Eh mana boleh biarkan anak-anak meminta? Nanti diorang ni naik lemak pulak..mintak je pandai,senang sangat dapat yang dihajati,nanti tak tau pulak macamana nak cari sendiri,kan?
Tapi..ini dari perspektif yang sangat berbeza...
Dulu aku pun tak suka anak-anak meminta-minta itu dan ini..kerana takut diorang akan senang dapat apa yang dihajati tanpa bersusah payah..tapi, bila difikir-fikirkan balik,ada baiknya sebagai ibu dan bapa,kita layan saja imaginasi mereka..layan saja permintaan mereka..(bila dikata layan,bukan bermaksud beri saja apa yang mereka minta..tapi bermaksud kita layan saja perbualan atau permintaan mereka itu..memberinya bukan serta merta,tetapi mengambil masa..bukan mintak dan terus dapat).
Kerana,lihat kembali sejarah kita masa kecik-kecik dulu..
Aku,datang dari sebuah keluarga yang biasa-biasa saja..ayah seorang Kapten Feri (Feri Pulau Pinang), ibu pula seorang kerani..jadi kehidupan aku seperti juga kawan-kawan lain,tiada yang lebih..hidup secara sederhana..tapi, di antara kawan-kawan,ada yang datang dari keluarga berada.Melihatkan kemewahan mereka..aku pun teringin juga..Bila cuti sekolah,kawan-kawan ini bercuti ke sana sini..ada yang lebih kaya,mereka ke luar negara..
Bukan tak teringin,tetapi sangat tak sampai hati untuk meminta-minta dengan mak dan abah..Sebenarnya bukan tak sampai hati,tapi memang dah tahu kalau mintak pun mereka memang tak mampu..Dan kita tidak diajar meminta-minta kerana kita kesihankan melihat keadaan ibu bapa kita..Kita faham tentang situasi kewangan mereka...
Tapi zaman berubah...sekarang aku dah faham, kenapa anak-anak perlu meminta atau memberitahu kami keinginan mereka..Sebenarnya,dari permintaan-permintaan inilah yang akan membuatkan adrenalin kita melonjak naik..Aku dan suami sependapat,kami perlu tahu keinginan anak-anak,kami tak tolak mentah-mentah permintaan mereka..Dari sinilah turning point bagi kami sebagai ibu bapa sama ada memilih untuk menjadi ibu bapa yang MALAS atau yang terpaksa BERTINDAK bagi merealisasikan impian anak-anak kami..
Sebenarnya, budaya nenek moyang yang kita ikut dari zaman ke zaman iaitu supaya kita tidak meminta-minta itu adalah sebenarnya datang dari KEMALASAN...kemalasan mereka untuk BERTINDAK ataupun,mereka cuba mengelak dari berfikir bagaimana mereka perlu bertindak untuk merealisasikan impian anak-anak mereka?
Sejak itu aku faham kenapa kita perlu membuatkan anak-anak kita memasang impian...dan kita perlu tahu dan diberitahu impian mereka..Secara sedar tak sedar,jika kita tahu apa keinginan anak-anak kita, sebenarnya subconcious mind kita akan menggerakkan kita BERTINDAK ke arah melaksanakan keinginan mereka ini...
Sama ada kita nak atau tak nak,kita terpaksa melakukan sesuatu supaya hajat anak-anak kita tercapai..Kita boleh pilih untuk buat-buat tak tahu kalau kita MALAS BERTINDAK...Dan satu lagi pilihan ialah kita perlu
TERUS BERTINDAK..jika tak,pasti impian anak-anak akan menjadi angan-angan mat jenin sahaja..KESIAN anak-anak kita..Kita yang MALAS BERTINDAK...mereka yang terpaksa melalui keperitan dan kesusahan hidup..Mereka terpaksa hidup dalam rumah yang sempit..mereka terpaksa menaiki kereta yang tua dan busuk..mereka terpaksa hidup dengan segala kekurangan...mereka terpaksa mempercayai kata-kata ibubapa mereka.."Kita tak mampu nak,kita bukan orang kaya..ibu dan ayah gaji tak banyak.."
Tapi sebenarnya ibu bapa ini MALAS BERTINDAK dan TIDAK MENCARI JALAN KELUAR..tapi terus hidup dalam COMFORT ZONE..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment