Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, November 7, 2013

EPISOD PENGHIJRAHAN KAMI

EPISOD PENGHIJRAHAN KAMI

Ingat lagi....pada 25 September 2000, kami berdua terpinga-pinga bila sampai saja kami di depan rumah yang bakal kami sewa di SS19 Subang Jaya, dah ada orang tinggal di dalam!...Eh siapa pulak tu?..Bukankah kami dah bayar deposit rumah? Kenapa boleh jadi macam ni? Mana kami nak korek duit lagi nak cari rumah lain? Kereta WIRA kami dah penuh dengan barang-barang ni..Mana nak letak barang-barang ni?..Siapa yang kami ada di KL ni? Mana kami nak tidur malam ni? Nampak macam terpaksa bermalam dalam kereta sajalah. Kami tak ada saudara mara di sini...Kami sebatang kara!...

Itulah yang terjadi pada kami pada episode penghijrahan hidup kami. Setelah 3 bulan berkahwin iaitu pada Mei 2000, saya mendapat tawaran bekerja di PETRONAS di KLCC. Jadi saya terpaksa meninggalkan suami di Pulau Pinang kerana dia bekerja di sana. Setiap hari Jumaat, saya dah tak sabar nak tunggu jam 5 petang sebab saya nak balik kampong, nak balik Penang. Masa tu boleh dikatakan saya ni muka Pudu lah..Dah tau selok belok di Pudu tu...Driver bas pun dah kenal muka saya ni..Ye lah mana tak kenal, saya special sikit masa tu, sebab tengah mengandung!..Itu yang driver kenal tu..diorang ni kesian tengok saya bawak beg berbondong-bondong..dengan bawak perut pulak lagi tu..Kesiaan...Macam tu lah saya saban minggu menjadi teman setia PUDURAYA...

Saban minggu saya akan balik ke kampung, ye lah tak pernah berpisah dengan keluarga...Tak pernah berhijrah pun dalam hidup. Masa belajar pun pilih USM..sebab nak dekat benar dengan keluarga. Ni bila dah kerja di KL, mana reti nak berpisah lama-lama..Kalau katakan tak dapat kerja di KL ni, rasanya sampai sekarang minda kami pun masih sama..tak berubah!..

Walaupun setiap minggu saya berulang alik ke Penang, kadang-kala suami turun KL juga untuk interview. Ye lah nak ikut isteri tinggal di KL. Takkan nak biar isteri yang mengandung ni berulang alik setiap minggu..Tapi, faham je lah waktu tu tahun 2000..bukan senang nak dapat kerja. Interview sana, interview sini..tapi kecewa....Sangat-sangat susah masa tu nak dapat kerja!..Nak bisnes?..Sori la..tak pernah terfikir punnnn....

Sabar dan sabar...akhirnya suami dapat tawaran bekerja di syarikat yang sama di HQ di Petaling Jaya. Dari situlah kami betul-betul nekad untuk BERHIJRAH!..Sebelum tu kami tak sepenuh hati sebenarnya nak keluar dari Penang. Ye lah dah comfort zone...Pernah suami berkata, dia tak akan kerja di KL, sebab KL jem..KL sesak..KL tak ada saudara mara..macam-macam yang buruklah pasal KL nih..Punyalah tak nak pindah ke KL!..

Tapi..segalanya di atur cantik oleh Allah SWT..Hanya Allah Maha Mengetahui kenapa kami yang dipilihnya untuk BERHIJRAH!...

Adakah kami terus senang selepas berhijrah?
Adakah kami ditipu selepas berhijrah?
Siapa yang tolong kami?

Nak tahu ke sambungannya?..Kalau nak tahu, insyaallah, saya cuba sambung lagi episod penghijrahan kami esok kalau diizinkan Allah ya...Tungguuuu..... :)

~BERANI BERHIJRAH!!...~

EPISOD PENGHIRAHAN KAMI
PART 2

Hari pertama berhijrah...

Dengan semangat baru nak memulakan hidup baru di tempat baru..Kami pun tak sabar nak sampai ke destinasi pilihan kami. Rumah yang kami pilih untuk disewa ialah rumah teres 2 tingkat di Subang Jaya. Bunyi macam best, tapi sebenarnya rumah tu sangatlah kecil. Di tingkat bawah, hanya ada ruang tamu yang bersebelahan dengan dapur. Di tingkat atas pulak ada 2 bilik yang kecil.Sewa pun baru RM650 pada tahun 2000, bermaksud faham-faham sajalah betapa comelnya rumah itu. Tapi kami sangat bersyukur, rumah comel itulah yang memberi kami banyak ilmu yang tersirat..

