Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, November 12, 2013

ORANG 'OPEN MINDED' BOLEH BERJAYA

ORANG 'OPEN MINDED' BOLEH BERJAYA

Hah ni aper citer pulak ni? Open minded tu kalau dalam bahasa melayu maksudnya MINDA TERBUKA. Tapi apa kena mengena pulak dengan kejayaan? Betul ke orang open minded jer boleh berjaya? Orang tak open minded macamana?

Ini sebenarnya hasil dari kajian saya. Tapi setelah dapat idea ni dari sebuah buku The Power of Subconscious Mind oleh Joseph Murphy. Dia cuma berkata, bagi orang yang open minded, ataupun kita fahamkan lagi maksudnya..minda terbuka, orang seperti ini boleh lebih berjaya!..Kerana orang yang minda terbuka boleh 'menerima' dengan senang.

Orang open minded ni senang menerima pendapat dan idea orang lain. Orang open minded jugak boleh membuat perubahan dalam bisnesnya. Ini membuatkan saya relate balik masa belajar Master Your Business beberapa bulan yang lalu. Dr. Azizan pernah berbincang tentang faktor-faktor kejatuhan bisnes seseorang. Antaranya ialah ramai di kalangan orang bisnes takut menerima perubahan dan pembaharuan. Nak betulkan sikit tak boleh..nak buat sesuatu yang baru sikit dah tak yakin.

Betul tau, ini sebenarnya satu sikap yang ada pada ramai manusia. Bukan kata bosses, staff pun sama..Macam kami di Anis Food, kalau kami tukar dari manual nak buat mesin, staff-staff local dari Malaysia akan gembira dengan berita tersebut. Tapi...kalau katakan pekerja Bangladesh, belilah mesin apa pun...dia tetap nak buat cara lama. Katanya cara lama lagi bagus, lagi cepat. Nampak tak bezanya bila kita yang dah open minded ni dapat menerima pembaharuan, tapi orang yang tertutup ni agak susah nak menerima perubahan dan kemajuan.

Bagi orang yang minda terbuka, kalau dia ke seminar...dia akan lebih faham dengan apa yang diajarnya.Ilmu senang nak masuk...Dan dia jugak senang nak relate balik dengan realiti dalam bisnes dan kehidupannya. Hmmmm...betul jugak kan? Patutlah bila belajar ni orang perempuan lebih senang nak faham, dan orang lelaki sangat lambat..Sebab mungkin secara saintifiknya, minda orang perempuan lebih mudah terbuka berbanding lelaki yang tahap egonya lebih tinggi sikit dari wanita? Fakta kan?..

Bila minda terbuka jugak,kita akan lebih senang nak tarik pasangan yang ideal, nak tarik idea menarik untuk bisnes, boleh dapat idea nak cari duit yang lumayan..boleh tarik kebahagiaan hidup dan banyak lagi tarikan yang best.

Jadi, macamana you nak tahu you jenis yang open minded atau tidak? Memang semua orang kata dia open minded..tapi, bila suami jeling tengok awek cun dok berjalan sorang-sorang you dah nak naik hangin! Dah nak sentap..dah nak muncung!....Itu kira open minded ke? Bukankah sifatnya lelaki tak boleh tahan nak tengok aweks cun? Kita faham jer lah, dah memang sifatnya macam tu, kannn...

Opppssss....soweyyyy...mungkin tak semua, tapi yang kata tak suka tengok tu bukannya sebab tak suka..tapi dia dah biasa tahan nafsu dia..betul tak? Dan kalau nak tahu, saya pulak senang..saya memang dah faham sangat suami saya ni, saya layannn jer dia...dia nak tengok awek cun ke,awek seksi ke.. suka hati dia lah..Dah namanya lelaki, sifatnya memang lah suka tengok perempuan cantik!..Cer jadi sporting sikit!..

Lagi satu nak tahu you jenis open minded ke tidak, bila salah seorang dalam family you terlibat dengan pengalaman yang tak best dengan orang dari sesebuah negeri, you akan salahkan negeri tersebut tak? Pernah dengar tak, mak tak bagi kau kahwin dengan orang Kelantan, (contoh je...) sebab orang Kelantan dah pernah buat kat Makcik kau..Maksudnya, seorang je yang salah, tapi disalahkan sampai satu negeri!...

Satu lagi pulak, kalau dulu bosnya berbangsa Cina tak bagi solat dan sebagainya...dia dah judge semua bangsa dan agama lain jahat. Sebenarnya tak tauu...ingat lagi Pn Yasmin Richworks pernah cerita, masa dia di US bersama company lamanya Shell, dia seorang saja orang Muslim. Masa tu bulan puasa, dan masa berbuka puasa semua rakan sekerjanya yang pelbagai bangsa tu tolong sediakan makanan bukak puasanya. Nampak tak, bila kita ada NILAI DIRI, pasti kita akan dihormati..tapi kalau tidak ada nilai diri, pasti dia tak hormat kita.

Nak berjaya, minda tu jangan terlalu tertutup okay...Kalau tak percaya, tengoklah orang sekeliling you tu..Observe tengok tingkah laku mereka..Yang jenis jeles terlebih dengan suami atau jeles terlebih dengan isteri tuu...Mesti susah nak berjaya!..Dan, observe jugak orang yang berjaya ni, minda mereka sebenarnya FREE...Free untuk explore itu, explore ini...Sebab itulah kalau tengok orang yang kaya dan berjaya ni, mereka bagai menarik-narik kekayaan, kejayaan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan kegembiraan!..

WALLAHU'ALAM...

0 comments:

Post a Comment