Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, August 27, 2013

KATA-KATA MINDA KITA MENJAMIN KEJAYAAN KITA

KATA-KATA MINDA KITA MENJAMIN KEJAYAAN KITA

Semua orang nak kaya!..Semua orang nak jadi berjaya!..Tak dinafikan, walaupun kadang-kadang ada yang kata dimulut dia tak perlu jadi kaya, sebab dia dah ok.dia dah happy..Tapi kalau ada peluang, ada cara, ada orang yang cuba tunjukkan jalan menuju kekayaan sebenarnya tak susah sangat...macamana?..Mesti mereka nak..mesti mereka teringin nak tau jugak. Mereka ni tak nak jadi kaya sebab dia nampak susah..Dia tak nampak cara yang senang..

Ada ke cara yang senang?..Hehe..

Sebenarnya, nak kata senang..mungkin tak senang sangat..Cuma, bagi orang yang dah melaluinya bolehlah kata senang..Yang baru nak start ni agak susahlah sikit..Ye lah, dah 39 tahun hidup, apa yang dah ditanam dalam minda kita dah jadi sebati..dah berakar umbi pun..Bagi yang dia tahu ada tumbuhan yang tak perlu di minda dia..dia akan cepat-cepat buang dari akar..Tapi bagi yang tak sedar ada pokok negatif yang berakar umbi tu yang susah..Dia biar je pokok tu hidup subur di situ..Siap di siram-siramkan lagi...

Paham ke?..

Apa yang sebenarnya membuatkan seseorang tu berjaya?..Senang je, paling basic sangat-sangat.Kualiti hidup seseorang itu adalah disebabkan bagaimana kita bercakap dengan diri kita sendiri!..How we communicate to ourselves!..Bermaksud, kualiti hidup seseorang adalah disebabkan oleh kualiti komunikasi. Komunikasi dalaman diri kita..atau monolog diri kita!..

Menurut mentor saya, dalam sehari kita bercakap dengan diri kita sebanyak 7000 kali. Tu diaa...banyak tu!.Apa yang kita cakap ye?..Tak perasan kan?. Tapi itulah dia faktanya.Kita semua sama je..Tak kira si kaya ke..si miskin ke..Yang kerja ke..yang bisnes ke..yang happy ke..yang stress ke..Semuanya mempunyai komunikasi dalaman.

Itu yang orang kaya faham sebenarnya!..Dia bukan setakat tahu, tapi dia faham..Faham tentang pentingnya tenaga dalaman ni!..Faham tentang dia perlu jaga-jaga apa yang small little voice dia bercakap dengan dirinya.Dia tak boleh biar je..dia tak boleh buat tak tahu je..Dia kena control semua tu!..

Tak payah start buat bisnes lagi kalau nak kaya..Start kat sini je dulu..Dalam hati kita ni, apa yang selalu kita katakan? Kita ucapkan kata-kata kejayaan ke atau selalu sabotaj diri sendiri? Dalam hati tu kata apa?..Anda kata anda boleh berjaya ke atau tak lama lagi anda kena kerja balik?..Anda rasa pilihan bisnes anda tu bukan yang terbaik ke..atau anda rasa anda boleh buat kalau anda lebih focus dan beri komitmen. Bermakna, kalau kat sini pun tak betul, kita buat bisnes tunggang terbalik..pagi petang siang malam tak balik-balik..End up result dia nanti sama je..Segala perasaan kita..tindakan kita..semuanya datang dari komunikasi dalaman inilah..Lebih kualiti kata-kata dalam minda kita..lebih kualitilah hidup kita!..

WALLAHU'ALAM....





0 comments:

Post a Comment