diri kita...Itu dah bersangka buruk tentang orang kan?

Yang bestnya, ditambah lagi soalan, okay..kalau saya ambik pekerja yang bekerja di rumah saya..Boleh ke saya tinggal dia seorang dalam rumah, sebab akak dan abang kata saya sebenarnya kena buat marketing, bukannya buat production? Takpe ke saya tinggalkan pekerja di rumah saya?..Hehe..itu satu lagi, suami saya tanya pada dia..Ada apa dalam rumah u sampai tak boleh tinggal macam tu? Ada selonggok emas ke?..Lain la kalau rumah Nadia Hana Gold..hehe.. Faham tak maksud saya?..Apa sangat yang nak ditakutkan?..Kalau kemudian kita nampak memang pekerja kita ni bermasalah, senang saja..buang..cari lain...Ada juga dah pernah ambik pekerja, dia kata..dah ambik 2 orang kak untuk hantar kek..dua-dua buat hal..disapunya duit kek tu..Pastu, ingat dua orang tu je ke pekerja yang ada dalam Malaysia ni? Ingat kitorang tak pernah kena ke? Adusss...hehe...

Teringat pula minggu lepas salah seorang pekerja saya Yusof namanya, menceritakan kepada saya dengan excitednya..Apa citer pulak ni? Rupanya kata Yusof, dia nampak ada orang jual kek macam kita ni dekat kedai berhampiran rumahya..Kek sama,tapi bekas lain..Kesiannn
Yusof ni..dia tak tahu sebenarnya kat luar sangat sangat banyak orang buat...dia yang tak pernah tengok..Saya katakan padanya, Yusof....biarlah diorang nak buat..u ingat kita saja ke suka buat kek coklat ni? U ingat kita saja ke yang nak untung dengan bisnes ni? Diorang pun pandai jugak buat..diorang pun teringin juga nak buat bisnes kek coklat sebab dengar cerita buat kek coklat je pun boleh jadi kaya? hehe...Diorang pun sama macam kita..bukan kita saja nak maju..Diorang pun teringin nak maju...kan?..

(Maafkan saya,kami tetap manusia biasa yang sering melakukan kesilapan..contoh di atas hanya yang dirasakan boleh dijadikan iktibar..bukan untuk tujuan lain...)

WALLAHUALAM...

ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Tuesday, March 19, 2013

BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH

BERBAIK SANGKA LAH DENGAN ALLAH

Sebagai orang Islam,kita dah diajar oleh ibu bapa kita,nenek kita,guru dan ustazah kita..walau apapun yang kita lakukan, walau bisnes apa pun yang kita jalankan, kita perlu berbalik kepada Dia, Allah Maha Pencipta..Dalam setiap proses kehidupan atau proses perniagaan, kita perlu ada Dia disisi kita..Bukan sahaja sewaktu kita mula mencari-cari idea untuk bisnes, tetapi juga sewaktu kita sudah berada di puncak..Orang lain mungkin silih berganti, tetapi Dia pasti tetap bersama kita..

Tapi..apa yang berlaku, kita bermula dengan tidak berasa yakin Allah boleh membantu kita..Sebab itulah kadang-kadang kita nak resign pun masih ragu-ragu..Maaf, saya bukan nak encourage orang untuk berhenti kerja, tetapi ini untuk mereka yang dah tak berminat bekerja, mereka yang lebih berminat nak berbisnes.Hati dah tak berada dalam ofis tu, jiwa dah memberontak..diri merasakan terseksanya terpaksa bangun pagi setiap hari,meninggalkan anak kecil dijaga dan dibelai oleh bibik saban hari..tapi bila hati dah kuat nak resign, mulah lah rasa bolehkah kita hidup kalau berhenti kerja di company yang kukuh ini? company yang besar ini? biasanya bonus 4 bulan, ada juga company yang beri bonus 12 bulan?..

Semua ini berlaku kerana kita tidak yakin dengan Allah..di mulut memang kata yakin, tapi sebenarnya kecut perut..Nak start buat bisnes pun takut-takut..takut gagal...Kenapa kita takut gagal sedangkan kita ada Allah? Inilah dia..kerana kita tidak memulakan sesuatu perbuatan itu bersama-sama Allah..kita tidak tanyakan kepada Dia dulu..Minta idea Dia dulu, minta permission Dia dulu?..

Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya kita perlu sandarkan dan bergantung dengan Allah..Tapi, kita perlu yakin dan berbaik sangka dulu bahawa Allah itu ada lah segalanya..Berbaik sangkalah dengan Dia..bila kita mula berbaik sangka dengan Dia, barulah dia akan memberi..memberi...dan memberi lagi..Dulu saya pun sama, kita sentiasa terasa kita ni banyak dosa dengan Dia..kita terlalu di ajar tentang takutkan api neraka..betul..memang tak salah..supaya itu akan menghindar kita dari melakukan dosa..

Tapi, bila saya lebih faham apa yang diajar oleh Mentor, berbagai 'law' yang diajar..kita relatekan dengan agama kita..dengan kefahaman kita.Ini lah 'law of attraction'..Apa kata kita mula ingatkan syurga....sentiasa menyebut syurga..barulah kita dapat syurga..dan sentiasa ingat Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun..maka kita akan rasa lega sangat..Rupanya Allah mengampun kan dosa kita kerana Allah tu Maha Penyayang..Allah itu Maha Pemberi Rezeki..bukannya syarikat yang kukuh itu yang memberi rezeki..tapi semuanya datang dari Allah jua..

Sebenarnya, bila kita dah mula berbaik sangka dengan Allah..segala rintangan dalam bisnes dan sebagainya, kita akan rasa tenang sangat..pasti Allah nak menguji kita supaya kita menjadi lebih kuat dan Dia dalam proses nak menaikkan darjat kita lagi..Allah nak memberi lagi lah tu..Bila berbaik sangka dengan Allah, terasa hidup sangat mudah..Doa dapat..doa dapat..doa dapat...Yang best lagi, bila kita mula berbaik sangka dengan Allah, terasa nak melekat je kat sejadah..terasa nak berlama-lamaan di situ merayu-rayu dan meminta-minta pada Dia..Dulu selalu rasa pelik kenapa la tok kita,mak ayah kita..kalau solat tu lamanyaa..tak habis-habis..kalau kita ni, berapa minit je dah setel..Rupanya bila kita kenal Allah..barulah tahu betapa nikmatnya berlama-lamaan di atas sejadah..betapa nikmatnya bila dapat berkomunikasi dengan Allah..dalam kereta ke, dalam ofis ke...di mana sahaja kita boleh berkomunikasi dengan Allah..Semakin banyak kita berkomunikasi dengan Allah, semakin banyak kita berdoa dengan Allah..semakin timbul perasaan baik sangka dengan Allah..

Di rumah juga, kita kurangkan menakut-nakutkan anak-anak kita dengan api neraka, tetapi lebih kepada menampakkan mereka dengan syurga Allah..Pagi-pagi semasa minum pagi dengan anak-anak, kami berdoa" Ya Allah,berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami..dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.." kalau ikutkan, doa asalnya.."Ya Allah, berkatilah rezeki
yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari api neraka"..Kami tukar kepada syurga kerana pagi-pagi tak naklah bayangkan api neraka..pagi-pagi kami nak bayangkan keindahan syurga...
Bukankah bila kita sentiasa menampakkan kebaikan Allah..kita semakin berbaik sangka dengan Allah?..





Monday, March 18, 2013

MINTA,YAKIN DAN ALLAH MEMBERI...

