Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, May 1, 2013

PEKERJA KAMI ANUGERAH ALLAH KEPADA KAMI

PEKERJA KAMI ANUGERAH ALLAH KEPADA KAMI

Sempena hari ini 1 Mei 2013 iaitu HARI PEKERJA, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja kami. From the bottom of  our heart..kami benar-benar menghargai anda semua..Bukan wang..bukan untung semata-mata yang Allah anugerahkan kepada kami..Tapi ANDA andalah ANUGERAH ALLAH yang tak terhingga dan sangat bererti kepada kami..

Perkataan ANUGERAH ALLAH ini sebenarnya diberikan oleh seorang yang sangat kami hormati iaitu Abang Zull Design pereka mesin coklat atau mesin topping kami..Dengan bersemangatnya Abang Zull bercerita, ada sekali tu..kami tak ada di kedai..isterinya Kak Som pegi ke kedai kami untuk ambik kek, dia terdengar salah seorang pekerja kami iaitu Yusof tengah bertanyakan sesuatu kepada supplier bahan mentah yang baru sampai..Yusof tanya, kenapa u all hantar susu pekat sekarang tak pekat? tak sama macam kualiti sebelum ni?..Minggu tu sebenarnya kami menghadapi masalah kek berkulat awal dari tarikh sepatutnya...Jadi, Yusof pening,dia tahu dari mana puncanya..tapi dia tak faham..yang bawak barang tu pun driver lori saja..dia cuma bawa barang...dia tak tahu apa-apa pun..hehe..

Kata Abang Zull, Yusof ceritakan pada mereka, dia tak puas hati kalau jadi macam ni..dapat bahan mentah yang tak sama grednya seperti selalu..Kalau telur sekalipun, diorang sangat berhati-hati mencuci telur satu persatu..ditapis dulu supaya kulit telur tak masuk pula dalam adunan kek..Kata Abang Zull, nampak keikhlasan mereka, bukan membuta tuli bekerja..tetapi mereka terasa seperti bisnes mereka sendiri..Kerana itulah Abang Zull menggelarkan mereka ini seperti ANUGERAH ALLAH kepada kami...Amiiinnn...Amiinnn..thank you Abang Zull kerana mendoakan kami..

Seriously tak tau nak cakap macamana...kami betul-betul menghargai anda semua wahai adik-adik..Kerana dulu..kami tidak pernah terfikir akan mempunyai 30 orang pekerja seperti sekarang..Kami bermula dengan 2 orang pekerja ataupun runner untuk delivery kek iaitu CJ dan Arwah Baby adik CJ..kedua-duanya perempuan..bekerja hanya sebulan..Terima kasih kepada anda berdua walaupun Baby adik manja dah meninggalkan kita..Anda berdua sebagai pembuka minda kami..Dan ingat lagi, dah la adik dua orang ni  orang pertama diambil bekerja, tapi lepas sebulan dah nak berenti...Dalam hati saya, tak apa...pasti ada sesuatu yang Allah nak beri kepada kami...

Betullah...selepas CJ dan Arwah Baby resign iaitu pada December 2009, pekerja seterusnya yang sangat tak tau nak cakap...apa ye anugerah yang sesuai nak sebutkan pada Ben ni..Pekerja yang sangat jujur, walaupun hampir 2 tahun bekerja dengan kami sebagai runner..setiap hari memegang cash ditangan, tak pernah selama bekerja tu duit shot..Ya Allah..inilah ANUGERAH ALLAH yang pertama buat kami..Anak seorang yang berada, tetapi...sanggup bekerja yang kalau setengah remaja tak akan bertahan sampai 2 tahun..semata-mata kerana nak dapatkan experience bekerja kerana ingin menjadi usahawan berjaya satu hari nanti..

Ben sendiri dah ada kereta MYVI masa dia start bekerja..tapi saya sendiri hanya pakai PROTON SAGA batch 1995...Anak muda berusia 23 tahun rasanya masa tu...langsung tak nampak dia rasa rendah diri,malu drive PROTON SAGA lama tu...malah...dia hormatkan saya dan suami serta Kak Wati dan Kak Nila...MasyaAllah...

