Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, December 1, 2014

THE POWER OF RELATIONSHIP


Dalam Anis Chocolate, kami menerapkan nilai-nilai relationship. Macamanalah agaknya relationship yang kami maksudkan? 

Yang dimaksudkan ialah bukan setakat perhubungan antara team. Hubungan dengan pekerja masing-masing jugak sangat diberatkan. Sebab bagi kami, bisnes bukan setakat untuk duit. Untuk mencari untung semata-mata. Tapi lebih dari itu. It's all about LOVE....

Dalam program WE COACH U dan lain-lain program, kami sangat tekankan pasal relationship ini. 

Contohnya Stokis Ipoh kami Syahran ceritakan dalam program We Coach U baru-baru ni tentang relationship. 

Katanya dulu, dorang sangat sibuk. Bila dealer dan ejen dorang datang kedai untuk ambik kek, dorang tak ada di kedai. Dealer dan ejen seperti touch n go. Tak ada komunikasi. 

Lama-kelamaan dorang perhatikan, dealer tak boleh bertahan lama. Sekejap je dia jadi dealer. Lepas tu hilang. 

Jadi, dorang mula berazam. Kalau ada dealer baru yang nak datang ambik kek di kedai dorang Simply Chocolate, dorang pastikan akan jumpa dengan dealer tersebut.

Bila ada sentuhan macam tu, alhamdulillah nampaknya dealer mereka bertahan sampai sekarang. Dan Syahran & Rozi antara Stokis yang ada dealer dan ejen paling ramai dalam team kami. Tapi bukan setakat paling ramai. Team Stokis Ipoh ni sangat aktif!..

Nampak kan? Dealer ejen ni manusia juga. Mereka perlukan perhatian dan belaian. Kerana bisnes apa sekalipun, bukan setakat mencari untung semata-mata. Sentuhan hati itu yang paling tinggi nilainya. Faham kan? 

Ada satu lagi cerita. Stokis Penang Edib cerita dalam WE COACH U jugak. Dia dan isterinya Yana sangat pandai build relationship dengan staff outlet sebenarnya. Setiap outlet depa ni akan bagi 2 kek free pada staff outlet setiap kali buat delivery. 

Jadi bayangkanlah mesti staff Petronas atau staff Mydin atau kedai-kedai depa yang lain happy kalau nampak depa ni sampai. 

Baru ni, depa servis satu Petronas ni macam biasa. Yana wife Edib ni sebenarnya tengah pregnant 3 bulan. Dan bila masuk dalam Kedai Mesra Petronas, tengah susun kek, tiba-tiba dia......

UWEKKKK!!....

Alamak!!..Dia termuntah!..Maklumlah, tengah morning sickness. Uhuhuhuu....

Nak tau staff Bangladesh situ cakap apa? 

Tak pa bang. Tak pa kak. Saya setelkan. Dia terus ambik mop dan bersihkan lantai. 

Edib kata, terharunya dia... Sepatutnya dia yang perlu cucikan. Tapi disebabkan dia selalu berbaik-baik dengan staff di situ, macam tu lah layanan yang dibalas. 

Sangat terharu kan?..

Ada lagi sebenarnya cerita pasal relationship dalam team kami ni. Nanti depa share lagi kat bahagian komen. Boleh ke boleh adik-adik Stokis, dealer dan ejen tersayang?...

Ok ya jutawan. Semoga kita semua dapat kuatkan lagi hubungan dalam team kita kay. Bye, have a great day today with your teammates!..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

0 comments:

Post a Comment