Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, February 7, 2013

Salam Jumaat

Salam Jumaat wahai kekasih-kekasih Allah...Semoga kita semua menjadi insan yang dikasihi Allah hari ini dan selama-lamanya..Terpilih untuk memahami erti hidup,kenapa kita dihidupkan.Adakah hidup ini semata-mata untuk diri kita sendiri,anak-anak dan suami atau isteri kita sahaja? Atau adakah kita dihidupkan untuk memberi nilai kepada manusia lain?

Semoga kita adalah manusia terpilih untuk memahami erti kasih sayang,kenapa perlunya kasih sayang.Adakah kita dihidupkan untuk menyemarakkan kasih sayang sesama manusia yang kini makin haus...Atau adakah kita dihidupkan hanya untuk memberikan kasih sayang kita kepada keluarga kita tetapi kedekut kasih sayang kepada hamba-hamba Allah yang lain?

Inilah waktu terbaik untuk kita mula menyampaikan kasih sayang kita kepada Maha Pencipta dan kepada segala makhluk ciptaan Allah..Lebih banyak kita memberi kasih sayang, lebih banyak kita akan menarik kasih sayang dan keindahan dalam hidup kita..

Salam PENUH PENGERTIAN untuk semua insan-insan yang di kasihi Allah..



Salam Jumaat rakan seperjuanganku..Untuk semua yang dahagakan ILMU..apa kata kita mula berjinak-jinak mencari ilmu kerana sesungguhnya kita hanya membuang sisa-sisa hayat kita jika kita tidak menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya..

Bagi yang sudah mula mencari ILMU..pasti dia tahu nikmatnya bila memahami segala pengertian..Carilah ILMU, berkorbanlah wang,harta benda dan masa mu untuk mencari ILMU..kerana ILMU lah yang akan kekal menemani kita selama-lamanya..

Salam PENCARIAN untuk semua yang bakal menghadiri IMKK bermula hari ini dan juga untuk semua pencinta-pencinta ILMU..Sesungguhnya IMKK lah yang menjadi titik permulaan kami keluar dari kepompong untuk menjadi sang rama-rama yang indah dan bebas berterbangan..

Ingat lagi..sewaktu kami membuat keputusan untuk menggali ILMU di IMKK, sangat berat untuk membuat keputusan,kami berfikir berkali-kali kerana terpaksa berkorban wang sebanyak RM399 seorang pada tahun 2010, dua orang bermakna kami terpaksa berhabis hampir seribu ringgit..MasyaAllah..terasa sangat tinggi harga yang terpaksa kami keluarkan itu.Tak pernah seumur hidup kami membuat pelaburan ILMU sebanyak itu..Sebelum ini,kami hanya mendapat ILMU semasa di alam pekerjaan bila dihantar berkursus oleh majikan kami..Sejak itu timbul rasa bersyukur dan berterima kasih dengan bekas majikan kami yang telah mengeluarkan wang yang banyak untuk develop kami..Dan, terasa menyesal kerana kami tidak menghargainya dulu..Wang kami itu sebenarnya tiada bahagian pun untuk ILMU..itulah wang pusingan kami untuk hidup dan berniaga..Waktu itu yang terfikir hanyalah..aku berserah Ya Allah,aku pergi dengan sekosong-kosongnya,serendah-rendahnya..dengan menadah tangan meminta diberikan ILMU yang sangat bermanafaat yang boleh digunakan untuk aku dapat mencapai impian yang tinggi ini dan membantu lebih ramai orang lagi di luar sana Ya Allah...

Tak tahu bagaimana agaknya perasaan saya petang ini mengenangkan saya akan mengulangi kenangan 3 tahun lalu bersama suami untuk memahami diri kami..Sayu..sangat sayu..Dari situlah kami belajar memahami segala-galanya..Dari situlah kami terasa lebih rapat dengan Allah Maha Pencipta, memang sangat-sangat rasa kebergantungan itu..Hilang rasa keraguan,hilang rasa persoalan,hilang rasa ketakutan..MasyaAllah hebatnya IMKK, tiada ILMU secantik ini..tak sabar rasanya nak melangkah ke dewan ILMU ini..

Semoga kali ini Ya Allah, Kau berikanlah kepada kami semua beribu-ribu orang yang menghadiri IMKK hari ini ILMU yang bakal mewarnai hidup kami..ILMU yang akan menyuluh hidup kami..ILMU yang akan menjadikan kami insan bertuah dalam jalan cerita hidup kami..Ya Allah, semoga kami adalah insan terpilih yang memahami apa yang disampaikan oleh GURU kami nanti..

