Kalau nak dicerita tentang dugaan..cabaran..memang semua itu kami dah lalui dan masih melaluinya sampai bila-bila.Bila bercakap tentang cabaran ni teringat satu soalan,"Akak dan abang ni nampak tenang jer,senyum jer.macam tak ada masalah..macam tak ada cabaran, tapi saya tahu kat luar sana abang dan akak mempunyai pesaing dan persaingan di luar sana sangat hebat!". Itu pertanyaan adik Cili Bangi yang duduk bersebelahan dengan kami semasa di Intensif Jutawan Industri..
.
Bagus betul dan berani betul adik Cili Bangi ni..maklumlah..bisnes pun bisnes cili..mestilah kena BERANI,soalan biar berapi-api!..Hehe..
Ye dik..memang betul sememangnya kat luar sana kadar persaingan sangatlah tinggi..Dah tak macam dulu 6-7 tahun yang lalu semasa kami memulakan perniagaan kek coklat ni.Tahun pertama mana ada siapa..kamilah Raja..comfort zone masa tu..tak risau apa-apa pun..Tahun kedua dah mula sikit tapi masih boleh dikira dengan jari jumlah pesaing ni.Sekarang,bisnes kek coklat tumbuh seperti cendawan.Kalau kat Lembah Kelang ni,entah-entah dah beratus-ratus jenama kek coklat dah muncul..Tapi kalau kat luar KL dan Selangor,kira ok la tu..baru bersaing 1 atau 2 orang, takkan itu pun dah ketaq lutut?..hehe..Nak tahu kenapa semua dah berlumba-lumba nak buat bisnes ni?..Kerana semua dah nampak bisnes ini sebenarnya bisnes yang bukan setakat boleh buat duit,tetapi boleh jadi JUTAWAN!..(Lagi cepat cendawan-cendawan tumbuh lepas ni,hehe..).
Maaf,sekali lagi minta maaf...bukan bermaksud nak bercakap besar,cuma sekadar ingin memberi contoh kepada generasi muda yang bakal menerajui bisnes mereka di masa depan.Kenapa kita perlu berebut-rebut dan berlawan-lawan atau berdengki? Bukankah Allah dah janji memberi rezeki untuk mereka yang berusaha dan meminta? Bukankah bumi Allah ni sangat luas untuk kita berkongsi bersama mencari rezeki?Adakah bumi ini dan hasil dari bumi ini diberi Allah kepada kita seorang sahaja untuk memonopoli?
Lagipun adik-adik bakal usahawan berjaya,mengikut hukum, bukankah pelanggan lebih suka jika ada varieties atau banyak pilihan? Kadang-kadang bila selalu makan jenama Love, teringin jugak nak makan jenama Heart..contohnya la...Bila kita jadi peniaga,kita kena go deeper and deeper into our customer's heart and soul..ketahui apa yang dikehendakinya? Kita pun sebenarnya pembeli juga,kita pun nak merasa brand-brand lain juga.There's nothing wrong about it. Mari kita meriahkan dan beri pilihan kepada customer!.Tapi beza-bezakanlah jugak yer..jangan sama jer,kalau nak ikut pun..try to be creative..InsyaAllah..kalau betul-betul mintak dengan Allah,mintak idea dari Dia untuk buat 1 produk yang boleh BOOM! Tak nak sama dengan orang lain..Barulah bijak tak gitu?
Tapi macam mana kami boleh tenang? Ye ke tenang? Tak perasan la pulak sebenarnya..Ada hari yang saya menangis juga di tengah-tengah malam.Masa tu saya baru tersedar bahawa hebatnya persaingan di luar rupanya!..Menangis kerana apa? Takut dengan pesaing kah? Takut tak ada sale kah? Takut customer dan dealer semua lari kepada pesaing kah? Salah...semuanya salah..Kalau sebab itu, insyaAllah kami rasa kami masih kuat.
Tapi sebenarnya saya menangis malam itu kerana saya risaukan dealer-dealer saya.Saya sedih rupanya dealer-dealer saya sedang bergelut dengan persaingan yang amat hebat.Saya risau bagaimana kekuatan dealer saya melawan semua ini.Saya risau bagaimana income mereka nanti? Saya risau bagaimana yang membuat bisnes ini secara full time? Saya risau dapatkah mereka bayar duit kereta dan rumah mereka?Saya risau bagaimana pula dealer yang pernah menceritakan dengan bisnes inilah mereka dapat menyatukan suami dan isteri..Adakah selepas ini mereka akan berpisah semula? Masya Allah..saya sangat sedih mengenangkan semua ini.Kerana saya tahu kami kuat,dalaman kami insyaAllah kuat..tapi mereka?
Memang sangat betul Mak pernah berkata, kalau perlu menangis..menangislah....jangan di simpan-simpan.Alhamdulillah Allah memberi kekuatan lagi kepada kami..Kami terfikir,betul jugak yer kata-kata Doc Azizan,ada ke bisnes yang tak ada persaingan? Kalau ada yang nak ikut bermakna baguslah bisnes u tu!..Betul jugak ye.Kalau tak nak persaingan,apa kata buatlah bisnes arang batu ke..bisnes bijih timah ke..bisnes tanam rambut palsu ke..hehe..kurang la sikit pesaingnya,kan?Tersentap beb...
Jadi, wahai usahawan-usahawan muda yang bakal menjadi JUTAWAN, bersedialah kekuatan dalaman kamu supaya dapat melawan apa jua halangan dan cabaran yang kita tak boleh lari selagi kita hidup.Just face it...lalui saja..jangan lari dari dugaan ini.Jangan lari dari persaingan,percayalah semua orang ada bahagiannya,ada rezekinya..Anda pasti BERJAYA!..
Salam KEKUATAN untuk semua usahawan!
0 comments:
Post a Comment