Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, December 31, 2012

Antara kisah BERANI 2013 - MAK ABAH kami yang AWESOME!

Antara kisah BERANI 2013 - MAK ABAH kami yang AWESOME!

Alhamdulillah..banyak betul yang nak share pasal BERANI 2013 yang kami hadiri tadi di Wisma MCA,KL (30.12.12).

Tapi sebelum nak share yang lain-lain..satu perkara ni yang teringat-ingat sangat dari tadi..Meh nak citer sikit...

Tadi semasa kami melangkah keluar dari dewan,kami didatangi oleh 2 orang peserta yang ingin share pengalaman,share kekuatan,share kelemahan,share kesedihan dan banyak lagi lah..dan memang sangat best lah sharing tadi..Dari air muka yang sangat rendah diri,tak mempunyai keyakinan diri,saya dapat rasakan semakin bercahaya wajah mereka,semakin yakin dengan diri mereka...Mereka ni menjalankan bisnes pakaian dan ice-blended..

Tetapi dalam banyak isu yang kami share,saya teringat cerita mereka ni mengenai cabaran yang terpaksa mereka lalui bila berhadapan dengan orang-orang yang negatif. Memang sangat ramai orang menghadapi cabaran yang macam ni..tapi yang lebih menyukarkan mereka ialah orang yang negatif ni adalah orang yang mereka sayangi,orang yang paling dekat dengan mereka...orang itu ialah ibu mereka sendiri....

Kata salah seorang dari student ni, lagi tak best katanya..ibunya sendiri tidak menggalakkan dia pergi ke kelas2 Dr Azizan ni..katanya, "ko tak payah lah pegi kelas2 tu lagi..yang kayanya dia (DAO)...bukannya kau yang kaya..."

Saya tak nak komen tentang kata-kata ibunya tadi..tapi sebenarnya saya termenung seketika..saya sangat-sangat bersyukur,saya dan suami tak pernah mengalami situasi yang macam tu..jadi saya tak pernah terfikir ada jugak ibu yang macam tu..yang tak menggalakkan anaknya mencari ilmu..yang tak menggalakkan anaknya mencari jalan keluar daripada kesusahan dan keperitan hidup..

Ingin sekali kami mengabdikan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana kami mempunyai ibu dan bapa yang sangat AWESOME!!...

TERIMA KASIH dan SEGUNUNG TAHNIAH kepada kedua-dua ibu dan bapa kami iaitu Abah Abu Bakar dan Abah Md Hanipah serta Mak Kalsom dan Mak Salmah kerana kedua2 abah dan mak ini begitu positif,sangat memberi support kepada kami walaupun mereka sendiri dulunya makan gaji dan surirumah sahaja...Kami sangat menghargainya kerana rupa-rupanya susah nak mencari mak2 dan abah2 yang SPORTING dan yakin dengan kemampuan dan kebolehan kami seperti MAK DAN ABAH...

Alhamdulillah,semoga kami akan menjadi macam MAK dan ABAH yang sentiasa POSITIF tentang anak-anak,tidak takut kalau-kalau anak2 akan gagal...MAK dan ABAH sentiasa memberi peluang kepada kami untuk mencari jalan kami sendiri,tidak risau yang melampau tentang kami,sangat yakin kami akan berjaya dengan pilihan hidup kami ini..dan sesungguhnya ianya telah memudahkan proses kejayaan kami..MAK dan ABAH memang BERANI!...

Kami sangat-sangat BERSYUKUR mempunyai mak seperti MAK dan ABAH...Impian kami kepada MAK dan ABAH..semoga tahun 2013 ini dan seterusnya, kami dapat lebih banyak berbakti kepada MAK dan ABAH,lebih banyak masa,wang ringgit dan tenaga dapat diluangkan untuk MAK dan ABAH dan semoga MAK dan ABAH sihat dan bahagia sepanjang hayat..Doakan kami MAK ABAH..Kami sangat sayangkan MAK dan ABAH.

Amin..amin..amin..Ya Rabbal'Alamin....

1 comments: