Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, November 19, 2013

MINI MAGNET OLEH DR AZIZAN @ PENANG - PART 2

MINI SEMINAR MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN @ PULAU PINANG OLEH
DR AZIZAN OSMAN- 17 NOVEMBER 2013

PART 2

MAGNET - Mentor
41.Kenapa kalau nak berjaya kena jadi MAGNET?
42.Kalau nak berjaya mesti ada MENTOR.
43.Macamana nak jadi jutawan kalau tak belajar dengan jutawan?
44.Kalau u belajar dengan orang pandai buat duit, u akan pandai buat duit.
45.Nak berniaga, tanya orang yang berniaga, jangan tanya dengan orang bekerja.
46.Berapa ramai tak ada Mentor? tak ada coach?
47.Kalau u buat bisnes tak ada mentor, u akan perabih duit sana, perabih duit sini, lingkup sana lingkup sini.
48.Kalau ada Mentor, sekejapan saja berjaya.
49.Itulah kesilapan orang kita, BODOH SOMBONG.
50.Nak berjaya, cari Mentor yang terbukti dah berjaya.
51.Kejayaan satu pasukan bergantung pada coach yang bagus.

MAGNET - Matlamat
52.Apa matlamat u?
53.Matlamat yang menentukan mana u nak pegi?
54.Berapa umur anda tahun ini?
55.Tahun ni berapa tahap kewangan anda setahun/sebulan?
56.Bila berniaga, yang best ialah u boleh naikkan pendapatan u.
57.Di mana anda sekarang tak penting, tapi ke mana you nak pegi yang penting.
58.Sekarang, berapa hutang u ada untuk diselesaikan.
59.Berapa orang suka kalau hutang ni boleh diselesaikan?
60.Lagi 5 tahun berapa u expect pendapatan u?
61.U nak pendapatan u dalam masa 5 tahun ni berapa?Bukan yang bos nak bagi tu..tapi yang u nak sendiri?..
62.Apa yang Allah beri, adalah mengikut berapa yang u nak.
63.Masa umur 18 tahun, Doc kerja sebagai ofis boy, jadi tukang fotostat..
64.Masa tengah bekerja dalam bilik bos, dia terdengar yang bos dan assistant bos tak dapat pegi ke kelas Bob Proctor. Jadi, Doc kata bagus kelas Bob Proctor tu. Bosnya tanya balik, u nak pegi tak , tolong gantikan mereka. Yess kata Doc, dia dapat pegi ke kelas Bob Proctor yang feesnya bernilai RM15K. (Bagus lah kan..itulah untungnya orang yang berani bertanya).
65.Doc kata, 3 hari dia masuk kelas dan belajar. Tapiiiiii   satu hapa pun dia tak faham
66.Dalam banyak-banyak yagn diajar tu, cuma 1 benda saja yang dia ingat!...Iaitu TULIS MATLAMAT. Apa yang u nak sebenarnya. Tulis saja.
67.Doc tulis nak jadi jutawan, pada umur 35 tahun. Tapi Doc dah jadi jutawan masa umur 32 tahun!..
68.Selagi berangan, selagi tak jadi matlamat. Bermaksud, MATLAMAT kena tulis.
69.Bila kita tulis dan berdoa, ia ibarat magnet.
70.Kalau tulis di FB, tulis yang negative, viral pulak tu..ramai yang aaminkan. Sebab tu semua DOA.(Suka ke?)

MAGNET - Melabur & Memberi
71.Kalau nak jadi MAGNET, belajar MEMBERI.
72.Kalau nak bahagia, melabur dengan memberi kebahagiaan pada orang lain.
73.Siapa nak banyak senyuman? Melabur dengan memberi senyuman.
74.Macamana Allah nak bahagiakan kita kalau kita tak reti bahagiakan diri kita (senyum).
75.Orang yang selalu komplen adalah orang yang banyak masalah.
76.Orang yang senyum adalah orang yang bersyukur.
77.Orang yang tak boleh senyum adalah orang yang kufur.
78.Bila kita nak naik, ia ibarat nak naikkan layang-layang.Makin tinggi layang-layang, makin kuat angin.Lagi nak naik, lagi kuat kena pegang.


Nak tau macamana nak pegang layang-layang tu dengan kuat? Siapa nak tau?......
Kita sambung esok di Part 3 okay... :)

TERIMA KASIH YA ALLAH....

0 comments:

Post a Comment