MINTA,YAKIN & ALLAH MEMBERI

Kita dah tahu dan faham bahawa apa yang kita inginkan dan impikan, kita perlu minta dan berdoa pada Allah.Untuk kita lebih clear dengan matlamat kita,tuliskan semua yang kita impikan itu.Namakan buku anda itu buku impian,atau buku matlamat atau apa saja yang anda suka.Itu merupakan doa kita dalam bentuk tulisan,sama saja, doa juga..Kemudian, selepas kita tulis apa impian kita, kita seharusnya yakin seyakinnya dengan Allah, bahawa dia pasti memberi..Mudah saja,kalau Allah kata Dia nak beri dalam masa sehari,Kun Fa Ya Kun...jadi...kalau Dia kata tunggu, beri orang lain dulu, turn kita setahun lagi..pun Kun Fa Ya Kun...tahun depan baru kita dapat apa yang kita minta tu..

Selepas kita minta pada Allah, yakin dengan Allah, kita perlu bersedia untuk menerima..Kita perlu rasa dan tanamkan perasaan betapa indahnya saat bila kita menerima apa yang kita minta itu..Dari sekarang kita dah rasa perasaan gembira itu.Sangat penting to feel good, gembira..kerana segala impian akan tercapai dalam keadaan kita gembira, cuba kita alert dari sekarang tentang ini. .Bersyukur dari sekarang,rasakan dari sekarang betapa Allah sangat menyayangi kita..jangan buruk sangka dengan Allah, berbaik sangka lah dengan Allah..Dia sayang kita, tak kira kita ni siapa..ustaz atau ustazah, ada PHD atau ada SPM, orang bisnes atau makan gaji..semua Dia sayang kerana ALLAH MAHA PENYAYANG..

Bila kita dalam keadaan gembira,feeling good..kita dalam frekuensi untuk menerima..Kita tengah menarik segala yang baik-baik datang ke dalam hidup kita..Sebab itu kita diajar mentor untuk senyum,senyum,senyum...Dia ajar kita untuk duduk didalam frekuensi ini..Sama juga macam yang kita belajar tentang law of attraction..itu la dia..sama saja..

Betul, ada juga kata kita perlu ada usaha, baru boleh dapat..sebenarnya, kalau kita betul-betul allign pemikiran kita dengan tindakan kita,Allah akan membawa kita atau melorongkan kita ke jalan yang benar.Inilah maksud kepada ayat-ayat al-quran yang selalu kita jumpa..perasan tak? Ini lah yang Allah nak lorongkan kita..bawa kita ke arah impian kita.Kadang-kadang kita tak perasan pun kita ada action atau usaha ke arah itu..kerana cepat sangat kita dah sampai dan dapat apa yang kita minta..Bagaimanapun,kita perlu alert tentang kita diberi ini..kerana di situlah punca untuk kita BERSYUKUR...

Bila kita akan dapat apa yang kita minta? Itu semua Allah saja yang tahu bila Dia nak bagi...Sebenarnya,terpulang juga bagaimana yakinnya atau tidak yakinnya kita untuk menerima..Contohnya, kalau kita nak untung jualan kita RM 100,000sebulan.. Tapi mind kita sentiasa berkata angka tu sangat besar...kita akan dapat,tapi lambat sikit..maka lambat lah dia..Ia terjadi kerana kita yang fikir figure tu besar sangat, itu yang prosesnya lebih lambat dari mendapat RM10,000 sebulan.

Contoh paling senang kita sentiasa menerima ialah kita sering mendapat parking, dulunya sebelum kita tahu caranya, tempat itulah kita terpaksa pusing,pusing, pusing cari parking...tapi bila dah tahu nak gunakan minda kita, terasa mudahnya hidup ni...Baru-baru ni, saya yang sering berdoa dulu dari rumah untuk dapat parking ke sekolah anak yang jem dan sentiasa banyak kereta setiap pagi, tapi untuk saya , tak pernah rasa susah parking..selalu rasa mudahnya...ada saja kereta yang keluar bila saya sampai..tapi sekali tu saya terlupa nak berdoa pada Allah untuk meminta parking di sekolah anak..maklumlah, bila dah terlambat tu,terlupa semua..bila sampai..hairan jugak,kenapa banyak kereta sangat terpaksa tunggu lama..baru teringat saya terlupa berdoa!..Terus minta maaf pada Allah,bermakna saya dah terlupa padaNya sejam yang lalu...




Sunday, March 17, 2013

Testimonial Dr Azizan Osman: Pn Roslina Shaik Dawood

BERANI BERNIAGA 2013 - Metro Ahad 17 Mac 2013

Testimonial Dr Azizan Osman dari Richworks International Sdn Bhd.
Kisah Puan Roslina Shaik Dawood  (FB: Juaimurah Preloved)

"Selepas Hadir Ke Kelas,Jualan Melonjak RM49,000 Sebulan"

Saya mula mendapat ilham untuk menjual barang-barang terpakai apabila saya diberhentikan kerja saat ekonomi negara merudum jatuh.Perjuangan berniaga barang terpakai ini saya teruskan juga kerana saya tidak sanggup melihat suami berpenat lelah mengisi perut kami sekeluarga.

Memandangkan saya sudah biasa berniaga sebelum ini,jadi saya mulakan semula perniagaan menjual barang terpakai dengan mainan anak-anak saya yang tersimpan di dalam almari.

Dari perniagaan sekecil itu,saya mula membuat perniagaan import dan eksport mainan terpakai dari Singapura dan kemudiannya dari United Kingdom.Perniagaan saya berkembang dengan adanya kedai lot kecil,dan kemudian saya berpindah ke kedai lebih besar dengan sewa rm3400.

Enam bulan selepas mula berniaga,saya ditawarkan kembali bekerja dengan majikan lama saya tetapi di cawangan yang lain.Keputusan saya itu membuatkan saya perlu bekerja sambil berniaga.Namun,hasilnya tetap sama.Saya masih biasa-biasa.

Barang-barang import saya mula menunjukkan hasil negatif.Import banyak,tetapi jualannya boleh kira dengan jari sahaja.Saya mula berputus asa,dan tidak berimpian untuk menjadi kaya lagi.Hanya bersyukur dengan apa yang ada pada waktu itu.

Jualan barang-barang atas talian saya hanya mampu mencecah RM15,000 sebulan.Jualan di kedai pula hanya RM7,000 hingga ke RM8,000 sebulan.Sedangkan kos tinggi bagi barang yang saya import.Akhirnya,saya rugi selama tiga tahun berniaga.

Sehingga tiba pada titik bermulanya kehidupan baru saya pada bulan Mei 2012.Dua orang sahabat dari laman sosial Facebook seringkali berkongsi cerita berkenaan Dr Azizan Osman.Saya terpaut.Jadi bermula kelas pertama dan percuma yang saya hadiri di Pulau Pinang.

Dengan semangat kesungguhan untuk menyedut lebih banyak ilmu,saya dan suami mendaftar untuk kelas Dr.Azizan Osman seterusnya,iaitu Klinik Usahawan Dr Azizan Osman.Pada waktu yang sama,saat semangat sedang memuncak,saya menyewa kedai lebih besar dengan nilai RM4,800.Hasil jualan pada ketika itu lebih baik berbanding sebelumnya.

Selesai kelas tersebut,kami terus rebut peluang untuk ke program lanjutan beliau.Sebaik tamat kelas dan mula bertindak,syukur kepada Allah,jualan saya meningkat naik hingga RM49,000 sebulan.Formulanya cuma ikut ilmu yang diberi,bertindak dan sentiasa senyum.