Banyak sangat ilmunya bermula di sini..sehinggakan episod penghijrahan kami pada hari pertama lagi kami dah DITIPU!!..

Sampai saja di depan rumah tersebut,kami berdua terpinga-pinga sebab dah ada orang tinggal di dalam!...Eh siapa pulak tu?..Bukankah kami dah bayar deposit rumah? Kenapa boleh jadi macam ni? Mana kami nak korek duit lagi nak cari rumah lain? Kereta WIRA kami dah penuh dengan barang-barang ni..Mana nak letak barang-barang ni?..Siapa yang kami ada di KL ni? Mana kami nak tidur malam ni? Nampak macam terpaksa bermalam dalam kereta sajalah. Kami tak ada saudara mara di sini...Kami sebatang kara!...

Rumah yang bakal kami sewa dan dah bayar depositnya tu rupanya dah disewakan kepada orang lain. Alasan agent property tersebut, kami tak confirm kami nak sewa. Pelik jugak..bukankah dah bayar deposit tu dah kira confirm?..

Wahhh!!..Apa lagi, lagi la rasa tak best KL ni..(dah terbiasa sebut KL walaupun Subang Jaya ni di Selangor sebenarnya)..First day lagi dah kena tipu! Masyaallah!!...Dah lah tu, kami tak dapat hubungi agent hartanah tersebut. Jenuh berjam-jam kami cari ofisnya. Ingat nak claim balik duit deposit. Sebab duit nak sewa rumah baru pun tak ada!..Akhirnya kami give up tunggu agent tu..Kami buat keputusan untuk cuba mencari bilik sewa..

Berjam-jam jugaklah kami berlegar-legar di kawasan perumahan yang sama, sambil mencari kalau-kalau ada bilik nak sewa..Nak sewa rumah lain, duit pulak dah tak ada..Berkali-kali berpusing...tiba-tiba saya ternampak seseorang baru nak pacakkan RUMAH UNTUK DISEWA di depan rumahnya. Dan kami pun cepat-cepat jumpa dengan 'Abang' tu.

Tapi kann...yang bestnya Abang tu kata, betullah dia dah naikkan iklan nak sewakan rumahnya, tapi dia bukan nak keluar sekarang atau dalam masa terdekat. Dia saja nak test market saja. Dia nak tengok ada tak orang nak sewa rumahnya. Tapi tu lah dia...dia pun terkejut jugak, sebab belum siap pacak iklan lagi,kami dah datang tanya!..

Tapi yang bestnya, Abang ni ajak kami masuk rumah..Kami ni risau jugak nak masuk rumah orang yang tak dikenali ni. Macam-macam sangkarable..Sebab dulu dah dipesan jangan nak cepat sangat percaya kat orang yang baru dikenali kannnn...Itu sebablah awal-awal lagi dah judge orang tu, judge orang ni..

Bila masuk, kami diperkenalkan kepada isteri Abang ni. Rupanya kakak ni baru melahirkan baby..Masih dalam pantang rupanya..Dan kami pun mula berkenalan sambil menceritakan kes kena tipu pasal rumah tersebut...Boleh nampak muka Abang dan kakak ni yang kesiankan kami.Sampaikan dia kata, macam ni lah.. kami memang tak nak keluar lagi dari rumah ni..Lagi sebulan baru nak keluar, tapi tak apa lah..u berdua boleh tinggal di rumah kami ni, sewa bilik di atas dan tinggal bersama kami untuk sebulan ni. Macamana?

Subhanallah!!!....Terkejutnya!!...

Ada ke orang yang sebaik ini di KL nih?...Ada ke orang yang baru jumpa dah boleh percaya pada orang lain secepat ini?.Tak takut kah dia kalau mungkin kami ni penyangak ke? Ada jugak orang yang berhati mulia macam pasangan ni. Ingatkan semua orang jahat belaka..hahaha..jangan marah aaa...Waktu tu banyak bela biawak..itu pasal lah pikir macam tu..Yang kami ni pun, tanpa fikir panjang, terus setuju dengan tawaran Abang Haris dan Kak Ima ni...Yang bestnya Abang Haris kata, dia dan Kak Ima bekerja di sebelah malam sahaja.Bermakna siang-siang dia akan berada di rumah. Dan, malam dia mintak tolong kami tengok-tengokkan 2 orang lagi anak perempuannya berumur 17 tahun dan 8 tahun. Boleh je...orang dah tolong, kami memang nak sangat membalas jasa mereka..

