Saturday, January 5, 2013
For chocolate cake lovers in Singapore..
Salam sayang untuk chocolate cake lovers di Kota Singapura..
Anis CMC kini mempunyai pengedar yang sah di negara anda iaitu Hidayah and team hp no +6596428824.
Just to share,adik-adik ini yang berusia awal 20-an ini hebat semangatnya..Melihatkan kesungguhan mereka membuatkan kami terasa nak menolong mereka..Semalam diorang sampai dari Singapura ke KL pada jam 5 pagi..dan selepas berjumpa dengan kami pada jam 3 ptg tadi mereka terus menaiki bas balik ke Singapura.
Alhamdulillah setelah adik Hidayah n team dari Singapura ini cuba memasarkan kek di sana,memang permintaan sangat memberangsangkan.Mereka dah mula order 1000 pcs kek seminggu..dan kek-kek ni habis dalam masa 2 hari sahaja.
Mereka datang berjumpa dengan kami untuk membincangkan atau nego tentang harga untuk dipasarkan di sana.Tapi tak banyak yang kami boleh tolong,kerana harga kek kami sememangnya sudah sangat berpatutan..Apa yang kami boleh tolong ialah free delivery untuk mereka sehingga ke JB.
Kami sangat kesiankan mereka kerana dengan harga kek yang kami berikan,mereka terpaksa bayar sewa kereta untuk mengambil kek di JB dan masuk ke Singapura.Mereka juga terpaksa bayar permit untuk masukkan produk ke Singapura.Ini belum masuk kerenah dengan urusan-urusan memasukkan produk yang memerlukan dokumen seperti SIJIL HALAL dan lain-lain dokumen semasa berurusan dengan pihak KASTAM..Banyak dugaan mereka ini..
Untuk marketing di Singapura pula,mereka hanya boleh memasarkan secara mengambil order dari ofis ke ofis atau dari rumah ke rumah melalui Facebook dan words of mouth...Tidak boleh sewenang-wenangnya memasarkan di kedai-kedai dsb nya.Banyak halangan dari segi perundangan rupanya di Singapura ni..Bila mendengar keluh kesah mereka ini,kami berasa sangat bersyukur kita menjadi warganegara Malaysia.Kita sangat mudah melakukan bisnes,kita sangat mudah mencari rezeki di negara kita ini..banyak peluang perniagaan di negara kita ini,memang benar negara kita ini LUBUK segala rezeki!..Patutlah negara kita dibanjiri oleh ramai pendatang asing yang berlumba-lumba mencari rezeki di tanahair kita..Tapi orang kita sendiri tak pandai mencari peluang emas ini..tunggu untuk disuapkan,tunggu untuk dipimpin tangan,baru nak bergerak..Walau macamana pun,jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pemimpin kita yang terdahulu sehingga sekarang, syukur sangat bersyukur!!..
Bagi mereka yang berada di Singapura dan ingin merasai Anis Choc Moist Cake di negara anda,harga yang di pasarkan di sana adalah sangat berpatutan iaitu SD 2.20 untuk size 100 g kek berbentuk LOVE. Jadi anda boleh mendapatkan kek ini melalui pengedar sah kami iaitu Hidayah n team ye..Thank you!
Our message to all Singaporean is..
IT'S ALL ABOUT RELATIONSHIP......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah...terima kasih atas info ini
ReplyDelete