Segala puji bagi Allah,persepsi kaya pada saya juga ikut berubah.Kekayaan memberi peluang pada saya untuk menambah nilai dalam hidup orang lain,iaitu dengan amalan sedekah dan zakat.Kekayaan beri saya lebih ruang waktu untuk bersama dengan anak-anak di rumah,sambil menjalankan perniagaan dari rumah.

Ilmu yang Dr.Azizan Osman sampaikan sudah menjerat saya masuk ke lembah insan-insan jutawan.Dengan izin Allah,saya pasti jadi jutawan kaya,berjaya dan bahagia berkat tunjuk ajar Dr.Azizan Osman.

Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr.Azizan Osman,Tuan Jerry dan Team Richworks yang banyak membantu.

Saturday, March 16, 2013

YAKINLAH DAN PERCAYALAH PADA ALLAH

YAKINLAH PADA ALLAH

Dari kecil lagi diajar untuk berdoa dan meminta pada Allah SWT..Ustazah kita pun seringkali berpesan pada kita harus sentiasa berdoa.Kita faham,jadi kita teruskan amalan berdoa ini sampai kita dewasa.Tetapi,ada yang bila berdoa..ada yang kata entah dapat entah tidak..Ada yang mempertikaikan kenapa doanya tidak diperkenankan Allah..

Kita harus yakin sebenarnya..Sangat yakin bahawa Allah pasti beri.Yakin bahawa setiap kali kita meminta,kita tahu kita pasti dapat suatu hari atau suatu masa nanti.Allah tengah memprosesnya,hanya Dia yang mengetahui bila masanya yang sesuai untuk memberi pada kita..menurunkan pada kita.Kita perlu tenang sahaja, tidak tertunggu-tunggu..Kalau kita pun, kalau anak-anak meminta itu dan ini..dan mereka memaksa-maksa kita, mesti tak suka, kan?Jadi, kita perlu faham bahawa Allah tahu bila Dia nak turunkan kepada kita kereta yang kita minta itu..rumah banglo yang kita minta itu..bisnes yang kita idamkan itu.Dia hanya akan memberi kepada orang yang yakin bahawa Dia akan memberi sahaja.Kalau yang tak berapa yakin dengan Dia, Dia akan uji dulu..uji,uji,uji..tapi akhirnya Dia akan beri juga..

Bagaimana nak begitu yakin? Senang saja, sama saja kalau kita tempah kereta BMW atau dah buat perjanjian jual beli rumah, kita dah tahu semua itu milik kita bukan? Dah confirmed..cuma kereta je belum dapat, belum sampai..hari-hari dah dapat bayangkan kita memandu kereta BMW warna kesukaan kita..Ataupun contohnya kalau kita memenangi sesuatu peraduan.Kita mendapat panggilan bahawa kita adalah juara kepada pertandingan tersebut, hadiahnya dapat RM 1 juta..konfem ni, dah ambik gambar, masuk tv, masuk surat khabar..Semestinya kita terlalu gembira kan? Mungkin ada yang akan buat kenduri doa selamat,tapi sebenarnya duitnya pun tak terima lagi...Itulah dia, perasaan yang perlu ada untuk kita merasa yakin apa yang kita mintak akan dapat.Tak kira kita ni ustaz atau ustazah, orang kaya atau miskin, orang berbisnes atau bekerja..semuanya sama saja, Allah mendengar permintaan setiap makhluknya.Allah Maha Mendengar.

Yakinlah kepada seperti anak-anak kecil yang mudah mempercayai apa yang orang dewasa cakapkan.Perasaan seperti itulah yang kita perlu ada dalam meyakini apa yang kita minta itu Allah akan beri.Bila kita percaya dan yakin Allah akan beri dan kita akan menerima,kita hanya perlu bersiap sedia atau get ready untuk menerima..dan tunggulah, magic akan berlaku..Magic yang datangnya dari Allah..Sesiapa yang percaya adanya magic dari Allah ini, pasti dia akan sering mendapat magic ini...Ya lah,macam kita juga kan..siapa yang percaya dengan kita,pasti kita terasa nak bagi lagi kalau dia meminta..

Bagaimana ia akan berlaku?Bagaimana Allah nak beri apa yang kita minta itu?Itu bukanlah kerja kita untuk mengetahuinya..Ye lah, mentor kata don't limit your imagination..Jangan hadkan permintaan kita..Apa saja yang kita inginkan kita perlu tulis?Tapi bagaimana pulak kita ni yang bekerja sebagai kerani je nak dapat kereta BMW? nak dapat rumah banglo seperti yang kita tulis tu? suami pulak pembantu makmal je? Kebanyakan kita selalunya tidak yakin bahawa kita akan dapat sesuatu yang di luar kemampuan kita..Kita tak boleh nak bayangkan pun, bila nak bayangkan je, budak kecik tu datang..bila nak bayang je budak kecik tu datang..Tu yang fail tu, asyik dengar cakap budak kecik tu..Lama-lama kita pun frust sebab kita tak nampak apa yang kita inginkan itu..Bila kita dah frust, kita akan jadi ragu-ragu. Tukarkan ragu-ragu itu kepada keyakinan dan kepercayaan bahawa apa yang kita minta itu it's on its way...orang kita kata, on the way..

Jika kita selalu mempersoalkan bagaimana kita nak dapat apa yang kita inginkan,itu bermakna kita menanam ketidakyakinan dalam diri kita terhadap Allah.Anda cuba perhatikan atau bertanya pada orang yang berjaya dalam bisnesnya, kita akan dapati mereka ini tidak tahu pun bagaimana mereka akan berjaya,mereka meminta sahaja kemudian mereka teruskan usaha mereka..dan mereka serahkan saja pada Dia untuk memprosesnya..yang mereka tahu,mereka pasti akan menerima..

Dia cuma nak tahu apa yang anda nak, nanti Dia akan uruskan dan bawa anda ke arah yang anda mahu..Berikan Dia masa..pasti anda akan terkejut kerana apa yang anda inginkan itu anda dapat dengan cara yang tidak disangka-sangka..Dia akan lorongkan dan beri jalan untuk merealisasikan impian dan doa anda itu..

ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI

Friday, March 15, 2013

BULETIN ANIS CHOCOLATE:  KPI @ STANDARD HURU-HARA DALAM BISNES ANIS   CHOCOLATE

15/3/2013

SHAH ALAM - Pada 14/3/2013 semalam,syarikat Anis Chocolate telah melancarkan "STANDARD HURU HARA yang perlu ada bagi semua STOKIS dan DEALER nya.Tuan CEO Junaidy Abu Bakar menjelaskan bahawa,STANDARD HURU HARA yang dilancarkan ini perlu dialami oleh semua Stokis dan Dealernya bagi menilai tahap perkembangan bisnes dan jualan mereka.Bagi Stokis, mereka perlu mengalami kesemua perkara yang disenaraikan,manakala Dealer pula sekurang-kurangnya perlu mengalami separuh daripada senarai seperti di bawah.

