Tanpa Keberanian,Mimpi Tidak Akan Menjadi Kenyataan
Pada 30/12/2012 yang lalu,saya dan suami telah menghadiri SEMINAR BERANI 2013 di Wisma MCA,Ampang KL.Seminar ini merupakan SEMINAR BERANI 2013 yang kedua dijalankan selepas di JB pada hari sebelumnya.Kami dah tak sabar ni..sebab SEMINAR BERANI 2013 ini merupakan yang pertama kali dianjurkan.So,itulah yang excited sangat ni..Sebenarnya rancang nak join yang di Shah Alam pertengahan Januari nanti,tapi mana boleh sabar nak tunggu..tapi di Shah Alam pun kalau diizinkan Allah nak pi lagi..
Ramai jugak yang bertanya kenapa kami asyik pergi,pergi dan pergi berkali-kali ke seminar2 Dr Azizan ni? Tak bosan ke? Kan ke dah pandai (orang la yang kata..)?
Sebenarnya kan, susah la nak cakap atau nak bagi orang faham...Walaupun kami masuk ke kelas DAO berkali-kali,kami tak pernah bosan..excited lagi ada..macam Seminar BERANI 2013 ni awal-awal lagi kami dah tertunggu-tunggu..dah tak sabar-sabar lagi..Banyak sangat ilmu-ilmu baru setiap kali ke kelas DAO.Dan kami pun dah addicted sebenarnya..hehehe...addicted untuk mencari ilmu..tak salah kan?..
Yang kata kami dah 'pandai' tu pulak memang sangat salah..Mencari ilmu adalah satu proses yang tak akan ada full stopnya..Kita sentiasa perlu belajar dan mencari ilmu untuk hidup..Orang-orang macam nilah yang selalunya akan berebut-rebut paksa anak-anak supaya cepat-cepat khatam al-Quran(mcm orang dulu-dulu)..tak kisah tajwidnya..hentam sajalah bacaan tu betul ke tak betul..yang penting anaknya kena menang dalam perlawanan anak siapa yang paling cepat khatam Quran..lepas tu berbangga,berbunga-bunga..dan akhirnya anak tu tutup terus al-Quran, sebab dah habis mengaji..analoginya macam tu lah...(tapi nak disalahkan orang-orang ni susah jugak..sebab diorang ni banyak yang terikut-ikut ajaran ibu bapa mereka).
Tapi kan sebenar-benarnya kami berulang-ulang kali ke seminar DAO,selain daripada nak refresh untuk belajar ilmu-ilmu baru DAO..kami rasa kami tahu satu rahsia...yang mungkin ramai yang tak sedar...
RAHSIANYA...
Setiap kali seminar,dewan pasti dipenuhi oleh lebih kurang 2000 orang..peserta yang hadir ini adalah kebanyakannya orang yang tengah bersemangat tinggi..ditambah dengan muzik yang menggetarkan,ditambah dengan kata-kata Dr Azizan yang bersahaja tetapi sangat memberi impak yang dalam...pasti semua yang hadir di situ dimasuki aura positif atau mendapat getaran positif..getaran-getaran ini bergabung sehingga menjadi sangat kuat..bila getaran ini bergabung, semua di dalam dewan ini berada di dalam gelombang alpha (akan belajar dalam IMKK)..dan connectionnya dengan Allah Maha Pencipta menjadi sangat kuat.Ianya sama seperti bila kita pergi beribadah umrah atau haji di Mekah dan di hadapan Kaabah..Jadi,apabila kita berdoa dan meminta-minta dengan Allah pada masa tersebut,ianya pasti akan dikabulkan...
Sebab itulah banyak kes yang kita dengar dari student Dr Azizan ni,especially peserta IMKK..ada yang terus dapat apa yang di doakan semasa dalam kelas...Inilah rahsianya...
Wah panjangnya intro..by the way, antara yang nak di share pasal Seminar BERANI 2013 adalah seperti berikut..
1.Prinsip-prinsip yg perlu ada dlm hidup
Dr Azizan menekankan beberapa prinsip yang semua orang perlu ada untuk berjaya.Antara prinsipnya yang paling utama adalah BERSYUKUR.
2.Visualization
Yang paling best dalam Seminar BERANI ni bila DAO membuat aktiviti visualization..mungkin ada yang mengatakan semua ini mudah dan sebagainya..tapi ianya akan menjadi berbeza kerana kita dalam group yang besar...pasti getarannya berbeza dan sangat kuat..
3.Perancangan Jangka Panjang
4.Perancangan Jangka Pendek
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dipelajari dalam Seminar BERANI 2013 ni. Antaranya ialah apabila tetamu khas Dr Azizan iaitu Afdlin Shauki datang untuk berkongsi cerita bagaimana beliau mendapat formula kekayaan semasa berada di Gaza..InsyaAllah saya akan kongsikan kisah Afdlin Shauki tu dalam posting yang seterusnya..InsyaAllah...
Seperti juga Dr Azizan,kami tidak mahu mengajak-ajak sesiapa pun ke Seminar BERANI 2013 ni..bukan itu tujuan kami,.kami pun dah bosan dengan pelbagai alasan mereka ini..Jadi,seminar seperti ini hanya dibuat untuk mereka yang ingin belajar sahaja..yang memerlukan sahaja..yang tidak memerlukan,yang dah berjaya,yang dah kaya,yang dah pandai...tak payah lah ke seminar-seminar ini..kerana takut-takut nanti terpaksa menjadi JUTAWAN pulak..dan semakin ramai yang tak dapat tempat duduk pulak nanti..
Salam Sayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment