Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, May 21, 2015

THE POWER OF TAWAKKAL TO ALLAH

Pagi tadi sebenarnya saya risau bila memikirkan ramai lagi yang masih tak yakin dengan the power sedekah, the power of tahajjud, the power of tawakkal, the power of doa, the power of dhuha dan sebagainya.

Sebenarnya saya jadi emosi sikit kerana terbaca cerita pasal sedekah yang jadi viral baru-baru ini. Cerita di rnr temerloh yang tunjuk gambar perempuan dukung anak dan duit di wiper. Anda mesti tau jugak kan cerita ini?

Tapi yang buat saya emosi ialah ada yang tak percaya tentang sedekah itu. Pasal cerita itu saya tak nak komen. Hanya Allah yang tahu. Tapi bagi kita yang mempercayai kuasa sedekah itu dapat merasai keaslian cerita tersebut.

Jadi status fb saya pagi tadi ialah,
"Orang yang mempercayai kehebatan Allah, magik (kekuasaan) Allah, insyaallah dia yang akan ditunjukkan kehebatan Allah itu. Saya percaya bab itu. Saya pasti anda semua yang disini juga memahami apa yang saya maksudkan.
Semoga kita menjadi hamba yang terpilih untuk mengalami seperti mereka yang dipilih Allah "

Ini status saya. Saya sangat yakin bahawa jika kita percaya kehebatan dan kekuasaan Allah (magik) Allah, orang itu yang nampak. Orang itu yang akan ditunjuk Allah. Seperti yang terjadi kepada penulis tentang sedekah di temerloh itu.
Jadi saya pun berdoa supaya saya juga dipilih Allah untuk jadi bertuah seperti yang menulis status fb viral tersebut. Kerana saya yakin, orang yang tak percaya semua ini, dia tak akan dapat pengalaman ini.

Baik. Habis cerita. Saya pun dah terlupa kisah itu.
Tapi petang tadi tiba-tiba ada seseorang mesej saya. Katanya dia sangat setuju dengan status saya. Kerana dia dah mengalaminya.
Ceritanya begini.

Anis..sy cerita d sini ya...mungkin nnti anis boleh cerita dlm post2 anis..power of tawakkal to allah
Berlaku ketika sy beberapa hari lalu...sy dan husband mmg sedang mengalami ekonomi merundum..
kelmarin sy drive kereta dgn minyak tahan utk 190km..sy kira selalu ukuran begitu tahan utk 2 hr je sy ulang alik rumah dan ofis..
gaji 26hb...sy berdoa ya allah...kau tahankan lah petrol ini hingga minggu hadapan...atau paling2 pun hingga jumaat ini
hingga ada hasil dr order kek...(bakers rupanya).
anis tahu...meter minyak cuma gerak 4km lebih pergi balik keje...allahuakhbar
nikmat mana satu yg hendak sy dustakan
kuasa allah...sy yakin...itu anugerah allah
Satu lagi....dia sambung cerita,
pastu semlm. husband nak kuar view rumah..sbb now dia buat real estate agent
mmg x de duit ni
tetiba sy teringat sy jumpa duit riyal baki dr umrah kami tahun lps.
allah...sekali lg allah tunjuk..doa sy diterima..masa duha sy doa..kurniakan husband sy rezeki dr.jualan rumah **** dan tanah *****.
kasihani lah dia..suami yg baik suami yg bertanggungjawap
dia nak kuar x de duit
sy yakin allah sedang didik kami sebelum allah berikan rezekinya yg melimpah...
didik agar kami bersifat qanaah...sifat zuhud

Maka itulah sebenarnya yang saya maksudkan. Tiada apa yang special sangat. Tapi sangat impactful bagi diri saya. Kerana walaupun Allah tak tunjuk direct kepada saya betapa hebatnya THE POWER OF DOA & TAWAKKAL kepadaNya, tetapi Allah tunjukkan melalui penceritaan orang lain yang saya yakin ceritanya adalah kisah yang benar-benar terjadi.

Dan saya rasa bertuah mendapat cerita ini. Kerana dengan perkongsian seperti ini, kita semakin yakin dan yakin kepadaNya. Kepada kekuasaanNya.
Allahu akbar!..
"Kau tunjukkanlah lagi kehebatanmu kepada kami hambaMu ini Ya Allah.."
💖Maafkan saya... & selamat malam semua smile emoticon ðŸ’–

1 comments:

  1. Subhanallah....kuasa ALLAH xde siapa yang dapat tanding!

    ReplyDelete