STANDARD HURU HARA ANIS CHOCOLATE:

1. Pelanggan memuji-muji tak henti-henti tentang betapa sedap dan puas hatinya terhadap kek ini.
2.Pelanggan sering recommend kek ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga mereka.
3.Pelangga mintak resepi kek.
4.Handphone sentiasa berdering-dering mendapat panggilan dari pelanggan atau dealer.
5.Order pelanggan meningkat secara mendadak.Pertama kali beli 1,kali kedua order 20, kali ketiga order 200 biji kek.
6.SMS masuk bertalu-talu.Sampai tak sempat nak jawab..(lambat jawab tak pe, jangan tak jawab langsung kay..)
7.Setiap dealer dan stokis pasti akan dapat SMS puji-pujian tentang kek ni (Betultak?..)
8.Miss called pun banyak.(kena return call ye wahai dealer-dealerku sayang...)
9.Di FB pula,wall dah huru-hara..banyak pertanyaan..
10.PM (di FB) dulunya sepi, sekarang kena duduk diam-diam jap 1 jam ke untuk jawab PM.
11.Duit huru hara..banyak sangat..awal-awal sebelum huru hara sempat buat akaun,in..out semua..tapi lepas huru hara, dah tak sempat..kena ada akauntan dah ni..
12.Tak sempat kira duit....(normal)
13.Tak sempat bank in duit...(normal)
14.Ada je cash hari-hari...(normal)
15.Dapat order tiba-tiba entah datang dari mana customer-customer baru ni..
16.Stok kek dulu 1000 seminggu, sekarang 1000 2 hari?
17.Dealer merajuk tak dapat kek
18.Customer marah-marah tak dapat kek
19.Tido tak cukup,kadang-kadang customer datang rumah sampai ke malam atau hantar kek sampai ke pagi..
20.Handphone kena silence waktu tido atau take a nap..takut terkejut bunyi call in dan sms bertalu-talu..(dulu tak pernah silence hp pun...)
21.Masa berterabur..(masa awal-awal huru hara..),waktu keluar hantar kek,ada customer yang nak datang rumah ambik kek..ha ha
22.Tak sempat makan..(setelkan hantar kek dulu, jumpa customer dulu..)
23.Kawan-kawan merajuk..@ mengata...ha ha ha..Depa kata, dulu ada masa lepak-lepak, sekarang depa kata..amboi....juai kek sampai tak sempat jumpa kawan-kawan ka?..hehe..
24.Kereta merajuk..ada kereta yang meragam, jem tepi highway..sebab dia terlalu letih dan rasa terlalu dipergunakan...
25.Yang buat part time,kat ofis nak sebut lain, pi sebut pasal kek..serabut..serabut..
26.Yang buat part time lagi, bukan anak buah yang jual..boss yang jual, mintak tolong anak buah ambik order..hehee..

TAHAP PALING KRITIKAL;
27. Sampai ada yang RESIGN!....Best sangat duit masyukk...Masa buat part time, setiap hari sabtu ahad je jual kek dah dapat RM2K-RM3K...kalau full time berapa lah boleh dapat ye?

Tahniah diucapkan kepada semua Stokis & Dealer yang telah mengalami semua atau separuh daripada senarai di atas. Jika belum lagi, bermakna anda masih bergolek-golek di rumah, tiada action...anda perlu giat lagi membuat marketing..

Kata Tuan CEO Junaidy Abu Bakar di majlis pelancaran ini,
KALAU ANDA TAK HURU HARA,BUKAN BISNES ANIS CHOCOLATE NAMANYA!!...

Dan untuk yang ingin merasai pengalaman huru hara ini, boleh lah hubungi Stokis dan Dealer kami seperti dalam posting pada 13/3/2013. Terima kasih.

MINTAKLAH PADA ALLAH....

MINTAKLAH PADA ALLAH....

Berdoalah pada Allah atau mintaklah pada Allah adalah perkara yang sama. Tapi bila kita sebut doa, ia lebih formal..dan kita terfikir tentang ayat-ayat al-Quran yang kita perlu baca dan hafal. Tapi kalau mintak, mudah saja...macam kita mintak pada boss kita pulak bunyinya.Mudah sikit kan, kalau mintak ni, kita boleh mintak bila-bila masa..kalau berdoa pun sama, cuma kadang-kadang kita terasa kalau berdoa tu,kena tunggu setiap akhir waktu solat 5 waktu..Sebenarnya kita boleh mintak atau berdoa kepada Allah SWT bila-bila masa saja,di mana saja kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun dengan bahasa apa sekalipun, Allah Maha Memahami....

Apa yang anda betul-betul nak?Apa yang betul-betul anda impikan?Anda perlu tuliskan matlamat atau keinginan anda itu di atas kertas.Maafkan saya, saya bukan ustazah..tapi terasa nak berkongsi tentang sedikit ilmu yang kami pelajari dengan mentor kami..Kami diajar oleh mentor kami untuk berbuat begini supaya lebih jelas apa matlamat kami. Dengan cara menulis matlamat ini, kami dapat rasakan segala impian kami dengan lebih mudah tercapai..Kata mentor kami, kami perlu yakin apa yang kami tulis, tak kira seberapa banyak sekalipun, ia seperti 'submission' doa-doa kita kepada Allah SWT.Bila Allah clear dengan apa yang kita nak, baru senang Dia nak proses segala permintaan kita..Dan segala permintaan kita itu tiada hadnya..jangan hadkan imaginasi anda..jangan hadkan doa anda!..

Jadikan meminta-minta ini satu habit kita..Mintaklah sama ada perkara itu kecil sekecil-kecilnya atau perkara yang besar..Kalau katakan kita dalam dilema untuk nak buat pilihan matlamat kita..pun sama, kita mintak pada Allah yang mana satu nak dipilih..Sentiasa berhubung dengan Allah, sentiasa berkomunikasi dengan Allah, maka sudah pasti ada keterikatan dan kebergantungan di situ..

Meminta ini satu perkara yang sangat mudah sebenarnya..Apa saja yang terlintas yang kita nak mintak pada Allah,tulislah matlamat kita itu..Senang sangat..Contohnya,untuk yang mencari pasangan lebih mudah misi anda, tak perlu nak mengintai sana sini mencari pilihan hati..Buat saja senarai kriteria macam mana yang kita nak Allah berikan pada kita, tuliskan..Nak yang muka bulat ke,dahi licin ke,slim ke,berisi ke, orang yang alim ke, semuanya tulis saja..InsyaAllah tengoklah nanti, cepat je Allah berikan...Untuk yang nak bisnes pun sama, nak buat bisnes food industry, tulis saja nak bisnes jual bihun, jual madu, bisnes restoran,apa saja yang kita inginkan, hanya tulis di atas sehelai kertas.

Ada juga keinginan kita yang tak perlu ditulis.Contohnya jika kita nak keluar dari rumah, jadikan habit bukan saja berdoa dengan doa naik kenderaan..tapi kita boleh mintak dengan perkataan mudah saja..Ya Allah, kami nak ke Subang Parade Ya Allah..Mudahkanlah perjalanan kami ke sana,berikanlah traffic yang lancar kepada kami Ya Allah..Dan Ya Allah, Allah tolong sediakan satu parking untuk kami ya Ya Allah..Percayalah, berdoa untuk mendapat parking adalah sesuatu perkara yang sangat mudah..hidup anda akan jadi senang..ke mana saja anda pergi, anda tidak perlu risau lagi..kerana kita sentiasa berhubung dengan Allah..Kalau anda sentiasa praktis meminta pada Allah perkara-perkara yang kecil ini, barulah lama kelamaan kita akan rasa lebih yakin lagi dengan Allah..lebih yakin dengan kekuasaan Allah..dan bila lebih yakin lagi, kita cuba mintak yang lebih besar..dan Allah beri lagi..kita bertambah yakin lagi...Lama kelamaan hubungan kita dan kebergantungan kita kepada Allah menjadi sangat kuat dan sangat hebat..Hidup kita akan jadi lebih tenang dan mudah jika kita sangat yakin dengan Allah!..

