Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 13, 2013

Express Our Love - Dari Hati Ke Hati

IKLAN EXPRESS OUR LOVE - Dibuat khas untuk PARA PENGEDAR

Istimewa untuk para stokis dan pengedar (dealer) Anis Chocolate Moist Cake,

Salam sayang untuk anda semua..Hello dealer-dealer sekelian, iklan kita yang berupa kempen EXPRESS OUR LOVE 'Dari Hati Ke Hati' telah pun dicetak dalam suratkhabar Metro Ahad semalam.Iklan ini sebenarnya diperbuat istimewa untuk anda.Tujuan iklan ini adalah untuk memperkuatkan lagi branding atau penjenamaan Anis Chocolate Moist Cake..tetapi sebenar-benarnya tujuan asal kami adalah untuk membantu anda semua dari segi memperkenalkan jenama kita ini ke mata penggemar-penggemar kek coklat dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan jualan anda semua..

Mungkin ada di antara anda yang ingin tahu kenapa iklan kita berupa kempen dan bukannya menekankan kepada promosi kek kita..Malah,yang ada cuma gambar sebiji kek LOVE sahaja?Sebenarnya wahai dealer sekelian, sememangnya kami,pihak pengurusan tidak mahu terlalu 'hard sell'...Kami ingin mencuba cara pengiklanan yang lebih indirect,tidak memaksa pembeli untuk membeli..tetapi kami yakin iklan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada orang sekeliling kita.Sebab itu kami memilih untuk membuat iklan berupa kempen ini..iaitu kempen untuk mengekspresikan rasa kasih sayang kita kepada orang yang terdekat dengan kita atau orang-orang dan makhluk Allah di sekeliling kita..dan paling utama, kita sangat-sangat ingin meluahkan rasa CINTA kita kepada Allah Maha Pencipta..

Kami percaya,semakin banyak luahan kasih sayang yang kita berikan, semakin melimpah-limpah kasih sayang yang kita terima..Kami tidak mahu anda terlalu menekankan keuntungan semata-mata, atau lebih MENERIMA..MENERIMA..MENERIMA....tetapi tidak pernah MEMBERI..MEMBERI..MEMBERI... tidak pernah meluahkan rasa kasih kita, tidak pernah mengekspresikan rasa sayang kita..Kerana, yakinlah..jika kita MEMBERI..barulah kita akan dapat MENERIMA..

Dengan EXPRESS OUR LOVE ini,kami yakin anda akan ghairah untuk mengalirkan kasih sayang anda kepada mereka di sekeliling anda dan tidak semestinya hanya kepada pelanggan anda sahaja..Semoga segunung kasih sayang kita ini akan mewarnai hidup mereka..hidup mereka akan sangat bahagia, dan mereka juga akan menyampaikan rasa kasih dan rasa sayang mereka kepada orang-orang di sekeliling mereka..Dan kita semua akan berada di dunia yang sangat indah..Dunia yang kaya dengan CINTA!!...

Salam kasih sayang dari kami. Kita sebarkan CINTA kita bermula dengan SENYUMAN..

p/s: Kami mendoakan kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan anda semua..


0 comments:

Post a Comment