Attitudenya sangat superb!..Apa saja yang diminta tolong, dia boleh buat tanpa nampak air mukanya berubah..Dulu siapa lagi nak minta tolong kalau bukan dia? Kadang-kadang terpaksa ke kedai beli barang yang tak cukup..tolong ambik anak-anak..tolong hantar mak ke Giant..dah macam driver..tapi IKHLASNYA DIA...MC dan CUTI tak pernah ambik..kecuali kes ayahnya jatuh sakit dulu..dia yang terpaksa jaga ayahnya..selain dari tu, tak pernah sekali pun dia ponteng..kerana dia faham, kalau dia tak datang, memang sama ada kek tak keluar hari tu atau..saya yang terpaksa hantar...ANUGERAH kan?..

Kes yang paling saya tak boleh lupa..Masa tu saya baru habis pantang Aleya Sophia, saya dah ke kedai..pagi tu Ben bagitau, ibunya nak mintak tolong dia drivekan ke Kuantan..jadi kemungkinan dia tak dapat bekerja..Saya faham keadaan Ben..Tapi, saya yang baru habis pantang, dah tahu kalau situasi macam ni..saya yang perlu gantikan tempat Ben..tapi...macamana saya nak tinggalkan anak-anak kecik saya ni...dah lama tak tinggalkan, tak tahu macamana saya rindu nanti..terus berlinang air mata saya depan Ben..Dia lagi la jadi serba salah...nampak dia call seseorang berkali-kali..Tapi lepas tu dia cakap kat saya, tak apa kak..saya hantar kek dulu..lepas tu baru saya terus hantar ibu saya...Dia boleh tunggu...Huhh?...Saya tak suruh pun..saya tengah bersiap-siap nak keluar gantikan tempat dia sebenarnya...Tapi...tengoklah attitude orang muda yang luar biasa ini!..

Betullah..attitude melambangkan kejayaan seseorang!..Ben sekarang dah 3 tahun menjalankan perniagaan Chcocolate Chip atas jenama Ben's Signature..dah ada premis atau kilangnya di Seksyen 16 Shah Alam..Chocolate Chipsnya ada di jual di premis kami..Cookies yang paling laju jualannya di premis kami..Alhamdulillah..memang nampak dia bakal menjadi jutawan muda tak lama lagi..yang penting carilah ILMU... ye Ben?..

Selepas itu, pekerja kami silih berganti..masuk keluar..masuk keluar..semuanya adalah perkara biasa..Bukan semua kami dapat yang terbaik..seperti ramai yang fikirkan..tidak...tapi itu adalah perkara biasa..Yang mencuri pun ada..yang otak tak berapa betul pun ada..macam-macam...Ada juga yang rasa rendah diri bekerja dengan kami company yang entah datang dari Kampung Pisang mana agaknya...Kami tahu adik-adik...dulu dalam fesbuknya tak ada history atau pengenalan tempat kerjanya..diletakkan sebagai unemployed..sekarang dah dapat kerja di company besar, 1st day lagi dah letakkan nama companynya..Hehe..kami tahu adik-adik..ada yang MALU bekerja dengan company kecik ni..

Tapii....insyaallah, satu hari nanti..siapa yang masih setia bersama kami...kami akan pastikan anda akan rasa bangga menjadi salah seorang warga Anisfood. Kami tak akan biarkan adik-adik semua malu..rendah diri dengan kawan-kawan dan keluarga anda..Tiada orang lagi akan mengejek anda..tiada orang lagi akan menekan anda suruh resign..cari kerja lain..Insyaallah, mereka akan kagum kerana anda bekerja dengan company yang sangat dikenali di Malaysia dan di peringkat antarabangsa..Insyaallah..Amiinnnn..

Untuk semua adik-adik..sekarang dah ada abang..Abang GM Safeei, Kak Nila, Ina, Matnor,Awi,Omar,Fikah, Miza, Kak Ida, Kak Leha, Sari, Yuli, Yanti, Siti Aishah, Lisa,Ani,Ibu Sun, Dayah,Khadija,Aini,Ibu Aini,Razak,Idris,Yusof, Hero,Alim,Munna,Yeakob,Hameed,Yeunus &Jasim...kami sangat-sangat berterima kasih kepada anda semua..Deep from our heart..anda sangat berharga kepada kami..Anda semua tulang belakang kami..Kami doakan anda semua sihat, hidup gembira dan bahagia..dan ketahuilah..Kami ingin memberi lebih lagi kepada anda..Kami ingin membantu anda...Semoga Allah melorongkan usaha kami ini..Semoga kita dapat berkongsi rezeki ini bersama-sama..

Ikhlas dari kami berdua yang anda panggil Abang Ady dan Kak Anis.

TERIMA KASIH YA ALLAH...SYUKUR YA ALLAH...


0 comments:

Post a Comment