ALLAH MAHA MEMBERI










Thursday, March 14, 2013

THE MORE YOU GIVE,THE MORE YOU GET

THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET

Kami mendapat pertanyaan dari seorang kenalan di FB.Beliau tak berapa faham tentang maksud sebenar Prinsip THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET. Dia ingin tahu bagaimana prinsip ini nak di apply atau digunakan dalam perniagaannya.Beliau dan isteri mempunyai perniagaan bakeri.

Macamana nak explain ni? Persoalan ini sebenarnya Mentor kami Dr Azizan Osman saja yang boleh menjawabnya dengan baik kerana Prinsip ini diajar oleh Mentor kami ini.Tapi saya cuba lah ye, mengikut kefahaman kami..

Sebenarnya prinsip ini adalah simple. Saya pasti yang bertanya tu pun faham maksudnya kalau kita translate bunyinya Lebih banyak kita beri....Lebih banyak kita akan dapat..Betul tak? Mungkin persoalan yang bermain di mindanya, beri apa ya? beri wang ke? beri kuih yang kita jual ke?..

Prinsip ini sebenarnya bukan untuk digunakan di dalam perniagaan semata-mata..Ianya berkait rapat dengan kehidupan kita.Sebenarnya, apa saja perbuatan kita atau percakapan kita atau pemikiran kita sehari-hari mempunyai pengaruh yang besar terhadap bisnes kita.Bermakna, kalau kita menggunakan prinsip ini sama ada secara sedar atau tidak dalam kehidupan seharian kita,maka automatically ia akan allign atau selari dengan bisnes kita.Bagaimana attitude kita sebenarnya di luar,kalau jenis yang pemarah,sudah pasti staff dan customer akan dapat tempiasnya dan sudah pasti bisnes pun tak berjalan lancar.

Kita perlu faham dan gunakan prinsip ini dalam hidup kita.Apa saja yang kita boleh beri kepada setiap orang, bukan saja dari segi materialistik, tetapi juga perhatian, LOVE, idea, perkongsian,beri kegembiraan, dan sebagainya...kita berilah...sebanyak-banyaknya..kerana sudah pasti Allah akan beri balik dengan lebih banyak lagi..Pernah dengar dan pernah rasa tak orang kata kalau kita kasihankan orang..pasti Allah akan mengasihani kita kembali, dan Dia akan beri kita lebih banyakkk kebaikan kepada kita lagi...

Kalau kita beri LOVE dengan ikhlasnya kepada ramai orang, in return kita akan rasa hidup kita sangat bahagia dan menggembirakan.Kalau kita beri perhatian kepada ibu kita seorang saja pun contohnya, hidup kita tidak akan kesunyian sampai bila-bila..Begitu juga kalau kita menyakiti seseorang, kita akan lebih hebat disakiti..Kalau kita buat bisnes dengan menipu orang,pasti kita akan ditipu dengan lebih teruk lagi..Kalau kita mainkan perasaan orang, kita akan dipermainkan pula..

Begitulah prinsip ini sama seperti 'Law'. Sama ada kita percaya atau tidak, yakin atau tidak, suka atau tidak, ia tetap akan berlaku dalam kehidupan kita.Pasti akan berlaku.

Sama juga dalam bisnes,lebih banyak kita beri LOVE dan kasih sayang serta perhatian kepada 'produk' kita atau bisnes kita..sudah tentu dia akan sayangkan kita,dia pun akan menjaga kita..Kalau kita beri LOVE kepada staff kita, mereka akan  bekerja dengan baik..Kalau kita beri senyuman kepada customer kita, mereka akan sukakan produk kita,jualan kita akan menjadi berlipat kali ganda..Kalau kita bayar zakat perniagaan, sudahAnis Choc Moist Cake pasti lebih banyak keberkatan yang Allah akan beri dalam perniagaan kita..

Segala-galanya berkait rapat dan mempunyai hubungan antara kehidupan dan alam perniagaan.Masing-masing bergantung antara satu sama lain.Kita tak boleh menjadi A dalam hidup kita, tetapi menjadi B pula dalam bisnes kita.Jika ini berlaku, ia tidak allign.Jika tidak allign,bisnes tidak akan berjaya.Seperti kata Mentor kami Dr Azizan Osman, GIVE...GIVE..GIVE...YOU WILL GET MORE..MORE...& MORE!!...Itu janji Allah!!

(Jutaaan terima kasih kepada Mentor kami Dr AZIZAN OSMAN yang mengajar PRINSIP yang sangat berguna ini yang setiap hari kami semakin faham dan faham..Semoga Allah membalas jasa anda)

ALLAH MAHA KAYA.

Wednesday, March 13, 2013

NAK JADI MONEY MAGNET?

Semua orang nak jadi MONEY MAGNET!..Best kan kalau kita ni macam magnet yang boelh menarik kekayaan. Bayangkan diri kita magnet, duit semua melekat pada badan kita sampai nampak dua bji mata dan lubang hidung je..hehe..Memang betul-betul MONEY MAGNET tu..Duit dan kekayaan akan melekat pada kita..Alangkah indahnya hidup kalau jadi macam tu..

Kita cintakan wang..We feel great about money..Kita boleh beli macam-macam jika kita ber'wang'..Kita boleh buat macam-macam kalau ada abundance of money..abundance of wealth..Tapi sebenarnya kita tak boleh menjadi MONEY MAGNET kalau kita sentiasa komplen...komplen..komplen tentang wang.

Jika kita nak duit yang banyak, adalah sangat tidak bijak untuk komplen pasal duit. Kerana kita nak menjadi 'MONEY MAGNET', tetapi kita tidak sukakan wang. Ada ke orang yang tidak sukakan wang? Secara logik memang macam tak ada..Tetapi kadang-kadang kita tak perasan pun kita sebenarnya tidak sukakan wang atas apa yang kita cakapkan dan sebutkan di mulut.Contohnya ramai yang suka berkata,saya tak ada duit lah..poket saya dah kering lah..sale saya teruk lah bulan ni..Ramai yang tak perasan, bila kita komplen pasal sale teruk, sale berkaitan dengan wang.Bermakna, kita komplen tentang wang. Begitu jugak kalau kita komplen tentang bil telefon,bil elektrik kita, ishh...banyaknya bil bulan ni...itu juga merupakan kita komplen tentang wang.

Sebenarnya, apa saja perkara yang berkaitan dengan wang, kita tidak boleh komplen. Bukan yang direct, yang indirectnya pun sama..Sepatutnya, bila kita terima bil telefon contohnya, selalunya kita akan takut nak tengok jumlahnya, kan...(Macam saya dulu-dulu, takut nak tengok bil..hehe..).Tapi sebenarnya, kita cuba belajar untuk seronok tengok bil telefon..Seronok nak bayar segala bil..Timbulkan rasa bersyukur sangat dan berterima kasih kepada Alexander Graham Bell kerana mencipta telefon untuk kita, dengan telefon inilah kita dapat berbisnes, dapat hubungi pelanggan kita..Bayangkan kalau tak ada telefon? Terima kasih Ya Allah kerana memberi idea kepada Alexander Graham Bell kan?

Kalau kita faham tentang komplen mengenai wang ini dengan betul-betul mendalam, Insyaallah anda akan menjadi MONEY MAGNET!...Buatlah apa saja, bisnes apa saja, kerja apa saja, dengan pemikiran yang baik-baik tentang wang..Pasti duit dan kekayaan akan melekat dengan anda!!...

