Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, March 1, 2015

PERANGKAP ORANG BERNIAGA

Ilmu ini pun sebenarnya saya belajar di Master Your Business dengan mentor saya minggu lepas. Sangat fresh untuk saya, dan sangat penting untuk kita sama-sama memahaminya. Sebenarnya kalau kita observe orang yang di sekeliling kita,ramai yang start dengan bekerja dulu sebelum berniaga.
Interesting!..Ada 3 jenis otak untuk orang yang start dengan bekerja sebelum berbisnes.

1. Mentaliti Entrepreneur
Otak ni paling bagus kalau dia start berbisnes. Memang naturally, orang jenis yang dah ada otak ni memang superb!..Sebab tu selalunya, orang jenis otak ni, dia tak akan takut resign. Sebab dia sangat konfiden dengan diri dia. Mentaliti orang macam ni, dia tahu apa dia nak, dia ada matlamat, matlamat dia jelas.
Dia juga pandai menggandakan (multiply) diri dia dari jadi satu menjadi beratus-ratus. Bermaksud., dia dah terfikir, kalau system tu berjalan dengan baik pada dia..Bermaksud, system tu akan Berjaya jika dia menggandakan diri dia. Caranya ialah dia hanya perlu menjadikan orang lain seperti dia. Itulah The Power of Sistem Agent.
Dan paling best " delegation is a skill of successful people". Itulah mentaliti seorang usahawan sebenar. Awal-awal dia akan fikirkan, macamana dia nak menyenangkan hidup dia..hehe...Kerja dia guna OTAK dan BERFIKIR saja...Yang nak buatnya orang lain..Dan orang macam ni, dia tak boleh ada sifat KEDEKUT!..Sebab kalau kedekut, berkira sangat RM RM RM...sayang nak ambik pekerja dan sebagainya, bisnes dia tak akan ke mana. Lagi lawak, makin dibuangnya pekerja. Itu bermakna, makin dikecilkan scale bisnes kita lah.
Kalau nak tahu, sebenarnya dulu saya pun takut nak ambik pekerja ramai-ramai. Tapi, rupanya, bila ramai pekerja barulah order akan bertambah. Bermaksud, sebenarnya Allah akan memberi lebih lagi pada kita mengikut kapasiti kita. Bila kapasiti kita besar, barulah pengeluaran juga boleh membesar.
Jadi, sekarang kami dah tak sabar nak berpindah ke kilang. Bila ada kilang yang besar, kapasiti pun dah besar....order pun akan masyukkk lagi..Tapi kan, baru-baru ni mentor kami suruh cari kilang yang lebih besar lagi, katanya nanti mesti tak cukup jugak...baik you terus ke kilang yang besar terus. Nanti nak kena pindah-pindah pulak, kan lecehh...Wahhh!!...Itu doa tu, tocey tocey lao shi!..hehe..

2.MENTALITI MANAGER
Sebelum dia berbisnes, dia bekerja sebagai manager. Masa dia bekerja, dia dah berada di tahap atas. Dan orang macam ni agak susah pada pertama kali nak menyesuaikan diri dengan persekitaran berbisnes..Apatah lagi kalau yang start kecil-kecilan. Dia selalunya kan rasa 'BESAR' lah sangat..Kalau orang mentality macam ni, dia akan susah nak terima pendapat orang lain pada mulanya.
Ada salah seorang dari kalangan stokes saya pernah menceritakan kesusahan dia nak adapt dalam dunia perniagaan. Abang Lan (Stokis Kuantan) ni dulunya dialah big boss. Dia membuat projek piping untuk PETRONAS. Jadi, katanya dia susah nak terima pendapat orang lain. Hatta masa pegi kelas Dr.Azizan sekalipun dia akan rasa 'siapa mamat ni nak bagitau dia kena buat ini..buat itu..'. Ye lah, katanya sebab dulu, dia hanya arahkan orang bekerja..dan kerjaya hanya sign cek.
Bila dia terpaksa buat semuanya sendiri pada mulanya, ego mula memuncak. Bukan senang katanya, dia nak bersama-sama isteri dia hantar kek...approach tuan kedai, yang kadang-kadang agak 'scary' ..hehe..Tapi, untungnya Abang Lan ni, dia cepat bertindak!..Bertindak untuk mencari ilmu..Lepas resign je, dia dah start masuk kelas Dr. Azizan, so cepat sikit lah proses membuang keladak dijalankan...mind detoxification...(Jangan marah ye Abang Lan...), itu kan proses biasa wink emoticon

