Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, January 6, 2015

ALASAN ORANG GAGAL - PART 1

Part 1


Ada beberapa alasan sesetengah orang gunakan untuk tidak melakukan sesuatu yang diingini. Untuk tidak buat sesuatu bagi mengejar matlamatnya.



Antara alasan yang dibuat ialah: 



1. Saya ada masalah kesihatan

Saya tak boleh aktif sangat. Saya ada penyakit. Jadi macamana saya nak berbisnes? Jadi macamana saya nak involve lebih aktif dalam aktiviti pejabat? Itulah kengkangan saya untuk lebih berjaya katanya. 

Sesetengah orang pulak dia yang tercari-cari penyakitnya. Bila terasa ada sesuatu yang tak kena pada sistem badannya, dia ke 4 orang doktor untuk konfemkan apa sebenarnya penyakitnya. 

Ada yang doktor tak dapat kesan pun penyakitnya, tapi dia rasa tak puas hati. Nak jugak tahu kenapa dia sering demam contohnya. 

Ada satu cerita. Masa tu dalam penerbangan. Encik Ahmad ni terdengar bunyi sesuatu dari orang sebelahnya. Mcam bunyi jam berdetik. Ticking sound. Dia pun terpandang orang sebelahnya. Risau jugak dengar bunyi tu. 

Orang sebelah tu faham. Dia senyum ja, katanya "Ohh...jangan risau, tu bukan bunyi bom. Bunyi jantung saya."

Rupanya orang sebelah Encik Ahmad ni baru lepas operation. Ada plastik diletakkan sementara dalam jantung dia. Kata doktor, selepas beberapa bulan, bila dah tumbuh tisu baru, bunyi tersebut akan hilang. 

Pastu Encik Ahmad tanya, apa rancangan u? Yang bestnya nak tau dia cakap apa? 

Ohh...saya ada banyak perancangan. Saya nak sambung belajar. Saya nak buat Master, kemudian nak buat Phd. Doktor kata saya mesti biasakan diri beberapa bulan ni, tapi lepas tu saya akan jadi orang yang baru. 

Nampak kan? Perbezaan cara seseorang berfikir mengenai kesihatan. 

Orang berjaya, kalau diperhatikan, dia tak suka highlight tentang masalah kesihatannya. Kerana dia faham, lebih banyak dia bercakap tentang masalah kesihatannya, lebih teruk lagi akan terjadi. 

Dan bercakap tentang masalah kesihatan kita sendiri ini agak bad habit sebenarnya. Ia akan membosankan orang yang mendengar. Kerana isu ini lebih 'self-centered'. Asyik pasal penyakit kita saja. 

Orang berjaya tak buat macam tu. Dia tak suka komplen. Dan dia lihat, penyakit yang diberikan itu adalah untuk hapuskan segala dosa dia. Dia tak salahkan Allah, tetapi mencari positiviti di sebalik segala yang berlaku.

Alamak, maaf ya, baru dapat cover satu alasan orang gagal. Hehe...Nanti bila-bila saya sambung lagi ya. 

Oklah, saya doakan semoga anda semua hidup sihat aman bahagia disamping keluarga tercinta. 

Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..

0 comments:

Post a Comment