ALLAH MAHA KAYA




Tuesday, March 12, 2013

BUSINESS IS ABOUT RELATIONSHIP

BUSINESS IS ABOUT RELATIONSHIP

Semakin lama dalam bidang ini, semakin nampak dengan mata hati..Bisnes bukannya setakat ada produk (yang hebat atau tak), bukannya setakat ada jual beli, bukannya setakat mencari untung,untung,untung...tetapi bisnes ini sebenarnya lebih dari itu,bisnes adalah perhubungan yang baik di antara 2 pihak.

Dan perhubungan itu juga bukan setakat antara penjual dan pembeli semata-mata, tetapi perhubungan antara majika dan pekerja (untuk yang ada pekerja), antara peniaga dengan supplier atau vendor, dan semua yang terlibat dalam sesuatu perniagaan itu.

Cerita tentang perhubungan yang baik dengan pelanggan tu dah semestinyanya dah..tak boleh dipertikaikan..kalau tak dapat feel tentang adanya hubungan yang baik antara kita dengan pelanggan,bermakna kenalah muhasabah diri..cek dulu kat mana yang tak kenanya ni..Ini memang satu kewajipan..Sama juga dengan pekerja...

Tetapi ni nak bercerita tentang supplier.Kami mempunyai banyak supplier yang tak pernah tukar-tukar dari dulu lagi..dari dulu kami memulakan bisnes ini..Supplier untuk bahan-bahan kek kami sama dari dulu, supplier susu pekat, supplier minyak, supplier tepung, supplier telur pun sama dari buat kat rumah, itulah lori yang menghantar telur ke rumah,supplier coco powder, supplier gas (Shafiq), supplier bekas kek...semualah...semuanya sama sejak dulu lagi..

Ada yang hairan kenapa kami tidak berurusan terus (direct) dengan pengilang untuk dapatkan stok dengan lebih murah.Ada jugak yang kata, tidak boleh ada 1 sumber sahaja..Tahu, semua tu tahu...tapi kami tidak sampai hati sebenarnya..Memang betul kalau kita dapat stok bahan mentah dan sebagainya direct dengan pengilang, of course harga lebih murah kan..Tapi supplier kami semua ni dah lama dengan kami..ada yang dah 7 tahun bersama kami..dari zaman buat kek di rumah lagi..

Tak dapat dibayangkan kalau kami terpaksa memutuskan order dengan mereka. Apa yang mereka rasa? Hilang satu customer kan...Kesian kan?Bagaimana kalau kita yang berada di tempat mereka?Customer nak putus order sebab nak ambik kek dengan orang lain yang dapat menjual dengan lebih murah?Apa kita rasa?..Redho dan faham..tapi sedih kan? Jadi kami decide untuk maintain je dengan supplier-supplier ini.Contohnya supplier untuk bekas (container) kek ni, Syarikat Wakim di Chow Kit.Mereka ni sebenarnya agen sahaja untuk syarikat lain..Kami tahu dari mana mereka mendapat bekas-bekas kek ni..tapi kami tak direct dengan pengeluar kerana selama ni komitmen diorang memang superb!..Sehinggakan kami membuat bekas sendiri yang berbentuk LOVE, sedih nak bagitahu mereka..tak sampai hati betul..sebab kami pembeli terbesar mereka..

Semuanya dah bukan disebabkan DUIT...DUIT...DUIT sahaja..tapi LEBIH DARI ITU.

Baru je terfikir tentang hal ini,tiba-tiba teringat semalam suami dihubungi oleh seorang yang ingin mintak kerja.Sememangnya memang tengah mencari pekerja ni..Tapi bila dia mention dia pekerja dari kedai berdekatan dengan kami, jiran rupanya..majikannya pun memang pelanggan kami..adik majikan dia pun pernah order kek untuk wedding gift mereka 4000 pcs 3 bulan lepas. Jadi, suami pun terus katakan, sori kami tak ambik pekerja jiran kami.Walau apa pun sebabnya, desperate mana pun kita, hubungan dengan jiran atau sesama kita itulah yang perlu diutamakan.Kalau katakan kami ambik juga pekerja tersebut, apa majikannya akan rasa? dan kalau pekerja kita pulak yang buat macam tu, apa yang kita rasa?

Maaf, bukan nak tunjuk apa..mungkin bodoh pun tindakan kami,kami pun tak tahu betul ke tak cara kami,tetapi just to share apa yang kami dah pernah lalui.Mungkin berguna, mungkin tidak..mungkin betul caranya, mungkin tidak. Fikirlah dulu sebelum setuju dengan apa yang dah kami lakukan..


Monday, March 11, 2013

BUATLAH SENARAI KESYUKURAN ANDA

Untuk lebih bersyukur, kita perlu dapat merasa pemberian dan nikmat-nikmat Allah ini. Kesyukuran berkait rapat sebenarnya dengan bagaimana kita faham tentang kehidupan,ia berkaitan dengan hidup kita sepanjang hari..,sepanjang masa..,sepanjang hayat..

Ada sesetengah orang dapat merasa kesyukuran itu dalam apa saja keadaan/situasi.Tetapi ada juga yang tak berasa bersyukur walaupun terhadap orang yang tolong mengambil wang mereka yang terjatuh!

Rahsia yang diberitahu oleh mentor kami ialah, kita perlu menulis sekurang-kurangnya 5 perkara yang kita syukurkan yang berlaku kepada kita setiap hari.Contohnya saya bersyukur dapat bangun solat tahajjud semalam,saya bersyukur dapat tidur dengan lena dan nyenyaknya semalam, saya bersyukur dapat breakfast bersama anak-anak dan isteri saya pada pagi ini, saya bersyukur dapat menghantar sendiri anak-anak ke sekolah pagi ini, saya bersyukur dapat melihat sunrise yang sangat cantik pagi ini, saya bersyukur jalan tidak jem pagi ini..saya bersyukur saya mendapat lampu hijau (traffic light) saja pagi ini...Simple kan? Sebenarnya,kalau betul-betul yang kita tulis, bukan setakat 5,lebih dari tu yang kita boleh sedar nikmat kesyukuran itu sepanjang hari..Bila kita berterima kasih, kita sebenarnya ada hubungan dengan matlamat kita.

Selain daripada bersyukur terhadap perkara-perkara yang menggembirakan, kita juga perlu berterima kasih kepada situasi yang tidak menggembirakan seperti, "saya bersyukur kerana saya demam hari ni,jadi dapatlah saya berehat sepanjang hari"..

Dulu saya hanya bersyukur dengan berkata-kata sahaja..Tetapi bila belajar menulis list kesyukuran kita,lebih nampak impactnya..Sepanjang hari, tak kisah waktu bilapun kita boleh menulis keajaiban kesyukuran kita.Waktu awal pagi pun boleh, tulislah segala kesyukuran kita yang berlaku semalam..atau boleh juga menulis sewaktu sebelum tidur..

Untuk yang dah biasa menulis,buku kesyukuran kita itu akan semakin penuh dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Bila kita selalu tengok dan baca, baru kita akan perasan betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi pada kita.Dengan itu,kita akan semakin yakin dengan kekuasaan Allah..

Tulislah berkali-kali tentang kesyukuran kita untuk menunjukkan betapa kita bersyukur. Barulah akan DAPAT LAGI..DAPAT LAGI..DAPAT LAGI....Imagine kalau anda menulis satu surat kesyukuran kepada boss anda betapa anda bersyukur kerana dinaikkan gaji, boss anda mesti consider untuk BERI LAGI..BERI LAGI..BERI LAGI.....Pernahkah kita terfikir tentang ini? (Tips: untuk pekerja, selalulah tunjukkan dan expresskan rasa berterima kasih anda kepada boss anda..kerana boss sangat suka kepada pekerja yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih...Boss pun sama jugak, selalu tunjukkan dan expresskan rasa bersyukur mendapat pekerja yang baik kepada semua pekerja..) .

