Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, August 30, 2013

BILA DAH ADA DUIT....

BILA DAH ADA DUIT....

Ada yang bertanya pendapat kami, kenapa ya dulu, waktu tak ada duit..mereka  menanam hasrat untuk membeli itu..membeli ini..Teringin nak buat itu, nak buat ini..Semua benda dalam dunia ni mereka nak..Tapi, bila dah dapat beli..dah dapat rasa..Perasaan gembira atau puas mendapat sesuatu itu semakin hilang..Kenapa ya?..

Susah nak jawab jugak sebenarnya..Tapi saya agak saya tahu kenapa..Ini semua adalah kerana, sebenarnya perasaan gembira dan puas kerana mendapat sesuatu yang kita nak tu adalah satu perasaan yang sementara saja..Maksudnya, kegembiraan itu bukanlah sesuatu perasaan yang berpanjangan atau berkekalan...Sekejap saja rasa seronoknya..sekejap saja rasa bahagianya..Lama-lama dah rasa biasa je..Dah rasa BMW pun macam tak ada bezanya?..Terkejut jugak bila seorang kawan cakap macam tu pada saya..Maafkan saya, takkan BMW sama macam kereta lain?

Saya katakana pada suami, pelik jugak kalau ada orang yang boleh fikir dan rasa macam tu..Sedangkan kami ni Ya Allah tak tau nak cakap...Setiap kali kami tengok, setiap kali rasa, setiap kali sentuh, setiap kali memandunya...Terasa sangat berbeza apa yang kami ada sekarang dengan apa yang kami ada dulu..Apa yang kami pandu sekarang dengan apa yang kami pandu dulu..

Tapi, itulah dia...mungkinkah kerana jika kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada..dengan apa yang kita dapat..Kita hanya bersyukur waktu mula-mula dapat sajakah?..Cukupkah sekadar macam tu?..Lepas tu kita dah mula terlupa pada Dia Yang Memberi..Ye lah, sebab dah dapat..Terlupa pulak, dulu...masa sebelum dapat, berdoa siang malam mintak pada Allah..Sekarang dah dapat, dah tak bersyukur?..Sebab apa dah tak bersyukur?..Sebab dah rasa tak best..sebab dah nampak yang lain pulak lagi best..Macam tu ke?..

Tapi, nampak tak betapa mudahnya perasaan itu hilang?..Segalanya bergantung kepada kita juga..Kalau duit dan kemewahan yang kita ada itu digunakan hanya untuk mendapatkan keduniaan semata-mata..Itulah dia, bukannya berkekalan pun perasaan gembira itu..Tapi, kalau rezeki yang kita dapat itu digunakan untuk jalan yang diredhai Allah, jalan yang dirahmati Allah, lebih kepada untuk menjaga hubungan sesama manusia...insyaallah...kita tak akan hilang rasa 'nikmat' itu...Malah, kita terus mencari-cari nikmat itu, kerana ingin mendapat lebih lagi kasih sayang Allah...

WALLAHUA'ALAM...

0 comments:

Post a Comment