Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, September 3, 2013

SAYA TAK MINAT BISNES!..

SAYA TAK MINAT BISNES!...

Apa?....

Saya tak minat bisnes?..Siapa saya tu?..Saya tu bukan saya..Saya tu suami saya sebenarnya...:) Itulah dia kata suami saya Junaidy Abu Bakar 7 tahun lepas. Dia bukannya orang yang minat bisnes pun pada mulanya. Suami saya pun orang makan gaji macam saya jugak. 15 tahun bekerja dengan orang bukan senang dia nak buat keputusan untuk bertukar profession.

Dengan background keluarga sebelah suami yang dah biasa bekerja dengan orang, jadi suami ni pun sama juga..Dia pun langsung tak pernah terfikir pun untuk buat bisnes secara serius. Dan, dia juga sangat minat untuk membina kerjaya dia yang senang naik masa tu.

Tapi, kelebihan saya ialah..Suami saya ni sangat supportive! Inilah antara yang membuatkan saya kuat sebenarnya..Dia support apa saja yang saya buat. Bukan setakat dia bagi moral support, tapi juga dialah yang tolong saya beli tepung..beli minyak..Balik kerja, sebelah malam itulah yang suami tolong buat.Dia tak pernah merungut!..Dia pun tak pernah mintak gaji. Ye lah masa awal-awal dulu, saya pun tak mampu nak bagi gaji kat dia..Untuk saya sendiri pun tak ada gaji..Tapi dia sangat faham!..Itu yang kami pelik sekarang ni bila dengar suami isteri bergaduh sebab isteri tak bagi gaji kat suami lah...Suami berkiralah..Macamana nak maju kalau itu pun tak boleh nak give and take?..Bagi suami pulak, dia cuma nak tolong saya..Dia kesian tengok saya siang malam bekerja..siang dengan anak lagi..dengan kek lagi..Malam, nak hantar kek untuk customer pulak..

Tapi,walaupun suami kata dia tak minat bisnes...Saya boleh nampak dan saya konfiden sangat yang dia boleh buat sebenarnya!..Sebab nampak sangat disiplin dia..Kalau hujung minggu dia yang tolong hantar kek..Dari awal pagi, lepas subuh lagi dia dah keluar.Paling saya respek suami saya ni, dia tak malu nak angkut bakul masuk keluar dari PETRONAS, atau kedai-kedai lain.Kalau terjumpa kawan pun dia ok je..Sebab masa tu dalam hati dia..dia cuma nak tolong saya...Kalau orang lain, malu beb!..Tak kellasss la bawak bakul...Kelas tak kelas, kannn..orang tengok bawak bakul je..Sale berbelas ribu dah masa tu..Hehe..

Sebenarnya, nampak tak?...Itulah ciri-ciri orang yang minat dan passion sebenarnya!.Dia tak nampak!..Tapi saya dari awal lagi dah nampak yang dalam diri dia dah ada jiwa bisnes..Kalau dia tak passion, tak mungkin dia boleh bawak bakul tu bang oiii...Malu laa..Jatuh lah saham...Macamana kalau aweks cun nampak, mana nak sorok bakul?.. ;)

Sebab tu lah pada Oktober 2010, saya pujukkkkkkk suami ajak pegi kelas Dr.Azizan Osman. Saya nak dia pun nampak hala tuju dalam bisnes kami ni. Saya nak dia nampak potential yang ada dalam dirinya..Betul lah bak kata Richworks..UNLOCK YOUR POTENTIAL..Memang tepat sekali!..Sebab saya nampak potensi suami..Cuma dia jer yang tak konfiden. Atlast, pujuk punya pujuk...merayu-rayu..goda goda sikit...hehe...akhirnya dia pun setuju nak ke kelas walaupun tak sepenuh hati...

Walaupun mula-mula dia sangat tak sukakan Dr.Azizan Osman tuuu...Dia kata siapalah mamat yang nak goreng aku ni!..Dia sangat skeptikal dengan trainer ni..Sebab dia kan dalam Human Resource..Dia pun konon boleh training..Dia kata bukan susah pun nak train orang..goreng jer..Sebab tu lah dia tak respek Dr. Azizan masa tu...

Tapi....lepas sejam..dua jam..dia tengok, wahhh...Mamat ni mesti ada 'something'!...Dengan crowd 2000 orang masa tu, dia boleh control audience dia..Semua diam je dengar dia nak cakap apa..Ada yang nak pegi toilet pun sanggup tahan sebab takut ter miss point yang penting..Seolah-olah apa saja butir perkataan yang keluar dari mulutnya amatlah berharga...Waahhh....sampai macam tu ke?..Entah lah, kalau nak tahu..kenalah experience sendiri...

Sebenarnya, itulah dia TURNING POINT yang paling besar dalam hidup kami sebenarnya!..Titik tolak yang keluarkan diri kami yang sebenarnya..Yang dah tak takut-takut lagi..Yang pada mulanya ingat bisnes ni untuk bantu-bantu suami saja..Untuk duit tambahan saja..Tiba-tiba melalui kelas Dr.Azizan, kami rasa konfiden, kami nampak bisnes Anis Chocolate ini boleh berkembang..Kami dah nampak jalannya!..

Ya Allah...masa tu kami hanya invest RM50 seorang saja..tapi, bila balik dari kelas..saya ingat lagi..Kami non stop bercakap pasal Dr.Azizan, bercakap pasal bisnes kami...Terima kasih Doc!..Dan ingat lagi, kami panggil anak-anak kami masa tu..Kami cakap, abang..adik..kita akan kaya lepas ni!..Mama dengan Papa nak build bisnes kita ni sampai semua orang kenal Anis Chocolate Moist Cake..Mama dengan Papa dapat rasa satu hari nanti, bisnes kita akan jadi macam Gardenia..pegi lah ceruk mana pun...Satu Malaysia orang akan kenal Anis Chocolate Moist Cake..dan orang sukakan kek kita!...

Itulah kata-kata dan impian kami pada Oktober 2010.

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat memberikan bisnes ini kepada kami.

Love You.




1 comments:

  1. # tepuk tepuk tepuk
    mmg hebat.sy suka baca pengalaman org2 hebat dan berjaya.mana tahu aura + dapat sikit kat saya

    ReplyDelete