Daripada banyak senarai kesyukuran itu, pilihlah 1 sahaja yang paling bermakna,dan buatlah visualisation tentang perkara itu. Ingat kembali saat dan situasi yang berlaku dan bersyukurlah betapa perkara atau situasi itu sangat memberi makna kepada kehidupan anda. Perkara ini sangat mudah dilakukan, tetapi tidak semua orang boleh lakukan. Hanya orang yang melakukan sahaja akan menjadi penerima yang baik dan yang boleh merealisasikan impian mereka.

ALLAH MAHA MENJADIKAN SESUATU


Sunday, March 10, 2013

Berita Stokis negeri 9

BERITA ANIS CHOCOLATE : STOKIS NEGERI 9 TAK SEMPAT KIRA DUIT?..

9/3/2013 - Bandar Enstek

Berita mengejutkan!!...
STOKIS NEGERI SEMBILAN iaitu Pn Siti Zura & En. Tajulazam (019-3345998) dilanda huru-hara selepas menghadiri IMKK sehingga tak sempat kira duit cash mereka yang banyak sangat tu..(tapi semua dah bank in..).

Kami sangat gembira dengan situasi ini tetapi sangat sedih kerana tidak dapat menolong mereka untuk mengira wang.Harap-harap dapat beli mesin kira duit lepas ni ye..Sila tanya kepada dealer-dealer Anis Chocolate yang lain nombor contact supplier ini kerana mereka sangat maklum tentang perkara ini.

Walaupun CEO jenama Zuraliciouz ini didatangi cabaran yang hebat baru-baru ini, iaitu di 'terminate' oleh sebuah stesen minyak Petronas di Port Dickson, tetapi mereka masih lagi tidak sempat kira duit mereka. Situasi yang berlaku di salah sebuah Stesen Minyak Petronas di PD ini sebenarnya hanyalah antara ujian Allah semata-mata..bukan dibuang kerana tak ada sale, malah tempat ini merupakan sale tertinggi di PD.Tak apa Pn Siti Zura dan Tuan Tajulazam, pasti owner (Dealer Petronas tersebut) tidak tahu menahu tentang perkara atau mungkin konspirasi pekerjanya..dan pasti Allah akan menunjukkan kebenaran kepada kita suatu hari nanti..Kami dah pernah mengalami masalah seperti ini sebelum ini, dan akhirnya jika kita di pihak yang benar, kebenaran akan terbukti jua..Senyumlah menanti kedatangan pelangi petang yang berwarna warni itu...

Selain itu, Stokis Negeri Sembilan ini juga melaporkan, rumah mereka sudah dipenuhi kotak-kotak kek yang terlampau banyak..Mereka hanya dapat sediakan laluan sementara diantara celah-celah kotak itu..mereka terpaksa jalan dengan mengelak kotak-kotak tersebut..Itu sudah sampai paras merbahaya..Kami sarankan lebih baik anda bertindak lebih cepat untuk mengatasi masalah tersebut sebelum anak-anak anda hilang tempat bermain...

Daripada pengalaman kami, selepas saja kisah anda ni keluar di buletin ini, pasti huru-hara anda akan bertambah dua kali ganda!! Bersedialah..jika anda rasa tidak mahu buang duit membeli mesin kira duit itu, apa kata anda iklankan untuk mencari seorang pekerja yang kerjanya khas untuk mengira duit sahaja..

Terima kasih kerana membaca berita kami sehingga habis..Semoga anda semua mendapat iktibar dari situasi yang berlaku kepada Stokis kami ini.Kuasa bertindak di tangan anda!..




Saturday, March 9, 2013

IDEA BODOH

IDEA BODOH

Kadang-kadang memang saya pun pernah rasa macam anda..rasa macam idea aku ni ok tak ye..ke nampak macam idea kurang cerdik..Tapi, itu perkara biasa sebenarnya.Idea-idea baru kita ni boleh jadi bodoh atau pandai..tapi idea-idea ini hanya perlu dilakukan untuk menjadikannya wujud..Made them to exist.             Kebanyakan orang ni risau untuk memberi idea-idea baru dan bodoh ni kerana risau apa yang difikirkan oleh orang lain.

Dulu saya pun pernah rasa, nak cerita kat orang idea nak buat bisnes kek coklat sahaja ni dikatakan seseorang idea yang pelik.bukan bodoh..hehe...Walaupun rasa pelik dan bodoh, tapi saya yakin bisnes ini boleh di buat, boleh di laksanakan..Dan sangat yakin bahawa ramainya peminat kek coklat akan menyukai kek coklat saya..

Kalau kita dah yakin dan boleh rasa idea kita ni memang bakal menggegarkan negara..apa lagi nak ditunggu?..Made them to exist!..Semasa proses ini,dah tentu akan berdepan dengan kesalahan
Mistakes atau kesalahan ini adalah perkara biasa..Orang yang tidak pernah buat 'mistake' adalah orang yang tidak boleh buat apa-apa..

Apa lagi yang difikirkan?


IDEA BODOH

Kadang-kadang memang saya pun pernah rasa macam anda..rasa macam idea aku ni ok tak ye..ke nampak macam idea kurang cerdik..Tapi, itu perkara biasa sebenarnya.Idea-idea baru kita ni boleh jadi bodoh atau pandai..tapi idea-idea ini hanya perlu dilakukan untuk menjadikannya wujud..Made them to exist.         Kebanyakan orang ni risau untuk memberi idea-idea baru dan bodoh ni kerana risau apa yang difikirkan oleh orang lain.

Dulu saya pun pernah rasa, nak cerita kat orang idea nak buat bisnes kek coklat sahaja pun susah.. ni dikatakan seseorang idea yang pelik.bukan bodoh..hehe...Walaupun rasa pelik dan bodoh, tapi saya yakin bisnes ini boleh di buat, boleh di laksanakan..Dan sangat yakin bahawa ramainya peminat kek coklat akan menyukai kek coklat saya..kan..kan..kann..

Kalau kita dah yakin dan boleh rasa idea kita ni memang bakal menggegarkan negara..apa lagi nak ditunggu?..Made them to exist!..Semasa proses ini,dah tentu akan berdepan dengan kesalahan atau mistakes atau kesalahan banyak ini adalah perkara biasa..Orang yang tidak pernah buat 'mistake' adalah orang yang tidak boleh buat apa-apa..

Apa lagi yang difikirkan?



IDEA BODOH

Kadang-kadang memang saya pun pernah rasa macam anda..rasa macam idea aku ni ok tak ye..ke nampak macam idea kurang cerdik..Tapi, itu perkara biasa sebenarnya.Idea-idea baru kita ni boleh jadi bodoh atau pandai..tapi idea-idea ini hanya perlu dilakukan untuk menjadikannya wujud..Made them to exist.         Kebanyakan orang ni risau untuk memberi idea-idea baru dan bodoh ni kerana risau apa yang difikirkan oleh orang lain.

Dulu saya pun pernah rasa, nak cerita kat orang idea nak buat bisnes kek coklat sahaja pun susah.. ni dikatakan seseorang idea yang pelik.bukan bodoh..hehe...Walaupun rasa pelik dan bodoh, tapi saya yakin bisnes ini boleh di buat, boleh di laksanakan..Dan sangat yakin bahawa ramainya peminat kek coklat akan menyukai kek coklat saya..kan..kan..kann..