Tapi beberapa hari di rumah tersebut, kami rasa hairan jugak dengan pasangan ni. Baiknyaaa!!!...Mana ada orang sebaik ini...Baru je kenal kami, boleh tinggalkan rumah kepada kami..dengan barang-barang yang berharga, piano pun ada..Kalaulah kami bawak lari barang -barang dia masa dia tak ada, kan possible perkara macam tu boleh berlaku? Tapi dua orang hamba Allah tu tak fikir macam tu..Mereka betul-betul bersangka baik!..Dan, inilah ilmu pertama kami yang sangat berharga, iaitu bersangka baiklah dengan setiap manusia...Tak perlu nak buruk sangka,tak perlu nak judge judge orang..serahkan saja pada Allah untuk Dia uruskan yang lain-lain..

Alhamdulillah, dah dapat bilik..Esok suami nak start kerja kat tempat baru ni!..Semangat betul..Bila sampai esoknya, balik dari kerja, suami bawak berita sedih!..

Rupanya dia DITIPU sekali lagi!!...

Jawatan yang kononnya dah disediakan untuk suami sebenarnya tak ada pun!..Tak tahulah siapa yang buat macam ni. Takkan boss dia yang buat macam ni? Ishhh...tapi dah tak boleh buat apa..Hari ketiga berhijrah, suami dah tak ada kerja!..Suami dah jadi penganggur!..Huwaaaaa....

Sedih tu memang sedih..tapi saya tak la tension sangat, sebab saya kenal sangat encik suami kesayangan saya ni..Dia bukan boleh duduk saja kata orang..Orangnya rajin dan kuat bekerja, takkan saya pilih suami yang cikai-cikai kannn..hehe..Tapi, takut Abang Haris dan Kak Ima rasa tak best sebab suami dah tak bekerja, kami terpaksa berlakon drama. Ye lah, kami kan baru berapa hari kenal, pastu hari tu cakap kami berdua bekerja..tiba-tiba kalau tak bekerja..takut depa ingat kami menipu pulak..Dan takut perception terhadap suami jadi tak best pulak..Dah lah bini mengandung, biar dia sorang je bekerja..Yang suami ada di rumah...Kan tak best bunyinya?..

Jadi..drama pun bermula..Setiap pagi, suami akan berpakaian macam nak ke ofis. Dia akan hantar saya ke stesen LRT, dan dia akan terus ke cyber café untuk surf internet mencari kerja. Macam tu lah kami berlakon setiap hari..Mak ayah dan keluarga di kampong langsung tak tahu pasal ni. Memang sengaja kami rahsiakan..Takut mereka risau..Masa ni, bila suami ambik saya petang-petang di stesen LRT, dia mesti menyanyi lagu Sudirman 'Akulah Penganggur' ke apa tah tajuknya..Sentap lagu ni dia kata..kih kih kihh..

Walaupun agak perit pada mulanya, tapi Alhamdulillah, saya punya kekuatan yang luar biasa..Tak pernah saya merungut dan risau tentang suami yang tak ada kerja..Sebab memang nampak usaha dia..Setiap minggu ada saja satu atau dua interview..Saya yakin satu hari nanti mesti dia dapat kerja, kerana dia orang yang berkaliber. Dan dia pun tak pernah putus asa.

Dan, Alhamdulillah selepas hampir 2 bulan menganggur, suami akhirnya dapat kerja di Banting. Dan sejak itu, episod penghijrahan kami menjadi lebih cantik..lebih best..berkat dari kesabaran kami berdua...

Happy ending....hehe....

Terima kasih kerana sudi membaca kisah penghijrahan kami. Dan terima kasih tak terhingga untuk keluarga Abang Haris dan Kak Ima yang terus menganggap kami macam adik kandung mereka sampai ke hari ni. Hubungan kami bukan setakat di situ, tapi berpanjangan sampai sekarang.  Semoga ikatan persaudaraan kita akan terus berkekalan. Kami sangat-sangat menghargai Abang dan Kakak ni yang merupakan Abang ipar dan Kakak kepada Abang Nassier Wahab penyanyi yang awet muda dan baik hati. Keluarga mereka memang awesome!...

Subhanallah!!..Betapa hebatnya hijrah ini kerana mengajar kami tentang berbaik sangka dengan semua orang dan perlunya bersabar dan yakin pada Allah. Dan dengan berhijrah lah minda kami semakin terbuka, tiada comfort zone dan manja-manja dalam hidup kami!..










0 comments:

Post a Comment