3.MENTALITI TENCHNICIAN
Orang macam ni, dia dulunya bekerja bahagian teknikal. Bila buat bisnes, dia akan terbawak-bawak mentality techniciannya. Apa mentality technician? Apa lagi...Semua benda nak buat sendiri. Selalunya dia tak akan puas hati dengan apa yang orang lain buat.Dia rasa dialah yang paling pandai..Ye lah, bila dalam satu-satu organisasi, technician ni dilihat sebagai orang yang terror , hanya dia saja boleh betulkan mesin-mesin. Kalau dia tak ada,production tak boleh jalan..Hebat tu!!..
Tapiiii...bila dia berbisnes, rasa yang dia tu 'hebat sangat' tu akan terbawak-bawak dalam bisnes. Kalau dia bukak bisnes restoran, dialah beli barang, sebab bagi dia..hanya dia tahu ikan yang paling fresh..orang lain nanti tak pandai pilih ikan..pastu dia jugaklah yang jadi tukang masak..sebab dia fikir dia masak paling sedap di dunia..pastu dia jugaklah layan customer...Kritikal macam ni..Macamana nak berkembang? Tak ada mentality 'MULTIPLY.

4.MENTALITI AKAUNTAN
Hahaha...ini saya yang tambah. Mentor saya tak masukkan pun...Tapi, mula-mula nak mintak maaf dulu untuk semua akauntan Negara ye..Jangan marah ya, nanti kena jual...Saya rasa mentality orang akaun ni pun satu hal jugak. Kalau dulunya dia buat akaun, bila berbisnes...dia akan jadi kedekut taik idung masin!!..Kalau orang macam ni bekerja, it's okay...dia tak suka tengok boss dia buang duit..Itu sangat baguss!!...
Tapi akan jadi masalah kalau dia keluar dan berbisnes. Every single cents pun dia akan kira!..Dah terbawak-bawak sifat tu..Ada yang kata, ye lahh..mesti lah kena kira..Huhu..Kalau terlalu berkira, boleh kiok jugak...Orang macam ni dia tak akan faham 'The power of Expectation' atau 'KAPASITI MINDA' kita..dia susah nak faham..
Benda ni semua tak nampak lagi, so bagi dia...itu semua tak pasti. Yang ada depan mata sekarang itulah yang kena kira. He he..Kadang-kadang nak bersedekah pun dia nak berkira..nak belanja kawan makan pun nak berkira...ye lah takut sat gi tak tally pulak balance sheet dia..haha...
Contohnya macam ni, kalau katakan dia baru buat bisnes.Semua dia akan buat sendiri, dia mesti kedekut tak nak hire pekerja, sebab dia kata order baru ciput...Nanti order bertambah, barulah nak hire pekerja. Macamana nak hire pekerja, kalau owner dia dok gentel karipap kat dapur?..Bila dia nak buat marketing?..Last-last dia kata, tak boleh lah bisnes karipap ni...Tak ramai orang yang nak..Huh?..
Jadi, uolss sebelum resign tu, belajar dulu macamana mentaliti usahawan. Kuatkan dan penuhkan dada dengan ilmu usahawan dulu. Bila dah kuat, dah bersedia ke medan bisnes, barulah keluar dengan Mentaliti Usahawan....
Mentaliti usahawan ni adalah mentaliti orang yang nak senangkan hidup dia..Dia tukang fikir je, kerja semua orang yang buatkan untuk dia..Tapi, satu je, dia jugak orang yang sentiasa fikir bagaimana nak bantu tambah nilai hidup orang lain!..Itu bukan setakat usahawan, itu barulah MINDA JUTAWAN!!..
WALLAHU'ALAM
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

0 comments:

Post a Comment