Kalau kita dah yakin dan boleh rasa idea kita ni memang bakal menggegarkan negara..apa lagi nak ditunggu?..Made them to exist!..Semasa proses ini,dah tentu akan berdepan dengan kesalahan atau mistakes atau kesalahan banyak ini adalah perkara biasa..Orang yang tidak pernah buat 'mistake' adalah orang yang tidak boleh buat apa-apa..

Apa lagi yang difikirkan?



Friday, March 8, 2013

Mencari Peluang Untuk Berterima Kasih

MENCARI PELUANG UNTUK BERTERIMA KASIH

Ada yang kata,"Saya tak pernah mendapat pujian atau apa-apa pemberian dari orang,jadi macamana saya nak jadi penerima yang baik?"

Sebenarnya,kita memang sentiasa "DIBERI" . Tetapi,hanya penerima yang baik atau a good receiver sahaja yang boleh nampak atau 'notice' pemberian ini.Sebenarnya kan, anda akan rasa sangat 'amazing' kalau anda perasan atau 'notice' perkara yang berlaku ini.Sangat sangat HEBAT!!..

Untuk dapat menerima, kita perlu mula praktis dengan berterima kasih kepada perkara-perkara yang kecil.Carilah peluang untuk berterima kasih!..Lama-kelamaan barulah kita akan pandai dan akan graduate dengan perkara yang besar pula..

Contohnya kita boleh mulakan ucap terima kasih kepada pelayan kedai yang membawa makanan anda,berterima kasih kepada kawan yang memuji tentang baju atau kasut anda,berterima kasih kepada pegawai bank dengan berkata "Have a nice day!!..", berterima kasih kepada pencuci tandas di ofis anda kerana menjaga dan mencuci tandas dengan baik.Boleh juga berterima kasih kepada polis trafik yang melancarkan jalan raya dan banyak contoh lagi..

Adakah betul hanya dengan berterima kasih dan menerima sahaja kita boleh mencapai matlamat kita? Jawapannya Ya! kerana matlamat dan impian kita tidak akan connect dengan seseorang yang tak pun perasan dengan pemberian-pemberian ini..atau tak perasan yang sebenarnya dia sentiasa "DIBERI..DIBERI..DIBERI...

Thursday, March 7, 2013

Mendapat panggilan dari competitor!..

Semalam, terkejut jugak tengok nombor Abang Kek Balqis ni call..Kenapa ye competitor call tu..Cepat-cepat jawab..Tapi suara dia tak marah..ingat marah..(haa tu buruk sangka la tu..jangan macam tu..).

Sebenarnya Abang Kek Balqis yang baik hati ni call sebab nak selesaikan isu 'barcode' untuk kek coklat kami di Kedai Mesra Petronas..tiba-tiba clash pulak di Negeri Sembilan..kat tempat lain tak ada masalah pulak..but anyway, isu tu dah dalam proses..insyaallah tak lama lagi setel la tu..

Main pointnya yang nak citer ni, kami sangat respect Abang Kek Balqis ni..dia cakap dengan penuh sopan..dah la tu, siap ucap tahniah..Rupanya dia dah ke Seminar Dr.Azizan..seminar yang mana tak tau lah..tapi dari situ dia tahu yang kami ni anak murid Dr.Azizan Osman..Ooo gitu..

Apa lagi, kami pun promote la habis-habisan kelas-kelas Dr.Azizan Osman..lepas ni kalau Abang Balqis ni join kelas DAO, hah...kita try fikir cana nak JV kay..tak yah nak compete-compete la..Buat Abang Kek Balqis, kami sebenarnya setelah 7 tahun ni berniaga, walaupun banyak bertembung dengan Kek Balqis..tapi tak terasa pun macam pesaing..mula-mula memang rasa macam bersaing..tapi sekarang ni tak terasa langsung lah..Masing-masing ada peminat yang tersendiri.. Kek Balqis ni sesuai untuk keluarga,kami punya pulak sesuai untuk dimanakan terus..haa kan lain konsepnya..Kalau macam ni lah attidude Abang Kek Balqis macam ni..saya yakin satu hari nanti Kek Balqis akan dikenali di seluruh Malaysia!..

Dr Azizan menunaikan umrah 6/3/2013 -16/3/2013

Teristimewa untuk Mentor-mentor kami iaitu Dr.Azizan Osman & keluarga serta Jerry dan rombongannya.Kami di sini mendoakan semoga mentor-mentor ini diberi kelancaran dalam setiap urusan beribadah di sana..Semoga mendapat umrah mabrur dan pasti Dr Azizan mendoakan kejayaan kita semua student beliau..kan..Terima Kasih tak terhingga kepada mentor-mentor kita yang mendoakan kita di sana..Kami yakin anda semua akan membawa pulang 'elmu' yang lebih hebat selepas ini..Terima kasih di atas kasih sayang anda semua..

Monday, March 4, 2013

Bagi jer hutang..

Bagi je hutang..

Apa? Bagi je hutang? Ye ke boleh bagi hutang?..Bagi hutang pada customer ke supplier? Hehehe...Kalau berani, kalau nak cepat melingkup,try la bagi hutang..

Dalam bisnes orang Melayu ni,ramai yang suka sangat bagi hutang..Buatlah bisnes apa sekalipun..dari sekecik-kecik bisnes sampai ke sebesar-besarnya..suka bagi orang (customer hutang)..

Nak tahu tak? Saya pernah terbaca,tak ingat dari buku mana..Salah satu punca orang Melayu gagal bisnes adsalah disebabkan suka bagi hutang dengan klien atau suka sangat berhutang ( dengan supplier yang supply bahan mentah contohnya)..

Bagi yang menjalankan bisnes makanan yang mendapat cash setiap hari dari pelanggan,sepatutnya duit bahan mentah yang kita beli pun perlu di bayar tunai..Kita dapat tunai dari customer, tapi kita hutang dengan supplier/vendor yg bekalkan bahan mentah kpd kita?Tak adil kan? dan tak allign jugak tu..Kenapa kita sangat perlukan duit cash tapi..ingat supplier tak perlu ke?..Selalunya kalau bisnes owner yang macam ni,pasti dia menghadapi masalah terutamanya masalah akaun,dia kurang pandai nak rolling duit..

Tapi kan,sebenarnya walaupun tahu semua tu..kami pun terbabas juga..(hehee..). Disebabkan KESIAN, kami dahulukan kek kami kepada beberapa orang dealer ni..Ambik dulu bayar kemudian..Lama kelamaan,dah banyak sangat tertunggak sampai hampir RM 60 ribu,  memang tak larat nak bayarlah..bila ditanya,lagu Ziana Zain "Bermadah Berhelah" tu pun berkumandang...
Ini peringatan untuk adik-adik yg baru berjinak-jinak dalam apa jua bisnes..selalunya masalah seperti ini terjadi bagi yang baru start bisnes.Mereka ni akan eager bila mereka dapat order dlm kuantiti yg sangat banyak..tapi yg penting apa pun, deposit bayar dulu..50 % tu..jangan sekali-kali bagi hutang kalau dalam keadaan macam ni,okay..

Sejak itu maaflah..kami dah tak bagi hutang..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....Satu lagi kan,kalau dengan supplier kita bayar cash confirm mereka akan jaga kita sangat best!..Contohnya ,baru-baru ni kami menghadapi krisis bahan mentah,supplier kita yang besar tu pun tak dapat bahan bekalan..Tapi disebabkan mereka nak 'jaga' sangat bisnes dengan kita,mereka pun sama-sama keluar mencari bahan yang diperlukan dari satu kedai ke satu kedai....Kaami tak perlu buat, tapi mereka yang buat!...Bestkan?...