Tahniah kepada semua yang menghadiri IMKK 2013 ini termasuklah dealer-dealer Anis CMC,ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan iaitu Mohd Edib,Siti Zura Mardzuki & suami En.Tajul,Pn.Zaliza Zakaria,En Helmi & isteri,Miqdad,Maksu Aziah,Pn Rozita Warisan Asli, Pn Nor D'Fyros,Pn Salina Daina Bake House.Semoga kita sama-sama kaya dan berjaya dunia dan akhirat!!...Amin...



IMKK....bermulanya satu sejarah..

Salam Jumaat rakan seperjuanganku..Untuk semua yang dahagakan ILMU..apa kata kita mula berjinak-jinak mencari ilmu kerana sesungguhnya kita hanya membuang sisa-sisa hayat kita jika kita tidak menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya..

Bagi yang sudah mula mencari ILMU..pasti dia tahu nikmatnya bila memahami segala pengertian..Carilah ILMU, berkorbanlah wang,harta benda dan masa mu untuk mencari ILMU..kerana ILMU lah yang akan kekal menemani kita selama-lamanya..

Untuk yang bakal menghadiri IMKK bermula hari ini dan juga untuk semua pencinta-pencinta ILMU..Sesungguhnya IMKK lah yang menjadi titik permulaan kami keluar dari kepompong untuk menjadi sang rama-rama yang indah dan bebas berterbangan..

Ingat lagi..sewaktu kami membuat keputusan untuk menggali ILMU di IMKK, sangat berat untuk membuat keputusan,kami berfikir berkali-kali kerana terpaksa berkorban wang sebanyak RM399 seorang pada tahun 2010, dua orang bermakna kami terpaksa berhabis hampir seribu ringgit..MasyaAllah..terasa sangat tinggi harga yang terpaksa kami keluarkan itu.Tak pernah seumur hidup kami membuat pelaburan ILMU sebanyak itu..Sebelum ini,kami hanya mendapat ILMU semasa di alam pekerjaan bila dihantar berkursus oleh majikan kami..Sejak itu timbul rasa bersyukur dan berterima kasih dengan bekas majikan kami yang telah mengeluarkan wang yang banyak untuk develop kami..Dan, terasa menyesal kerana kami tidak menghargainya dulu..

Wang kami itu sebenarnya tiada bahagian pun bagi melabur untuk ILMU..itulah wang pusingan kami untuk hidup dan berniaga..Waktu itu yang terfikir hanyalah..aku berserah Ya Allah,aku pergi dengan sekosong-kosongnya,serendah-rendahnya..dengan menadah tangan meminta diberikan ILMU yang sangat bermanafaat yang boleh digunakan untuk aku dapat mencapai impian yang tinggi ini dan membantu lebih ramai orang lagi di luar sana Ya Allah...

Tak tahu bagaimana agaknya perasaan saya petang ini mengenangkan saya akan mengulangi kenangan 3 tahun lalu bersama suami untuk mula memahami diri kami..Sayu..sangat sayu..Dari situlah kami belajar memahami segala-galanya..Kami betul-betul kosong waktu itu..Kosong harta,kosong jiwa,kosong segala-galanya..Dari situlah jugalah kami terasa lebih rapat dengan Allah Maha Pencipta, memang sangat-sangat rasa kebergantungan itu..Hilang rasa keraguan,hilang rasa persoalan,hilang rasa ketakutan..Timbul rasa keyakinan,timbul rasa kekuatan,timbul rasa keberanian..MasyaAllah hebatnya IMKK, tiada ILMU secantik ini..tak sabar rasanya nak melangkah ke dewan ILMU ini..

Semoga kali ini Ya Allah, Kau berikanlah kepada kami semua beribu-ribu orang yang menghadiri IMKK hari ini ILMU yang bakal mewarnai hidup kami..ILMU yang akan menyuluh hidup kami..ILMU yang akan menjadikan kami insan bertuah dalam jalan cerita hidup kami..Ya Allah, semoga kami adalah insan terpilih yang memahami apa yang disampaikan oleh GURU kami nanti..

Tahniah kepada semua yang menghadiri IMKK 2013 ini termasuklah dealer-dealer Anis CMC,ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan iaitu Mohd Edib,Siti Zura Mardzuki & suami En.Tajul,Pn.Zaliza Zakaria,En Helmi & isteri,Miqdad,Maksu Aziah,Pn Rozita Warisan Asli, Pn Nor D'Fyros,Pn Salina Daina Bake House.Semoga kita sama-sama kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan dapat menambah nilai kepada lebih ramai orang lagi!!...Amin...

Salam PENCARIAN untuk semua pencinta ILMU!..

0 comments:

Post a Comment